bab 7 an dip

Upload: abu-zuhaily

Post on 06-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    1/56

    BAB 7

    PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    2/56

    PERLEMBAGAAN MALAYSIA

    PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yangmenentukan bagaimana sesuatu negeri/negara itudiasaskan dan diperintah seperti yang termaktub

    dalam undang-undang, adat atau peraturan yanglazim dipakai.

    D. Robertson : Perlembagaan mengandungi satu sethak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubunganantara autoriti awam dalam sesebuah negara, danantara autoriti awam dengan rakyat.

    Perlembagaan Bertulis

    Tidak bertulis

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    3/56

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi

    131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek

    pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan

    kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu

    dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu , agama

    Islam, kewarnegaraan, kehakiman dan sebagainya.

    Perlembagaan boleh dikatakan sebagai dokumenyang mengandungi segala undang-undang dan

    peraturan asas negara.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    4/56

    Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia

    Bermula sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa merekamenguasai negeri2 Melayu Bersekutu.

    Pengenalan Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu

    1948 diperkenalkan oleh British untuk merangka ke arah

    pembentukan perlembagaan Tanah Melayu.

    Selepas Pilihanraya 1955, Parti Perikatan menuntut agar pihakpenjajah British mengadakan satu Persidangan perlembagaan di

    London. Dicadangkan agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya iaitu

    suruhanjaya Reid untuk menggubal satu perlembagaan untuk

    Persekutuan Tanah Melayu sbg langkah pertama ke arah

    kemerdekaan. Suruhanjaya Reid sbg asas kpd pembentukan Perlembagaan

    Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 31 Ogos 1957.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    5/56

    Tujuan Perlembagaan

    a) Wujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil

    - tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara sptkeistimewaan org Melayu, bhs Melayu.

    b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah

    - terdapat bbrp peruntukan khas tertentu untuk YDPA sertasultan/raja/ Yang Dipertua Negeri

    c) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat- peruntukan bukan sahaja kepada pemerintah malah kpd rakyatmelalui kebebasan asasi (bhg 2, Perkara 5-13)

    e) Menyelesaikan masalah atau konflik

    - rujukan utama dalam penggubalan undang2 Persekutuan dannegeri

    f) Menjamin riwayat sesebuah negara

    - berperanan menentukan hala tuju pentadbiran negara

    g) Menjamin keamanan dan kestabilan negara

    - kebebasan dan keistimewaan ada had untuk kekal kestabilan.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    6/56

    Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia

    Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan Sebagai negara Raja berperlembagaan

    Sebagai negara demokrasi berparlimen

    Perlembagaan memperuntukan Islam sebagai agama

    rasmi Persekutuan, tetapi menjamin kebebasanberagama

    Pelembagaan memperuntukkan ketertinggianperlembagaan dan kebebasan undang-undang

    Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa

    ketiga-tiga badan kerajaan ialah BadanEksekutif,Kehakiman dan Perundangan.

    Perlembagaan memperuntukkan sebuah badankehakiman yang berasingan dan bebas.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    7/56

    Kandungan Perlembagaan Persekutuan

    Bahagian Bab Perkara Kandungan

    1 1 1 - 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-

    undang

    2 1 5 - 13 Kebebasan Asasi

    3 1 14 - 22 Perolehan Kewarnegaraan

    2 23 - 28A Penamatan Kewarnegaraan

    3 29 - 31 Tambahan ttg Kewarnegaraan

    4 1 32 - 37 Ketua Negara dan Majlis Raja-raja

    2 38 Majlis Raja-raja

    3 39 - 43C Pemerintah

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    8/56

    Bahagian Bab Perkara Kandungan

    4 44 - 65 Badan Perundangan Persekutuan

    5 66 - 68 Acara Perundangan

    5 6 69 Keupayaan terhadap Harta dan

    Lain-lain

    6 1 70 - 72 Negeri-negeri

    1 73 - 79 Hbgn antara Kerajaan Persekutuan

    Dgn Kerajaan Negeri

    2 80 - 81 PembahagianKuasa Pemerintah

    3 82 Pembahagian Beban Kewangan

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    9/56

    Bahagian Bab Perkara Kandungan

    4 83 - 91 Tanah

    5 92 Pembangunan Negara

    6 93 - 95 Siasatan Persekutuan terhadap Negeri

    7 7 95A - 95E Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

    1 96 - 112 Peruntukan- peruntukan Kewangan

    8 2 112A - 112E Sabah dan Sarawak

    9 1 113 - 120 Pilihanraya

    10 1 121 - 131 A Kehakiman

    11 1 132 - 148 Perkhidmatan Awam

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    10/56

    Bahagian Bab Perkara Kandungan

    1 149 - 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan

    Subversif dan kuasa-kuasa Darurat

    12 152 Bahasa Kebangsaan

    1 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu

    12A 1 154 - 160 Am dan Pelbagai

    13 1 161 - 161A Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan

    Sarawak

    14 1 162 - 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan

    1 181 Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

    15 1 182 Mahkamah Khas

    15 1 183 Tiada tindakan boleh diambil ke atas

    YDPA dan Raja-raja , kecuali dengan

    keizinan Peguam Negara

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    11/56

    Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malaysia (16

    September 1963). Mengandungi 15Bahagian dan 183 Perkara,

    13 Jadual)Bentuk Perlembagaan

    Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis:

    a) Perlembagaan bertulis

    - bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun

    dalam satu dokumen.

    b) Perlembagaan tidak bertulis

    - semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul

    dalam satu surat atau dokumen.Cth Akta Parlimen dan

    keputusan mahkamah.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    12/56

    Ketertinggian Perlembagaan

    Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai sebuah

    perlembagaan bertulis. Menurut Tun Muhammed Suffian, Perlembagaan Persekutuan

    Malaysia adalah yang tertinggi.

    Peruntukan Ketertinggian Perlembagaan:

    a) Parlimen

    b) Perlembagaan

    c) Kedudukan YDPA

    d) Kuasa Perundangan

    e) Kebebasan asasi

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    13/56

    SIAPAKAH YANG TERTINGGI DIMALAYSIA

    Ialah Yang di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di

    Malaysia. Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi

    pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat JemaahMenteri (Kabinet), sungguhpun semua tindakan rasmi kerajaandilakukan atas nama baginda.

    Kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal.

    Walaupun sungguh berkuasa, ia mesti patuh pada Perlembagaan; Dengan itu, jelas perlembagaan adalah yang tertinggi.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    14/56

    PINDAANPERLEMBAGAAN

    Mengapa ?

    Perlu sebab perubahan ekonomi, sosial, politik atas kehendaksejajar dengan tujuan demokrasi.

    Bagaimana cara membuat pindaan ?

    Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah kerana iaboleh dipinda oleh Parlimen, dengan kuasanya sendiri.

    Perlembagaan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan161E perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini boleh dipindadengan Akta Parlimen

    Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu;

    a) Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara 2/3dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, dengan syarat ianya diizinkan olehMajlis Raja-Raja. Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendakibagi apa-apa undang-undang yang membuat pindaan kepada

    Perkara 10(4), 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, 153 atau 181.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    15/56

    Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi

    Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara 2/3 dalam

    tiap-tiap Dewan Parlimen, jika ianya dipersetujui oleh Yang

    Dipertua bagi mana-mana negeri, seperti Perkara 161E(2); dan

    Sesetengah-sesetengah perkara boleh dipinda dengan lebih

    suara 2/3 dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan

    persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen, seperti dalam Perkara

    159(4).

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    16/56

    Perkara-perkara Yang Dipinda

    Pemisahan Singapura

    - pindaan dibuat 2/3 drpd Dewan Rakyat . 9 Ogos 1965 keluar dari

    Malaysia

    Berkenaan gender

    - Artikel 8(2) berkaitan jantina- tiada sebarang diskriminasi jantina

    Kekebalan Raja

    - raja tidak boleh didakwa di mahkamah biasa. Dihadapkan di

    mahkamah Khas Di raja.

    - Akta perlembagaan (pindaan )1993 telah meminda perihal

    kekebalan tersebut.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    17/56

    Unsur Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan

    Pemerintahan Raja

    Raja mutlak ditukar kpd

    Perlembagaan

    Agama Islam

    Sebagai agama rasmi

    Kedudukan Istimewa

    Orang Melayu

    Tanggungjawab YDPA

    Bahasa Melayu

    Bahasa kebangsaanPersekutuan

    Unsur-unsur

    tradisi

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    18/56

    PERLEMBAGAANNEGERI

    Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsianyang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yangmenganggotai Persekutuan Malaysia.

    Menurut Perkara 71 Perlembagan Persekutuan Malaysiamemperuntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklahmempunyai peruntukan semua perlembagaan negeri hendaklahmempunyai peruntukan-peruntukan perlu seperti yang terkandungdalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, yang

    menentukan kedudukan Raja, Yang Di pertua Negeri, MajlisMesyuarat Kerajaan, Dewan Undangan Negeri (Dewan Negeridalam Perlembagaan Persekutuan), peruntukan kewangan, layanansama rata bagi pekerja-pekerja negeri dan pindaan perlembagaannegeri.

    Di dalam Jadual Kelapan, peruntukan-peruntukan telahdibahagikan kepada dua bahagian :

    a) Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukankewangan.

    b) Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementara sebagaialternatif kepada peruntukan Bahagian I.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    19/56

    Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaandaripada perlembagaan yang dipersetujui dalam PerjanjianMalaysia 1963, dan telah dimaktubkan dalam Jadual perjanjian itu.

    Amnya mengikut cara Melaka dan Pulau Pinang. Ini semua bertujuan untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri

    serta memastikan supaya perlembagaan-perlembagaan negerimematuhi perlembagaan persekutuan (Perlembagaan Persekutuan,Perkara 42).

    Selain itu juga perlembagaan negeri adalah penentu kepada corak

    pemerintahan. Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak padaRaja atau Yang Dipertua Negeri mengikut perlembagaan negerimasing-masing. Kuasa eksekutif ini dilaksanakan atau diwakilkanoleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang diketuai oleh MenteriBesar atau Ketua Menteri atas nama Raja atau Yang DipertuaNegeri.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    20/56

    Kerajaan Negeri mempunyai autonomi yang luas dalammentadbir perkhidmatan awamnya. Semua negeri

    melainkan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan PulauPinang mempunyai suruhanjaya perkhidmatannyasendiri.

    Namun demikian, menurut Perkara 112 Kerajaan Negeritidak boleh, tanpa persetujuan Kerajaan Persekutuan,menambah perjawatan negeri atau gaji dan emolumen

    yang sedia ada. Sekiranya tindakan berkenaan akanmenambah tanggungan Kerajaan Persekutuan dalamhal pencen, ganjaran dan elaun-elaun lain(Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kelapan (Bahagian1).

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    21/56

    Perlembagaan Negeri (tertakluk kepada pengecualiantertentu) boleh dipinda oleh Dewan Undangan Negeridengan syarat ia disokong dengan undi sekurang-kurangnya dua per tiga daripada jumlah bilangan ahlipada bacaan kedua dan ketiga rang undang-undangpindaan itu. Di negeri-negeri beraja, pindaan tidak dapatdibuat tentang kenaikan takhta dan kedudukan

    pembesar negeri memerintah (PerlembagaanPersekutuan Perkara 73(a).

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga adamemperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalamhal perhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat)dengan kerajaan-kerajaan negeri. Terdapat tujuh bab di

    bawah Bahagian VI ini, iaitu:

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    22/56

    Terdapat tujuh bab di bawah Bahagian VI ini, iaitu:

    Pembahagian kuasa-kuasa perundangan; Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah;

    Pembahagian beban kewangan;

    Tanah;

    Pembangunan negara; Agihan Persekutuan kepada Negeri dan Pemeriksaan

    Persekutuan mengenai kegiatan Negeri

    Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    23/56

    Sambungan Perlembagaan Malaysia

    Peruntukan Utama Perlembagaan

    Federalisme

    Federalisme pembahagian kuasa yang berdasarkan wilayah atau

    sebuah kerajaan yang mewakili wilayah-wilayah lain.

    Konsep Federalisme bermaksud pembahagian kuasa dalam

    sesuatu sistem pemerintahan.

    Bentuk pemerintahan Malaysia :

    a) Sistem Federalisme

    b) PengasinganKuasa

    Negara Persekutuan membawa maksud negara yang mengandungi

    sebuah kerajaan persekutuan atau pusat. Cth Amerika Syarikat.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    24/56

    Ciri-Ciri Penting Negara Persekutuan

    a) Perlembagaan bertulis

    b) Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan Persekutuan

    c) Setiap warganegara perlu patuh kpd undang-undang kerajan negeri

    dan peruntukan kerajaan Persekutuan

    d) Pembahagian kuasa tiga badan persekutuan

    e) Penegasan perlembagaan

    f) Badan kehakiman yg bebas

    Jadual Kesembilan mengandungi pembahagian kuasa di bawah

    Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    25/56

    Raja Berperlembagaan

    Kuasa Yang Dipertuan Agong (YDPA)

    Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan raja yang tidakmempunyai kuasa mutlak, tetapi hanya bertindak berlandaskanPerlembagaan Persekutuan.

    Berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan parlimen.

    Memperkenankan rang undang2 yang dibuat dalam DewanParlimen.

    Kuasa melantik hakim, menangguh, memberi keampunan dan

    meringankan hukuman kpd pesalah YDPA pemerintah tertinggi angkatan tentera.

    Ketua Agama Islam Persekutuan Malaysia

    Ketua Negeri

    Sebagai negara persekutuan yg mengamalkan pengagihan kuasakpd negeri

    Kuasa pentadbiran negeri dipegang oleh Sultan/Raja

    Bagi Sabah,Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka Yang DipertuaNegeri

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    26/56

    Baginda mendapat nasihat Ketua Menteri atau Menteri Besar serta

    Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) di Semenanjung, Kabinet

    Menteri (Sabah) dan Majlis Tertinggi (Sarawak).

    Tugas sultan/raja memanggil, menangguh dan membubarkan DUN

    Berkuasa menanguh, meringan dan memberi keampunan kpd

    pesalah negerinya.

    Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu dinegeri masing2.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    27/56

    Demokrasi Berparlimen

    Istilah demokrasi dari perkataan Greek. Demos bermaksud rakyatdan kratos pemerintahan .

    Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejakmerdeka.

    Pemilihan pemimpin dibuat melalui pilihanraya setiap lima tahun.

    Dikendalikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya)Prinsip Utama Sistem Demokrasi Berparlimen

    Pilihanraya

    Sistem Parlimen

    Kebebasan Asasi

    Pemerintahan berwakil PersamaanCorak pemerintahan

    Iktiraf kebebasan minoriti

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    28/56

    Sistem Parlimen

    Latarbelakang Parlimen

    Parlimen wujud drpd asas Majlis Persekutuan 1909 bagi NNMB.

    Selepas Perang Dunia Kedua, dibubarkan dan digantikan dgn

    Malayan Union 1946.

    !948, wujud Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-raja

    Melayu, Dan 1 Februari 1951, Sistem Ahli (Member System) pula

    diperkenalkan.

    Julai 1955, pilihanraya Tanah Melayu diadakan untuk membentuk

    parlimen.

    Struktur dan Keanggotaan Parlimen

    Parlimen terkandung dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Parlimen lambang demokrasi berparlimen.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    29/56

    Struktur Parlimen Malaysia

    B

    adanP

    erundangan

    YDPA

    Parlimen

    Dewan

    Negara

    Dewan

    Rakyat

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    30/56

    Dewan Negara

    Dewan Negara ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-undang dengan lebih teliti berbanding Dewan Rakyat.

    Ahli Dewan Negara

    Keahlian Cara Lantikan Bilangan Ahli

    2 orang wakil dari 13

    negeri

    Dipilih dari DUN 26

    2 orang dari W.PKL Dilantik oleh YDPA 2

    1 orang wakil dari W. P

    Putrajaya

    Dilantik oleh YDPA 1

    1 orang wakil dari

    W.PLabuan

    Dilantik oleh YDPA 1

    Orang yang beri

    sumbangan pada negara

    Dilantik oleh YDPA 40

    Jumlah 70

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    31/56

    Dikenali sebagai Senator

    Tempoh perkhidmatan 3 tahun

    Tidak boleh memegang jawatan lebih dari 2 penggal. Kelayakan umur 30 tahun ke atas.

    Dewan Rakyat

    Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-undang.

    Fungsi Dewan Rakyat :

    a) Meluluskan undang-unadangb) Menentukan belanjawan negara

    c) Mengawasi perjalanan kerajaan

    Keanggotaan Dewan Rakyat:

    a) umur 21 tahun ke atas

    b) Tempoh perkhidmatan 5 tahun

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    32/56

    Ahli Dewan Rakyat akan hilang kelayakan dengan syarat berikut :

    a) seorang yang tidak sempurna akal

    b) muflis yg belum dibebaskan

    c) pegang jawatan bergaji dan berfaedah- sepenuh masa

    (perkhidmatan awam)

    d) tidak hadir 6 bulan berturut2 tanpa keizinan

    e) gagal hantar penyata perbelanjaan pilihanraya

    f) disabitkan dgn kesalahan jenayah mana2 mahkamah dan

    hukuman tidak kurang dari 1 tahun/ denda tidak kurang

    RM2000/tidak dapat pengampunan.

    g) perolehi kewarganegaraan asing secara sukarela.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    33/56

    Empat Rang Undang-undang Parlimen

    Jenis Rang Undang-undang Pembentangan

    Rang Undang-undang Awam Dibentang oleh menteri yg

    mewakili kerajaan dan

    melibatkan kepentingan awam

    Rang Undang-undangPersendirian

    Melibatkan pertubuhan,persatuan, perbadanan atau

    orang tertentu

    Rang undang-undang Ahli

    Persendirian

    Dibentang oleh ahli2 Parlimen

    drpd parti pembangkang

    Rang Undang-undang Hibrid Dibentangkan oleh ahli2Parlimen

    (pemerintah/pembangkang)

    kepentingan tertentu.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    34/56

    Peruntukan Istimewa Perlembagaan

    Bahasa Melayu

    Raja-raja Melayu Agama Islam

    Kewarnegaraan

    Hak Istimewa Orang Melayu

    Dan Bumiputera

    Hak Asasi

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    35/56

    Peruntukan Istimewa Perlembagaan

    Bahasa Melayu

    Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) sejakabad ke 15 dari Kesultanan Melayu Melaka.

    Bahasa Melayu termaktub dalam perkara 152 perlembagaanPersekutuan Malaysia memperuntukan bahasa Melayu mestilahdigunakan untuk maksud-maksud rasmi.

    Dewan Bahasa dan Pustaka 1957 ditubuh untuk:

    a) memajukan bidang kesusateraan melalui Bahasa Kebangsaan

    b) mencetak dan menerbitkan buku dan risalah dalam BahasaKebangsaan dan bahasa lain

    c) menyelaraskan ejaan dan bunyi sebutan Bahasa Kebangsaan

    d) menggubal istilah yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan

    e) menterjemah buku-buku asing ke dalam Bahasa Kebangsaan

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    36/56

    Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan

    rasmi

    Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri bolehmenggunakan bahasa Inggeris di dalam Dewan dengan kebenaran

    Yang Di Pertua Dewan

    Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan

    menggunakan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka

    1970 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi mercukejayaan dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai

    bahasa rasmi negara

    1982 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    37/56

    Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu

    Bermula dengan Majlis Raja-raja Melayu pada 1 Julai 1896. Mesyuarat Durbar pertama 13 17 Julai 1897 di Kuala Kangsar.

    PTM 1948, keahlian ditambah dengan kemasukan NNMTB

    Fungsi Utama Majlis Raja-raja

    a) Memilih YDPA dan Tim YDPA

    b) Mempersetujui atau tidak apa-apa perbuatan, amalan atau

    upacara agama.

    c) mempersetujui atau tidak apa2 undang2 dan beri nasihat

    mengenai apa2 perlantikan menurut perlembagaan.

    d) melantik anggota2M

    ahkamahK

    has, Fasal (1)P

    erkara 182.e) Memberi keampunan

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    38/56

    Semua raja dan Yang Dipertua Negeri secara automatik menjadi

    ahli MRR.

    Yang Dipertua Negeri tidak boleh menjadi ahli untuk pemilihanYDPA dan Tim YDPA , melucutkan jawatan YDPA dan bincang

    berkenaan keistimewaan raja-raja.

    Seri Paduka Baginda YDPA bukanlah ahli majlis Raja2 Baginda

    berangkat hadir pada hari kedua sebagai Ketua Negara Malaysia

    dan diiringi oleh PM sbg Penasihat baginda. Pengerusi semua 9 raja Melayu secara bergilir-gilir.

    Mesyuarat diadakan 3 atau 4 kali setahun.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    39/56

    Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan

    Agama Islam sudah lama bertapak Di TM sejak abad ke-13 melalui

    penemuan Batu Bersurat Terengganu (1192 M) dan ZamanKesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

    Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia

    memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi

    Persekutuan tetapi memberi kebebasan beragama kepada

    kaum lain mengamalkan agama masing2. Raja/sultan sebagai ketua agama bagi negeri masing2. YDPA bagi

    ketua Agama bagi negeri2 yang tidak mempunyai raja/sultan.

    Bidang Tugas Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam

    Menasihati apa2 perkara yang diajukan oleh MRR, kerajaan negeri

    dan Majlis Agama Negeri dalam perkara hukum syarak, pendidikanIslam.

    Mengikut perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam

    terletak dalam senarai negeri.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    40/56

    Kewarnegaraan

    Melalui bahagian 3. Perkara 14 hingga 28 perlembagaan

    Kewarnegaraan diperolehi melalui :

    a) secara kuatkuasa undang2

    b) secara pendaftaran/permohonan

    c) secara masukan/ naturalisasi

    d) secara cantuman wilayah Contoh secara kuatkuasa undang-undang

    a) Terdapat dua golongan perolehi kewarnegaraan

    i) individu lahir sebelum hari Malaysia (automatik)

    ii) individu yang lahir pada atau selepas hari Malaysia

    Rujuk m/s 181 -183

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    41/56

    Hak Istimewa Orang Melayu , Bumiputera dan Hak Kaum Lain

    Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk hak istimewa orang

    Melayu Antara keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera :

    Perkhidmatan

    Awam

    Ekonomi Pendidikan

    Perkara

    Hak Istimewa

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    42/56

    Perkhidmatan Awam Perkara 153 memperuntukkan tanggungjawab kpd YDPA atas

    nasihat Jemaah Menteri untuk tentukan perizaban (reserve) bagi orgMelayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orangMelayu ditakrifkan sbg :

    i) seorang yang beragama Islam

    ii) bertutur bahasa Melayu

    iii) amal adat istiadat Melayu

    iv) lahir sblm merdeka atau pada hari merdeka di persekutuanMalaysia dan Singapura

    Pada zaman penjajahan British, orang Melayu kurang menjawatjawatan kerajaan. Kebanyakan org Melayu dan bumiputera Sabah

    dan Sarawak menjadi petani dan nelayan di luar bandar Melalui perlembagaan bilangan org Melayu dan Bumiputera

    Sabah/Sarawak diberi keutamaan jawatan pentadbiran dalam sektorkerajaan.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    43/56

    Ekonomi

    Pengeluaran lesen dan permit bagi urusan perniagaan dan

    perdagangan bagi orang Melayu Untuk menolong orang Melayu terbabit dalam bidang perdagangan

    dan perindustrian dalam sektor ekonomi.

    Usaha kerjaan melalui DasarEkonomi Baru (DEB)

    Pendidikan

    Fasal 22 Perkara 153, YDPA bertanggungjawab melindungi

    keistimewaan dalam pemberian biasiswa, bantuan, kemudahan

    pelajaran oleh kerajaan Persekutuan.

    Sistem kuota kemasukan pelajarBumiputera ke IPTA lebih

    banyak dari bukan Bumiputera

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    44/56

    Hak Asasi

    Termaktub dalam Perkara 5 - 13 Perlembagan Malaysia.

    Malaysia bergiat aktif dalam Suruhanjaya hak Asasi ManusiaPertubuhna Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR).

    Kerjaan telah menubuhkan SUHAKAM (Suruhanjaya Kebangsaan

    Hak Asasi Manusia)

    Fungsi SUHAKAM :

    Memupuk kesedaran dan sediakan pendidikan yang berhubungdgn hak asasi manusia

    Menasihati dan membantu kerajaan dlm merumuskan

    perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran

    Syorkan kpd kerajaan berkenaan penyertaan perjanjian dan

    surat cara antarabangsa hak asasi manusia Menyiasat aduan berkenaan hak pelanggaran hak asasi

    manusia

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    45/56

    Antara Hak Asasi dalam Bahagian 11,

    Perlembagaan Persekutuan Menjamin kebebasan Asasi

    Artikel Perkara

    Artikel 5 Hak kepada Kehidupan

    Hak kepada Kebebasan Peribadi

    Artikel 6 Larangan terhadap perhambaan dan bekerja

    secara paksaan

    Artikel 10 Kebebasan bersuara, berkumpul dan

    berpersatuan

    Artikel 11 Kebebasan beragama

    Artikel 12 Hak PendidikanArtikel 13 Hak Memiliki Harta

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    46/56

    Proses Pilihanraya Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan yang berasaskan

    amalan demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen ialah satusistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melaluipilihanraya dan bertanggungjawab kpd rakyat.

    Sejarah Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pertamabermula pada 27 Julai 1955. Antara parti yang menyertaipilihanraya:

    a) Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) 52 calonb) Parti Negara 33 calon

    c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) - 11 calon

    Sekiranya YDPA membubarkan parlimen, pilihanraya mestidiadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen danDewan Undangan Negeri bagi Semenanjung Malaysia. Bagi Sabahdan Sarawak 90 hari

    Pilihanraya Umum diadakan memilih wakil parlimen (persekutuan)dan wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kerajaan negeri.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    47/56

    Fungsi Pilihan raya

    1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi

    2. Mengekalkan pucuk pimpinan3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan

    4. Menguatkan kestabilan dan legitimacydalam satu organisasi dan

    komuniti politik.

    Badan pentadbirPilihanraya

    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertanggungjawab mentadbir danmenguruskan perjalanan pilihanraya di Malaysia.

    Ditubuhkan pada 4 September 1957.

    Keahlian SPR

    - anggota 5 orang iaitu pengerusi, seorang tim pengerusi, tiga

    ahli yang dilantik oleh YDPA setelah berunding dgn MRR(berkhidmat sehingga 65 tahun)

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    48/56

    Syarat-syarat ahli SPR

    a) seseorang yang tidak muflis

    b) mesti berumur kurang drpd 65 tahunc) tidak memegang jawatan beragji

    d) bkn ahli mana2 parti politik / wakil Dewan Parlimen

    Fungsi SPR

    a) Mengkaji dan membuat persempadanan kawasan pilihanraya

    b) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar

    pemilih

    c) Menjalankan pilihanraya umum dan kecil

    d) Mendaftarkan calon yang bertanding dan pastikan calon

    memenuhi kriteria dan kelayakn yang diperlukan.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    49/56

    Proses Pilihan Raya di Malaysia

    Sistem Pilihan raya

    - sejak 1957, Malaysia mengeklakan sistem politik pelbagai partipolitik dari Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri). Sistem

    yang digunakan di Malaysia ialah berasaskan First - Past - The

    Post - System .

    Undang-undang dan Peraturan Pilihanraya

    - Mengikut prosedur undang dan peraturan berdasarkan

    Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan

    Raya, 1958 (Akta 19).

    Elemen penting pilihan raya :

    Bahagian Pilihan Raya

    Pendaftaran Pemilih Kelayakan Calon Proses Pilihan raya

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    50/56

    ALIRANPROSESPILIHANRAYA DIMALAYSIA

    SPR menetapkan

    tarikh penamaan

    calon dan mengundi

    Penamaan calon Siapkan manifesto

    Kempen

    pilihan raya

    SPR maklumkan

    tempat mengundidan mengira undi

    1. Tempat mengundi

    2. Diberi kertas undi3. Memangkah calon

    yg dipilih

    4. Kertas undi

    dimasukan ke dlm

    peti undi

    Tempat mengira

    undiPengumuman

    keputusan pilihanraya

    oleh pegawai SPR

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    51/56

    Kawasan Pilihan Raya

    Kawasan pilihan aray dibagaikan kepada dua kategori iaitu :

    a) Parlimen (dewan rakyat)b) Dewan Undangan Negeri (DUN)

    Pilihanraya pertama 1955 dan terkini 2004. Jumlah kerusi parlimensekarang berjumlah 219 (parlimen) dan 561 (DUN).

    Pilihanraya DUN bagi Sabah dan Sarawak berasingan denganpilihan raya umum

    Pendaftaran Pemilih

    Pemilih mestilah mendaftar dgn SPR sebelum mengundi bagiDewan Rakyat atau DUN

    Syarat layak :

    a) warganegara Malaysia

    b) berumur 21 tahun ke atas

    c) penduduk di mana-mana bhgn pilihanraya

    d) tidak hilang kelayakan

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    52/56

    - Ditahan kerana tidak siuman/ jalani hukuman penjara

    - Didapati bersalah dan dihukum mati/ penjara utk tempoh > 12

    bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan

    - Bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    - Perolehi kerakyatan asing.

    Kelayakan Calon

    1. Seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya mestilah :

    - warganegara 21 tahun ke atas- bermastautin secara tetap dalam sesuatu kwsn pilihanraya dan

    mendaftar dalam daftar pengundi

    - sempurna akal dan tidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah

    - tidak memegang jawatan yg berpendapatan dalam

    perkhidmatan awam- dihukum penjara tidak kurang drpd 12 bulan atau denda tidak

    kurang drpd RM2000 dan belum dpt pengampunan

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    53/56

    Proses dan Prosedur Calon Bertanding :

    Kertas penamaan calon diserah antara jam 9pg hingga 11pg

    Wang pertaruhan sebanyak RM10,000 (Parlimen ) dan RM5,000(DUN)

    Wang pertaruhan akan hilang jika gagal dapat 1/8 daripada jumlah

    undi

    Calon boleh guna simbol parti masing2 dan calon bebas guna

    simbol yang disediakan oleh SPR.Kaedah Berkempen

    Melalui penyebaran risalah, surat, pelekat, poster dan ceramah

    Keluar manifesto.

    Bentuk kempen hendaklah ditamatkan sebelum jam 12.00 thg

    malam

    Seseorang calon dibenarkan belanja sejumlah wang utk tujuan

    berkempen RM50,000 (Parlimen) dan RM30,000(DUN)

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    54/56

    Pengundian

    Masa mengundi antara jam 8.00 pg hingga 5.30 ptg pada hari yang

    sama. Bagi kawasan pendalaman Sabah dan Sarawakdiadakan dua

    hari.

    Beberapa org tertentu sahaja yang dibenarkan berada ditempat

    mengundi :

    a) pemilih yang tercatat dlm daftar pemilih

    b) ketua dan kakitangan tempat mengundi

    c) calon dan wakil calon

    d) Ejen calon yang bertanding

    e) Petugas yang mendapat kebenaran dari SPR

    Bagi pilihanraya Parlimen dan DUN diadakan serentak dua kertas

    undi disediakan. Peti undi berasingan Parlimen dan DUN.

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    55/56

    Pengiraan Undi

    Kiraan undi dilakukan di tempat mengundi dan undi pos tempat ygditetapkan oleh Pegawai Pengurus SPR

    Ahli yang dibenarkan berada ditempat mengira undi :a) ahli dan pegawai SPR

    b) Pegawai yang dilantik oleh SPR

    c) kerani mengira undi

    d) calon, wakil calon dan ejen

    Keputusan Pilihan raya

    Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus kawasan pilihanraya.

    Segala ketidakpuasan keputusan pilihan raya boleh dikemukakanpetisyen ke mahkamah tinggi dlm masa 21 hari dengan alasan :

    a) berlaku penyogokan/ menyalahi undang2

    b) tidak patuhi undang2 dan peraturan p/rayac) calon atau wakil hilang kelayakan

    d) berlaku penipuan atau ugutan

  • 8/3/2019 Bab 7 an dip

    56/56

    Jika Mahkamah mendapati p/raya tidak sah maka SPR akan

    mengadakan satu p/raya baru

    Penyata perbelanjaan p/raya perlu diserahkan kpd Pegawai P/rayaNegeri dlm tempoh 31 hari selepas keputusan p/raya diwartakan.