bahagian b (latihan 1000 soalan)

13
BAHAGIAN B [ 30 markah] Soalan 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan. ketika selagi jika sewaktu sekiranya hingga sungguhpun supaya Majlis perkahwinan masyarakat Melayu cukup istimewa sekali. _____________________ zaman semakin moden, namun ciri-ciri perkahwinan tradisionalnya tetap tidak dilupakan. Kompang akan dipalu ____________________ rombongan pengantin lelaki tiba. Keadaan ini menjadikan suasana di rumah pengantin perempuan sungguh meriah ____________________ majlis itu berlangsung. Bunga telur, tepak sirih dan sirih junjung pula masih menjadi lambing kesenian dan kebudayaan dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu ___________________ hari ini. [4 markah] Soalan 22 a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Upload: logkeetha-sarckunadasan

Post on 08-Jul-2016

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SET LENGKAP (BAHAGIAN B) KERTAS BM1

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

BAHAGIAN B

[ 30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang

diberikan.

ketika selagi jika sewaktu

sekiranya hingga sungguhpun supaya

Majlis perkahwinan masyarakat Melayu cukup istimewa sekali. _____________________

zaman semakin moden, namun ciri-ciri perkahwinan tradisionalnya tetap tidak dilupakan.

Kompang akan dipalu ____________________ rombongan pengantin lelaki tiba. Keadaan ini

menjadikan suasana di rumah pengantin perempuan sungguh meriah

____________________ majlis itu berlangsung. Bunga telur, tepak sirih dan sirih junjung

pula masih menjadi lambing kesenian dan kebudayaan dalam majlis perkahwinan masyarakat

Melayu ___________________ hari ini.

[4 markah]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat Tanya :

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Jawapan : Usahawan muda itu mempromosikan ternakan ikan hiasannya melalui

Internet.

[2 markah]

Page 2: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

Page 3: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

Soalan 23

a. Tulis simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.

___________________________________________________________________________

[1 markah]

b. Padankan maksud yang paling sesuai bagi simpulan bahasa yang diberikan.

[ 1 markah ]

Anak emas

Maksudnya : Orang yang suka banyak bercakap.

Maksudnya : Banyak berfikir atau belajar.

Maksudnya : Anak yang paling disayangi.

Page 4: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

c. Kenal pasti kesalahan istilah (perkataan) dalam ayat di bawah dan betulkannya dengan menyalin semula ayat menggunakan perkataan yang sesuai.

Beta bercadang untuk membukukan pengalamannya semasa mendaki Gunung Everest.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[1 markah]

d. Kenal pasti kesalahan tatabahasa (imbuhan) dalam ayat di bawah dan betulkannya dengan menyalin semula ayat menggunakan imbuhan yang sesuai.

Ayah menghadiahkan ibu seutas rantai emas sempena hari jadinya.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[1 markah]

e. Kenal pasti kesalahan tatabahasa (diftong) dalam ayat di bawah dan betulkannya dengan menyalin semula ayat menggunakan perkataan diftong yang sesuai.

Ayah mengasah pisou yang tumpul itu untuk digunakan bagi menyembelih ayah.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[1 markah]

Page 5: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sayur-sayuran mempunyai khasiat mineral untuk kesihatan kita. Kita dinasihatkan

menyediakan masakan sayur-sayuran dalam menu makanan kita.

Terdapat tiga cara memasak sayur-sayuran. Antara cara memasak sayur-sayuran ialah

melalui cara mengukus. Mengukus merupakan kaedah memasak yang baik kerana ia tidak

merosakkan tekstur serta menghilangkan rasa sebenar sayuran tersebut. Terdapat tiga perkara

penting dalam memasak sayuran secara mengukus. Cara pertama ialah jangan biarkan

kukusan kering. Keduanya, pastikan air kukusan tidak menyentuh sayuran. Pastikan juga

aliran wap bergerak bebas di dalam alat pengukus.

Cara kedua memasak sayuran ialah cara merebus. Kaedah ini merupakan kaedah yang

paling mudah. Namun begitu, kaedah ini meresap keluar segala nutrien yang terdapat dalam

sayur. Terdapat dua cara merebus sayuran iaitu merebus sayuran dengan cepat dalam kuantiti

air yang sedikit atau menggunakan air yang banyak. Air rebusan sayuran boleh digunakan

untuk mereneh sup.

Memanggang merupakan satu lagi kaedah memasak sayuran. Sayuran yang hendak

dipanggang hendaklah dipotong agak besar. Bahagian yang telah dipotong itu disapu dengan

minyak zaitun supaya ia tidak kering. Kemudian, taburkan bahan herba segar, garam dan

serbuk lada. Letakkan di atas dulang pemanggang atau masukkan di dalam ketuhar. Panggang

sayur tersebut sehingga naik baunya dan mudah dihiris dengan pisau.

a. Kita digalakkan menyediakan sayur-sayuran dalam menu makanan kita kerana

____________________________________________________________________ .

[1 markah]

b. Mengapakan minyak zaitun disapu pada sayuran yang hendak dipanggang?

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ .

[2 markah]

Page 6: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.

[2 markah]

d. Pada pendapat anda, apakah bahan lain selain minyak zaitun yang dapat digunakan untuk disapu pada sayur sebelum dipanggang dan apakah tujuan bahan herba, garam dan serbuk lada ditaburkan?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ .

[3 markah]

Mengukus tidak merosakkan tekstur serta menghilangkan rasa sebenar sayur tersebut.

Sayuran perl;u dikukus sehingga air kukusan kering.

Air rebusan sayur boleh digunakan untuk mereneh sup.

Sayuran yang hendak dipanggang hendaklah dipotong agak besar.

betul

salah

Page 7: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Si Mamat lari dikejar angsa,

Dipatuk pula ayam serama,

Kurangkan kerja, luangkan masa,

Dengan keluarga makan bersama.

Ada sirih, adalah kapur,

Buat santapan Raja Safwan,

Bantulah ibu bersihkan dapur,

Ringankan beban, hindarkan kotoran.

Duri terpegang, tercucuk isi,

Mengkuang dilayur, perlu dijaga,

Kesihatan dijaga, minat dikongsi,

Berkebun sayur bersama keluarga.

Tinggi sekali pokok saga,

Tumbuh subur sepanjang jalan,

Riang terkumpul seisi keluarga,

Televisyen ditonton sebagai hiburan.

Manisnya rasa janganlah ragu,

Buah naga terkenallah sudah,

Pilihlah sehari dalam seminggu,

Bersama keluarga kita beriadah.

Page 8: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ .

[2 markah]

b. Mengapakah kita perlu membantu ibu membersihkan dapur?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ .

[2 markah]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan pantun tersebut.

[1 markah]

Menjaga kesihatan dengan bercucuk tanam.

Menonton televisyen seisi keluraga sebagai suatu kewajipan.

Page 9: Bahagian b (Latihan 1000 Soalan)

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

____________________________________________________________________ .

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Pilihlah sehari dalam seminggu,

Bersama keluarga kita beriadah.