bahagian pendidikan guru.docx

11
Bahagian Pendidikan Guru Profil Jabatan Jabatan Bahagian Pendidikan Guru Ketua Jabatan Pengarah Pn. Ee Hong Alamat Aras 2 - 6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Nombor Telefon 03-88846000 Nombor Faks 03-88841081/03-88893507 Laman Web -- Alamat E- mel [email protected] Pengenalan Bahagian Pendidikan Guru atau singkatan BPG ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program Pendidikan Perguruan Pra- perkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Bahagian Pendidikan Guru sebagai : 1. Peneraju semua latihan keguruan. 2. Juru latih dan fasilitator latihan keguruan. Skop Latihan melibatkan program :

Upload: faezah-ismail

Post on 15-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bahagian Pendidikan Guru

TRANSCRIPT

Bahagian Pendidikan Guru

Profil Jabatan

JabatanBahagian Pendidikan Guru

Ketua JabatanPengarahPn. Ee Hong

AlamatAras 2 - 6, Blok E13, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya

Nombor Telefon03-88846000

Nombor Faks03-88841081/03-88893507

Laman Web--

Alamat [email protected]

Pengenalan

Bahagian Pendidikan Guru atau singkatan BPG ialah bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan program Pendidikan Perguruan Pra-perkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan. Program pendidik keguruan berhasrat untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

Bahagian Pendidikan Guru sebagai :1. Peneraju semua latihan keguruan.2. Juru latih dan fasilitator latihan keguruan.

Skop Latihan melibatkan program :1. Dasar2. Peningkatan Profesionalisme Guru3. Peningkatan Akademik4. Bina Upaya

Visi

Bahagian Pembangunan Profesionalisme Keguruan Yang Efektif dan Responsif Kepada Hala Tuju Kementerian Pelajaran Malaysia

Misi

Melaksanakan Program Pembangunan Profesionalisme Keguruan Secara Terancang Dan Berterusan

Matlamat

Melatih guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia. Menyediakan program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk guru terlatih. Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh mendidik dengan cekap dan berkesan. Mengembangkan Institut Pendidikan Guru sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan

Moto

Melestari Kualiti Guru

Objektif

Objektif Kualiti BPG terbahagi kepada dua iaitu: Objektif Organisasi:a) Memastikan unjuran ambilan guru BPG/IPG mencapai 100% seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Unjuran Keperluan Guru, KPM;b) Memastikan 100% calon yang ditawarkan mengikuti kursus perguruan memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti yang diiklankan;c) Menyediakan program latihan perguruan yang memenuhi 100% keperluan unjuran;d) Memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap keguruan dan prestasi produk dalam tempoh yang ditetapkan mencapai 80% Objektif Operasi bagi Unit-Unit di BPG:a) Unit Pengurusan Induksi (PI)memastikani.80% jawatan Pensyarah, Pentadbir dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) IPGM diisi mengikut keperluan yang berkuatkuasa;ii.Proses kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.iii.80% proses pengurusan pengambilan Pensyarah Baru diisi mengikut keperluan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).b) Unit Kewangan & Bekalan (KB)memastikaniPrestasi perbelanjaan pada akhir tahun mencapai tahap varian yang ditetapkan iaitu 5% sebagaimana yang dipersetujui di peringkat KPM;iiAnalisis prestasi pembekal dibuat dua (2) kali setahun;iiiProjek yang diluluskan di bawah peruntukan pembangunan dilaksanakan mengikut jadual;iv Setiap aset yang diterima menepati spesifikasi, kualiti dan kuantiti mengikut pesanan; danv Wujudnya pangkalan data pengurusan aset yang lengkap, tepat dan kemas kini.c) Unit Latihan dan Pembangunan Staf (LPS) memastikani 80% daripada latihan pembangunan profesionalisme yang dirancang dan dilaksanakan di dalam Pelan Operasi Latihan untuk pegawai ikhtisas, pesnyarah dan staf sokongan BPG dan IPGM adalah berdasarkan dan memenuhi analisis keperluan;ii. 80% daripada latihan yang dirancang di dalam Pelan Operasi Latihan dilaksanakan untuk pembangunan profesionalise pegawai ikhtisas, pensyarah dan staf sokongan BPG dan IPGM.iii. 95% daripada pelajar-pelajar praperkhidmatan semester akhir di IPGM yang layak dapat mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan malaysia dan Kursus Kenegaraan untuk keperluan pengesahan jawatan.d) Unit Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (DPP)memastikaniMerancang, menggubal dan menyediakan Kertas Dasar Latihan Perguruan Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan (Dalam dan Luar Negara) dan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (Pengurusan BPG, Profesional KPM, Pengurusan KPM, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan Jemaah Menteri) sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sebelum pelaksanaan.iiMerancang, menyediakan, mengedar (sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum semester bermula) dan menilai (sekurang-kurangnya dua kali setahun) Perancangan Tahunan Pendidikan Guru.iiiMenyediakan Maklum Balas Mesyuarat-mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (Pengurusan, Profesional dan Jemaah Menteri), Hal Ehwal Parlimen, Kesatuan, Agensi Swasta dan agensi-agensi lain dalam tempoh yang telah ditetapkan.e) Unit T Pengurusan Maklumat (DPM) memastikani.Kemudahan makmal pembelajaran dan pengajaran memenuhi 80% keperluan latihan di Institut Pendidikan Guruii. Penyediaan data memenuhi 95% keperluan pelanggan.iii.Pengurusan dan perkhidmatan pusat sumber memenuhi 85% keperluan pelanggan. f) Unit Khidmat Pengurusan (KP)memastikani80% daripada perjawatan BPG mengikut peruntukan ABM B41 diisi.ii.Urusan perkhidmatan rasmi direkodkan dalam BRP dalam tempoh 3 hari bekerja selepas maklumat / dokumen lengkap diterima.iii.Pemantauan berkala ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan sekurang kurangnya 3 kali setahun.g) UnitStandardKualiti Guru (SKG)memastikani reka bentuk kurikulum diluluskan sebulan sebelum kursus bermula;iiPemantauan keberkesanan kurikulum dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu pusingan pertama pelaksanaan berdasarkan program yang berikut: a) KDPM - tiga tahunb) KPLI - setahunc) Kursus Persediaan - satu setengah tahund) PISMP - empat tahuniiiMenyemak semula kurikulum yang telah dilaksanakan berdasarkan kepada surat punca kuasa atau mengikut ketetapan yang berikut:a) KDPM - dua pusingan (enam tahun)b) KPLI - lima pusingan (lima tahun)c) Kursus Persediaan - 4 pusingan (enam tahun)d) PISMP - dua pusingan (lapan tahun)e) Garis Panduan Praktikum dan perancangan takwim pratikum disiapkan sebelum praktikum dilaksanakan oleh IPG. h) Unit Pengurusan PengambilanPelajar (PPP)memastikani.Proses pengambilan pelajar IPG dimulakan dalam tempoh sebulan selepas menerima unjuran daripada Unit Dasar, Perancangan dan Penyelidikan.i) UnitPeningkatan Akademik (PA)memastikani. Perancangan dan pelaksanaan semua program yang melibatkan kepimpinan dan pengembangan pelajar dilaksanakan 100 % oleh setiap IPGM pada setiap tahun mengikut garis panduan yang ditetapkan.ii. Perancangan dan pelaksanaan akativiti kerohanian dan moral dilaksanakan 100 % di IPGM mengikut prosedur yang ditetapkan.iii. 100 % kes-kes yang melibatkan kebajikan dan keselamatan pelajar dapat diambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan.iv.Semua kes rayuan berkaitan disiplin pelajar diambil tindakan mengikut peraturan dan akta 174.j) Unit Pentaksiran& Akreditasi (PEN)memastikani.Setiap kertas soalan peperiksaan yang siap untuk ditadbirkan tidak berlaku kesilapan yang melibatkan markah tidak melebihi 5% daripada jumlah markah;ii.Keputusan akhir pentaksiran pelajar untuk penganugerahan diploma dan Ijazah dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG).k) UnitPembangunan ProfesionalGuru (PPG)ialah memastikan i. Program peningkatan akademik dan profesionalisme guru yang dirancang dapat dijalankan sekurang-kurang 80 %.l) Unit Penyelidikan Profesionalisme Keguruan (PPK)ialah memastikani. Sekurang-kurangnya 80 % penyelidikan dan kajian keperluan / penilaian program BPG dapat disempurnakan setiap tahun.m) Unit Psikologi & Kaunseling (PK)ialah memastikani. Merancang, memberi dan merekod khidmat Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Keluarga dan Kaunseling Krisis mengikut prosedur yang ditetapkan.ii. Mengendalikan mesyuarat kaunselor IPG dua kali setahun.iii. Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Peringkat Bahagian Guru dijalankan empat kali setahun.iv. Menyediakan laporan dan maklumbalas Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan empat kali setahun untuk penambahbaikan dalam pengurusan kerja.v. Merancang dan menyelenggara kes tatatertib dengan memastikan tindakan tatatertib yang diambil mematuhi peraturan-peraturan pegawai awam berdasarkan kes yang diterima.vi. Menyelenggarakan kes-kes surcaj. n) Unit Jaminan Kualiti & Inovasi (JKI)ialah memastikani. Keperluan menjalankan aktiviti kualiti seperti yang ditentukan dalam Manual Kualiti dijalankan mengikut jadual.ii. Tahap keberkesanan MKSP yang dijalankan mencapai sekurang-kurangnya skor min 3.2 o) Objektif Operasi IPG ialah memastikani.Semua pelajar baharu memenuhi syarat yang ditetapkan semasa proses pendaftaran;ii.Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Proses Pendaftaran yang dijalankan; iii.Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap program Pengurusan Pelajar Baharu yang dilaksanakan; iv. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran;v. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap aktiviti kokurikulum;vi. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap Praktikum;vii. Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap bimbingan dalam tutorial peribadi; viii. Sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus;ix.Semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima, danx.Elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh 10 hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada BPG kecuali bulan Januari.

Fungsi

1.Membangunkan guru sebagai profesionalisme pembelajaran.

2Melaksanakan program pembangunan bina upaya guru sebagai fasilitator dan pengurus pembelajaran.

3Membangunkan jurulatih program pembangunan profesionalisme guru.

4Membangun dan mengawal standard profesionalisme guru dan standard program pembangunan guru.

5Menjalankan penyelidikan dan pembangunan menginovasi program pembangunan profesionalisme keguruan

6Merancang dan menyelaras sumber dan program pembangunan profesionalisme keguruan.

7Merancang, menyelaras dan mengurus pengambilan calon guru latihan praperkhidmatan dan peserta latihan dalam perkhidmatan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.