diedit hedonisme 1000

31
1 JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL NAMA : MOHAMAD ZAHIR BIN WAHAB NO MATRIKS : JK 7926 / 11 SUBJEK : JKA 417 PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL PENSYARAH : DR ZURINA BT MOHD RADZI TAJUK : Budaya Hedonisme dalam Masyarakat. 1.0 PENGENALAN Budaya dan masyarakat wujud secara bersama. Kewujudan masyarakat melahirkan budaya yang menjadi pakaian masyarakat itu sendiri. Meskipun kedua-dua istilah ini menunjukkan hubungan yang rapat dan sukar dibezakan, namun pengertian dah konsepnya dilihat jauh berbeza. Edward B. Tylor mentakrifkan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yakni mengandungi kesenian, kepercayaan,

Upload: sabunmadukasturikijang

Post on 06-Nov-2015

303 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hedo

TRANSCRIPT

NAMA : MOHAMAD ZAHIR BIN WAHAB

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL

NAMA : MOHAMAD ZAHIR BIN WAHABNO MATRIKS : JK 7926 / 11SUBJEK : JKA 417 PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN

PENGAWALAN SOSIAL

PENSYARAH : DR ZURINA BT MOHD RADZITAJUK :

Budaya Hedonisme dalam Masyarakat.

1.0 PENGENALAN

Budaya dan masyarakat wujud secara bersama. Kewujudan masyarakat melahirkan budaya yang menjadi pakaian masyarakat itu sendiri. Meskipun kedua-dua istilah ini menunjukkan hubungan yang rapat dan sukar dibezakan, namun pengertian dah konsepnya dilihat jauh berbeza. Edward B. Tylor mentakrifkan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yakni mengandungi kesenian, kepercayaan, akhlak, adat, undang-undang dan kebolehan serta tabiat yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Oleh itu takrif itu bersifat menyeluruh terhadap konsep budaya. Secara keseluruhannya, walau apa pun definisi budaya, kita memahami bahawa budaya itu sebagai sesuatu yang menyeluruh tentang aspek perilaku manusia dalam masyarakat dan setiap perilaku itu dapat dijelaskan melalui pemerhatian atau sebagainya. Salah satu sifat penting budaya ialah budaya berubah dan menjadi mekanisme untuk masyarakat berkaitan penyesuaian dalam kehidupan mereka. Berdasarkan definisi budaya yang diberikan oleh beberapa orang peneliti budaya, terdapat beberapa aspek yang menjadi teras budaya seperti nilai dan kepercayaan, norma kehidupan dan bahasa. Semua aspek yang dikemukakan tadi menjadi tunjang perkongsian dalam komuniti yang membentuk sesebuah masyarakat.

Kebanyakkan manusia yang diasuh secara normal akan menjadi ahli masyarakat yang berguna serta menpunyai kesedaran sivik. Akan tetapi segelintir manusia mungkin terjebak ke dalam kancah jenayah atau memperlihatkan tingkah laku devian. Manakala devian pula merujuk kepada sebarang tingkah laku yang bercanggah dengan norma, tidak kira sama perbuatannya kecil seperti melanggar had kelajuan memandu atau kepada yang lebih berat seperti membunuh. Kupasan sedikit mengenai devians juga akan menjelaskan kepada berlakunya budaya hedonisma dikalangan masyarat malaysia kini. Mengikut penjelasan secara fisiologi atau biologi, tingkah laku devians ini dilihat berpunca daripada sejenis fizikal yang pincang tugas atau pelik, diwarisi serta berada dalam gen. Manakala penerangan secara psikologi pula mengatakan bahawa tingkah laku devians adalah luahan masalah psikologi atau sifat sahsiah yang luar biasa. Masalah atau sifat tersebut dikatakan berpunca daripada pengalaman individu bersama ahli keluarganya dan mereka yang berada dalam kedudukan yang boleh mempengaruhi perkembangan psikologi individu tersebut.

Selain daripada itu, sedikit penjelasan mengenai hedonisma itu sendiri, yakni perkataan Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan (pleasure) iaitu suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata (Encyclopedia of Philosopy, 2006; 254-258). Jika dilihat menerusi kamus dewan pula, hedonisme dianggap suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Hedonisme merupakan satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila.

2.0 CONTOH BUDAYA HEDONISMA BESERTA TEORI

2.1 HIBURAN DAN KESERONOKAN

Sebenarnya budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi kini. Antara faktor penyumbang yang paling banyak ialah menerusi media masa sama ada media cetak atau media elektronik yang memperlihatkan pendedahan yang paling banyak dalam aspek hiburan. Selain itu, kecenderungan amalan bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan juga diistilahkan sebagi budaya hedonisme. Amalan ataupun budaya mengutamakan keseronokan diri ini seperti minum arak, berjudi, bermain muzik, memiliki barangan berjenama, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempersonakan serta ia sering berlaku dikalangan remaja bandar misalnya. Dalam kehidupan masyarakat bandar misalnya, budaya hedonisme seringkali dapat dilihat menerusi gaya hidup mewah warga kota yang mengikut gaya ataupun fesyen terkini berteraskan kepada kemajuan ekonomi yang berlaku di bandar. Manusia khususnya dalam kategori masyarakat hari ini meletakkan budaya hedonisme ini sesuatu hal yang perlu berlaku seiring dengan kemajuan serta perkembangan dunia dalam bidang teknologi, fesyen dan sebagainya. Disebabkan hal inilah maka dapat kita lihat bahawa sikap serta nilai kemanusiaan yang ada pada masyarakat yang mengamalkan budaya hedonisme ini lebih cenderung kepada sikap individualistik serta mementingkan kebendaan semata-mata.

2.2 PERGAULAN BEBAS, FENOMENA TARIAN GANGNAM STYE DAN MUZIK BARAT (UNDERGROUND, BLACK METAL, KPOP KOREA)

Jika dilihat serta diamati tentang budaya hedonisme yang berlaku dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya, jelas memperlihatkan pelbagai budaya yang diikuti mahupun melalui budaya barat ataupun budaya yang sememangnya telah wujud serta ia menjadi satu permasalahan yang bertentangan dengan budaya yang sedia ada. Sebagai contoh yang dapat diberikan berkaitan dengan budaya hedonisme ini ialah kejadian fenomena Gangnam Style yang menjadi salah satu hiburan yang melampau juga dilihat turut terkesan keatas pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Secara umumnya, fenomena Gaya Gangnam Style ini merujuk kepada kehidupan kelas atasan yang dilingkari hotel mewah, pusat membeli-belah ekslusif dan penduduk yang gemar bersosial ( Farid : Dewan Budaya 2012 ). Ianya bersesuaian dengan teori konflik yang dipelopori oleh Karl Marx menyatakan bahawa hedonisme atau tingkah laku devians ini lebih dominan kepada golongan atasan. Kehebatan fenomena Gangnam Style ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi, malahan mencetuskan pelbagai video parodi termasuk dari Malaysia yang turut dimuat naik di you tube. Justeru tidak dapat dinafikan lagi idea kreatif yang ditonjolkan penyanyi korea ini berjaya mencetuskan fenomena baharu kepada dunia khususnya. Namun disebaliknya, terdapat juga tanggapan implisit yakni sesetengah masyarakat yang kurang menyenangi kewujudan aliran Gangnam ini. Mereka mendakwa tarian muzik yang diilhamkan ini berunsur lucah serta tidak sesuai ditonton oleh masyarakat yang berbudaya timur khususnya orang Muslim. Apa yang boleh dilihat fenomena gangnam stlye ini mendatangkan hiburan dan keseronokan yang melampaui terutamanya kepada golongan remaja. Hal ini akan mendatangkan kesan buruk daripada budaya hedonisme yang dikatakan tadi serta akan menjadi punca berlakunya perlakuan devians selepas itu. Sebagai contoh yang akan berlaku ialah kes jenayah lain berlaku misalnya kes rogol khususnya remaja perempuan yang terlibat. Teori yang boleh dikaitkan dengan fenomena tarian ini ialah teori penyaluran budaya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku devians boleh dipindahkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Ahli sosiologi mendapati bahawa tingkah laku delinkuen dan jenayah adalah sebahagian daripada satu generasi juvana kepada generasi lain. Dalam konteks perkaitan budaya hedonisme dalam masyarakat khususnya berkenaan fenomena gangnam stlye ini boleh digambarkan sebagai budaya tarian serta muzik luar Negara yang masuk ke dalam Negara dan menjadi ikutan khususnya remaja Negara ini.

Selain daripada itu, turut terkesan juga genre muzik terutamanya muzik underground (hard rock dan heavy metal) yang masuk ke dalam industri hiburan Negara ini juga dilihat banyak meninggalkan kesan sosial. Muzik ini lahir serta berkembang di Amerika Syarikat dan terus menpengaruhi sekumpulan penduduk di seluruh dunia, khususnya golongan muda. Muzik underground ini tidak diterima sebagai hiburan oleh sesetengah pihak yang menganggap muzik ini sebagai bunyi bising dan menpunyai gejala yang tidak baik. Hal ini kerana kebanyakkan lirik lagu ini didapati bersifat memberontak. Disamping itu tingkah laku peminat muzik underground memperlihatkan gerak geri yang boleh dikaitkan dengan unsur keganasan, tindak-tanduk yang garang dan agresif sifatnya serta lagak kecoh yang boleh menimbulkan huru-hara. Lirik lagu Inggeris yang dituturkan sering kali dilihat membawa tema yang menghasut selain bersifat eksplisit dan lucah. Laporan mengenai lirik sesetengah lagu underground Inggeris yang provokatif dan dilihat menpunyai impak buruk ke atas golongan muda sering dimuatkan di dalam akhbar.

Ekoran dari perkembangan muzik underground ini maka turut berkembangnya muzik punk, black metal dan skinhead yang masing-masing menpunyai gayanya yang tersendiri serta telah menyelinap masuk ke dalam negara ini ( Teo Kok Seong : Dewan Budaya 2003). Dilihat dari segi penampilan imej remaja punk pula mereka lebih suka menggayakan fesyen rambut alajoran yang diwarnakan, jaket kulit yang ditampal dengan pelbagai lencana seluar yang koyak dan senteng. Begitu juga dengan muzik black metal yang menekankan antikeagamaan, antikristian, antimasyarakat, antikerajaan dan sebagainya. Melihat kepada kesan perkembangan muzik-muzik yang dibincangkan ini sudah pasti banyak kesan buruk yang akan membawa kepada berlakunya devian termasuklah amalan pemujaan syaitan, dadah, arak, dan seks bebas yang dilakukan oleh pengikut muzik terutamanya Black Metal.

Juga dapat diselitkan dengan isu yang baru berlaku baru-baru ini berkenaan dengan artikel Apa sudah Jadi, oleh harian Metro bertarikh 11 Januari 2015 menunjukkan salah satu budaya yang boleh dikaitkan dengan budaya hedonisme yang berlaku dikalangan remaja. Artikel ini jelas menunjukkan bahawa perlakuan yang ditunjukkan oleh remaja melayu sekarang melampaui batas sehinggakan sanggup berkelakuan yang boleh menjatuhkan maruah mereka disebabkan rasa minat yang mendalam terhadap beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 dari Korea ini. Perlakuan-perlakuan dicium, dipeluk serta aksi-aksi yang melampaui batas ini jelas memperlihatkan bahawa pengaruh budaya Kpop dari korea ini yang telah menyebabkan nilai moral seseorang remaja itu runtuh. Ini merupakan suatu hal yang membimbangkan semua pihak kerana situasi berkenaan isu ini menunjukkan seolah-seolah remaja hari ini lebih mengutamakan keseronokan tanpa mengira batas-batas pergaulan dalam agama khususnya remaja yang beragama islam. Aksi-aksi yang dilihat menunjukkan pergaulan bebas yang amat ketara dan bertentangan dengan budaya ketimuran di Negara ini. Disini jelas memaparkan bahawa budaya hedonisme ini amat bertentangan dengan akidah umat islam. Secara tidak langsung yang menjadi kebimbangan ialah budaya yang tidak sepatutnya seperti bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, berpakaian menjolok mata dan nilai yang bertentangan dengan adat ketimuran telah dipaparkan dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi khalayak, terutamanya remaja yang masih keliru dengan identiti masing-masing. Kesemua situasi yang berkaitan hiburan terutamanya pengaruh muzik luar ini juga boleh dikaitkan dengan teori penyaluran budaya yang dikemukakan oleh Edward Sutherland (1883-1950) yang menekankan kepada proses-proses sosial dan psikologikal yang terlibat dalam pembentukan tingkah laku devian. Setiap yang berlaku berkaitan dengan budaya luar ini telah banyak mempengaruhi budaya yang sedia ada serta ianya mempunyai kesan-kesan yang tidak baik khususnya kepada golongan remaja yang mahu meningkat dewasa dalam mengharungi pelbagai cabaran masa hadapan.

2.3 BUDAYA MELEPAK DAN PENYALAH GUNAAN DADAH

Selain daripada itu, budaya hedonisme yang seterusnya juga dapat dibincangkan ialah budaya yang melibatkan remaja khususnya kepada mereka yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti melepak dan sebagainya. Aktiviti melepak ini juga dilihat sebagai salah satu budaya hedonisme yang berlaku dikalangan masyarakat hari ini terutamanya dikalangan remaja. Isu budaya melepak ini akan mendorong kepada perlakuan devians yang lain kerana mereka akan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermoral. Sebagai contoh, budaya melepak akan menyebabkan tercetusnya aktiviti merokok, vandalisme, gengsterisme dan sebagainya. Contoh yang diperhatikan ialah tentang gengsterime di kalangan remaja begitu ketara dan wujud seperti kongsi gelap. Aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini lama kelamaan akan menjadi satu budaya yang sukar dibendung kerana sudah tentu semakin ramai remaja yang akan terpengaruh dengan rakan-rakan mereka. Akibat daripada tekanan yang dialami, remaja berkenaan mungkin akan menunjukkan sikap agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal, kemurungan dan terlibat dengan masalah sosial bagi melepaskan rasa tekanan. Jika dlihat dari aspek yang lain pula, berasaskan daripada budaya hedonisme inilah lama-kelamaan akan mendorong kepada aktiviti pengenalan dadah secara permulaan seterusnya terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana budaya melepak ataupun aktiviti sedemikian merupakan permulaan kepada terjerumusnya remaja untuk melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Sebagai akibat daripada aktiviti penyalahgunaan dadah ini juga akan mendorong remaja yang terlibat untuk melakukan perlakuan-perlakuan devians yang lain misalnya mencuri, merompak dan sebagainya. Ini menjelaskan bahawa perlakuan-perlakuan devian boleh dipelajari oleh remaja melalui interaksi dengan orang lain. Justeru itu teori yang juga dapat dikaitkan ialah teori penyaluran kebudayaan di mana ia menjelaskan bahawa manusia akan mengalami proses sosialisasi asas iaitu sama ada belajar mentaati peraturan dan norma sosial ataupun bertindak melakukan devian (Edwin Sutherland, 1940) menggambarkan remaja itu sendiri belajar berinteraksi dari sekumpulan individu dalam mewujudkan satu kumpulan dalam melakukan devians.

2.4 BUNUH DIRI, KEGANASAN

Budaya bunuh diri juga dapat diperjelaskan dalam teori perspektif struktural-Fungsional yang merupakan satu bentuk keganasan terhadap diri sendiri. Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis pada abad ke-19, telah mengkaji ratusan kes bunuh diri yang dianalisisnya dalam buku beliau berjudul Suicide (1897). Menurutnya, bunuh diri merupakan satu tindakan yang semata-mata bercorak peribadi dan persendirian akibat kesedihan dan kesukaran peribadi yang teramat sangat, yang tidak tertanggung oleh seseorang itu. Penulis juga menekankan bahawa faktor luaran sosial yang boleh menyebabkan individu terlibat menjadi amat kecewa dan sanggup membunuh diri. Perkaitan dengan perbuatan bunuh diri memperlihatkan berlakunya budaya hedonisme serta ia bersesuaian dengan teori labelan dimana teori ini menjelaskan bahawa proses pemberian label merupakan penyebab sesorang itu menjadi jahat. Selain daripada itu bagi budaya hedonisme yang melibatkan gejala bunuh diri juga boleh dikaitkan dengan Anomie ( Azrina Husin : 2000 ). Teori ini sekali lagi berada dalam dalam rangkuman perspektif struktural-fungsional yang sememangnya menggambarkan kesan daripada perasaan hilang arah atau ketidakgembiraan ini boleh menyebabkan tindakan tersendiri yang dilakukan misalnya aksi bunuh diri. Kenyataan ini diperjelaskan oleh Emile Durkheim dimana beliau menyatakan bahawa situasi ini dikatakan sebagai anomie dimana keadaan anomie inilah yang menyebabkan munculnya segala bentuk perilaku menyimpang yang telah menyebabkan berlakunya bunuh diri ( Azrina Husin : 2000 ).

Disamping itu, melihat Malaysia sebagi sebuah Negara perindustrian maka secara tak lansung akan wujudnya peluang peluang pekerjaan yang banyak. Maka disini kita akan melihat bahawa akan berlakulah kemasukan imigran dari luar bagi memenuhi peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Justeru itu ia menunjukkan bahawa situasi kebanjiran imigran atau migrasi luar ke dalam negara ini juga menunjukkan bahawa banyak kes-kes perlakuan devian yang berlaku. Hal ini menggambarkan bahawa budaya yang dibawa masuk hasil dari migrasi luar ini berbeza dengan budaya yang terdapat di negara ini yang mengakibatkan mereka melanggar norma-norma masyarakat yang sedia ada. Kegiatan devian yang berlaku akibat dari masalah ini termasuklah kegiatan ,ragut, rompak, rogol dan jenayah berlaku dikawasan berkenaan. Juga bertepatan dengan teori yang dikemukakan oleh Ernest Burgess (1925) iaitu teori concentric zone dalam perspektif ekologi yang menganggap bahawa kegiatan devian dan jenayah banyak berlaku di zone transisi kedua. Burgess juga menyatakan bahawa proses transisi dimana pergelutan diantara kelas industralis dan golongan miskin, buruh dan migran ini meruntuhkan hubungan-hubungan asas dan proses kawalan sosial dalam komuniti zon atau kawasan yang terlibat. Faktor ini juga dilihat menyumbang kepada berlakunya budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat malaysia kerana penghijarahan masuk dari luar ini dilihat telah membawa nilai-nilai, norma-norma dan corak budaya yang berlainan serta menpunyai banyak kesan buruk. Keaadaan percanggahan budaya juga dilihat boleh wujud antara migran dan pihak berkuasa keranan perbezaan budaya boleh menyebabkan salah faham dan perlaksanaan dan sebagainya.

Disamping itu juga kita tidak dapat meramal jenayah-jenayah lampau yang pernah dilakukan oleh migran yang masuk ke dalam negara ini. Sekiranya kemasukan itu melibatkan migran yang pernah melakukan jenayah sebelum ini, secara tak langsung kelakuan devian atau jenayah yang dilakukannya akan diteruskan serta dibawa masuk ke dalam kawasan yang terlibat. Maka di sini akan wujudnya jenayah seperti yang dikatakan tadi misalnya rompak, ragut dan sebagainya.

Penjelasan mengenai hedonisme dalam masyarakat Malaysia juga dapat dikaitkan dengan budaya manusia yang melibatkan keganasan. Keganasan yang dimaksudkan dapat dikategorikan dalam pelbagai aspek misalnya perbuatan mendera isteri dan kanak-kanak merupakan di antara bentuk keganasan seharian. Budaya hedonisme juga dapat dikaitkan dengan amalan jenayah yang dilakukan sama ada mencuri, bunuh diri dan tingkah laku yang melanggar norma-norma masyarakat. Terdapat juga keganasan yang dilakukan terhadap diri sendiri sama ada secara individu atau kolektif atas pelbagai alasan. Teori ini dipelopori oleh Edward Lamert 1967 melalui pendekatan interaksionis. Beliau menegaskan bahawa semua orang terlibat dengan aktiviti jenayah namun hanya segelintir golongan yang dilabelkan. Disamping itu, Edward Lamert juga menerangkan yang devian merupakan proses di mana bermulanya penyimpangan primer (primary deviance) kemudian akibat kesalahan tersebut seseorang itu di cap sebagai pesalah. Penyimpangan kedua pula digelar sebagai penyimpangan sekunder (secondary or career deviance) iaitu kesan daripada penyimpangan primer tadi. Melihat pada situasi di Malaysia terutamanya kepada seseorang yang dilabel berpontensi untuk melakukan penyimpangan sekunder (sekunder deviance) setelah ia dilabelkan. Situasi ini tidak mengira umur dan tempat malah individu yang telah dilabelkan ini akan tertekan dan berpontensi untuk melakukan jenayah yang lebih serius lagi. Contohnya, sekiranya telah dilabel sebagai seorang pencuri, seseorang itu tidak akan teragak-agak untuk mencuri lagi sekali kerana pada tanggapanya tiada beza kerana masyarakat telah memandang serong terhadapnya.

Dalam memperkatakan wujudnya perlakuan devian dan nilai norma-norma yang menyimpang juga boleh digambarkan melalui pendekatan Strukturak konflik yang dianjurkan oleh Karl Max. Karl Marx telah mengemukakan teori konflik diantara kelas-kelas sosial dimana konflik berlaku diantara kelas pemilik dan buruh yang menjual barang untuk memperolehi upah. Bagi teori konflik tentang perlakuan devian yang berlaku di Malayasia boleh digambarkan diantara golongan atasan dan bawahan khususnya di dalam sesebuah institusi poekerjaan. Melihat kepada pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan bawahan untuk mendapatkan sesuatu upah atau gaji bagi sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Pekerja misalnya memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan upah atau pendapatan bagi menyara kehidupan. Sekiranya golongan atasan ini telah memberhentikan kerja terhadap golongan pekerja bawahan, maka perkaitan yang dapat digambarkan disini golongan bawahan yang telah diberhentikan kerja mungkin akan berpontensi melakukan devian atas faktor tekanan hidup dan kesukaran mendapatkan pekerjaan. Maka golongan bawahan ini akan mengganggur serta hilang punca pendapatan dan tidak dapat menguruskan hidup terutamanya di bandar. Disini jelas memperlihatkan akan maksud yang digambarkan dalam teori konflik dalam perspektif struktural konflik dan ia amat bersesuaian dengan teori ini.

3.0 KAWALAN SOSIAL DAN CARA MENGATASI BUDAYA HEDONISME

3.1 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA

Permasalahan ini berlaku adalah disebabkan tuntutan kehidupan masyarakat kini yang lebih banyak berkisar kepada mengejar kebendaan sehingga melupakan kepada keperluan kehidupan itu sendiri yang perlu diisi supaya tidak lari daripada tuntutan kehidupan sebenar. Di Negara Malaysia amnya, selain masalah dadah menjadi masalah nombor satu Negara, faktor pengaruh media juga turut sama berlaku. Keaadan ini menjadi semakin serius apabila pengamal-pengamal media tidak menapis dan memahami isi kandungan media yang ingin dipaparkan untuk menjadi tatapan penonton mengikut selera budaya tempatan. Golongan media ini dilihat sebagai kurang mahir dalam memilih serta memaparkan input yang dicedok dari program luar. Hal ini sebenarnya telah diketahui umum bahawa pengaruh media sama ada media cetak atau media elektronik amat besar dan berupaya mengancam budaya masyarakat Negara ini.Selain daripada itu juga pengaruh barat juga memainkan peranan dalam berlakunya kejadian divians ini. Pengaruh barat dalam pelbagai aspek meliputi budaya, muzik, hiburan jelas menunjukkan kesan sampingan kemasukannya. Banyak gejala atau kejadian yang buruk hasil ikutan budaya pengarut barat ini. Pelbagai masalah devians dapat dilihat berlaku meliputi pelbagai jenayah yang dapat dilihat pada hari ini. Sekali lagi pendapat yang menyokong mengenai pengarut baratlah yang merupakan punca berlakunya banyak perlakuan devian di Negara ini.

3.2 KAWALAN SOSIAL

Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat termasuk undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan istitusi tahanan. Konsep kawalan sosial sangat luas merangkumi suatu penghasilan tingkah laku yang dianggap normal dan juga penindasan tingkah laku devian yang menyimpang ( Rahimah Abdul Aziz : 2000 ).

Kawalan sosial merupakan salah satu cara mengawal atau mengatasi masalah hedonisme ini. Ianya dilakukan secara bersama dalam masyarakat untuk mengurangkan berlakunya kegiatan devian ini. Kawalan ini dilihat wujud dalam bentuk formal misalnya dasar-dasar awam atau institusi kawaln formal seperti sistem perundangan polis dan sebagainya. Kawalan sosial formal merujuk kepada pengambilalihan kuasa kepada badan-badan tertentu yang menjalankan tugas mereka. Sebagai contoh, orang yang engkar serta menyalahi undang-undang serta melakukan jenayah akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kawalan formal hanya akan digunakan apabila tingkahlaku itu bersifat devian, haram atau memerlukan tindakan intervensi. Kawalan sosial formal merujuk kepada tiga perkara antaranya untuk mencegah tingkah laku devians dengan menyingkirkan peluang daripada berlaku atau menghindarkan penyebabnya. Selain itu kawalan sosial juga berperanan untuk menghalang devians dengan ugutan hukuman agar manusia takut melakukanya dan mereformasi atau mensosialisasikan manusia agar mereka menjauhi daripada tingkah laku devians.

Manakala kawalan tidak formal pula dikendalikan oleh sesuatu kumpulan khas yang berbentuk formal. Meskipun secara realiti kawalan sosial tak formal itu tidak terlepas secara total dari ciri-ciri paksaan ataupun pendisiplinan yang diarahkan kepada seseorang pelaku atau situasi, sifat umum kawalan sosial tak formal adalah cenderung kepada mensosialisasikan atau menginternalisasikan individu dengan norma masyarakat melalui teguran, pujian dan sokongan. Justeru itu peranan ini dimainkan oeh keluarga, jiran, sekolah dan sebagainya.

3.2 CARA MENGATASI

Untuk mengatasi masalah ini semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan atau mengurangkan berlakunya kelakuan devians ini. Melihat kepada konteks secara menyeluruh yakni bermula dari rumah melalui pengawasan ibu bapa juga amat penting. Hal ini kerana peranan ibu bapa dalam memastikan hubungan kekeluargaan bersama anak-anak juga perlu dalam membentuk peribadi yang baik kepada anak-anak. Sekiranya hubungan kekeluargan dengan anak-anak renggang, maka anak-anak itu mungkin akan hilang arah serta akan mengakibatkan mereka hilang kawalan serta akan terjerumus kepada masalah sosial di luar. Hubungan kekeluargaan ini dianggap penting dalam memupuk kebahagiaan serta akan membuat anak-anak dihargai dan tidak di abaikan. Sesetengah contoh yang berlaku disebabkan masalah sosial dikalangan remaja disebabkan oleh hubungan kekeluargaan yang tidak baik mendorong remaja itu melakukan perlakuan devians kerana tiada sebarang kawalan sepenuhnya dari ibu bapa. Ibu bapa perlu mewujudkan sikap terbuka sebagai satu cara baru berkomunikasi dengan anak-anak remaja mereka ( Khalijah Haidi Khalid : 1994 ). Mendengar masalah mereka serta cuba menyelesaikan masalah mereka merupakan sesuatu perkara yang baik agar mereka merasakan diri mereka dihargai dan disayangi.

Dalam membentuk peribadi yang baik ke dalam diri anak-anak, perkara utama yang perlu diberi penekanan ialah pengukuhan nilai-nilai islam ke dalam diri anak-anak. Hal ini dianggap penting kerana dalam menongkah arus globalisasi kini, jati diri dan pegangan islam perlu kuat dan mantap. Perkara ini sememangnya perlu dilaksanakan tatkala kana-kanak masih kecil bertepatan dengan pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Merekalah yang bakal menjadi pewaris pada masa akan datang.

Peranan masyarakat juga perlu terutamanya dalam mengatasi masalah devians ini. Masyarakat perlulah bersama-sama mengawasi setiap apa yang berlaku dan memperbanyakkan usaha pencegahan yang berkaitan melalui aktiviti masyarakat serta ceramah agama bagi memberi pendedahan awal akan kesan buruk daripada masalah ini. Komitmen semua pihak perlu bagi mewujudkan satu tindakan bersepadu sesama agensi kerajaan dan masyarakat keseluruhannya untuk mengatasinya. Dalam menangani masalah perlakuan hedonisme ini, satu pelan yang rapi serta tindakan berterusan perlu diambil dalam menangani fenomena gejala ini. Kerajaan khususnya, pihak berwajib, pemimpin, masyarakat, guru dan pensyarah, ibu bapa dan setiap individu perlu memainkan peranan dalam menangani permasalahan berkenaan.

4.0 KESAN KEPADA MASYARAKATMelihat kepada kesan terhadap masyarakat berkaitan masalah budaya hedonisme ini sangat besar merangkumi dalam pelbagai aspek. Hal ini kerana apabila berlakunya kejadian divian ini memberi kesan yang sangat besat daripada segi stigma dan tanggapan masyarakat. Sekiranya mereka pernah melakukan perbuatan devian ini masyarakat akan memandang serong dan kurang percaya terhadap inidividu yang pernah melakuakan perbuatan tersebut. Di sini jelas memperlihatkan kesan pandangan masyarakat terhadap pelaku devian ini.5.0 KESIMPULAN

Fenomena budaya hedonisme dan devian ini sering dicirikan dengan sesuatu yang digelar problematik, bukan sahaja bagi individu pelaku bahkan juga bagi sesebuah komuniti, masyarakat dan negara. Justeru itu kawalan sosial atau pencegahan berterusan dilihat perlu untuk memastikan sesuatu kemajuan yang seimbang dapat diraih dan kelangsungan masyarakat sebaik mungkin boleh diramalkan terjamin dalam kesepaduan masyarakat kini.

Sebagai sebuah Negara yang berusaha mengimbangi nilai kemajuan ekonomi dengan nilai akhlak, Malaysia dikatakan menolak hedonisme iaitu perlakuan bebas dan invidualisme tanpa sekatan sebagai suatu cara hidup. Justeru itu nilai keagamaan dan kehidupan yang baik perlu ditekankan bagi mengelak berlakunya kelakuan devians.

6.0 BIBLIOGRAFI

1) Khalijah Haidi Khalid ( 1994 ). Meneroka Alam Remaja : Terbitan Nurin Enterprise Kuala Lumpur.

2) Sarjit S. Gill, dan Lee Yok Fee ( 2008 ). Masyarakat & Kepelbagaian Sosial di Malaysia : Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang.

3) Ahmad Taufik Adzmi, Azrina Husin dan Reevany Bustami ( 2000 ). Teori-Teori Klasik Tingkahlaku Manusia dan Masyarakat : Knowledge Craffmen Penerbitan Persendirian.

4) Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail, Masyarakat Budaya dan Perubahan : Universiti Kebangsaan Malaysia 2000.5) Dean G. Pruit dan Jeffrey Z. Rubin ( 2004 ). Teori Konflik Sosial : Pustaka Pelajar.

6) Dr Saparinah Sadli ( 1977 ). Persepsi Sosial Mengenai Perilaku Menyimpang : Penerbit Bulan Bintang Jakarta.

7) Hedonism, 2004-04-20, Stanford Encyelopedia of Philosophy.

8) Siti Fatimah Hassn, Apa Sudah Jadi : Harian Metro bertarikh 11 Januari 2015.9) Faradi Rohani, Fenomena Gangnam Style : Majalah Dewan Budaya Disember 2012.10) Teo Kok Seng, Moral Dalam Lirik Lagu UNDER GROUND : Majalah55 Dewan Budaya Disember 2003.11) Mustapha Ahmad Marican, Definisi Budaya : Majalah Dewan Budaya Disember 2001.7.0 Lampiran

Contoh Gambar Budaya Hedonisme :