bab 3 proses perang tiga segi

14
BAB 3 PROSES PERANG TIGA SEGI (PORTUGIS, JOHOR DAN ACHEH) 3.1 ABAD KE-16 Perang Tiga Segi ini telah melibatkan tiga kuasa besar yang utama pada ketika itu iaitu Portugis, Johor, Acheh kemudian Belanda campur tangan didalam peperangan ini dengan membantu Kerajaan Johor. Perang ini bermula apabila Portugis berjaya menguasai Melaka dan kawasan perairan Selat Melaka pada tahun 1511. 1 Kejayaan Portugis menawan Melaka, menyebabkan pedagang Islam yang sering berkunjung ke Pelabuhan Melaka mula menukar arah mereka dan memilih Pelabuhan Acheh sebagai destinasi baru mereka untuk berdagang kerana di Melaka mereka dikenakan dengan pelbagai sekatan dan cukai yang tinggi oleh pihak Portugis. 2 Kemajuan dan kepesatan pelabuhan Acheh membangun menyebabkan Acheh muncul sebagai sebuah kuasa baru yang mengawal aktiviti perdagangan di bahagian timur Pulau Sumatera. Portugis pula telah melakukan serangan secara bertubi-tubi pada tahun 1518, 1520, 1521, 1523, 1524, 1526, 1535, 1536 dan 1587 terhadap Acheh. 3 Walaubagaimanapun, Portugis gagal mengalahkan Kerajaan Acheh. Pada tahun 1524, Kerajaan Acheh berjaya menghalau Portugis di kawasan yang dikenali sebagai Pedir. 4 Dendam 1 Rahiman Abd. Aziz, Pembaratan pemerintahan Johor, 1800-1945: suatu analisis sosiologi sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, Hlm.38. 2 Ibid., Hlm. 55. 3 Leonard Y.Andaya, The Kingdom Of Johor:1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, Hlm.44. 4 Ibid., 45.

Upload: mohd-tarmizi

Post on 06-Feb-2016

783 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

KMM

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

BAB 3

PROSES PERANG TIGA SEGI (PORTUGIS, JOHOR DAN ACHEH)

3.1 ABAD KE-16

Perang Tiga Segi ini telah melibatkan tiga kuasa besar yang utama pada ketika itu

iaitu Portugis, Johor, Acheh kemudian Belanda campur tangan didalam peperangan

ini dengan membantu Kerajaan Johor. Perang ini bermula apabila Portugis berjaya

menguasai Melaka dan kawasan perairan Selat Melaka pada tahun 1511.1 Kejayaan

Portugis menawan Melaka, menyebabkan pedagang Islam yang sering berkunjung

ke Pelabuhan Melaka mula menukar arah mereka dan memilih Pelabuhan Acheh

sebagai destinasi baru mereka untuk berdagang kerana di Melaka mereka

dikenakan dengan pelbagai sekatan dan cukai yang tinggi oleh pihak Portugis.2

Kemajuan dan kepesatan pelabuhan Acheh membangun menyebabkan Acheh

muncul sebagai sebuah kuasa baru yang mengawal aktiviti perdagangan di

bahagian timur Pulau Sumatera. Portugis pula telah melakukan serangan secara

bertubi-tubi pada tahun 1518, 1520, 1521, 1523, 1524, 1526, 1535, 1536 dan 1587

terhadap Acheh.3 Walaubagaimanapun, Portugis gagal mengalahkan Kerajaan

Acheh. Pada tahun 1524, Kerajaan Acheh berjaya menghalau Portugis di kawasan

yang dikenali sebagai Pedir.4 Dendam Portugis terhadap kekalahan mereka

terhadap Kerajaan Acheh semakin kuat pada tahun 1537 dimana Sultan Alauddin

Riayat Syah yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Acheh. Baginda

setelah menjadi pemerintah di Acheh telah menjalankan dasar perluasan kuasa

secara besar-besaran sehingga menyebabkan Portugis terancam dengan dasar

tersebut. Dasar ini dapat dilihat dengan Kerajaan Acheh melancarkan serangan

1 Rahiman Abd. Aziz, Pembaratan pemerintahan Johor, 1800-1945: suatu analisis sosiologi sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, Hlm.38.

2 Ibid., Hlm. 55.

3 Leonard Y.Andaya, The Kingdom Of Johor:1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975,Hlm.44.

4 Ibid., 45.

Page 2: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

terhadap Melaka dalam tahun yang sama. Walaubagaimanapun, pihak Portugis

berjaya menghalang serangan tersebut,tetapi pihak Portugis terpaksa

mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi akibat serangan tersebut. Selepas daripada

serangan tersebut Kerajaan Acheh telah berhenti daripada melakukan sebarang

serangan selama kira-kira sepuluh tahun kerana menerima tentangan yang hebat

dari Kerajaan Melayu yang lain seperti Johor, Perak, dan Siak. Oleh itu, selama

sepuluh tahun Melaka berada dalam keadaan yang aman dan tenteram tanpa

serangan daripada Kerajaan Acheh.5

Kemudian pada tahun 1547, Kerajaan Acheh kembali menyerang semula

Portugis di kota Melaka. Pihak Acheh telah melakukan kepungan terhadap bandar

Melaka dan mara hingga ke Perlis, untuk menghentikan atau menghalang sebarang

bekalan dan bantuan ketenteraan di kawasan Perlis tersebut. Ketika Kota Melaka

dalam kepungan St. Francis Xavier telah membuat andaian bahawa pihak Portugis

akan mendapat bantuan daripada pihak Patani. Ketetapan ramalannya ini amat

penting dalam proses menyelamatkan kota Melaka dari ancaman Kerajaan Acheh

tersebut. Dengan bantuan dari Patani, Portugis dengan sebuah angkatan laut yang

kecil telah berjaya mengalahkan Acheh di Perlis. Kemenangan Portugis ini dapat

dilihat dari kekuatan bala tentera yang menentang mereka-Johor, Perak dan Pahang

bersama-sama mengumpulkan angkatan laut yang terdiri daripada 300 buah kapal

dan 8,000 orang askar.6 Berita kemenangan Portugis berjaya mengalahkan

Kerajaan Acheh di Perlis telah mengurangkan serangan terhadap Melaka buat

sementara waktu.

Walaupun Acheh mengamalkan dasar perluasan kuasa secara besar-besaran,

tetapi dasar ini tidak memberi sebarang kesan negatif kepada kemajuan Acheh

sebagai pusat perdagangan utama di bahagian Sumatera. Pada pertengahan abad

ke-16, Portugis telah beranggapan bahawa Acheh sebagai kawasan utama dalam

perdagangan diantara Asia Barat dan India dengan gugusan Kepulauan Melayu.

Pada masa yang sama, kekuatan Portugis pula berada dalam keadaan yang lemah.

Melaka telah menerima pelbagai ancaman daripada kerajaan Melayu di sekitar

5 A. Samad Ahmad, Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, Hlm.166.

6 R.O. Winstedt, A History Of Johore, Kuala Lumpur: MBRAS, 1932, Hlm.166.

Page 3: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

kawasannya Pada tahun 1551, Kerajaan Johor, Perak dan Pahang, telah bergabung

dengan pihak Japara untuk menawan Melaka tetapi usaha tersebut tidak berjaya.

Malahan Portugis juga mempunyai konflik diantara Kerajaan Johor, selain

Acheh. Konflik ini telah menyebabkan tercetusnya perang tiga penjuru yang

bertujuan untuk menguasai perdagangan di perairan Selat Melaka.

Walaubagaimanapun, Acheh mempunyai visi yang lebih luas berbanding pihak

Portugis. Acheh ingin mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya sebagai sebuah

kuasa politik yang unggul dan utama di Selat Melaka.7

Pada tahun 1535, Portugis telah melakukan serangan terhadap Johor.

Portugis menganggap bahawa mereka harus menghancurkan dan menghapuskan

ancaman daripada bekas pemerintah Kesultanan Melayu Melaka itu sekiranya

mereka mahu menguasai dan mengaut keuntungan yang tinggi serta sebagai

penguasa pusat perdagangan termashyur di Nusantara pada masa itu. Justeru,

pihak Portugis yang pimpin oleh Estevao da Gama telah melancarkan serangan

seterusnya telah memusnahkan pusat pentadbiran kerajaan Johor sebanyak dua

kali, walaubagaimanapun penduduknya telah berpindah ke hilir sungai, sama

seperti yang mereka lakukan beberapa kali kemudian demi mengelakkan serangan

dan kemusnahan serta membina semula pusat kerajaan mereka.8 Contohnya , pada

tahun 1536, Sultan Alauddin Riayat Syah II telah melarikan diri ke kawasan Sayong,

Muar dan akhirnya di Bintan.9 Kemudiannya, pada tahun 1540, baginda telah

membuat pusat pemerintahan di Johor Lama yang dikenali sebagai Kota Batu.

Perpindahan pusat pemerintahan ini berikutan serangan-serangan yang dilakukan

oleh Portugis sebelum ini.10

Tahun 1558 sehingga tahun 1575, Acheh telah beberapa kali melakukan

serangan keatas Melaka. Serangan pertama dimana Pihak Acheh dibantu oleh Pihak

7 A. Samad Ahmad, op. cit., Hlm. 76.

8 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun bangsa Melayu Siri pengajian dan pendidikan Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2008, Hlm.292.

9 Ibid., Hlm. 293.

10 Ibid., Hlm. 320.

Page 4: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

Turki Uthmaniyah pada tahun 1568 melibatkan 20 000 orang termasuk 400 orang

askar Turki. Namun demikian, sekali lagi Acheh gagal menawan Melaka sama juga

seperti serangan-serangan pada tahun 1574 dan tahun 1575. Portugis bernasib baik

kerana setiap kali Acheh menyerang Melaka, tiada kerajaan Melayu lain yang

membantu Acheh dalam proses menawan Melaka.

Walaubagaimanapun, perang sentiasa berlaku melibatkan Acheh dengan

kerajaan Johor. Perak pula telah berjaya dikuasai oleh Acheh pada tahun 1575.

Acheh turut menyerang Aru dan Johor pada tahun 1564. Aru dan Johor

berjaya dikalahkan dan Sultan Alauddin Riayat Syah yang merupakan pemerintah

Johor telah dibawa balik ke Acheh. Baginda mangkat di Acheh. Oleh itu, putera

baginda, iaitu Raja Muzaffar telah dilantik mengantikan baginda, dengan

menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Kota Batu yang rosak akibat serangan

Acheh telah dibaikpulih kembali dan kemudiannya, Sultan Muzaffar Syah berpindah

dan membina sebuah pusat pemerintahan di Selunyut. Namun demikian, Kerajaan

Johor sekali lagi diserang oleh Kerajaan Acheh pada tahun 1570, iaitu semasa

pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (1571-1597). Ekoran daripada

serangan tersebut, pusat pemerintahan Johor sekali lagi terpaksa berpindah ke

Tanah Puteh dan kemudiannya ke kawasan Johor Lama.

Pada tahun 1587, Johor juga telah melancarkan serangan besar-besaran ke

atas Melaka dari laut dan dari darat.11 Orang Minangkabau dari Naning dan Rembau

juga telah menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Johor dalam proses menyerang

Kota Melaka. Dalam serangan balasnya, Portugis telah menyerang Johor Lama dan

menghancurkan kawasan tersebut. Pihak Portugis melakukan serangan balas

terhadap Kerajaan Johor itu disebabkan oleh kemajuan dan kepesatan bandar

tersebut membangun sehingga menggugat posisi Melaka dalam aktiviti

perdagangan. Apabila kota Johor Lama diserang dan berjaya ditawan oleh Portugis,

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II terpaksa memindahkan pusat pemerintahannya ke

Batu Sawar. Selepas kemangkatan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah, tampuk

pemerintahan kerajaan Johor diambilalih oleh putera baginda, iaitu Raja Mansur

dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. Oleh kerana untuk

11 Joginder Singh Jessey, History of Malaya, 1400-1959 ,

Kuala Lumpur: Jointly published by the United Publishers and Peninsular Publications, 1963, hlm.39.

Page 5: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

melindungi negeri daripada serangan Portugis dan juga Acheh, Sultan Alauddin

Riayat Syah III telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Belanda. Atas dasar

diplomatik ini telah membawa kepada penempatan pegawai Kompeni Belanda di

Batu Sawar.12

3.2 ABAD KE-17

Apabila Johor menjalinkan hubungan diplomatik dengan Belanda, Portugis di Melaka

telah memberi amaran kepada Sultan Alauddin Riayat Syah III supaya membatalkan

hubungan diplomatik tersebut. Namun demikian itu, Sultan Alauddin Riayat Syah III

tidak mempedulikan amaran tersebut walaupun telah dinasihati oleh Raja Abdullah

atau Raja Seberang. Akibat, daripada kedegilan Sultan Alauddin Riayat Syah III pada

tahun 1608, Portugis telah melancarkan serangan ke atas Kerajaan Johor. Setelah

peperangan tersebut tamat, Sultan Alauddin Riayat Syah III menjalinkan

persahabatan dengan Portugis di Melaka. Sikap baginda ini menyebabkan Acheh di

bawah pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) telah melancarkan

serangan dengan Batu Sawar pada tahun 1613.13 Hal ini menyebabkan pusat

pentadbiran Johor di Batu Sawar dimusnahkan.14 Sultan Alauddin Riayat Syah III,

Raja Abdullah dan Bendahara Tun Seri Lanang telah dibawa balik ke Acheh. Ketika

berada di Acheh, Raja Abdullah telah berkahwin dengan adinda Sultan Iskandar

Muda Mahkota Alam. Perkahwinan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan

Acheh-Johor. Kemudiannya, Sultan Abdullah dibenarkan pulang ke Johor pada akhir

tahun 1613. Manakala Sultan Alauddin Riayat Syah III pula dibenarkan pulang ke

Johor pada tahun 1614.

Walaupun Acheh memberi amaran kepada Johor supaya tidak terlibat dengan

sebarang sebarang hubungan diplomatik dengan Portugis dan Belanda, tetapi

amaran tersebut tidak diendahkan oleh Johor. Raja Abdullah masih meneruskan

12 Institut Terjemahan Negara Malaysia, Old Treaties & Documents of Malaysia, 1791-1965, Kuala Lumpur: ITBM, 2008, Hlm.108.

13 Radzi Sapiee, Berpetualang Ke Aceh: Membela Syiar Asal, Jakarta: Wasilah Merah Silu Enterprise, 2007, Hlm.270.

14 Omar Farouk Bajunid, Esei-esei budaya dan sejarah Melaka, Kuala Lumpur: Asrama Zaʾba, Universiti Malaya, 1989,Hlm.89.

Page 6: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

hubungan dengan Belanda. Malah lebih dari itu, Belanda telah menempatkan

pegawai-pegawainya di Batu Sawar. Sementara itu, Sultan Alauddin Riayat Syah III

telah membuat pakatan dengan Portugis dengan melantik puteranya, iaitu Raja

Bujang sebagai Sultan Pahang pada tahun 1615, mengambil tampuk pemerintahan

Pahang daripada putera Sultan Abdul Ghafur kerana tidak berkelakuan baik.15

Perkembangan di Johor ini, tidak disenangi oleh Acheh. Oleh itu, pada tahun 1615,

Acheh sekali lagi telah melancarkan serangan ke atas kawasan Batu Sawar.16

Walaupun Sultan Alauddin Riayat Syah III berjaya mengundurkan diri ke Selunyut

tetapi baginda berjaya ditangkap semula. Akhirnya Sultan Alauddin Riayat Syah III

di bawa ke Acheh dan dibunuh. Dengan itu Raja Abdullah telah dilantik menjadi

pemerintah Johor yang baru dengan menggunakan gelaran Sultan Abdullah Muayat

Syah (1615-1623). Pelantikan baginda di atas takhta kerajaan bermakna keluarga

diraja Johor berkuasa kembali.

Oleh kerana kenaikan Raja Bujang di atas takhta kerajaan Pahang adalah

melalui pakatan Johor-Portugis menyebabkan Acheh tidak berpuas hati dengan

perkara tersebut lalu melancarkan serangan ke atas Pahang pada tahun 1617.17

Pahang berjaya dikalahkan. Kemudian Raja Bujang terpaksa berundur ke Pulau

Lingga. Manakala Raja Ahmad dan puteranya, Raja Mughal telah ditawan dan

dibawa ke Acheh. Kemudiannya Sultan Abdullah Muayat Syah pula telah berpindah

ke Pulau Lingga. Pada tahun 1623, Acheh sekali lagi telah menyerang Pulau Lingga.

Keadaan ini telah memaksa Sultan Abdullah Muayat Syah dan Raja Bujang untuk

berundur ke kawasan Pulau Tembelan. Setelah sampai di Pulau Tembelan Sultan

Abdullah Muayat Syah mangkat di sini dan baginda telah dikenali dengan panggilan

Marhum Tembelan. Dengan itu takhta kerajaan berikutnya dikuasai oleh Raja

Bujang. Baginda memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Kenaikan

Sultan Abdul Jalil Syah III di atas takhta kerajaan Johor bermakna keturunan

daripada kesultanan Melaka-Pahang menduduki semula takhta kerajaan Johor.

Sementara itu jaminan diberikan bahawa putera Sultan Abdullah Muayat Syah, iaitu

15 Stephen Oppenheimer, Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,United Kingdom: Weidenfeld and Nicolson, 1998, Hlm.243.

16 Ibid., Hlm. 121.17 Abd. Jalil Borham, Pentadbiran undang-undang Islam negeri Johor, Johor Bharu: Penerbit UTM, 2002,

Hlm.64.

Page 7: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

Raja Bajau akan dilantik sebagai Sultan untuk menggantikan Sultan Abdul Jalil Syah

III nanti. Raja Bajau dilantik sebagai Raja Muda dan memerintah di Pahang.

Pengukuhan kuasa Iskandar Muda Mahkota Alam bukan sahaja menjadi

ancaman kepada Johor, tetapi juga kepada pihak Portugis. Hal ini terbukti apabila

Acheh di bawah pimpinan Sultan Alaudin Riayat Shah (1537-1571) telah

melancarkan beberapa serangan untuk menyerang Johor bertujuan untuk

menghancurkan sumber-sumber kuasa yang mampu untuk bersaing dan menjadi

penghalang kepada impian Acheh untuk muncul sebagai sebuah kuasa politik dan

ekonomi yang baharu dan unggul di kepulauan Melayu. Dengan kemunculan tokoh

yang berkarisma seperti Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sebagai pemerintah

Acheh, Acheh menjadi ancaman yang lebih berbahaya kepada pemerintah Melaka

yang telah mempunyai kedudukan yang kukuh di Johor. Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam telah mengukuhkan kekuasanya di kawasan pantai barat Sumatera

ke selatan hingga ke Padang dan sepanjang pantai timur Sumatera hingga ke Siak

dan kemudian berusaha untuk menguasai Kedah, Perak, Pahang dan Johor di

Semenanjung. Johor telah menentang usaha Acheh memusnahkan kepimpinannya

terhadap orang Melayu, walaupun tidak dapat menyekat kuasa Acheh menguasai

wilayah-wilayah naungannya di Sumatera. Namun begitu, Johor masih mampu

bertahan daripada serangan berterusan kedua-dua pihak, iaitu Portugis dan

Acheh.18

Perkembangan Acheh menyebabkan Portugis sangat bimbang dengan

perkara tersebut. Justeru itu, Portugis mengambil kata putus dengan menyerang

Acheh pada tahun 1629.19 Dalam pertempuran tersebut, angkatan Acheh telah

berjaya dikalahkan oleh Portugis di Melaka. Hal ini menyebabkan kerajaan Acheh

menjadi lemah. Dalam perang ini angkatan Acheh kehilangan nyawa sebanyak

19,000 orang.20 Kekalahan ini membuka peluang kepada Johor untuk meluaskan

pengaruhnya ke beberapa bahagian di Sumatera.

18 Merle Calvin Ricklefs, Sejarah Indonesia modern, 1200-2004, Jakarta: Penerbit Serambi, 2005, Hlm.85.

19 Ibid., Hlm.87.

20 Ibid., Hlm.99.

Page 8: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

Namun, setelah kuasa Acheh dilihat semakin lemah akibat daripada

peperangan dengan Portugis di Melaka, Pemerintah Johor itu tetap menganggap

bahawa kedua-dua kuasa ini merupakan ancaman kepada Kerajaan Johor, Melaka

yang dikuasai Portugis dan Acheh di bawah Iskandar Muda Mahkota Alam, tidak

dapat dihapuskan oleh Johor secara bersendirian tetapi perlu mendapatkan bantuan

sekutu yang kuat. Malah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Johor telah

mula menjalin hubungan diplomatik dengan Belanda pada tahun 1606, tetapi

langkah itu tidak memberi kesan kepada penawanan semula Melaka. Misalnya,

dalam bulan Mei tahun 1606, Belanda telah menandatangani satu perjanjian

dengan Johor.

Sebenarnya, itulah perjanjian Belanda yang mula-mula dengan sebuah

negeri di Tanah Melayu. Matelieff iaitu wakil belanda bersetuju untuk menghulurkan

bantuan kepada Sultan Johor untuk menawan Melaka. Jika perancangan untuk

menawan itu berjaya, bandar Melaka akan terserah ke tangan Belanda. ”Selepas

tertawan, bandar dan kota Melaka hendaklah diserahkan kepada ’States-General’

(iaitu syarikat India Timur Belanda) serta dengan kebebasan untuk meluaskan lagi

pertahanan di sana.”21 namun seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, serangan

tersebut tidak berjaya dan timbul pula pertelingkahan di antara Belanda dengan

Johor. Sultan Johor telah menyedari bahawa pada akhirnya baginda tidak akan

mendapat apa-apa faedah daripada penawanan bandar Melaka. Sebaliknya apa

yang dibuat oleh baginda itu hanyalah menukarkan orang Portugis yang lemah

dengan orang Belanda yang lebih kuat.

Matelieff membatalkan kepungannya apabila satu angkatan laut Portugis

yang kuat tiba dari Goa. Dalam pada itu dalam pertempuran-pertempuran yang

berikut dia dapat memberi satu kesan yang besar ke atas angkatan orang laut

Portugis di timur. kegagalan Metalieff menyerang Melaka, menyebabkan beliau

pergi ke Batu Sawar untuk menandatangani satu perjanjian baru dengan Sultan

Johor, dalam bulan September, 1606. Menurut perjanjian ini, sultan bersetuju

menyerahkan sekeping tanah kepada syarikat Belanda ”untuk tempat

memunggahkan barang dan ubat bedil, dan tempat merawat kakitangan mereka

yang sakit dan membina tempat kediaman sebagaimana yang hendak dibuat di

21 Joginder Singh Jessey. op. cit., hlm. 54.

Page 9: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

Melaka.”22 sementara itu penolong Matelieff menandatangani pula perjanjian

persahabatan dengan Acheh dan dalam perjanjian tersebut kedua-dua belah pihak

bersetuju hendak menyatukan angkatan tentera mereka untuk menentang orang

Portugis dan Sepanyol. Jelas terbukti bahawa dengan perjanjian dengan kedua-dua

belah pihak, iaitu negeri Acheh dan Johor, Belanda telah mencuba untuk

mengelakkan diri mereka daripada menyebelahi mana-mana pihak yang dalam

pertikaian diantara Johor dan Acheh.

Pihak Belanda telah melawat banyak tempat di kawasan Nusantara dan amat

ingin menjalin hubungan dengan pemerintah tempatan yang dapat memberikan

kuasa monopoli terhadap barangan terutamanya rempah kepada Belanda. Usaha

mereka untuk mendapatkan rempah-ratus menyebabkan Belanda terpaksa

berhadapan dengan Portugis di Asia sebagai sambungan kepada pergolakan yang

berlaku di Eropah. Dari awal lagi, Belanda lebih disukai oleh para pemimpin Melayu

kerana VOC tidak mempunyai sifat anti-Islam terhadap pedagang Muslim seperti

Portugis dan tidak berhasrat menguasai seluruh rantau itu, seperti yang dilakukan

oleh Portugis. Lagipun, VOC mewujudkan satu konsep kerjasama yang baru yang

berdasarkan perjanjian, yang pada mulanya kelihatan asing tetapi kemudiannya

terbukti menguntungkan, dan boleh diketepikan sekiranya memudaratkan

kepentingan masyarakat tempatan. Hal inilah yang difahami para pemerintah

Melayu apabila mengadakan perjanjian dengan Belanda sepanjang kurun ke-17 dan

ke-18, suatu kefahaman yang secara amnya terbukti betul, hasil daripada keadaan

yang khusus berkait dengan VOC di bahagian barat kepulauan Nusantara.23

Penerimaan yang positif dalam kalangan pemerintah dan masyarakat

pedagang Melayu ini memudahkan Belanda (VOC) untuk terlibat dalam penguasaan

terhadap kawasan di kepulauan Nusantara yang kaya dengan bahan mentah seperti

rempah dan bijih timah untuk dibawa pulang dan didagangkan di Eropah. Dengan

itu, VOC telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalinkan hubungan dengan

22 Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2006, Hlm. 66.

23 Abdul Rahman Haji Ismail, MALAYSIA: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 135.

Page 10: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

Johor bertujuan untuk mendapatkan Melaka. Pihak Belanda percaya bahawa banyak

keuntungan akan diperolehi dengan menawan Melaka. Seperti yang telah dijelaskan

sebelum ini, Belanda telah melakukan satu perjanjian rasmi yang pertama dengan

Johor pada tahun 1639 dimana membenarkan VOC untuk membina sebuah kubu di

Batu Sawar sebagai balasan untuk VOC dan membantu Johor dalam menangkis

serangan daripada Acheh dan menghapuskan Portugis di Melaka.

Oleh itu, proses peperangan bagi menawan semula Melaka segera

dilancarkan pada 2 Ogos 1640, angkatan perang Belanda dengan bantuan pasukan

Johor telah mengepung Melaka.24 Orang-orang Johor memainkan peranan yang

amat penting dalam pembinaan kubu dan parit serta mengangkut barang-barang.

Pasukan Johor ini di bawah pimpinan Seri Raja Diraja, anak Laksamana Johor.

Kepungan ini berakhir dengan kekalahan Portugis pada Januari 14 Januari 1641.

Kekalahan Portugis ini bermakna Johor telah bebas daripada ancaman yang

mengganggui kerajaan Johor selama kira-kira seratus tiga belas tahun. Dalam hal

yang lain, VOC menghargai Johor bahawa pakatan Belanda dan Johor telah berjaya

mengalahkan Portugis.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya Perang Tiga Segi ini merupakan perang yang melibatkan tiga

kuasa besar iaitu Kerajaan Johor yang dibantu oleh Pihak Belanda, Kerajaan Acheh

serta Portugis. Melalui peperangan ini semua pihak mempunyai kepentingan yang

tersendiri. Seperti Kerajaan Johor berusaha merebut kembali Melaka dari tangan

Portugis untuk mengembalikan semula kegemilangan Kerajaan Kesultanan Melayu

Melaka. Manakala Kerajaan Acheh pula merupakan satu kuasa yang baru wujud

24 Abu Hassan Sham, Maarten't Hart, Khek Seng Wong, Malay studies from Dutch sources, Melaka: Penerbitan bersama Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya [dan] Perbadanan Muzium Melaka, Melaka, 1998, Hlm.74.

Page 11: BAB 3 Proses Perang Tiga Segi

selepas kejatuhan Melaka. Kerajaan Acheh berusaha meluaskan pengaruhnya

setelah pelabuhannya muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di sekitar

Kepulauan Melayu selepas kejatuhan Kerajaan Melaka. Bagi pihak Portugis pula

mereka mahu mengekalkan pengguasaan mereka terhadap Melaka kerana

Pelabuhan Selat Melaka merupakan pusat ekonomi utama yang membekalkan

sumber rempah ratus kepada Pihak Portugis di sekitar Kepulauan Melayu. Selain itu,

Pihak Belanda pula melihat peperangan ini sebagai satu peluang kepada Belanda

untuk menghapuskan Portugis yang merupakan pesaing yang sengit dalam usaha

memajukan perdagangan Belanda di Betawi.

Oleh itu, kesan daripada keseluruhan perang ini menyebabkan kewujudan kuasa

baru yang menjajah Kepulauan Melayu iaitu Belanda. Manakala hasil daripada

peperangan ini juga telah menjadikan Kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan

Melayu yang digeruni oleh kerajaan Melayu lain di sekitar kepulauan Melayu.

Malahan, akibat daripada peperangan ini juga kemudiannya menyebabkan

berlakunya pertelingkahan diantara Kerajaan Johor dengan Belanda kerana

pengenalan dasar Belanda yang menguntungkan pihak Belanda sahaja sehingga

menjurus kepada kejatuhan Kerajaan Johor serta penglibatan kuasa barat yang lain

iaitu British yang memburukkan lagi keadaan.