bab 4 ekonomi

Upload: amalinaibrahim

Post on 06-Jan-2016

293 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

struktur pasaran

TRANSCRIPT

  • BAB 4STRUKTUR PASARAN, PENENTUAN HARGA DAN OUTPUTDisediakan oleh:Nursyakina binti SudarmoNurul Izzati binti YahayaHaslina binti SallehAzira binti Abdullah

  • KONSEP HASIL DAN HUTANGKONSEP HASIL1) Jumlah hasil (TR) - Jumlah hasil diperoleh dengan mendarabkan harga dengan jumlah output pasaran - Jumlah hasil merupakan pendapatan kepada firma - Rumus : Jumlah hasil = Harga x Output TR = P x Q 2) Hasil purata (AR) - Hasil purata merupakan pendapatan yang diterima daripada setiap unit output - Hasil purata diperoleh dengan membahagikan jumlah hasil dengan jumlah output - Rumus : Hasil purata = Jumlah hasil Output AR = TR Q

  • 3) Hasil sut (MR) - Hasil sut merupakan perubahan jumlah hasil kesan daripada perubahan satu unit output - Hasil sut diperoleh dengan membahagikan perubahan jumlah hasil dengan perubahan jumlah output - Rumus : Hasil sut = Perubahan jumlah hasil Perubahan output MR = TR Q

  • KONSEP UNTUNGUntung perakaunan - Untung perakaunan merupakan perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos - Kos pengeluaran firma meliputi upah buruh, sewa kilang atau bangunan, kos bahan mentah dan bunga atas modal yang dipinjam - Semua kos ini merupakan kos eksplisit (kos nyata) atau kos perakaunan - Untung perakaunan tidak mengambil kira kos lepas, iaitu bayaran atas penggunaan faktor pengeluaran kepunyaan pemilik firma, seolah-olah faktor pengeluaran tersebut diperoleh secara percuma - Rumus : Untung perakaunan = Jumlah hasil Jumlah kos

  • 2) Untung ekonomi - Untung ekonomi merupakan perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos implisit, iaitu kos ekonomi - Kos implisit mrupakan kos yang sepatutnya dibayar kepada faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran - Contoh : Upah yang perlu dibayar kepada pemilik sendiri, sewa yang perlu dibayar atas tanah atau bangunan milik sendiri dan bunga atas modal sendiri - Untung ekonomi mengambil kira kos faktor milik sendiri kerana penggunaannya melibatkan kos lepas - Rumus : Untung ekonomi = Untung perakaunan Kos implisit atau = Jumlah hasil Jumlah kos Kos implisit atau = Jumlah hasil (Kos eksplisit + Kos implisit)

  • Struktur Pasaran1) Dua bentuk pasaran : - Pasaran persaingan sempurna - Pasaran persaingan tak sempurna2) Pasaran persaingan tak sempurna terdiri daripada pasaran monopoli dan pasaran persaingan bermonopoli3) Ciri pengelasan firma kepada bentuk atau jenis pasaran:Bilangan firma dalam pasaranJenis barang yang dikeluarkanKuasa menentukan harga di pasaranKebebasan keluar masuk firma dalam pasaranBentuk persaingan

  • Pasaran persaingan sempurnaDEFINISIPASARAN PERSAINGAN SEMPURNA MERUPAKAN SATU PASARAN YANG MEMPUNYAI RAMAI PENJUAL DAN PEMBELI SERTA TERLIBAT DALAM PENGELUARAN BARANG HOMOGEN YANG DIJUAL BELI PADA TINGKAT HARGA YANG DITENTUKAN DI PASARAN

  • Ciri-ciri RAMAI PEMBELI DAN PENJUAL Mempunyai bil. pembeli & penjual yg relatif banyak di pasaran Ramai pembeli kuantiti keluaran yg dibeli oleh setiap pembeli adalah kecil berbanding dgn jumlah keluaran dalam pasaran. Oleh itu, setiap pembeli tidak dapat mempengaruhi harga pasaran.Ramai penjual kuantiti keluaran yg dihasilkan oleh setiap firma adalah kecil berbanding dgn jumlah keluaran dalam pasaran. Oleh itu, setiap penjual tidak dapat mempengaruhi harga dalam pasaran.

  • 2.KELUARAN HOMOGEN Barang yang dihasilkan adalah sama & merupakan pengganti sempurna antara satu sama lain. Oleh itu, setiap firma akan menjual keluaran pada harga yang sama di pasaran.Memandangkan keluaran setiap firma dijual pada harga yg sama di pasaran, firma pasaran persaingan sempurna tidak terlibat dalam persaingan bukan harga untuk mempromosi jualanFIRMA SEBAGAI PENERIMA HARGA Setiap firma pasaran persaingan sempurna tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran. Harganya ditentukan oleh kuasa permintaan & penawaran di pasaran.

  • Penerima harga akan menerima harga yang telah ditetapkan di pasaran.Ini bermakna, setiap firma boleh menjual seberapa banyak keluarannya tetapi tidak dapat mempengaruhiharga pasaran.

    4. FIRMA BEBAS MASUK & KELUAR Apabila firma mendapat keuntungan, firma baru bebas masuk ke dalam pasaran tanpa sebarang halangan.Sebaliknya, apabila firma mengalami kerugian, firma bebas keluar tanpa sebarang sekatan.Ciri ini menyebabkan pasaran persaingan sempurna sentiasa mempunyai ramai pembeli & penjual.

  • PEMBELI & PENJUAL MEMPUNYAI PENGETAHUAN SEMPURNA Mempunyai pengetahuan sempurna tentang pasaran .Penjual mengetahui harga pasaran & tempat untuk mendapatkan faktor pengeluaran pada kos yg rendah. Harga faktor pengeluaran ditentukan oleh faktor pasaran. - penjual membeli faktor pengeluaran pd harga yg ditentukan di pasaran- pembeli juga mengetahui tingkat harga di pasaran Oleh itu, mereka tidak akan membeli pd harga yg lebih tinggi drpd harga pasaran.Memandangkan pembeli & penjual mempunyai pengetahuan sempurna tentang pasaran, hanya terdpt satu harga sahaja bagi keluaran pasaran persaingan sempurna.

  • 6. MOBILITI FAKTOR PENGELUARAN ADALAH SEMPURNA Faktor pengeluaran bebas bergerak dari satu ke satu firma lain bagi membolehkan pengusaha mendapat pulangan yg baik.Perbezaan harga faktor akan menyebabkan faktor pengeluaran terus bergerak sehingga satu tingkat harga keseimbangan dicapai di pasaran faktor.Oleh itu, tiada pemonopoli dalam penggunaan faktor pengeluaran.

  • BENTUK KELUK PERMINTAAN, KELUK JUMLAH HASIL, KELUK HASIL PURATA DAN KELUK HASIL SUTKELUK PERMINTAAN FIRMA DAN INDUSTRI Oleh sebab firma-firma dalam pasaran persaingan sempurna tidak dapat mempengaruhi pasaran akibat bilangan penjual/firma yang banyak dan keluaran yang homogen, maka firma akan bertindak sebagai penerima harga yang ditetap oleh pasaran.Rajah 6.1(a) menunjukkan keseimbangan asal pasaran dicapai pada titik E1, iaitu apabila keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk D1D1. Kuasa permintaan dan penawaran telah menentukan harga keseimbangan P1.

  • Firma akan menerima harga P1 sebagai tingkat harga untuk keluarannya [Rajah 6.1(b)]. Firma boleh menjual seberapa banyak kuantiti yang dikehendaki. Oleh itu, keluk permintaan firma adalah berbentuk anjal sempurna atau garis mendatar (D1).Kesimpulannya: keluk permintaan firma dalam pasaran persaingan sempurna adalah berbentuk anjal sempurna, iaitu satu garis mendatar. Ini bermakna firma harus menentukan kuantiti outputnya yang membawa kepada tingkat untung maksimum berdasarkan tingkat harga yang telah ditetapkan dalam pasaran (industri).

  • KELUK JUMLAH HASIL, KELUK HASIL PURATA DAN KELUK HASIL SUT Jadual 6.1 menunjukkan jumlah keluaran dan hasil sebuah firma persaingan sempurna. Andaikan tingkat harga pasaran ialah RM5. Jadual 6.1: jumlah hasil, hasil purata, hasil sut dah harga

    KELUARAN (Q)HARGA(P) (RM)JUM.HASIL (RM)TR=P QHASIL PURATA (RM)AR=TR QHASIL SUT (RM)MR=TR Q050--15555251055351555452055552555

  • Dengan menggunakan data dakam jadual 6.1, keluk jumlah hasil boleh diperoleh seperti rajah 6.2.Keluk jumlah hasil (TR)Keluk jumlah hasil (TR) bermula dari sifar dan bercerun positif.Hal ini bermakna semakin banyak output dihasilkan, semakin tinggi jumlah hasil. Contoh: pada output 2 unit, jumlah hasil adalah sebanyak RM10 (RM5 2). Apabila tingkat output bertambah kepada 5 unit, jumlah hasil meningkat kepada RM25 (RM5 5)Keluk hasil purata (AR) dan keluk hasil sut (MR) Keluk hasil purata (AR) dan keluk hasil sut (MR) berbentuk garis mendatar, iaitu sama dengan RM5 (harga pasaran), maka dalam pasaran persaingan sempurna,

    Harga = Hasil Purata = Hasil Sut P = AR = MR

  • PENENTUAN OUTPUT FIRMA JANGKA PENDEK

    Pendekatan Hasil Sut dan Kos Sut (MR = MC)Mengikut pendekatan hasil sut dan kos sut, tingkat output yang memaksimumkan keuntungan berlaku apabila hasil sut (MR) sama dengan kos sut (MC) Hasil sut (MR) ialah tambahan jumlah hasil kesan tambahan satu unit outputKos sut (MC) ialah tambahan jumlah kos kesan tambahan satu unit outputPengeluar yang rasional akan menambahkan keluaran selagi tambahan hasil (hasil sut) yang diterima melebihi tambahan kos (kos sut)Jika tambahan hasil yang diterima kurang daripada tambahan kos, pengeluar harus mengurangkan outputTingkat output memaksimumkan keuntungan firma apabila hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC)

  • MRMCQ1Q2Q3Q4Kos sut/ hasil sut/ hargaPo0kuantitiEoaE1fg

  • Pada tingkat output 0Q, kos sut sama dengan hasil sut di titik Eo.Jika firma terus menambah output ke 0Q2, hasil sut kembali melebihi kos sut, iaitu hasil sut sebanyak Q2b. Tambahan hasil (hasil sut) melebihi tambahan kos (kos sut) menyebabkan firma terus menambahkan output.Selagi hasil sut melebihi kos sut, firma akan menambahkan output.Firma akan terus menambahkan output sehingga kos sut sama dengan hasil sut titik E pada tingkat output 0Q3Jika firma menambahkan output ke 0Q4, kos sut akan melebihi hasil sut iaitu kos sut sebanyak Q4g. Tambahan kos (kos sut) melebihi tambahan hasil (hasil sut) bermakna firma akan mengalami kerugian. Firma akan mengurangkan output sehingga kos sut sama dengan hasil sut di titik E pada tingkat output 0Q3Selagi kos sut melebihi hasil sut, firma akan mengurangkan outputOutput memaksimumkan keuntungan berlaku apabila kos sut sama dengan hasil sut (MC = MR) dan kos sut memotong hasil sut dari bawah seperti ditunjukkan pada titik E

  • Output (unit)(1)Harga (RM)(2)Jumlah hasil (RM) (3)Jumlah kos (RM) (4)Hasil sut (RM) (5)Kos sut (RM) (6)Kos purata (RM) (7)055 x 0 = 07---155 x 1 = 511(5 0) (1 0) = 4(11 7) (1 0) = 411 1 = 11255 x 2 = 1014(10 5) (2 1) = 5(14 11) (2 1) = 314 2 = 7351515515452016.5051.504.1355251952.503.80653023.5054.503.92

    753528.50554.0785403455.504.259545445104.8910550555115.50

  • Pada tingkat output 1 hingga 6 unit, hasil sut melebihi kos sut. Firma akan terus menambah output bagi memaksimumkan keuntungan.Pada tingkat output melebihi 7 unit, kos sut melebihi hasil sut. Firma akan mengurangkan output.Tingkat output yang memaksimumkan keuntungan dicapai apabila kos sut sama dengan hasil sut iaitu output 7 unit pada harga RM5.00Keuntungan pada tingkat keseimbangan boleh dihitung dengan menggunakan rumus, jumlah hasil jumlah kos, iaitu RM (35.00 28.50). Keuntungan sebanyak RM6.50.Perbezaan antara harga seunit dengan kos purata dapat menentukan jumlah keuntungan diperolehi firma. Pada tingkat output unit 7 unit, harga ialah RM5, manakala kos purata ialah RM4.07. Oleh itu, untung seunit ialah RM0.93 (RM5 RM4.07). Pada tingkat output 7 unit, jumlah untung diperolehi ialah RM6.50 (RM0.93 x 7 unit)