bahagiancmembinaulasan-121112071311-phpapp01

49
BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN adangan masa menjawab Bahagian 20 minit

Upload: rohana-jukarna

Post on 04-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assigmnt

TRANSCRIPT

BAHAGIAN C

BAHAGIAN CMEMBUATULASANCadangan masa menjawab Bahagian C20 minit1Membuat Ulasan20 markahUlasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.Tidak kurang 50 patah perkataan.*Tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

2Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/pernyataan/puisi/dialoq/rencana yangmengandungi banyak pengajaran/amalanbaik atau nilai-nilai murni.

Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.

3BAHAGIAN CBahagian ini amat penting .Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan yang diberi.Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula .Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan.Tidak perlu menulis semula nama orang yang diceritakan .4JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIKBelajar bersungguh-sungguhMendisiplinkan diriMenolong orang yg. ditimpa kesusahanMengambil berat / memberi perhatianLuhur tanpa menyimpan rasa dendamBijak memujuk dgn kata-kata yg. SopanTidak buang masaMenanam sikap rajin bekerja

55Pastikan mengikut arahan soalan .Nilai murni yang disampaikan boleh dicampur-aduk . Nilai yang negatif tidak boleh diterima.Jawapan yang disampai dalam satu perenggan.Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu perenggan tidak diterima .Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.6JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNIBaik hatiBerdikariBerhemah tinggiHormatKasih sayangKeadilanKebebasanKeberanianKejujuranToleransiKesyukuranHarmoniBerdisiplinBerwawasanSemangat bermasyarakatPatriotismeRasionalKesederhanaanKerjasamaKerajinan77JENIS SOALAN : 3. PENGAJARANMemelihara dgn. kasih sayangJasa dihargai dan dibalasMenyayangi ibu bapa dan keluargaMensyukuri anugerah tuhanBersifat murah hatiUcap terima kasih

Bersimpati pada golongan lemahSifat bertanggungjawabMenepati masaAmanahKesabaran membawa kejayaanMenjaga keselamatanBersikap prihatinMematuhi peraturan88BAHAGIAN C 20 MARKAHPENSKORANKRITERIACEMERLANG( 17 -20 )i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betulBAIK( 12 16 )i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.MEMUASKAN( 6 11 )

i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai.iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaanPENCAPAIAN TAHAP MINIMUM( 1 5 )i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan.iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.9Cara Menulis ulasanBaca dan fahami situasi.Gariskan amalan baik dalam soalan.Sediakan rangka ulasan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.Tulis ulasan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan/panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan.

10Darma seorang pelajar yang sering membantu ibunyaketika berada di rumah.Selepas mandi dan menyiapkan diri, Salasiah bersarapanbersama-sama ibu bapanya.Ketika melihat keadaan jalan raya yang sibuk, Borhan punmelintas jalan menggunakan jejantas yang disediakan..11Contoh SoalanMembuat Ulasan Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.12AMALAN BAIKNILAI/PENGAJARAN +SEBABBANGUN AWAL PAGIMEMBANTU IBUBERSARAPAN BERSAMA-SAMABERSARAPANBERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBUMEMBACA BUKUMEMBERSIH KELASKELAS YANG CERIA13AMALAN BAIKNILAI/PENGAJARAN +SEBABBANGUN AWAL PAGIDISIPLIN DIRI/MENGHARGAIMASAMEMBANTU IBURAJIN/MERINGANKAN BEBANKERJA IBU/TANGGUNGJAWABBERSARAPAN BERSAMA-SAMAMENGERATKAN HUBUNGANKASIH SAYANG/SILATURRAHIMBERSARAPANMENJAGA KESIHATAN/TIDAKLAPAR/DAPAT BERI TUMPUANKETIKA BELAJAR14AMALAN BAIKNILAI/PENGAJARAN +SEBABBANGUN AWAL PAGIDISIPLIN DIRI/MENGHARGAIMASAMEMBANTU IBURAJIN/MERINGANKAN BEBANKERJA IBU/TANGGUNGJAWABBERSARAPAN BERSAMA-SAMAMENGERATKAN HUBUNGANKASIH SAYANGKITA HARUSLAH MENGHARGAI MASA DENGAN BANGUN AWAL PAGI.SELAIN ITU, KITA DAPAT MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU SEPERTI MEMBANTU IBU.DI SAMPING ITU, KITA PERLULAH MENGERATKAN HUBUNGAN KASIH SAYANG DENGAN BERSARAPAN BERSAMA-SAMA.15AMALAN BAIKNILAI/PENGAJARAN/SEBABBERSALAMAN DENGANAYAH DAN IBUMENGHORMATI IBU BAPA/MOHON RESTUMEMBACA BUKURAJIN/MENGHARGAIMASAMENYAPU/MEMBERSIH KELASTANGGUNGJAWAB/MENJAGA KEBERSIHANKELAS YANG CERIASERONOK & SELESABELAJAR16Akhir sekali,perluhendakharuspatutKata BantuNilai murni/pengajaranKata HubungHuraianPenandaWacanadengankeranaagarsupayasepertiSelain itu,Di samping ituSeterusnya,mestiBAGAIMANA MENULIS ULASAN17Contoh ulasanAntara nilai yang terdapat dalam petikanialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi. Selain itu, kita perlulah meringankan beban kerja ibu dengan membantu ibu. Seterusnya, kita dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dengan bersarapan bersama-sama. Di samping itu, kita perlu menghormatikedua-dua ibu bapa kita dengan bersalamandengan mereka sebelum pergi ke sekolah.Akhirnya , kita dapat menambah ilmupengetahuan dengan membaca buku. 18Sudah menjadi kebiasaan bagi Izzati untuk bangun awal setiap hari. Pukul 5.30 pagi lagi Izzati sudah bangun dan mengemas tempat tidurnya. Setelah mandi dan menyiapkan dirinya dengan pakaian sekolah yang lengkap, Izzati bersarapan dengan ayah dan ibunya serta adik beradiknya.

Bangun awal setiap hariMengemas tempat tidurMandi dan menyiapkan diriBersarapan dengan ayah dan ibuBerdisiplin / menghargai masaTanggungjawab / rajinMenjaga kebersihan diri /berdisiplinMengeratkan hubungankasih sayang19Sebelum loceng persekolahan berbunyi, Izzati sudah berada di dalam kelasnya. Dia akan menjalankan tugas seperti yang tertera pada jadual tugasan kelasnya. Ketika belajar, Izzati memberi sepenuh tumpuan terhadap setiap mata pelajaran khususnya matapelajaran yang dia agak lemah. Dia sentiasa bertanya gurunya jika dia tidak faham. Dia dan rakan-rakannya selalu membuat perbincangan dalam kumpulan bagi memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuannya.202009 Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semuttelah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daunagar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkandirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera menggigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.21AMALAN BAIKNILAI/PENGAJARAN/SEBABKELUAR MENCARI MAKANANMENCARI MAKANANUNTUK KUMPULANNYABERSUNGGUH-SUNGGUHMENJALANKAN TUGASTIDAK JATUH KE DALAM SUNGAIMENJATUHKAN SEHELAI DAUNMENYELAMATKAN DIRI22AMALAN BAIKNILAI/PENGAJARAN/SEBABSEGERA MENGGIGITKAKI PEMBURUMENGUCAPKAN TERIMA KASIHBERSAHABAT BAIK23AMALAN BAIKNILAI/PENERANGAN/SEBABKELUAR MENCARI MAKANANRAJINMENCARI MAKANANUNTUK KUMPULANNYABERTANGGUNGJAWABBERSUNGGUH-SUNGGUHMENJALANKAN TUGASTEKUN / BERUSAHA /DISIPLINTIDAK JATUH KE DALAM SUNGAIBERHATI-HATI24AMALAN BAIKPENERANGAN/SEBABMENJATUHKAN SEHELAIDAUNMEMBANTU/MENOLONG/BAIK HATIMENYELAMATKAN DIRIBERTINDAK PANTAS/BIJAK/PRIHATINSEGERA MENGGIGITKAKI PEMBURUMEMBALAS JASA/MENGENANG BUDIMENGUCAPKAN TERIMAKASIHMENGHARGAI PERTOLONGANBERSAHABAT BAIKSETIA KAWAN/HUBUNGAN MESRA25Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menontontelevisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergike sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlahtiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapansekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menguncibasikalnya. Sedang semua murid menyanyi laguNegaraku, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalambarisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapatibahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpangoleh rakan untuk pulang ke rumah.26Tidur larut malamMembuang masa menonton televisyenTidak bersarapanTidak menghormati ibu bapaTidak mematuhi peraturan jalanrayaTergesa-gesaTidak menjaga keselamatan harta sendiriTidak menghormati lagu kebangsaanMenolong orang yang dalam kesusahan.

27Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada masanya dan bangun awal kerana masa itu emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah. Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat merah bernyala demi keselamatan diri sendiri. Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda taat kepada Negara.CONTOH JAWAPAN28CARA MENGULASMENGULAS SEBAB / MENGULAS NILAIAPA? + MENGAPA? (SEBAB)

APA? + BAGAIMANA? (CARA/NILAI)

APA? + KESAN / AKIBAT (+ / -)29Kembangkan idea ikut kesesuaian

Apa? (nilai yang dikesan) bangun awal pagi

Bagaimana? (perlakuan nilai) disiplin diri

Contoh (peribahasa / rujuk teks) masa itu emas

Kesan / Akibat (baik / buruk) tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu30Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C

Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya

Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya

Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...

Sebagai seorang pelajar, kita haruslah.31BAHAGIAN C Cara menulis.Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikanini ialah ..(huraian).Seterusnya, .....................................(huraian)...Di samping itu, .......(huraian)..Selain itu, ....(huraian).Akhirnya, kita.(huraian)..Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.32

Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah...agar(huraian)Kita juga perluuntuk.(huraian)Seterusnya, kita perlu.untuk..(huraian)Kita juga harussupaya.(huraian)Kita mestilah jugabagi(huraian)

Apa yang penting setiap amalan/nilai/pengajaran mesti ada huraian33

Elakkan daripada menulis ulasanmenggunakan perkataan,

..itu merupakan amalan yangbaik..itu merupakan sikap yang terpuji..itu merupakan amalan yangmulia.

34Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

35Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolahyang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedihmelihat cenderamata yang diperolehi daripadasahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adikkerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasabersalah dan meminta maaf kepada kakak.latihan36Azizul: Apa khabar Rahim?Rahim: Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini.Azizul: Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila mendapat tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu. Rasalah.Rahim: Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak perlulah awak bimbang.Azizul: Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai makanan pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar.Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada kawan- kawan di sekolah.Azizul: Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu tidak hadir.Rahim: Terima kasih. Kamu memang sahabat sejati saya.Azizul: Hari dah hampir petang. Saya pulang dulu. Nanti emak saya bimbang pula.Rahim: Hati-hati mengayuh basikal di jalan raya itu.Azizul: Terima kasih kerana mengingatkan saya.Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripadapetikan di bawah.37Saudari,

Apa khabar saudari sekarang? Surat saudari telah selamat saya terima dua hari yang lalu. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengirim surat kepada saya walaupun sudah lama kita tidak berjumpa. Bagaimana kehidupan saudari sekarang?

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudari kerana telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang baru diumumkan mingu lepas. Kejayaan saudari dalam peperiksaan UPSR tersebut telah memberi peluang kepada saudari untuk menjejakkan kaki ke sekolah berasrama yang diidamkan oleh semua murid. Saya berasa kesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh dan tidak menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR.Tulis lima nilai/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah,38Walau bagaimanapun, saya bertekad untuk memperbaiki kesilapan saya. Saya berasa keputusan saya belum terlambat. Mulai saat ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendengar nasihat kedua-dua ibu bapa saya. Jika sebelum ini saya sering tidur lewat dan sentiasa lewat bangun, maka saya akan memperbaiki kesilapan tersebut.

Sebenarnya, saya berasa amat malu kepada guru-guru dan ibu bapa saya. Nasihat guru-guru sering saya abaikan. Kerja sekolah yang diberi jarang dapat saya siapkan. Kawan-kawan sering mengajak saya belajar bersama-sama dalam satu kumpulan, tetapi tidak pernah saya endahkan. Saya dinasihat untuk membahagikan masa dengan seimbang tetapi segalanya saya tidak ambil kisah. Saya sering kali keluar rumah tanpa kebenaran ibu bapa. Kini saya menyesal dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di sekolah saya pula. Doakanlah kesejahteraan saya.

Sampai di sini dahulu warkah saya buat kali ini. Saya harap saudari akan menempuh kejayaan yang cemerlang dalam hidup dan semoga berbahagia selalu.Sekian.39Kesilapan yang biasa dilakukanoleh calon semasa menjawabsoalan peperiksaan1.1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.40 3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. - tiada mempunyai perenggan.

4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan.

Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan.

Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.41

8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik.

9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.42

BIJAK MENJAWAB PENULISAN BAHAGIAN C43

KALAU TAK FAHAM JUGA, TANYALAH GURU-GURUANDA.44

OK KAWAN-KAWAN.. DAH HABISAMIN.KITA JUMPA LAGITERIMA KASIH DAUN KELADIPANJANG UMUR, JUMPA LAGI;SUNGAI KLANG SUDAH BERSIHSEKIAN.TERIMA KASIH..45

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI;KALAU ADA SILAP DAN SALAH,JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI.BETUL..BETULBETUL46

SELAMAT BERTEMU LAGI.JUMPA LAGI PADA LAIN MASA & KETIKA.Dihasilkan oleh:-Suwaibah Sussana AbdullahSK Tok Muda, Kapar, Klang. [email protected]

SENYUMLAH..SENYUMLAHAHAI.CIK MEK MOLEKSENYUMLAH..SENYUMLAH.AHAI.CIK MEK MOLEK..48

GADIS IDAMANKUHANYA ENGKAU YANG SATUHADIRLAHDALAM MIMPI.MIMPIKU.BIAR BERIBURAMAI DATANG MENGANGGUPADAKU.ENGKAULAH YANG SATU49