bab 4 pemikiran politik dan pemerintahan

3
BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM 2. Pemikiran Politik dan Pemerintahan 1. Politik bermaksud ilmu berkenaan cara pemerintahan, ilmu siasah atau ilmu kenegaraan. Ia juga bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. 2. Politik dalam Islam menjurus kegiatan ummah kepada usaha mendokong dan melaksanakan syariat melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. 3. Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam dan tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam (Dar al-Islam) 1 2.1 Asas Politik Islam a. Hakimiyyah Ilahiyyah 1. Ia bermaksud kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi hanyalah hak mutlak Allah s.w.t. Justeru teras utama sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah s.w.t. 2 2. Firman Allah s.w.t: ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈ ﰈDan Dialah Allah, tiada Tuhan selain-Nya. Segala puji bagi Allah di dunia dan akhirat; dan bagi-Nya segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan3 b. Risalah 1. Bermaksud kerasulan. Kerasulan sejak Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas terpenting dalam sistem politik Islam. 2. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi (Allah) dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia. 3. Para rasul bertindak sebagai penyampai, penafsir dan penterjemah segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan. Segala perlakuan dan pengakuan rasul menjadi ikutan manusia. 4 4. Firman Allah s.w.t: 1 Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 77 2 Ibid., hlm 77. Lihat juga Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 116 3 Surah al-Qasas: ayat 70 4 Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 77 dan Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 117 1

Upload: matserabut

Post on 16-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

BAB 4PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

2. Pemikiran Politik dan Pemerintahan

1. Politik bermaksud ilmu berkenaan cara pemerintahan, ilmu siasah atau ilmu kenegaraan. Ia juga bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.2. Politik dalam Islam menjurus kegiatan ummah kepada usaha mendokong dan melaksanakan syariat melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.3. Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam dan tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam (Dar al-Islam)[footnoteRef:2] [2: Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 77]

2.1 Asas Politik Islam

a. Hakimiyyah Ilahiyyah1. Ia bermaksud kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi hanyalah hak mutlak Allah s.w.t. Justeru teras utama sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah s.w.t.[footnoteRef:3] [3: Ibid., hlm 77. Lihat juga Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 116]

2. Firman Allah s.w.t: Dan Dialah Allah, tiada Tuhan selain-Nya. Segala puji bagi Allah di dunia dan akhirat; dan bagi-Nya segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan[footnoteRef:4] [4: Surah al-Qasas: ayat 70]

b. Risalah1. Bermaksud kerasulan. Kerasulan sejak Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas terpenting dalam sistem politik Islam.2. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi (Allah) dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.3. Para rasul bertindak sebagai penyampai, penafsir dan penterjemah segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan. Segala perlakuan dan pengakuan rasul menjadi ikutan manusia.[footnoteRef:5] [5: Ramawan bin Ab. Rahman et.al, op.cit, hlm. 77 dan Mohd Nasir Ayub et.al, op.cit, hlm. 117]

4. Firman Allah s.w.t: Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya[footnoteRef:6] [6: Surah al-Hasyr: 7]

c. Khilafah1. Bermaksud perwakilan. Manusia adalah wakil Allah s.w.t di dunia dengan diberi amanah untuk mentadbir dan mengatur alam ini dengan berpandukan peraturan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.2. Manusia perlu sedar bahawa kekuasaan mereka adalah terbatas kerana mereka hanyalah pemegang amanah bukan penguasa atau pemilik mutlak alam ini. Pemilik mutlak alam ini hanyalah Allah s.w.t kerana Allah s.w.t Pencipta segala sesuatu.3. Firman Allah s.w.t: Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.[footnoteRef:7] [7: Surah Ali-Imran: ayat: 189.]

Kemudian Kami jadikan kamu di muka bumi ini, pengganti mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa yang kamu akan lakukan[footnoteRef:8] [8: Surah Yunus: ayat 14]

2.2 Prinsip Utama Sistem Politik Islam

a. Syura1. Asas penting dalam pemilihan ketua negara dan orang-orang yang layak untuk menjawat tugas utama dalam pentadbiran.2. Ia juga berperanan dalam menentukan pelaksanaan undang-undang yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah, menyelesaikan masalah baru yang timbul dalam masyarakat melalui proses ijtihad.

b. Keadilan 1. Keadilan merupakan asas penting dalam sistem perundangan, perekonomian, pemerintahan dan sosial dalam Islam.2. Prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, keadilan antara pihak yang bersengketa dan sebagainya.3. Pemerintah Islam dituntut berlaku adil terhadap rakyat. Rasulullah s.a.w pernah menyebut bahawa pemimpin yang adil adalah antara tujuh golongan yang dijanjikan perlindungan Allah s.w.t di hari pembalasan kelak.

c. Kebebasan1. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada makruf dan kebajikan.2. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar mempunyai tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam dan menjadi salah satu asas utama bagi perlembagaan negara Islam.3. Kebebasan dalam Islam adalah hak milik semua makhluk namun tertakluk kepada batas-batas syariat Islam.

d. Persamaan 1. Ianya bermaksud mendapat dan menuntut hak dalam sesebuah negara. 2. Persamaan dalam memikul tanggungjawab seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang perlembagaan, tiada pengecualian berdasarkan pangkat, kedudukan, warna kulit, agama, bangsa dan sebagainya.3. Pemimpin perlu melihat rakyat sebagai satu rumpun yang perlu dijaga dan dipelihara hak mereka dengan tidak mengamalkan sikap diskriminasi.

2.3 Tujuan Politik Menurut Islam

1. Para fuqaha Islam telah menggariskan beberapa perkara penting sebagai tujuan sistem politik dan pemerintahan, antaranya:a. Memelihara keimanan umat Islamb. Melaksanakan keadilan dan menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakatc. Menjaga dan memelihara keamanan daerah-daerah Islamd. Melaksanakan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarae. Mengawal perbatasan negara daripada serangan pihak luarf. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islamg. Mengendalikan urusan zakat, cukai dan sedekahh. Mengatur belanjawan dan perbelanjaan negara bagi mengelak pembaziran

3