bab 4 - · pdf filectu101 15/8/2013 maruwiah ahmat 5 setiap amalan baik yang dilakukan oleh...

23
CTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 1 Maruwiah Ahmat 1 CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM BAB 4 Ibadah Membina Insan Berkualiti II Menghuraikan pengertian ibadah Menjelaskan pembahagian ibadah Menjelaskan asas-asas ibadah Menjelaskan impak ibadah dalam kehidupan muslim 4. Ibadah Membina Insan Berkualiti 4.1 Pengertian Ibadah 4.2 Pembahagian Ibadah 4.3 Asas-asas ibadah 4.4 Impak ibadah dalam kehidupan muslim Hasil Pembelajaran Kandungan PENDAHULUAN 2

Upload: ngoduong

Post on 04-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 1

Maruwiah Ahmat

1

CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

BAB 4 Ibadah Membina Insan

Berkualiti II

Menghuraikan pengertian

ibadah

Menjelaskan pembahagian

ibadah

Menjelaskan asas-asas

ibadah

Menjelaskan impak ibadah

dalam kehidupan muslim

4. Ibadah Membina Insan

Berkualiti

4.1 Pengertian Ibadah

4.2 Pembahagian

Ibadah

4.3 Asas-asas ibadah

4.4 Impak ibadah dalam

kehidupan muslim

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENDAHULUAN

2

Page 2: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 2

Seperti yang kita sedia maklum, sejak azali lagi Allah SWT

menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini

terbukti apabila Allah SWT membuktikan pengisytiharan

manusia sebagai khalifah dalam Surah al-Baqarah: ayat 30

yang bermaksud;

(Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat,

“Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi, khalifah”.

Menurut Kitab al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata,

“(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya.

Sebenarnya, tugas sebagai khalifah adalah sangat berat.

Mereka wajib untuk beribadah dan menyembah Allah SWT di

muka bumi.”

3

PENDAHULUAN

Malah ibadah adalah tujuan hidup mereka. Hal ini

telah ditetapkan oleh Allah SWT di mana perkara

dapat dikukuhkan lagi dalam surah al-Zariyat, ayat

56; “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk

beribadah kepada-Ku”.

Ibadah mempunyai kaedah dan syarat-syaratnya.

Dalam surah al-Baqarah (112), Allah SWT

menyatakan “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya

kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya

ganjaran dari sisi Tuhan-Nya, tidak ada ketakutan

kepadanya dan dia tidak akan berdukacita.”

4

PENDAHULUAN

Page 3: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 3

Berhubung dengan ayat ini, dalam tafsir Al-Quran al-

Azim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan,

Allah SWT hanya menerima amalan yang mempunyai

dua kriteria, iaitu pertama, ikhlas dan kedua,

muhsin.”

Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan

ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jika

sesuatu amal dilakukan dengan tulus dan ikhlas tetapi

caranya tidak mengikut syariat, ia tidak diterima oleh

Allah SWT.

5

PENDAHULUAN

Ibadah dalam Islam berlainan sama sekali dengan konsep

dan amalan-amalan kepercayaan dan agama lain.

Ia bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan

meninggalkan kehidupan dunia, ia bukan juga terbatas

kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya

dilakukan melalui perantaraan orang tertentu atau dewa-

dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan kononnya

tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima.

Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung

di dalam syariat Islam.

6

PENDAHULUAN

Page 4: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 4

Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan sempit

terhadap pelaksanaan ibadah dalam Islam. Ada yang

menganggap ibadah itu hanyalah tertumpu kepada

solat, puasa, haji dan zakat sahaja.

Terdapat juga mereka yang mengaku beribadah

kepada Allah tetapi ubudiyyah mereka mereka juga

diberikan kepada selain daripada Allah.

Malah ada yang berpendapat ibadah itu tidak

berkaitan dengan urusan masyarakat terutamanya di

bidang politik (siasah), ekonomi (iqtisadiyah),

pelancongan (siyahah), bahkan pendidikan (tarbiah).

7

PENDAHULUAN

Contoh ayat Al-Quran:

Politik dan pengurusan

“Bermesyuaratlah dalam kalangan kamu”

“Taatlah pemimpin (ulul amri)….”

Ekonomi

“Allah mengharamkan riba dan mengharuskan jual

beli..”

Pendidikan

“Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu

beberapa darjat…”

8

Page 5: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 5

Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum

tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

berlandaskan dan mematuhi asas dan syarat yang telah

ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh kerana Islam sebagai agama

yang syumul dan sempurna sentiasa mengambil kira kehendak

dan keredhaan Allah SWT. Terdapat dua asas penting dalam

beribadah iaitu:

IMAN ILMU

9

ASAS-ASAS IBADAH

IMAN

Keimanan menjadi tonggak untuk mengerjakan ibadah. Selain itu,

keimanan jugalah antara perkara yang membezakan orang Islam

dan orang bukan Islam. Jikalau manusia mengikat pergantungan

kepada Allah, maka baharulah sesuatu amalan baik itu dapat

dinilai dan diterima oleh Allah SWT.

ILMU

Ilmu ialah antara perkara yang dapat membezakan darjat kualiti

yang ada pada seseorang. Oleh itu, untuk beribadah, seseorang

itu haruslah mempunyai ilmu mengenai ibadah yang mahu

dilaksanakan. Jika tanpa ilmu seseorang itu dibimbangi akan sesat

dan tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi

Muhammad SAW dan juga manusia akan mudah ditipu oleh

syaitan.

10

ASAS-ASAS IBADAH

Page 6: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 6

11

ASAS-ASAS IBADAH

12

ASAS-ASAS IBADAH

4. Skop ibadah yang sangat luas – merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia sekiranya menepati kehendak syarak.

3. Tidak membebankan – terdapat rukhsah (kelonggaran) jika seseorang tidak mampu untuk melakukannya

2. Tidak terikat dengan sesuatu tempat dan masa tertentu – boleh beribadat pada kepada Allah S.W.T. pada bila-bila masa

1. Bebas dari sebarang perantaraan – terus berhubung dengan Allah S.W.T. [al-Zumar: 3]

KEISTIMEWAAN IBADAH

Page 7: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 7

Hubungan Ibadah dengan Akidah

1. Ibadah adalah hasil daripada akidah iaitu keimanan

terhadap Allah sebenarnya yang telah membawa

manusia untuk beribadat kepada Allah SWT.

2. Akidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa

akidah perbuatan seseorang manusia bagaimana

baik pun tidak akan diterima oleh Allah SWT.

3. Akidah merupakan tenaga penggerak yang

mendorong manusia melakukan ibadat serta

menghadapi segala cabaran dan rintangan.

13

ASAS-ASAS IBADAH

14

Ibadah dalam Islam memberi kesan positif kepada diri

insan:

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Kesan positif ibadah

Individu Masyarakat Negara

Page 8: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 8

15

Individu

Membentuk budaya

hidup Islam

Mendidik seseorang

berlaku jujur

Ditakuti syaitan

Membentuk akhlak dan melatih jiwa yang murni

Faedah di dunia dan

akhirat

Melahirkan kerja

berkualiti

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Huraian Kesan Ibadah kepada Individu

Melahirkan Kesatuan Matlamat

Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu

dan masyarakat. Melalui ibadah menjadikan mereka dapat

memusatkan kepada Allah SWT segala usaha amalan duniawi dan

ukhrawi.

Membentuk Budaya Hidup Islam

Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim

berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah, kerana mereka

sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah

SWT dalam budaya yang membentuk keyakinan dalam segala

aspek atau sudut kehidupan. Mereka yakin hanya sistem hidup

Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka sama

ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

16

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 9: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 9

Mendidik Seseorang Berlaku Jujur

Ibadah mendidik seseorang berlaku jujur. Pastinya

ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas yang

tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan

mengharapkan pujian tetapi memenuhi tuntutan dan

syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak

dilihat ataupun diperhatikan oleh makhluk kerana yakin

hanya Allah SWT Yang Maha Melihat lagi Maha

Mengetahui.

17

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Ditakuti Syaitan

Syaitan adalah makhluk yang menjadi musuh utama manusia yang

sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang

ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya

mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah

SWT yang bermaksud:

“Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan

menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara

zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan

dan penyelewengan.” (Surah Shad, ayat 82-83)

18

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 10: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 10

Selamat Dari Pengaruh Kejahatan dan Kemaksiatan:

Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas.

Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari pengaruh

kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini

dijelaskan oleh Allah SWT Firman-Nya yang

bermaksud: “. . . Demikianlah (takdir Kami) untuk

menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik

dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana

sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang

dibersihkan dari segala dosa.” (Surah Yusuf, ayat 24)

19

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Menghasilkan Pekerjaan yang Berkualiti

Jika sesuatu pekerjaan didasarkan kepada ibadah,

maka kerja itu akan menghasilan pekerjaan yang

berkualiti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan,

pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan juga jauh

dari kemungkaran, dan sebaliknya mereka akan

menghasilkan pekerjaan yang memberi kemanfaatan

bagi umat manusia, pekerjaan yang mendatangkan

kemaslahatan bagi seluruh alam ini. Sebagaimana

tujuan dari Islam adalah sebagai rahmat kepada

seluruh alam.

20

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 11: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 11

Melahirkan Perasaan Bebas

Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang

perhambaan kepada yang lain daripada Allah SWT.

Seorang hamba tidak mudah tunduk kepada segala perintah

yang bercanggah dengan perintah Allah SWT kerana diri dan

jiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah SWT semata-

mata.

Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang

ringgit.

Tindakan dan perlakuannya bukan kerana takut kepada

makhluk tetapi skima hidupnya adalah pengabdian diri

kepada Tuhan Maha Berkuasa.

21

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Membentuk Akhlak dan Melatih jiwa yang Murni.

Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa

yang murni kerana orang yang beribadah sentiasa

melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada

segala perintah dan ingin mencari keredaan Allah

SWT dalam semua aspek kehidupan.

22

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 12: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 12

Mendapat Kebaikan Dunia dan Akhirat

Segala perintah Allah SWT kepada umat manusia, sama ada

individu atau masyarakat semuanya mengandungi hikmah.

Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT jika

dikerjakan pasti mempunyai kebaikan kepada yang melakukan.

Sebaliknya segala larangan Allah SWT adalah perkara-

perkara yang boleh mendatangkan kesosakan atau keburukan

kepada manusia.

Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi

ganjaran pahala yang sangat berguna terutama untuk

kehidupan di akhirat kelak.

23

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Mendapat Pertolongan AIlah SWT

Orang yang beribadah dengan ikhlas pastinya akan

mendapat pertolongan Allah SWT di atas

perbuatannya. Maka Allah SWT akan mencintainya

dan juga menolongnya. Hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang meninggalkan dunia dengan ikhlas

kerana Allah tanpa mempersekutukannya, mendirikan

solat dan membayar zakat, nescaya dia akan pergi

dari dunia, di mana Allah sangat senang kepadanya.”

24

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 13: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 13

25

Masyarakat

Melahirkan kesatuan matlamat

Membentuk budaya

hidup Islam

Selamat dari pengaruh kejahatan

dan kemaksiatan

Melahirkan masyarakat

yang produktif

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Huraian Kesan Ibadah kepada Masyarakat

1. Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata.

Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan.

Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.

2. Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara

satu sama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda

menghormati yang tua.

3. Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku.

Orang yang menyibukkan diri mereka dengan melaksanakan

ibadah menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk

menyibukkan diri mereka dengan perkara yang salah.

26

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 14: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 14

4. Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh musuh kerana

Allah SWT akan membantu. Sebaliknya jikalau umat Islam

lemah beribadah dan ditambah lagi berterusan melakukan

maksiat, Allah SWT tidak akan membantu mereka dan

mereka hanya menunggu saat-saat kehancuran.

5. Masyarakat akan aman, bersatu padu dan saling bantu-

membantu. Ibadah menjadi asas perpaduan umat Islam

kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua umat

Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan

bacaan yang sama, malah menggunakan bacaan yang satu

dalam bacaan Al-Quran.

27

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

6. Melahirkan masyarakat yang produktif. Ibadah

dapat membina masyarakat yang produktif

lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek

kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial,

pendidikan dan sebagainya. Manusia akan

berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat

yang murni lagi baik kerana semua aktiviti yang

dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin

mendapat keredaan Allah SWT.

28

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 15: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 15

7. Mensifarkan gejala sosial. Remaja yang ada adalah

remaja yang faham agama dan sentiasa menyahut

cabaran hayya ‘alal falah (mari menuju kejayaan). Tidak

ada lagi remaja yang akan membuang masa. Remaja

yang ada hanyalah remaja yang mementingkan ajaran

Islam seperti solat berjamaah, belajar bersungguh-

sungguh, sentiasa menjaga pergaulan lelaki dan

perempuan serta berkata tidak kepada perkara yang

mazmumah seperti minum arak, penagihan dadah, seks

bebas, pendedahan aurat dan juga hedonisme yang

melampau.

29

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

8. Sistem ekonomi yang seimbang. Pembangunan

ekonomi yang seimbang dan komprehensif akan

tercapai. Masyarakat yang terlibat dalam

perniagaan akan memastikan perniagaan yang

mereka ceburi bebas dan terhindar dari unsur

rasuah, riba, menguntungkan sebelah pihak dan

merugikan pihak yang lain. Keberkatan akan

mengatasi keuntungan. Itulah matlamat perniagaan

yang sebenar

30

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 16: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 16

31

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Negara

Mewujudkan negara yang melaksanakan ajaran Islam.

Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Mengelakkan diri ditimpa bencana.

Memajukan negara.

Melahirkan keharmonian

sejagat.

Huraian Kesan Ibadah kepada Negara

Mewujudkan Negara yang Melaksanakan Ajaran Islam.

Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar

melaksanakan hukum-hukum pentadbiran dan perundangan

Islam.

Keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan

Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang

inginkan sistem hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan

Sunnah.

32

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 17: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 17

1) Mendisiplin diri seseorang

2) Menjadikan hidup teratur &

sistematik

3) Menghalang perbuatan keji

dan munkar

4) Memperoleh kebahagiaan

5) Mengikis sifat tercela &

menumbuh sifat terpuji

6) Mendatangkan

rezeki

7) Mendapat kemuliaan &

membangunkan martabat manusia

8) Memberi keyakinan dalam

menentukan pilihan

9) Memperkukuh-kan keimanan

10) Mewujudkan perpaduan & persaudaraan

33

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

IMPAK IBADAH SOLAT

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa

yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan

dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat

itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;

dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih

besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah)

Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(al-Ankabut: 45)

34

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Page 18: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 18

35

IMPAK IBADAH PUASA

Memelihara kesihatan dan menyembuhkan

penyakit

Menyucikan batin manusia

Membuktikan ketaqwaan

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

IMPAK

IBADAH

ZAKAT

36

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

1) Membersihkan harta

2) Melahirkan rasa syukur

3) Menyuci rohani 4) Menolong orang

yang lemah

5) Mencegah timbulnya kerawanan sosial

6) Mendatangkan keberkatan

Page 19: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 19

37

IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek

kehidupan manusia. Semua perkara yang tidak bertentangan

dengan syarak termasuk adat akan dikira sebagai ibadat. Secara

umumnya keluasan skop ibadah dalam Islam boleh dilihat menerusi

perkara berikut:

38

SKOP IBADAH

Masa

Tempat

Cara Bentuk

Kegunaan

Page 20: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 20

Masa: Dalam Islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan

ada yang tidak terikat, ada ibadah harian, mingguan, bulanan

dan tahunan.

Tempat: Terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid,

Mekah dan lain-lain lagi. Ada yang tidak dikhususkan tempat.

Cara: Ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada

yang secara berjemaah.

Bentuk: Ada ibadah yang khusus, umum, badaniah, maliah,

badaniah dan maliah.

Kegunaan: Untuk diri sendiri seperti solat dan puasa dapat

menyihatkan rohani dan jasmani, untuk diri sendiri dan orang

lain seperti zakat dan sedekah.

39

SKOP IBADAH

Ibadah wajib

Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas dan

manusia secara automatiknya akan terjebak dalam

masalah sosial yang sangat serius. Selain itu,

kehidupan manusia juga akan dibelenggu

kemurungan dan jiwa manusia juga akan berada

dalam resah dan gelisah.

40

KESAN PENGABAIAN IBADAH

Page 21: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 21

Ibadah fardhu kifayah

Dengan pengabaian ini umat ISLAM akan menjadi mundur dan

miskin kerana tidak mahu menguasai bidang-bidang yang penting

seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, industri makan yang

halal, perubatan, kedoktoran dan lain-lain lagi. Kesannya, umat

ISLAM iaitu muslim hanya menjadi sebagai pengguna dan

bukannya pengeluar utama barangan halal dan teknologi yang

canggih dan moden. Hal ini menyebabkan muslim sendiri akan

terjebak dalam percampuran barangan halal dan haram selain

daripada teknologi-teknologi yang merosakkan umat ISLAM

sendiri. Dengan ini juga, umat ISLAM juga mudah ditindas oleh

negara-negara yang maju dan moden dengan alat-alat teknologi

canggih mereka.

41

KESAN PENGABAIAN IBADAH

Ibadah-ibadah umum dan sunat

Dengan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat

ini, muslin akan menjadi lebih pasif dan tidak produktif.

Oleh hal yang demikian, ia dapat melahirkan umat

ISLAM yang lemah, tidak mempunyai daya saing untuk

mempertingkatkan hidup dan ketahanan mental yang

sangat rendah. Selain jasmani, rohani manusia juga

perlu diisi dengan makanannya, iaitu ibadah-ibadah

sunat supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan

jati diri muslim.

42

KESAN PENGABAIAN IBADAH

Page 22: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 22

Sesungguh Islam adalah agama yang sempuma kerana ia

mencakupi segenap aspek kehidupan. Dalam Islam seluruh

pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi

segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang

menganggap hanya penyembahan dalam bentuk ritual sahaja

dikira ibadah, sedangkan pekerjaan- pekerjaan yang lain

tidaklah dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadah-

ibadah yang dilakukan terutama ibadah khusus sebenamya

tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia kerana impak

atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan

seseorang muslim, samaada di dunia mahu pun akhirat.

43

KESIMPULAN

Tidak timbul konsep 50% untuk dunia dan 50% untuk akhirat,

kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk

dunia dan akhirat kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat

kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah tempat kita

menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah

SWT pastinya manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah.

Allah SWT tidak akan rugi atau berkurang sedikitpun jika manusia

memboikot Allah, sebaliknya yang akan rugi manusia sendiri. Oleh

itu baik sekali sekiranya kita mengkaji dengan teliti dan

mendapatkan hikmah dari ibadah yang diperintahkan kepada kita

untuk melakukannnya.

44

KESIMPULAN

Page 23: BAB 4 -   · PDF fileCTU101 15/8/2013 Maruwiah Ahmat 5 Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 23

45

AKTIVITI BERTULIS 6

Mana soalan

ni?

- Individu -20 minit sahaja