bab 4 zmn penjajahan (dip)

Upload: abu-zuhaily

Post on 14-Jul-2015

1.944 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 4 ZAMAN PENJAJAHAN

PENGENALAN Kolonialisme - dasar /amalan sesebuah negara meluaskan pengguasaannya ke atas sesebuah negara lain. Imperialisme - dasar/tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara2 lain. Nasionalisme pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kekuasaan asing. Latar Belakang Penjajahan Negara telah dijajah oleh beberapa buah kuasa barat dan timur iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Negara dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957.

Portugis (1511-1641) b) Belanda (1641-1824) c) Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957) d) Jepun (1941-1945)a)

Sebab apa mereka datang : Ekonomi (rempah-ratus, bijih timah dan emas) Agama (sebarkan agama kristian). Kesimpulan, Tanah Melayu mempunyai pengalaman penjajahan oleh empat kuasa tersebut. British membawa pengaruh yang besar dalam sosiobudaya, ekonomi dan politik di TM.

Kedatangan kuasa barat

Portugis

Menguasai Melaka pada tahun 1511sehingga 1641(130 tahun) Tidaklah menakluk dan menjajahi keseluruhan empayar Melaka. Hanya dapat menakluk dan menduduki Bandar dan pelabuhan Melaka. tidak berupaya menakluki dan menduduki negeri-negeri lain kerana jumlah askarnya yang tidak mencukupi. Juga tidak berminat berbuat demikian kerana ia telah memenuhi salah satu tujuan utamanya datang ke timur iaitu untuk menakluk dan menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang sangat penting pada ketika itu. Portugis masih lagi menghadapi serangan dan tentangan dari Sultan Mahmud. Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis, Aceh dan Johor utk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.

Matlamat EkonomiMencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan di kawasan timur.

mengembangkan agama Kristian Kesan penjajahan membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu Riau memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan di Melaka agama kristian cuba di sebarkan Kesan peninggalan seni bina, Portuguese music and community Kelahiran masyarakat serani antara orang portugis dengan penduduk tempatan Pengenalan tulisan rumi Perkataan bhs portugis- jendela, almari, garpu

Belanda

Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara Belanda dan Kerajaan Johor. Abad ke 17, Belanda menumpukan perhatian kepada pelabuhan di Jawa. Menyedari tentang kehendak dan kelebihan persatuan, mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (United East India Company) pada tahun 1602 1619 Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Jakarta (Batavia). Bagi membolot perniagaan di Gugusan Melayu, mereka perlu menguasai Melaka yang menjadi tempat strategik. Penjajahan Belanda dengan tujuan : untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu, di samping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negerinegeri Melayu Percubaan Belanda untuk menguasai Melaka pada tahun 1606, 1608 dan antara tahun 1623 -1627, tapi telah gagal, walaupun mereka mendapat bantuan daripada kerajaan Johor

Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor. Belanda bersaing dengan British untuk menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (perjanjian London) pada tahun 1824.

Pertengahan 1640, Belanda bersatu dengan Johor menyerang Melaka, dan hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam bulan berperang. Januari 1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai Melaka. Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di Kepulauan Melayu. Betawi pusat perdagangan Melaka pengkalan untuk mengawal negeri-negeri TM yang kaya dengan timah. Sebab itu, tidak bersungguh untuk kuasai negeri lain. Cara meluaskan perdagangan Membuat perjanjian berdagang dan biasanya berat sebelah iaitu menguntungkan Belanda sahaja. 1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda. Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis.

Inggeris Pada

awal abad ke-17, muncul pedagang British di Kepulauan Melayu British mula campurtangan di TM bermula 11 ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. 16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Ing-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu Inggeris berjaya menguasai Pulau pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung.

Faktor-faktor Campurtangan Inggeris Faktor ekonomi Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah British mempunyai industri timah yang sederhana, tak mampu utk bekalkan akibat pertambahan permintaan Melihat Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama utk penuhi permintaan. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama Faktor keadaan anarki Masalah perang saudara antara pembesar Selangor(1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahdi. Perak Pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin Kegiatan pelanunan

Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing. Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dgn NNM

Perjanjian Inggeris Belanda Timbulkan kemarahan di pihak Belanda lebih-lebih lagi apabila Singapura menjadi pelabuhan yang maju. Dapat diselesaikan apabila termeterai perjanjian antara British dengan Belanda pada 17 Mac 1824. Belanda mengakui kehadiran British di Singapura dan menarik balik tuntutannya ke atas Belanda. Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya konflik lagi, kedua-dua pihak bersetuju membahagikan wilayah; Selat Melaka telah dibahagi dua Selatan dan Barat berada di bawah Belanda Utara dan Timur berada di bawah British Singapura diakui wilayah British Melaka ditukar suka sama suka dengan Bangkahulu (di pulau Sumatera) Kesan penting kepada Perjanjian Ing-Belanda: Kepulauan Melayu terbahagi kpd dua pengaruh Ingeris dan Belanda Perpecahan empayar Johor Riau. Persaingan antara British dan Belanda bertambah sengit

Campurtangan di Perak Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan drpd : a) perebutan takhta kerajaan Perak - pertelingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah. b) pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (Perang Larut) Penyelesaian Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. (J.W.W Birch) Campurtangan di Selangor Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun diperairan Selangor. Jun 1871, kapal saudagar cina dirompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi. British ambilalih Selangor dan J.G. Davidson sbg residen pertama.

Campurtangan di Sg.Ujong dan Negeri Sembilan Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar kuasa kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong. Semua daerah di N9 jatuh ke tangan British dan akhirnya terima residen pada tahun 1889- Martin Lister. Campurtangan di Pahang Pertikaian sandara antara Bendahara Wan Ahmad dgn Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.

Sistem Residen Bermula di Perak kemudian di Sengor, Negeri Sembilan Dan Pahang. Melalui Sistem Residen, British boleh berkuasa terhadap NNM dalam semu aspek politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial. Matlamat Sistem Residen : 1. keamanan melalui undang-undang 2. sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur 3. ekonomi eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah Kesan-kesan sistem Residen Pembangunan ekonomi Negeri - perusahaan bijih timah, getah, kopi - kemasukan buruh Cina dan India - sumber ekonomi dimonopoli oleh British

Perubahan Politik - Sultan berkuasa pada agama Islam dan adat-istiadat - Perubahan sistem pentadbiran Residen berkuasa Perkembangan Sosial - infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya.

Negeri-negeri Selat (NNS) Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai oleh gabenor Robert Fullerton (pertama) 1 april 1867 Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1895, melalui Perjanjian Persekutuan British tubuhkan NNMB. empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang. 1 Julai 1896 berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham. Faktor penubuhan NNMB a) Masalah kewangan di Pahang b) Kelemahan sistem residen c) Mengurangkan belanja untuk pentadbiran

Kesan penubuhan NNMB British tubuhkan bbrp jabatan jabatan kerja raya. Kemerosotan kuasa raja dan pembesar Kuasa beralih kpd Residen Jeneral Sistem pentadbiran tersusun Majlis Mesyuarat Persekutuan Timbul rasa tidak puashati di kalangan raja. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok. Empat negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor pada tahun 1914 terima Penasihat British.

NNS NNMB NNMTB

Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-1941)

Pengagihan kuasa pusat (dasar dentralisasi) diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Faktor-faktor Disentralisai diperkenalkan oleh British : a) Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan. b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS) c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran d) Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya Tinggi (pentadbiran) Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di Tanah Melayu

Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan InggerisSistem Sistem Residen Negeri-negeri Selat (NNS) Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) Tahun Pengenalan Negeri-negeri Terbabit 1874-1889 1826 1896 Perak, Selangor, Pahang, N.Sembilan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka Perak, Selangor, N.Sembilan, Pahang Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor Semua negeri di Tanah Melayu

Negeri-negeri Melayu 1909-1919 Tidak Bersekutu(NNMTB) Disentralisasi 1920-an

Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Penjajahan British Penentangan Di Naning (1831-1832) Naning merupakan sebahagian drpd Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 drpd hasil ekonomi kpd British. Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pd bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka. Feb 1834 Dol Said menyerah diri. Penentangan Di Selangor Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dgn Raja Abdullah. 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi. Walau pun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan

Penentangan di Perak Sebab penentangan British di Perak : a) British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu. b) Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kpd kerajaan British 1875. c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch: - hapus sistem perhambaan - beri perlindungan kpd hamba - campurtangan dlm adat resam org Melayu d) Sikap peribadi Birch - buat pembaharuan secara tergesa-gesa - tidak boleh berbahasa Melayu Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum tentang British dan bunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Penentangan di Pahang Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sbg Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret. British memperkenalkan sistem lesen dan permit- pungut hasil hutan,cukai tanah dan sistem kerah. Pembesar Melayu kehilangan kuasa dan mata pencarian lalu bangun tentang British. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan Pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling. Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

Penentangan di Kelantan Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kpd British dan James Scott Mason penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut). Punca penentangan : a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram b) Sistem Tanah Baru 1915 c) Pengenalan cukai hasil pertanian d) Sikap pegawai British - Sikap Peg Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

Penentangan Di Terengganu Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj Abd Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sbg Pemberontakan Tani pada 1928. Faktor pemberontakan Tani : a) Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala. b) perkenalkan sistem pendidikan Barat c) perkenalkan pas kebenaran untuk buuka tanah, bercucuk tanam dan pungut hasil hutan. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

Penentangan Di Sarawak Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke. Beberapa pemberontakan: Rentap - 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi org peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke - Alan Lee. - 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok. Banting - ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan - 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.

Sharif Masahor - Penentangan berpunca drpd tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kwsn Sg. Rejang. - Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg. Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi. Asun - Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920 orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. - 1932, asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Penentangan di Sabah Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu : a) pemberontrakan Mat Saleh - Berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. - siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada 1900. b) Kebangkitan Rundum - diketuai oleh Antanum pada 1915. - faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan. - Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Gambar Tokoh Pejuang Mat Kilau

Mat Saleh

Dato Maharaja Lela

Dato Bahaman

Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat AwalDaerah/ Negeri Naning Perak Pahang Kelantan Terengganu Sarawak Sabah Dol Said Dato Maharaja Lela, Dato Sagor Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah Tok Janggut Abd Rahman Limbong Sharif Masahor, Rentap, Banting, Asun, Datuk Patinggi Abdul Ghapur Mat Saleh, Antanum Tokoh Pejuang

JepunPengenalan 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun pada 15 Feb 1942. Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu : a) Pihak British kurang bersedia b) Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India c) Serangan melalui jalan laut. - tidak menggunakan jalan udara. Dua buah kapal British tenggelam Prince of Wales dan Repulse. d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap e) Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin

Pentadbiran Jepun Bercirikan ketenteraan. Antara ciri pentadbiran ketenteraan Jepun: a) Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan b) Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun c) Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri drpd Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan negara Thai Ogos 1943. e) Tubuh pasukan perisik tentera Tekkikan, Kempeitai dan Toko. Kesan-kesan Pendudukan Jepun Kesan Sosial Penindasan terhadap org Cina Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan negara Thai dan Burma

Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan makanan tidak berzat Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Org Cina diberi layanan buruk dan berbaik-bauk dengan org Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara kaum. Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa JepunNippon-go dan lagu Kamigayo. Kesan Ekonomi Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoran British telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang. Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras. Makanan beras diganti dengan ubi kayu. Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi tidak bernilai. Masalah inflasi berlaku

Kesan Politik Beri kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna propaganda Asia untuk orang Asia Org Melayu mendapat peluang pentadbiran Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar oleh tentera Jepun Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis Malaya (PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS) Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah Melayu.

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 setelah kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T Melayu dan mencetuskan huru-hara. British isytihar darurat dan tubuhkan ranc. Briggs dan Templer untuk memulihkan semula keadaan darurat. Pesuruhjaya Tinggi T Melayu isytiharkan darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948. Sir Gerald Templer perkenalkan sistem pembahagian wilayah kawasan putih dan kawasan hitam, sistem kad pengenalan, kampung baru untuk menyekat pengaruh komunis melalui rancangan Briggs. Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.