bab 4 tamadun india

Upload: allen-fourever

Post on 09-Jan-2016

195 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kgkj

TRANSCRIPT

  • BAB 4 TAMADUN INDIA

  • HASIL PEMBELAJARAN:

    Pada akhir bab ini, pelajar dapat:

    Menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai tamadun India.

    Menerangkan ciri-ciri utama tamadun India.

    Mengenalpasti sumbangan-sumbangan penting tamadun India kepada tamadun dunia.

  • 4.1 PENGENALAN

    TI berpusat di lembah Sungai Indus yg berkembang dlm pelbagai aspek seperti agama, falsafah, seni, budaya dan sebagainya.

    Dikenali sebagai Harrapa dan dianggap tamadun tertua di dunia yg muncul 3000 s.m.

  • 4.2 KONSEP DAN TAKRIF

    TI merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya yang berpusat di Utara India dan Dravida yang berpusat di Selatan.

  • 4.3 WILAYAH

    4.3.1 Kedudukan Geografi

    - Terletak antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya.

    - Terbahagi kpd utara dan selatan yg dipisahkan oleh pergunungan Vindhya.

    - Benua India terdiri drp negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka.

    - Bersebelahan dgn tamadun Parsi (barat) dan tamadun China (timur).

  • 4.3.2 Masyarakat Indo-Arya (India Utara)

    Bahasa utama ialah Sanskrit, selain bahasa lain iaitu Benggali, Gujarati, Hindi, Kashmir, Punjabi, Urdu. Bhs Sinhala yg digunakan di Sri Lanka juga bhs Indo Arya.

    Merujuk kpd 4 Veda (teks agama) penggunaan utama:Rig , Yajur, Sama dan Atharva : aspek pemikiran, kepercayaan, amalan.

  • 4.3.3 Masyarakat Dravida (India Selatan)

    Bahasa Tamil (bhs ibunda)

    Tinggal di Tamil Nadu, India Selatan. Bersama kump lain spt Telegu, Malayalam, Kannada.

    Kepercayaan, pemikiran, amalan &kehidupan berasaskan kpd mazhab Saivisme dan vaisanavisme.

    Banyak berbicara puisi2 Sangam-berkaitan aspek kehidupan.Cth kewajipan seorg bapa menjadikan anaknya seorg trpelajar dan berbudi.

    Zmn kegemilangannya dikenali zmn sangam.

  • 4.4 MASYARAKAT DAN BUDAYA

    4.4.1. Sistem Keluarga 4.4.2. Sistem Kasta

    4.4.3. Bahasa dan Kesusateraan

  • 4.4.1 Sistem Keluarga

    - Berlandaskan Ashrama Dharma (panduan asas dlm berperilaku mengikut peringkat umur) dan Purusartha (panduan berkenaan objektif hidup)

  • Ashrama dharma

    - Susunlapis mengikut Veda

    - Empat peringkat kehidupan mengikut umur

    1) Brahmacarya

    - Dr kecil hingga umur 24 tahun.

    - 12 thn pertama pembelajaran tidak formal.

    - 12 24 tahun pendidikan formal belajar kitab2 dan menimba ilmu pengetahuan yg sesuai dgn kelas sosial mereka.

  • 2) Grihasta

    - Mula umur 24 48 tahun.

    - Mula hidup berumahtangga, bekerja dan berkhidmat untuk keluarga.

    - Dianggap sebagai peringkat teras masyarakat.

    - Sebelum berkahwin perlu bersedia dalam semua aspek.

    - Umur sesuai berkahwin 21-30 (lelaki) dan 18-25 (wanita).

  • 3) Vanaprasta

    - Umur 48 72 tahun

    - Dikehendaki meninggalkan rumah dan tinggal di hutan untuk bertapa.

    - Merenung hal kerohanian serta moksha (bebaskan diri dari duniawi).

    - Berupaya menasihati anggota masyarakat.

  • 4) Sanyasa

    - 72 tahun ke atas

    - Meninggalkan tempat pertapaan dan kembali kepada masyarakat untuk sebarkan ilmu pengetahuan yg diperolehi.

    - Berupaya mengatasi nafsu dan keinginan kpd perkara-perkara duniawi.

  • Purusartha

    - Empat objektif mulia yg mesti diamalkan oleh umat manusia mengikut pandangan tamadun India.

    1) Aram / dharma peraturan moral dan etika yg bersifat rohani yg ditanam sejak tahap brahmacharya.

    2) Porul / artha kekayaan yg dicari mesti bersandarkan kpd aram (moral).

    3) Inbam / kama melakukan kerja-kerja amal dgn hasil dan kekayaan yg diperolehi.

    4) Vidu / mokhsa mencapai kebebasan rohani.

  • Kedudukan Kaum Wanita

    Masyarakat Indo-Arya Masyarakat Dravida

    -Zaman Veda Awal (1500 s.m 1000 s.m) kaum wanita sangat dihormati. - menjadi orang pertapa dan dibenarkan membawa mazmur-mazmur dan kitab-kitab suci, dan peluang pendidikan yg sama.

    -Zaman veda kemudian (1000 s.m 500 s.m) kedudukan wanita mula merosot dan banyak sekatan dikenakan, hanya diberikan pendidikan asas sahaja sehinggakan hanya diberi peranan untuk urus rumahtangga sahaja.

    -Diberi kedudukan yg tinggi dlm masyarakat namun tidaklah sama taraf dengan lelaki. - digambarkan mempunyai sifat malu dan rendah diri. - menghargai peranan wanita sebagai ibu dan diberi peluang mendapat pendidikan tinggi. - zaman Sangam ada wanita yg menjadi pujangga terkenal dan menjadi pertapa yg disegani dan dihormati.

    -Selepas zaman Sangam kedudukan wanita mula merosot.

  • 4.4.2 Sistem kasta

    - Institusi yg unik dlm TI.

    - Menitikberatkan idea kelas dlm masy: setiap kelas ada peranan masing2.

    1) Sistem Varna hirarki yg tetap dan tidak boleh diubah.

    Lima kasta utama:

    Brahmin(gol pendidik, pendeta),

    Ksatriya (gol pemerintah, tentera),

    Vaisya (peniaga),

    Sudra(pekerja, petani)

    Panchama (golongan murtad dan dibuang dari varna)

  • 2) Sistem Jati - berasaskan kesatuan sekerja dan tidak

    mempunyai hirarki sosial. - Wujud dlm zaman veda (1000 s.m 500 s.m) yg

    bertujuan menjaga kebajikan ahli apabila pemerintah pusat mengalami kemerosotan dan tidak mampu menjamin keselamatan rakyat.

    - Jati : berfungsi berdasarkan pekerjaan. - Bermula di India Utara kemudian tersebar di

    seluruh benua India. - Dikendalikan jawatankuasa yg diwakili oleh lima

    orang yg dikenali sebagai Panchayat. - Berperanan sebagai unit politik kecil dan

    mengalami peningkatan taraf dan perubahan.

  • 4.4.3 Bahasa & Kesusasteraan Bahasa

    Indo Arya (utara) Dravida (selatan)

    Sanskrit (dlm penulisan kitab2 Veda(bhs persuratan)

    Tamil bhs tertua: krn Dravida tlh wujud sblm Arya, Telegu(Andhra Pradesh), Malayalam(Kerala), Kannada(Karnataka)

  • .Kesusasteraan

    Kesusasteraan Sanskrit (utara): Kesusasteraan Dravida / Tamil (selatan)

    Kesusasteraan Vedik 4 kitab Veda (vedik) dlm agama Hindu- -Rig (mazmur kpd dewadewi), -Yajur (mazmur yg digunakan dlm upacara), -Sama (Antologi mazmur Rig bersama muzik), -Atharva (koleksi mazmur utk menjauhkan diri drp penyakit, kematian, sihir) Kesusasteraan Epik - Mahabhrata : dihasilkan oleh Vyasa, mengandungi 24,000 seloka 100,000 seloka adalah karya puisi terbesar di dunia. - Ramayana : dihasilkan oleh Valmiki.

    Tolkappiyam (buku tatabahasa pertama) dicipta oleh Tolkappiyar. 2 tema: - Aham -sifat dalaman (Cinta suci diantara seorg teruna dgn dara) - Puram - sifat luaran (keperwiraan seseorg) Puisi sangam: 2 koleksi: Ettutokai (antologi 8 buah teks yg temanya adalah aham & puram) & Pattupattu (koleksi nyanyian) Tirukkural: dikarang oleh Pujangga Tiruvalluvar. sastera Tamil klasik yg tertua. Kitab pegangan hidup.

  • 4.5 PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA

    Secara amnya bergantung kpd falsafah dan pegangan agama masyarakat India. Hinduisme merangkumi idea-idea agama, falsafah dan budaya. Ia juga mengandungi amalan yg bersifat kepercayaan kepada kelahiran semula, Tuhan yg mutlak, peraturan sebab dan akibat, mengagungkan keadilan dan keinginan untuk melepaskan diri dari kelahiran dan kematian yg semuanya berasal dari India.

  • 4.6 KEPELBAGAIAN AGAMA TAMADUN INDIA

    4.6.1 Ajaran Hindu.

    Agama Hindu/Hinduisme: Sanatana Dharma (kekal abadi). Agama yg terbesar, tertua, pengasas tidak diketahui. Tarikh mula juga tidak diketahui. Bukti muncul ialah dlm TLSI.

    Hindu - 6 mazhab mengikut tuhan / dewa yg disembah:

    - Siva (mazhab Saivisme)

    - Vishnu (Vaisnavisme),

    - Sakti (Sakta),

    - Muruga (Kaumaram),

    - Ganesha (Ganapatiyam),

    - Surya (Sauram).

  • 5 prinsip Hindu- Kewujudan Tuhan yg tunggal, manusia suci, perpaduan melalui percintaan, harmoni agama dan pengetahuan, kitab, mantra yg suci.

    10-disiplin:

    kejujuran(satya),

    Kesederhanaan (ahimsa),

    Tidak berzina (brahmacharya),

    Tidak merompok (asteya),

    tidak minum arak,

    kesucian(aparigraya),

    kebersihan(Shaucha),

    Kepuasan(Santosh),

    mengaji kitab(swadhyaya),

    Penjimatan(Tapas).

    Elakkan karma (balasan/kelahiran semula adalah balasan buruk), harus sucikan diri dari dosa bila mati roh (atma) bersatu dengan Tuhan di alam moksha.

  • 4.6.2 Ajaran Buddha.

    Tiada pengaruh Veda. Pengasas doktrin buddhisme: Siddharta Gautama (suku Shakya di India) anak kpd Raja Suddhodana Gautama. Lahir tahun 563 S.M.

    Sidharta (nama yg diberikan oleh ibubapanya), Gautama (nama keluarga). Buddha pula menandakan seseorang manusia itu tlh mencapai taraf kesedaran kerohanian yg sempurna.

  • Matlamat Buddhisme

    Mengatasi samsara/roda kelahiran semula. Seseorang harus mengikis karma dengan menjauhkan diri daripada perbuatan jahat.

    Hukum karma : menetapkan perbuatan baik dibalas baik, perbuatan jahat dibalas jahat di dalam kehidupan yg akan dtg.

    Karma yg baik bila mati tidak akan dilahirkan semula, roh akan masuk ke alam nirvana.

  • 2 perkara dlm ajaran Buddha

    4 kebenaran mulia:

    - penderitaan itu universal (duhkha),

    - ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya),

    - Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha),

    - ada cara utk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga).

  • Lapan Jalan Mulia

    Pandangan yang betul (kefahaman)

    Aspirasi yang betul (cita-cita)

    Pertuturan yang betul (komunikasi)

    Kelakuan yang betul (aksi)

    Kehidupan yang betul (sara hidup)

    Usaha yang betul (daya usaha)

    Minda yang betul (mental)

    Konsentrasi yang betul (meditasi)

  • Mazhab Buddha

    Hinayana - disebut Teravata/donktrin org berpengalaman. Pengikut mazhab ini mendakwa mereka memelihara donktrin asal Buddha. (India Selatan, Myanmar, Thai, Asia Tenggara).

    Mahayana - pembebasan hanya dpt

    dicapai melalui Bodhisattva/guru

    sebagai org perantaraan.

    (Tibet, Mongolia, Korea, China, Jepun)

  • Etika Buddhisme

    Banyak mempengaruhi kehidupan.

    Lima prinsip dianggap universal dikenali Pancasila (5 Rukun Moral):

    Tidak membunuh,

    Tidak bercakap bohong,

    Tidak merompak,

    Menghindari dari hawa nafsu (zina),

    Tidak minum arak.

    Kesimpulan:

    - Buddha mengajar psikologi dan prinsip moral / etika / nilai murni dalam kehidupan.

  • 4.6.3 Agama Jaina

    Diasaskan oleh Vardharmana / gelaran Mahavira (pahlawan besar)

    Muncul kerana tidak puas hati terhadap peraturan dlm Hindu dan masyarakat terutama sekali sistem kasta.

    Menurut Mahavira, penghidupan manusia adalah penderitaan yg disebabkan adanya kehendak. Apabila seseorg dpt buang kehendak

    maka terbukalah jalan utk capai moksha.

    Jalan utk capai moksha: Keyakinan + Pengetahuan + kelakuan yang benar.

    Etika Jainisme

    Kesederhanaan, kasih sayang, tidak menyakitkan benda hidup melalui pertuturan, pemikiran, dan tindakan. Agama yg mengutamakan cinta kpd semua benda hidup.

    5 perkara: Kesederhanaan (ahimsa), bercakap benar, tidak mencuri, pentingkan kesucian, tidak bergantung kepada orang lain.

  • 4.6.4 Agama Sikh

    Diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539)

    Ajarannya menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan.

    Agama monoteisme.

    Kepercayaan utama ialah kewujudan Tuhan yang satu dan Tuhan mempunyai sifat kesempurnaan.

    Menghormati simbol 5K (lelaki)

    -Kesh (rambut)

    -Kangha (sikat)

    -Kara (gelang)

    -Kirpan (pedang)

    -Kachera (seluar pendek)

  • Ciri-ciri dalam ajaran agama Sikh:

    Persamaan.

    > Ciriciri Islam - menolak penggunaan patung sebagai gambaran Tuhan

    >Ciri-ciri Hinduisme - konsep kelahiran semula (Reincarnation)

    Juga menekankan kekayaan nilai moral, pertalian keluarga, dan pelajaran.

    Menolak sifat sombong bagi mencapai kepada Tuhan.

  • 4.7 PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN INDIA

    Zaman pertengahan tamadun India dikaitkan dengan zaman Islam, wlupun didominasi oleh Islam namun masih wujud masyarakat agama lain terutamanya Hindu.

    Bermula sejak pemerintahan Islam di Baghdad hinggalah kerajaan Ghaznawi di Afghanistan, sehinggalah pemerintahan Islam lain antaranya kesultanan Ghori (1186 1289), kesultanan Delhi (1289 1527) dan kerajaan Mughal (1530 1689).

  • Peranan Islam dalam tamadun India

    - Pusat perkembangan intelektual, kebudayaan dan kesenian Islam seperti di Ghazna.

    - Munculnya ilmuan Islam antaranya Abun Nasr al-Farabi, Abu Raihan al-Biruni dan Abu Bakar al-Khawarizmi.

    - Melahirkan bahasa baru iaitu bahasa Urdu.

    - Senibina Taj Mahal, Kota Agra dan Qutb Minar.

    - Perkenalkan sistem masyarakat tanpa kasta dan memartabatkan kaum wanita dgn hapuskan amalan dowri dan amalan sutti / sati.

  • 4.8 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TAMADUN INDIA DLM PELBAGAI

    BIDANG.

  • 4.8.1 Kesenian

    Seni Halus

    - Tarian

    Tarian klasik seperti Bhrata Natyam dan Kathak dipersembahkan serentak dgn muzik dan drama.

    - Muzik

    kombinasi irama dan melodi dan ada alat-alat muzik yg diketuk, ditiup dan dipetik.

    - Drama

  • SENI BINA. - Rumah (Terletak di sepanjang jalan raya) jalanraya yg terancang. - sistem perparitan & longkang yg tertutup bagi menjamin kesihatan

    penduduk. - Kolam permandian: air kolam boleh dikosongkan & diisi semula bagi

    kegunaan aktiviti keagamaan. - Benteng pengawal banjir: Keselamatan masyarakat - Gudang sebagai bukti kemajuan dlm bidang ekonomi: yg digunakan

    utk menyimpan bijirin terutama gandum.

  • SENI UKIR

    Contoh:

    - Tiang Asoka

    - Ukiran gua Ajanta dan Ellora

    - Ukiran pada duit syiling India zaman Gupta.

    - India Utara : Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva.

    - India Selatan : kuil batu Mallapuram, kuil Brigathiswarar.

    - Seni ukir spt di kuil dewa Govinda, Taj Mahal dan Masjid Jami.

  • SENI LUKIS

    Contoh : Lukisan unsur keceriaan dan kegamaan di gua Ellora, Badami dan Bagh diilhamkan drp epik klasik seperti Ramayana dan Mahabrata.

    SAINS DAN TEKNOLOGI

    - Matematik

    - Astronomi

    - Fizik dan Kimia

    - Perubatan

  • Matematik

    - Permulaan geometri, algebra dan trigonometri.

    - Penggunaan digit 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9.

    - Kiraan punca kuasa dua, punca kuasa tiga dan persamaan kuadratik.

  • Astronomi

    - Tercatat dlm Jyotisa iaitu salah satu bahagian utama dalam kitab Veda.

    - Pengiraan utk tentukan tarikh dan masa bg upacara pengorbanan.

    - Menjumpai 7 planet dlm galaksi.

    - Kenalpasti 27 bintang yg mempengaruhi ilmu menilik.

  • Fizik dan Kimia

    - Meneroka konsep jirim berdasarkan intuisi dan logik.

    Perubatan

    - Ilmu fisiologi, pernafasan, reproduksi manusia, pembedahan, farmakiologi dan perubatan haiwan.

    - Meneroka hasil ubat dr haiwan, tumbuhan dan mineral.

  • 4.9 KESIMPULAN

    Sebagai salah satu tamadun tertua, setiap tamadun telah berjaya membentuk tamadun nya sendiri.

    Contohnya tamadun India, peninggalan kebudayaan, kuil2 Hindu merupakan manifestasi daripada ajaran Hindu itu sendiri yang membentuk pandangan semesta masyarakat India.

    Perkembangan agama Islam ke kawasan Asia juga turut dikaitkan dengan peranan tamadun India.

  • RUJUKAN Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman @ Mohamad.(2013).

    Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia.

    Mohamad Nurhakim.(2008). Jatuhnya Sebuah Tamadun. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

    Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir & Siti Halimah Putung.(2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Puchong:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.