bab 4 tilawah ting 2

3
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN DUA حسمادي أمزت Bab 4 : MENGHARGAI SUNNATULAH (TILAWAH AL-QURAN) "Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah Yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tanpa batasan". (Ali-Imraan ayat : 27) PENGERTIAN KALIMAH Engkau masukkan Malam Siang Engkau keluarkan Yang hidup Yang mati PENGERTIAN SUNNATULLAH 1. Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT terhadap makhluk- Nya. 2. Semua sistem dan perjalanan alam berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT . KEJADIAN SIANG DAN MALAM 1. Kejadian siang dan malam adalah satu contoh ketetapan Allah yang tidak boleh diubah oleh sesiapa. 2. Malam dan siang terjadi adalah disebabkan fenomena bumi yang berputar pada paksinya. Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran. 3. Ketika berputar, permukaan bumi yang disinari matahari menjadi siang dan yang tidak mendapat sinaran matahari menjadi malam. HIKMAH KEJADIAN SIANG DAN MALAM 1. Kejadian Siang : a. Manusia dapat bekerja dan mencari rezeki. b. Menjalani aktiviti kemasyarakatan. c. Berjuang membina tamadun dan Negara. 2. Kejadian Malam : a. Dapat berehat setelah penat bekerja. b. Meluangkan masa bersama keluarga. c. Dapat beribadah dengan lebih kusyuk (Qiamullail). PROSES KEJADIAN MANUSIA 1. Allah SWT menjadikan Nabi Adam A.S. daripada tanah tanpa ibu dan bapa. Begitu juga Allah menjadikan Nabi Isa tanpa bapa. Ini membuktikan kekuasaan Allah SWT. 2. Kejadian manusia ditentukan oleh Allah melalui proses biologi, iaitu bermula daripada percantuman sperma dan ovum ( ) di dalam rahim. 3. Kemudian menjadi segumpal darah ( / Zigot ), seterusnya menjadi

Upload: adi-amz

Post on 20-Jul-2015

263 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 tilawah ting 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN DUA

أمزت حسمادي

Bab 4 : MENGHARGAI SUNNATULAH (TILAWAH AL-QURAN)

"Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan

Engkaulah Yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga

yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang

mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi

rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tanpa batasan". (Ali-Imraan ayat : 27)

PENGERTIAN KALIMAH

Engkau masukkan

Malam

Siang

Engkau keluarkan

Yang hidup

Yang mati

PENGERTIAN SUNNATULLAH

1. Sunnatullah ialah cara dan

peraturan yang telah ditetapkan

oleh Allah SWT terhadap makhluk-

Nya.

2. Semua sistem dan perjalanan alam

berlaku dengan kehendak dan

kekuasaan Allah SWT .

KEJADIAN SIANG DAN MALAM

1. Kejadian siang dan malam adalah

satu contoh ketetapan Allah yang

tidak boleh diubah oleh sesiapa.

2. Malam dan siang terjadi adalah

disebabkan fenomena bumi yang

berputar pada paksinya. Bumi

mengambil masa 24 jam untuk

melengkapkan satu putaran.

3. Ketika berputar, permukaan bumi

yang disinari matahari menjadi siang

dan yang tidak mendapat sinaran

matahari menjadi malam.

HIKMAH KEJADIAN SIANG DAN MALAM

1. Kejadian Siang :

a. Manusia dapat bekerja dan

mencari rezeki.

b. Menjalani aktiviti

kemasyarakatan.

c. Berjuang membina tamadun

dan Negara.

2. Kejadian Malam :

a. Dapat berehat setelah penat

bekerja.

b. Meluangkan masa bersama

keluarga.

c. Dapat beribadah dengan lebih

kusyuk (Qiamullail).

PROSES KEJADIAN MANUSIA

1. Allah SWT menjadikan Nabi Adam

A.S. daripada tanah tanpa ibu dan

bapa. Begitu juga Allah menjadikan

Nabi Isa tanpa bapa. Ini

membuktikan kekuasaan Allah SWT.

2. Kejadian manusia ditentukan oleh

Allah melalui proses biologi, iaitu

bermula daripada percantuman

sperma dan ovum ( ) di dalam

rahim.

3. Kemudian menjadi segumpal darah

( / Zigot ), seterusnya menjadi

Page 2: Bab 4 tilawah ting 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN DUA

أمزت حسمادي

seketul daging ( / Embrio ),

tulang ( ), kemudian tulang

tersebut dibaluti daging ( Fetus )

sehingga membentuk janin yang

sempurna lalu ditiupkan roh.

4. Proses kejadian yang unik ini

mempunyai hikmah kepada

manusia, antaranya ialah:

a. Menyedari diri mereka yang

lemah dan hina.

b. Dapat mengenal Pencipta-Nya.

c. Bertambah keimanan terhadap

kekuasaan dan kebijaksanaan

Allah SWT.

d. Mengajar manusia lebih

berdisiplin dan berperancangan

DUNIA JAMBATAN AKHIRAT

1. Kehidupan di dunia adalah

sementara, manusia ditugaskan

untuk melakukan ibadah dan

menjalani kehidupan mengikut

peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan oleh Allah SWT.

2. Kejayaan manusia di akhirat

bergantung kepada sejauh mana

mereka mengabdikan diri kepada

Allah SWT sewaktu berada di dunia.

3. Allah SWT menilai seseorang melalui:

a. Ibadah khusus seperti solat,

puasa, zakat, haji, sedekah dan

sebagaiya.

b. Mengimarahkan dunia dengan

menggunakan nikmat anugerah

Allah dengan cara yang betul.

c. Mentadbir dunia mengikut

hukum dan syariat Allah SWT.

REZEKI PEMBERIAN ALLAH SWT AMAT LUAS

1. Allah SWT telah menentukan rezeki

kepada kita semenjak berada di

dalam kandungan ibu lagi.

2. Manusia diperintahkan berusaha

untuk mendapatkan rezeki. Pada

masa yang sama berdoa memohon

pertolongan Allah SWT.

3. Allah telah menetapkan ajal, rezeki

dan jodoh sejak azali lagi. Manusia

perlulah berusaha untuk

mendapatkannya

4. Tiada siapa yang mengetahui rezeki

yang telah ditetapkan oleh Allah

SWT terhadap seseorang. Oleh itu

manusia diperintahkan berikhtiar

mencari rezeki untuk keperluan

hidupnya.

PENGAJARAN AYAT

1. Setiap makhluk di alam ini terikat

dengan sunnatullah.

2. Setiap manusia telah ditentukan

rezekinya oleh allah SWT. Kita perlu

berusaha dengan cara yang betul

untuk mendapatkannya.

3. Umat Islam diajar agar

memanfaatkan kehidupannya di

dunia ini untuk mencapai

kebahagiaan hidup di dunia dan di

akhirat.

4. Kita wajib redha dengan ketentuan

Allah di dunia ini.

5. Kejadian manusia, alam, siang dan

malam adalah bukti kekuasaan

Allah SWT.

Page 3: Bab 4 tilawah ting 2

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN DUA

أمزت حسمادي

LATIHAN

1. Isikan tempat kosong dengan kalimah yang betul.

.................. .................. ................

.................. ...................

2. Jelaskan pengertiaan Sunnatullah.

…………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………….………………………………...

………………………………………………………………….……………………………………………...

3. Tuliskan dua contoh Sunnatullah yang terdapat di dalam ayat ini.

i. ………………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………………

4. Jelaskan proses terjadinya kejadian siang dan malam.

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

5. Terangkan proses kejadian manusia

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

6. Berikan dua pengajaran yang terdapat di dalam ayat ini.

i. …………………………………………………………………………………………………

ii. …………………………………………………………………………………………………

7. Tulis semula petikan di bawah dengan menggunakan tulisan jawi.

“Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah

terhadap makhluk-Nya.”.

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………