bab 7 teori relevan

15
BAB 7 TEORI RELEVAN

Upload: hanna-hj-ibrahim

Post on 16-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teori relevan

TRANSCRIPT

BAB 4

BAB 7

TEORI RELEVAN

PENDAHULUANSecara zahiriahnya kita melihat bahawa tujuan berkomunikasi adalah bertujuan untuk mencipta pemikiran atau kepercayaan kepada pihak pendengar dan juga berniat untuk memindahkan beberapa jenis maklumat kepada fikiran pendengar. Walhal tujuannya adalah lebih luas daripada skop itu. Antaranya ialah mencipta ujaran yang bermanifestasi. Tercetus daripada pemikiran ini maka teori relevans telah dibangunkan bagi membimbing pendengar memproses apa-apa yang dikomunikasikan berdasarkan ciri-ciri manifestasi dan persekitaran kognitif.

Menurut Nor Hashimah Hj. Jalaluddin (1992), ujaran yang bermanifestasi bermaksud set andaian daripada ujaran yang dihasilkan yang mana andaian tersebut mudah dikesan oleh individu dan banyak bukti yang melatarinya. Oleh itu penutur perlu peka dalam mengungkapkan sesuatu ujaran agar apa yang ingin disalurkan kepada pendengar dapat berbentuk satu set andaian yang mudah diproses oleh pendengar.Teori relevans merupakan sebuah teori yang dicadangkan oleh Sperber dan Wilson bagi menggantikan teori pragmatik Grice 1975. Teori relevans menuntut sebarang bentuk komunikasi yang berlaku harus dapat difahami oleh penutur dan pendengar. Bentuk komunkasi tersebut perlulah didukungi oleh ujaran yang benar-benar relevan untuk difahami oleh pendengar dalam masa yang singkat. Apakah maksud relevan?

Bersandarkan teori relevans, Nor Hashimah Hj. Jalaluddin (1992) telah mendefinisikan relevan seperti berikut:(a)Dengan andaian segala hal seimbang, semakin banyak kesankonteks, maka ujaran itu menjadi semakin relevan.(b)Dengan andaian segala hal seimbang, semakin sedikit usahamemproses maklumat, maka ujaran itu menjadi semakin relevan.Penelitian terhadap definisi yang dikemukakan di atas, jelas mencerminkan bahawa apa yang cuba dipertahankan oleh teori relevans dalam ujaran ialah kerelevanannya dan bukan kebenaran mutlak.

GAGASAN TEORITeori yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1995) ini membawa gagasan bahawa setiap ujaran, aksi, atau perbuatan yang membabitkan pengertian dan pemahaman (yang membawa kefahaman) akan menjanakan keadaan relevan yang optimum (Hashim Musa, & Ong Chin Guan, 1998). Teori relevan juga dikaitkan dengan kognisi kerana pencipta teori ini berpendapat bahawa peranan otak terlibat dalam merancang komunikasi bagi penutur dan menganalisis mesej bagi pihak pendengar. Kognisi ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti berfikir, membuat alasan, menaakul, dan sebagainya.

Kesemua aktiviti ini berlaku pada tahap minda seseorang. Komunikasi pula dijelaskan sebagai aktiviti dua hala yang melibatkan penutur dan pendengar. Mesej yang dibawa haruslah bersesuaian dengan konteks pendengar. Matlamat utama yang disasarkan dalam teori ini ialah prinsip kerelevanan iaitu:dengan andaian segala hal seimbang, semakin banyak kesan kognitif (dalam Sperber & Wilson 1986a, dikenali sebagai kesan konteks), semakin relevanlah sesuatu ujaran, dan dengan andaian segala hal seimbang, semakin rendah usaha memproses maklumat, semakin relevanlah sesuatu ujaran.

Dalam menjelaskan hal ini, Sperber, dan Wilson (1995:12) mengatakan:Human tend to pay attention to the most relevant phenomena available: that they tend to construct the most relevance possible representations of these phenomena, and to process them in a context that maximize their relevance. Relevance, and the maximization of relevance, is the key to human cognition. Teori ini menekankan tiga gagasan utama dalam membantu proses pentakrifan makna (Nor Hashimah Jalaluddin, 2003). Gabungan kesemua gagasan di atas dapat membantu penutur menjadikan maklumat mereka relevan dan berguna, khususnya kepada pendengar.Tiga gagasan utama tersebut ialah:1.Konteks2.Kesan kognitif3.Usaha memproses maklumat

KONTEKS DAN KESAN KONTEKSMelalui pendefinisian yang dibuat oleh Sperber dan Wilson dalam Nor Hashimah Hj. Jalaluddin (1992), konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Ia tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir. Konteks dapat juga melibatkan masa depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran penutur. Kesemuanya memainkan peranan dalam interprestasi ujaran.

Dalam menjamin proses interprestasian ujaran secara berkesan, pemilihan konteks haruslah dikembangkan dengan menggunakan (salah satu atau kesemuanya) tiga cara iaitu: 1.melihat ke arah ujaran2.melihat ke arah alam persekitaran3.merujuk kepada catatan ensiklopedia bagi perkataan-perkataan yang telah digunakan dalam ujaran dan konteks. Harus diingati juga bahawa perkembangan konteks dengan ketiga-tiga cara ini tidak akan berhasil sekiranya pendengar tidak memastikan sama ada konteks yang dipilih adalah sama dengan apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Oleh itu andaian yang dicerna oleh pendengar perlulah sesuai bagi melahirkan andaian awalan bagi pendengar.

Andaian awalan atau lebih tepat dirujuk sebagai kesan konteks amat penting bagi menghuraikan proses pemahaman sesuatu ujaran. Semasa proses perbualan, proses penggabungan atau penguatan atau pengguguran konteks akan dikemukakan oleh pendengar dengan andaian awalan yang ada untuk menghasilkan kesan konteks.Penggabungan dimaksudkan menggabungkan maklumat baru dan konteks bagi menghasilkan kesan konteks. Contoh (1), peristiwa konteks:(i) Aminah berandaian jika hari tidak hujan, dia akan pergi menoreh getah.

Apabila Aminah mahu dari keluar rumah dia mendapati:(ii) Hari Hujan.

Daripada andaian yang wujud dalam (i) dan maklumat baharu (ii), Aminah dapat merumuskan beberapa lanjut yang tidak boleh dirumuskan sama ada daripada andaian yang sedia ada, iaitu (i) atau maklumat baharu (ii) untuk merumuskan (iii), iaitu:(iii) Aminah tidak pergi menoreh getah.

Seterusnya penguatan dimaksudkan dengan menguatkan lagi andaian yang telah sedia ada. Contoh (2), peristiwa konteks:

Aminah sedang menoreh getah dan terdengar sesuatu bergerak dalam semak di belakangnya. Aminah membuat andaian yang bergerak dalam semak itu:(i) Seekor ayam hutan.

Apabila disergah oleh Aminah, didapati yang keluar dari semak itu ternyata:

(ii) Seekor ayam hutan.

Dengan ini, (ii) memperkuatkan atau mengesahkan andaian awal yang terbentuk. Semakin banyak andaian yang dapat diperkuatkan, semakin relevanlah ujaran tersebut.

Manakala pengguguran pula dimaksudkan dengan pengguguran andaian yang telah sedia ada apabila berlaku pertentangan maklumat. Contoh (3), peristiwa konteks:

Aminah sedang menoreh getah dan terdengar sesuatu bergerak dalam semak di belakangnya. Aminah membuat andaian yang bergerak-gerak dalam semak itu:(i) Seekor ayam hutan.

Apabila disergah oleh Aminah, didapati yang keluar dari semak itu bukanlah seekor ayam hutan tetapi seekor landak. Rupa-rupanya Aminah mendapati yang bergerak-gerak dalam semak itu :

(ii) Seekor landak.

Maka dapat dilihat pada contoh (3) berlakunya pertentangan maklumat.

Sperber dan Wilson mendakwa jika maklumat baru adalah relevan dalam mana-mana konteks yang wujud percanggahan, ini akan membawa kepada pengguguran andaian yang sedia ada. Sokongan hujah di atas membawa kepada kesimpulan bahawa semakin mewah kesan konteks sesuatu andaian itu miliki, maka ujaran dan andaian itu pasti bertambah relevan.

USAHA MEMPROSESUsaha memproses merupakan usaha pendengar memproses sesuatu maklumat agar maklumat tersebut relevan dengan pemahamannya ketika menginterpretasikan sesuatu ujaran. Secocok dengan usaha tersebut maka penutur haruslah memastikan ujaran yang dituturkan olehnya mudah dan senang diproses oleh pendengar. Semakin rendah kegiatan memproses maklumat, maka semakin relevanlah sesuatu ujaran tersebut. Teliti contoh berikut:1.Ayah saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.2.Ayah saya bekerja sebagai guru.

Di antara ujaran (1) dan (2) kita dapati bahawa ujaran (2) mudah diproses berbanding dengan ujaran (1). Ini kerana dalam ujaran (2) pendengar mungkin sukar untuk memproses maklumat tepat tentang pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan berbanding ujaran (1) yang memperuntukkan maklumat tepat tentang pekerjaan sebagai guru. Proses yang mudah dalam mengendalikan sesuatu maklumat seharusnya diutamakan oleh penutur agar kerelevanan dalam sesuatu ujaran dapat dijamin berada pada tahap yang tinggi.Tiga gagasan utama dalam teori relevans telah pun dibincangkan secara ringkas. Konteks, kesan konteks dan usaha memproses tidak akan lengkap sekiranya tidak disertai oleh subgagasannya seperti yang dinyatakan pada awal perbincangan pengenalan teori relevans iaitu pengayaan, pemilihan rujukan dan penyahtaksaan maklumat.

Secara ringkasnya pengayaan ialah maklumat tambahan yang perlu disediakan oleh penutur sekiranya maklumat yang asal tidak lengkap. Pemilihan rujukan pula bermaksud penutur dituntut memastikan penerima ujarannya membuat pemilihan rujukan yang tepat supaya orang yang dirujuk dalam perbualan itu merujuk kepada orang yang sama seperti yang dimaksudkan oleh si penutur. Manakala penyahtaksaan ialah usaha yang dilakukan oleh penutur bagi memastikan ujarannya tidak mengandungi unsur-unsur yang kabur ketika menyampaikan sesuatu maklumat.