bahan bacaan minggu 3

1

Click here to load reader

Upload: myhijab-izzatt

Post on 10-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

untuk bacaan setiap pagi

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN MINGGU 3-1

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA

Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang terdapat di zoo. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.Sebelum bertolak ,murid-murid beratur di tapak perhimpunan. Guru-guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya murid-murid menjaga displin semasa berada di kawasan zoo Negara. Selepas memberi taklimat, guru-guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut.Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah pergi ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati kuih-muih dan air kotak yang diberi semasa di dalam bas untuk mengalas perut.Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami.Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah dilatih membuat pertunjukkan yang menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada ibubapa.Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.