bahan bacaan 5

2
BAHAN BACAAN 5 TAHUN 5 Tajuk : Kisah Seramku Jam dinding menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Kipas siling berpusing perlahan-lahan di ruang tamu. Ibu dan ayah masih belum pulang kerana menziarahi nenek yang uzur. Dalam kesunyian malam itu, tiba-tiba dentuman petir mengejutkan aku. Kilat mula sabung-menyabung diikuti hujan dan petir. Aku menjadi semakin takut dan gelisah memandangkan aku tinggal seorang diri di rumah pada ketika itu. Perasaanku menjadi semakin tidak tenteram. Aku segera menutup buku lalu berhenti mengulang kaji. Aku menutup dan mengunci semua pintu dan tingkap. Tanpa berlengah aku terus menuju ke kamar lalu berbaring di atas katil sambil menutup wajahku dengan selimut. Aku benar-benar berasa takut. Peluh membasahi dahiku. Badanku tiba-tiba menggigil. Aku mencuba melawan perasaanku. Fikiranku semakin berkecamuk memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hujan pula semakin lebat. Aku mencuba sedaya upaya melelapkan mata tetapi gagal. Aku berdoa agar ibu bapaku segera pulang. Pelbagai perasaan mula muncul dalam fikiranku. Pelbagai bayangan menakutkan mula bermain-main dalam fikiranku. Tiba-tiba, aku melihat kelibat bayangan orang di pintu bilikku yang kebetulan tidak ditutup rapat. Tetapi, setelahku amati tiada apa-apa yang kelihatan. Bulu romaku mula tegak berdiri. Tiba-tiba, kedengaran suis lampu dipasang dan tapak kaki orang sedang berjalan. Aku terus membatukan diriku kerana ketakutan. Bunyi tapak kaki itu semakin menghampiri bilikku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Tiba-tiba, pintu bilikku dikuak dan namaku dipanggil. Aku memejamkan mata. Hatiku semakin cuak apabila bahuku

Upload: ily-tinus

Post on 20-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN 5

BAHAN BACAAN 5TAHUN 5

Tajuk:Kisah SeramkuJam dinding menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Kipas siling berpusing perlahan-lahan di ruang tamu. Ibu dan ayah masih belum pulang kerana menziarahi nenek yang uzur. Dalam kesunyian malam itu, tiba-tiba dentuman petir mengejutkan aku. Kilat mula sabung-menyabung diikuti hujan dan petir. Aku menjadi semakin takut dan gelisah memandangkan aku tinggal seorang diri di rumah pada ketika itu.Perasaanku menjadi semakin tidak tenteram. Aku segera menutup buku lalu berhenti mengulang kaji. Aku menutup dan mengunci semua pintu dan tingkap. Tanpa berlengah aku terus menuju ke kamar lalu berbaring di atas katil sambil menutup wajahku dengan selimut.Aku benar-benar berasa takut. Peluh membasahi dahiku. Badanku tiba-tiba menggigil. Aku mencuba melawan perasaanku. Fikiranku semakin berkecamuk memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hujan pula semakin lebat.Aku mencuba sedaya upaya melelapkan mata tetapi gagal. Aku berdoa agar ibu bapaku segera pulang. Pelbagai perasaan mula muncul dalam fikiranku. Pelbagai bayangan menakutkan mula bermain-main dalam fikiranku.Tiba-tiba, aku melihat kelibat bayangan orang di pintu bilikku yang kebetulan tidak ditutup rapat. Tetapi, setelahku amati tiada apa-apa yang kelihatan. Bulu romaku mula tegak berdiri. Tiba-tiba, kedengaran suis lampu dipasang dan tapak kaki orang sedang berjalan. Aku terus membatukan diriku kerana ketakutan.Bunyi tapak kaki itu semakin menghampiri bilikku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Tiba-tiba, pintu bilikku dikuak dan namaku dipanggil. Aku memejamkan mata. Hatiku semakin cuak apabila bahuku digoyangkan oleh seseorang. Aku memberanikan diriku untuk membuka mataku. Alangkah gembiranya apabila ibu sudah pulang dan berada di depan mataku. Rupa-rupanya, kelibat yang ku lihat tadi ialah ibuku sendiri.