bahagian b 2(b) (1)

4
Bahagian b 2(b) Berikut adalah panduan dalam merancang penulisan: (a) Kerangka Penulisan Perkara paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, murid hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan. Selepas itu, fikirkanlah pula tentang: (i) Pengenalan Setiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid hendaklah menarik perhatian pembaca supaya membaca penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pendahuluan penulisan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca. (ii) Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk penulisan itu. Penulisan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi perkara pokok tetapi mungkin akan menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Isi itu dipecahkan dalam perenggan khusus. Isi yang utama mestilah didahulukan. Sebaik-baiknya, satu isi bagi satu perenggan, kecuali jika isi adalah pendek dan berkait rapat. Setiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini demikian kerana isi utama yang ingin ditekankan oleh murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Pastikan isi tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan penggunaan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi penulisan hendaklah asli iaitu tidak ditiru bulat-bulat daripada penulisan lain. Dalam mendapatkan isi yang berkualiti, murid hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah, rencana, buku cerita, menyaksikan

Upload: ezzani82

Post on 28-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bhgian b

TRANSCRIPT

Bahagian b 2(b)

Berikut adalah panduan dalam merancang penulisan:(a) Kerangka PenulisanPerkara paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, muridhendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan.Selepas itu, fikirkanlah pula tentang:(i) Pengenalan Setiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan.Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau tajukyang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid hendaklahmenarik perhatian pembaca supaya membaca penulisan itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atauempat ayat. Pendahuluan penulisan yang menarik akanmeninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca.(ii) Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk penulisan itu. Penulisan perlumempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi perkara pokoktetapi mungkin akan menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklahdisusun dengan teratur dan berkaitan antara satu dengan yang lain.Isi itu dipecahkan dalam perenggan khusus. Isi yang utama mestilahdidahulukan. Sebaik-baiknya, satu isi bagi satu perenggan, kecuali jika isi adalahpendek dan berkait rapat. Setiap perenggan tidak semestinya samapanjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripadaperenggan yang lain. Hal ini demikian kerana isi utama yang inginditekankan oleh murid biasanya lebih panjang daripada perengganyang lain. Pastikan isi tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkanpenggunaan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi penulisanhendaklah asli iaitu tidak ditiru bulat-bulat daripada penulisan lain. Dalam mendapatkan isi yang berkualiti, murid hendaklah banyakmembaca surat khabar, majalah, rencana, buku cerita, menyaksikansendiri dan daripada pengalaman sendiri. Jangan campur adukkanisi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yangsama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip PenulisanAntara kaedah mengenal pasti isi ialah (mengikut kaedahpertanyaan): Apakah? Siapakah? Bilakah? Mengapakah? Di manakah? Bagaimanakah?(iii) PenutupJika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembacauntuk mengikuti sesuatu penulisan, maka kesimpulannya jugahendaklah memberikan kepuasan kepada pembaca (Juriah Long,Raminah Sabran dan Sofiah Hamid, 1990). Kesimpulan menjadirumusan atau akhiran bagi sesuatu penulisan. Dalam kesimpulan,digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatuperbincangan atau tajuk. Elakkan penamatan penulisan secaramengejut atau tergantung.

(b) Cara Menulis Sebelum menulis perkara yang dilakukan adalah seperti berikut:(i) Pemilihan tajuk atau soalan Baca dan fahami setiap tajuk atau soalan yang diberikan; Fahami bentuk soalan, sama ada jenis berformat atau tidakberformat; Pilih soalan atau tajuk yang benar-benar boleh dikuasai; dan Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan.(ii) Penyusunan rangka penulisan Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi; Senaraikan semua isi penting secara ringkas; Susun isi mengikut urutan dan kepentingan; Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yangakan dihuraikan; dan Elakkan pengulangan isi utama.(iii) Penulisan Semasa menulis, mulakan dengan penulisan pendahuluan dalamsatu perenggan; Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan dandisertai dengan contoh; Bahagian penulisan yang ideal: Perenggan pendahuluan; Perenggan isi pertama; Perenggan isi kedua; Perenggan isi ketiga; Perenggan isi keempat; dan-Penutup

(iv) Penyemakan penulisan Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakanuntuk memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahanejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salahdan aspek tatabahasa yang lain. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisanSecara umumnya, berikan peruntukan masa untuk sesebuah penulisaniaitu: Empat minit untuk mendapatkan isi; Dua puluh empat minit untuk menulis; dan Dua minit untuk menyemak semula.Bagaimanakah murid hendak menulis dialog dengan baik? Berikut adalahcontoh yang sesuai untuk menulis dialog:Kamu baru pulang?Baru sebentar tadi, jawab saya. Tentu kamu tertunggu kepulangansaya.Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal, lembut.

(c) Panduan Khusus bagi Penulisan Perlu memahami betul-betul kehendak soalan; Catatkan apa sahaja isi yang terlintas dalam fikiran, kemudian susunmengikut isi yang lebih penting; Tulis berdasarkan rangka yang disediakan; Penulisan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup; Bagi penulisan yang meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyaitiga isi (seelok-eloknya cari empat isi) dan setiap perengganmengandungi satu isi; dan Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.