bahagian pengurusan sumber manusia … filestres ikut cara anda selesa ... melibatkan seramai 300...

8
101 CARA MENANGANI STRES IKUT CARA ANDA SELESA...................... 7 KETAHUI 5 TIP UNTUK MEMBINA KERJAYA CEMERLANG ........... . 4 BOILING FROG SYNDROME”……….....8 SEKILAS SEMINAR RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM DAN MESYUARAT AGUNG AKRAB SESI 2017/ 2019………………... 2 & 3 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Upload: duongnhi

Post on 04-Apr-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

101 CARA MENANGANI

STRES IKUT CARA ANDA

SELESA ...................... 7

KETAHUI 5 TIP UNTUK

MEMBINA KERJAYA

CEMERLANG . . . . . . . . . . . .4

“ B O I L I N G F R O G

SYNDROME”……….....8

S E K I L A S S E M I N A R

R A K A N P E M B I M B I N G

P E R K H I D M A T A N A W A M

DAN MESYUARAT AGUNG

A K R A B S E S I 2 0 1 7 /

2019……………… . . .2 & 3

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar (NRE) melalui Bahagian

Pengurusan Sumber Manusia telah

menganjurkan Seminar Rakan

Pembimbing Perkhidmatan Awam

(AKRAB) dan Mesyuarat Agung

AKRAB NRE Tahun 2017. Seminar

yang dianjurkan khusus kepada ahli

AKRAB NRE telah dirasmikan oleh

YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad,

Ketua Setiausaha NRE yang

melibatkan seramai 300 orang dari

Kementerian, Jabatan dan Agensi di

bawahnya.

Penganjuran Seminar dan

Mesyuarat Agung ini merupakan

acara dwi tahunan dan platform untuk

meningkatkan pengetahuan dan

kepakaran serta berpeluang untuk

memperluaskan jaringan

perhubungan sesama ahli AKRAB di

bawah naungan NRE. Tema seminar

pada kali ini ialah “Melestarikan

Penyampaian Perkhidmatan Awam”

menyediakan platform kepada rakan

AKRAB dan Pengurus-pengurus

Sumber Manusia NRE untuk

berinteraksi serta bekerjasama dalam

menangani isu di kalangan warga

Jabatan. Seminar ini juga diadakan

untuk memberi pendedahan

mengenai cabaran dan keperluan

pihak pengurusan dalam pelaksanaan

AKRAB di organisasi.

Sebanyak dua (2) anugerah

AKRAB bagi kategori organisasi dan

individu serta tiga (3) anugerah

Pementoran NRE Tahun 2016 telah

disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri

Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha

NRE. Penyampaian sijil pentauliahan

AKRAB Tahun 2017 turut

disampaikan kepada 35 pegawai yang

lulus dengan jayanya peperiksaan

kedua-dua tahap Program

Pembangunan Rakan Pembimbing

(PPRP) Tahun 2017.

Dengan adanya pengiktirafan

sebegini, diharap ahli AKRAB dan

mentor menti terus terdorong untuk

melaksanakan tanggungjawab

sebagai sukarelawan demi

melestarikan lagi penyampaian

perkhidmatan awam.

Selain daripada sesi ceramah,

pelbagai kaunter pameran dan

pemeriksaan kesihatan juga dibuka

untuk memberi peluang kepada warga

AKRAB NRE mengenal pasti tahap

kesihatan masing-masing. Ini dapat

melaksanakan perkongsian bijak

(smart partnership) di antara Unit

Perkhidmatan Psikologi dan

Kaunseling, Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar dengan Hospital

Putrajaya, Majlis AKRAB Kebangsaan

(MAK), Pejabat Kesihatan Putrajaya

dan Pejabat Kesihatan (Pergigian)

Putrajaya.

Secara umumnya program ini

berjaya mencapai objektif selaras

dengan matlamat dan aspirasi

Kementerian dalam menghadapi

cabaran menerajui peranan dan

fungsi AKRAB di setiap Jabatan,

NRE. Penganjuran Seminar Rakan

Pembimbing Perkhidmatan Awam

(AKRAB) dan Mesyuarat Agung

AKRAB tahun 2017 telah dapat

dilaksanakan dengan jayanya hasil

inisiatif semua pihak.

KATEGORI INDIVIDU KATEGORI ORGANISASI

AKRAB UTAMA

AKRAB BESTARI

AKRAB PROAKTIF

AKRAB GEMILANG

AKRAB INOVATIF

AKRAB DINAMIK

FRIM

PERHILITAN

JPSM

DR. ISMAIL BIN IBRAHIM - JMG

MASLINA BINTI ABDUL KADIR - JPS

ZAMRI BIN MOHD ZANGI - FRIM

Ahli AKRAB tidak melepaskan peluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di kaunter pameran yang disediakan.

Di antara jemputan yang hadir memberikan sokongan.

Penerima Anugerah Program Pementoran NRE Tahun 2016 bergambar bersama YBhg. Dato’ Sri KSU dan YBhg. Dato’ TKSU (SA).

Ahli AKRAB bersedia menerima dan mendengar isu anda. YBhg. Dato’ TKSU (SA) sedang meniliti bahan-bahan pameran di kaunter Majlis AKRAB Kebangsaan.

Barisan kepimpinan baru AKRAB NRE sesi 2017/ 2019. YBhg. Dato’ Sri KSU bersama pegawai-pegawai kanan NRE sedang melawat kaunter-kaunter pameran.

Anugerah dan trofi bagi kategori Anugerah AKRAB Organisasi dan Anugerah AKRAB Individu.

Imej Cemerlang

Belajar Mengurus

Peka kepada Persekitaran

Kuasai Teknologi Maklumat

Peserta diberi penjelasan oleh anak-anak RPWP tentang aktivti kemahiran yang mereka lakukan setelah tamat sesi persekolahan di Akademi Insan Prihatin, Sg. Ramal Dalam, Bangi.

Peserta menggunakan kemahiran yang telah dipelajari bagi meneroka permasalahan klien.

Peserta bergambar kenangan bersama warga RPWP.

Ucapan mengalukan kehadiran warga NRE ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

1. Bangun awal 15 minit.

2. Sediakan baju dan barang keperluan keesokan hari

pada malam hari sebelumnya.

3. Elakkan memakai pakaian yang ketat.

4. Elakkan bergantung kepada ubat-ubatan.

5. Buat temu janji lebih awal jika ada sebarang urusan

dengan pihak lain.

6. Tidak bergantung kepada ingatan semata-mata. Buat

senarai semak

7. Buat amalan pencegahan.

8. Buat kunci pendua.

9. Katakan ‘TIDAK’ kepada perkara tidak menjadi

keperluan.

10. Tentukan keutamaan dalam kehidupan anda.

11. Elakkan orang yang negatif.

12. Gunakan masa dengan sebaiknya.

13. Waktu makan yang konsisten.

14. Selalu buat salinan untuk dokumen-dokumen

penting.

15. Menjangkakan keperluan anda.

16. Memperbaiki kerja yang tidak dilaksanakan dengan

baik.

17. Minta bantuan untuk kerja yang anda sukar lakukan.

18. Pecahkan tugas-tugas yang besar kepada bahagian-

bahagian yang lebih kecil.

19. Lihat masalah sebagai peluang.

20. Lihat cabaran dari sudut yang berbeza.

21. Rancang kehidupan anda.

22. Senyum.

23. Bersedia untuk menghadapi waktu hujan.

24. Mengeletek bayi.

25. Pelihara kucing sebagai teman.

34. Percaya kepada diri.

35. Berhenti katakan sesuatu yang negatif kepada

diri.

36. Lakarkan kemenangan anda di dalam minda.

37. Bangunkan rasa kelakar dalam diri.

38. Berfikir bahawa esok akan lebih baik dari hari ini.

39. Ada matlamat hidup.

40. Menari jika buat anda rasa gembira.

41. Menyapa orang lain.

42. Pinjam bahu kawan untuk kita bersandar.

43. Lihat bintang-bintang di waktu malam.

44. Praktis bernafas secara perlahan-lahan.

45. Menyanyi.

46. Baca sajak/ syair.

47. Mendengar simfoni.

48. Menonton wayang.

49. Baca buku ketika mahu masuk tidur.

50. Hentikan tabiat buruk.

51. Lakukan sesuatu perkara yang baharu.

52. Belikan diri sendiri bunga.

53. Berjalan-jalan di taman bunga.

54. Dapatkan sokongan daripada orang lain/ kawan-

kawan.

55. Mencari pendengar yang baik.

56. Lakukan hari ini.

57. Lakukan kerja dengan ceria dan optimis.

58. Utamakan keselamatan.

59. Lakukan semua perkara secara bersederhana.

60. Ambil peduli tentang penampilan anda.

61.Usahakan untuk kecemerlangan bukan

kesempurnaan.

62. Beri masa kepada diri sendiri

63. Lihat sebuah karya seni.

64. Bermain alat muzik.

65. Kekalkan berat badan yang sihat.

66. Tanam pokok.

67. Memberi makan kepada burung-burung.

68. Melakukan amalan-amalan murni.

69. Meregangkan badan dengan melakukan

senaman ringan.

26.Tidak mengetahui kepada

semua jawapan.

27. Dalam musibah ada

manfaat.

28. Ucapkan sesuatu yang

baik kepada orang lain.

29. Mengajar kanak-kanak

bermain layang-layang.

30. Berjalan dalam hujan.

31. Buat jadual bermain atau

‘release tension’ setiap hari.

32. Mandi buih.

33.Hati-hati dengan keputusan

yang anda buat.

etakkan katak hidup di dalam air mendidih.

Adakah ia akan lari? Jawapannya… tidak.

Apa yang katak akan buat ialah

menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit

demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu

panas dan ia akan mati.

Apa yang membunuh katak? Air mendidih

atau katak itu sendiri?

Ramai di antara kita akan kata air mendidih.

Sebenarnya yang membunuh katak tersebut bukan

air mendidih tetapi sikap dan mentaliti kita itu

sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah

nasibnya dari keadaan tersebut.

Dalam istilah Psikologi, keadaan ini dipanggil

“Boiling Frog Syndrome”.

Sindrom ini akan hanya

memakan diri mereka yang tidak

mahu berubah. Sama ada anda

berani berubah atau anda akan

musnah akibat terus selesa dengan

sikap yang lama di kala keadaan

menuntut anda berubah.

70. Selalu ada pelan B.

71. Buat lukisan berwarna.

72. Mengingati perkara yang melucukan.

73. Bertanggungjawab kepada perasaan sendiri.

74. Belajar untuk memenuhi keperluan-keperluan anda

sendiri.

75. Menjadi pendengar yang baik.

76. Mengetahui had anda dan biarkan orang lain tahu had

tersebut.

77. Menegur dan beri salam kepada orang lain.

78. Membuat origami atau kapal terbang kertas.

79. Bersenam setiap hari.

80. Belajar lagu baharu.

81. Bertolak lebih awal ke tempat kerja.

82. Mengemas rumah atau tukar susun atur rumah.

83. Membuat kek dengan kanak-kanak.

84. Pergi berkelah.

85. Mengambil jalan yang berbeza ke tempat kerja.

86. Menyiapkan kerja lebih awal.

87. Letak penyegar di dalam kereta.

88. Memaafkan orang lain.

89. Menulis surat kepada rakan yang jauh/ rakan pena.

90. Menonton perlawanan bola.

91. Masak makanan kegemaran anda.

92. Kenali kepentingan kasih sayang tanpa syarat.

93. Ingat bahawa apa yang penting dalam menangani

tekanan ialah sikap anda.

94. Menulis diari.

95. Tarik nafas dan senyum.

96. Ingat bahawa anda mempunyai banyak cara untuk

menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

97. Dapatkan sokongan daripada orang yang dipercayai

dan rapat dengan anda.

98. Berhenti untuk menentukan apa yang orang lain perlu

lakukan.

99. Tidur yang cukup.

100.Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

101.Berdoa untuk diri anda sendiri dan orang lain.

BONUS: ANDA HANYA PERLU TENANG DAN FOKUS...