bahagian a kh sem 2 2010

6
NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4 1 1 BAHAGIAN A (60 Markah) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat dan hitamkan dalam borang jawapan yang disediakan. 1. Apakah tugas seorang fomen didalam bengkel Kemahiran Hidup? A. Menjadi ketua dibengkel B. Membaiki kerosakan C. Menolong ketua bengkel D. Menjadi ketua didalam kumpulan 2. Manakah antara pernyataan berikut adalah benar mengenai kit kecemasan tersebut? A. Harus diletakkan ditempat yang sukar dicapai B. Tidak berapa penting untuk diletakkan dibengkel C. Digunakan apabila berlaku kebakaran D. Digunakan apabila berlaku kemalangan kecil 3. Produk di bawah ini berfungsi sebagai bekas minuman yang diperbuat daripada plastik. Apakah kelebihan botol yang diperbuat daripada bahan ini? A. Mudah pecah B. Lebih berat C. Tidak mudah pecah D. Lebih murah harganya 4. Pilih bentuk yang mempunyai persamaan dengan objek di atas. A. C. B. D.

Upload: namaku-mahani

Post on 03-Jul-2015

688 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

1

1

BAHAGIAN A (60 Markah) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat dan hitamkan dalam borang jawapan yang disediakan.

1. Apakah tugas seorang fomen didalam bengkel Kemahiran Hidup? A. Menjadi ketua dibengkel B. Membaiki kerosakan C. Menolong ketua bengkel D. Menjadi ketua didalam kumpulan

2. Manakah antara pernyataan berikut adalah benar mengenai kit kecemasan tersebut? A. Harus diletakkan ditempat yang sukar dicapai B. Tidak berapa penting untuk diletakkan dibengkel C. Digunakan apabila berlaku kebakaran D. Digunakan apabila berlaku kemalangan kecil

3. Produk di bawah ini berfungsi sebagai bekas minuman yang diperbuat daripada plastik. Apakah

kelebihan botol yang diperbuat daripada bahan ini?

A. Mudah pecah B. Lebih berat C. Tidak mudah pecah D. Lebih murah harganya

4.

Pilih bentuk yang mempunyai persamaan dengan objek di atas. A. C.

B. D.

NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

2

2

5. Pilih tempat yang sesuai untuk menyimpan gergaji tangan

A. Kotak alatan tangan B. Kotak pertolongan cemas C. Papan panel alatan D. Laci meja bengkel

6. Siapakah orang yang pertama mencipta telefon?

A. Gottlieb Daimler B. Alexander Graham Bell C. J.L Baird D. John Boyd Dunlop

7.

Apakah nama pengikat diatas?

A. Nat B. Bolt C. Skru D. Bolt dan Nat

8. Bilakah rekacipta dapat dihasilkan?

A. Apabila hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi B. Apabila tiada produk baru dipasaran C. Apabila hendak mencari pengalaman baru D. Apabila banyak produk baru dipasaran

9. Berikut adalah bahan kitar semula yang sesuai digunakan untuk membina projek murid kecuali...

A. Bekas minuman B. Botol plastik C. Beg plastik D. Bekas racun

10. Manakah antara yang berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat

kemasan sesuatu projek. I. Kertas las

II. Cat III. Kertas warna IV. Kikir

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I,II,dan III

NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

3

3

11. Setelah siap memasang litar elektrik,Amin menguji litarnya dengan memasang mentol dan bateri. Semua mentol menyala. Apabila dia membuka satu mentol pada litar itu, semua mentol terpadam. Kenapa keadaan ini berlaku?

A. Amin telah memasang litar siri B. Amin telah memasang litar selari C. Semua mentol telah rosak D. Litar elektrik itu tidak berfungsi

12. -Gemburkan tanah didalam pasu

-Tabur dengan baja disekeliling pokok -kemudian siram air Apakah antiviti yang dilakukan berdasarkan pernyataan diatas?

A. Membaja B. Menggembur C. Menyiram D. Menabur

13. Manakah antara pernyataan yang berikut berkaitan dengan pokok renek?

A. Mempunyai cabang yang banyak dan mempunyai akar yang keras B. Mempunyai batang yang lembut dan hidup menjalar C. Mempunyai batang yang besar dan hidup merendang D. Mempunyai bunga dan pokoknya akan mati selepas berbunga

14. Apakah yang dimaksudkan dengan bahan organik?

A. Baja B. Tanah loam C. Reputan benda-benda hidup D. Campuran tanah loam,pasir sungai dan najis haiwan

15. Siapakah pengguna?

A. Orang yang membeli sesuatu barang B. Orang yang menjual sesuatu C. Orang yang membeli dan menjual barang dan perkhidmatan D. Orang yang menggunakan barang dan perkhidmatan

NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

4

4

16.

Pilih bahan kitar semula yang sesuai untuk membuat projek bingkai gambar di atas. I. Tin minuman

II. Kotak III. Majalah lama IV. Besi buruk

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

17. Sebelum memulakan perniagaan, peniaga perlu mengenal pasti kumpulan sasaran yang akan

membeli barangan yang bakal dijual. Siapakah kumpulan sasaran ini? A. Pembekal B. Pemborong C. Peniaga D. Bakal pembeli

18. Antara barangan yang berikut, manakah merupakan barang yang mampu dibeli oleh murid?

A. Komputer B. Pakaian sekolah C. Beg sekolah D. Alat tulis

19.

Rajah diatas adalah nama pembekal kuih donut. Sebagai peniaga, manakah pembekal yang menjadi pilihan anda?

A. Manja B. Lela C. Kanaga D. Rohana

20. Sekiranya penjual terlebih memberi wang baki, apakah yang harus pembeli buat?

A. Mengambil terus wang tersebut B. Memasukkan wang tersebut ke dalam tabung

NAMA PEMBEKAL HARGA DONUT

Manja RM0.25

Lela RM0.30

Kanaga RM0.50

Rohana RM0.55

NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

5

5

C. Memulangkan semula wang lebih kepada penjual D. Membelanja terus wang tersebut

21. Setelah selesai menjalankan perniagaan, Rajesh mendapati perbelanjaan pada hari ini melebihi pendapatan yang diperoleh. Apakah yang sedang dialami oleh Rajesh?

A. Kerugian B. Keuntungan C. Perbelanjaan D. Pendapatan

22. Seorang peniaga telah membeli semua buah nenas daripada pembekal dengan harga RM1.25

sebiji. Dia menjual semula buah tersebut dengan harga RM1.80. Berapakah keuntungan yang diperolehnya?

A. RM0.25 B. RM0.35 C. RM0.45 D. RM0.55

23. Rajah menunjukkan barang yang dibungkus untuk dijual. Bagaimanakah caranya bungkusan itu dapat menarik minat pelanggan.

A. Pembungkusan yang tidak mempunyai gambar B. Pembungkusan yang cantik dan menarik C. Pembungkusan yang menggunakan surat khabar lama D. Pembungkusan yang menggunakan kotak

24. Pilih pernyataan yang benar tentang promosi dalam perniagaan

A. Mencari keuntungan B. Memperkenalkan barangan baru C. Menaikkan harga D. Mendesak pengguna membeli barang

25. Sebelum membeli barang, pembeli mestilah membaca label barang tersebut. Untuk mengetahui

kandungan yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu barangan. Bahagian manakah yang harus dibaca oleh pembeli?

A. Tarikh luput B. Pengeluar C. Cara mengguna D. Bahan

NMA2010 KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4

6

6

26. Apakah tujuan pembungkusan barang? I. Sebagai daya tarikan kepada pelanggan

II. Mengekalkan mutu barang III. Mudah disusun IV. Menjamin keselamatan barang

A. I dan II B. I,II dan III C. I,II dan IV D. I,II,III dan IV

27. Manakah antara yang berikut sumber modal untuk memulakan perniagaan?

I. Mengumpul pelanggan II. Wang simpanan

III. Menjual barang lama IV. Meminjam dari bank

A. I,II dan III B. I,III dan IV C. II,III dan IV D. I,II,III dan IV

28. Berikut adalah cara yang betul melayan pelanggan kecuali...

A. Menghormati pelanggan B. Cekap ketika mengira C. Bersopan-santun ketika bercakap D. Tidak membenarkan pelanggan mengambil barang sendiri

29. Pilih peniaga yang menjalankan perniagaan secara pecah pukal

A. Menjual barang yang diperoleh daripada pembekal B. Membeli barang dengan banyak dan membungkus semula C. Menanam sayuran dan menjual kepada peniaga D. Menjual semula barang yang telah dibeli

30. Jumlah pendapatan-Jumlah Perbelanjaan= Y

Apakah Y? A. Untung B. Rugi C. Untung rugi D. Baki

Disahkan oleh: (Rudy Gafar) Ketua Panatia KH