bab iii_keluarga bahagia

Upload: fairuzm

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    1/8

    BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam

    kajian ini. Terdapat sembilan aspek yang akan dihuraikan iaitu reka bentuk kajian,

    tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kaedah pengumpulan

    data, kajian rintis, kajian sebenar, cara menganalisis data dan jangka masa kajian.

    3.2 Reka Bentuk Kajian

    Reka bentuk kajian membantu penyelidik mendapatkan maklumat dan tujuan

    kajian dijalankan. Kajian yang dijalankan ini berbentuk deskriptif dan inferensi yang

    bertujuan untuk melihat hubungan antara faktor suami isteri, faktor keilmuan, faktor

    hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi dengan pembentukan keluarga bahagia.

    Kajian ini dinamakan korelasi yang menghubungkan antara dua pemboleh ubah

    (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999: 51)

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    2/8

    3.3 Tempat Kajian

    Kajian ini dijalankan di kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM),

    Skudai, Johor. Kajian ini melibatkan staf akademik, Fakulti Pendidikan sesi

    2007/2008. Rasional pemilihan tempat ini berikutan responden kajian merupakan

    staf yang bekerja di UTM. Selain itu, pengkaji merupakan penuntut universiti yang

    sedang mengikuti salah satu kursus yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan, UTM

    dan ini memudahkan lagi prosedur kajian dijalankan.

    3.4 Populasi dan Sampel Kajian

    Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999: 37), populasi kajian adalah

    terdiri daripada semua ahli dalam kelompok kajian. Populasi bagi kajian ini ialah

    staf akademik, Fakulti Pendidikan sesi 2007/2008. Sampel diambil daripada

    keseluruhan populasi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.1:

    Jadual 3.1: Spesifikasi sampel mengikut jantina bagi staf akademik

    SampelBilangan Staf

    Akademik Lelaki

    Bilangan Staf

    Akademik

    Perempuan

    Jumlah

    Staf Akademik

    Fakulti

    Pendidikan, UTM

    65 orang 30 orang 95 orang

    35

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    3/8

    3.5 Instrumen Kajian

    Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999), instrumen kajian merupakan

    alat yang digunakan untuk mendapatkan data dari sampel kajian. Pengkaji telah

    memilih instrumen kajian yang berbentuk soal selidik. Soal selidik digunakan

    kerana ia membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat yang banyak dengan

    perbelanjaan yang sedikit, menjimatkan masa bagi pengumpulan data, serta dapat

    meningkatkan ketepatan dan kebenaran jawapan responden terhadap soalan yang

    diberikan. Pengkaji telah memilih soal selidik jenis soal selidik jawapan dipilih di

    mana ia mengandungi arahan dan soalan-soalan untuk dijawab oleh semua responden

    yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi daripada soal selidik

    akan dianalisis secara kuantitatif.

    Soal selidik ini direka bentuk berdasarkan objektif kajian yang telah

    ditetapkan. Set soal selidik tersebut dibahagikan kepada enam bahagian iaitu

    bahagian A, B, C, D, E, dan F. Setiap bahagian mempunyai item seperti yang

    dinyatakan dalam jadual 3.2:

    Jadual 3.2: Spesifikasi item soal selidik

    Bahagian Keterangan

    Bahagian A Maklumat latar belakang responden

    Bahagian B Ciri-ciri keluarga bahagia

    Bahagian C Faktor suami isteri

    Bahagian D Faktor keilmuanBahagian E Faktor hubungan ahli kerabat

    Bahagian F Faktor ekonomi

    Pada Bahagian A, pengkaji menyediakan maklumat tentang latar belakang

    responden, dan responden hanya perlu menandakan pilihan jawapan yang disediakan.

    Bahagian B pula, pengkaji menggunakan skala Likert. Responden dikehendaki

    menandakan jawapan mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu

    36

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    4/8

    ekstrem kepada ekstrem yang lain (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999: 97) seperti

    yang disediakan dalam jadual 3.3:

    Jadual 3.3: Pengkelasan skala Likert

    Sangat

    Tidak

    Setuju (STS)

    Tidak

    Setuju

    (TS)

    Kurang

    Setuju (KS)

    Setuju

    (S)

    Sangat

    Setuju (SS)

    Skor 1 2 3 4 5

    3.6 Analisis Data

    Soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dikutip dan dianalisa

    dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 11.5

    for Windows (SPSS) bagi mendapatkan data yang tepat. Penganalisisan data

    dibahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Bagi

    tujuan mencapai objektif, penyelidik menggunakan beberapa jenis ujian statistik

    kekerapan, peratusan, min dan korelasi Pearson. Jadual 3.4 menunjukkan ujian

    statistik yang digunakan berdasarkan objektif kajian.

    Jadual 3.4: Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan objektif kajian

    Bil. Objektif Kajian Statistik

    1Mengenal pasti ciri-ciri keluarga bahagia di

    kalangan staf akademik Fakulti PendidikanMin

    2

    Mengenal pasti persepsi staf akademik terhadap

    faktor-faktor suami isteri, keilmuan, hubungan

    ahli kerabat, dan ekonomi penting membentuk

    keluarga bahagia.

    Min

    3 Mengenalpasti hubungan di antara faktor suami

    isteri, faktor kelimuan, faktor ahli kerabat, danfaktor ekonomi dengan pembentukan keluarga

    Korelasi Pearson

    37

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    5/8

    bahagia di kalangan staf akademik

    Pengkaji kadangkala boleh menggunakan pelbagai teori dan formula sendiri

    bagi menghasilkan satu indeks tersendiri berdasarkan objektif kajian (Mohamad

    Najib Abdul Ghafar, 2003: 144). Oleh itu, hasil analisa dalam bahagian B, C, D, E,

    dan F dianalisis berdasarkan kepada nilai skor min kepada tiga tahap iaitu:

    Jadual 3.5:Nilai skor min

    Nilai Skor Min Tahap

    1.00 2.33 Rendah2.34 3.67 Sederhana

    3.68 5.00 Tinggi

    Bagi analisis inferensi pula, penyelidik menggunakan kaedah Pearson

    Coefficient Of Correlation. Analisis korelasi adalah untuk mengetahui hubungkait

    antara dua pemboleh ubah (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999: 51). Kekuatan

    korelasi boleh ditafsirkan berdasarkan jadual 3.6 (Rowntree dalam Mohamad NajibAbdul Ghafar, 1999: 51):

    Jadual 3.6: Klasifikasi kekuatan korelasi

    Julat (+ atau -) Kekuatan

    0.0 hingga 0.2 Sangat lemah

    0.2 hingga 0.4 Lemah, rendah

    0.4 hingga 0.7 Sederhana

    0.7 hingga 0.9 Tinggi, kuat

    0.9 hingga 1.0 Sangat tinggi, sangat kuat

    Penyelidik akan membuat perbincangan, rumusan dan cadangan dalam bab V

    daripada penganalisisan data-data tersebut.

    38

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    6/8

    3.7 Kajian Rintis

    Kajian rintis adalah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian

    sebenar. Kajian rintis bertujuan untuk menguji tahap kebolehpercayaan item-item

    soal selidik. Menurut Mohd. Majid Konting (2004: 218), melalui kajian rintis,

    kesesuaian dan ketepatan soalan serta format yang digunakan dapat dikenal pasti.

    Kelemahan-kelemahan yang ada meskipun kecil perlu diperbaiki untuk memastikan

    penghasilan soal selidik yang bermutu. Oleh itu, pengkaji telah menyediakan item-

    item berdasarkan objektif kajian dan mengubahsuai item-item dari kajian lepas

    mengikut kesesuaian tajuk kajian.

    Responden bagi kajian rintis ini dipilih secara rawak. Mereka terdiri daripada

    10 orang staf akademik Fakulti Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia. Sampel

    ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan sampel yang hendak diuji. Hasil kajian

    rintis akan dianalisis untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik. Menurut

    Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003: 122), nilai 0.8 didapati memadai untuk

    diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk sesuatu alat. Sekiranya

    nilai adalah lebih rendah daripada 0.8, pengkaji perlu mengubah item dan seterusnya

    melaksanakan kajian rintis sekali lagi sehingga mencapai tahap nilai 0.8 ke atas.

    39

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    7/8

    3.8 Kajian Sebenar

    Setelah selesai membuat penilaian terhadap kajian rintis, pengkaji

    mengedarkan set soal selidik yang telah diuji setelah diperbaiki sekiranya perlu. Set

    soal selidik ini akan diedarkan kepada semua responden iaitu seramai 95 orang staf

    akademik Fakulti Pendidikan iaitu sampel yang dikaji. Data kajian sebenar inilah

    yang dianalisis dan dibincangkan dalam kajian ini.

    3.9 Prosedur Kajian

    Bagi mendapatkan data-data dalam kajian ini, pengkaji perlu melalui

    beberapa prosedur iaitu:

    3.6.1 Mengadakan perbincangan dengan penyelia berkenaan tajuk kajian. Setelah

    mendapat persetujuan, penyelidik mengisi borang A dan menghantar kepada

    penyelaras Projek Sarjana Muda.

    3.6.2 Kajian diteruskan setelah mendapat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan

    dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS).

    3.6.3 Menjalankan kajian rintis ke atas sampel yang mempunyai ciri yang sama

    dengan sampel sebenar bagi memastikan tahap kebolehpercayaan soalan

    berada pada tahap yang tinggi.

    3.6.4 Mengedarkan borang soal selidik kepada responden sebenar.

    3.6.5 Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package

    for Social Science Version 11.5 for Windows (SPSS). Kemudian, hasil

    analisis dibincangkan dalam bab IV.

    40

  • 8/14/2019 BAB III_KELUARGA BAHAGIA

    8/8

    3.6.6 Penyelidik menghantar laporan akhir kajian kepada penyelia.

    3.6.7 Pembetulan dilakukan untuk pembentangan Projek Sarjana Muda.

    3.6.8 Pembentangan Projek Sarjana Muda.

    3.6.9 Pembetulan dan penjilidan laporan akhir.

    3.10 Jangka Masa Kajian

    Pengkaji diberi tempoh untuk menyiapkan kajian bermula bulan Julai 2008

    dan berakhir pada bulan April 2009. Pada semester pertama, pengkaji menyiapkan

    Bab 1, 2 dan 3. Soal selidik diedarkan pada semester kedua dan data dianalisis.

    Pengkaji memasukkan data yang dianalisis dalam Bab 4 dan dirumuskan kajian

    dalam Bab 5. Kajian ini secara keseluruhannya mengambil masa selama dua

    semester untuk disiapkan.

    3.11 Kesimpulan

    Bab ini telah membincangkan tentang metodologi kajian. Berdasarkan

    metodologi yang digunakan, pengkaji dapat menjalankan kajian dengan lebih teratur

    dan bersistematik. Metodologi kajian juga dapat memberi panduan kepada pengkaji

    tentang tatacara melaksanakan kajian dan memastikan kajian yang dijalankan

    bertepatan dengan objektif. Dapatan daripada kajian ini akan diterangkan dalam Bab

    IV.

    41