bahan bacaan 7

2
BAHAN BACAAN 7 TAHUN 5 Tajuk : Ketabahan Ayahku Ayahku merupakan penjual nasi lemak yang dikenali di kampungku. Beliau mempunyai sebuah warung nasi lemak berhampiran dengan klinik kesihatan di Kampung Sungai Batang. Beliau telah menjual nasi lemak dan kuih-muih di situ sejak sepuluh tahun yang lalu. Beliau akan bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk memasak nasi dan lauk pauk untuk dijual di warungnya. Beliau akan memulakan perniagaannya pada pukul 6.30 pagi. Selain nasi lemak, beliau juga turut menjual pelbagai jenih kuih-muih. Menjelang pukul 7.00 pagi, warungnya mulai sibuk dikunjungi oleh para pelanggan. Kebanyakkan pelanggan setianya terdiri daripada kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pesara dan penduduk kampong itu sendiri. Warung ayahku menjadi tumpuan orang ramai kerana gerainya bersih dan teratur. Harga nasi lemak yang dijual juga amat berpatutan. Layanan yang mesra, perkhidmatan yang cepat serta ditambah dengan keramahan ibu yang membantu, menjadikan warung ayah tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai. Perniagaan ayah semakin maju. Kebiasaannya, jualan akan habis dijual menjelang pukul 11.00 pagi. Kemudian, ayah dan ibu akan mengemas dan membersihkan warung mereka. Ayah akan terus ke pasar untuk membeli barangan keperluan untuk diniagakan pada keesokan harinya. Berkat usahanya yang gigih dan rajin, ayah mampu menyara keluarganya walaupun sekadar menjadi penjual nasi lemak. Apa yang lebih membanggakan dua orang anaknya kini sedang melanjutkan

Upload: ily-tinus

Post on 25-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN BACAAN 7

BAHAN BACAAN 7 TAHUN 5

Tajuk : Ketabahan Ayahku

Ayahku merupakan penjual nasi lemak yang dikenali di kampungku. Beliau

mempunyai sebuah warung nasi lemak berhampiran dengan klinik kesihatan di

Kampung Sungai Batang. Beliau telah menjual nasi lemak dan kuih-muih di situ

sejak sepuluh tahun yang lalu.

Beliau akan bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk memasak nasi dan lauk

pauk untuk dijual di warungnya. Beliau akan memulakan perniagaannya pada

pukul 6.30 pagi. Selain nasi lemak, beliau juga turut menjual pelbagai jenih kuih-

muih.

Menjelang pukul 7.00 pagi, warungnya mulai sibuk dikunjungi oleh para

pelanggan. Kebanyakkan pelanggan setianya terdiri daripada kakitangan

kerajaan, pekerja swasta, pesara dan penduduk kampong itu sendiri.

Warung ayahku menjadi tumpuan orang ramai kerana gerainya bersih dan

teratur. Harga nasi lemak yang dijual juga amat berpatutan. Layanan yang

mesra, perkhidmatan yang cepat serta ditambah dengan keramahan ibu yang

membantu, menjadikan warung ayah tidak putus-putus dikunjungi oleh orang

ramai.

Perniagaan ayah semakin maju. Kebiasaannya, jualan akan habis dijual

menjelang pukul 11.00 pagi. Kemudian, ayah dan ibu akan mengemas dan

membersihkan warung mereka. Ayah akan terus ke pasar untuk membeli

barangan keperluan untuk diniagakan pada keesokan harinya.

Berkat usahanya yang gigih dan rajin, ayah mampu menyara keluarganya

walaupun sekadar menjadi penjual nasi lemak. Apa yang lebih membanggakan

dua orang anaknya kini sedang melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Walaupun kehidupan kami sekeluarga sederhana, kehidupan kami tetap

bahagia.