bab 3 peta minda.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 02-Mar-2016

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TINGKATAN 3 BAB 3

TRANSCRIPT

  • 1

    1

    Penubuhan Parti

    Komunis Malaya

    Pengisytiharan

    Darurat

    Memperbesarkan

    Pasukan

    Keselamatan

    Ancaman Parti Komunis Malaya dan

    Darurat

    Penyusupan dan Kegiatan

    Pengganas Komunis

    Perang Saraf

    Cara Penyusupan

    Kesan Darurat Langkah Membanteras Ancaman

    Komunis

    Keganasan

    Komunis

    Pengharaman Parti

    Komunis Malaya dan

    Parti Berhaluan Kiri

    Rancangan Briggs

    Pertemuan Baling (Rundingan Baling)

    Sosial Pengampunan

    Beramai-ramai

    Politik

    Ekonomi

  • 2

    2

    Fahaman komunis disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT)

    dan P.K. Nanyang tahun 1920-an.

    Ejen komunis telah menyebarkan dakyah komunis kepada orang Cina

    melalu kesatuan sekerja, kelas-

    kelas malam dan penerbitan Cina.

    Fahaman Komunis disebarkan kepada orang Melayu oleh Parti

    Komunis Indonesia (PKI) pada

    tahun 1924 hingga 1930.

    Orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana

    bertentangan dengan ajaran Islam

    dan adat resam orang Melayu.

    Komunisme tidak mengakui kewujudan Tuhan dan

    menggunakan kekerasan dan

    kezaliman untuk mencapai

    matlamat yang bertentangan dengan

    agama Islam yang dianuti oleh

    orang Melayu.

    PENYUSUPAN DAN KEGIATAN

    PENGGANAS KOMUNIS

    Fahaman Komunis diasaskan oleh Karl Marx abad ke-19.

    Fahaman yang menentang sistem feudal dan imperialis secara kekerasan, enggantikannya dengan pemerintahan komunisme.

    Antara perjuangan Komunisme ialah memperjuangkan masyarakat tanpa kelas dan memiliknegarakan tanah dan perindustrian

    Komunisme dianuti oleh China, Rusia, Korea Utara dan Cuba.

    Pada tahun 1919, Communist International (Comintern) yang ditubuhkan di Moscow telah mengarahkan parti-parti komunis di

    Eropah supaya menyebarkan fahaman komunis ke seluruh dunia.

    Cara Penyusupan

    Penubuhan Parti Komunis Malaya

    PKM ditubuhkan di Singapura 1930.

    Tujuan menubuhkan kerajaan Republik Komunis.

    Melatih ramai kader dan menyusup dalam kesatuan-kesatuan sekerja.

    Menjelang 1935, PKM semakin mantap dan bertindak lebih agresif.

    PKM melancarkan permogokan dan mensabotaj ekonomi Tanah Melayu supaya lumpuh.

    Permogokan paling hebat berlaku di Batu Arang, Selangor apabila 6000 orang buruh telah melancarkan

    mogok dan mengambil alih lombong tersebut. 300

    anggota polis dihantar untuk menamatkan

    permogokan.

    Akibat permogokan ramai pemimpin yang terlibat dihantar pulang ke China dan ramai pemimpin PKM

    ditangkap.

    Zaman Jepun, PKM telah berkerjasama dengan British untuk menentang Jepun.

    Ramai anggota PKM telah dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101, di Singapura.

    Persidangan Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Culcatta,

    India pada tahun 1948 telah

    menggalakan Parti-parti Komunis

    untuk mengadakan

    pemberontakan bersenjata bagi

    mencapai matlamat mereka.

    Sehubungan dengan itu PKM telah menubuhkan Malayan

    Races Liberation Army (MRLA).

    PKM memulakan pemberontakan bersenjata dengan menyerang

    ladang-ladang dan lombong

    milik Syrarikat Eropah,

    menyerang balai polis, membakar

    kilang, membakar bas,

    merosakkan landasan kereta api

    dan membunuh orang yang

    bersubahat dengan pihak British.

    pentadbiran Malayan Union.

    Keganasan Komunis

  • 3

    3

    Pengisytiharan Darurat

    Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah, di Sungai Siput, Perak

    telah menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi

    British, Sir Edward Gent mengisytiharkan

    darurat di seluruh Tanah Melayu pada

    bulan Jun 1948.

    Berikutan pengisytiharan darurat, kerajaan telah menguatkuasakan Undang-undang

    Darurat 1948, memberi kuasa kepada

    kerajaan menahan sesiapa sahaja yang

    disyaki terlibat dalam kegiatan komunis.

    Undang-undang Darurat juga mengizinkan pihak keselamatan menggeledah rumah

    kediaman, memindahkan penduduk

    kepenempatan baru atau memagar kawasan

    kampung yang disyaki penduduknya

    membantu PKM.

    Langkah Membanteras

    Ancaman Komunis

    Pengharaman Parti Komunis Malaya dan

    Parti Berhaluan Kiri

    Kerajaan telah bertindak mengharamkan PKM pada 23 Julai

    1948.

    British mengambil peluang mengharamkan parti-parti politik

    berhaluan kiri yang memperjuangkan

    kemerdekaan seperti Angkatan Wanita

    Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah

    Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal

    Melayu (PERAM), Parti Kebangsaan

    Melayu Malaya (PKMM) dan Hizbul

    Muslimin.

    Memperbesarkan Pasukan Keselamatan

    Pasukan polis diperbesarkan sehingga berjumlah 70 000 orang.

    Membawa masuk askar dari Negara komanwel seperti Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji.

    Menubuhkan pasukan Home Guard untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga kesalamatan.

    Melatih seramai 24 000 Mata-mata Khas (special Contable) dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.

    Pasukan keselamatan mengebom dan menyerang hendap sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British.

  • 4

    4

    Rancangan Briggs

    Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney Pesuruhjaya Tinggi

    British di Tanah Melayu pada tahun

    1950.

    Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai Pengarah Operasi.

    Kampung Baru

    Rancangan Briggs melibatkan penempatan semula penduduk di pinggir hutan ke kawasan

    baru yang digelar Kampung Baru.

    Rancangan Briggs bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan

    kepada komunis.

    Tindakan ini sangat berkesan,dapat melumpuhkan gerakan Min Yuen yang

    ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat,

    membekalkan makanan dan ubat-ubatan.

    Kebanyakan anggotanya adalah pekerja lombong

    dan pekerja ladang.

    Rancangan Briggs, lebih daripada 400 000 orang penduduk telah dipindahkan ke lebih kurang 400

    buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu.

    Kampung baru dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal, sekolah,

    kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air

    paip.

    Kampung baru dikawal oleh Special Constable (SC) dan dipagari dengan dawai berduri.

    Di Kampung baru, setiap ketua keluarga dibekalkan dengan kad catuan makanan bagi

    memastikan setiap keluarga memperoleh

    makanan yangs secukupnya,elakannya jatuh ke

    tangan PKM.

    Pergerakan kelaur masuk ke kampung baru dikawal selia.

    Gerakan Kelaparan

    1. Kerajaan telah melaksanakan program Gerakan Kelaparan bertujuan memastikan pihak komunis

    tidak mendapat sebarang

    bekalan makanan, senjata,

    maklumat dan ubat-ubatan.

    2. Sekatan jalan raya telah diadakan untuk mencegah

    bekalan makanan, ubat-ubatan

    dan maklumat sampai ke

    tangan PKM.

    3. Tanpa barang-barang keperluan, akan memaksa

    pengganas komunis keluar

    dari tempat persemunyian.

    Memudahkan pasukan

    keselamatan menggempur

    pengganas komunis.

    Kad Pengenalan

    Pendaftaran kebangsaan diperkenalkan untuk mengawal pergerakan penduduk.

    Penduduk berusia 12 tahun ke atas

    wajib mendaftar dan diberikan kad

    pengenalan..

    Rancangan Briggs telah berjaya melumpuh dan melemahkan

    perjuangan pengganas komunis.

    Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM di Pahang, mereka mengambil

    keputusan untuk mengurangkan

    kekejaman terhadap orang awam dan

    berundur ke selatan Siam.

  • 5

    5

    Templer menaikkan jumlah hadiah yang ditawarkan kepada sesiapa yang

    dapat memberi maklumat atau

    menangkap Chin Peng sama ada hidup

    atau mati dengan hadiah $250,000,

    manakala orang kanannya sebanyak

    $200,000

    Langkah kerajaan menentang komunis dihebahkan oleh Sultan dan Menteri

    Besar.

    Tindakan catuan makanan, menyebabkan ada pengganas komunis

    terpaksa bercucuk tanam untuk

    keperluan makanan

    sendiri.Bagaimanapun, pasukan

    keselamatan telah bertindak meracun

    kawasan tanaman mereka.

    Rancangan Templer

    Perang Saraf Risalah menentang komunis turut diedarkan.

    Tujuan perang saraf bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap

    kekejaman komunis.

    Hasilnya rakyat menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis

    untuk mempertahankan tanah air.

    Tahun 1952, Gerald Templer dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British

    menggantikan Henry Gurney yang mati

    dibunuh dalam perjalanan ke Bukit

    Fraser.

    Templer sedar kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya

    menghapuskan pengaruh komunis.

    Templer telah memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih. Kawasan hitam merupakan kawasan

    yang terdapat kegiatan pengganas

    komunis dan dikenakan perintah

    berkurung, manakala kawasan putih

    ialah kawasan yang bebas daripada

    ancaman komunis.

    Sehingga tahun 1954, Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri

    Sembilan diisytiharkan sebagai

    kawasan putih.

    Templer melancarkan perang saraf memenangi hati dan fikiran rakyat untuk menghapuskan pengganas komunis.

    Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum bersatu padu dan

    menghapuskan perasaan perkauman.

    Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis telah dilaksanakan dengan jayanya.

    Penduduk berbilang kaum bersama-sama membawa sepanduk dan berarak mengutuk

    keganasan komunis serta membakar

    patung-patung komunis

    Templer melonggarkan syarat kewarganegaraan pada tahun 1952

    sehingga membolehkan 1.2 juta

    orang Cina dan 180 ribu orang

    India mendapat kewarganegaraan

    Tanah Melayu.

    Pengampunan Beramai-ramai

    Bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri, kerajaan telah menawarkan pengampunan.

    Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil telah diedarkan.

    Radio Malaya setiap telah menyiarkan syarat tawaran pengampunan.

    Poster ditampal di merata-rata tempat, iklan dan wayang gambar telah digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis supaya menyerah diri.

  • 6

    6

    Rundingan Baling gagal kerana Tuku Abdul Rahman tidak mahu

    bertolak ansur dengan syarat

    PKM kerana Tunku Abdul

    Rahman ideology komunis tidak

    sesuai dengan masyarakat

    berbilang kaum di negara kita.

    Bagaimanapun Tunku Abdul Rahman bersedia berunding

    dengan PKM sekiranya PKM

    berubah fikiran.

    Parti Perikatan dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun

    1955, menjanjikan kemerdekaan segera

    serta menamatkan darurat.

    Tunku Abdul Rahman berjanji sekiranya diberi mandat beliau akan berunding

    dengan PKM.

    Sehubungan dengan itu, Chin Peng telah mengutus surat kepada Tunku

    Abdul Rahman untuk mengadakan

    rundingan.

    Pada 28 dan 29 Disember 1955, satu pertemuan telah diadakan antara wakil

    kerajaan Persekutuan dengan wakil

    Parti Komunis Malaya.

    Dalam pertemuan tersebut Tunku Abdul Rahman meminta Chin

    Peng membubarkan PKM,

    meletakan senjata dan menyerah

    diri, manakala Chin Peng

    mengenakan syarat hanya akan

    meletakkan senjata dan menyerah

    diri apabila kerajaan bersetuju

    mengiktiraf PKM sebagai parti

    politik yang sah.

    Pertemuan

    Baling

    Pemberian kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum tamat

    telah menyebabkan pengaruh PKM

    semakin lemah.

    Akhirnya pada 31 Julai 1960 kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan

    tamatnya darurat

  • 7

    7

    Kesan Darurat

    Darurat telah

    meninggalkan pelbagai

    kesan politik, ekonomi

    dan sosial ke atas

    penduduk di Tanah

    Melayu.

    Politik

    Kekejaman dan keganasa PKM telah menyebabkan kerajaan British

    menguatkuasakan Undang-undang

    Darurat pada tahun 1948.

    Kerajaan British mengambil kesempatan daripada undang-undang

    ini untuk membendung gerakan

    kebangsaan berhaluan kiri walaupun

    gerakan tersebut bukanlah

    berfahaman komunis.

    Darurat telah mempercepatkan proses ke arah berkerajaan sendiri.

    Pemberian kemerdekaan telah

    melemahkan PKM kerana tidak

    mempunyai alas an untuk

    meneruskan perjuangan mereka.

    Penubuhan Malayan Chinese Association merupakan satu lagi

    tamparan kepada PKM kerana

    berupaya menarik minat orang Cina

    melibatkan diri dalam pertubuhan

    politik berhaluan kanan.

    Orang Cina kemudiannya telah memberi kerjasama dan membantu

    kerajaan membanteras pengaruh

    PKM.

    Usaha kerajaan juga telah berjaya mengikis pandangan negatif

    masyarakat yang menganggap semua

    orang Cina adalah pengganas

    komunis.

    Ekonomi

    Pengeluaran sumber ekonomi Negara terjejas akibat kemusnahan system perhubungan, jentera melombong,

    kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.

    Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan

    pertahanan negara.

    Bagi menjamin keselamatan dan melindungi rakyat, kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan

    keselamatan, menambah bilangan Home Guard dan

    polis.

    Kerajaan kurang memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar Bandar kerana lebih

    menumpukan kepada pembangunan kampung baru.

    Sosial

    Darurat menyebabkan ramai yang terkorban sama ada pasukan keselamatan ataupun orang awam.

    Peperangan membanteras pengaruh komunis selama 12 tahun telah membawa kesengsaran kepada kehidupan penduduk di Tanah Melayu.

    Penduduk mengahadapi kesukaran hidup kerana terpaksa menghadapi pelbagai sekatan dan undang-undang sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan pekerjaan sehari-harian.

    Catuan makanan yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi dan keledek, sama seperti yang dialami pada zaman Jepun.

    Usaha kerjasama antara kaum telah diadakan dengan penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949.

    Matlamatnya adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

    Kerajaan juga telah melaksanakan dasar pelajaran kebangsaan yang berteraskan Tanah Melayu dengan harapan kandungan sukatan pelajaran yang berteraskan tempatan akan dapat memupuk

    perasaan cinta akan tanah air oleh generasi muda.

    Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan akan dapat memupuk persefahaman antara masyarakat berbilang kaum.