baca petikan di

2
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu. "Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak- kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan. 31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ? A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam. B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu. C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan. D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. 32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ? A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis. B Mengadakan kawalan pada waktu malam. C Membuat jadual rondaan. D Menangkap orang yang bersalah. 33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ? A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam. B Di Kampung Kaki Bukit. C Di Kampung Paya Dalam. D Di pantai Kampung Paya Dalam. 34.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud A mengalahkan kuasa. B membuat keputusan. C mengalihkan pendapat. D mengalahkan kemahuan. 35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ? A Menjalankan kegiatan menyamun. B Menjalankan kegiatan pecah rumah. C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung. D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung. Soalan Pemahaman

Upload: mohd-adni-abu-hassan

Post on 24-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

petikan bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Baca Petikan Di

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu."Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. “Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka. Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing.

32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untukmenangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.B Mengadakan kawalan pada waktu malam.C Membuat jadual rondaan.D Menangkap orang yang bersalah.

33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.B Di Kampung Kaki Bukit.C Di Kampung Paya Dalam.D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksudA mengalahkan kuasa.B membuat keputusan.C mengalihkan pendapat.D mengalahkan kemahuan.

35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?A Menjalankan kegiatan menyamun.B Menjalankan kegiatan pecah rumah.C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

Page 2: Baca Petikan Di

Soalan PemahamanBaca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan Masa Tempat Kumpulan UmurPertandingan mewarna

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Di kantin sekolah 5 – 7 tahun

Pertandingan bercerita 8.00 pagi – 10.00 pagi Di dewan sekolah 8 – 10 tahunMendeklamasikan sajak

10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Di dewan sekolah 10 – 12 tahun

Mencari harta karun 2.00 petang – 4.00 petang

Di tempat perhimpunan

12 tahun dan ditemani ibu bapa

Sukaneka 4.00 petang – 6.00 petang

Di padang sekolah 7 – 12 tahun dan para ibu bapa

36. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan mendeklamasikan sajak.C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

38. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?A Sukaneka.B Mendeklamasikan sajak.C Mencari harta karun.D Mencari harta karun dan sukaneka.

39. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?A Memendekkan masa pertandingan.B Penyertaan perlu dihadkan.C Menyediakan petugas yang lebih banyak.D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?A Untuk beradu kekuatan.B Untuk mencungkil bakat.C Untuk mengeratkan hubungan.D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.