bab 3 perkembangan tamadun islam - maruwiah · pdf filepemulihan akhlak ... pendidikan masjid...

18
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013 Maruwiah Ahmat 1 CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat 1 Menjelaskan Tamadun awal 3 Perkembangan Tamadun Islam 3.1 Tamadun Zaman Awal 3.2 Tamadun Zaman Pertengahan 3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari 2 Hasil Pembelajaran Kandungan PENGENALAN

Upload: dotram

Post on 01-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 1

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat

1

Menjelaskan Tamadun

awal

3 Perkembangan Tamadun Islam

3.1 Tamadun Zaman Awal

3.2 Tamadun Zaman Pertengahan

3.3 Tamadun Islam Zaman Kontemporari

2

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENGENALAN

Page 2: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 2

PENGENALAN

3

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Zaman Awal – zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin

Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah

Zaman Kontemporari (Zaman Moden) – termasuk perkembangan Islam di Nusantara dan Malaysia

PENDAHULUAN

4

Kelahiran Islam di Makkah dan kemunculan kerajaan

Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah

lahirnya tamadun baharu yang merubah sejarah dunia.

Nabi Muhammad SAW merupakan tokoh yang paling

dicontohi dalam membentuk tamadun Islam

kemudiannya sesuai peranannya sebagai Rasul

terakhir.

Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai tamadun

Islam kemudiannya adalah berasaskan kepada nilai-

nilai yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri

yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Page 3: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 3

5

Pada kurun ke-18 dan ke-19 M, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam

terakhir tumbang pada 1924.

Kepesatan pembelajaran ilmu pengetahuan telah mewujudkan Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli

sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

PENDAHULUAN

6

Sistem Pemerintahan

Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur/sistem pemerintahan yang kukuh.

Dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah.

Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam - faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah.

Sistem politik berkabilah - primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri.

Ketua kabilah – Sheikh, adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah.

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

Page 4: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 4

7

Sosial

Terbahagi kepada dua kelompok iaitu masyarakat

Arab Hadhari dan Arab Badwi

Memandang rendah kepada wanita (Tidak boleh

mewarisi harta dan boleh dijual beli atau dijadikan

hamba seks).

Menanam hidup-hidup bayi perempuan.

Mengamalkan budaya tilik nasib

Kelebihan dan kepandaian dalam bidang kesenian

dan sastera seperti sajak, puisi dan pidato.

Sikap positif: menghormati tetamu dan menepati janji

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

8

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

Ekonomi

Selepas keruntuhan empangan Maarib dalam kerajaan Sabak

menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi

masyarakat Arab.

Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab

merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.

Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang

mempunyai oasis seperti di Yaman.

Mengusahakan pertanian dan juga perdagangan sebagai

sumber ekonomi sehingga ke negeri Syam dan Yaman.

Barang dagangan terdiri daripada buah-buahan binatang

ternakan, pakaian, hamba, patung berhala, rempah dan emas.

Page 5: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 5

9

Kepercayaan

Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada dua iaitu,

kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama

ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab,

sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul

dan tradisi lama yang diwarisi.

Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan

sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Agama - Menyembah berhala dan kepercayaan lain

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama Wathani, iaitu agama

sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas.

Terdapat 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Antara yang

popular ialah Al-Latta, Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

10

Zaman Awal Zaman Nabi Muhammad

Zaman Perkembangan Zaman Khulafa’ ar-Rasyidin

Zaman Kecemerlangan

Zaman kerajaan Bani Umayyah, Abbasiyah, dan

Uthmaniyah

Zaman

Kejatuhan

SEMENANJUNG ARAB SEBELUM ISLAM

Page 6: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 6

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

11

Zaman Nabi Muhammad SAW

Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan asas kepada ajaran dan tamadun Islam.

Zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa’ al-Rashidin menjadi model tamadun Islam.

Tamadun Islam telah berkembang pada zaman Khulafa’ al-Rashidin walaupun bukan berbentuk material.

Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan prinsip asas yang lengkap untuk diikuti oleh umatnya melalui Al-Quran dan Sunnah.

12

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.

Baginda lahir dalam kalangan bani Hasyim dari Arab Quraisy.

Bapanya bernama Abdullah ibn Abdul Mutalib dan ibunya Aminah bint Abdul Wahhab (dari suku Zuhrah).

Bapanya meninggal dunia ketika berusia 25 tahun semasa dalam perjalanan dari Syam ke Mekah.

Ibunya meninggal dunia di Abwak ketika Nabi berusia 6 tahun.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 7: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 7

13

Setelah ibunya meninggal dunia baginda dijaga

oleh datuknya Abdul Mutalib.

Nabi Muhammad SAW pernah disusukan oleh

Suwaibah al-Aslamiyah (hamba Abu Lahab) dan

Halimah al-Sakdiyah.

Baginda dijaga didesa oleh Halimah sehingga

berusia lima tahun.

Setelah peristiwa pembedahan dada Nabi, baginda

dipulangkan ke Mekah.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

14

Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika umur baginda 25 tahun.

Baginda dikurniakan 7 orang anak; 4 perempuan dan 3 lelaki, semua anak lelaki meninggal waktu kecil.

Pekerjaan baginda ialah menggembala kambing dan kemudian berniaga di Syam dan di pasar-pasar sekitar Mekah.

Baginda pernah digelar al-Amin ketika berjaya menyelesaikan perbalahan antara suku kaum di Mekah tentang perletakan semula Hajar al-Aswad.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 8: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 8

15

Nabi Muhammad SAW Menerima Wahyu

Nabi Muhammad SAW gemar berkhalwat di Gua

Hira’ terutama semasa bulan Ramadhan.

Baginda menerima wahyu pertama pada 17

Ramadhan – Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang

meminta baginda mengenal tuhannya.

Surah yang kedua ialah Surah al-Mudaththir, ayat

1-4, yang secara rasminya menyeru agar baginda

berdakwah – bangunlah, berikan peringatan.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

16

Makkah

• 13 tahun (610-622 M)

• Tujuan dakwah- Mengesakan Allah SWT

• Bidang dakwah- Akidah dan Akhlak

Madinah

• 10 tahun (622-632 M)

• Tujuan dakwah – Mengesakan Allah dan mengembangkan ajaran Islam

• Bidang dakwah – merangkumi semua aspek kehidupan

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 9: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 9

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

17

Period Makkah (610-622 M)

Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13

tahun. Tumpuan baginda Rasulullah:

Pembangunan akidah

Membenteras maksiat dan kejahilan

Membenteras perhambaan

Pemulihan akhlak

Pembelaan kaum wanita

18

Dakwah kepada ahli keluarga dan sahabat rapat

Dakwah kepada sahabat dan keluarga mereka

Dakwah kepada Bani Hasyim

Peringkat dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah.

Dakwah secara sulit Dakwah secara terus-terang/terbuka

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 10: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 10

19

Kuasa dan pengaruh

Persamaan taraf

Sumber ekonomi

Takut mati

Iri hati

Sebab

Dakwah

ditentang

di Mekah

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

20

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Hijrah berlaku pada 622 Masihi

Nabi Muhammad SAW berumur 53 tahun.

Sahabat yang mengiringi baginda ialah Saidina

Abu Bakar as-Siddiq.

Tugas pertama ialah mendirikan masjid.

Masjid berperanan sebagai

tempat ibadah dan

penyebaran agama Islam.

Page 11: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 11

21

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Hijrah adalah sebuah tonggak sejarah besar dalam perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Hijrah adalah peristiwa yang sangat menentukan bagi kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembang risalah dalam rangka mengeluarkan manusia dari beraneka kegelapan menuju cahaya kebenaran.

Sebelum peristiwa Hijrah terjadi, Nabi Muhammad SAW telah berusaha sekuat tenaga untuk mengajak manusia ke jalan Tuhan.

Akan tetapi, usaha beliau kurang membuahkan hasil ketika di Makkah kerana masyarakat di situ mempertahankan agama mereka atas faktor tertentu.

22

Jemputan dari

masyarakat Arab Yathrib/Madinah

Selepas berlakunya perjanjian Aqabah

Setelah mendapat wahyu dari Allah SWT

Setelah melihat umat Islam ditekan dan dipulau oleh masyarakat Arab Mekah

Untuk meluaskan penyebaran Islam

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 12: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 12

23

Hikmah Hijrah

1. Kegagalan tidak mesti menjadikan seseorang berputus asa dalam berjuang mencapai maksud dan tujuan yang telah ditetapkan. Jika manusia mengalami kegagalan di suatu tempat, di sebuah metod dan cara, maka hendaklah dia mencari tempat, cara atau metod baharu dalam mencapai kejayaan.

2. Dakwah di Makkah dilaksanakan secara personal, peribadi, pintu ke pintu dan tidak didukung oleh kekuatan politik. Di samping itu, memang Makkah bukanlah tempat yang sesuai untuk berdakwah kerana percaturan politik yang begitu tinggi. Dakwah selalu menerima tekanan politik.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

24

3. Nabi diperintahkan hijrah oleh Allah SWT dan meninggalkan Makkah untuk mencari tempat yang lebih aman dan sihat untuk memulakan sesuatu yang baik.

4. Tiga tahun sebelum hijrah, Nabi Muhammad SAW dilanda kesedihan yang amat berat sehingga tahun itu disebut tahun duka cita (‘amul huzni). Dua orang yang paling baginda cintai meninggal dunia, iaitu isteri baginda, Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 13: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 13

25

Nabi Muhammad SAW dalam merangka Piagam Madinah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.

Langkah yang diambil oleh baginda dalam membentuk Piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat baginda menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

ZAMAN AWAL

26

Period Madinah (622-632 M)

Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun

Islam di Madinah:

1. Aspek sosial

o Mempersaudarakan golongan Ansar

dan Muhajirin

o Mewujudkan perjanjian antara

masyarakat berbilang kaum

o Kedudukan wanita dibela

o Membina masjid – pusat ibadah,

bermesyuarat, pusat komuniti dsb.

Page 14: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 14

ZAMAN AWAL 27

2. Aspek Politik

Nabi Muhammad SAW menggubal dan membentuk perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran

Perlembagaan Madinah – 47 fasal:

23 fasal – hubungan sesama umat Islam

24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam

Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan politik umat Islam dan wujud keamanan.

Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dari kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.

Nabi Muhammad SAW turut mengasaskan majlis syura berfungsi sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.

28

3. Aspek Ekonomi

Memperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan)

Menghapuskan amalan riba

Penggunaan mata wang dinar (emas) dan dirham (perak)

Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi seperti zakat, sedekah, jizyah, ghanimah dsb di mana setiausaha pertamanya bernama Hanzalah.

Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam perniagaan, pertanian dan penternakan

ZAMAN AWAL

Page 15: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 15

29

4. Aspek Dakwah

Rasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari

kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab

bagi menyebarkan ajaran Islam.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

30

5. Aspek Ketenteraan

Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera dan mengetuai hampir semua peperangan menentang musuh.

Antara strategi ketenteraan yang dilakukan oleh baginda:

Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh

Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi

Mengenal pasti tempat strategi di medan perang

Penyamaran

Menggali parit

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 16: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 16

31

6. Pendidikan

Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan

Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat

menimba ilmu pengetahuan

Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa

daerah untuk mengajar

Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan

perang yang ingin membebaskan diri dengan

mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga

pandai menulis dan membaca.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

32

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 17: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 17

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

33

Mempersaudara

kan kaum

Muhajirin dan

Ansar

Mengembalikan

hak dan

kedudukan

wanita dan

kanak-kanak

Memberi

jaminan

keamanan

kepada semua

rakyat

Pentadbiran

negara di

masjid

Melaksanakan

konsep syura

Melantik

pemimpin dalam

pelbagai

bidang

pentadbiran

Memperkasa

strategi untuk

meningkatkan

ekonomi:

• Mewujudkan

baitulmal

• Mengenakan

cukai untuk

tujuan

pelbagai

Membasmi

amalan

perniagaan

Yahudi -

penipuan dan

penindasan

Pejuang dari

kalangan

rakyat- secara

sukarela

Nabi

Muhammad –

Panglima

tentera

Menyusun

pelbagai

strategi untuk

mempertahan-

kan keamanan

Madinah

Menggunakan

pendekatan

secara lembut

atau hikmah.

Tidak memaksa

dalam

berdakwah

Sosial Ekonomi Organisasi Perjuangan

Dakwah Politik

34

Amanat Terakhir Nabi Muhammad SAW

Berlaku di Mekkah ketika baginda kembali dari

menunaikan haji (Hajjat al-Wida’) pada tahun ke-

10 Hijrah/632 M.

Isi amanat:

Semua umat manusia adalah dari nabi Adam.

Semua manusia adalah sama kecuali taqwanya.

Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada

kitab Allah dan Sunnah rasul-nya.

ZAMAN AWAL – Nabi Muhammad

Page 18: BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM - Maruwiah · PDF filePemulihan akhlak ... Pendidikan Masjid telah ... amalan perniagaan Yahudi - penipuan dan penindasan Pejuang dari kalangan rakyat-

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 02/07/2013

Maruwiah Ahmat 18

AKTIVITI 3- LATIHAN KENDIRI

Berikan contoh tingkah laku atau tindakan Nabi

Muhammad SAW dalam perkara-perkara berikut:

Masyarakat – persaudaraan

Pemimpin tentera – tolak ansur

Ketua negara – keadilan

Pemimpin agama – silaturrahim

Hubungan antarabangsa - diplomatik

35