bab 5 luka & patah

38
KECEDERAAN DAN REHABILITASI SUKAN (DKK 4114) LUKA & PATAH Department of Sport & Exercise Science Khairul Azlan Taib BSc .(hons) UiTM

Upload: khairul-azlan-taib

Post on 22-May-2015

22.082 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5 luka & patah

KECEDERAAN DAN REHABILITASI SUKAN(DKK 4114)

LUKA & PATAH

Department of Sport & Exercise Science

Khairul Azlan TaibBSc .(hons) UiTM

Page 2: Bab 5 luka & patah

LUKA

Page 3: Bab 5 luka & patah

DEFINISI

Luka ialah sejenis kecederaan kpd tisu-tisu badan yg mengakibatkan pengaliran darah dibahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpul.

Page 4: Bab 5 luka & patah

PENDARAHAN KECILTerbahagi kepada tiga iaitu:

1) pendarahan eksternal (dibahagian luar)

– luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau

– luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai

– luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam

– luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

Page 5: Bab 5 luka & patah

2.a) pendarahan internal (dibahagian dalam)

perut –muntah berdarah rahim – tumpah darah tali usus – darah pada dubur buah pinggang – kencing berdarah paru-paru / salur pernafasan – batuk berdarah tengkorak – darah mengalir melalui telinga

dan hidung

2.b) pendarahan internal tanpa kesan

limpa dan hati pecah pendarahan dalam otak

Page 6: Bab 5 luka & patah

JENIS JENIS LUKA

Terbahagi kepada 2 kategori:

1) Luka terbuka- luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan kuman.

2) Luka tertutup- kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam.

Page 7: Bab 5 luka & patah

LUKA TERBUKA

Page 8: Bab 5 luka & patah

Luka terhiris (Incision)- disebabkanalat tajam seperti pisau atau kaca.- Luka senang dirawat dan bercantum semula.- Mungkin berlaku pendarahan yg banyak

disebabkan terpotong salur darah.

Page 9: Bab 5 luka & patah

Luka tikaman (punctured)

-Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu-Mempunyai liang yg kecil tetapi dalam-Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman

mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi.

Page 10: Bab 5 luka & patah

Luka terkoyak (laceration)-Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera- Mengakibatkan kerosakan tisu yg teruk

Page 11: Bab 5 luka & patah

Luka terkopak (Avulsion)

- tercabut atau terkopak dari kulit luar daripada struktur

Page 12: Bab 5 luka & patah

Luka terputus (Amputation)

Page 13: Bab 5 luka & patah

Luka hancur (Crush Injury)

Page 14: Bab 5 luka & patah

Luka tembakan (Shot wound)

- Disebabkan terkena peluru tembakan- Mengakibatkan kecederaan dalaman yg teruk- Luka kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang

keluar

Page 15: Bab 5 luka & patah

LUKA TERTUTUP

Page 16: Bab 5 luka & patah

Lebam (contusion)– Akibat drpd terkena pukulan yg kuat spt ketukan tukul

besi– darah yg keluar bewarna kemerahan berkumpul

dibawah lapisan kulit

Page 17: Bab 5 luka & patah

Haematoma - pembekuan darah kebiru-hitaman- berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan

Page 18: Bab 5 luka & patah

Calar balar (Abrasion)

- Kulit yg tersiat yg menampakkan lapisan tisu luar yg tipis

Page 19: Bab 5 luka & patah

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA

UMUMA) Luka-luka kecil. - memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. - perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. - Langkah-langkah rawatannya adalah: # bersihkan tangan dengan sabun. # Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. # cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. # keringkan menggunakan tisu atau tuala yang steril. # lekatkan plaster mengikut saiz luka. # Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. # gunakan pembalut untuk memegang plaster.

Page 20: Bab 5 luka & patah

B) luka kecil yang ada benda asing.

Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, jangan keluarkan objek tersebut.

Tindakan ini akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.

Matlamat rawatan adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan.

Page 21: Bab 5 luka & patah

Langkah-langkah rawatannya bersihkan tangan dengan sabun.

Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.

cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.

keringkan perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang telah disteril.

kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.

tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.

bawa mangsa ke hospital.

Page 22: Bab 5 luka & patah

CARA MENAHAN DARAHa) Tekanan tepat - tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih

jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah.

1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan.

2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah.

3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.

4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 – 15 minit.

Page 23: Bab 5 luka & patah

b) Tekanan tidak tepat –

Tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).

Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.

Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat.

Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.

Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.

Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

Page 24: Bab 5 luka & patah

c) Anggota terputus –

Kawal darah dari berterusan keluar.

Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonik yang suci kuman.

Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi

bekas plastik yang mengandungi ketulan ais.

Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais.

Hantar mangsa ke hospital.

Page 25: Bab 5 luka & patah

PEMBEBATAN & PEMBALUTANPembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh

digunakan untuk menutup luka.

Fungsi pembebat dan balutan adalah: Mencegah jangkitan kuman Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah Mengwal pendarahan dan melindungi luka

Jenis-jenis pembebatan ialah: Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar Pembebat melekat – plaster, digunakan untuk luka kecil Pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh

kuman

Pembebat biasa – gauze

Page 26: Bab 5 luka & patah

PEMBEBATAN & PEMBALUTANPeraturan membalut: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan

tangan kotor. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak

masuk ke kawasan luka. Lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau

batuk kearah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa, WOW bandage Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga

dari jenis kain kaliko Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus Pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh

Page 27: Bab 5 luka & patah

PATAH TULANG

Definisi – sebarang kepatahan atau keretakan pada tulang.

Sebab Patah - Kekuatan hentakan tepat (direct force)- Kekuatan hentakan sipi (indirect force)

Page 28: Bab 5 luka & patah

JENIS-JENIS PATAH

Page 29: Bab 5 luka & patah

Patah tebu (Green stick fracture)

– kepatahan separa di manatulang patah dan

membengkok

- Darah tidak mengalir keluar

- selalu terjadi kepada

kanak-kanak.

Page 30: Bab 5 luka & patah

Patah remuk (Comminuted)

-Kepatahan tulang yang

menjadi serpihann kecil

akibat dari impak yang

sangat kuat.

Page 31: Bab 5 luka & patah

Patah melintang (Tranverse)

-kepatahan yang mendatar

atau merentas disebabkan

oleh aktiviti yang sangat

lasak.

Page 32: Bab 5 luka & patah

Patah terpusing (Spiral)

-Kepatahan yang disebabkan

dari daya putaran yang kuat

dan menghasilkan kepatahan seperti “spring”.

Page 33: Bab 5 luka & patah

Patah menyerong (Oblique)

-kepatahan yang bersudut

tajam yang disebabkan dari

hentakan kuat secara

tiba-tiba.

Page 34: Bab 5 luka & patah

Patah lesung (Impacted)

-patah yg tulangnya

cucuk-mencucuk antara

satu sama lain.

-kepatahan yang terjadi

akibat terjatuh dari tempat

yang tinggi dan terpecah

dari pelbagai sudut.

Page 35: Bab 5 luka & patah

TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG

Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.

Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.

Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot.

Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

Page 36: Bab 5 luka & patah

PRINSIP RAWATAN SECARA AMPrinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :

Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam

nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.

Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.

Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.

Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Page 37: Bab 5 luka & patah

ANDUH ATAU BALUTAN PATAH

Page 38: Bab 5 luka & patah

END (“,