senarai kandungan isi kandungan halaman bahagian a : … · 2020. 11. 8. · bahagian a : kemahiran...

17
Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 1 SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN HALAMAN Bahagian A : Kemahiran Geografi Bab 1 : Skala dan Jarak Bab 2 : Peta Topografi 2 5 6 11 Bahagian B : Geografi Fizikal Bab 3 : Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim Bab 4 : Cuaca dan Iklim di Malaysia 12 16 17 22 Bahagian C : Geografi Manusia Bab 5 : Pengangkutan di Malaysia Bab 6 : Telekomunikasi di Malaysia 23 32 33 38 Bahagian D : Geografi Kawasan Bab 7 : Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia Bab 8 : Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia 39 46 47 52 Bahagian E : Isu dan Pengurusan Alam Sekitar Bab 9 : Pemanasan Global Bab 10 : Teknologi Hijau 53 58 59 63 © Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam sebarang bentuk atau cara lain tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada penulis.

Upload: others

Post on 25-Jan-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 1

    SENARAI KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    Bahagian A : Kemahiran Geografi

    Bab 1 : Skala dan Jarak

    Bab 2 : Peta Topografi

    2 – 5

    6 – 11

    Bahagian B : Geografi Fizikal

    Bab 3 : Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim

    Bab 4 : Cuaca dan Iklim di Malaysia

    12 – 16

    17 – 22

    Bahagian C : Geografi Manusia

    Bab 5 : Pengangkutan di Malaysia

    Bab 6 : Telekomunikasi di Malaysia

    23 – 32

    33 – 38

    Bahagian D : Geografi Kawasan

    Bab 7 : Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

    Bab 8 : Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia

    39 – 46

    47 – 52

    Bahagian E : Isu dan Pengurusan Alam Sekitar

    Bab 9 : Pemanasan Global

    Bab 10 : Teknologi Hijau

    53 – 58

    59 – 63

    © Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang

    boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam sebarang bentuk atau cara lain tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada penulis.

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 2

    Skala lurus Skala yang dilukis dalam bentuk garisan lurus dan dibahagikan kepada

    beberapa bahagian yang sama jaraknya.

    Terdapat dua jenis skala lurus iaitu :-

    a) Skala lurus mudah b) Skala lurus penuh

    Skala penyata Skala yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan atau ayat.

    Contoh : 1 cm mewakili 1 km (1 cm di atas peta mewakili 1 km di atas permukaan bumi) Pecahan wakilan Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.

    Contoh : 1 : 100 000 (disebut sebagai 1 nisbah 100 000)

    Skala ialah nisbah perbandingan antara jarak di atas peta dengan

    jarak sebenar di atas permukaan bumi

    Skala digunakan untuk :-

    a) Mengukur jarak antara dua lokasi.

    b) Menentukan panjang sungai atau tali air.

    c) Membuat pelan bandar atau bangunan.

    d) Mengecilkan ruang atau kawasan di dalam peta.

    Terdapat tiga jenis skala iaitu :-

    a) Skala lurus

    b) Skala penyata

    c) Pecahan wakilan

    Maksud

    1.1 Skala

    Bab 1 : Skala dan Jarak

    Skala boleh diubah atau ditukar bentuknya kepada jenis skala yang lain.

    Namun begitu, nilai skala ini masih sama.

    Contoh:

    1 cm mewakili 2 km 1 : 200 000

    1 cm mewakili 2 km

    1 000 m 0 1 2 km

    Tahukah anda?

    Antara pekerjaan yang memerlukan

    kemahiran membaca dan memahami skala

    dengan baik ialah jurutera, arkitek dan

    perancang bandar.

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 3

    2.1 Maksud Peta Topografi

    Peta topografi - Gambaran atau lukisan yang menunjukkan ciri pandang

    darat fizikal dan ciri pandang darat budaya di sesebuah

    kawasan.

    - Mempunyai garisan grid yang dilukis secara menegak

    dan melintang yang digunakan untuk menentukan

    kedudukan.

    - Perlu dilengkapi dengan tajuk, petunjuk, skala, simbol,

    mata angin utara dan bingkai.

    - Ciri-ciri pandang darat fizikal dan ciri-ciri pandang

    darat budaya ini diwakilkan oleh simbol.

    Peta topografi dilengkapi dengan rujukan grid yang terdiri daripada

    garisan menegak dan garisan melintang.

    Kedua-dua garisan ini disebut sebagai garisan timuran (garisan menegak)

    dan garisan utaraan (garisan melintang).

    Nombor yang mewakili garisan timuran bertambah apabila menuju ke arah

    timur manakala nombor bagi garisan utaraan bertambah apabila menuju

    ke arah utara.

    Persilangan di antara kedua-dua garisan ini disebut sebagai rujukan grid.

    2.2 Garisan Timuran dan Garisan Utaraan

    Bab 2 : Peta Topografi

    Garisan timuran

    Garisan menegak

    Dinombor menuju

    ke timur

    Garisan utaraan

    Garisan melintang

    Dinombor menuju

    ke utara

    Tahukah anda?

    - Berbanding dengan peta lakar, peta topografi

    dilengkapi dengan rujukan grid yang digunakan untuk

    menentukan kedudukan dengan lebih tepat.

    - Peta topografi juga menggunakan simbol yang

    standard bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 4

    Semasa berputar, permukaan bumi yang menghadap matahari akan

    mengalami siang, manakala permukaan bumi yang terlindung daripada

    cahaya matahari akan mengalami malam. Kejadian ini silih berganti

    kerana bumi sentiasa berputar.

    Kejadian Siang dan Malam

    3.1 Pergerakan Bumi

    Bumi dan planet-planet lain bergerak mengelilingi matahari.

    Bumi berputar di atas paksinya dan pada masa yang sama bumi

    juga beredar mengelilingi matahari.

    Terdapat 2 jenis pergerakan bumi:-

    a) Putaran b) Peredaran

    Bumi berputar pada paksinya dan condong sebanyak 23½º dari satah tegak. Satu putaran mengambil masa 24 jam atau 1 hari. Arah putarannya adalah dari barat ke timur

    atau melawan pusingan jam.

    Kesan putaran bumi adalah :-

    a) Perbezaan siang dan malam

    b) Perbezaan waktu tempatan

    c) Pembiasan angin lazim dan arus lautan

    d) Kejadian pasang surut

    3.2 Putaran Bumi

    Bab 3 : Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim

    Tahukah anda?

    Pergerakan bumi ini mempengaruhi semua hidupan di bumi.

    Dari kejadian siang dan malam sehinggalah kejadian empat

    musim. Kehidupan di bumi sentiasa berubah mengikut

    pergerakan ini. Contohnya, aktiviti manusia pada musim

    panas berbeza dengan aktiviti pada musim sejuk. Hidupan

    liar juga bermigrasi apabila berlakunya perubahan musim.

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 5

    Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa.

    Ciri iklim Khatulistiwa adalah panas dan lembap sepanjang tahun.

    Ini kerana Malaysia terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa.

    Iklim jenis ini terdapat di kawasan yang terletak di antara garisan lintang

    0º hingga 10ºU dan hingga 0º hingga 10ºS Garisan Khatulistiwa. Ciri iklim Khatulistiwa ini dapat dijelaskan melalui tiga aspek iaitu :-

    a) Suhu

    b) Hujan

    c) Angin

    Lembangan Amazon

    4.1 Jenis dan Ciri Iklim di Malaysia

    Bab 4 : Cuaca dan Iklim di Malaysia

    Garisan Khatulistiwa (0º)

    Tahukah anda?

    Terdapat beberapa negara lain

    yang mengalami iklim sama seperti

    negara kita iaitu :-

    - Colombia

    - Brazil

    - Ghana

    - Nigeria

    - Zaire

    - Malaysia

    - Indonesia

    - Singapura

    Kawasan Iklim Khatulistiwa

    Malaysia

    Indonesia

    Lembangan Zaire

    Lembangan Amazon

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 6

    Pengangkutan darat di Malaysia terdiri daripada jalan raya, lebuh raya dan jalan kereta api.

    Kepentingan pengangkutan darat adalah untuk :-

    - Menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar.

    - Mengangkut hasil pertanian dan bahan mentah ke kilang.

    - Meluaskan pasaran barangan di kawasan bandar.

    - Meningkatkan darjah ketersampaian di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

    Hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan jalan raya kecuali kawasan hutan

    dan pedalaman.

    Manakala jaringan pengangkutan darat di Sabah dan Sarawak masih kurang kerana faktor muka bumi

    berbukit dan bergunung ganang serta kawasan hutan yang tebal menyukarkan pembinaan jalan raya.

    Lebuh raya utama di Malaysia

    1. Lebuh raya Utara Selatan 2. Lebuh raya Timur Barat 3. Lebuh raya Kuala Krai-Gua

    Musang – Kuala Lipis 4. Lebuh raya Pantai Timur 5. Lebuh raya Kuala Lumpur –

    Karak 6. Lebuh raya Persekutuan 7. Lebuh raya Tun Razak 8. Lebuh raya Pan Borneo

    (dalam pembinaan)

    Peta : Jaringan Lebuh Raya Utama di Malaysia

    Lebuhraya Pan Borneo

    5.1 Pengangkutan Darat di Malaysia

    Bab 5 : Pengangkutan di Malaysia

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 7

    5.3 Pengangkutan Awam di Malaysia

    Pengangkutan

    Darat

    Pengangkutan

    Air

    Pengangkutan

    Udara

    Jenis Pengangkutan Awam di Malaysia Kapal Terbang

    Feri Bot Ekspres

    Teksi

    LRT KLIA Ekspres ETS

    Bas E-panggilan

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 8

    6.1 Alat Telekomunikasi di Malaysia

    Telegraf diperkenal oleh pihak

    British pada tahun 1876 Telefon diperkenalkan di Tanah

    Melayu pada tahun 1891

    Mesin teleks ialah alat yang

    menyerupai telefon tetapi

    menghantar pesanan dalam bentuk

    teks

    Mesin faks ialah alat yang boleh

    memindahkan salinan dokumen dan

    menghantarnya melalui rangkaian

    telefon

    Telefon bimbit mula dperkenalkan di

    Malaysia pada tahun 1980 an Telefon pintar ialah peranti telekomunikasi dengan pelbagai fungsi yang boleh

    mengaplikasikan pelbagai perisian

    Tahukah anda?

    Telekomunikasi bermaksud interaksi yang

    melibatkan jarak jauh.

    Pada zaman dahulu, pelbagai kaedah yang

    digunakan untuk menyampaikan maklumat.

    Burung merpati pernah dilatih

    untuk digunakan bagi menyampaikan

    pesanan ringkas.

    Masyarakat terdahulu juga

    menggunakan asap sebagai isyarat.

    Malah kini, jika anda sesat di hutan,

    asap juga mungkin boleh dijadikan

    ikhtiar hidup untuk memberitahu

    lokasi anda kepada pasukan

    penyelamat.

    Bab 6 : Telekomunikasi di Malaysia

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 9

    6.2 Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia Penggunaan Satelit Stesen satelit bumi telah mula dibina di Kuantan (Pahang) pada 6 April 1970. Satelit yang Pertama TiungSAT 1 telah dilancar pada tahun 2000. Ia diikuti dengan RazakSAT dan beberapa siri MEASAT.

    Fungsi satelit adalah untuk

    pencerapan data dan siaran televisyen

    serta radio.

    Telefon Pintar

    Telefon yang bukan

    sekadar berkomunikasi tetapi

    dilengkapi

    dengan

    pelbagai

    aplikasi lain

    seperti

    facebook,

    email, video

    dan kamera.

    Pelbagai stail dan gaya yang

    menepati kehendak generasi baru.

    Kabel Fiber Optik

    Kabel ini diperbuat daripada

    gentian kaca

    atau plastik

    yang mampu

    memindahkan

    arus data

    dengan kapasiti

    yang laju dan tinggi.

    Kabel optik ini amat membantu

    pengurusan data yang cepat dan

    cekap.

    Syarikat Telekomunikasi

    Kewujudan syarikat

    telekomunikasi Telekom Malaysia

    (TM) telah

    membantu

    menyediakan

    kemudahan

    berkaitan

    telekomunikasi di Malaysia.

    Kini, terdapat syarikat swasta

    yang menawarkan perkhidmatan

    sama seperti Celcom, Maxis, Digi.

    u- m

    Komputer

    Alat telekomunikasi yang

    dilengkapi dengan

    pelbagai

    perisian yang

    boleh merekod,

    memproses,

    menyimpan dan memindahkan data.

    Dilengkapi jaringan internet dan

    perisian komputer seperti internet

    explorer, google chrome yang dapat

    meningkatkan ICT di Malaysia.

    Koridor Raya Multimedia (MSC)

    Peranan kerajaan mewujudkan

    satu kawasan koridor raya

    multimedia bagi

    menarik pelabur

    asing datang

    melabur

    di Malaysia.

    Melalui usaha ini, syarikat-

    syarikat berkenaan ditawarkan

    dengan pelbagai kemudahan yang

    disediakan.

    Rangkaian Jalur Lebar

    Suruhanjaya Komunikasi dan

    Multimedia (SKMM) telah

    meluaskan kemudahan jalur lebar

    ke semua kawasan di negara ini.

    Hal ini adalah untuk memastikan

    capaian

    internet 95 % dalam kalangan

    rakyat Malaysia.

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 10

    Meningkatkan

    integrasi penduduk

    dan perpaduan

    dengan negara lain.

    Memudahkan komunikasi

    dan perhubungan dengan

    orang lain ke seluruh

    dunia.

    Urusan kewangan dapat

    dilakukan dengan mudah

    seperti penggunaan kad

    ATM, kad debit dan kad

    kredit.

    Urusan pentadbiran

    kerajaan dan swasta

    menjadi lebih mudah dan

    cepat dengan adanya

    kemudahan internet.

    Memudahkan pencarian

    maklumat kerana dapat

    dicapai di mana sahaja

    melalui penggunaan

    internet.

    Siaran langsung dapat

    ditonton di seluruh

    dunia

    Dapat menyimpan data

    dan maklumat dengan

    segera dan selamat.

    Amaran awal cuaca dan

    bencana alam dapat

    dilakukan melalui

    pemantauan oleh satelit.

    Meningkatkan kualiti

    pendidikan melalui

    pertukaran maklumat

    melalui telesidang dan

    e-pembelajaran.

    Dapat menonton siaran

    secara langsung dari

    seluruh dunia.

    Merancakkan urusan

    perniagaan melalui pasaran

    barangan atas talian seperti

    Lazada, Shoppe dan

    Facebook.

    6.3 Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 11

    Peta: Taburan Iklim di Asia Peta : Taburan Iklim Di Asia

    Zon iklim di Asia mengikut garisan latitud

    Iklim Tundra

    Iklim

    Siberia

    Iklim

    Laurentia

    Iklim

    Mediterranean

    Iklim

    Steppe

    Iklim

    China

    Iklim

    Gurun Panas

    Iklim

    Monsun Tropika

    Iklim Khatulistiwa

    7.1 Kepelbagaian iklim di Asia

    Petunjuk :-

    Iklim Tundra Iklim China Iklim Gurun Panas

    Iklim Siberia Iklim Steppe Iklim Monsun Tropika

    Iklim Laurentia Iklim Mediterranean Iklim Khatulistiwa

    Iklim Pergunungan

    90ºU 65ºU 45ºU

    30ºU

    10ºU

    0ºU 10ºS

    Zon

    Sejuk

    Zon Sejuk

    Sederhana

    Zon Panas

    Sederhana

    Zon

    Panas

    Bab 7 : Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 12

    Ciri Huraian

    Kawasan - Kawasan utara Siberia yang terletak di Garisan Artik

    Suhu - Min suhu ialah -14ºC - Musim panas dengan suhu sekitar 10ºC selama 4 bulan

    iaitu bulan Mei hingga Ogos

    - Musim sejuk yang panjang selama 8 bulan dengan suhu sekitar -32ºC hingga -5ºC

    - Julat suhu tahunan 42ºC

    Angin - Hujan maksimum pada musim panas

    - Ribut salji sering berlaku dengan kelajuan 200 km sejam

    Hujan - Menerima kerpasan yang sedikit pada musim panas iaitu

    antara 250 mm hingga 300 mm setahun - Musim sejuk yang sentiasa diliputi salji

    7.3 Zon Iklim Sejuk • Perikanan • Penduduk menangkap ikan sebagai sumber protein

    • Kegiatan ini dijalankan di kawasan utara Siberia.

    • Antara ikan yang ditangkap ialah ikan paus, kod dan salmon.

    • Pemburuan

    • Apabila musim sejuk, pemburuan dijalankan untuk mendapatkan

    sumber makanan dan kulit haiwan.

    • Haiwan yang diburu seperti singa laut, serigala dan karibu.

    Iklim Tundra

    Iklim ini mengalami musim sejuk yang panjang dan ekstrem.

    Suhu di sini sangat ekstrem. Penduduk perlu

    mengadaptasikan diri mereka dengan

    persekitaran yang sejuk

    dan beku

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 13

    Ciri Huraian

    Kawasan - Gurun Arab

    Suhu - Min suhu tahunan kira-kira 25ºC - Suhu sangat panas pada musim panas sekitar

    32ºC – 36ºC - Sederhana sejuk pada musim sejuk sekitar 16ºC - Julat suhu antara 17ºC – 20ºC

    Angin - Angin timuran yang bertiup kering dari kawasan

    darat dan tidak membawa hujan

    Hujan - Jumlah hujan kurang dari 250 mm setahun - Menyebabkan keadaan gersang iaitu kering

    kontang kerana kekurangan hujan

    7.6 Zon Iklim Panas • Pertanian • Penanaman kurma dijalankan secara ladang di kawasan seperti Wilayah

    Qasim (Arab Saudi).

    • Pokok-pokok kurma ditanam untuk dieksport ke negara-negara lain.

    • Penternakan

    • Haiwan seperti biri-biri, unta dan kambing diternak untuk mendapatkan

    susu, daging dan juga kulit.

    • Haiwan diternak kerana rumput dapat tumbuh di kawasan ini dan

    dijadikan sebagai makanan kepada haiwan ternakan.

    Iklim Gurun Panas

    Iklim ini mengalami keadaan cuaca yang panas dan kering sepanjang tahun.

    Suhu yang panas dan kering menyukarkan penduduk

    mendapatkan air. Menggunakan teknik “penyahgaraman” untuk

    memproses dan menyimpan air

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 14

    Peta : Jaringan Pengangkutan Kereta Api Asia

    8.1 Jenis Pengangkutan di Asia

    Landasan

    Kereta Api

    India

    Landasan Kereta Api

    Berkelajuan Tinggi

    Beijing-Shanghai

    Landasan

    Kereta Api

    Shinkansen

    Kereta Api

    Berkelajuan Tinggi

    di Korea Selatan

    Landasan

    Kereta Api

    Trans-Siberian Pengangkutan Darat di Asia

    • Pengangkutan darat yang utama di Asia lebih tertumpu

    kepada pengangkutan kereta api.

    • Kereta api dapat mengangkut penumpang, barangan pukal

    dan kosnya lebih murah berbanding pengangkutan darat

    yang lain.

    • Negara-negara seperti Jepun, China, Korea Selatan dan

    Hongkong kini memiliki kereta api yang efisien, laju dan

    berteknologi tinggi.

    • Antara landasan dan rangkaian utama di Asia ialah :-

    a) Landasan Kereta Api India (66 687 km). b) Landasan Kereta Api Trans – Siberian (9 288 km). c) Landasan Kereta Api Shinkansen (kelajuan 320 km/j). d) Kereta Api Berkelajuan Tinggi di Korea Selatan.

    (kelajuan 350 km/j) e) Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi

    Beijing – Shanghai (250 km/j – 300 km/j)

    Bab 8 : Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 15

    9.1 Maksud Pemanasan Global

    Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera yang

    berlaku akibat peningkatan aktiviti manusia seperti aktiviti

    perindustrian, pembakaran hutan/sampah, pembakaran

    bahan api fosil dan kegiatan pembalakan tanpa kawalan.

    Aktiviti ini telah meningkatkan jumlah kandungan gas rumah

    hijau di udara.

    Gas-gas ini boleh memerangkap haba dan menjadikan suhu

    bumi semakin panas.

    Antara gas-gas rumah hijau ialah :-

    - Karbon dioksida

    - Karbon monoksida

    - Kloroflorokarbon (CFC)

    - Metana

    - Nitrogen oksida

    - Sulfur dioksida

    Secara semula jadi,

    cahaya matahari

    diperlukan untuk

    memanaskan suhu

    bumi agar sentiasa

    sesuai untuk semua

    hidupan

    Kesannya, suhu di bumi menjadi semakin

    panas dan situasi ini boleh memudaratkan

    kehidupan di bumi jika ianya berterusan

    1

    Pertambahan gas-gas

    ini menyebabkan haba

    terperangkap dan

    bertindak seolah-olah

    selimut kepada bumi

    3

    2

    Tahukah anda?

    Konsep rumah hijau digunakan

    untuk tanaman sayuran pada

    musim sejuk. Haba diperangkap

    dalam rumah hijau bagi

    memanaskan suhu di dalam

    rumah tersebut.

    Ini membolehkan tanaman

    tersebut ditanam walaupun

    pada musim sejuk.

    Rumah Hijau untuk tanaman sayuran

    Bab 9 : Pemanasan Global

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 16

    10.1 Konsep Teknologi Hijau

    10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau

    Maksud Teknologi Hijau

    Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan

    aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara

    alam sekitar dan sumber semula jadi.

    Teknologi hijau dapat meminimumkan atau

    mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

    Tujuan teknologi hijau ialah untuk :-

    Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.

    Melindungi ekosistem semula jadi.

    Mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia.

    Menggalakkan perkembangan ekonomi.

    Bab 10 : Teknologi Hijau

  • Belilah yang original untuk mendapat keberkatan ilmu [cikgu zulhazlia/cikgu mamat] 17

    10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

    Penjimatan tenaga Tutup lampu

    jika tidak

    digunakan.

    Tutup dan cabut plag

    peralatan elektrik yang tidak

    digunakan.

    Zon bebas asap rokok Wujudkan lebih banyak zon

    larangan merokok.

    Mengenakan denda dan

    tindakan tegas kepada

    pesalah yang merokok

    di tempat awam. Menggunakan produk hijau

    Mengutamakan penggunaan

    produk hijau dan mesra alam

    Guna kenderaan hibrid atau

    pengangkutan awam.

    Kitar semula kertas.

    Pengangkutan Utamakan pengangkutan

    awam

    Amalan

    berkongsi

    kenderaan.

    Mengurangkan sisa Mengamalkan amalan kitar

    semula.

    Menggunakan peralatan

    boleh guna semula seperti

    lampin kapas.

    Menjimatkan air Memastikan paip air

    sentiasa ditutup dengan

    betul dan jangan membazir

    air ketika membasuh pakaian.

    Baiki paip yang rosak dengan

    kadar segera.

    Amalan 5R Menggunakan tong kitar

    semula dengan betul.

    Amalan ‘paperless’ atau

    boleh guna kedua-dua belah

    muka surat dalam urusan

    pejabat dan kerajaan.

    Landskap Menanam pokok di kawasan

    persekitaran rumah, sekolah

    dan tempat kerja.

    Memastikan sistem

    perparitan berkeadaan baik.

    Penyediaan makanan

    Menggunakan pembungkus

    makanan yang mesra alam.

    Amalkan penggunaan pinggan

    dan bekas minuman kitar

    semula. Pembungkus makanan mesra alam

    Pokok dapat menyederhanakan suhu

    Gunakan tong kitar semula