bab 2 ekonomi malaysia
DESCRIPTION
Ekonomi Asas Tingkatan 5TRANSCRIPT
Ekonomi AsasTingkatan 5
Bab 2: Ekonomi Malaysia
Struktr Ekonomi Sektor utama, Kedua, ketiga
Struktur ekonomi ialah gabungan pelbagai sektor ekonomi(1) yang menyumbang kepada pendapatan negara dan guna tenaga(1).
S ektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga
Sektor utama melibatkan pengeluaran bahan mentah daripada alam semula jadi(1) tanpa ubahsuai bentuk barang(1). Contohnya, pertanian, perhutanan, penternakan, perikanan dan perlombongan kuari(1).
Sektor kedua tukar bahan mentah kepada barang separuh siap atau barang siap (1). Contohnya, kayu balak diproses menjadi papan (barang separuh siap) dan kemudian perabot (barang siap) (1).
Sektor ketiga ialah aktiviti yang menawarkan perkhidmatan dan kemudahan(1). Sektor ini tidak menghasilkan barang(1). Contohnya, guru, akauntan, peguam, pengurus, agen insurans, polis(1).
M asalah Pergantungan E konomi kepada Sektor Utama
Masalah pertama ialah ketidakstabilan harga komoditi(1). Harga komoditi seperti bijih timah dan getah(1) sentiasa turun naik di pasaran dunia(1). Keadaan ini menyebabkan pendapatan eksport negara merosot(1)
Masalah kedua ialah peluang pekerjaan terjejas(1). Apabila permintaan terhadap komoditi seperti bijih timah dan getah jatuh(1), permintaan terhadap buruh-buruh sektor utama akan berkurang(1). Ini akan membawa pengangguran tinggi (1) dalam negara.
Masalah ketiga ialah kehausan dan kepupusan sumber. Sumber-sumber galian seperti bijih timah(1) akan mengalami kehausan melalui masa dan tidak dapat diperbaharui(1). Ini akan menjejaskan pendapatan negara. (1)
Masalah keempat ialah merugikan imbangan dagangan(1). Harga eksport barang komoditi adalah rendah tetapi harga barang perkilangan yang diimport adalah tinggi(1). Ini akan merugikan imbangan dagangan Malaysia.
Contoh Soalan:
1. Jadual menunjukkan peratus sumbangan eksport kasar mengikut sektor eko tahun 1990, 1995, & 2000.
Mengapakah arah aliran eksport kasar sektor pertanian, perlombongan dan perkilangan berbentuk demikian?(8m)
1Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Sektor 1990 1995 2000
Pertanian 56.2 40.8 15.5
Perlombongan 23.5 32.7 17.8
Perkilangan 11.9 22.4 58.8
Lain-lain 8.4 4.1 4.0
Ekonomi AsasTingkatan 5
2. Nyata dan terangkan kegiatan ekonomi penduduk sesebuah negara.(6m)
Kesan pergantungan ekonomi kepada sektor utama
Dari segi pendapatan negara,
Pendapatan negara akan terjejas kerana ketidakstabilan harga komoditi(1). Harga komoditi seperti bijih timah dan getah(1) sentiasa turun naik di pasaran dunia(1). Keadaan ini menyebabkan pendapatan eksport negara merosot(1).
Pendapatan negara juga terjejas kerana daya pengeluaran sektor utama adalah rendah(1). Penggunaan teknologi adalah terhad(1). Saiz tanah juga tidak ekonomik untuk menanam getah(1).
Pendapatan negara juga terjejas kerana Persaingan daripada barang tiruan(1). Komoditi seperti getah menghadapi persaingan daripada getah tiruan(1). Barang tiruan ini mempunyai harga yang lebih murah dan kualiti yang hampir sama(1).
Dari segi Guna tenaga ,
Guna tenaga akan turun kerana Pelaburan yang berkurang(1). Firma kurang melabur (1)
dalam sektor utama kerana pendapatan dari sektor utama rendah(1). Guna tenaga juga turun akibat Penghijrahan penduduk desa ke bandar(1). Peluang
pekerjaan yang terhad dan upah yang tidak stabil (1) menyebabkan penghijrahan penduduk desa ke bandar.Guna tenaga juga turun akibat Peningkatan guna tenaga dalam sektor lain(1).
Sektor kedua dan ketiga mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dan upah yang tinggi(1). Ini menyebabkan lebih ramai penduduk beralih ke sektor2 tersebut(1).
Contoh Soalan:
1. Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti suatu sektor dalam struktur ekonomi negara.
Terangkan masalah yg akan dihadapi oleh Malaysia jika hanya bergantung kpd sektor di atas. (8m)
Perubahan Struktur Ekonomi Negara
2Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi AsasTingkatan 5
4 faktor yang mempengaruhi Perubahan Struktur Ekonomi
(sektor utama kpd sektor kedua)
Faktor pertama yang mempengaruhi perubahan struktur ekonomi ialah Langkah kerajaan mempelbagaikan ekonomi(1). Harga komoditi sentiasa turun naik dan menyebabkan pendapatan negara tidak stabil(1). Jadi, kerajaan telah mengambil langkah mempelbagaikan ekonomi. Tumpuan diberi kepada sektor kedua(1). Kerajaan menggalakkan industri penggantian eksport, memberi insentif kepada pelabur dan memajukan industri berat(1).
3Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Sebelum 1960
Ekonomi Malaysia sangat bergantung pada sektor utama (bijih timah & getah) Sektor utama merupakan tulang belakang ekonomi.
1960 an
Pergantungan kepada sektor utama mendatangkan banyak masalah kepada ekonomi.
Kerajaan mempelbagaikan ekonomi dengan mempelbagaikan sektor pertanian dan mengembangkan sektor perkilangan.
Selain getah, kerajaan menggalakkan penanaman lada hitam, koko, kelapa sawit dan kayu balak.
Dasar penggantian import juga diperkenalkan.
1970 an Peranan sektor kedua semakin penting dengan perlaksanaan Dasar Industri Berorientasikan Eksport.
1980 an
Sumbangan sektor utama semakin merosot dan sumbangan sektor kedua semakin meningkat.
Kerajaan menjalankan Dasar Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri Berat untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
1990 an hingga 2020
Sumbangan sektor utama terus merosot manakala sumbangan sektor kedua dan ketiga semakin meningkat.
Ekonomi negara dalam proses peralihan ke K-ekonomi. Koridor Raya Multimedia (MSC) diperkenalkan dan Industri Teknologi Maklumat dipentingkan.
Ekonomi AsasTingkatan 5
Pertumbuhan ekonomi telah berubah daripada P-ekonomi kepada K-ekonomi(1). P-ekonomi adalah ekonomi yang berasaskan pengeluaran(1). Contoh output ialah hasil pertanian dan barang siap sektor perkilangan(1). E-ekonomi pula adalah ekonomi yang berasaskan pengetahuan(1). Contoh output ialah teknologi yang boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran(1).
Faktor kedua ialah Kehausan sumber asli(1). Kehausan dan kepupusan sumber asli seperti bijih timah(1) menyebabkan kerajaan sedar bahawa ekonomi negara tidak boleh bergantung kepada sektor utama sahaja(1). Kepupusan sumber ini akan menjejaskan pendapatan negara. (1)
Faktor ketiga ialah Galakkan industri penggantian import(1). Industri penggantian import ialah seperti industri memproses barang-barang pengguna (makanan, minuman, pakaian) dan juga industri ringan(1). Industri penggantian import ini akan mengurangkan import barang penggunaan dari luar negara dan meningkatkan industri tempatan(1). Dasar ini akan menjimatkan aliran keluar wang (1) dan membaiki imbangan pembayaran negara. (1)
Faktor keempat perubahan struktur ekonomi ialah Peningkatan pendapatan dan taraf hidup rakyat(1). Perkembangan sektor kedua dan ketiga mewujudkan banyak peluang pekerjaan (1)
kepada penduduk tempatan. Ini akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup (1) rakyat.
6 Implikasi/ Kesan Perubahan Struktur Eko dari Sektor Utama kpd Sektor Kedua.
Kesan pertama perubahan struktur ekonomi ialah peningkatan pelaburan asing(1). Pelabur-pelabur asing melabur dalam sektor kedua dan ketiga(1). Pelabur asing ini membawa masuk modal dan teknologi dari luar negara(1). Ini meningkatkan peluang pekerjaan(1) buruh tempatan dan membolehkan mereka mendapat kemahiran dan latihan(1). Negara kita mendapat keuntungan daripada kutipan cukai import, cukai eksport dan cukai pendapatan (1) dari pelabur asing.
Kesan kedua ialah perkembangan sektor perkilangan(1). Kerajaan lebih memberi tumpuan untuk membangunkan sektor perkilangan(1). Dasar kerajaan, sumber dan buruh lebih banyak diperuntukkan (1) dalam sektor tersebut. Ini membantu mengembangkan sektor perkilangan(1).
4Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi AsasTingkatan 5
Kesan ketiga ialah perkembangan sektor perkhidmatan(1). Sektor perkhidmatan iaitu sektor ketiga menyediakan perkhidmatan sokongan (1) kepada sektor perkilangan. Contohnya, pengangkutan dan bank(1). Perkembangan sektor perkilangan telah mengembangkan sektor perkhidmatan.
Kesan keempat ialah peningkatan peluang pekerjaan(1). Perkembangan sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan telah menyediakan peluang pekerjaan(1) yang lebih banyak kepada penduduk. Industri ringan yang berintensif buruh juga meningkatkan peluang pekerjaan(1).
Kesan kelima ialah peningkatan pendapatan negara(1). Daya pengeluaran sektor kedua dan ketiga adalah lebih tinggi(1) berbanding dengan sektor utama. Semakin tinggi daya pengeluaran, semakin banyak output dapat dihasilkan(1). Dengan ini pendapatan negara akan meningkat.
Kesan keenam ialah peningkatan taraf hidup rakyat(1). Peningkatan peluang pekerjaan akan meningkatkan pendapatan rakyat(1). Apabila pendapatan rakyat meningkat, kuasa beli rakyat pun meningkat. (1) Rakyat boleh menikmati lebih banyak barang dan perkhidmatan(1). Dengan ini, taraf hidup rakyat meningkat.
Contoh Soalan:
1. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan struktur ekonomi daripada sektor utama kepada sektor perindustrian?
(8m)
2. Apakah kesan perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor utama kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan?
(12m)
3. Bezakan P-ekonomi dengan K-ekonomi.(4m)
Belanjawan negara ialah satu penyata anggaran perbelanjaan dan hasil kerajaan(1) untuk satu tahun kewangan yang akan datang(1).
3 jenis belanjawan negara
5Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Belanjawan negara
Ekonomi AsasTingkatan 5
1. Belanjawan lebihan- jumlah hasil kerajaan melebihi (>) jumlah perbelanjaan kerajaan(1).
2. Belanjawan kurangan- Jumlah hasil kerajaan kurang daripada (<) Jumlah perbelanjaan kerajaan(1)
3. Belanjawan seimbang- Jumlah hasil kerajaan sama dengan (=) Jumlah perbelanjaan kerajaan(1)
Fungsi Belanjawan negara sebagai
alat mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
Keadaan Cukai PerbelanjaanInflasi Dasar Belanjawan Lebihan
Tingkat harga umum naik secara berterusan(1)
Terlalu banyak wang mengejar sedikit barangan(1).
Kerajaan akan menaikkan kadar cukai(1).Kesannya, pendapatan boleh guna pengguna jatuh(1) dan kuasa beli pengguna menurun(1).
Kerajaan akan mengurang atau menangguh projek-projek pembangunan(1). Kesannya, pendapatan berkurang(1), jumlah permintaan jatuh (1) dan tingkat harga umum jatuh(1)
Kemelesetan ekonomi
Dasar Belanjawan Kurangan
Kurangan permintaan pasaran(1)
Stok firma meningkat(1)
Pengangguran besar-besaran(1) berlaku
Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai(1).Kesannya, pendapatan boleh guna pengguna meningkat(1) & kuasa beli pengguna meningkat(1).
Kerajaan akan menambah projek-projek pembangunan(1). Kesannya, peluang pekerjaan meningkat(1), pengangguran kurang(1), dan permintaan meningkat. (1)
2 jenis perbelanjaan kerajaan
Perbelanjaan Mengurus ialah perbelanjaan semasa(1) yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun(1) dan merupakan bayaran agar pengurusan dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar(1).
6Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan Pembangunan
Ekonomi AsasTingkatan 5
Perbelanjaan Pembangunan ialah pelaburan kerajaan(1) dalam projek-projek pembangunan(1)
ekonomi negara.
Jenis huraianPerbelanjaan Mengurus
a Emolumen Bayaran gaji & upah kepada kakitangan kerajaan(1) dan merupakan perbelanjaan terbesar(1).
b Pencen & ganjaran Pencen ialah bayaran bulanan(1) kepada pegawai kerajaan yang telah bersara(1).Ganjaran dibayar sekali sahaja(1) kepada pesara(1).
c Bayaran khidmat hutang
Bayaran yang dikenakan ke atas bayaran balik pokok dan faedah hutang (1)
negara.
d Pemberian & serahan kpd kerajaan negeri
Sejumlah peruntukkan yang diserah kepada kerajaan negeri(1).
e Bekalan & perkhidmatan
Perbelanjaan untuk mengekalkan mutu perkhidmatan dan kemudahan awam (1)
yang disediakan oleh kerajaan.Contoh: penyelenggaraan jalan raya, sekolah, hospital(1).
f Perbelanjaan lain Bantuan kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran. (1) Cth: memberi subsidi seperti baja kepada petani(1)
Perbelanjaan Pembangunana Sektor keselamatan Peruntukkan diguna untuk membeli senjata, kelengkapan pasukan tentera &
polis…(1)
b Sektor perkhidmatan sosial
Peruntukkan diguna untuk meningkatkan taraf pendidikan(1) rakyat Malaysia.Cth: membina sekolah, membina makmal komputer di sekolah(1)
c Sektor perkhidmatan ekonomi
Peruntukkan diguna untuk membaiki jalan raya, meningkatkan teknologi pertanian, perdagangan, perindustrian. (1)
d Sektor pentadbiran am Peruntukkan diguna untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam(1) .Cth: pembangunan Putrajaya, pembinaan infrastruktur ICT(1).
Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Pembangunan
Perbelanjaan semasa kerajaan Pelaburan kerajaanBertujuan memastikan pengurusan dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar
Bertujuan membangunkan ekonomi negara
Bersifat berulang-ulang Bersifat tidak beulangContoh, emolumen, pencen dan ganjaran Contoh, sektor keselamatan, perkhidmatan sosial dan
perkhidmatan ekonomi
7Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi AsasTingkatan 5
Contoh Soalan:
1. Gambar berikut menunjukkan kenaikkan harga barang-barang di pasaran.
i) Apakah masalah ekonomi di atas? Bagaimana keadaan di atas boleh berlaku? (5m)ii) Terangkan kesan masalah ekonomi di atas terhadap pendapatan individu. (4m)
iii) Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengatasi masalah ekonomi di atas? (6m)
2. Maklumat di bawah menerangkan suatu keadaan ekonomi.
Terangkan kesan fenomena ekonomi di atas (6m)
3. (a) Bezakan belanjawan peribadi (tingkatan 4, Bab 2) dengan belanjawan negara. (8m)(b) Mengapakah kerajaan perlu membuat belanjawan negara? (4m)
4. Rajah berikut menunjukkan kadar pengangguran dan kadar inflasi yang dihadapi oleh negara Y dari tahun 2004 hingga 2008.
i) Apakah masalah ekonomi pada tahun 2006? Terangkan bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku.
(6m)ii) Terangkan cara kerajaan Negara Y mengatasi masalah di atas melalui bank pusat(tingkatan 5, Bab 1) dan
dasar belanjawan. (9m)
Sumber hasil kerajaan
Sumber hasil kerajaan terdiri daripada h asil c ukai (1) & h asil b ukan c ukai (1).
8Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Hasil cukai
Cukai langsung
Cukai tidak
langsung
Pertumbuhan ekonomi negara adalah negatif. Pelbagai masalah timbul akibat kekurangan permintaan dalam pasaran.
Cukai pendapatan syarikat
‘’ ‘’ perseorangan
‘’ ‘’ petroleum
‘’ ‘’ koperasi
Cukai tanah ‘’ pintu ‘’ setem ‘’ keuntungan
hartanah
Ekonomi AsasTingkatan 5
Cukai langsung ialah cukai yang bebannya tidak boleh diagihkan kepada orang lain(1).
Cukai tidak langsung ialah cukai yang bebannya boleh diagihkan kpd orang lain iaitu pengguna(1).
Jenis huraianCukai langsung
1 Cukai pendapatan syarikat Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan syarikat berhad.
2 ‘’ ‘’ perseorangan
‘’ ‘’ dibayar oleh individu atas pendapatan yang diterimanya dalam masa setahun.
3 ‘’ ‘’ petroleum ‘’ ‘’ dikenakan ke atas syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia.
4 ‘’ ‘’ koperasi ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ koperasi di Malaysia.
5 ‘’ tanah ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ pemilik tanah.
6 ‘’ pintu ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ pemilik rumah untuk membolehkan prasarana dan perkhidmatan awam disediakan oleh kerajaan tempatan.
7 ‘’ keuntungan hartanah
‘’ ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ harta yang dijual dengan harga lebih tinggi daripada harga belian. Contoh, keuntungan daripada penjualan rumah
8 Duti setem Cukai yang dikenakan apabila sesuatu harta dipindah milik.
Cukai tidak langsung1 Duti import Cukai yang dikenakan ke atas barangan yang diimport dari luar negara.
Cth: kereta, minyak wangi2 Duti eksport Cukai yang dikenakan ke atas keluaran utama yang dieksport.
Cth: kayu balak, petroleum3 Duti eksais Cukai yang dikenakan ke atas barang buatan tempatan yang dijual di
dalam negara.Cth; minuman keras, rokok, tembakau
4 Cukai jualan Cukai yang dikenakan ke atas barang akhir.
5 Cukai perkhidmatan Cukai yang ditanggung sepenuhnya olehpengguna ke atas perkhidmatan tertentu.Cth: hotel. restoran
P erbezaan antara Cukai Langsung & Cukai Tak Langsung
Cukai Langsung Cukai Tak LangsungBeban cukai langsung tidak boleh dipindahkan kepada orang lain
Beban cukai tak langsung boleh dipindahkan kepada orang lain iaitu pengguna
Cukai langsung dikenakan mengikut jumlah Cukai tak langsung dikenakan apabila urusniaga
9Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Sumber Hasil
Kerajaan
Duti eksport Duti import Duti eksais
Cukai jualan Cukai perkhidmatan Cukai perjudian
Ekonomi AsasTingkatan 5
pendapatan atau keuntungan yang diperoleh. dijalankanCukai langsung dikenakan setahun sekali. Cukai tak langsung dikenakan setiap kali urusniaga
dijalankan.Contoh cukai langsung ialah cukai pendapatan perseorangan, cukai pintu, cukai tanah.
Contoh cukai tak langsung ialah duti import, duti eksport, duti eksais.
Contoh Soalan:
1. Maklumat di bawah menerangkan hasil cukai kerajaan.
Terangkan sumber hasil kerajaan. (10m)
2. Gambar 2 dan gambar 3 menunjukkan dua jenis kereta yang terdapat dalam pasaran.
Gambar 2 Gambar 3Terangkan cukai yang boleh dikenaklan ke atas kereta pada
i) Gambar 2 (8m)ii) Gambar 3 (5m)
3. Terangkan hasil bukan kerajaan. (5m)
4. Gambar 4 dan 5 menunjukkan dua jenis hasil cukai kerajaan.
Gambar 4 Gambar 5
i) Bezakan cukai dalam Gambar 4 dengan Gambar 5. (8m)ii) Terangkan kesan penurunan cukai dalam Gambar 4 kepada individu dan kerajaan. (4m)
Hutang negara
Hutang negara ialah pinjaman kerajaan(1). Terdapat dua sumber pinjaman, iaitu Pinjaman
Dalam Negeri(1) & Pinjaman Luar Negara(1).
10Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Hasil cukai kerajaan dijangka menyumbang 72.8% atau RM 87 863 juta kepada jumlah hasil kerajaan.
Ekonomi AsasTingkatan 5
Pinjaman dalam negeri
Maksud Pelanggan Tempoh matang
1. Bil Perbendaharaan Kerajaan
Pinjaman jangka pendek
Orang perseorangan, Bank Perdagangan, Syarikat Berhad
Kurang daripada 1 tahun
2. Sekuriti Kerajaan/ Surat Jaminan Kerajaan
Perjanjian bertulis
BSN & KWSP Lebih daripada 1 tahun
3. Sijil Pelaburan Pelaburan Institusi kewangan Islam, Syarikat Takaful, Lembaga Tabung Haji (LTH)
Ikut tempoh matang
4. Pinjaman lain Pinjaman jangka pendek
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan & Pinjaman bersindiket daripada bank2 asing.
Kurang daripada 1 tahun
Pinjaman Luar negara
Maksud Pemberi pinjaman/ pembekal
1. Pinjaman pasaran
Pinjaman melalui penjualan alat kewangan seperti bon dan nota terapung di pasaran terbuka
Amerika, Jepun, Jerman, UK
2. Pinjaman projek Bertujuan membiayai projek pembangunan seperti projek pembinaan lebuh raya.
Institusi kewangan antarabangsa(Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia)
3. Kredit pembekal
Pinjaman dalam bentuk barang dan bayarannya ditangguhkan untuk suatu masa tertentu.
Amerika, Jepun, Jerman,
4 T ujuan P injaman k erajaan
11Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi AsasTingkatan 5
Pinjaman kerajaan dibuat untuk menampung kekurangan hasil kerajaan(1). Apabila hasil kerajaan kurang daripada perbelanjaan kerajaan(1), kerajaan terpaksa meminjam.
Pinjaman juga dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan ekonomi negara(1). Hal ini disebabkan hasil negara hanya cukup untuk membiayai perbelanjaan mengurus sahaja(1).
Pinjaman dibuat untuk mengagihkan pendapatan melalui projek pembangunan(1). Kerajaan mengadakan pelbagai projek pembangunan luar bandar seperti membangunkan pertanian komersial(1). Ini meningkatkan pendapatan penduduk(1) kampung dan merapatkan jurang pendapatan antara penduduk kawasan bandar dan luar bandar(1).
Kerajaan membuat pinjaman untuk membiayai kelewatan kutipan hasil cukai(1). Kelewatan hasil kutipan cukai dan hasil kutipan cukai yang tidak menentu (1) pada setiap bulan memaksa kerajaan membuat pinjaman supaya segala urusan kerajaan dapat berjalan dengan lancar(1). Contohnya, kerajaan perlu membiayai perbelanjaan mengurusnya seperti membayar gaji dan pencen kakitangan awam(1).
4 k elebihan P injaman D alam N egeri Berbanding P injaman L uar N egara
Kelebihan pertama pinjaman dalam negeri ialah mudah diperoleh(1). Pinjaman dalam negeri mudah diperoleh daripada KWSP, Bank Perdagangan dan BSN(1). Syarat pinjaman longgar dan berisiko rendah(1). Akan tetapi, syarat pinjaman luar negara ketat dan berisiko tinggi(1)
Kelebihan kedua pinjaman dalam negeri ialah tidak melibatkan pengaliran wang keluar(1). Pembayaran dibuat kepada orang tempatan atau institusi kewangan tempatan sahaja(1). Imbangan pembayaran negara tidak terjejas(1) dan mata wang negara tidak turun. (1) Akan tetapi, pinjaman luar negara melibatkan pengaliran wang keluar(1). Pembayaran dibuat kepada luar negara. Imbangan pembayaran negara terjejas(1) dan mata wang negara turun(1).
Kelebihan ketiga pinjaman dalam negeri ialah tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar petukaran asing(1). Jika kerajaan meminjam dalam negeri, hutang negara tidak akan bertambah(1) kerana tidak terdedah kepada kadar pertukaran asing(1).Akan tetapi, jika kerajaan meminnjam dari luar negara, jumlah hutang negara akan bertambah(1) apabila kadar pertukaran asing meningkat. (1)
Kelebihan keempat pinjaman dalam negeri ialah kadar faedah yang lebih rendah(1). Kadar faedah pinjaman dalam negeri adalah rendah. Kerajaan tidak perlu menaikkan kadar cukai untuk membayar hutang negara(1). Ini akan mengurangkan beban penduduk(1). Akan tetapi, kadar faedah pinjaman luar negara adalah tinggi(1). Kerajaan terpaksa meningkatkan kadar cukai untuk membayar hutang negara (1). Ini akan meningkatkan baban penduduk(1).
Contoh Soalan:
1. Terangkan cara kerajaan memperoleh pinjaman dari luar negara. (9m)2. Apakah sebab kerajaan membuat pinjaman dari dalam negeri dan luar negeri? (6m)3. Berdasarkan rajah di bawah, jelaskan kelebihan sumber pinjaman X berbanding dengan sumber
pinjaman Y. (10m)
12Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi AsasTingkatan 5
Soalan-soalan Ramalan Bab 2 : Ekonomi Malaysia
Tahun Struktur Ekonomi
a. 3 sektor ekonomi
b. Masalah pergantungan ekonomi kpd sektor utama
c. Kesan ‘’ ‘’ ‘’ ‘’ ‘’
d. 4 faktor yang mempengaruhi perubahan struktur ekonomi
e. 6 kesan perubahan struktur ekonomi daripada sektor utama
kepada sektor kedua
Belanjawan Negara
A. 3 jenis belanjawan ( Belanjawan lebihan, kurangan, seimbang)
B. Fungsi belanjawan negara mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
C. Perbezaan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan
kerajaan
D. Sumber hasil kerajaan (cukai langsung & cukai tidak langsung)
E. Hutang negara (pinjaman dalam negeri & Pinjaman Luar Negara)
F. 4 tujuan pinjaman kerajaan
G. 4 kelebihan pinjaman dalam negeri berbanding pinjaman luar negara
2011- Sektor ketiga (Perkhidmatan)
- 3 jenis Cukai langsung- kelebihan pinjaman dalam negeri - Perbezaan Perbalanjaan mengurus dan Perbelanjaan
Pembangunan.2012 - Fungsi belanjawan negara mengawal inflasi
- Perbezaan cukai langsung & cukai tak langsung- Komponen perbelanjaan mengurus (emolumen)- Cara pinjaman (bil perbendaharaan, sijil pelaburan)- Kesan pemberian bonus 1 bulan kepada ekonomi negara.
2013 - Belanjawan kurangan- Perbezaan Perbelanjaan Mengurus & Perbelanjaan
Pembangunan
201
4
√- 4 faktor yang mempengaruhi perubahan
struktur ekonomi- 6 kesan perubahan struktur ekonomi - Masalah pergantungan ekonomi kpd sektor
utama
√- 3 jenis Cukai langsung, Cukai tak langsung &
Hasil Bukan Cukai- 4 Tujuan pinjaman kerajaan - Jenis Perbelanjaan Mengurus & Perbelanjaan
Pembangunan- Fungsi belanjawan negara mengawal kemelesetan- Pinjaman dalam negeri dan luar negara
13Disediakan oleh: Chieng Hie Ling SMKBS