bahagian a - isu perguruan

17
EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASA MAZUWIN BINTI HASHIM ______________________________________________________________________ _______________ 1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini telah menjadi tonggak kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu untuk membentuk dirinya menjadi insan yang berilmu dalam setiap bidang yang diceburi. Maka dengan sebab itu, pihak kerajaan telah merencanakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan rakyat menerima serta mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, budaya dan etnik. Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya ia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sekolah yang mempunyai guru yang berkemahiran, berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah laku mereka. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan menjadikan pendidikan sebagai wadah utama dalam mencapai kehidupan yang baik dan seimbang. Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem pendidikan, masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan pendedahan mengenai pendidikan. Hal ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada para guru khususnya untuk memastikan golongan yang tercicir dalam arus pendidikan ini mendapat kesamaan dan peluang yang adil serta berkesan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk sama- sama meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf dengan kemajuan yang telah dicapai di negara ini. Negara yang mundur adalah disebabkan rendahnya pendidikan yang diterima namun, negara yang berkembang pesat adalah bergantung kepada kemajuan pendidikan yang dikecapi secara berterusan. 2.0 PENGENALAN 1

Upload: puanyana

Post on 10-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

GURU DAN CABARAN SEMASA

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang

bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini telah menjadi tonggak

kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu untuk membentuk dirinya menjadi insan

yang berilmu dalam setiap bidang yang diceburi. Maka dengan sebab itu, pihak kerajaan telah

merencanakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan rakyat menerima serta

mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, budaya dan

etnik.

Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya ia

tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sekolah yang mempunyai guru yang berkemahiran,

berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa dapat melahirkan pelajar yang

berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah laku mereka. Justeru, guru

memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada

pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan menjadikan pendidikan sebagai wadah utama

dalam mencapai kehidupan yang baik dan seimbang.

Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem pendidikan,

masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan pendedahan mengenai pendidikan.

Hal ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada para guru khususnya untuk memastikan

golongan yang tercicir dalam arus pendidikan ini mendapat kesamaan dan peluang yang adil

serta berkesan.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk sama-sama

meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf dengan kemajuan yang telah

dicapai di negara ini. Negara yang mundur adalah disebabkan rendahnya pendidikan yang

diterima namun, negara yang berkembang pesat adalah bergantung kepada kemajuan

pendidikan yang dikecapi secara berterusan.

1

Page 2: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

2.0 PENGENALAN

Dewasa ini, perkembangan pendidikan di Malaysia telah menjadi topik perbincangan

oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya. Hal ini

dikatakan demikian kerana pendidikan merupakan asas utama untuk membentuk masyarakat

yang seimbang, harmonis dan bertamadun. Tanpa pendidikan, sesebuah negara bukan sahaja

akan mundur bahkan rakyatnya juga akan menjadi malas serta menganggur.

Jika dilihat kepada sejarah pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan telah menggubal

serta melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang selaras dengan keperluan rakyatnya. Hal ini

menunjukkan bahawa, pihak kerajaan begitu prihatin terhadap bidang pendidikan walaupun

negara mengalami beberapa perubahan dalam masyarakat sekeliling. Sebagai contoh,

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Penyata Rahman Talib, Dasar Ekonomi Baru dan

Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia Keenam telah mengadakan pelbagai

rancangan yang membolehkan setiap rakyat sama ada yang tinggal di dalam dan di luar bandar

mendapat kemudahan pendidikan yang secukupnya.

3.0 KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebut sahaja ketaksamaan peluang pendidikan, fikiran kita sudah pasti akan tertumpu

kepada penduduk di luar bandar kerana kekurangan kemudahan dan infrastruktur di kawasan

tersebut. Hakikatnya, ketaksamaan merujuk kepada pandangan, pemikiran dan kepercayaan

bahawa terdapat perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau

etnik lain daripada pelbagai aspek seperti aspek peralatan, kemudahan, peluang pekerjaan dan

lain-lain lagi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, ketaksamaan adalah berkaitan dengan perihal iaitu

sifat atau keadaan yang tidak sama antara gambaran dan hakikat. Dalam erti kata lain, ia juga

membawa erti implikasi daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata. Dari

aspek sosiologi, ketaksamaan bermaksud keadaan di mana manusia tidak mendapat ganjaran

sosial yang sama (Noran Fauziah Yaakub, 1987). Kemudahan dalam pendidikan juga dianggap

ganjaran sosial kerana masyarakat sememangnya mengharapkan ganjaran sosial yang

diberikan oleh pihak kerajaan.

2

Page 3: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, ketaksamaan merupakan situasi atau keadaan

dimana tidak wujud akses kepada pendidikan yang disebabkan beberapa faktor. Antara faktor

yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan adalah seperti latar belakang

pelajar, kedudukan sekolah, status sosioekonomi, pencapaian pelajar, peluang hidup,

perbezaan bahasa dan sebagainya.

Jadi, berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ketaksamaan peluang

pendidikan adalah keadaan yang menyebabkan pelajar tidak mendapat kemudahan pendidikan

yang lengkap dan sempurna walaupun mereka berada di sebuah negara yang maju dan serba

moden.

4.0 ISU YANG TIMBUL BERKAITAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI

MALAYSIA DAN CARA MENANGANINYA

Isu merupakan sesuatu perkara yang difikir dan dibincangkan secara terbuka oleh

semua orang. Ia adalah sesuatu masalah atau sesuatu perkara biasa. Merujuk kamus dewan

edisi ketiga, isu bermaksud perkara pokok atau persoalan.

Dalam hal ini, isu yang ingin dibincangkan adalah berkait rapat dengan ketaksamaan

peluang pendidikan di Malaysia yang semakin rancak diperkatakan oleh semua pihak

terutamanya bagi mereka yang mengambil berat terhadap bidang pendidikan. Terdapat

pelbagai isu yang berlaku yang adakalanya mengundang ketidakadilan peluang pendidikan

kepada para pelajar di sekolah. Berikut adalah beberapa isu yang timbul berkaitan

ketaksamaan dalam pendidikan iaitu:

4.1 Kekurangan Tenaga Pengajar Di Sekolah Luar Bandar

Antara isu tersebut ialah kekurangan tenaga pengajar di sekolah luar bandar. Kita sedia

maklum bahawa, peluang pendidikan bagi penduduk di kawasan luar bandar amat terhad jika

dibandingkan dengan penduduk bandar kerana kebiasaanya mereka mengalami kekurangan

kemudahan seperti infrastruktur dan peralatan, kekurangan guru mahir dan sokongan daripada

3

Page 4: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

ibu bapa serta masyarakat setempat. Jika dirujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu salah satu anjakan ialah melaksana langkah bagi merapatkan

jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti

pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah

luar Bandar.

Namun, sejauh manakah usaha ini dapat diteruskan apabila pelajar-pelajar di sekolah

luar bandar menghadapi masalah untuk belajar dalam subjek-subjek tertentu disebabkan

kurangnya guru di sekolah tersebut. Malah, mereka juga tidak mempunyai motivasi yang tinggi

untuk belajar kerana tidak ada guru yang dapat memberi nasihat serta membimbing mereka

dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pada tahun

2000 sebanyak 61.8% guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah

menempatkan mereka di sekolah luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman dan pulau.

Manakala, sekolah di kawasan pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang

berpengalaman atau kurang latihan.

Rentetan ini menyebabkan guru yang kurang berpengalaman terpaksa mengajar mata

pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan

pelajar. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan ketidaksamaan pendidikan dalam kalangan

pelajar di sekolah luar bandar apabila mereka perlu menguasai mata pelajaran yang sukar

dalam tempoh yang lama disebabkan guru kurang berkemahiran dalam mengajar subjek

tersebut.

Berbeza pula bagi pelajar di sekolah bandar yang mempunyai guru yang berkemahiran

serta arif dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Jika di luar bandar, sesebuah sekolah

menghadapi masalah kekurangan guru tetapi di bandar mempunyai lebihan guru. Keadaan ini

telah mewujudkan peluang yang lebih baik kepada pelajar di sekolah bandar kerana mendapat

pendidikan yang sempurna berbanding pelajar di kawasan luar bandar yang terpaksa

bertungkus lumus serta bersungguh-sungguh mempelajari sesuatu ilmu.

Jika diperhatikan, isu atau masalah ini timbul apabila terdapat guru-guru yang mahir

serta mendapat latihan daripada Institut Pengajian Tinggi berat hati untuk menerima

penempatan yang telah ditawarkan oleh pihak KPM. Malah, ada juga yang kecewa dan tidak

4

Page 5: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

berpuas hati jika penempatan mengajar tersebut tidak menepati kehendak pilihan mereka.

Lebih menyedihkan apabila mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di kawasan luar

bandar kerana mereka mempunyai persepsi negatif seperti kemudahan terhad serta lokasi yang

jauh dari kawasan bandar. Akhbar Harian Metro pada 28 Mac 2009 ada melaporkan bahawa

guru-guru yang telah mendapat penempatan mengajar di kawasan luar bandar sanggup

memilih jalan menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di

pedalaman. Akibatnya, pihak KPM terpaksa menghantar guru yang kurang latihan khususnya

dalam bidang pendidikan ke sekolah luar bandar yang sememangnya mempunyai masalah

kekurangan tenaga pengajar dalam setiap mata pelajaran.

Menyedari hakikat permasalahan ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia melalui

PPPM telah menggariskan beberapa langkah untuk mengatasi fenomena kekurangan guru di

sekolah luar bandar iaitu dengan meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut opsyen di

kawasan luar bandar dan pedalaman. Antara strategi yang akan dilaksanakan ialah

termasuklah dengan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman serta

menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. KPM juga akan

menyediakan insuran kepada semua guru yang berkhidmat di luar bandar di samping

menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.

Di samping itu, bagi guru yang terpaksa mengajar subjek di luar kepakarannya tidak

boleh berputus asa mahupun berasa kecewa kerana keadaan seperti ini bukanlah perkara baru

dalam dunia profesion keguruan. Masalah ini mungkin bersifat sementara dan juga

berpanjangan. Untuk menangani masalah ini, guru tersebut terlebih dahulu perlu meneliti

sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang akan diajar. Contohnya dengan mendapatkan

pelbagai maklumat mengenai skop pelajaran serta bertanyakan masalah yang dihadapi kepada

guru-guru yang berpengalaman. Melalui cara ini, mereka akan berasa bahawa mata pelajaran

tersebut tidaklah begitu sukar seperti yang dijangkakan.

Selain itu, mereka juga perlu meneliti buku latihan pelajar bagi mendapatkan gambaran

yang jelas tentang aktiviti dan jenis latihan yang diperlukan. Malah, bahan rujukan amat

diperlukan agar guru tersebut berasa yakin dengan pengajarannya meskipun subjek yang diajar

itu adalah perkara baru dalam hidupnya. Dengan demikian, pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas akan menjadi lebih menarik dan berkesan, malah pelajar pula tidak akan berasa

5

Page 6: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

bosan untuk belajar. Kesannya, pelajar di sekolah luar bandar dapat menikmati pendidikan

yang baik dan sempurna sepertimana pelajar di sekolah bandar.

4.2 Kesesakan Pelajar Dalam Kelas

Isu seterusnya adalah mengenai kesesakan pelajar di dalam kelas yang sememangnya

menjadi masalah kepincangan dalam sistem pendidikan negara. Fenomena ini sudah lama

dibincangkan di dada-dada akhbar dan media rentetan daripada rungutan atau aduan ibu bapa

yang membangkitkan masalah anak masing-masing yang terpaksa belajar di dalam kelas yang

tidak selesa. Hakikatnya, masalah ini berlaku di sekolah bandar yang mempunyai jumlah

penduduk yang tinggi dan padat. Akhbar Berita Harian pada 27 Julai 2009 ada menulis

mengenai isu ini dimana Sekolah Kebangsaan Saujana Utama (SKSU), Sungai Buloh, Selangor

telah menjadi salah sebuah sekolah yang dipantau oleh pihak Berita Harian. Hasil tinjauan yang

dilakukan, mereka mendapati kesesakan pelajar jelas meruncing apabila berlaku lebihan 1,000

murid berbanding kapasiti sekolah yang hanya mampu menampung 2,400 berdasarkan

kemudahan infrastruktur yang ada.

Masalah ini berlaku akibat daripada kepesatan penduduk di sesuatu kawasan dan tidak

banyak sekolah yang didirikan di kawasan tersebut. Apabila ibu bapa yang bekerja di kawasan

yang mempunyai kepadatan penduduk, mereka hanya mahu menghantar anak-anak ke sekolah

yang menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya. Pada mereka, dengan cara demikian lebih

mudah untuk mereka menghantar dan membawa anak-anak pulang ke rumah kerana jarak

sekolah dengan tempat kerja yang tidak terlalu jauh meskipun anak-anak mereka terpaksa

belajar di dalam kelas yang sesak. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat

Dom mengatakan bahawa masalah kesesakan bilik darjah majoritinya berlaku di Lembah Klang

dan beberapa bandar besar yang melibatkan kawasan pinggiran bandar seperti Kajang, Sentul,

Klang, Rawang dan Subang. Menurut beliau lagi, keadaan ini adalah disebabkan pembangunan

projek perumahan yang begitu pantas di kawasan terbabit.

Di samping itu, kekurangan bilik darjah di sekolah-sekolah bandar juga antara faktor

yang menyebabkan wujudnya kesesakan di dalam kelas. Dalam hal ini, pihak sekolah terpaksa

menetapkan jumlah pelajar yang begitu ramai di dalam satu kelas. Akibatnya murid terpaksa

6

Page 7: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

belajar dalam keadaan yang tidak kondusif, malah susunan meja yang padat di dalam kelas

turut menjejaskan tumpuan terhadap pengajaran. Bayangkan apabila kelas tersebut

mempunyai 45 orang murid yang mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza, sudah pasti

suasana kelas akan menjadi bising dan seterusnya mewujudkan sikap agresif yang keterlaluan

dalam kalangan sebilangan pelajar. Umpamanya, menganggu rakan-rakan yang sedang

membaca buku, bergaduh dan berlari hingga berlakunya perlanggaran sesama rakan-rakan

lain.

Hakikatnya, fenomena ini bukan hanya melibatkan murid bahkan turut menyumbang

perkara negatif kepada guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan guru mengaitkan

beban kerja mereka dengan masalah berdepan murid terlalu ramai dalam sesebuah kelas yang

sesetengah mencecah 45 hingga 50 orang. Jadi, guru akan hilang fokus untuk mengajar, malah

mereka turut mengalami tekanan emosi akibat daripada kerenah dan telatah murid yang tidak

terkawal. Bagi murid pula, pengajaran guru tersebut tidak mampu membuatkan mereka untuk

memberi fokus yang sepenuhnya sekaligus menyebabkan mereka hilang minat untuk

bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Jika masalah ini berterusan, sudah pasti murid tidak

mendapat peluang pendidikan yang lebih sempurna meskipun mereka belajar di sekolah

bandar yang biasanya mendapat kemudahan yang lengkap.

Bagi menangani isu seperti ini, pihak kementerian telah mengambil tindakan dengan

menyediakan bilik kabin bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Bilik kabin ini adalah

sebagai tempat pembelajaran sementara sebelum kerajaan membina bangunan tambahan di

sekolah yang mengambil masa sekitar setahun hingga 18 bulan. Walaupun bilik kabin yang

disediakan ini tidak mempunyai kelengkapan yang baik seperti di dalam bilik darjah, namun ia

mampu mengurangkan masalah kepadatan dan kesesakan murid untuk belajar dengan

suasana yang tenteram.

Langkah yang seterusnya adalah dengan mengehadkan bilangan murid sebanyak 25

hingga 30 orang di dalam kelas bagi semua sekolah di seluruh Malaysia. Cara ini bukan sahaja

dapat mengatasi masalah kesesakan murid di dalam kelas, bahkan beban guru juga dapat

dikurangkan. Hal ini kerana, guru dapat mengawal kelas dengan efektif apabila mempunyai

bilangan murid yang tidak terlalu ramai serta keadaan kelas yang selesa dan tenteram. Dengan

demikian, murid dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran guru sekaligus mampu

mendorong mereka untuk belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

7

Page 8: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

4.3 Masalah keciciran Murid Orang Asli

Kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai pelbagai kelompok masyarakat yang

berbeza agama, budaya dan adat resam. Dalam konteks pendidikan, kerajaan sentiasa

memastikan semua masyarakat mendapat pendidikan yang adil dan saksama. Namun di sini,

isu yang ingin diketengahkan adalah mengenai pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang

Asli yang merupakan penduduk peribumi di Malaysia iaitu tentang masalah keciciran murid

Orang Asli dalam arus pendidikan.

Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) iaitu pada tahun 2006, 24.31

peratus murid Orang Asli yang tamat tahun enam tidak meneruskan persekolahan ke tingkatan

satu dan 46.28 peratus yang memasuki sekolah menengah pula tidak menamatkan pendidikan

sehingga tingkatan lima. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli

hakikatnya tidak mempunyai minat yang tinggi untuk menerima pendidikan seperti masyarakat

lain yang ada di Malaysia.

Antara sebab permasalahan ini adalah kerana ibu bapa Orang Asli tidak mempunyai

kesedaran tentang pendidikan. Maka, dengan sebab itu, mereka tidak menggalakkan anak-

anak mereka bersekolah walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan

untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Malah, anak-anak Orang Asli juga tidak mahu ke

sekolah kerana mereka tidak sanggup berjauhan dengan keluarga apabila terpaksa tinggal di

asrama. Hal ini demikian kerana, Orang Asli mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh

dan rapat antara ibu bapa dan adik beradik lain.

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Bang Muk Shin pada Disember

2008, kebanyakan murid perempuan tidak menyambung pelajaran ke peringkat sekolah

menengah kerana mereka akan dikahwinkan pada usia yang sangat muda. Maka dengan

sebab itulah, anak-anak Orang Asli tidak mempunyai minat untuk belajar di sekolah sekaligus

menyukarkan mereka untuk mendapat pendidikan yang sama rata dengan murid-murid

daripada kaum lain.

Taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli juga antara faktor yang

menyumbangkan kepada masalah ini. Keadaan mereka yang serba kekurangan ini

8

Page 9: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk menghantar dan menyekolahkan anak-anak

mereka kerana merasakan bahawa keperluan mencari nafkah keluarga lebih diutamakan

daripada mendapatkan pendidikan. Lantaran itu, ada sesetengan ibu bapa akan meminta anak-

anak untuk mengikuti mereka ke hutan bagi memungut hasil hutan seperti rotan dan kayu

gaharu. Di samping itu, Jarak lokasi iaitu antara sekolah dengan penempatan mereka amat

jauh hingga mengambil masa yang begitu lama untuk mereka sampai ke sekolah tersebut.

Berdasarkan isu keciciran murid Orang Asli ini, maka guru merupakan insan yang

bertanggungjawab memastikan mereka belajar dan hadir ke sekolah seperti yang ditetapkan.

Biasanya, murid-murid Orang Asli yang berada di asrama masih lagi merindui keluarga yang

tinggal berjauhan. Oleh itu, guru yang mengajar di sekolah Orang Asli perlu sentiasa mengambil

tahu kebajikan dan keperluan mereka seperti menguruskan aspek kebersihan dan penjagaan

diri, memberi semangat dan motivasi di samping mendengar masalah yang dihadapi oleh

mereka. Dalam hal ini, mereka akan menganggap bahawa guru adalah ibu bapa yang dapat

memberikan kasih sayang dan mengambil perhatian sekaligus dapat mengubat kerinduan

mereka terhadap ahli keluarga.

Dalam konteks pembelajaran bilik darjah, guru perlu menggunakan kaedah serta teknik

yang pelbagai bagi menarik minat dan perhatian mereka terhadap pengajaran yang

berlangsung. Kebanyakan murid Orang Asli mempunyai tahap IQ yang agak lemah dan guru

tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana terpaksa mengajar mereka berkali-kali

disebabkan kesukaran memahami sesuatu pengajaran . Dalam hal ini, cara berkesan untuk

mengajar adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian. Contohnya dalam mata pelajaran

Bahasa Arab, guru boleh mereka satu lagu dan bernyanyi bersama murid bagi perkataan-

perkataan yang sukar disebut. Dengan cara ini, sudah pasti mereka akan berasa seronok dan

gembira untuk belajar sekaligus dapat mengelakkan masalah keciciran yang berlaku di sekolah.

Selain itu, guru juga perlu mempelajari cara dan gaya hidup masyarakat Orang Asli agar

dapat mengenali dengan lebih dekat sifat dan perwatakan anak murid mereka. Murid yang tidak

tinggal di asrama biasanya akan datang lewat ke sekolah kerana mereka terpaksa mengharungi

denai dalam hutan dan mereka juga akan terserempak dengan gajah ketika dalam perjalanan.

Oleh itu, mereka perlu berhenti dan menyembunyikan diri hingga gajah tersebut beredar dan

kemudian barulah mereka meneruskan perjalanan ke sekolah. Dalam hal ini, guru yang

9

Page 10: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

memahami hidup masyarakat Orang Asli sudah tentu tidak akan memarahi murid yang datang

lewat ke sekolah kerana Orang Asli juga sebenarnya mempunyai sifat sensitiviti yang tinggi.

Contohnya, hukuman rotan tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan mereka merajuk

dan enggan ke sekolah.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan

aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan mereka seperti banyakkan aktiviti

yang berbentuk pergerakan dan berkumpulan. Guru perlu elakkan daripada melaksanakan

aktiviti yang melibatkan mental kerana mereka dikatakan mempunyai ingatan yang singkat dan

lemah. Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang guru mencipta serta melakukan

aktiviti yang mampu menggalakkan mereka memberi perhatian terhadap pengajaran di dalam

kelas kerana kadangkala murid-murid Orang Asli akan cepat jemu dan bosan apabila hanya

tertumpu kepada satu aktiviti sahaja.

4.4 Penguasaan Bahasa Inggeris Lemah Kalangan Murid Sekolah Luar Bandar

Isu lain yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan adalah penguasaan

bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid di sekolah luar bandar. Sememangnya,

hasrat kerajaan untuk memastikan murid-murid di sekolah luar bandar menguasai bahasa

kedua ini masih belum tercapai kerana terdapat banyak faktor yang menyukarkan pelaksanaan

ini. Antara faktor tersebut ialah murid-murid di sekolah luar bandar kurang meminati subjek ini

kerana beranggapan bahawa ianya susah untuk dikuasai berbanding subjek-subjek lain yang

menggunakan bahasa ibunda.

Di sekolah pula, bilangan buku bahasa Inggeris yang disediakan di perpustakaan sangat

terhad dan jika adapun mungkin hanya meliputi buku teks dan buku latihan. Hal ini sudah tentu

menyukarkan murid untuk membuat rujukan dalam bahasa Inggeris sekaligus mematahkan

semangatnya untuk menguasai bahasa ini dengan baik. Selain itu, kekurangan guru yang

berkemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar juga antara faktor yang

menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut. Dalam hal ini, pihak

sekolah terpaksa meminta guru yang di luar bidangnya untuk mengajar subjek bahasa Inggeris.

Jika guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang subjek ini, sudah

tentu murid-murid mengabaikan serta tidak memberi fokus terhadap pengajarannya.

10

Page 11: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru sentiasa memberi galakkan dan motivasi

kepada murid-murid supaya menganggap bahawa bahasa Inggeris tidak sukar seperti yang

difikirkan. Biasanya, murid-murid di sekolah luar bandar mempunyai motivasi yang kurang untuk

belajar bahasa Inggeris. Jadi, para guru perlu membimbing mereka yang lemah dalam subjek

ini agar mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan yang serupa seperti murid di sekolah

bandar. Sebagai contoh, guru perlu memberi ganjaran positif bagi mereka yang dapat

menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Contohnya, ganjaran yang diberi tidak semestinya

berupa hadiah tapi guru boleh memberi tepukan atau pujian melalui aktiviti yang dilaksanakan.

Selain itu, guru perlu menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Inggeris iaitu ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Meskipun usaha ini dilihat begitu sukar kerana

tidak semua murid mampu bertutur tetapi jika dilaksanakan secara berterusan usaha ini akan

berhasil. Umpamanya, guru meminta murid menggunakan perkataan bahasa Inggeris jika ingin

ke tandas, koperasi, kantin, meminta sesuatu daripada guru dan rakan-rakan lain. Malah, denda

akan dikenakan bagi murid yang tidak menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi,

jika murid dapat menyebut dan bertutur dalam bahasa Inggeris, objektif guru tersebut akan

tercapai sekaligus dapat mengubah stigma negatif mereka yang selama ini menganggap

bahasa tersebut sangat susah dan membebankan.

4.5 Kekurangan Kemudahan Infrastruktur Di Sekolah Luar Bandar

Seterusnya adalah isu yang berkaitan dengan kekurangan kemudahan infrastruktur di

sekolah luar bandar. Meskipun masalah ini sering dibincang dan diperkatakan, ianya masih

tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila wujudnya jurang yang ketara

antara kemudahan di sekolah bandar dan di luar bandar. Jika di bandar, murid mampu belajar

dengan baik dan selesa kerana kemudahan seperti bekalan elektrik, air serta peralatan

teknologi pendidikan disediakan dengan lengkap. Namun, di luar bandar, segala kemudahan

infrastruktur tidak mampu dinikmati oleh warga sekolah tersebut.

Masalah ini sering dikaitkan dengan ketiadaan bekalan elektrik serta kemudahan telefon

awam di sekolah pedalaman. Hal ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang

menggunakan kemudahan internet serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tidak dapat

11

Page 12: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

dilaksanakan dengan berkesan. Malah, perhatian murid akan terjejas dan terganggu akibat

daripada kemudahan persekitaran yang tidak sempurna.

Kemudahan infrastruktur di sekolah adalah prasyarat dalam mewujudkan suasana

persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, guru perlu menekankan pembelajaran yang

berpusatkan murid melalui interaksi murid dengan guru di samping melakukan aktiviti yang tidak

hanya melibatkan penggunaa ICT. Ini kerana, bila-bila masa sahaja bekalan elektrik di sekolah

tersebut akan terputus. Selain itu, guru juga perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi apabila

berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan serta bijak melayan dan mengatasi segala

kerenah anak murid. Contohnya, apabila bekalan elektrik seperti kipas terhenti tiba-tiba, mereka

akan mula membuat bising. Maka, guru harus mengawal suasana kelas tersebut dengan

sebaiknya. Situasi ini juga seringkali berlaku di sekolah Orang Asli dimana guru terpaksa

menggunakan air yang keruh seperti warna air teh susu untuk melakukan aktiviti harian.

Di sini dapat dirumuskan bahawa setiap isu yang timbul dapat diatasi dengan sebaiknya

jika guru memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya khususnya terhadap usaha

murni kerajaan yang ingin menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Malaysia. Dengan ini,

peluang pendidikan mampu dikecapi oleh setiap indidvidu sekaligus mampu membentuk modal

insan yang berkualiti.

5.0 CADANGAN-CADANGAN LAIN YANG DAPAT MENGHAPUSKAN KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN

5.1 Membina Sekolah Orang Asli di Kawasan Penempatan Orang Asli

Biasanya orang asli hidup berpindah randah, namun usaha ini dilihat berkesan

sekirannya guru-guru yang ditempatkan di sekolah tersebut mampu memberi kerjasama dan

mengorbankan masa dan tenaga demi menggalakkan ibu bapa Orang Asli menghantar anak-

anak mereka ke sekolah. Jika sebelum ini, mereka tidak menggalakkan anak-anak mereka

belajar kerana jarak antara sekolah dengan tempat tinggal mereka yang agak jauh. Namun,

dengan adanya sekolah di kawasan mereka, tiada alasan untuk anak-anak mereka

12

Page 13: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Malah, masalah keciciran murid dalam kalangan

masyarakat Orang Asli dapat dikurangkan dengan sebaiknya.

5.2 Membuat Lawatan Khas Ke Penempatan Orang Asli Yang Melibatkan Guru Dan

Anak Murid Orang Asli

Lawatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan guru dengan ibu bapa

anak murid mereka. Masyarakat Orang Asli biasanya mempunyai perwatakan yang malu dan

kurang bergaul. Jadi, dengan adanya pendekatan yang sistematik iaitu dengan membuat

lawatan ke setiap rumah Orang Asli bagi mempelajai dan mengenali budaya dan cara hidup

mereka, sudah pasti mereka tidak akan berasa kekok menerima kehadiran insan yang telah

memberi ilmu kepada anak mereka. Lawatan ini perlu dilakukan sekali dalam sebulan agar ibu

bapa mereka dapat mengenali guru tersebut dengan lebih mendalam. Malah, murid-murid

Orang Asli mempunyai semangat dan minat untuk ke sekolah.

5.3 Mewujudkan Satu Kursus Khas Untuk Mengajar Di Sekolah Orang Asli

Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah berjaya melahirkan guru dari pelbagai

bidang seperti bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Iban dan

sebagainya. Namun, pada hari ini, tidak ada lagi guru yang pakar dalam bahasa masyarakat

Orang Asli. Oleh yang demikian, amat wajar sekiranya kerajaan mewujudkan satu kursus khas

untuk mengajar di sekolah Orang Asli. Bagi pemilihan calon pula, seseorang itu mestilah

mempunyai minat untuk mengajar anak-anak Orang Asli sebelum ditawarkan oleh pihak Institut

Pendidikan Guru khususnya. Mereka yang layak haruslah menyedari bahawa mereka telah

dilatih untuk mengajar di sekolah Orang Asli selepas tamat kursus tersebut. Kursus yang

ditawarkan mestilah berkaitan dengan kehidupan Orang Asli seperti adat resam dan pantang

larang yang diamalkan oleh mereka.

13

Page 14: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

5.4 Melatih Guru Bahasa Inggeris dan Menempatkan Di Sekolah Luar Bandar

Sememangnya masalah penguasaan bahasa Inggeris oleh murid di sekolah luar bandar

jelas ketara apabila pencapaian murid bagi subjek tersebut kurang memberangsangkan.

Masalah ini jika berlarutan akan menimbulkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam

kalangan murid. Oleh itu, pihak kerajaan melalui KPM perlu melatih 10 000 guru bahasa

Inggeris bagi setiap tahun bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam

menguasai bahasa ini. Rasional bagi cadangan ini adalah kerana guru adalah faktor utama

untuk menarik minat murid-murid mempelajari serta mencintai bahasa kedua ini. Maka dengan

itu, guru Bahasa Inggeris perlu memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang efektif agar

pengajaran mereka di dalam kelas kelihatan menarik dan berkesan. Di samping itu, guru terlatih

ini juga perlu ditempatkan di sekolah luar bandar seperti di kawasan pedalaman, penempatan

Orang Asli dan lain-lain lagi. Jika sebelum ini, murid-murid tidak mampu menguasai bahasa

Inggeris di sebabkan sekolah kekurangan guru bahasa Inggeris yang terlatih.

5.5 Sama ratakan penempatan guru ke sekolah luar bandar dari aspek pengalaman

dan kemahiran

Umumnya, sekolah luar bandar mengalami kekurangan guru yang mahir dan

berpengalaman berbanding sekolah di bandar. Jadi, bagi menangani masalah ini, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil guru yang mempunyai kemahiran dan

berpengalaman untuk ditempatkan di sekolah luar bandar di samping menempatkan guru

terlatih yang baru menamatkan kursus perguruan. Hal ini bertujuan agar murid-murid

memperoleh ilmu yang secukupnya apabila menimba ilmu daripada guru yang berpengalaman

dalam bidang pendidikan. Manakala, bagi guru yang baru menamatkan kursus, mereka adalah

penyambung generasi yang seterusnya apabila tiba masa guru yang berpengalaman tersebut

bersara mahupun terpaksa ditukarkan ke sekolah lain.

Pada masa yang sama, mereka dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang

yang berkemahiran sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk mengajar anak murid

dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Mokhtarudin Ahmad Suri, 51, adalah antara

guru yang sanggup memohon untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pos Kemar iaitu

sekolah Orang Asli. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di sekolah bandar dan elit, namun,

14

Page 15: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

beliau beranggapan bahawa portfolionya tidak lengkap jika tiada pengalaman mengajar di

sekolah pedalaman dan Orang Asli. Di sini, jelas menunjukkan bahawa, seseorang guru itu

perlu mempunyai keazaman yang kukuh dan sanggup mengharungi cabaran demi

memartabatkan sistem pendidikan negara.

5.6 Perbanyakkan pembinaan sekolah di kawasan bandar yang mempunyai ramai

penduduk serta mengurangkan projek pembangunan

Jika di bandar, pihak sekolah berhadapan dengan masalah kesesakan murid di dalam

kelas. Kesannya, sudah pasti mereka tidak dapat belajar di dalam suasana yang tenang dan

kondusif. Jadi, adalah lebih baik bagi pihak kerajaan membina satu sekolah bagi mengurangkan

masalah ini walaupun tempoh yang diperuntukkan memakan masa yang agak lama.

Pembinaan sekolah ini dirasakan perlu bagi memastikan generasi yang akan datang dapat

belajar dengan baik dan sempurna.

Di samping itu, pihak KPM perlu membuat kerjasama dengan pihak yang merancang

pembangunan di kawasan terbabit iaitu dengan membuat perjumpaan dan perbincangan

mengenai hasrat KPM yang mahu pihak tersebut mengurangkan projek pembangunan.

Perbincangan ini mestilah dilakukan dengan teliti kerana umumnya setiap projek yang

dilaksanakan menelan perbelanjaan yang besar. Langkah bagi mengurangan projek

pembangunan tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada pihak

kerajaan membina bangunan sekolah. Dalam hal ini, ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk

menghantar anak mereka ke sekolah dan mereka tidak perlu menumpukan kepada sesebuah

sekolah sahaja.

15

Page 16: Bahagian a - Isu Perguruan

EDU3093 : GURU DAN CABARAN SEMASAMAZUWIN BINTI HASHIM

_____________________________________________________________________________________

3.0 KESIMPULAN

Isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia sememangnya memberi cabaran yang besar

kepada pihak KPM dan warga pendidik. Tidak dapat tidak, guru memainkan peranan penting

dalam membantu usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa membezakan

agama, bangsa, budaya dan adat resam. Dalam hal ini, setiap individu berhak dan layak

mendapat pendidikan kerana dengannya manusia berupaya melakukan interaksi yang positif

antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pendidikan di Malaysia jelas memberi peluang yang

luas kepada rakyatnya untuk menerima pendidikan tanpa ada sikap prejudis mahupun dendam

sesama sendiri.

16