bab 2 - ringkasan aktiviti

Upload: nurairaashirah

Post on 07-Jul-2015

3.213 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Ringkasan aktiviti 2.1.1 Pengenalan

Sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan industry di Hamidah Fazilah Sdn Bhd, saya di beri peluang untuk melaksanakan dan sekaligus membantu segala kerja berkenaan beberapa projek yang melibatkan lukisan, rekabentuk awam dan struktur. Kerja kerja rekabentuk di laksanakan di bawah seliaan jurutera syarikat. Ini adalah untuk memudahkan pelajar sekiranya terdapat permasalahan yang berkenaan dengan projek tersebut dan mengelakkan berlakunya kesilapan serta memberi tunjuk ajar. Segala aktiviti harian pelajar sentiasa di catatkan di dalam buku harian kerja yang telah di bekalkan oleh pihak politeknik. Dengan cara ini, laporan lebih mudah di tulis dan sebarabg aktiviti pengetahuan yang di perolehi boleh di jadikan sebagai rujukan di masa akan datang.

27

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

2.2 Bidang Tugas / Skop Kerja Semasa berada di syarikat ini, saya di beri beberapa tugas yang melibatkan kerja kerja seperti : 1. Mempelajari, meneliti dan memahami setiap struktur yang telah di lukis di dalam pelan yang telah di keluarkan oleh pihak jurutera perunding. 2. Membuat pemeriksaan di tapak untuk meastikan pembinaan yang di jalankan mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan.

3. Memantau pekerja pekerja di tapak pembinaan serta keselamatan pekerja pekerja. 4. Membuat laporan harian di dalam buku laporan kerja harian di tapak pembinaa.

5. Menyediakan peralatan yang di perlukan untuk pembinaan serta mengendali kerja kerja seperti kerja kerja konkrit dan kerja tanah.

28

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

2.3 Aktiviti Aktiviti Yang Di Lakukan Disini, saya memaklumkan aktiviti harian saya mengikut minggu ke minggu berpandukan catatan harian kerja saya.

MINGGU 1 Lapor diri di syarikat Hamidah Fazilah Sdn Bhd dengan penyelia yang bertanggungjawab iaitu Encik Osman Kamarudin Bin Ahayar pada pukul 8.30 pagi. Diperkenalkan dengan semua kakitangan syarikat yang berada di pejabat. Pihak syarikat menerangkan serba sedikit mengenai syarikat dan projek yang sedang di jalankan.

Diberi tugasan untuk mempelajari dan memahami aspek aspek yang terdapat di dalam PQP (Project Quality Plan) untuk projek Membina Dewan serbaguna UTHM.

Pihak syarikat menerangkan serba sedikit mengenai dokumen tender. Lawatan kali pertama ke Batu Pahat di Universiti Tun Hussein Onn UTHM bersama Encik Syafik selaku site supervisor. Encik Syafik menerangkan tentang kerja kerja sub struktur yang sedang di jalankan di tapak bina UTHM, Batu Pahat.

MINGGU 2 Saya diberi penerangan mengenai pengurusan kontrak oleh Kak Yati selaku ketua eksekutif pentadbiran. Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi Pontian bersama dengan Kak Shiqin dan Encik Shukur selaku QS (Quantity Surveyor) untuk membuat tuntutan bayaran (Claim). Kak Yati (ketua eksekutif pentadbiran) menerangkan kepada saya mengenai proses untuk mendapatkan tender dan proses tender di lakukan.

29

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Kak Wani selaku pembantu teknikal menerangkan kepada saya mengenai penerimaan kerja (Latter Award) dan pemilikan tapak.

MINGGU 3

Encik Syafik (site supervisor) menerangkan kepada saya tentang kelebihan dan kelemahan konkrit bertetulang dan struktur keluli. Membantu kak Wani (pembantu teknikal) untuk membuat laporan kemajuan kerja bagi projek membina 30 unit sesebuah rumah banglo di Bangi, Selangor.

Saya membantu Kak shiqin (Quantity Surveyor) untuk mengisi tender. Lawatan ke tapak bina bersama dengan penyelia Encik Osman Kamarudin dan Encik Lim di Mukim Dengkil, Selangor untuk mengenalpasti permasalahan yang berlaku.

Encik Khairul selaku Pengarah urusan bagi syarikat sub-kontrakor telah menerangkan kepada saya serba sedikit tentang open tender untu bumiputera.

Saya meminta tunjuk ajar daripada Encik Rahman selaku Project Manager bagi projek UTHM tentang kesilapan yang berlaku di dalam pelan arkitek projek UTHM.

MINGGU 4 Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin (Quantity Surveyor) untuk membuat valuevation bersama Encik Hanafi selaku jurutera tapak bagi projek tersebut. Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi Pontian bersama dengan Encik Jinurain untuk meninjau keadaan tapak bina tersebut. Saya membantu kak Wani (Pembantu Teknikal) membuat surat Proposed Bidders List. Encik Syafik (site supervisor) memberi penerangan mengenai pembinaan asas pad dan perbezaan asas pad dan asas jalur.

Saya membantu Kak Shiqin (Quantity Surveyor) mengira dan menaip gaji yang akan di berikan kepada Arena Agrofarm.

30

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Saya belajar tentang faktor faktor yang mempengaruhi reka bentuk asas.

MINGGU 5 Saya mengikut Kak Shiqin (Quantity Surveyor) pergi ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian. Ditapak bina saya diajar untuk membuat plaster bangunan. Kak Yati (Ketua Eksekutif pentadbiran) mengarahkan saya untuk mengenalpasti jenis jenis kontrak yang biasa di praktikkan di Malaysia. Lawatan ke Tapak bina bersama dengan Kak Shiqin (Quantity Surveyor) untuk menghadiri mesyuarat. Ditapak bina saya di ajar cara memplaster bahagian sisi longkang. Saya di arahkan oleh Encik Hasyim selaku CEO syarikat untuk mengemaskini fail fail lama dan menaip isi kandungan yang terdapat di dalam fail tersebut. Cuti umum sempena kemengan pasukan bole sepak Malaysia.

MINGGU 6 Saya mengikut Encik Khairul dan Kak Mazuin (Kerani) pergi ke UTM Skudai untuk menghantar sebut harga bagi tender memasang dan menyusunatur perabot dan partition di makmal kerja lapangan. Encik Shukur mengarahkan saya untuk cop terima untuk pelan baru bagi tender yang baru di beli iaitu Tender cadangan ubahan tambahan dan menyiapkan bangunan tambahan 6 tingkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Menolong Kak Nurul (Pembantu Teknikal 2) untuk membuat tawaran harga. Saya diarahkan Kak Wani (Pembantu Teknikal) untuk mendapatkn laporan kemajuan yang terkini bagi projek di Ayer Baloi, Pontian. Saya di arahkan oleh Encik Shukur untuk membuat BQ bagi tender Cadangan Ubahan Tambahan Dan Menyiapkan Bangunan Tambahan 6 Tingkat Di Hospital Pakar Puteri, Johor Baharu.

31

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Menelefon Encik Faizal (Site supervisor) di bagi projek di Bangi Selangor untuk mendapatkan laporan cuaca,bilangan pekerja yang bekerja, mesin dan jentera yang digunakan untuk di masukkan ke dalam laporan kemajuan bulanan kali ke 10 bagi projek tersebut.

MINGGU 7 Lawatan ke tapak bina Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin (Quantity Surveyor) untuk membuat tuntutan bayaran claim. Saya menolong Kak Shiqin (Quantity Surveyor) membuat proses claim no. 13 untuk projek Ayer Baloi,Pontian. Saya diarahkan oleh Kak Wani ( Pembantu Teknikal) untuk membuat surat rasmi berkaitan dengan rayuan keputusan mesyuarat lanjutan masa kedua (EOT). Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin ( Quantity Surveyor) untuk mengahadiri mesyauarat tapak. Saya menolong Kak Wani ( Pembantu Teknikal ) membuat kronologi untuk proses permohonan kelulusan STP (tangki septik). Encik Din (Penyelia Projek Ayer Baloi) telah menerangkan kepada saya tentang kepentingan CPM (Target masa kerja) dalam kerja kerja pembinaan.

MINGGU 8

Lawatan ke tapak bina di UTHM,Batu Pahat bersama dengan Haji Mansor selaku Bussiness Development Group untuk meninjau keadaan tapak bina tersebut.

Ditapak bina Encik Syafiq (Site supervisor) telah menerangkan kepada saya serba sedikit tentang kerja kerja piling yang sedang di lakukan. Lawatan ke tapak bina bersama dengan Encik Shukur (Quantity sueveyor) dan Encik Jinurain untuk menghantar kereta Saga. Saya menolong Encik Jinurain membuat Proposal Untuk Tender Membekalkan Computer Riba Kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Untuk Kegunaan Golongan Mahasiswa Dan Mahasisiwi Di Institusi Pengajian Tinggi Nasional PTPTN.

32

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin (Quantiry Surveyor) untuk menghadiri mensyuarat tapak. Di tapak bina saya dapat mengetahui proses membuat penutup longkang. Menolong Kak Wani (Pembantu Teknikal) untuk mengemaskini fail- fail lama dan memastikan setiap surat mempunyai attachment.

MINGGU 9 Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Encik Jinurain untuk meninjau keadaan projek tersebut. Ditapak bina saya dapat belajar tentang kerja kerja membuat saliran longkang. Lawatan ke tapak bina di UTHM, Batu Pahat bersama dengan Encik Jinurain untuk meninjau keadaan projek tersebut. Ditapak bina saya dapat melihat kerja kerja pemasangan kotak bentuk dan kerja kerja memasukkan tetulang keluli ke dalam pilecap. Lawatan ke tapak bina d Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin (Quantity Surveyor) untuk membuat claim. Ditapak bina, saya dapat mengatahui selain daripada RC Pile, piling bakau, kita juga boleh menggunakan batang pokok kelapa untuk di jadikan piling. Struktur tanah yang tidak kuat menyebabkan piling batang kelapa di gunakan untuk menahan tangki septic STP daripada tenggelam ke dalam tanah. MINGGU 10 Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Encik Nordin untuk meninjau keadaan projek tersebut. Ditapak bina saya dapat belajar cara cara pemasangan mozek dengan betul. Lawatan ke tapak bina di UTHM,Batu Pahat bersama dengan Encik Osman (Pengarah Projek) dan Encik Lim untuk mengahadiri mesyuarat tapak.

33

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Encik Radzy ( Safety Officer) menunjukkan saya kerja kerja memasukkan cage atau tetulang besi kedalam kotak bentuk pilecap. Saya di arahkan oleh Kak Wani ( Pembantu Teknikal) untuk membuat Defect Check List bagi Projek Membina Dan Menyiapkan 30 Unit Rumah 2 Tingkat Di Mukim Dengakil, Selangor.

MINGGU 11 Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin (Quantity Surveyor) untuk membuat claim. Ditapak bina saya dapat belajar cara mengikat batu bata untuk bahagian sisi longkang. Lawatan ke tapak bina di UTHM, Batu Pahat besama dengan Encik Shukur. Telefon Encik Faizal (site supervisor) di Bangi, Selangor untuk mendapatkan laporan tentang cuaca,jumlah pekerja, mesin dan jentera yang digunakan. Saya di arahkan oleh Encik Jinurain untuk membuat surat mengenai Ulasan notis Default of Obligation by Contractractor. Cuti sempena Chinese New Year.

MINGGU 12 Lawatan ke tapak bina di UTHM, Batu Pahat bersaa dengan Encik Shukur (Quantity Surveyor). Ditapak bina saya dapat melihat ujian slump test di lakukan dan saya juga dapat mengikut Encik Syafiq (Site supervisor) dan Encik Dzahirul (Engineer Consultant) membuat inspection untuk tetulang pilecap. Saya membantu Kak Wani (Pembantu Teknikal) menyusun Laporan Kemajuan Bulanan Untuk Projek Membina Dan Menyiapkan 30 Unit Tumah 2 Tingkat Di Mukim Dengkil, Selangor. Lawatan ke tapak bina di Ayer Baloi, Pontian bersama dengan Kak Shiqin ( Quantiry Surveyor) untuk membuat claim. Ditapak bina saya dapat mempelajari tentang ujian water profing untuk kawasan tandas dan balkhoni.

34

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Encik Hasyim (CEO) mengarahakan saya untuk berpindah ke tapak projek di UTHM, Batu Pahat bermula pada 14 February 2011. Lawatan kali terakhir di tapak bina Ayer Baloi bersama dengan Kak Shiqin (Quantity Surveyor).

MINGGU 13 Saya menolong Kak Shiela (kerani Tapak) untuk menyusun pelan, mengemaskini fail fail dokumen yang akan di audit pada 28 february 2011. Melihat kerja kerja ujian cube test dikakukan. Menolong Kak Shiela (kerani Tapak) membuat senarai isi kandungan surat yang terdapat di dalam semua fail dan fotostat lampiran untuk surat surat yang memerlukan lampiran. Melihat kerja kerja memasang kotak bentuk untu rasuk tanah di tapak bina. Melihat kerja kerja konkrit pilecap di tapak bina. Saya mengisi borang Good Receipt note bagi Delivery order (DO) yang sampai di tapak bina. Melihat kerja kerja lean konkrit di lakukan bagi rasuk tanah sebelum tetulang di masukkan. MINGGU 14 Saya diarahkan oleh Kak Siti (QA/QC Engineer) untuk fotostat Delivery Order (DO) untuk di berikan kepada Encik Shukur (Quantiry Surveyor) dan Sub Kontraktor. Saya melihat kerja kerja memasang besi tetulang untuk pilecap, dan memasang kotak bentuk bagi rasuk tanah.

Saya membantu Kak Shiela (Kerani Tapak) membuat method statement dan List of machineries untuk audit. Melihat proses kerja ujian cube di lakukan di tapak bina. Dimana setiap lori konkrit yang tiba di tapak bina, ujian cube akan dilakukan untuk mengetahui ketahanan konkrit tersebut.

Melihat ujian runtuhan slump di lakukan.

35

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Menolong Kak Siti (QA/QC Engineer) membuat RFI register untuk cube test dan fotostat keputusan cube test mengikut cast datedan hari yang telah di tetapkan.

Menolong Kak Siti mengemaskini fail RFI (Request For Inspection) dan membuat summary untuk RFI bagi bulan Disember 2010. Memantau kerja kerja ikat besi tetulang untuk rasuk tanah bersama dengan Encik Zakaria selaku Senior Site supervisor.

MINGGU 15 Audit dokumentasi di lakukan oleh pihak consultant. Memantau kerja kerja memadatkan tanah untuk proses membina lantai. Memantau kerja kerja memasang BRC untuk pembinaan lantai dan pemasangan plastic selepas crusher run di padatkan. Memantau kerja kerja konkrit lantai. Saya diarahkan oleh Kak Siti (QA/QC Engineer) untuk menjaga bahagian RFI untuk semua kerja kerja civil & structure yang sedang di lakukan. Memantau proses curing di lakukan di tapak bina. Dimana guni basah di bentang pada kawasan lantai yang telah siap di konkrit. Saya mengemaskini RFI cube test, pilecap, besi, anti termite dan lain lain. Melihat kerja kerja membengkok besi dan memotong besi. Memantau kerja kerja semburan anti termite di lakukan bersama dengan Encik Radzy (Safety Officer). Saya di arahkan oleh Kak Siti untuk mengemaskini RFI dan memastikan semua RFI mempunyai attahment mengikut kerja yang dilakukan.

Saya melihat kerja kerja memasang acuan untuk pembinaan tangga bagi bahagian kerusi.

36

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

MINGGU 16 Saya mengikut Encik Syafiq (Site supervisor) dan Encik Dzahirul (Consultant Engineer) untuk membuat inspection bagi besi tetulang rasuk tanah. Memantau kerja kerja membengkok besi, memotong besi, memasang kotak bentuk bagi rasuk tanah dan memasukkan besi tetulang ke dalam acuan rasuk tanah. Memantau kerja kerja melantak cerucuk spun pile di lakukan. Cerucuk starter bar akan di gunakan terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan extention bar. Mesyuarat bersama dengan Encik Dzahirul (Consuntant Engineer) untuk membincangkan mengenai RFFI. Menolong Encik Syafiq (site supervisor) untuk membuka RFI bagi rasuk tanah dan cube test. Memantau kerja kerja pemadatan tanah, memasang kotak bentuk dan kerja kerja melantak cerucuk. Fotostat pelan lukisan untuk di lampirkan di dalam RFI. Memantau kerja kerja mengorek lubang pilecap, memotong cerucuk dan memasang kotak bentuk pilecap. Memantau kerja kerja semburan Anti termite bersama dengan Encik Zakaria (Senior Site Supervisor). MINGGU 17 Kak siti (QA/QC Engineer) mengarahkan saya untuk membuat transmital note bagi penyerahan RFI closed kepada pihak consultant. Menyusun RFI pilecap mengikut gridline dan tarikh kerja pengorekkan dilakukan. Memantau kerja kerja mendirikan tetulang besi untuk pembinaan tiang. Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk untukpembinaan tiang. Kak siti (QA/QC Engineer) mengarahkan saya untuk update prosress untuk cube test mengikut DO konkrit (Delivery Order).

37

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Memantau kerja kerja pemasangan J-Bolt , pemasangan kotak bentuk pilecap dan rasuk bumi. Membuka RFI untuk konkrit rasuk tanah dan cube test. Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk untuk rasuk tanah. Mengemaskini semua RFI bagi kerja- kerja civil & structure (C&S). Mengenalpasti RFI yang dah closed dan menyiapkan transmital note untuk di serahkan kepada pihak consultant. Mengikut Encik Zakaria (Senior site supervisor) untuk membuat inspection bagi rasuk tanah. Saya juga di ajar untuk membaca pelan ground beam details.

Membuat RFI register untuk RFI yang akan di serahkan kepada pihak consultant. Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk bagi rasuk tanah dan kerja- kerja memasukkan tetulang besi kedalam rasuk tanah.

MINGGU 18 bawah. bawah. Melihat kerja- kerja konkrit rasuk tanah dan lantai bawah. Melihat kerja- kerja setting out untuk ujian load test bagi piling. Membuka RFI untuk ujian load test. MengiKUT Kak Siti (QA/QC Engineer) dan Encik Kamarul (Resident Memantau kerja kerja memasang kotak bentuk rasuk tanah. Memantau kerja kerja pemadatan tanah untuk pembinaan lantai Membuka RFI cube test, konkrit rasuk tanah dan konkrit lantai

Engineer) untuk membuat inspection untuk lantai bawah sebelum di konkrit.

bina.

Memantau kerja- kerja pemasangan prob bagi pembinaan rasuk Update progress untuk kerja- kerja yang sedang di lakukan di tapak Update progress untuk kerja- kerja konkrit rasuk tanah dan lantai

tingkat atas.

bawah di dalam pelan lukisan dengan mewarnakan bahagian yang telah siap di konkrit.

38

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

MINGGU 19

Melihat ujian load test di lakukan di tapak bina. Update site diary dan membuka RFI konkrit rasuk tanah serta Membuka RFI konkrit tiang dan update progress untuk tiang yang Menolong Kak Shiela (Kerani tapak) untuk membuat list of drawing. Memantau kerja- kerja membuka kotak bentuk untuk rasuk tanah. Memantau kerja- kerja pemasangan kotak bentuk untuk tingkat atas.

konkrit lantai bawah. telah siap di konkrit.

Saya membuka RFI untuk cube test dan konkrit lantai. Memantau kerja kerja pemasangan kayu untuk pembinaan tangga untuk kerusi. Mengemaskini fail fail RFI dan memastikan setipa RFI mempunyai attachment. Memantau kerja kerja konkrit tangga dan BRC. Memantau kerja kerja pemadatan tanah untuk pembinaan latai bawah. Mengikut Encik Zakaria dan Encik Dzahirul untuk membuat inspection semburan anti termite. Membuka RFI untuk konkrit lantai serta cube test. Memantau kerja kerja pengorekan untuk pembinaan pilecap. Melihat kerja kerja pemasangan kotak bentuk untuk rasuk tanah. Update progress untuk kerja kerja konkrit rasuk tanah dan lantai bawah. Update site diary. Kenal pasti RFI yang dah close dan sediakan transmital note untuk penyerahan RFI kepada pihak consultant. Memantau kerja kerja pemotongan batang cerucuk. Saya mengikut Encik Syafiq (Site Supervisor) melakukan timbang tiang untuk mengetahui kepugakan tiang.

39

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

MINGGU 20

Update site diary dan progress kerja konkrit. Memantau kerja kerja membuka kotak bentuk untuk rasuk tanah. Melihat ujian runtuhan (slump test) di tapak bina. Membuka RFI untuk cube test, konkrit rasuk tanah, konkrit tiang dan pemasangan pai saliran ( sanitary plumbing). Mengikut Encik Radzy (Safety officer) memberi taklimat tentang keselamatan di tapak bina sebelum kerja kerja binaan dimulai. Melihat kerja kerja semburan anti termite dilakukan. Melihat kerja sembur nyamuk dilakukan. Memantau kerja kerja pemasangan BRC dan kotak bentuk untuk pembinaan tangga pentas dewan. Membuka RFI untuk sand replacement dan konkrit lantai. Memantau kerja kerja sand replacement. Mengikut Encik Dzahirul (Consultant engineer) dan Kak Siti (QA/QC Engineer) pergi ke kilang Ching Keng untuk membuat cube test. Membuka RFI untuk pemasangan column steel structure.

MINNGU 21 Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk untuk pembinaan tiang. Saya mengikut Kak Siti (QA/QC Engineer) untuk membuat inspection for sanitary plumbing bersama dengan Encik Zulkarnain (M&E Engineer). Update site diary dan progress kerja konkrit. Membuka RFI untuk konkrit tangga di bahagian pentas dewan dan konkrit lantai. Mengenalpasti RFI yang dan close kemudian sediakan transmital note dan hantar pada Encik Dzahirul (Consultant Engineer). Membuka RFI untuk column steel structure, cube test dan konkrit lantai. Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk untuk ramp.

40

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

Memantau kerja kerja pemasangan column steel structure. Mengemaskini RFI untuk dihantar kepada Encik Kamarul (Resident Engineer). Memantau kerja kerja pemasangan BRC pada ramp. Melihat kerja kerja membetulkan paip saliran pecah.

MINGGU 22 Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk untuk rasuk tingkat atas. Memantau kerja kerja pemasangan tetulang besi kedalam kotak bentuk rasuk tingkat atas. Memantau kerja kerja pemasangan kotak bentuk rasuk tanah untuk bangunan CUB (centre utility building). Melihat kerja kerja pemasangan BRC pada lantai tingkat atas. Memantau kerja kerja konkrit tiang dan lantai. Update site diary dan progress kerja konkrit. Mengikut Encik Zakaria (senior site supervisor) san Encik Dzahirul (Consultant Engineer) membuat inspection sebelum konkrit lantai atas di lakukan. Menyiapkan mock-up model for first floor slab bersama dengan site team. Menghadiri mesyuarat mingguan. Memantau kerja kerja konkrit lantai atas dan pemasangan BRC lantai atas.

41