bahagian b kuliah 2 - taburan penduduk

13
KULIAH 2

Upload: asmawi-abdullah

Post on 22-Jan-2018

119 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

KULIAH 2

Page 2: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

Taburan penduduk ialah agihan atau

sebaran penduduk di atas ruang/

permukaan bumi yang akan menghasilkan

kepadatan mengikut kawasan samada

padat, sederhana atau jarang.

Page 3: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

Kepadatan penduduk dikira dengan

membahagikan jumlah penduduk

sesebuah negara dengan keluasan

negara berkenaan. Unitnya ialah

orang/KM2.

Page 4: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

Negeri Keluasan

(km')

Jumlah

Penduduk

(juta orang)

Kepadatan

Penduduk

(orang/km2)

Tahun 2010

Johor 18 986 3.3 173.8

Melaka 1 652 0.8 484.3

Negeri Sembilan 6 644 1.0 150.5

Selangor 7 936 5.5 693.0

Perak 21 005 2.4 114.2

Kedah 9 425 1.9 201.6

Pulau Pinang 1 031 1.6 1551.9

Perlis 795 0.2 251.6

Page 5: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

Negeri Keluasan

(km2)

Jumlah

Penduduk

(juta orang)

Kepadatan

Penduduk

(orang/km2)

Tahun 2010

Kelantan 15 022 1.5 99.9

Terengganu 12 955 1.0 77.2

Pahang 35 965 1.5 41.7

Sabah 73 997 3.2 43.2

Sarawak 124 450 2.5 20.0

W. P. Kuala

Lumpur

243 1.7 6,995.9

W. P. Labuan 92 0.08 869.6

W. R Putrajaya 49 0.07 1,428.6

Page 6: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Faktor kemajuan ekonomi yang berbeza. Aegedyang maju dengan sektor perindustrian dan perkhidmatan seperti Selangor dan Pulau Pinang mengalami kepadatan penduduk yang tinggi akibat mi jrasi masuk penduduk berbanding dengan negeri yang ekonominya masih bergantung kepada pertanian seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

ii. Saiz negeri yang berbeza. Negeri bersaiz kecil tetapi jumlah penduduknya tinggi akan menghasilkan kepadatan penduduk yang tinggi seperti Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. Manakala negeri yang bersaiz besar seperti Pahang dan Sarawak, nilai kepadatan penduduk adalah rendah.

Page 7: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Bandar besar maju dengan sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan berbanding dengan kawasan luar bandar yang hanya tertumpu kepada sektor pertanian. Ini menyebabkan aliran migrasi desa ke bandar di Malaysia adalah tinggi.

ii. Kawasan bandar besar lengkap dengan kemudahan pembandaran seperti institusi pendidikan tinggi, hospital pakar, kemudahan pasaraya, jaringan pengangkutan dan telekomonikasi canggih berbanding dengan kawasan luar bandar yang ketinggalan. Kesannya kawasan bandar besar menjadi tumpuan penduduk:

Page 8: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Pencemaran terhadap sumber alam seperti pencemaran air, udara, bunyi dan bau. Ini disebabkan oleh tumpuan penduduk yang terlalu ramai/padat di sesebuah kawasan sehingga menyukarkan sistem pembuangan/penyelenggaraan sampah yang teratur dijalankan. Contohnya di kawasan perumahan setinggan dan flat.

ii. Tekanan terhadap sumber tanah di bandar sehingga nilai hartanah menjadi amat mahal. Secara relatifnya saiz tanah untuk sesuati aktiviti menjadi semakin sempit akibat persaingan guna tanah untuk kediaman,kemudahan bandar,perindustrian,jaringanpengangkutan dsb. Contoh kawasan tanah untuk riadah dan reakreasi semakin berkurangan.

Page 9: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

iii. Kerosakan terhadap sumber alam seperti kejadian banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Ini berlaku kerana banyak kawasan berbukit di pinggir bandar telah dipotong,diteres dan diratakan untuk dijadikan kawasan perumahan. Selain itu kawasan pays, tasik dan kolam juga ditebus guna untuk dijadikan tapak bins rumah, kawasan industri dll. Ini memusnahkan ekosistem akuatik kawasan bandar.

Page 10: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Kekurangan sumber makanan apabila pertumbuhan penduduk tidak sepadan dengan pengeluaran sumber makanan. Masalah kebuluran boleh berlaku.

ii. Kadar pengganguran yang tinggi apabila peluang pekerjaan yang ada/disediakan tidak sepadan dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Masalah kemiskinan akan berleluasa, pendapatan perkapita penduduk juga adalah rendah.

iii. Kesan positif. Saiz pasaran dalam negara akan bertambah. Kuasa bell pengguna juga bertambah dan produk tempatan boleh dijual di pasaran tempatan.

Page 11: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Negara India kurang Berjaya daripada segi amalan perancangan keluarga bagi mengawal kelahiran pada mesa kini. Kegagalan ini disebabkan oleh halangan agama dan adat dan tahap pendidikan penduduk yang masih rendah.

ii. Manakala Negara China pule sudah dan sedang mengamalkan dasar saiz keluarga kecil (1 keluarga = 1 anak) semenjak tahun 1970-an lagi. Kesannya kadar pertumbuhan penduduknya adalah rendah.

Page 12: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Faktor ketersampaian yang rendah di kawasan tanah tinggi/halangan bentuk muka bumi yang menyukarkan perhubungan dan pengangkutan. Kesannya kawasan tanah tinggi tidak menjadi pilihan utarr,3 penduduk untuk mendiaminya.

ii. Kekurangan tanih yang subur untuk ertanian –khususnya tanaman makanan seperti, padi sawah. Justeru is tidak menjadi pilihan penduduk

Page 13: Bahagian B Kuliah 2 - Taburan Penduduk

i. Memajukan semula rancangan pembangunan tanah pertanian seperti FELDA dan FELCRA di negeri-negeri yang kurang maju dan menempatkan peneroka secara tersusun.

ii. Menyelerakkan industri ke desa/luar bandar agar tidak tertumpu di bandar-bander besar semata-mata. Ini boleh mengurangkan aliran migrasi keluar penduduk dari desa ke bandar.

iii. Membandarkan kawasan luar bandar –menaiktaraf pekan-pekan berpotensi menjadi bandar kecil, mewujudkan bandar barn dengan menyediakan kemudahan standing dengan bandar besar. Ini juga boleh mengurangkan aliran migrasi desa ke bandar.