bab 4 peta minda.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    1/8

    1

    Pilihan raya NegeriPendidikan Alat Perpaduan

    Pilihan raya Majlis Perundangan

    Persekutuan (MPP)

    Pembentukan Parti PerikatanUsaha Parti-parti Politik MewujudkanPerpaduan Kaum Pilihan raya Majlis Bandaran

    Kerjasama Antara Kaum Ke ArahKemerdekaan

    Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum Kerjasama Kaum ke Arah BerkerajaanSendiri

    Penubuhan Jawatankuasa Hubungan

    Antara Kaum

    Kelonggaran Syarat Kerakyatan

    Persekutuan

    Sistem Ahli

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    2/8

    2

    Jawatankuasa Hubungan antara Kaum

    (CLC), pada peringkat awal dianggotai

    oleh orang Melayu yang diwakili olehDato Onn Jaafar (UMNO) dan orang

    Cina yang diwakili oleh Tun TanCheng Lock (Malayan Chinese

    Association MCA).

    Penubuhan Jawatankuasa HubunganAntara Kaum

    Mulai Ogos 1949, CLC dianggotai oleh

    seorang wakil daripada kaum India,Ceylon, Serani dan Eropah.

    KEARAH MENCAPAIPERPADUAN KAUM

    Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di negara kita telah bermula sejak tahun1949 melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum atau CommunityLiaison Committee (CLC)

    British telah mensyaratkan kerjasama antara kaum sekiranya mahukankemerdekaan.

    penting dalam usaha menjamin kestabilan politik serta keharmonian masyarakat danNegara.

    British bertindak dalam usahanya memastikan pertumbuhan ekonomi danpelaburannya di Persekutuan Tanah Melayu tidak terjejas.

    Kesemua kompromi ini

    diterima sebagai satulangkah untuk

    melahirkan Persekutuan

    Tanah Melayu yangMerdeka.

    Sir Malcom MacDonald (Gabenor

    Jeneral Asia Tenggara) Penasihat CLCdan dipengerusikan oleh Dato E.E.CThuraisingam.

    Hasil daripada tolak ansur, akhirnyasatu kompromi telah dipersetujui

    iaitu:

    UMNO mengemukakan memorandum

    mempertahankan ketuanan Melayu,

    sebaliknya CLC menolak memorandumtersebut

    i. Syarat kerakyatan Persekutuan TanahMelayu dilonggarkan.

    ii. Orang Melayu diberi bantuan ekonomidan pelajaran.

    iii. Pilihan raya akan diadakan pada masayang sesuai di peringkat majlis bandaran,

    negeri dan Majlis PerundanganPersekutuan.

    iv. Membentuk sistem pendidikanmewajibkan bahasa Melayu dan bahasa

    Inggeris sebagai bahasa pengantar.

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    3/8

    3

    Usaha Parti-parti Politik MewujudkanPerpaduan Kaum

    1. Beberapa buah parti telah ditubuhkan dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu.2. Parti Negara, Menteri Besar dan pihak British telah mengadakan Konferensi Nasional dalam usaha

    melahirkan kerjasama politik.3. UMNO, MCA dan MIC telah bekerjasama membentuk Parti Perikatan. Persatuan Islam Se-Malaya turut

    bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi Nasional.

    4. Kedua-dua Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional adalah merupakan medan perbincangan untukmencari jalan mewujudkan perpaduan kaum dan kepentingan mengadakan pilihan raya.

    UMNO, ditubuhkan pada tahun 1946.Dato OnnJaafar berusaha

    mewujudkan perpaduan denganmembuka keahlian UMNO kepadaorang bukan Melayu, melonggarkan

    syarat kerakyatan dan mencadangkanSistem Ahli. UMNO semasa Tunku

    Abdul Rahman berusaha mewujudkan

    perpaduan dengan menubuhkan PartiPerikatan.

    Usaha Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum

    MIC ditubuhkan pada tahun 1946.Tokoh utamanya K.L Devaser

    berusaha mewujudkan perpaduandengan menyokong perjuangan Dato

    Onn Jaafar dan IMP tentang

    kerjasama kaum dalam sebuah partidan menganggotai Parti Perikatan

    pada tahun 1955.

    PAS ditubuhkan pada tahun 1951dipimpin oleh Haji Ahmad Fuad.

    PAS menyokong usaha mewujudkanperpaduan dengan membuka keahlianparti kepada semua orang Islam tanpa

    mengira kaum dan menyertaiKonvensi Nasional tajaan UMNO

    pada tahun 1954.

    IMP ditubuhkan pada tahun 1951. Tokoh utama IMP ialah

    Dato Onn Jaafar berusaha untuk mewujudkan perpaduandengan menegakkan jkonsep kerjasama kaum dalam sebuah

    parti dan membuka keahlian kepada semua kaum.

    MCA ditubuhkan pada tahun 1949. Tokoh utamanya TunTan Cheng Lock menyokong perjuangan Dato Onn Jaafar

    dan IMP berkaitan kerjasama kaum dalam sebuah parti dan

    menyokong Tunku Abdul Rahman membentuk PartiPerikatan.

    Parti Negara ditubuhkan pada tahun

    1954 oleh Dato Onn Jaafar. Beliauberusaha mewujudkan perpaduandengan membuka keanggotaan Parti

    Negara kepada semua kaum,menerima kerakyatan jus soli dengan

    syarat ibu atau bapa telah menjadi

    warganegara Tanah Melayu danmendukung konsep kerjasama kaum

    dalam satu parti.

    Kesemua parti tersebut telah berusaha untukmewujudkan perpaduan kaum dalam usahamendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

    Usaha murni ini diasaskan oleh Dato Onn danditeruskan oleh Tunku Abdul Rahman.

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    4/8

    4

    Sekolah Vernakular Melayu tahun 1950-an

    Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan dibiayai olehBritish.

    Pengajian hanya diperingkat rendah, dibina terutamanya di kawasan luarbandar dan persekitaran belajarnya sangat dhaif.

    Lulusan sekolah ini tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi kerajaan danhanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) untuk dilatih menjadi guru sekolah Melayu.

    Sekolah Agama Islam pada tahun 1950-an

    a. Sekolah agama Islam terdiri daripada sekolahpondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan

    sekolah agama.

    b. Bahasa Melayu atau bahasa Arab menjadi bahasapengantar, dibiayai sendiri dan bebas daripadakawalan pihak British.

    c. Sekolah agama mempunyai sistem pengajian diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

    d. Pelajar-pelajar sekolah agama berpeluangmelanjutkan pelajaran ke Indonesi, Mesir dan India.

    Sekolah Inggeris pada tahun 1950-an

    a. Sekolah Inggeris ditubuhkan sejak abad ke-19 danmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    b. Kerajaan British telah mengambil alih sekolah Inggeriskerana keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja rendah disektor kerajaan dan swasta.

    c. Kebanyakan sekolah Inggeris dibina di bandar, parapelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkatkolej dan universiti dalam dan luar negeri.

    d. Pelajar sekolah Inggeris berpeluang menjawat jawatan tinggidan dipandang tinggi oleh masyarakat.

    Pendidikan Alat Perpaduan(Sistem Pendidikan Sebelum

    Merdeka)

    Sekolah Tamil pada tahun 1950-an

    a. Sekolah Tamil ditubuhkan oleh pengurusan estet sebagaisatu tanggungjawab social terhadap pekerja ladang.

    b. Sukatan pelajaran sekolah Tamil berasaskan sistempendidikan di Negara India.

    c. Guru-guru yang mengajar dibawa dari India danpengajiannya hanya di peringkat rendah sahaja.

    d. Pelajar sekolah Tamil tidak berpeluang untuk menjawatjawatan yang bergaji lumayan.

    e. Sekolah Tamil kurang mendapat sambutan kerana ibu bapalebih suka anak-anak mereka membantu beker a di ladan .

    Sekolah Cina pada tahun 1950-an

    a. Sekolah Cina ditubuhkan sejakakhir abad ke-19 oleh pihakpersendirian dan parti-parti

    politik.b. Sukatan pelajaran, tenaga

    pengajar buku teks telah dibawa

    masuk dari negara China.c. Sekolah Cina bertujuan untuk

    mengekalkan identiti kecinaan diTanah Melayu.

    d. Sekolah Cina telah berkembangpesat sebagai institusi ilmu,budaya dan bahasa Cina di

    seluruh Tanah Melayu danSingapura, serta mendapat

    sokongan penuh masyarakat Cina.

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    5/8

    5

    Rumusannya

    1. Penolakan laporan Barnes oleh laporan Fenn-Wu kerana menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggerismenyebabkan matlamat untuk menggunakan sistem pendidikan yang sama, tidak dapat dilaksanakan.

    2. Bagaimanapun Laporan Razak menerima laporan Barnes dan dalam masa yang sama demi menjagakeharmonian politik, laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

    selama sepuluh tahun selepas merdeka.3. Sekolah-sekolah Venarkular ini akhirnya akan menjadi sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu

    sebagai bahasa pengantar.

    Laporan Barnes 1951

    Mewajibkan pendidikan peringkat sekolahrendah.

    Bahasa pengantar sekolah rendahmenggunakan bahasa Melayu dan bahasa

    Inggeris.

    Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantardi sekolah menengah.

    Laporan Fenn-Wu 1951

    Menolak sistem pendidikan yangcadangkan oleh laporan Barnes.

    Mahu sistem pendidikan venakular Cinadikekalkan.

    Laporan Razak 1956

    a. Pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah wajibb. Mengadakan sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayusebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah.c. Mengadakan sekolah jenis umum yang menggunakan bahasa Cina,

    bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

    d. Bahasa ibunda akan diajar sekiranya terdapat 15 orang pelajar danmereka memohon untuk belajar.

    e. Menggunakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihanperguruan dan sistem nazir yang sama.

    Laporan Pelajaran bagi

    Merapatkan Jurang dan Perpaduan

    di Kalangan Penduduk di Tanah

    Melayu

    Ordinan Pelajaran 1952

    Mewajibkan pendidikan peringkatsekolah rendah.

    Sekolah rendah menggunakan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar

    Sekolah menengah menggunakanbahasa Inggeris sebagai bahasapengantar.

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    6/8

    6

    SISTEM AHLI1. Sistem Ahli telah diperkenalakan pada tahun 1951,

    untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain

    menerajui pentadbiran Tanah Melayu.2. Idea penubuhan sistem ahli telah dicetuskan oleh Dato

    Onn Jaafar setelah berbincang dengan Sir HenryGurney dan mendapat persetujuan daripada Raja-raja

    Melayu.

    3. Sistem Ahli diperkenalkan pada bulan April 1951sehingga bulan Jun 1955.

    4. Ciri-ciri Sistem Ahli:-i. Sistem kabinet bayangan yang terdiri beberapa orang

    pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang

    jawatan yang dibentuk.ii. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli.iii. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British

    dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

    iv. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitulima orang penduduk Tanah Melayu (tiga orang Melayu,

    seorang India dan seorang China) dan empat orang

    pegawai Inggeris.v. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya

    Tinggi.

    5. Antara anggota Sistem Ahlii. Dato Onn Jaafar, Ahli dalam Negeriii. Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid, Ahli Pertanian

    dan Perhutananiii. Dr. Lee Tiang Keng, Ahli Kesihataniv. E.E.C Thuraisinggam, Ahli Pelajaranv. Dato Mahmud Mat, Ahli Tanah, Perlombongan dan

    Perhubungan

    6. Pada tahun 1955, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman wakilUMNO dan Tun H.S. Lee wakil MCA dilantikmenganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan

    perpaduan kaum yang lebih kukuh di Tanah Melayu.

    Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan1. Kelonggaran syarat kerakyatan diperingkat Persekutuan dan negeri bertujuan

    membolehkan golongan imigran mencurahkan taat setia kepada Persekutuan

    Tanah Melayu dan mengelakkan mereka menyokongan PKM.2. Di peringkat Persekutuan, syarat kerakyatan dilonggarkan dengan cara:-i. Kuat kuasa Undang-undanga. Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayub. Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang lahir di Negeri-

    negeri Selat.

    ii. Secara Permohonana. Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang berumur 18 tahun

    ke atas, berkelakuan baik dan sedia mengangkat sumpah taat setia kepada

    Persekutuan.

    iii. Secara Naturalisasia. Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang telah menetap di

    negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut.3. Di peringkat negeri, syarat kerakyatan dilonggarkan dengan cara:-

    i. Secara Kuat Kuasa Undang-undanga. Orang Asli di negeri-negeri Melayub. Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayuc. Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu dan salah seorang

    daripada ibu atau bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.

    ii. Secara Permohonana. Seseorang yang mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri Melayu,

    berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja dan melepaskan

    kerakyatan Negara asal.4. Kelonggaran ini menyebabkan, rakyat raja bukan sahaja terdiri daripada

    orang Asli dan orang Melayu tetapi juga termasuk golongan imigran.5. Sebagai tukar ganti kelonggaran syarat kerakyatan, Lembaga Pembangunan

    Desa (RIDA) telah ditubuhkan untuk memajukan sosioekonomi orang

    Melayu khususnya masyarakat luar Bandar.6. RIDA merupakan satu cara untuk memujuk orang Melayu supaya bersetuju

    dengan kelonggaran syarat kerakyatan.

    7. Tukar ganti ini merupakan lambang kerjasama erat antara orang Melayudengan orang bukan Melayu demi merealisasikan perpaduan kaum.

    Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    7/8

  • 8/14/2019 bab 4 peta minda.pdf

    8/8

    8

    Pilihan raya Majlis Bandaran

    1. Sebelum merdeka , ahli-ahli MajlisBandaran dipilih melalui pilihan raya.

    2. Pilihan raya Majlis Bandaranmemberi peluang kepada penduduk

    tempatan menjalankan

    tanggungjawab mereka ke arahberkerajaan sendiri.

    3. Pilihan raya Bandaran yang pertamatelah diadakan di George Town pada

    bulan Disember 1951.4. Dalam pilihan raya ini, parti radikal

    yang dianggotai pelbagai kaum telah

    memenangi enam daripada sembilankerusi yang dipertandingkan.

    5. Perikatan UMNO-MCA dibentukuntuk menghadapi pilihan raya MajlisBandaran Kuala Lumpur yangdiadakan pada Februari 1952.

    6. Dalam pilihan raya ini, UMNO danMCA telah bekerjasama. UMNO diwakili oleh Dato Yahya Razak dan

    MCA oleh Tun H.S. Lee. Dalampilihan raya ini gabungan UMNO-

    MCA telah memenangi sembilan

    daripada dua belas kerusi yang

    dipertandingkan.7. Dalam pilihan raya bandaran yang

    lain UMNO-MCA memenangi 26

    daripada 37 kerusi yang

    dipertandingkan dan ini telahmendorong kerjasama UMNO-MCA

    di peringkat pusat hingga membawakepada terbentuknya Perikatan

    UMNO-MCA pada tahun 1954.

    Pilihan raya Negeri

    1.Dalam pilihan raya negeritahun 1954, Perikatan

    UMNO-MCA memenangi226 daripada 268 kerusi

    yang dipertandingkan.

    2.Kemenangan inimembuktikan

    permuafakatan kaum dalampelbagai parti dapat diterima

    oleh penduduk Tanah

    Melayu.3.Konsep kerjasama ini

    mengukuhkan keyakinanrakyat terhadap Parti

    Perikatan.

    Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

    1. British telah menubuhkan sebuah JawatankuasaPilihan Raya dalam Majlis Perundangan

    Persekutuan pada tahun 1954.2. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin Parti

    Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai tinggi

    British.3. Jawatankuasa ini mencadangkan 52 kerusi dipilih

    melalui pilihan raya dan 48 ahli MMP dilantik oleh

    Pesuruhjaya British.

    4. Parti Perikatan menyertai pilihan raya MajlisPerundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955.

    5. Manifesto Perikatan:-i. Kemerdekaaan dalam masa 4 tahun.ii. Mewajibkan pendidikan rendah.iii. Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan.iv. Menamatkan darurat.v. Melindungi hak Raja-Raja Melayu.6. Dalam pilihan raya ini Perikatan telah memenangi

    51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan 1

    kerusi dimenangi oleh PAS.7. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya

    Majlis Perundangan Persekutuan kerana:-i. Sikap tolak ansur parti yang bertanding dalam

    pembahagian kerusi pilihan raya

    ii. Kebijaksanaan pemimpin parti berundingmenyelesaikan masalah politik

    iii. Kesediaan semua kaum berkongsi kuasa dalampolitik negara.

    iv. Bersatu menolak pengaruh Parti Komunis Malaya.v. Semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai

    kemerdekaan.

    vi. Manifesto pilihan raya diterima umum.8. Kemenangan Parti Perikatan menggambarkan dasar

    kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan

    yang terbaik dalam masyarakat yang berbilang

    kaum.

    Pilihan Raya

    Kesimpulan

    1. Perpaduan kaum merupakanperkara penting bagi perpaduannegara.

    2. Kerjasama kaum menjadipegangan pemimpin negara yangsentiasa berusaha merealisasikan

    perpaduan kaum di negara kita.

    3. Kerjasama kaum adalahmerupakan pendekatan terbaik

    yang diterima oleh masyarakat

    berbilang kaum di Persekutuan

    Tanah Melayu.