bab 2 ringkasan

13
BAB 2 1.0RINGKASAN AKTIVITI LAPORAN INDUSTRI 1.1 Senarai Ringkasan mengikut minggu Ringkasan aktiviti adalah perkara yang telah dilakukan semasa proses Latihan Industri di jalankan, bermula pada Minggu Pertama hinggalah Minggu Keduapuluh dua. Banyak aktiviti telah dibuat dan diringkaskan mengikut minggu.

Upload: afend

Post on 23-Jun-2015

814 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 Ringkasan

BAB 2

1.0 RINGKASAN AKTIVITI LAPORAN INDUSTRI

1.1 Senarai Ringkasan mengikut minggu

Ringkasan aktiviti adalah perkara yang telah dilakukan semasa proses Latihan Industri di

jalankan, bermula pada Minggu Pertama hinggalah Minggu Keduapuluh dua. Banyak aktiviti

telah dibuat dan diringkaskan mengikut minggu.

Page 2: BAB 2 Ringkasan

MINGGU 1 (15 JANUARI – 20 JANUARI 2007)

- Mendaftar di YRA Perunding tepat jam 8.30 pagi

- Di bawa ke bilik mesyuarat diberi taklimat oleh jurutera syarikat En sazali tentang

kerja-kerja di firma YRA Perunding dan diperkenalkan dengan staf-staf di YRA

Perunding.

- Diajar cara-cara mencetak lukisan tender yang dikenali sebagai ‘Blue Print’.

- Mempelajari tentang Dokumen Tender daripada En Asri selaku Site Engineer bagi

projek ‘Cadangan Menaiktaraf Jalan Tok Ungku, Daerah Seremban’

- Membantu En Hamid mewarnakan lukisan pelan.

- Menyiapkan pelan lokasi tempat latihan daripada politeknik.

- Dibawa ke site Bukit Mandom bagi projek ‘Cadangan membaikpulih cerun di jalan

masuk ke Kolam Simpanan Air Bukit Mandom.

- Kerja-kerja pembinaan tembok gabion sedang dijalankan.

- Cuti Maal Hijrah.

MINGGU 2 (22 JANUARI – 27 JANUARI 2007)

- Memantau pemasangan tembok gabion

- Memastikan pembinaan ‘slope’ mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam

lukisan pembinaan.

- Mengambil gambar-gambar kerja pemasangan tembok gabion dan pembinaan ‘slope’.

- Memastikan setiap lapisan tanah dihamparkan dengan geotekstil.

- Mengisi buku harian tapak untuk tindakan pihak pemaju dan juga pihak perunding.

(Lampiran A)

MINGGU 3 (29 JANUARI – 03 FEBUARI 2007)

- Memantau kerja-kerja penggalian tanah bagi tujuan pembinaan longkang ‘v-shaped’.

Page 3: BAB 2 Ringkasan

- Mempastikan kerja-kerja pemotongan dan penambakan tanah megikut level yang

ditetapkan di dalam drawing.

- Mengukur dan mempastikan longkang V-shaped yang ingin dibina mengikut

kehendak yang telah ditetapkan.

- Berbincang dengan pihak kontraktor mengenai kerja-kerja yang tidak mengikut

spesifikasi drawing.

- Memastikan BRC dan kepingan konkrit ‘tahu’ digunakan dalam pembinaan longkang

‘ V-shaped’.

- Mengisi buku harian tapak.

MINGGU 4 (05 FEBUARI – 10 FEBUARI 2007)

- Kerja pembinaan longkang ‘pre-cast’ di mulakan.

- Memastikan susun atur longkang tersebut betul dan menepati kehendak pihak

perunding.

- Tapak projek dilawati oleh pihak pemaju ‘JBA’.

- Pembinaan ‘Brickwall’ di atas longkang Pre-cast dipantau agar tiada kecacatan

permukaan berlaku semasa proses ‘memplaster’ dijalankan

- ‘Slope’ ketiga telah siap sepenuhnya.

- Mengisi buku harian tapak.

MINGGU 5 (12 FEBUARI – 17 FEBUARI 2007)

- Sambungan pemasangan Blok-blok Pre-Cast untuk cascading.

- Memastikan Geotekstil digunapakai untuk setiap lapisan yang telah ditentukan di

dalam Drawing.

Page 4: BAB 2 Ringkasan

- Sambungan kerja pembinaan Brickwall bata simen.

- Memantau kerja-kerja pemasangan ‘Ecobiomat’ disetiap bahagian ‘slope’.

- Kerja membina longkang ‘V-Shaped’ bagi slope ke3.

- Mengisi Buku Harian Tapak.

MINGGU 6 (19 FEBUARI – 24 FEBUARI 2007)

- Cuti Tahun Baru Cina

- Kerja membabitkan Jentera berat tidak dijalankan

- Kerja mengikat bata dan pembinaan V-Shaped sahaja dijalankan.

- Mengisi Buku Harian Tapak

MINGGU 7 (26 FEBUARI – 3 MAC 2007)

- Pembinaan Slope ke-5 diteruskan dengan menggunakan geotekstil KET 9 dan KET

300/50

- Pembinaan longkang ‘Cascading’ juga diteruskan sama seperti sebelumnya.

- Kerja-kerja mengikat dan ‘memplaster’ bata diteruskan.

- Membuat pemeriksaan ke atas V-shaped, brickwall, dan Cascading yang telah siap.

- Mengisi Buku Harian Tapak.

MINGGU 8 (5 MAC – 10 MAC 2007)

- Kerja-kerja membuang Tanah lembik akibat hujan.

- Sambungan mengikat bata dan pembinaan ‘Slope’ yang ke-6.

- Longkang V-Shaped dibina untuk berm ke-5.

- Kerja-kerja memyembur biji benih rumput ke atas Ecobiomat yang telah diletakkan di

atas ‘slope’.

- Laluan sementara ‘Temporary way’ yang baru di bina memandangkan kerja

pembinaan Slope telah 50% siap.

Page 5: BAB 2 Ringkasan

- Mengisi Buku Harian Tapak.

MINGGU 9 (12 MAC – 17 MAC 2007)

- Menjalankan kerja-kerja di pejabat, mempelajari cara menyediakan dokumen tender.

- Melawat tapak Projek Membaiki cerun di Jalan Masuk Ke Istana Munarah.

- Memastikan kerja ujian penurunan ‘Slump Test’ dan ujian Kiub ‘Cube Test’

dijalankan dengan betul.

- Memastikan ‘base’ bagi Tembok Cribwall di letakkan BRC yang telah ditetapkan

dalam drawing.

- Melakukan Kerja di Pejabat.

- Membantu En. Hafiz dalam Merekabentuk dan menyusun Cross Section bagi Projek

Menaiktaraf Jalan Lenggeng-Brong.

- Mengisi Buku Harian Tapak.

MINGGU 10 (19 MAC – 24 MAC 2007)

- Menyambung kerja-kerja Autocadd dalam merekabentuk Projek Cadangan

Menaiktaraf Jalan Lenggeng-Bronga.

MINGGU 11 (26 MAC – 31 MAC 2007)

- Cuti Maulidul Rasul.

- Pemasangan ‘Ecobiomat’ bagi ‘Slope’ ke4 hingga ke7 di Bukit Mandom.

- Membuat pemeriksaan terhadap pembinaan Tembok Cribwall Di Jalan Masuk Ke

Istana Munarah.

Page 6: BAB 2 Ringkasan

- Prosedur pemasangan Tembok Cribwall.

Tapak Cribwall dibina dengan menggunakan Besi@BRC bersaiz Y12-

150 dan konkrit bergred 25.

Konkrit digetarkan menggunakan alat getar yang mana berfungsi

mengurangkan kandungan udara di dalam konkrit.

Precast stretcher di letakkan di sepanjang ‘base’ Cribwall.

Kemudian Precast Header disusun pula di atas Precast stretcher secara

melintang di bahagian kiri dan kanannya.

Kerja-kerja berkenaan diulangi sehingga tembok Cribwall mencapai

ketinggian 3600mm.

Ruang dalam Cribwall diisi dengan crusher run sehingga penuh.

MINGGU 12 (2 APRIL – 7 APRIL 2007)

- Memantau kerja-kerja menambak tanah untuk menbina ‘slope’ di atas Cribwall.

- Kerja-kerja membina brickwall di atas sisi kiri dan kanan precast block drain.

- Pihak MPS membuat pemeriksaan ke atas tapak pembinaan Istana Munarah.

- Mengarahkan pihak kontraktor menggunakan BRC dalam pembinaan bricwall.

- Kerja pembinaan Slope yang ke9 dan yang terakhir dalam pembinaan serta kerja

pembinaan ‘cascading’ sudah mencapai ‘slope’ yang ke9 bagi site Bukit Mandom.

- Membuat dan mencatat aliran trafik bagi jalan lenggeng ke bronga untuk tujuan

merekabentuk jalan baru selama 12 jam.

MINGGU 13 (9 APRIL – 14 APRIL 2007)

Page 7: BAB 2 Ringkasan

- Kerja-kerja pembinaan Slope, Brickwall dan Cascading dijalankan seperti biasa.

- Membantu menyiapkan lukisan Autocadd bagi projek menaiktaraf jalan Lenggeng-

Bronga fasa 1.

MINGGU 14 (16 APRIL – 21 APRIL 2007)

- Memerhatikan kerja pembinaan Longkang V-Shaped bagi ‘berm’ terakhir ‘slope’.

- Membuat Lawatan tapak bagi projek membaikpulih cerun di jalan masuk ke tangki

air Taman Jujur, Seremban.

- Kerja pengorekan longkang dijalankan seperti yang telah di tnjukkan dalam

‘Construction drawing’.

MINGGU 15 (23 APRIL – 28 APRIL 2007)

- Menyiapkan kerja-kerja Lukisan Tender bagi projek menaiktaraf Taman Lagenda

Langkawi.

- Memerhatikan kerja-kerja penyambungan ‘Main Hole’ dijalankan bagi kawasan yang

telah mengalami kerosakan.

- Memerhatikan kerja pembinaan longkang untuk pengaliran air permukaan di atas

jalan.

- Cuti Pertabalan Yang Dipetuan Agong

MINGGU 16 (30 APRIL – 5 MEI 2007)

Page 8: BAB 2 Ringkasan

- Pemasangan Longkang Cascading menggunakan Pre-cast diteruskan.

- Pembinaan takungan bagi ‘Main Hole’ di Bukit Mandom dijalankan dengan

menggunakan BRC dalam pembinaan dinding takungannya.

- Kerja Pembinaan Cribwall diteruskan.

- Cuti Hari Pekerja.

- Cuti Hari Wesak.

MINGGU 17 (7 MEI – 12 MEI 2007)

- Memerhatikan kerja awal primax jalan yang mana tanah dan crusher run diletakakan

dan di padatkan secara berasingan.

- Memerhatikan kerja pemasangan longkang U-drain dijalankan untuk menggantikan

longkang U-drain yang telah rosak.

- Kerja pembinaan Brickwall diteruskan di Taman Jujur.

- Kerja kerja Penyenggaraan Paip dilakukan untuk menggaantikan paip yang lama yang

tidak boleh digunakan lagi.

- Memerhatiakan kerja pembinaan longkang V-shaped pada ’berm’ ke 3 di Taman

Jujur yamg mana BRC A6 di letakan sebelum konkrit dituang dan dibentuk.

MINGGU 18 (14 MEI – 19 MEI 2007)

- Memerhatikan pembinaan ‘Sump’ takungan di taman jujur yang mana ketinggian

melebihi 3 meter.

- kerja kerja primex jalan yang dilakukan di Bukit Mandom siap sepenuhnya.

- Memerhatikan pembinaan pagar baru di Taman jujur dengan menyaksikan kerja-kerja

pembinaan kotak bentuk dibahagian bawah pagar terbabit.

- Memerhatikan Kerja-kerja pembinaan longkang ‘V-shaped’ di bahagian atas

Cribwall untuk tujuan pengaliran air di Istana Munarah.

- Memerhatikan kerja mengikat batu blok @ tembok batu di kiri dan kanan Cribwall.

Page 9: BAB 2 Ringkasan

MINGGU 19 (21 MEI – 26 MEI 2007)

- Membuat ‘Inspection’ ke atas sepanjang jalan Lenggeng-Bronga bagi tujuan

menaiktaraf jalan tersebut.

- Berbincang dengan En sazali (jurutera) berkaitan dengan Inspection yang dijalankan

sebelum kesimpulan laporan difaxkan kepada JKR negeri.

- Pergi ke bangunan Wisma Negeri untukmenghantar drawing ke pejabat JKR bahagian

jalan.

MINGGU 20 (28 MEI – 2 JUN 2007)

- Membantu menyiapkan Lukisan Autocadd bagi projek menaiktaraf jalan KPLB di

kuala pilah (Cross Section).

MINGGU 21 (4 JUN – 9 JUN 2007)

- Membuat salinan Drawing untuk projek Centovilla.

- Membuat pengiraan Eartwork Calculation untuk projek Centrovilla.

- Menjalankan kerja-kerja pejabat.

- Menyiapkan Laporan Latihan Industri.

- Menghadiri mesyuarat Syarikat bersempena Tamatnya Latihan Industri dan juga

keberangkatan En yazid ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

- Membuat ‘Hidraulik Calculation’ untuk projek mendirikan rumah teres yang

dimajukan oleh Centrovilla.

- Mewarnakan 6 set Drawing untuk projek Centrovilla.

Page 10: BAB 2 Ringkasan

MINGGU 22 (11 JUN – 15 JUN 2007)

- Melakukan kerja-kerja pejabat.

- Menghantar borang penilaian dan surat tamat LI.

- Menyerahkan laporan untuk diperiksa.

- Mendapatkan penilaian prestasi dan surat tamat latihan.

- Mengemaskini laporan bertulis dengan memasukkan data dan gambar-gambar

berkaitan dengan aktiviti yang telah diikuti sepanjang tempoh latihan.

- Tamat Latihan Industri untuk sesi Januari 2007