backup of laporan inovasi.doc

18
LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU (PONDOK BIJAK BAHASA) NAMA PELAJAR : JAMISOM BINTI HAJI SUBOH NO. MATRIK : J 44207 NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA, JALAN SS 21/20, 47400 PETALING JAYA. NAMA PENYELIA : ENCIK HASIZAN DAHALAL NAMA PROJEK : PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU (PONDOK BIJAK BAHASA) PROJEK INOVASI PONDOK BIJAK BAHASA JAMISOM BINTI HAJI SUBOH (J 44207) 1

Upload: khairul-anuar

Post on 07-Nov-2015

269 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU(PONDOK BIJAK BAHASA)NAMA PELAJAR

: JAMISOM BINTI HAJI SUBOH

NO. MATRIK

: J 44207 NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA,

JALAN SS 21/20, 47400 PETALING JAYA.

NAMA PENYELIA

: ENCIK HASIZAN DAHALAL NAMA PROJEK

: PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU

(PONDOK BIJAK BAHASA)A.NAMA PROJEK INOVASI

: PONDOK BIJAK BAHASAB.TARIKH PELAKSANAAN : 23 MAC 2015 HINGGA 25 MEI 2015C.OBJEKTIF

:

1.Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.

2.Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.

3.Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

4.Melahirkan murid-murid yang berfikiran rasional dalam mengatasi sebarang permasalahan bahasa.

D.STRATEGI PELAKSANAAN YANG DIGUNAKAN :

1. Perbincangan dengan Guru Besar SK Damansara Utama, Petaling Jaya.

Berjumpa dan berbincang dengan Puan Rubiah binti Ahmad Zainal Arifin selaku guru besar SK Damansara Utama untuk mendapatkan cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan supaya dapat melaksanakan projek menceriakan pondok menunggu di hadapan kelas Pra Sekolah.

2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya membuat kertas kerja projek tersebut iaitu projek Inovasi yang diberi tajuk Pondok Bijak Bahasa untuk dibentangkan dan mendapatkan persetujuan daripada guru besar SK Damansara Utama. Selepas pembentangan kertas kerja dan mendapat persetujuan guru besar, maka saya telah membuat pelan tapak dan membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan bagi memenuhi ruang-ruang yang bersesuaian di pondok tersebut. Setelah mendapatkan bahan dan segala maklumat dari laman sesawang yang berkaitan dan bersesuaian dengan Pondok Bijak Bahasa tersebut maka saya telah memuat turun dan mencetak bahan dan maklumat itu.

3. Menceriakan Pondok Bijak Bahasa di hadapan kelas Pra Sekolah.

Bahan dan maklumat serta kata-kata motivasi yang dipilih serta dicetak digantung mengikut kesesuaian di Pondok Bijak Bahasa. Proses menggantung dan menampal dilakukan secara berperingkat. Bahan dan makluman yang digantung dan ditampal di Pondok Bijak Bahasa termasuklah :

Simpulan Bahasa

Penjodoh Bilangan

Peribahasa

Kata-kata Hikmah

Bahan dan maklumat ini digantung dan ditampal secara kreatif dan tersusun untuk menarik minat murid-murid datang membaca, mendapatkan maklumat dan belajar. Pembelajaran seperti ini berlaku secara tidak langsung kepada semua murid yang hadir dan melawat ke Pondok Bijak Bahasa ini.

E.PELAN TINDAKAN YANG DIAMBIL 1. Menyediakan soal selidik keperluan Pondok Bijak Bahasa dalam kalangan murid-murid dan guru-guru serta warga SK Damansara Utama.

2. Membuat kertas kerja projek Pondok Bijak Bahasa.3. Membentangkan kertas kerja projek Pondok Bijak Bahasa kepada Guru Besar.4. Mendapatkan persetujuan Guru Besar mengenai projek Pondok Bijak Bahasa.5. Membuat dan menyusun atur pelan tapak dan bahan yang akan dipamerkan dalam bentuk rajah.6. Penyediaan bahan-bahan dan maklumat untuk digantung dan ditampal di sekitar dan di dalam Pondok Bijak Bahasa.7. Melaksanakan kerja-kerja mengecat dan menceriakan Pondok Bijak Bahasa.8. Menggantung dan menampal bahan-bahan dan maklumat-maklumat berkaitan di Pondok Bijak Bahasa.9. Mempromosikan Pondok Bijak Bahasa kepada warga SK Damansara Utama.10. Melaksanakan pemantauan kehadiran murid dan guru serta warga SK Damansara Utama ke Pondok Bijak Bahasa.11. Mendapatkan maklum balas dan soal selidik daripada semua warga SK Damansara Utama mengenai Pondok Bijak Bahasa.12. Menyedia dan menghantar laporan pelaksanaan dan keberkesanan Pondok Bijak Bahasa dalam kalangan warga SK Damansara Utama.13. Penambahbaikan maklumat dan bahan dalam Pondok Bijak Bahasa supaya lebih berinovasi dan bermaklumat.14. Membudayakan amalan mencari maklumat bahasa di Pondok Bijak Bahasa.CARTA GANTT PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROJEK PONDOK BIJAK BAHASA TAHUN 2015 SK DAMANSARA UTAMA, PETALING JAYABILPERKARAMAC 2015APRIL 2015MEI 2015CATATAN

123412341234

1Soal selidik keperluan Pondok Bijak BahasaXX

2Membuat kertas kerja Pondok Bijak BahasaX

3Bentang kertas kerja Pondok Bijak Bahasa kepada Guru BesarX

4Mendapat persetujuan Guru BesarX

5Menyiapkan susun atur pelan tapak dan bahan Pondok Bijak BahasaXX

6Menyediakan bahan-bahan dan makluman untuk digantung dan ditampal di Pondok Bijak BahasaXXX

BILPERKARAMAC 2015APRIL 2015MEI 2015CATATAN

123412341234

7Melaksanakan kerja-kerja mengecat dan menceriakan Pondok Bijak BahasaXX

8Kerja-kerja menggantung dan menampal bahan-bahan dan maklumat berkaitan di Pondok Bijak Bahasa XXX

9Mempromosikan Pondok Bijak Bahasa kepada semua warga SK Damansara UtamaXXXX

10Melaksanakan pemantauan kehadiran murid dan guru ke Pondok Bijak BahasaXXXX

11Mendapatkan maklum balas dan soal selidik daripada semua warga SK Damansara Utama mengenai Pondok Bijak BahasaXXXX

12Menyedia dan menghantar laporan pelaksanaan dan keberkesanan Pondok Bijak Bahasa dalam kalangan warga SK Damansara Utama XXXX

13Membuat penambahbaikan maklumat dan bahan dalam Pondok Bijak Bahasa supaya lebih berinovasi dan bermaklumatXXXX

14Membudayakan amalan mencari maklumat bahasa di Pondok Bijak BahasaXXX

F.OUTPUT (HASIL)1. Menyediakan satu tempat mencari maklumat berkaitan Bahasa Melayu yang ceria, selesa, dan kondusif di luar kelas untuk murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke Pondok Bijak Bahasa. Secara tidak langsung, bahan-bahan dan maklumat serta tulisan yang ditampal dan digantung di Pondok Bijak Bahasa dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan mencari maklumat walau di mana sahaja mereka berada.

2. Pondok Bijak Bahasa juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid sekolah ini apabila sentiasa menggunakan masa terluang bersama-sama membaca, mencari maklumat dan bahan rujukan di Pondok Bijak Bahasa. 3. Murid-murid yang menunggu ibu bapa selepas waktu persekolahan tamat di Pondok Bijak Bahasa menggunakan masa tersebut membaca, mencari maklumat dan mencari bahan rujukan.

4. Pada waktu rehat murid tahap satu tidak lagi bermain dan membuang masa namun mereka menggunakan masa terluang selepas makan waktu rehat tersebut untuk membaca bersama-sama rakan mereka di Pondok Bijak Bahasa yang ceria dan cantik.5. Melalui projek ini juga, saya dapat melihat ramai juga guru-guru sekolah ini menggunakan Pondok Bijak Bahasa ini sebagai ruang belajar alternatif. Murid yang terlibat kelihatan lebih seronok dan gembira apabila pembelajaran berlaku diluar kelas dan di ruang yang cantik dan ceria serta penuh dengan maklumat dan bahan rujukan. 6. Projek ini juga telah dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid untuk datang ke Pondok Bijak Bahasa dan meningkatkan minat untuk membaca. Kreativiti dan inovatif merupakan objektif utama dalam pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.G.OUTCOME (IMPAK)1. Pondok Bijak Bahasa yang dahulunya tidak menjadi tempat menunggu pilihan kini menjadi tempat menunggu rebutan oleh murid-murid khasnya murid-murid tahap satu kerana suka dengan keceriaan dan susun atur bahan bacaan yang digantung dan ditampal.2. Ibu bapa juga menggunakan Pondok Bijak Bahasa sebagai tempat menjemput anak-anak bereka selepas tamat waktu persekolahan kerana sedar bahawa anak-anak mereka dapat menggunakan masa terluang untuk membaca dan mencari maklumat dan rujukan di pondok berkenaan.

3. Guru-guru juga telah menggunakan Pondok Bijak Bahasa sebagai tempat belajar yang strategi berkonsepkan pembelajaran luar kelas terutama guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu. Secara tidak langsung telah menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah kerana ada aktiviti pembelajaran di luar kelas yang diamalkan oleh guru-guru.4. Semasa waktu rehat tahap satu dan tahap dua murid-murid yang telah selesai makan di kantin sekolah terus menuju ke Pondok Bijak Bahasa untuk membaca dan mencari maklumat berkaitan bahasa yang mereka kehendaki.H.APLIKASI ILMUApakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini dianggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.

Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Pelaksanaan Proses Aplikasi Ilmu Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah mahu pun di luar bilik darjah. Sehubungan dengan itu, Projek Pondok Bijak Bahasa ini banyak aplikasi ilmu yang dapat dilihat melalui media cetak yang disusun secara kreatif supaya impak pengisian ilmu dapat dibudayakan dalam kalangan warga sekolah khasnya murid-murid yang banyak menggunakan pondok tersebut sebagai tempat rujukan. Projek ini juga dapat mencetuskan idea dalam kalangan murid-murid yang datang untuk berfikir dengan cara yang kreatif dan inovatif bagi mengumpul maklumat. Pondok Bijak Bahasa ini juga merupakan sumber untuk mencetuskan pemikiran di luar kotak dalam kalangan murid untuk mencari bahan dan maklumat melalui media yang lain yang lebih luas dan bersifat global.Susunan idea melalui proses menggantung dan menampal bahan dan maklumat juga merupakan aplikasi ilmu yang boleh dikongsikan bersama guru-guru yang lain dalam menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran supaya bersifat terbuka dan kreatif. Justeru aplikasi ilmu dalam projek Pondok Bijak Bahasa ini telah dilaksanakan melalui idea yang lebih kreatif dengan memindahkan semua bahan dan maklumat bijak bahasa daripada kelas atau bilik ke ruang yang lebih terbuka dan menarik iaitu di Pondok Bijak Bahasa.Idea baru ini dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja murid-murid dan guru-guru malah ibu bapa dan pelawat juga boleh mendapatkan maklumat secara tidak langsung apabila melalui dan duduk di Pondok Bijak Bahasa ini.I.KREATIVITI

Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Dalam projek inovasi Pondok Bijak Bahasa ini sudah pastinya bertujuan untuk mewujudkan produk yang dihargai oleh warga sekolah sendiri. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian secara rawak dan tidak langsung apabila ramai murid dan guru malah ibu bapa sendiri pergi ke Pondok Bijak Bahasa dan melihat sendiri dan menyatakan secara jujur bahawa projek ini amat baik dan mendatangkan kesan positif khasnya kepada murid-murid SK Damansara Utama.Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia.

Bersesuaian dengan objektif projek inovasi iaitu membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber maka teori yang ditekankan oleh (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002) amatlah bertepatan dengan projek ini. Murid-murid serta guru-guru telah memanfaatkan Pondok Bijak Bahasa ini dalam proses pembelajaran mereka dan secara tidak langsung membuka minda murid-murid untuk melaksanakannya pula di rumah masing-masing. Ibu bapa juga telah mengambil peluang dan idea untuk membuat sudut maklumat seumpama ini di ruang belajar anak-anak mereka.

Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999).

Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil inisiatif ini untuk membuat perubahan dari aspek pencarian maklumat yang lebih dinamik dan kreatif walau pun berada di luar bilik darjah dan di luar masa persekolahan. Murid dan guru bebas menggunakan Pondok Bijak Bahasa sama ada semasa, selepas atau sebelum waktu persekolahan. Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi. Oleh itu saya telah menyusun dengan rapi dan mengambil kira perkara-perkara berikut sebagai keutamaan dalam projek inovasi saya iaitu Pondok Bijak Bahasa. Perkara-perkara ini termasuklah :1. Mewujudkan persekitaran Pondok Bijak Bahasa untuk perkembangan kreativiti.2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat kepada semua pengunjung Pondok

Bijak Bahasa.3. Pengaliran dan kebebasan mencari maklumat untuk mendorong kreativiti dalam

Pondok Bijak Bahasa.4. Membina suasana persekitaran Pondok Bijak Bahasa yang menggalakkan kreativiti.J.INOVASI

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Peringkat Individu

Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi. Saya telah mengambil inisiatif dan idea dalam projek ini menghasilkan satu sudut yang berbeza berbanding kelas dengan menggunakan pondok yang pada asalnya tidak menjadi tempat tumpuan pengunjung. Inisiatif dan usaha menjadikan pondok berkenaan menarik minat murid, guru dan pengunjung telah saya laksanakan dengan mengecat, menyusun, menggantung bahan dan maklumat bijak bahasa secara lebih kreatif. Permasalahan yang wujud sebelum terbina Pondok Bijak Bahasa iaitu murid tidak minat dengan pencarian maklumat bahasa dapat diatasi apabila murid-murid dan guru-guru malah ibu bapa juga teruja untuk mendapatkan maklumat yang ada di Pondok Bijak Bahasa.Peringkat Organisasi

Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih impak maksimum. Oleh yang demikian projek Pondok Bijak Bahasa yang saya bina amatlah bersuaian dengan prospektif yang diinginkan iaitu Pondok Bijak Bahasa yang sentiasa berinteraksi dengan persekitaran khasnya kepada murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa amnya. Pondok yang bersifat mesra pelanggan dan pelanggannya yang tidak mengira usia ini amat bersesuaian digunapakai sebagai medium ilmu kerana mudah diakses dan gunakan sebagai sumber ilmu khasnya dalam Bahasa Melayu. Cetusan idea hasil perbincangan dengan Guru Besar dan rakan-rakan guru maka tercetuslah idea yang tulen (original) untuk membina sesuatu yang belum pernah dibuat di SK Damansara Utama iaitu Pondok Bijak Bahasa. Sesungguhnya idea ini amatlah penting bukan sahaja kepada organisasi malah ia juga amat berguna kepada semua guru untuk menjana ilmu dan idea lain untuk kepentingan bersama demia mencapai objektif yang berfokus kepada kemenjadian murid-murid itu sendiri.K.ILUSTRASI

Sebelum proses menyiapkan Pondok Bijak Bahasa dan Proses Pembersihan

Proses Menyiapkan Pondok Bijak Bahasa

Pondok Bijak Bahasa dikunjungi murid-murid SK Damansara Utama

L.RUMUSAN

Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti menguruskan perbelanjaan membeli barangan dan keperluan Pondok Bijak Bahasa. Saya juga telah belajar cara untuk berinteraksi dengan pembekal. Saya berharap agar dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu projek kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.

Sekarang ini saya telah mengetahui cara untuk menggunakan cat pelaka, cat minyak dan sebagainya. Sebagai guru yang bukan opsyen seni keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk merealisasikan projek ini.

Walaupun masa yang diberikan kepada saya amat terhad namun dengan berkat usaha dan kerjasama pihak sekolah terutamanya guru besar dan guru-guru maka saya berjaya membina Pondok Bijak Bahasa ini. Impak daripada terbinanya pondok ini maka wujud satu budaya pencarian maklumat dalam kalangan murid-murid di pondok ini dan seterusnya menjadi ruang belajar luar bilik darjah dalam kalangan guru-guru SK Damansara Utama. Saya amat berpuas hati dengan impak yang dapat saya lihat setelah terbinanya pondok ini.Disediakan oleh,

....................................................................

(PUAN JAMISOM BINTI HAJI SUBOH)

NO. MATRIK : 44207PAGE 1PROJEK INOVASI PONDOK BIJAK BAHASA

JAMISOM BINTI HAJI SUBOH (J 44207)