bab 6 tekanan udara

Upload: boyd-junior

Post on 10-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

BAB 6 : TEKANAN UDARA

Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawamolekul gasadalah sentiasa bergerak bebas(moving freely) dan sentiasaberlanggar(colliding) terhadapdinding bekasnya (container).Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut.

Daya ini dipanggiltekanan udara(air pressure).Menurut saintis, tekanan udara adalahdaya per unit luas kawasan(force per unit area), yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul udara terhadap dinding bekasnya.Tekanan udara meningkat jikakekerapan perlanggaranantara molekul gas dan dinding bekasnya meningkat.Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekananEksperimen 11. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad.3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari gelas.5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut.Eksperimen 2

1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih.2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut.3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin tersebut.4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap / terkondensasi (condenses) menjadi air.5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan udara di luar tin.6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi kemek (dented).Eksperimen 3

1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang keatas.4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan UdaraTekanan udara bergantung kepada dua faktor utama, iaitu1. Isipadu gas.Jika bilangan molekul per unit isipadu (volume) gas adalah lebih besar, kekerapan perlanggaran (collision) molekul gas terhadap dinding bekas jugameningkat. Oleh itu, tekanan udara juga akan meningkat.2. Suhu gas.Pada suhu (temperature) tinggi, molekul gas bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi. Hasilnya, kekerapan perlanggaran molekul gas terhadap dinding bekasnyajuga meningkat.Tekanan udarayang disebabkan olehatmosfera (lapisan udara yang mengelilingi Bumi)dipanggiltekanan atmosfera(atmospheric pressure).Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface area) sesuatu objek. Ia bergantung padaketinggian objek tersebut dari paras laut(sea level).Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis), maka tekanan atmosfera adalah lebih rendah.Barometeradalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.