bab 9 komen dan cadangan

5
BAB 9: KOMEN DAN CADANGAN Computer IT Care Centre merupakan pusat penyelenggaran yang terkenal di kepulauan ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh pelanggan terhadap servis yang dilakukan pada komputer, ‘notebook’, pencetak dan alatan elektronik yang lain. Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan dari 16 JUL 2007 sehingga 14 DIS 2007 di Computer IT Care Centre telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak pengurusan Politeknik Kota Kinabalu bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma. 129

Upload: fads

Post on 06-Jun-2015

9.338 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 9  KOMEN DAN CADANGAN

BAB 9: KOMEN DAN CADANGAN

Computer IT Care Centre merupakan pusat penyelenggaran yang terkenal di

kepulauan ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh pelanggan terhadap

servis yang dilakukan pada komputer, ‘notebook’, pencetak dan alatan elektronik

yang lain.

Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan

dari 16 JUL 2007 sehingga 14 DIS 2007 di Computer IT Care Centre telah mencapai

objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak pengurusan Politeknik Kota

Kinabalu bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri samada pada peringkat

sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan

dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat

tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan

kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di

jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

129

Page 2: BAB 9  KOMEN DAN CADANGAN

9.1 Komen Untuk Syarikat

Kekurangan Tenaga Kerja

Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya berlaku.

Namun kekurangan ini haruslah diatasi. Kelewatan dalam memberikan servis kepada

komputer pelanggan boleh berlaku jika kekurangan tenaga kerja.

Waktu Makan Tengahari Singkat

Waktu Makan yang diberikan oleh syarikat amatlah singkat iaitu hanya

selama

45 minit. Masa yang begitu singkat bukan sahaja dirasakan oleh pelatih, tetapi

menjadi buah mulut juruteknik yang lain.

9.2 Cadangan Untuk Syarikat

i. Menambahkan lagi tenaga kerja dalam bahagian penyelenggaraan

komputer.

ii. Menambahkan masa makan tengahari dari 45 minit ke 1jam.

Kesempatan baki masa dapat digunakan oleh juruteknik jika terdapat

urusan yang perlu dijalankan.

iii. Memberikan gaji yang berpatutan kepada juruteknik. Segelintir

juruteknik mengeluh dengan gaji yang diberikan. Setimpal dengan kos

sara hidup yang tinggi di WP. Labuan.

iv. Lebih memberikan kursus dan tunjuk ajar kepada juruteknik

terutamanya dalam bidang rangkaian ‘networking’, kamera litar

tertutup, pencetak serta server. Ini dapat menghasilkan juruteknik serba

boleh.

v. Syarikat mestilah selalu mengadakan aktiviti sampingan seperti Hari

Keluarga dan riadah bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara

juruteknik dan majikan.

130

Page 3: BAB 9  KOMEN DAN CADANGAN

vi. Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industri kepada

pelatih sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industri di

syarikat tersebut.

9.3 Cadangan Kepada Politeknik.

i. Pihak Politeknik Kota Kinabalu seharusnya berbincang dengan pihak

pengurusan syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak

kerja yang di lakukan oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian

kursus pelajar dengan gerak kerja syarikat.

ii. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang

menjalani latihan industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai

dengan kursus pelajar iaitu dengan menyemak tempat latihan yang di

pilih oleh pelajar.

iii. Selain itu, pihak Politeknik hendaklah lebih memberi perhatian dengan

mengikuti perkembangan pelajar yang menjalani latihan industri

iv. Seterusnya, di harapkan agar lawatan yang di buat oleh pensyarah

Politeknik seharusnya mengikut jabatan pelajar yang di lawati.

v. Keperihatinan pihak Politeknik terhadap pelajar yang menjalani latihan

industri seperti yang telah di buat haruslah di tingkatkan dan di teruskan

untuk menjayakan objektif latihan industri ini.

131