bab 6 peta minda.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    1/10

    1

    Sabah selepas kekalahan Jepun

    Langkah Ke arah Berkerajaan

    sendiri di Sarawak

    Sarawak Selepas kekalahan Jepun

    Perubahan Pentadbiran Ke Arah

    Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Dan Sabah

    Perubahan Pentadbiran Ke ArahBerkerajaan Sendiri di Sarawak

    Sarawak diserahkan kepadakerajaan British

    Penentangan dan reaksi British

    Gerakan Antipenyerahan di

    Sarawak

    Sabah diserahkan kepada

    kerajaan British

    Penubuhan Parti Politik di

    Sarawak

    Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan

    Sendiri di Sabah

    Langkah ke arah berkerajaan

    sendiri

    Penubuhan parti politik di

    Sabah

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    2/10

    2

    Sarawak diserahkan kepada kerajaan British.

    1.

    Kerajaan British berusaha untuk mengambil alih pentadbiran daripadakeluarga Brooke.2. Charles Vyner Brooke juga telah mengambil keputusan untuk menyerahkan

    Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa faktor:-

    iii. Masalah Kewangana. Sarawak menghadapi masalah kewangan

    selepas Perang Dunia kedua kerana taktik

    bumi hangus Brooke sebelum keluar dariSarawak.

    b. Brooke tidak mempunyai sumberkewangan yang mencukupi untuk

    membangunkan semula Sarawak.

    Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan

    Sendiri di Sarawak

    1. Pada bulan Januari 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke,Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan perlembagaan Sarawak.

    2. Perlembagaan ini merupakan Perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yangmenggariskan pemberian kuasa kepada rakyat tempatan.3. Malangnya perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana tercetusnya Perang Dunia

    Kedua, Jepun telah menduduki Sarawak dari tahun 1941 hingga tahun 1945.

    Sarawak selepas kekalahan Jepun

    1. Selepas Jepun menyerah kalah, Britishtelah memperkenalkan Pentadbiran

    Tentera British pada 10 September 1945.2. Pentadbiran Tentera British telah

    berusaha untuk mengembalikanketenteraman, pemulihan ekonomi dan

    mengemas kini pentadbiran.

    3. Sarawak berada di bawah PentadbiranBritish sehingga 1 Julai 1946.

    ii. Pertikaian Keluargaa. Charles Vyner Brooke tidak mampu

    mentadbir Sarawak kerana usianya

    yang sudah lanjut.b. Beliau mengambil keputusan ingin

    bersara tetapi enggan memberipeluang kepada anak saudaranya

    Anthony Brooke untuk mengambil

    alih entadbiran Sarawak.

    i. Desakan daripadakerajaan British

    a. British mendesak keluargaBrooke menyerahkanSarawak kepada kerajaan

    British supaya pelaburanBritish lebih terjamin.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    3/10

    3

    Gerakan Anti Penyerahan

    Hasil daripada rundingan Charles Vyner Brooke dengan kerajaan british pada Disember 1945,Brooke bersetuju menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

    Gerald T. MacBryan telah dihantar untuk mendapatkan tandatangan ketua-ketua bumiputeradan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak.

    MacBryan seperti Harold MacMichael di Tanah Melayu telah menggunakan tipu muslihatuntuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan.

    Pada 8 Februari 1946, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan untuk menyerahkanSarawak kepada kerajaan British.

    Pengumuman ini dibantah oleh pelbagai pihak terutama sekali orang Melayu dan orang Iban. Akibat daripada bantahan akhirnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke

    mendapatkan persetujuan secara perundangan dan demokrasi daripada Majlis Negeri.

    Majlis Negeri telah meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Billdengan 18 undi menyokong penyerahan manakala 16 undi menentang

    Pada 1 Julai 1946, kerajaan British mengisytiharkan Sarawak sebagai jajahan Mahkota Britishdan Sir Arden Clarke dilantik menjadi Gabenor British yang pertama di Sarawak.

    Barisan Pemuda Melayu meminta supayaAnthony Brooke dilantik sebagai Raja

    Sarawak yang baru supaya memudahkan

    penduduk Sarawak menuntut kemerdekaan.

    Faktor gerakan anti

    penyerahan Sarawak

    1. Orang Melayu dan Iban telahmenentang penyerahan Sarawak

    kepada kerajaan british.

    2.

    Orang Melayu telah diketuai olehDatu Patinggi abang Haji Abdillahbin Datu Patinggi Haji Mohamad

    Kassim (ketua datu-datu masyarakat

    Melayu dan kaum Melayu terpelajar).3. Gerakan anti penyerahan disertai oleh

    Persatuan Kebangsaan MelayuSarawak (PKMS), Persatuan Pemuda

    Melayu Sibu (BPM), Barisan Pemuda

    Sarawak (BPS) dan Persatuan Dayak

    Sarawak (PDS)

    Bertentangan dengan

    Perlembagaan 1941yang menjanjikan

    pemerintahan sendiri

    kepada Sarawak. Usahamendapatkan

    kemerdekaan menjadisukar apabila Sarawak

    diserahkan kepada

    kerajaan British.

    Charles Vyner Brooke menggunakan tipu muslihat membuat keputusansendiri menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British tanpa berunding

    dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    4/10

    4

    Golongan anti penyerahan telah menghantar

    bantahan kepada kerajaan british tetapi tidakdihiraukan bantahan tersebut.

    Pekeliling telah menambah kemarahan golongan antipenyerahan. Pada 2 April 1947, seramai 338 orang kakitangankerajaan terutamanya guru telah meletakkan jawatan.

    Tindakan tersebut menyebabkan sebanyak 22 buah sekolahkerajaan terpaksa ditutup, diikuti dengan tindakan seramai 56orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak

    meninggalkan pengajian menentang pekeliling berkenaan.

    Kerajaan British telah mengeluarkan surat pekeliling no. 9 pada

    bulan Disember 1946

    Banyak poster ditampal di merata tempat dan setiap

    kampung diarah membuat poster dan sepandukmenentang bagi penyerahan Sarawak.

    Kaum wanita menyertai kaum lelaki menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Cikgu Lily Eberwein, kaum ibu PKMS pergi ke kawasan pedalaman untuk meraih sokongan dan simpati orang

    Iban.

    Selain Cikgu Lily Eberwein, Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abolyang mewakili kaum ibu BPM, turut mengorbankan masa dan tenaga mengatur demonstrasi menentang penyerahan

    Sarawak ke ada British.

    Penentangan dan reaksi British.

    Tunjuk perasaan secara besar-besar telah diadakan diKuching pada 1 Julai 1947, disertai oleh PKMS, BPM danPDS membantah perlantikan Gabenor Sarawak yangpertama, Sir Charles Arden Clarke.

    Penentangan semakin hebat apabila Barisan PemudaMelayu (BPM) Sibu telah mengadakan perhimpunan yangdihadiri oleh 250 perwakilan bumiputera dari seluruh

    cawangan BPM.

    Anggapan British gerakan penyerahan bersifat sementara meleset kerana gerakan penentangansemakin mendapat sokongan rakyat Sarawak.

    British telah menggalakan penubuhan Young Malay Association (YMA) untuk menyokongpenyerahan Sarawak kepada kerajaan British.

    Pihak British melaga-lagakan orang Melayu dan Dayak supaya mereka bertelagah.

    Menjelang akhir tahun 1947, gerakan anti penyerahan semakin lemah akibat propagandaBritish.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    5/10

    5

    Golongan BPM Sibu telah bertemu secara sulit dan

    menubuhkan Rukun Tiga Belas yang dianggotai oleh ahli

    BPM yang radikal.

    Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan BujangSuntong didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati,manakala ahli Rukun Tiga Belas yang lain telah dipenjarakan

    dan Persatuan Melayu Sarawak diharamkan.

    Rosli Dhobi anggota Rukun Tiga Belas telahdipertanggungjawabkan untuk membunuh Duncan Steward(Gabenor Sarawak yang kedua)

    Pada 3 Disember 1949, Duncan Steward telah dibunuh oleh RosliDhobi ketika mengadakan lawatan rasmi ke Sibu. Seminggu

    kemudian Duncan Steward meninggal di hospital Singapura. British mengambil kesempatan daripada peristiwa

    pembunuhan Duncan Steward untuk bertindakmenggunakan kekerasan bagi menumpaskan gerakan

    anti penyerahan.

    Anggota Rukun Tiga Belas bersumpah akan

    menghapuskan pegawai Eropah dan pemimpin Melayu

    yang bersubahat menyokong penyerahan Sarawakkepada British.

    Tindakan British berjaya melumpuhkan gerakan antipenyerahan dan berjaya mengukuhkan kedudukannya diSarawak sehingga tahun 1963.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    6/10

    6

    Pada tahun 1947, British telah membentuk Majlis Tempatan Memberi peluang kepada setiap ahli yang dilantik

    mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan.

    Fungsi Majlis Tempatan menguruskan pelajaran rendah,bekalan air, jalan raya, kesihatan dan mengawalperbelanjaan.

    Majlis tempatan juga mengutip cukai.

    Pada tahun 1956, satu pindaan dibuat berkenaan denganjumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggidalam Perlembagaan Sarawak.

    Pindaan ini berkuatkuasa pada bulan April 1957, ahli MajlisNegeri dan Ahli Majlis Tertinggi ditambah kepada sepuluh

    orang anggota.

    2. Beberapa langkah telah diambil ke arah berkerajaan sendiri di Sarawak oleh kerajaan British.3. Pada tahun 1946, Pentdabiran Sarawak telah disusun semula untuk memudahkan pentadbiran:-

    i. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.ii. Setiap bahagian dibahagi kepada beberapa daerah.iii.Setiap bahagian diketuai oleh Residen manakala setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.

    Langkah ke arah berkerajaan

    sendiri di Sarawak

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    7/10

    7

    Parti Cina Sarawak (PCS)

    Ditubuhkan pada bulan Julai 1962,Pengasasnya ialah William Tan.

    untuk menyatukan orang Cina danmenyokong gagasan Malaysia.

    Rumusan

    Pada bulan November 1962, PartiPerikatan Sarawak terdiri daripada

    SNAP, PANAS, BARJASA,PESAKA dan SCA telah ditubuhkan.

    Dalam pilihan raya tahun 1963,Perikatan Sarawak memenangi 138

    kerusi dalam pilihan raya tersebut.

    Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

    Ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh Stephen Kalong Ningkan,ketua orang Iban dari Saribas.

    Tujuan penubuhan mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak danmemperjuangkan hak dan kepentingan orang Iban.

    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)

    Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui danStephen Yong pada 12 Jun 1959.

    Tujuan penubuhan melahirkan perasaantaat setia dan perpaduan di kalangan

    rakyat Sarawak serta menyatukan

    kaum-kaum di Sarawak

    Parti Negara Sarawak (PANAS)

    Ditubuhkan oleh Datu Bandar Abang HjMustapha pada 9 April 1960.

    Tujuan penubuhan untuk mewujudkankeharmonian di kalangan semua kaum di

    Sarawak, menuntut pendidikan percuma

    bagi sekolah rendah dan untukmempertingkatkan kedudukan ekonomi,

    politik dan sosial bumiputera.

    Barisan Rakyat Jati Sarawak

    (BARJASA)

    Ditubuhkan oleh Datu Tuanku HajiBujang Tuanku Othman, Abdul

    Rahman Yaakub dan Abdul Taib

    Mahmud pada 4 Disember 1961.

    Tujuan penubuhan menuntut hakistimewa dan mempertingkatkan taraf

    hidup penduduk bumiputera,mewujudkan keharmonian di

    kalangan rakyat dan menuntut bahasa

    Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

    Penubuhan parti politik di

    Sarawak

    Parti Pesaka Anak Sarawak

    (PESAKA)

    Ditubuhkan oleh TemenggungJugah Anak Barieng pada Ogos

    1962.

    Tujuan penubuhan untukmembantu orang Dayakmencapai perpaduan dan

    menjaga hak mereka dalamPerlembagaan.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    8/10

    8

    1. SBUB menyerahkan Sabah kepada kerajaan British berdasarkan satu perjanjian pada26 Jun 1946.

    2. Berdasarkan perjanjian ini, Borneo Utara secara rasmi menjadi tanah jajahan Britishpada 15 Julai 1946.

    3. Antara factor penyerahan Sabah kepada kerajaan British ialah:

    British ingin menguasai Sabah bagimenjamin kedudukan dan keselamatan

    mereka di Asia Tenggara kerana Sabah

    terletak di tengah-tengah jalan

    perdagangan antara Singapura danHong Kong.

    Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan

    Sendiri di Sabah

    Sabah selepas kekalahan Jepun

    1. Selepas Jepun menyerah kalah, Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British.2. Pentadbiran Tentera British telah berusaha untuk mengembalikan ketenteraman dankeamanan dalam negeri.

    3. Sabah berada di bawah Pentadbiran British sehingga 15 Julai 1946.

    British mahu mengeksploitasisumber bahan mentah yang

    dihasilkan oleh Sabah, di samping

    ingin menjadikan Sabah sebagai

    tempat bagi memasarkan hasilkeluaran mereka.

    Desakan pemodal dan pelaburmeminta kerajaan British

    melindungi pelaburan mereka

    di Sabah.

    Rumusan

    Penyerahan Sabah kepada kerajaan British tidak mendapat tentangan kecuali daripada warisKesultanan Sulu kerana menganggap sebagai hak milik mereka.

    Pertubuhan yang ada seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) dan Barisan Pemuda(BARIP) sekadar berjuang untuk memperbaiki keadaan politik dan ekonomi.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    9/10

    9

    1. Pada tahun 1950, British telah memperkenalkan perlembagaan baru membawa kepada tertubuhnyaMajlis Kerja dan Majlis Undangan. Wakil-wakil anak negeri diberi peluang terlibat dalampemerintahan negeri melalui perlantikan mereka secara tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Antara

    pemimpin yang terlibat ialah Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

    Beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan British untuk melatih penduduk tempatan ke arahberkerajaan sendiri.

    Langkah ke arah berkerajaan

    sendiri di Sabah

    3. Pada tahun 1960, British telah meminda Perlembagaan bagi menambah bilangan pemimpin bumiputerasebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan.Bagaimana pun semua ahli dilantik oleh Gabenor

    bukan melalui pilihan raya.

    2. Pada tahun 1952, British mengadakan pilihan raya Majlis Tempatan untuk memilih perwakilan melaluiproses demokrasi.

    4. Pada tahun 1962, British telah memperkenalkan Pilihan Raya Majlis Undangan.

  • 8/14/2019 bab 6 peta minda.pdf

    10/10

    10

    Rumusan

    1. Pada bulan September 1961, UNKO, USNO, Pasok Momugun, dan SCAmembentuk Parti Perikatan Sabah dipimpin oleh Donald Stephens dan

    Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.2. Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Daerah pada tahun 1962.3. Perikatan Sabah telah mendapat kejayaan cemerlang dalam pilihan raya

    tersebut.

    Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)

    Diasaskan oleh Donald Stephens pada bulan Ogos 1961. Tujuan penubuhan untuk menjaga kepentingan dan memelihara hak

    orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang untuk meningkatkan

    cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

    Parti Kebangsaan Sabah Bersatu

    (USNO)

    a. Ditubuhkan oleh Datu MustaphaDatu

    Harun pada bulan Disember 1961.

    b. Mendapat sokongan kuat daripada

    kaumSulu, Bajau, Kedayan dan MelayuBrunei.

    c. Tujuan penubuhan

    Memperjuangkan hak kaumBumiputera Islam

    Menjadikan bahasa Melayusebagai bahasa Kebangsaan.

    Memperjuangkan agama Islamsebagai agama rasmi.

    Menukarkan nama Borneo Utarakepada Sabah.

    Parti Cina Sabah (SCA)

    Gabungan Parti Bersatu

    (United Party) dan Parti

    Demokrat (Democrat Party)

    a. Diasaskan oleh Khoo SiakChiew dan Peter Chin

    pada Oktober 1962.

    b. Tujuan penubuhanmemelihara kepentingan

    masyarakat Cina di negeriSabah.

    Parti Pasok Momugun

    c. Ditubuhkan pada Januari 1962,dipimpin oleh G.S. Sundang dan O.K.K

    Sedoman.d. Tujuan penubuhan melindungi hak

    kaum bumiputera di pedalaman.

    Parti Politik di Sabah sehingga

    tahun 1963