tekanan udara dan edaran umum atmosfera

38
TEKANAN UDARA DAN EDARAN UMUM ATMOSFERA

Upload: haralhaj

Post on 19-Jun-2015

1.776 views

Category:

Education


20 download

DESCRIPTION

Geografi STPM Penggal 2, Bahagian A

TRANSCRIPT

Page 1: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

TEKANAN UDARA DAN EDARAN UMUM ATMOSFERA

Page 2: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Konsep Tekanan Udara

Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadap kawasan dibawahnya.

Udara tertakluk kepada hukum gas Daya dan tekanan berubah mengikut ketinggian.

Tekanan udara mempunyai kaitan dengan taburan tenaga dan kelembapan.

Terdapat hubungan songsang antara suhu dengan tekanan udara.

Tekanan udara juga mempunyai perkaitan dengan pembentukan angin.

Page 3: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Taburan Tekanan Udara Global

Faktor

yang mempeng

a-ruhi

Taburan

daratan dan lautan

Taburan suhu globalLatitud

Kaedah

• Menggunakan peta garisan setekanan udara (isobar)

• Isobar ialah garisan yang dilukis di atas peta cuaca yang menghubungkan nilai-nilai tekanan udara yang sama di sesuatu kawasan.

• Isobar menggunakan unit milibar (mb).• Jarak antara isobar menunjukkan nilai daya

cerun tekanan.

Page 4: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Pusat Tekanan Udara Global

Pusat tekanan udara hemisfera utara

• Dipengaruhi oleh daratan yang luas.• Musim sejuk (Jan)

• Tekanan tinggi Asia Tengah (Siberia), Timur Laut Pasifik (Luar Pantai California) dan Timur Laut Atlantik (Luar Pantai Sepanyol)• Tekanan rendah Laut Pasifik Utara, Selatan Greenland.

Pusat tekanan udara hemisfera selatan

• Dipengaruhi oleh lautan• Musim sejuk (Julai) – Tekanan Udara Tinggi Timur Afrika Selatan, Australia Tengah, Lautan Pasifik Selatan dan Pantai Timur Amerika Selatan.• Musim panas (Jan) – Tekanan Udara Rendah Pantai Barat Afrika, Australia Utara dan bahagian tengah Amerika Selatan.

Kesimpulan

• Pusat tekanan udara tinggi di kedua-dua hemisfera (sekitar 30oU dan 30oS)• Pusat tekanan udara rendah di kawasan berhampiran khatulistiwa (doldrum)

Page 5: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin

Daya Cerun Tekanan

• Wujud hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah

• Mempunyai komponen menegak dan mendatar.• Komponen menegak

• Nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambah tinggi• Komponen mendatar

• Berbeza mengikut taburan tenaga suria di permukaan bumi mengikut latitud.• Perbezaan kadar tiupan angin amat bergantung kepada cerun tekanan.

Page 6: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin

Daya kariolis

• Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya.• Hukum Ferrel

• Sebarang benda atau bendalir yang bergerak secara mendatar di Hemisfera Utara cenderung menjadi terpesong ke kanan dari arah pergerakannya. Di Hemisfera Selatan pula, pesongan yang sama adalah ke kiri dari arah pergerakannya.

• Nilai daya kariolis – Bernilai 0 di Khatulistiwa dan bertambah besar ke arah kutub.

Page 7: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin

Daya putaran memusat

• Merujuk kepada suatu badan yang bergerak dalam bentuk pengaliran berliku yang diiringi oleh satu daya tarikan ke arah pusat putaran keluar atau masuk

• Mempengaruhi pergerakan angin secara putaran.• Membentuk pelbagai jenis siklon seperti siklon tropika, tornado, siklon sederhana dunia dan

antisiklon.

Page 8: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin

Daya geseran

• Daya yang terhasil kesan daripada pergeseran angin dengan permukaan bumi.• Bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah daya cerun tekanan.• Bergantung kepada kadar kekasaran permukaan dan ketinggian angin.

Page 9: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Edaran Umum Atmosfera

Proses pergangkutan haba oleh angin antara kawasan tropika (latitud rendah) ke kawasan kutub (latitud tinggi).• Kawasan tropika – penerimaan tenaga tinggi, tekanan

udara rendah.• Kawasan kutub – penerimaan tenaga rendah, tekanan

udara tinggiBerlaku kerana perbezaan penerimaan tenaga dan tekanan udara antara;-

Berlaku di fasa lautan dan fasa daratan

Pemidahan tenaga dalam bentuk haba rasa dan haba pendam dalam wap air

Udara panas (tropika) mengalir pada aras tinggi ke kutub.

Udara dingin (kutub) mengalir pada aras permukaan.

Page 10: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Edaran Umum Atmosfera

jurry/ag1133/0708k7

10

Page 11: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Edaran Umum Atmosfera

Edaran udara atmosfera komplek daya kariolis yang membiaskan pergerakan angin (Hukum Ferrel)• Angin timuran tropika• Angin baratan• Angin timuran kutub

Pembiasan angin akan membentuk 3 sistem angin dunia.

• Sel kutub• Gelombang sederhana dunia• Sel Hadley

Tiga unit utama pola edara umum atmosfera

Page 12: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Sistem Angin Dunia

Angin timuran tropika

• Bersifat tetap dari segi arah• Zon pergaruh – 5o hingga 30oU/S• Bertiup dari kawasan sejuk ke kawasan panas.• Terbias ke timur akibat pengaruh daya kariolis.• Kesan

• pantai timur benua menerima hujan lebat• Pantai barat benua panas dan bergurun

Terbentuk kesan taburan udara yang berbeza di permukaan bumi.

Empat sistem yang utama

Page 13: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Sistem Angin Dunia

Angin baratan

• Zon pengaruh – 35o hingga 60oU/S • Angin baratan di Hemisfera Utara, halajunya berubah-ubah kerana banyak halangan

kerana banyak daratan.• Angin baratan di Hemisfera Selatan, halajunya lebih tetap kerana banyak melalui daratan.• Mempercepatkan proses penerbangan di hemisfera selatan.

Angin timuran kutub

• Zon pengaruh – lebih 60oU/S• Arah tiupannya tidak jelas kerana datang dari kutub.• Merupakan angin sejuk dan berat.

Page 14: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Sistem Angin Dunia

Angin Monsun

• Pola angin maksimum yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudiannya ia hilang untuk satu tempoh masa singkat (biasanya sebulan), angin ini bertiup kembali dalam arah bertentangan untuk tempoh beberapa bulan lagi yang tinggal dalam satu tahun.

• Perubahan arah tiupan angin dipengaruhi oleh:-• Liputan perubahan suhu mengikut garisan

lintang.• Perubahan suhu mengikut musim.• Perbezaan dalam kadar penyerapan sinaran

matahari oleh daratan dan lautan.• Menghasilkan nilai tekanan udara yang berbeza di

pedalaman benua Asia dan benua Australia.

Page 15: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Angin Monsun

1. Angin Monsun Timur Laut

2. Angin Monsun Barat Daya

3. ANGIN SUMATERA

4. ANGIN TEMPATAN(BAYU LAUT DAN BAYU DARAT)

Page 16: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Pembentukan Angin Monsun Timur LautNovember hingga Mac (musim sejuk di hemisfera utara), pedalaman Asia mengalami suhu rendah (bawah 0oC) membentuk pusat tekanan rendah. • Menyerdahanakan suhu (angin lembap)• Hujan lebat (timur benua)Hemisfera selatan mengalami musim panas, suhu di

pedalaman Australia tinggi akan membentuk pusat tekanan rendah.Mewujudkan cerun tekanan dari Asia (tekanan tinggi) ke Australia (tekanan rendah) menyebabkan angin bertiup dari Asia ke Australia.Daya kariolis menyebabkan angin yang keluar dari benua Asia terpesong ke kanan membentuk angin Monsun Timur Laut.Daya kariolis menyebabkan angin tadi sekali lagi terpesong dan membentuk angin Monsun Barat Laut di hemisfera selatan

Kesan

Page 17: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

ANGIN MONSUM TIMUR LAUT

Page 18: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Pembentukan Angin Monsun Barat DayaMei hingga September (musim panas di Hemisfera Utara), Asia Tengah mengalami suhu yang tinggi dan membentuk pusat tekanan rendah.• Hujan lebat di kawasan pantai barat negara-negara

di kawasan tropika• Banjir besarHemisfera selatan pula mengalami musim sejuk, suhu di

pedalaman Australia pula rendah akan membentuk pusat tekanan tinggi.

Mewujudkan cerun tekanan udara dari Australia ke Asia Tengah membentuk angin Monsun Tenggara.

Daya kariolis menyebabkan angin tadi terpesong dan membentuk angin Monsun Barat Daya di hemisfera utara.

Kesan

Page 19: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

ANGIN MONSUM BARAT DAYA

Page 20: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Musim Antara Monsun

Berlaku ketika angin monsun bertukar arah dalam masa yang singkat (kebiasaannya sebulan)

Di Malaysia, musim antara monsun terjadi pada bulan April dan Oktober

Sering kali berlaku fenomena hujan perolakan dan kejadian kilat dan petir.

Page 21: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Angin Tempatan

Angin PergununganAngin KatabatikAngin Anabatik

Badai Selari(Angin Sumatera)Angin LintangBayu DaratBayu laut

Page 22: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Proses Kejadian Angin Katabatik

Pada malam hari, puncak gunung membebaskan bahangan bumi ke angkasa lebih cepat berbanding permukaan lurah

Suhu sekitar di puncak gunung lebih cepat sejuk, lalu membentuk tekanan udara tinggi

Permukaan lurah yang terletak di bawah gunung berkeadaan panas, lalu membentuk tekanan udara rendah

Akibatnya angin bertiup dari puncak gunung yang bertekanan udara tinggi menuruni lereng-lereng ke lembah/lurah yang bertekanan udara rendah.

Page 23: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Angin Katabatik

Page 24: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Proses Kejadian Angin Anabatik

Pada siang hari, puncak gunung lebih cepat menerima panas matahari daripada lurah gunung yang dalam keadaan tertutup.

Kesannya, puncak gunung bersuhu tinggi dan tekanan udara menjadi rendah berbanding dengan kawasan lurah

Di kawasan lurah yang masih sejuk pula membentuk tekanan udara yang rendah, justeru, kecerunan tekanan udara terbentuk dari permukaan lurah ke permukaan gunung.

Oleh itu, angin akan bertiup menaiki atau mendaki lurah ke puncak gunung.

Page 25: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Angin Anabatik

Page 26: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Faktor Yang Mempengaruhi Halaju Tiupan Angin Katabatik dan Angin Anabatik

Orientasi Cerun Lurah Permukaan cerun lurah yang menghadap matahari lebih

cepat dipanaskan berbanding permukaan cerun lurah yang terlindung . Ini mempengaruhi daya cerun tekanan

Kedalaman Lurah Lurah yang semakin dalam dan sempit menyebabkan

tekanan udara dan halaju angin semakin tinggi.Bentuk Lurah/Geometri Lurah

.Halaju angin lebih kencang di permukaan lurah yang lurus dan licin berbanding dengan lurah yang berliku-liku dan kasar. Ini disedabkan oleh kesan daya geseran angin terhadap permukaan lurah.

Page 27: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Angin Lintang

merujuk kepada angin yang bertiup secara melintang daripada arah perjalanan. Sebagai contoh, di dalam penerbangan, angin lintang merujuk kepada konponen angin yang bertiup 90 darjah merentangi landasan kapal terbang, menjadikan pendaratan bertambah sukar dan berbahaya berbanding dengan angin yang bertiup selari dengan arah penerbangan.

Selain itu, angin lintang juga boleh berlaku di atas jambatan yang panjang ataupun di lebuh raya.

Page 28: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Angin Lintang di Lebuh Raya

Page 29: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Badai Selari/Angin Sumatera

Bertiup antara bulan April – Mei dan September – Oktober.

Angin berasal dari Pulau SumateraAngin ini bertiup dengan kencang (Sehingga

80km/jam) dalam masa yang singkat secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh.

Angin ini membawa hujan lebat yang disertai petir dan kilat ke kawasan antara Pelabuhan Klang hingga Johor Bahru.

Angin ini boleh menyebabkan kerosakan pada rumah dan kawasan pertanian.

Page 30: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

ANGIN SUMATERA

Page 31: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

BAYU DARAT

BERTIUP WAKTU MALAMUDARA DI DARATAN MENJADI SEJUKSUHU DARATAN LEBIH RENDAH

DARIPADA LAUTANTEKANAN UDARA TINGGI DI DARATAN,

TEKANAN DI LAUTAN RENDAHUDARA BERGERAK DARI DARATAN KE

LAUTAN

Page 32: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

BAYU DARAT

Page 33: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

BAYU LAUT

TERJADI WAKTU SIANG

DARATAN CEPAT PANAS PADA WAKTU

SIANG

TEKANAN UDARA RENDAH DIDARATAN

TEKANAN UDARA TINGGI DI LAUTAN

UDARA BERGERAK DARI LAUTAN KE

DARATAN

Page 34: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

BAYU LAUT

Page 35: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Pengaruh Angin Tempatan Terhadap Aktiviti Manusia di Malaysia.

Terhadap pelancongan pantai

Terhadap aktiviti perikanan pantai

Terhadap aktiviti industri kecil dan sederhana

Page 36: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Terhadap Pelancongan Pantai

Aktiviti pelancongan di tepi pantai seperti berkelah dan bersantai dapat dijalankan dengan baik kerana angin bayu bertiup dengan nyaman pada waktu pagi dan petang.

Tiupan angin bayu yang lebih kuat pula menyebabkan aktiviti permainan wau tradisional dapat dijalankan.

Permainan perahu layar, seperti pertandingan Monsoon Cup di Terengganu dijalankan pada musim tengkujuh kerana tiupan angin kencang.

Page 37: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Terhadap Aktiviti Perikanan Pantai

Aktiviti perikanan pantai di pantai timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu dan kelantan) tergendala pada musim tengkujuh kerana tiupan angin kencang yang menyebabkan laut bergelora dan merbahaya kepada nelayan pantai.

Aktiviti perikanan berjalan dengan baik sebelum dan selepas musim tengkujuh kerana tiupan angin yang sederhana menyebabkan laut lebih tenang dan ikan lebih banyak.

Page 38: Tekanan udara dan edaran umum atmosfera

Terhadap Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana

Aktiviti IKS seperti perusahaan batik dapat dijalankan dengan baik dalam keadaanj berangin serta cuaca panas kerana kain batik yang dijemur cepat kering berbanding cuaca lembab.

Begitu juga dengan perusahaan ikan kering dan keropok yang memerlukan aktiviti menjemur dalam keadaan cuaca berangin. Aktiviti ini banyak dijalankan di pesisir pantai Terengganu, Kelantan dan Pahang.