bab 7 kesimpulan

5
BAB 7 : KESIMPULAN 7.1 Kesimpulan Penyenggaraan dan pemeriksaan terhadap setiap jentera bomba amatlah penting kerana jentera ini adalah salah satu aset yang penting dalam sesebuah lapangan terbang. Hal ini adalah kerana jentera bomba adalah kenderaan yang berfungsi untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran di lapangan terbang. Setiap kerosakan yang berlaku perlulah diberi perhatian dan tindakan yang secepat diambil supaya tidak menganggu operasi jentera bomba. Setelah mempelajari dan mengikut peyelia melakukan peyenggaraan dan membantu penyelia melakukan pemeriksaan ke atas jentera bomba ini, saya telah mempelajari tentang jentera malahan 100

Upload: robotjahat

Post on 12-Jun-2015

836 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7 Kesimpulan

BAB 7 : KESIMPULAN

7.1 Kesimpulan

Penyenggaraan dan pemeriksaan terhadap setiap jentera bomba amatlah penting

kerana jentera ini adalah salah satu aset yang penting dalam sesebuah lapangan terbang.

Hal ini adalah kerana jentera bomba adalah kenderaan yang berfungsi untuk memadam

kebakaran sekiranya berlaku kebakaran di lapangan terbang. Setiap kerosakan yang

berlaku perlulah diberi perhatian dan tindakan yang secepat diambil supaya tidak

menganggu operasi jentera bomba.

Setelah mempelajari dan mengikut peyelia melakukan peyenggaraan dan

membantu penyelia melakukan pemeriksaan ke atas jentera bomba ini, saya telah

mempelajari tentang jentera malahan menpunyai pengalaman sendiri dalam kerja-kerja

yang melibatkan jentera.

100

Page 2: Bab 7 Kesimpulan

Selain itu, kerja membaik pulih ‘Aerobridge’ haruslah dilakukan dalam masa

yang sesuai seperti masa pengunaan ‘Aerobridge’ tidak digunakan. Hal ini adalah

kerana ia tidak menganggu proses pengunaan ‘Aerobridge’. Selain daripada itu

pihak yang bertugas untuk memantau kerosakan haruslah ditugaskan untuk

memantau kemungkinan kerosakan supaya kerosakan dapat dibendung lebih awal

dan akan menjimatkan kos untuk membaik pulih.

Penyenggaraan haruslah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan supaya

menjamin jangka hayat dan kesalamatan pengguna. Kerosakan haruslah diambil

tindakan secepat yang mungkin supaya tidak menganggu operasi pengunaan

‘Aerobridge’. Ini juga akan mengelakkan sebarang aduan dari pihak pengguna.

Melalui proses kerja mengantikan kabel ‘Canopy’ ini, saya telah dapat menimba

pengalaman baru dan dapat saya aplikasikan pengunaannya.

Di samping itu juga, ‘Conveyor Belt’ merupakan salah satu bahagian kerja-

kerja kejuruteraan mekanikal di lapangan terbang. Saya telah mengetahui dan

mempelajari cara membaiki ‘Conveyer Belt’ ini mengikut prosedur yang di tetapkan.

Malah saya juga mempelajari apa itu ‘Conveyor Belt’ dan jenis–jenis ‘Conveyor

Belt’ yang terdapat di terminal lapangan terbang. Selain itu saya juga diperkenalkan

kepada komponen–komponen yang penting pada sesebuah ‘Conveyor Belt’.

Saya juga telah mengikuti kerja-kerja penyenggaraan yang dilakukan oleh

juruteknik-juruteknik yang lain seperti melakukan kerja memasang alat elektik,

membaiki sistem ‘Flushing’ Tandas, membaiki mesin X-ray, memasang pam sistem

bekalan air dan kerja-kerja lain diluar bidang kejuruteraan mekanikal. Melalui

pengalaman ini, saya dapat mempelajari cara-cara melakukan kerja awam dan juga

elektrikal yang jauh bezanya daripada kejuruteraan mekanikal.

101

Page 3: Bab 7 Kesimpulan

Dengan adanya perlaksanaan Latihan Industri ini, saya telah berpeluang

mempelajari banyak ilmu baru, iaitu ilmu mekanikal, elektrikal, dan awam.

Pengalaman saya bersama pegawai-pegawai teknikal dan juruteknik-juruteknik telah

membantu mematangkan diri saya untuk bergerak lebih kehadapan dan menambah

minat dalam bidang kejuruteraan ini.

Saya juga telah mengikuti kerja-kerja penyenggaraan yang dilakukan oleh

juruteknik-juruteknik yang lain seperti melakukan kerja memasang alat elektik,

membaiki sistem ‘Flushing’ Tandas, membaiki mesin X-ray, memasang pam sistem

bekalan air dan kerja-kerja lain diluar bidang kejuruteraan mekanikal. Melalui

pengalaman ini, saya dapat mempelajari cara-cara melakukan kerja awam dan juga

elektrikal yang jauh bezanya daripada kejuruteraan mekanikal. Setelah 6 bulan

menjalani Latihan Industri, saya telah sedar akan kepentingan menjalaninya serta

dapat mencapai objektif-objektif Latihan Industri.

Kesimpulannya, keempat-empat bab yang merangkumi jentera bomba,

‘aerobridge’, sistem pengendalian bagasi dan kerja-kerja kejuruteraan elektrik dan

awam adalah saling berkait rapat antara satu sama lain di dalam bidang kejuruteraan.

Oleh itu, teknologi pada masa ini haruslah diperkembangkan supaya sektor industri

pembinaan iaitu Malaysia dapat menyaingi negara yang sudah pesat membangun

agar kita dapat memenuhi wawasan 2020 yang mahukan negara kita cemerlang,

gemilang dan terbilang di persada dunia.

102