bagaimana untuk ke pejabat kami - ncpg.org.sg brochures 2016/ncpg brochures 2016... · pembatalan...

2
Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga Dan Perintah Pengecualian Ketahui lebih lanjut mengenai Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga Pihak Ketiga Had Lawatan Kasino Apakah itu Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga? Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga bertujuan untuk membantu menghadkan kegiatan perjudian anda sebelum ia bertukar menjadi ketagihan perjudian dan/ atau menyebabkan masalah kewangan yang serius. Jika anda seorang Warga Singapura atau Penduduk Tetap dan kerap mengunjungi kasino-kasino tempatan, anda mungkin telah menerima pemberitahuan daripada Majlis Kebangsaan terhadap Masalah Perjudian untuk menjalani penilaian terhadap keadaan kewangan anda. Jika anda didapati mempunyai kewangan yang kurang mantap atau anda mempunyai rekod kredit yang tidak stabil, anda mungkin dikenakan Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga. Bagi kes-kes serius, anda mungkin dikenakan Perintah Pengecualian Kasino. Anda tidak perlu membuat permohonan bagi Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga. Thomson Road Thomson Road Thomson Road Thomson Road E|R|P Apartmen Toa Payoh Rise Caldecott (CC17) A F 42 620A Toa Payoh Rise Toa Payo Toa Payoh West 510/512 500 A Bangunan SLF 18A 553 551 535 15 Saint Joseph Institusi (SJI) Antarabangsa CHIJ Primary (Toa Payoh) Menghala ke arah Caldecott MRT Menghala ke arah MRT Novena 510 Thomson Road #05-01 SLF Building Singapura 298135 Datang dengan menaiki KERETA Tempat letak kereta elektronik disediakan di SLF Building untuk kereta dan motorsikal. Caj Tempat Letak Kereta Isnin hingga Jumaat • 7.30 pagi – 6.00 petang: $0.80 termasuk GST setiap setengah jam atau bahagiannya • 6 petang – tengah malam: $1.60 termasuk GST setiap kali masuk Datang menggunakan BAS Di sepanjang Thomson Road • Hentian bas 51049 di depan SLF Building • Hentian bas 51041 bertentangan SLF Building • Perkhidmatan bus no.54, 130, 132, 141, 156, 162, 166, 167, 851, 980 Datang menggunakan MRT Stesen Novena (NS20): Keluar Exit A, naik Bas bas nombor 54, 141, 162, 167, 851, 980, bertentangan Gereja Novena (Thomson Road) Stesen Caldecott (CC17): Berjalan kaki sejauh 6 minit dari Exit B, di sepanjang Thomson Road atau naik mana-mana bas yang bertentangan Mediacorp (Thomson Road) Bagaimana untuk ke pejabat kami: Kami Meta Kehui Mengapa Had Lawat da

Upload: others

Post on 05-Nov-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana untuk ke pejabat kami - ncpg.org.sg Brochures 2016/NCPG Brochures 2016... · PEMBATALAN Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga atau Perintah Pengecualian akan terus dikuatkuasakan

Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga DanPerintah Pengecualian

Ketahui lebih lanjut mengenaiHad Lawatan Kasino Pihak Ketiga

Pihak KetigaHad Lawatan Kasino

Apakah itu Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga?

Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga bertujuan untuk membantu menghadkan kegiatan perjudian anda sebelum ia bertukar menjadi ketagihan perjudian dan/atau menyebabkan masalah kewangan yang serius.

Jika anda seorang Warga Singapura atau Penduduk Tetap dan kerap mengunjungi kasino-kasino tempatan, anda mungkin telah menerima pemberitahuan daripada Majlis Kebangsaan terhadap Masalah Perjudian untuk menjalani penilaian terhadap keadaan kewangan anda.

Jika anda didapati mempunyai kewangan yang kurang mantap atau anda mempunyai rekod kredit yang tidak stabil, anda mungkin dikenakan Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga. Bagi kes-kes serius, anda mungkin dikenakan Perintah Pengecualian Kasino.

Anda tidak perlu membuat permohonan bagi Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga.

Thom

son

Road

Thomson Road

Thomson Road

Thom

son

Road

E|R|P

Apartmen Toa Payoh Rise

Caldecott(CC17)

AF

42

620A

Toa Payoh Rise Toa Payoh Rise

Toa Payoh West

510/512

500

A

Bangunan SLF

18A 553

551

535

15

Saint Joseph Institusi(SJI) Antarabangsa

CHIJ Primary(Toa Payoh)

Menghalake arah

Caldecott MRT

Menghalake arah

MRT Novena

510 Thomson Road #05-01 SLF Building Singapura 298135

Datang dengan menaiki KERETATempat letak kereta elektronik disediakan di SLF Building untuk kereta dan motorsikal.

Caj Tempat Letak Kereta

Isnin hingga Jumaat• 7.30 pagi – 6.00 petang: $0.80 termasuk GST setiap setengah jam atau bahagiannya• 6 petang – tengah malam: $1.60 termasuk GST setiap kali masuk

Datang menggunakan BAS

Di sepanjang Thomson Road

• Hentian bas 51049 di depan SLF Building• Hentian bas 51041 bertentangan SLF Building• Perkhidmatan bus no.54, 130, 132, 141, 156, 162, 166, 167,

851, 980

Datang menggunakan MRT

• Stesen Novena (NS20): Keluar Exit A, naik Bas bas nombor 54, 141, 162, 167, 851, 980, bertentangan Gereja Novena (Thomson Road)

• Stesen Caldecott (CC17): Berjalan kaki sejauh 6 minit dari Exit B, di sepanjang Thomson Road atau naik mana-mana bas yang bertentangan Mediacorp (Thomson Road)

Bagaimana untuk ke pejabat kami:

Kami Menetapkan Ketahui Mengapa

Had Lawatan Anda

Page 2: Bagaimana untuk ke pejabat kami - ncpg.org.sg Brochures 2016/NCPG Brochures 2016... · PEMBATALAN Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga atau Perintah Pengecualian akan terus dikuatkuasakan

Hantarkan dokumen# status kewangan anda secara dalam talian

ATAUHubungi 6354 7305 untuk buat temujanji

NCPG akan melakukan temu ramah untuk mengumpulkan maklumat dan dokumen# mengenai

keadaan kewangan anda.

Maklumat anda akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai (CoA).

Anda akan menerima keputusan penilaian tersebut secara bertulis.

Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, anda boleh memfailkan bantahan dalam tempoh 14 hari.

Anda perlu menghadiri pembicaraan di NCPG.

Jawatankuasa Penilai (CoA) akan mendengar kes anda dan buat keputusan.

Anda akan menerima surat keputusan dalam tempoh 3 hari dari tarikh pembicaraan.

Anda mungkin akan dirujuk untuk menghadiri sesi kaunseling.

*Jika anda bersetuju dengan keputusan yang dicadangkan tersebut, Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga atau Perintah Pengecualian akan disahkan dan anda akan dimaklumkan

secara bertulis selepas 14 hari.

#Contohnya, Penyata CPF yang terkini, Notis Penilaian IRAS, Penyata buku bank simpanan, laporan pelaburan,

laporan kredit.

Apa yang perlu saya lakukan selepas menerima surat daripada NCPG?

BAGAIMANA JIKA RAYUAN SAYA GAGAL?

Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan CoA, anda boleh menghantar rayuan secara dalam talian atau hubungi NCPG untuk membuat temujanji dalam tempoh 30 hari selepas menerima perintah yang telah disahkan.

PEMBATALAN

Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga atau Perintah Pengecualian akan terus dikuatkuasakan sehingga ia dibatalkan.

Jika status kewangan anda telah berubah, anda boleh hubungi kami untuk memohon pembatalan Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga atau Perintah Pengecualian anda.

Salah satu syarat dalam proses pembatalan, anda diperlukan untuk menjalani penilaian dan dirujukkan untuk menghadiri sesi kaunseling. Anda mungkin juga perlu untuk menghadiri pembicaraan di NCPG.

NCPG akan menentukan keputusan permohonan anda.

NCPG

DALAM TEMPOH

30 HARI SELEPAS NOTIS

SESI KAUNSELING

HUBUNGI KAMI

BAGAIMANA UNTUK MENGIRA LAWATAN SAYA KE KASINO?

Satu sesi lawatan dikira dalam tempoh 24 jam, tanpa mengira berapa banyak kali anda keluar masuk (dalam tempoh 24 jam tersebut) dari kasino yang sama.

Contohnya:

Jika anda mempunyai Had Lawatan Kasino Pihak Ketiga sebanyak 4, pada 1 Jun 2015 anda hanya boleh pergi ke salah sebuah atau kedua-dua buah kasino sehingga 4 kali dalam sebulan, bermula 1 Jun 2015. Jika anda pergi ke dua-dua kasino dalam satu hari, ia dikira sebanyak 2 kali lawatan.

Lawatan anda akan direset semula pada hari pertama setiap bulan.

DI MANA BOLEH SAYA DAPATKAN BANTUAN UNTUK MENGAWAL MASALAH PERJUDIAN SAYA?

Anda boleh hubungi Talian Masalah Perjudian Kebangsaan di 1800-6-668-668 atau gunakan WebChat (www.ncpg.org.sg) untuk menghubungi para- kaunselor.

Perkhidmatan 24 jam ini beroperasi 7 hari dalam seminggu. Ia dikendalikan oleh kaunselor terlatih dari Perkhidmatan Pengurusan Ketagihan Kebangsaan (NAMS).

Semua maklumat akan dirahsiakan.

1 LAWATAN =

24 JAM

JUN 2015 RESETBULANAN

24 JAM 7 HARI