bab 2 prestasi sektor-sektor ekonomi negeri...

40
LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 1 BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011 2.0 PENDAHULUAN Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor di tahun 2011 dari aspek nilai output sektor-sektor berkenaan dengan lebih terperinci daripada yang telah diperihalkan di Bab 1. Ukuran yang digunakan untuk memperihalkan output ialah nilai output kasar dan pertumbuhan nilai ditambah. Sumber data bagi penganggaran nilai-nilai output bagi setiap sektor adalah data sekunder yang sebahagian besarnya telah diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Bank Negara Malaysia, MIDA, NAPIC, dan Kementerian Kewangan Malaysia. Pengeluaran dan nilai ditambah ekonomi Negeri Selangor dianggarkan terus meningkat walaupun berhadapan dengan prestasi ekonomi luar yang agak sederhana. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga malar mencatat pertumbuhan 6.6% dalam tempoh separuh pertama 2011. Ekonomi Selangor dianggar berkembang pada kadar 5.9% bagi seluruh tahun 2011 (2010: 10.8%). Pertumbuhan yang sederhana ini adalah selaras dengan situasi eksport yang sederhana berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro yang berlarutan serta gangguan kepada rantaian bekalan akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun. Pertumbuhan yang sederhana ini juga adalah kesan daripada asas pertumbuhan yang agak tinggi di tahun 2010, iaitu 10.8%. Pertumbuhan suku-suku tahun yang seterusnya telah mendatar sekitar 6.0% dengan dibantu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang sederhana. Pertumbuhan ini juga disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh. Pertumbuhan sederhana ini juga dibantu oleh perbelanjaan pengguna yang mapan yang diperkukuh oleh aktiviti pelaburan yang sederhana. Perbelanjaan pengguna dianggarkan mencatat pertumbuhan dengan disokong oleh peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan pekerjaan yang stabil. Pelaburan swasta dijangka terus kukuh dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelaburan yang berterusan dalam industri yang berkaitan dengan teknologi, perkhidmatan dan berasaskan sumber. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka berterusan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama Kerajaan seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta perkhidmatan. Perbelanjaan awam dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi. Dari sudut pengeluaran, semua sektor kecuali perlombongan dan kuari dianggarkan mencatat pertumbuhan yang positif. Seiring dengan penggunaan swasta yang teguh, sektor perkhidmatan diunjurkan berkembang kukuh dengan prestasi yang menggalakkan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta komunikasi. Di dalam sektor pembuatan, walaupun output barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan kelengkapan pengangkutan merosot dalam tempoh separuh pertama 2011, pengeluaran pembuatan dijangka merekodkan pertumbuhan positif hasil sokongan output industri berkaitan pembinaan dan berasaskan sumber.

Upload: phamnhu

Post on 27-Apr-2018

273 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 1

BAB 2

PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011

2.0 PENDAHULUAN

Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor di tahun 2011 dari aspek nilai output sektor-sektor berkenaan dengan lebih terperinci daripada yang telah diperihalkan di Bab 1. Ukuran yang digunakan untuk memperihalkan output ialah nilai output kasar dan pertumbuhan nilai ditambah. Sumber data bagi penganggaran nilai-nilai output bagi setiap sektor adalah data sekunder yang sebahagian besarnya telah diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Bank Negara Malaysia, MIDA, NAPIC, dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Pengeluaran dan nilai ditambah ekonomi Negeri Selangor dianggarkan terus meningkat walaupun berhadapan dengan prestasi ekonomi luar yang agak sederhana. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga malar mencatat pertumbuhan 6.6% dalam tempoh separuh pertama 2011. Ekonomi Selangor dianggar berkembang pada kadar 5.9% bagi seluruh tahun 2011 (2010: 10.8%). Pertumbuhan yang sederhana ini adalah selaras dengan situasi eksport yang sederhana berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro yang berlarutan serta gangguan kepada rantaian bekalan akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun. Pertumbuhan yang sederhana ini juga adalah kesan daripada asas pertumbuhan yang agak tinggi di tahun 2010, iaitu 10.8%. Pertumbuhan suku-suku tahun yang seterusnya telah mendatar sekitar 6.0% dengan dibantu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang sederhana. Pertumbuhan ini juga disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh.

Pertumbuhan sederhana ini juga dibantu oleh perbelanjaan pengguna yang mapan yang diperkukuh oleh aktiviti pelaburan yang sederhana. Perbelanjaan pengguna dianggarkan mencatat pertumbuhan dengan disokong oleh peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan pekerjaan yang stabil. Pelaburan swasta dijangka terus kukuh dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelaburan yang berterusan dalam industri yang berkaitan dengan teknologi, perkhidmatan dan berasaskan sumber. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka berterusan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama Kerajaan seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta perkhidmatan. Perbelanjaan awam dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi.

Dari sudut pengeluaran, semua sektor kecuali perlombongan dan kuari dianggarkan mencatat pertumbuhan yang positif. Seiring dengan penggunaan swasta yang teguh, sektor perkhidmatan diunjurkan berkembang kukuh dengan prestasi yang menggalakkan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta komunikasi. Di dalam sektor pembuatan, walaupun output barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan kelengkapan pengangkutan merosot dalam tempoh separuh pertama 2011, pengeluaran pembuatan dijangka merekodkan pertumbuhan positif hasil sokongan output industri berkaitan pembinaan dan berasaskan sumber.

Page 2: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 2

Sementara itu, sektor pertanian yang merosot dalam tempoh suku pertama 2011, dijangka kembali cergas dalam tempoh separuh kedua 2011 dipacu oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit dan getah serta komoditi makanan. Sektor pembinaan dianggarkan tumbuh dengan disokong oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi bagi segmen kediaman dan projek kejuruteraan awam yang rancak dalam tempoh separuh kedua 2011.

Jadual 2.1 Sumbangan Sektor-Sektor Kepada Ekonomi Negeri Selangor, 2010 dan 2011

NILAI DITAMBAH (RM

Juta) SUMBANGAN (%)

2010 2011 2010 2011

SEKTOR UTAMA 2,282 2,351 1.8% 1.7%

Pertanian 2,114 2,186 1.6% 1.6%

Perlombongan & Kuari 168 165 0.1% 0.1%

SEKTOR PERINDUSTRIAN 49,884 52,705 38.7% 38.6%

Pembuatan 43,876 46,552 34.1% 34.1%

Pembinaan 6,008 6,152 4.7% 4.5%

SEKTOR PERKHIDMATAN 72,763 76,927 56.5% 56.4%

Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

14,182 14,863 11.0% 10.9%

Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

22,443 23,965 17.4% 17.6%

Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

23,746 24,983 18.4% 18.3%

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain 6,278 6,529 4.9% 4.8%

Perkhidmatan Kerajaan 6,114 6,587 4.7% 4.8%

Cukai Import 3,887 4,460 3.0% 3.3%

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Angka tahun 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Page 3: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 3

2.1. PENGELUARAN SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2011

Anggaran bagi keseluruhan tahun 2011 menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor mengalami pertumbuhan di dalam output. Ini diterajui oleh peningkatan output dan jualan sektor pembuatan. Sektor-sektor yang dijangka turut mengalami peningkatan output ialah sektor pertanian dan sektor utiliti. Fenomenon peningkatan output turut dicatat oleh sektor-sektor lain, termasuk sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, sektor perkhidmatan lain, sektor pembinaan dan sektor perdagangan, borong dan runcit, penginapan dan restoran.

Jadual 2.2 Negeri Selangor : Keluasan Tanaman Getah Dan Kelapa Sawit (Ha), 2009-2010

2009 2010

Getah Sawit Getah Sawit

Gombak 1,114 2,000 1,114 2,000

Klang 565 - 565 -

Kuala Langat - 83,877 - 83,528

Kuala Selangor 750 43,503 750 43,503

Petaling - 3,000 - 3,000

Sabak Bernam 14,889 25,466 14,889 25,466

Sepang 500 11,000 500 11,000

Hulu Selangor 14,085 17,133 14,085 16,607

Hulu Langat 7,584 2,090 7,584 2,090

JUMLAH 39,487 188,069 39,487 187,194

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia. * Data bagi tahun 2010 adalah anggaran UPEN Selangor

Page 4: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 4

PERTANIAN

Nilai ditambah sektor pertanian dianggarkan meningkat 3.4% bagi keseluruhan tahun 2011, sebahagian besarnya hasil daripada peningkatan output subsektor bukan komoditi, iaitu ternakan, perikanan dan pertanian lain. Output minyak sawit mentah dianggarkan merosot 4.5 % bagi keseluruhan tahun. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK negeri dianggar mencatat 1.6%. Pengeluaran ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran juga berkembang kukuh. Langkah-langkah untuk meningkatkan pengeluaran makanan melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi telah menyumbang kepada aktiviti sektor pertanian. Dengan pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan sumber pertumbuhan baharu, terutamanya sarang burung walit (EBN), ikan hiasan dan produk herba, sektor ini dijangka memberi sumbangan besar dalam meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan isi rumah luar bandar.

Rajah 2.1 Pengeluaran Minyak Sawit Mentah (’000 tan) Di Empat Negeri Terpilih, 2009-2011

Rajah 2.2 Negeri Selangor: Kuantiti Pengeluaran Bulanan Minyak Sawit Mentah Dan Minyak Isi Rong Mentah (tan), 2009-2011

Rajah 2.3 PerbandinganTrend Harga Bulanan Minyak Sawit Mentah Bagi Tahun 2009 Dan 2010 (RM/tan)

Rajah 2.4 Trend Harga Bulanan Minyak Sawit Mentah, 2009-2011 (RM/tan)

Tanaman utama yang terdiri dari tanaman getah dan kelapa sawit didominasi, dari segi keluasan tanaman, oleh kelapa sawit yang meliputi sekitar 83% dari keseluruhan keluasan. Keluasan tanaman sawit pada tahun 2011 dianggarkan tidak banyak berbeza dengan keluasan di tiga tahun kebelakangan, iaitu di sekitar 188,000 hektar.Nilai ditambah subsektor kelapa sawit meningkat 1.2% dalam tempoh separuh pertama 2011 (Januari – Jun 2010: 0.1%) hasil daripada pengeluaran CPO yang meningkat 3.7% kepada 297 ribu tan metrik dalam tempoh

050

100150200250300350

Jan

Mar

May

Jul

Sep

Nov

Jan

Mar

May

Jul

Sep

Nov

Jan

Mar

May

Jul

Sep

Nov

2009 2010 2011

JOHOR PAHANG PERAK SELANGOR

20,00030,00040,00050,00060,00070,000

Jan

Mar

May Ju

l

Sep

No

v

Jan

Mar

May Ju

lSe

p

No

v

Jan

Mar

May Ju

l

Sep

No

v

2009 2010 2011

MSM MIRM

Poly. (MSM) Poly. (MIRM)

2,000

2,500

3,000

3,500

4,000

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

2010 2011 Expon. (2010) Expon. (2011)

1,500

2,000

2,500

3,000

3,500

4,000

Jan

Ap

r

Jul

Okt

Jan

Ap

r

Jul

Okt

Jan

Ap

r

Jul

Okt

2009 2010 2011

Page 5: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 5

enam bulan pertama 2011 (Januari – Jun 2010: -12.0%; 286 ribu tan metrik) berikutan peningkatan hasil buah tandan segar (FFB) sehektar dan pertambahan kawasan matang. Hasil purata FFB dianggarkan meningkat kepada 12.52 tan metrik sehektar (Januari – Ogos 2010: 11.76 tan metrik sehektar) berikutan cuaca yang lebih baik dalam tempoh suku tahun kedua. Walau bagaimanapun, kadar perahan minyak (OER) menyusut kepada 20.3% (Januari – Ogos 2010: 20.4%) akibat hasil yang lebih rendah daripada kawasan matang yang baharu dan hujan lebat pada awal tahun ini.

Dengan peningkatan kawasan matang, hasil tandan buah segar (FFB) dan kadar ekstraksi minyak (OER) yang lebih tinggi subsektor kelapa sawit pulih pada 2011. Nilai ditambah subsektor ini dianggarkan meningkat sebanyak 2.3% pada 2011 (2010: -1.4%). Harga purata CPO mengukuh kepada RM3,356 setan metric dalam tempoh lapan bulan pertama (Januari – Ogos 2010: RM2,555 setan metrik) berikutan permintaan yang berterusan dan harga kacang soya yang kukuh. Harga CPO terkini yang lebih rendah berbanding minyak kacang soya sekitar USD200 setan metrik (Ogos 2011) membantu mengukuhkan permintaan dan harga CPO. Pada tahun 2011, harga purata CPO dijangka berada pada RM3,200 setan metrik (2010: RM2,701 setan metrik). Kelapa sawit merupakan satu daripada penggerak utama sektor pertanian Negara. Penanamannya merangkumi 71% daripada keseluruhan tanah pertanian. Industri minyak sawit Negara dijangka berkembang 7.1% bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Industri ini dipacu oleh peningkatan produktiviti bagi hasil purata FFB dan OER, perluasan kawasan tanaman baharu serta usaha syarikat perladangan besar yang menceburi aktiviti hiliran berpotensi tinggi seperti pemprosesan makanan, biodiesel, biofuel generasi kedua, dan oleokimia.

Jadual 2.3 Negeri Selangor : Pengeluaran Minyak Sawit Mentah 2009-2011

2009 2010 2011

Pengeluaran (tan) Pengeluaran

(tan)

Jan 50,310 44,014 -12.5% 39,819 -9.5%

Feb 49,157 40,910 -16.8% 39,922 -2.4%

Mac 53,431 47,915 -10.3% 51,184 6.8%

Apr 54,598 47,505 -13.0% 52,970 11.5%

Mei 56,732 51,035 -10.0% 57,193 12.1%

Jun 60,788 54,728 -10.0% 55,672 1.7%

Jul 62,686 58,903 -6.0% 56,096 -4.8%

Ogos 54,262 55,776 2.8% 51,986 -6.8%

Sep 54,240 53,527 -1.3% 57,518 7.5%

Okt 64,613 50,683 -21.6% 54,233 7.0%

Nov 52,733 47,222 -10.5% 50,142 6.2%

Dis* 50,519 41,827 -17.2% 53,964 29.0%

664,069 594,045 -10.5% 620,699 4.5%

Sumber: MPOB *Angka bagi bulan Dis 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Dengan pengeluaran bulanan sekitar 40 hingga 58 ribu tan metrik Selangor menyumbang sekitar 3.5% daripada pengeluaran minyak mentah negara. Sektor kelapa sawit kekal sebagai komponen utama pengeluaran pertanian Negeri Selangor walau pun hasil tandan buah segar (FFB) sehektar dilaporkan merosot kepada 11.8 tan metrik dalam tempoh lapan bulan pertama

Page 6: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 6

tahun 2010 kesan daripada cuaca kering dalam tempoh suku kedua 2010. Walau bagaimanapun, hasil FFB dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2010 berikutan cuaca yang semakin baik dan bermulanya musim kitaran pengeluaran meningkat.Bagi keseluruhan tahun 2010, hasil FFB dianggar lebih tinggi, iaitu pada 19.3 tan metrik sehektar (2009: 19.2 tan metrik sehektar).

Dalam tempoh Januari-September 2010, harga CPO hantaran tempatan meningkat kepada RM2,571 setan metrik (Januari – September 2009: RM2,243 setan metrik) disokong oleh peningkatan permintaan daripada pasaran utama seperti China EU, AS dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta kekangan bekalan, akibat cuaca yang kurang baik dan musim melawas. Harga CPO kekal stabil dalam tempoh separuh kedua hasil daripada eksport yang meningkat.Harga yang tinggi bagi CPO dan minyak sayuran lain seperti biji sesawi dan minyak kacang soya turut menyumbang kepada peningkatan harga CPO. Pada tahun 2010, harga CPO dianggar kekal kukuh pada purata RM2,500 setan metric (2009: RM2,236 setan metrik).

Getah

Kawasan tanaman getah di Negeri Selangor dianggarkan kekal pada sekitar 39 ribu hektar. Menyedari kepentingan industri getah kepada pembangunan luar bandar dan aktiviti hiliran, Kerajaan terus menyediakan bantuan kepada pekebun kecil untuk memperluaskan kawasan tanaman getah. Ini bagi mencapai objektif untuk meningkatkan pengeluaran getah negara sehingga mencecah 1.8 juta tan metrik dan jumlah kawasan penanaman getah kepada 1.2 juta hektar menjelang tahun 2020 di bawah Malaysia Rubber Industry (MRI) Strategies 2010 – 2020.

Sektor kecil getah meningkat berikutan peningkatan dalam pengeluaran getah asli. Pengeluaran bagi separuh pertama tahun 2011 meningkat kepada 16,865 tan metrik (Januari – Jun 2010: 14,805 tan metrik) didorong oleh penorehan secara intensif oleh pekebun kecil berikutan harga getah yang tinggi. Pekebun kecil menyumbang 94.4% kepada jumlah pengeluaran. Sebaliknya, pengeluaran daripada estet merosot 6.9% dalam tempoh yang sama memandangkan lebih banyak ladang estet telah ditukar kepada aktiviti ekonomi lain. Bagi keseluruhan tahun 2011, pengeluaran getah dianggar berjumlah sekitar 29,800 tan metrik (2010: 28,200 tan metrik).

Harga getah asli (SMR20) kukuh pada RM14.35 sekilogram dalam tempoh lapan bulan pertama (Januari – Ogos 2010: RM9.76 sekilogram), dengan paras harga yang ter tinggi iaitu RM17.17 sekilogram pada 18 Februari 2011. Harga yang menggalakkan ini disokong oleh permintaan yang lebih tinggi, khususnya dari China serta kekangan bekalan ekoran pengeluaran yang lebih rendah dari Thailand yang merupakan pengeluar getah terbesar dunia. Permintaan tayar dunia dijangka berkembang pada kadar yang lebih pantas, diterajui oleh jualan kenderaan yang kukuh di China akan membantu mengekalkan harga getah pada paras yang tinggi. Oleh yang demikian, harga purata getah dianggar kekal kukuh dan dijangka berada pada paras RM13.00 sekilogram pada 2011 (2010: RM10.58 sekilogram).

Perikanan

Hasil perikanan negeri Selangor adalah terdiri dari tangkapan ikan laut (termasuk kerang-kerangan), ternakan ikan air tawar, ternakan ikan air payau dan ikan akuarium. Sektor kecil perikanan berkembang 3.5% disumbang terutamanya oleh pengeluaran akuakultur. Pengeluaran akuakultur meningkat berikutan pelaksanaan ZIA sejak tahun 2007. Pelbagai program Kerajaan termasuk pembiakan ikan, Pemulihan Kolam Terbiar, Bumi Hijau dan

Page 7: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 7

pembangunan sumber pertumbuhan baru seperti ikan hiasan dijangka mengukuhkan lagi sektor pertanian. Bagi keseluruhan tahun 2011, pengeluaran akuakultur dan ikan laut dijangka meningkat. Daerah Sabak Bernam adalah pengeluar ikan laut yang terbesar bagi negeri Selangor iaitu sebanyak 51%. Kawasan-kawasan lain ialah Pelabuhan Klang (30%) dan Kuala Selangor (14%).

Rajah 2.5 Negeri Selangor:Trend Pendaratan (tan) dan Nilai Ikan Laut, 2003-2010 (Sumber Data:

Jabatan Perikanan Malaysia. )

Nilai ditambah sektor kecil perikanan dianggarkan meningkat 2.1% bagi tahun 2011, hasil daripada peningkatan di dalam nilai pendaratan ikan laut dan pengeluaran hasil akuakultur. Sejak tahun 2000 jumlah pendaratan ikan laut tidak banyak berbeza dari tahun ke tahun.

Pengeluaran sektor kecil akuakultur adalah sederhana dengan pengeluaran kolam air tawar, sangkar airtawar, bekas lombong, dan tangki simen dianggarkan mengalami peningkatan pengeluaran dengan penghasilan ikan air tawar sekitar 137 ribu tan metrik ikan bagi tahun 2011 (2010: 134 ribu tan metrik) dan 14.6 ribu tan metric penghasilan ikan air payau (2010: 13.9 ribu tan metrik).

Pengeluaran subsektor perikanan laut dan akuakultur dianggarkan berkembang sederhana 4.0% pada tahun 2011 (2010: -0.7%) hasil peningkatan pengeluaran akuakultur dan tangkapan laut. Walau bagaimanapun nilai pengeluaran ikan hiasan dijangka merosot 3.2% pada tahun 2011 (2010: -34.6%) akibat kemerosotan 11.8% di dalam kuantiti pengeluaran. Pengeluaran akuakultur dianggarkan meningkat 2.9% (2010: 3.2%), disumbangkan oleh pengeluaran tilapia. Pendaratan ikan laut juga dianggarkan meningkat sedikit pada kadar 5.3% (2010: 2.2%). Pengeluaran akuakultur dijangka terus meningkat dengan

0

100

200

300

400

500

600

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Pendaratan (Ribu Tan Metrik)

Nilai (RM (Juta)

Jadual 2.4 Selangor: Kuantiti dan Nilai Pendaratan Ikan Laut Pantai 2005 - 2011

Tahun Pendaratan (Tan Metrik)

(%) Nilai (RM

(Juta) (% )

2005 74,141 - 246.1 -

2006 146,388 97.4% 379.0 54.0%

2007 116,138 -20.7% 348.9 -7.9%

2008 124,224 7.0% 318.4 -8.8%

2009 131,350 5.7% 471.6 48.1%

2010* 134,226 2.2% 481.9 2.2%

2011* 137,102 2.1% 507.3 5.3%

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia. * Data bagi tahun 2010 dan 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Page 8: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 8

pensasaran Negara sebanyak 727,300 tan metrik menjelang 20151. Perkembangan subsektor akuakultur dijangka dapat mengimbangi aktiviti marin yang perlahan berikutan sumber yang semakin berkurangan.

Jadual 2.5 Selangor: Pengeluaran Ternakan Akuakultur 2005 – 2011

Jadual 2.6 Selangor: Kuantiti dan Nilai Pengeluaran Ikan Hiasan 2005 - 2011

Sistem Air Tawar Sistem Air Payau Pengeluaran

(ekor)

(%) Nilai (RM (Juta)

(% ) Peng.

(m.t.) Nilai

(RM Juta) Peng. (m.t.)

Nilai (RM Juta)

2005 74,141 246.1 11,207 36.9 15,625,800 - 29,689,020 -

2006 146,388 379.0 11,349 37.8 13,281,030 -15.0% 37,650,304 26.8%

2007 116,138 348.9 11,831 49.1 12,768,330 -3.9% 15,910,453 -57.7%

2008 124,224 318.4 15,426 65.6 11,121,950 -12.9% 13,856,539 -12.9%

2009 131,350 471.6 15,251 70.2 10,986,180 -1.2% 29,575,159 113.4%

2010 134,226 464.7 13,897 59.8 9,826,275 -10.6% 19,347,474 -34.6%

2011 137,102 474.7 14,574 65.0 8,666,370 -11.8% 18,719,359 -3.2%

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia. * Data bagi tahun 2010 dan 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia. * Data bagi tahun 2010 dan 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Ternakan

Nilai pengeluaran subsektor ternakan dianggarkan mengalami kemerosotan pengeluaran sebanyak 0.17% (2010: -0.16%) akibat daripada kemerosotan pengeluaran ayam dan lembu. Pengeluaran ayam dianggarkan merosot 0.1% (2010: - 0.1%). Pengenalan dan pemindahan teknologi effective microorganism, sistem penternakan moden serta insentif penambahbaikkan reban menyumbang kepada kemapanan di dalam pengeluaran ayam. Bilangan ternakan lembu dianggarkan meningkat 4.7% manakala kambing 15.9% (2010: 4.9%; 4.7%) berikutan amalan integrasi ladang dan ladang fidlot komersial. Pengeluaran hasil ternakan di negeri Selangor dijangka mengalami pertumbuhan bercampur-campur pada tahun 2011. Jumlah sembelihan lembu, kambing, dan babi dianggarkan meningkat, masing-masing dengan kadar 1.1%, 6.5% dan 0.5%.

Jadual 2.7 Selangor: Bilangan Ternakan 2005-2011

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011

Ayam 10,014,919 9,876,022 11,672,652 12,659,801 12,647,141 12,634,494 12,621,847

Itik 15,577 26,238 34,089 36,747 34,829 33,763 32,697

Kerbau 547 668 804 694 687 680 673

Lembu 24,324 23,746 30,725 31,681 33,233 34,862 36,491

1 Bagi menerokai pasaran antarabangsa, Kerajaan telah mempertingkatkan usaha pemasaran, termasuk mengambil bahagian

dalam pameran antarabangsa seperti European Seafood Show di Brussels, Belgium dan International Boston Seafood Exposition di AS. Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan daripada usaha pemasaran ini, filet ikan bernilai RM450 juta berpotensi untuk dieksport ke AS pada setiap tahun.

Page 9: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 9

Kambing 18,561 22,154 37,017 40,541 47,619 55,934 64,249

Bebiri 1,603 2,600 2,882 3,776 4,142 4 ,544 4,946

Babi 326,445 264,454 257,641 257,752 254,141 236,062 249,318

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia. * Angka bagi tahun 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Jadual 2.8 Selangor: Anggaran Bilangan Ternakan Mengikut Daerah, 2011

Lembu Kerbau Kambing Bebiri Babi Ayam Itik

Gombak 2,177 6 4,501 623 0 184,022 2,637

Klang 2,030 3 4,114 399 0 558,202 0

Kuala Langat 19,064 2 6,418 822 249,318 5,967,154 1,682

Kuala Selangor

3,299 0 7,083 355 0 3,693,347 30,748

Petaling 712 34 3,149 149 0 2,933 0

Sabak Bernam

1,589 0 2,084 1,268 0 1,073,211 0

Sepang 1,493 189 5,034 101 0 501,341 0

Hulu Langat 475 386 5,370 78 0 62,967 46

Hulu Selangor

2,419 68 10,276 163 0 603,969 0

JUMLAH (Ekor)

33,259 687 48,031 3,959 249,318 12,647,145 35,113

Sumber: Anggaran UPEN Selangor dengan menggunakan data Jabatan Pertanian Malaysia.

Jadual 2.9 Selangor: Bilangan Sembelihan Ternakan Yang Direkodkan 2005-2011

Kerbau Lembu Kambing Bebiri Babi

2005 267 12,274 6,777 241 453,035

2006 287 12,902 6,090 104 541,841

2007 361 11,135 6,762 192 575,051

2008 98 9,702 6,202 153 544,037

2009 95 9,811 6,636 179 546,866

2010 92 9,921 7,099 208 549,710

2011 95 10,031 7,562 237 552,554

Page 10: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 10

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia. * Angka bagi tahun 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Pertanian Lain

Pengeluaran subsektor yang terdiri daripada padi, kelapa, sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga mencatatkan pertumbuhan sederhana 1.3% (2010: 6.8%), berikutan pertambahan kawasan tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta penggalakkan Amalan Pertanian Baik (GAP).

Pengeluaran padi dianggarkan meningkat sederhana 0.4% pada tahun 2011 (2010: 43.2%) dengan penggunaan teknologi secara meluas, penambahbaikan sistem pengairan dan saliran serta pelaksanaan GAP. Pelbagai insentif telah diberikan bagi meningkatkan pengeluaran padi termasuk subsidi baja dan RM100 sehektar untuk aktiviti pembajakan. Hasil sehektar dianggar meningkat kepada purata hampir 4.99 tan metrik (2009: 4.94 tan metrik sehektar).

Jadual 2.10 Negeri Selangor : Anggaran Keluasan Kawasan Padi, Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan (Ha), 2011 Mengikut Daerah.

Padi Sayur-

sayuran Buah-

Buahan

Gombak - 305 892

Klang - 156 471

Kuala Langat - 433 1,375

Kuala Selangor 10,681 348 591

Petaling 0 47 153

Sabak Bernam 26,807 142 208

Sepang 0 607 297

Hulu Selangor 0 605 2,290

Hulu Langat 0 91 1,870

JUMLAH 37,488 2,734 8,146

Sumber: Anggaran UPEN Selangor menggunakan data Jabatan Pertanian Malaysia.

Page 11: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 11

Jadual 2.11 Selangor: Keluasan Bertanam, Hasil, Pengeluaran Padi Beras Semua Musim; 2006-2011

Tahun Keluasan Bertanam (Hektar)

Purata Hasil Padi

(Kg/Ha)

Pengeluaran Padi

(Tan Metrik)

2006 37,473 4,717 176,794

2007 37,135 5,042 186,951

2008 37,221 4,891 177,444

2009 37,456 4,883 202,633

2010 37,472 4,939 290,212

2011* 37,488 4,995 290,336

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia. *Angka bagi tahun 2011 adalah anggaran UPEN Selangor

Rajah 2.6 Negeri Selangor:Trend Pengeluaran Beras (m.t), 1997-2010 (Sumber Data: Jabatan Pertanian Malaysia. )

Jadual 2.12 Negeri Selangor : Keluasan dan Pengeluaran Sayuran dan Tanaman Kontan 2007-2011

Sayuran Tanaman Kontan

Keluasan Pengeluaran Keluasan Pengeluaran

(ha) (tan metrik) (ha) (tan metrik)

2007 1,671 19,511 745 6,130

2008 2,367 32,035 750 6,908

2009 2,334 35,728 751 10,668

2010 2,560 34,650 760 7,960

2011 2,734 37,722 796 8,455

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia.

Sektor Perlombongan Dan Kuari

Sektor perlombongan dan kuari adalah sektor yang memberikan sumbangan2 yang paling kecil kepada KDNK Negeri Selangor. Tidak banyak perbezaan dalam pengeluaran sektor ini tahun demi tahun. Sebahagian besarnya, di negeri Selangor, aktiviti sektor ini adalah terhad kepada aktiviti pengkuarian sahaja. Pada tahun 2011 pengeluaran bahan pengkuarian dianggarkan meningkat dengan kadar yang kecil, iaitu 0.5%. Terdapat tiga jenis pengeluaran perlombongan bahan galian iaitu (i) aggregate, (ii) limestone (iii) batu granit, batu kapur dan pasir lombong. Kategori ke (iii) adalah merupakan input kepada industri binaan. Permintaan terhadap pasir dan kelikir serta bahan tanah (tanah merah, tanah liat, tanah lombong serta kaolin) serta batu kapor juga berkait rapat dengan tahap kegiatan di sektor pembinaan dan industri pengeluaran bahan binaan oleh kerana bahan-bahan tersebut adalah input untuk pengeluaran

2 Aktiviti sektor ini adalah amat kecil terutama dari segi penggunaan gunatenaga di mana hanya sekitar 2000 orang sahaja yang

melibatkan diri di dalam sektor perlombongan dan kuari di Negeri Selangor. Kegiatan sektor kecil perlombongan negeri sudah tidak aktif lagi akibat daripada kepupusan aktiviti melombong bijih timah apabila kawasan-kawasan lombong ditutup dan menjadi sebahagian daripada sejarah ekonomi Negeri Selangor.

100,000

105,000

110,000

115,000

120,000

125,000

130,000

135,000

140,000

97 98 99 00 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Pengeluaran Beras Trend

Page 12: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 12

konkrit siap-bancuh (pre-mixed concrete), jubin seramik, simen dan genting bumbung. Secara keseluruhan pengeluaran kuari di negeri Selangor meningkat dengan kadar yang kecil.

PERINDUSTRIAN

Pembuatan

Nilai ditambah sektor pembuatan meningkat pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.9% dalam tempoh enam bulan pertama 2011 (Januari – Jun 2010: 24.9%). Pertumbuhan yang sederhana ini adalah natijah daripada gangguan rantaian bekalan dunia, kesan asas pertumbuhan ekonomi yang tinggi di tahun 2010 dan persekitaran luar yang lebih perlahan. Pengeluaran sektor ini dianggarkan meningkat 4.5% di tahun 2011 (2010: 24.4%) dengan nilai jualan produk pembuatan berkembang 6.0% kepada RM184.8 bilion (16.1%; RM174.4 bilion).

Output bagi industri berorientasi eksport meningkat sederhana sebanyak 2.7% (Januari –Julai 2010: 14.2%) berikutan penurunan eksport produk E&E akibat permintaan luar yang lebih rendah. Industri berorientasi domestik berkembang pada kadar yang lebih perlahan 7.3% (Januari – Julai 2010: 19.3%). Pertumbuhan berlaku di subsektor berkaitan pembinaan, getah, dan plastik. Kadar kapasiti penggunaan kekal stabil sekitar 80% dalam tempoh separuh pertama 2011, manakala guna tenaga purata mencatat peningkatan 18.6% dan pembayaran upah dalam sektor ini sebanyak 5.8% dalam tempoh yang sama. Peningkatan guna tenaga dan upah purata sebahagian besarnya didorong oleh industri domestik berasas sumber. Nilai ditambah bagi sektor ini dianggarkan tumbuh sederhana sebanyak 6.1% tahun ini (2010: 19.5%) seiring dengan permintaan luar yang kurang stabil.

Jadual 2.13 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja dan Jumlah Upah BagiKumpulan Industri Makanan, Minuman dan Tembakau Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Keseluruhan Industri 11,215,179 11,531,739 15,909 17,226 471,852 484,916

151

Pengeluaran, prosesan dan pengawetan daging, ikan, buah-buahan, sayuran, minyak dan lemak

645,391 1,019,948 1,381 1,254 21,838 21,919

152 Produk tenusu 3,039,046 2,388,754 2,802 2,570 121,020 111,515

153 Produk bijian, kanji dan produk kanji makanan haiwan tersedia

1,895,068 2,079,192 1,711 1,862 53,334 59,712

154 Produk makanan lain 3,546,631 4,003,157 7,247 8,470 185,665 213,630

155 Minuman 1,256,388 1,250,563 1,974 2,298 74,048 65,770

160 Produk Tembakau 832,657 790,125 793 772 15,946 12,370

Sumber: Anggaran UPEN Selangor Dengan Menggunakan Data Dari Jabatan Statistik Malaysia

Pengeluaran makanan meningkat 2.8% (2010: 10.3%), dipacu oleh peningkatan output bagi Pengeluaran, prosesan dan pengawetan daging, ikan, buah-buahan, sayuran, minyak dan lemak (58.0%), serta produk makanan lain (12.9%) seperti roti, coklat, dan konfeksi gula. Namun demikian, pertumbuhan industri ini telah terjejas berikutan pengurangan pengeluaran produk

Page 13: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 13

tenusu sebanyak 21.4%. Pengeluaran minuman merosot 0.5% (2010: 24.4%), manakala bagi tembakau menurun 5.1% (2010: -0.7%) sejajar dengan usaha untuk menggantikan tanaman tembakau dengan tanaman yang lebih menguntungkan.

Pengeluaran kimia dan produk kimia dianggarkan meningkat 20.9% (2010: 11.4%) disokong terutamanya oleh bahan kimia lain (25.8%) dan produk plastik (9.0%), manakala output bahan kimia asas meningkat 16.3% (2010: -3.5%; 1.1%; 30.1%). Sementara itu, pengeluaran petroleum meningkat 29.9% (2010: 18.0%). Pengembangan ini mencerminkan permintaan domestik dalam sektor pengangkutan.

Jadual 2.14 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja dan Jumlah Upah Mengikut Kumpulan Industri Produk petroleum, kimia, getah dan plastic Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Produk petroleum, kimia, getah dan plastic

20,247,785 23,806,577 51,627 52,764 1,387,707 1,498,672

232 Produk petroleum bertapis 174,220 226,345 12 12 198 215

241 Bahan kimia asas 4,950,135 5,755,798 1,879 1,965 124,481 147,322

242 Produk kima lain 4,626,625 5,822,090 10,707 11,222 439,302 480,796

251 Produk getah 5,505,905 6,563,051 14,860 14,898 248,038 262,751

252 Produk plastik 4,990,899 5,439,293 24,168 24,668 575,688 607,588

Sumber: Anggaran UPEN Selangor Dengan Menggunakan Data Dari Jabatan Statistik Malaysia

Jadual 2.15 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja Dan Jumlah Upah Bagi Kumpulan Industri Produk Mineral Bukan Logam, Logam Asas Dan Produk Logam Yang Direka Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Keseluruhan Industri 25,541,000 28,851,418 53,205 59,031 2,470,415 2,706,668

261 Kaca dan produk kaca 1,881,855 2,085,889 4,707 4,939 48,656 51,847

269 Produk galian bukan logam 2,155,669 2,485,397 6,123 6,661 260,482 300,539

271 Besi asas dan keluli 7,187,336 8,060,506 6,524 6,853 82,142 91,870

272 Logam asas berharga dan logam asas bukan ferus

1,772,962 2,095,186 2,101 2,179 48,611 66,491

281 Produk struktur logam, tangki, takungan dan penjana wap

1,099,971 1,357,801 4,725 5,579 178,846 198,572

289 Produk logam lain yg direka; perkhidmatan kerja logam

5,138,394 5,285,951 18,209 18,240 342,857 350,144

291 Jentera kegunaan am 4,114,899 4,505,722 6,332 6,723 341,926 418,499

293 Peralatan domestik tttl 2,189,914 2,974,966 4,484 7,858 1,166,895 1,228,705

Page 14: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 14

Sumber: Anggaran UPEN Selangor Dengan Menggunakan Data Dari Jabatan Statistik Malaysia

Pengeluaran kayu dan produk kayu meningkat 1.6% (2010: 1.3%), disebabkan terutamanya oleh output yang lebih rendah bagi perabot kayu dan rotan serta kepingan venir dan papan lapis. Industri ini dijangka terus meningkat berikutan momentum aktiviti pembinaan semula di Jepun kembali rancak serta bermulanya projek perumahan baru di Timur Tengah selepas bulan Ramadhan.

Jadual 2.16 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja Dan Jumlah Upah Bagi Kumpulan Industri Produk Peralatan Elektrik Dan Elektronik Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011.

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Keseluruhan Industri 48,321,805 45,699,914 99,883 94,005 2,205,622 2,053,867

300 Mesin pejabat, perakaunan dan pengira

5,028,727 4,244,506 9,630 9,458 47,908 36,429

311 Motor, penjana dan transformer elektrik

1,143,854 656,688 4,875 3,699 80,358 116,453

313 Wayar penebat dan kabel berpenebat

3,415,664 3,851,971 4,056 4,194 94,629 100,716

321 Injap dan tiub elektronik dan komponen elektronik lain

14,281,299 14,913,940 31,382 31,397 459,732 482,366

323 Penerima TV/Radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula dan barangan berkaitan

18,599,261 16,938,043 25,575 24,217 114,034 124,134

331

Perkakasan/instrumen perubatan, menyukat, memeriksa, menguji, memandu arah dan kegunaan lain, kecuali instrumen optik

2,178,864 1,768,780 7,960 6,928 279,917 211,369

332 Instrumen optik dan kelengkapan fotografi

2,742,103 2,277,685 12,013 9,499 301,452 284,367

333 Jam tangan dan jam 932,032 1,048,301 4,394 4,614 827,593 698,034

Output produk getah meningkat 19.2% (2010: 35.6%) disokong oleh permintaan yang berterusan bagi sarung tangan getah serta tayar dan tiub getah. Pertumbuhan industri ini turut disumbang oleh peningkatan kecekapan pengeluaran berikutan penambahbaikan dalam proses pembuatan meskipun harga lateks yang tinggi. Permintaan bagi sarung tangan getah kekal tinggi, khususnya bagi industri perubatan dan penjagaan kesihatan. Sementara itu, pengeluaran tayar dan tiub getah terus berkembang pada kadar yang sederhana disebabkan oleh jualan kenderaan pengangkutan yang lebih rendah di rantau ini. Walau bagaimanapun, industri ini dijangka kekal kukuh disokong oleh peningkatan berterusan standard penjagaan kesihatan dan perubatan dalam kalangan negara membangun yang berkembang pesat serta permintaan daripada pasaran niche seperti sektor minyak dan gas bagi hos getah.

Pengeluaran tekstil, pakaian dan kasut meningkat 7.0% (2010: -1.4%) diterajui oleh peningkatan kukuh output pakaian dan kasut. Pertumbuhan ini disumbang oleh permintaan yang lebih tinggi khususnya dari Turki, Timur Tengah dan ekonomi membangun yang berkembang pesat seperti China bagi pakaian berkualiti tinggi berikutan peningkatan kemewahan dan pendapatan isi rumah. Keupayaan pengusaha industri tempatan menghasilkan reka bentuk yang berkualiti dan mempelbagaikan rangkaian produk bagi memenuhi segmen pasaran yang

Page 15: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 15

berbeza serta memasarkannya di bawah label masing-masing dijangka membantu mengekalkan pertumbuhan subsektor ini. Selain itu, Sukan Olimpik 2012 dijangka merancakkan permintaan pakaian sukan dan memperkukuhkan lagi pertumbuhan industri ini.

Output bagi kumpulan bahan berkaitan pembinaan meningkat dengan kukuh sebanyak 13.0% (2010: 9.8%) berikutan aktiviti pembinaan perumahan yang sederhana dan pelaksanaan projek kejuruteraan awam yang berterusan. Pengeluaran mineral bukan logam kekal kukuh dengan peningkatan 15.3%, sementara keluaran logam direka meningkat 2.9% (2010: 2.3%; 1.3%). Peningkatan subsektor ini disumbang khususnya oleh seramik refraktori, kaca dan produk kaca, simen hidraulik dan keluaran logam struktur yang berkembang walaupun harga yang semakin meningkat. Industri ini dijangka teguh dengan permulaan projek RMKe-10 serta pelaksanaan segera projek ETP dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) di samping pembinaan KLIA2 dan projek perumahan di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Jadual 2.17 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja dan Jumlah Upah Bagi Kumpulan Industri Produk kayu, perabot, keluaran kertas, percetakan dan penerbitan Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Keseluruhan Industri 46,148,029 53,616,484 126,579 130,237 3,579,243 3,964,066

202 Pembuatan produk kayu, gabus, jerami dan bahan jalinan

801,091 814,307 4,927 4,697 34,616 38,504

210 Kertas dan produk kertas 2,144,836 2,353,362 6,858 7,426 179,610 196,169

221 Penerbitan 1,876,883 2,002,480 6,874 7,482 234,432 322,243

222 Percetakan dan aktiviti berkaitan percetakan

829,650 833,181 4,666 5,104 355,170 409,805

Sumber: Anggaran UPEN Selangor Dengan Menggunakan Data Dari Jabatan Statistik Malaysia

Pengeluaran kelengkapan pengangkutan menguncup 6.9% (2010: 34.5%) berikutan gangguan rantaian bekalan akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun. Memandangkan kebanyakan pengeluar automotif mengamalkan pengurusan inventori just-in-time, kekurangan alat ganti dan aksesori automotif, khususnya enjin, komponen elektronik dan yang berasaskan resin telah menyebabkan pengusaha automotif mengurangkan pengeluaran. Akibatnya, pengeluaran kenderaan bermotor merosot secara mendadak sebanyak 11.5% manakala alat ganti dan aksesori untuk kenderaan bermotor dan enjin meningkat pada kadar minimal 1.8%. Walau bagaimanapun, pengeluaran kelengkapan pengangkutan dijangka meningkat semula menjelang pertengahan tahun 2012 berikutan bekalan komponen automotif yang dijangka pulih serta pelancaran model baharu.

Output bagi E&E dianggarkan menguncup 5.4% dalam tahun 2011 (2010: 17.4%), disebabkan sebahagian besarnya oleh gangguan rantaian bekalan dunia dan jualan cip global yang lebih rendah. Pengeluaran semikonduktor dan komponen elektronik lain yang merupakan penyumbang eksport utama dalam subsektor E&E merosot 8.9% (2010: 40.8%), setelah merekodkan pertumbuhan yang tinggi tahun lalu. Prestasi yang kurang memberangsangkan ini juga adalah sejajar dengan book-to-bill ratio Semiconductor Equipment and Materials International (SEMI) yang mencatat nilai kurang daripada satu dalam tempoh lapan bulan

Page 16: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 16

berturut- turut sepanjang 2011. Penunjuk ini selari dengan pengurangan penggunaan foundry serta pelaburan bagi pengeluaran cip memori yang lebih rendah.

Jadual 2.18 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja Dan Jumlah Upah Mengikut Kumpulan Industri Kelengkapan Pengangkutan Dan Pembuatan Lain Bagi Tahun-Tahun 2010 dan 2011

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Keseluruhan Industri 22,881,115 21,310,417 52,868 53,845 341,961 350,078

341 Kenderaan bermotor 15,631,394 13,838,203 18,657 19,112 21,341 26,342

343 Alat ganti dan aksesori utk kenderaan bermotor dan enjin

4,124,900 4,200,549 13,918 13,873 213,856 210,371

359 Kelengkapan pengangkutan tttl 689,275 748,708 1,266 1,608 17,195 19,164

361 Perabot 1,890,341 1,906,585 15,962 16,419 50,262 50,517

369 Pembuatan tttl 545,204 616,372 3,066 2,833 39,307 43,683

Sumber: Anggaran UPEN Selangor Dengan Menggunakan Data Dari Jabatan Statistik Malaysia

Tempahan yang lebih rendah bagi komputer riba dan komputer peribadi kesan daripada peningkatan penggunaan telefon pintar dan tablet media serta ekonomi yang tidak menentu di AS dan Eropah telah menjejaskan pertumbuhan subsektor ini. Tambahan pula, populariti penggunaan solid- state drive (SSD) yang semakin meningkat turut menjejaskan pengeluaran komponen hard-disk drive (HDD). Begitu juga dengan output mesin pejabat, perakaunan dan pengira turut merosot secara mendadak sebanyak 15.6% (2010: -13.2%).

Jadual 2.19 Anggaran Nilai Jualan, Bil Pekerja Dan Jumlah Upah Bagi Kumpulan Industri Produk Tekstil, Pakaian, Kulit Dan Kasut Bagi Tahun-Tahun 2010 Dan 2011

Nilai Jualan (RM'000) Bil. Pekerja Upah (RM'000)

KOD

2010 2011 2010 2011 2010 2011

Keseluruhan Industri 776,817 831,024 4,715 4,688 350,389 359,038

171 Pemintalan, penenunan dan penyiapan tekstil

271,378 304,002 776 797 20,272 21,360

173 Kain dan artikel yg dikait dan dikrusye

92,988 110,055 550 626 48,411 46,241

181 Pakaian kecuali pakaian bulu 112,271 122,597 1,322 1,241 158 160

191 Penyamakan dan pembersihan kulit; pembuatan bagasi, beg tangan, pelana dan abah-abah

24,347 23,080 160 107 8,518 8,977

192 Kasut 275,833 271,291 1,907 1,918 273,030 282,300

Sumber: Anggaran UPEN Selangor Dengan Menggunakan Data Dari Jabatan Statistik Malaysia

Sektor Pembinaan

Sektor pembinaanberkembang positif dalam tempoh separuh pertama 2011 dengan keyakinan kecenderongan peningkatan hasil pada suku 2 sebanyak 17.9% dan

Page 17: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 17

peningkatan bilangan pekerja sebanyak 7.9%, ianya disokong oleh prestasi kukuh subsektor kediaman, bukan kediaman dan kerja pertukangan khas.

Pertumbuhan ini dijana oleh pelaksanaan pelbagai projek Program Rangsangan Ekonomi (PRE), antaranya pembinaan rumah kos rendah dan sederhana, kerja menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara bangunan awam serta kerja pembinaan dan senggaraan jalan luar bandar. Selain daripada peningkatan perbelanjaan Kerajaan, pemulihan sentimen pengguna serta keadaan pasaran buruh yang stabil menyokong perkembangan sektor ini.

Nilai ditambah sektor pembinaan negeri Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 2.4% pada tahun 2011 dengan peningkatan nilai ditambah pada harga malar tahun 2000 daripada RM6,008 juta pada tahun 2010 kepada RM6,152 juta pada tahun 2011. Gambaran tahap keaktifan sektor pembinaan dipamerkan oleh pertumbuhan positif di dalam pengeluaran beberapa output industri yang berkaitan dengan input sektor pembinaan di dalamtempoh Januari-April 2011 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2010. Perkembangan ini sebahagian besarnya adalahhasil daripada peningkatan di dalam aktiviti kejuruteraan awam dan binaan bukan kediaman berikutan pelaksanaan segera projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan PKE. Permintaan hartanah yang meningkat khususnya bagi bangunan komersial telah dibantu oleh sentimenyang positif di kalangan peniaga dan pengguna.

Aktiviti sektor kecil kejuruteraan awam dan kerjapertukangan khas terus meningkat seiring

Jadual 2.20 Selangor: Pertumbuhan Pengeluaran Industri Input Sektor Pembinaan bagi Jan-Mac 2011

Industri Pertumbuhan

Pengeluaran(%)

Bata tanah +69,6

Jubin seramik -0.03

Simen hidraul +10.4

Konkrit campuran siap +32.2

Batang Besi dan keluli +22.4

Kepingan besi yang disadur +19.4

Dawai mata punai dan jaring

+11.5

Sumber: Perangkaan Bulanan, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 18: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 18

dengan kerja-kerja projeklebuhraya utama yang sedang dilaksanakan, iaitu,Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya-West Port Klang serta Lebuhraya Ijok-Templer Park yang menghampiri fasa terakhir dan dijangka digunakan pertenghan tahun 2011. Termasuk di dalam pelaksanaan projek di bawah PRE2 ialah penyelenggaraan dan penambahbaikan bangunan awam, jalan serta jambatan. Sektor ini juga memperoleh manfaat daripada perlaksanaan projek di bawah NKRA bagi infrastruktur luar bandar.Kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan infrastruktur awam sedia ada dijangka dapat mempertahankan keaktifan sektor kecil ini, seperti juga kerja-kerja menaik taraf jalan raya luar bandar, kerja-kerja baik pulih sekolah-sekolah di seluruh Negeri Selangor dan kerja-kerja pencegahan banjir.

Aktiviti pembinaan di sektor kecil kediaman adalah perlahan berikutan banyak hartanah bernilai tinggi khususnya kondominium dan apartmen telah siap dibina.Dalam tempoh separuh pertama tahun 2010 aktiviti sektor kecil ini turut terjejas dengan penundaan pelancaran projek baru semasa kemelesetan ekonomi pada tahun 2009/2010 apabila pemaju mengambil sikap lebih berhati-hati. Walau bagaimanapun, berikutan pemulihan ekonomi berserta dengan pakej kewangan yang menarik dan kadar faedah yang berpatutan, bilangan unit rumah muladibina meningkat kepada 126,393 unit pada suku tahun pertama 2011 bertambah dari 125,017 unit pada suku keempat 2010.Walaupun aktiviti pembinaan rumah perlahan, harta tanah bernilai tinggi yang terletak di lokasi terpilih menerima sambutan baik dengan kadar jualan semasa pelancaran menghampiri 100%. Promosi yang agresif turut menyumbang kepada kadar jualan yang tinggi bagi hartanah bernilai tinggi. Dengan ekonomi domestik yang kukuh serta pasaran rumah sekunder yang rancak, bakal pembeli khususnya di kawasan Lembah Klang dan pinggiran telah beralih kepada “sedia untuk membeli” dalam tempoh separuh kedua 2011.

Aktiviti sektor kecil kediaman dan bukan kediamanadalahcergas dalam tempoh separuh pertama tahun 2011. Bilangan rumah yang sedang dalam pembinaan dalam tempoh suku pertama 2011 adalah sebanyak 126,393 unit. Selain itu terdapat juga sebilangan bangunan yang sedang dibina, termasuk kedai (11,782 unit), bangunan industri (2,283 unit), kompleks perniagaan (210,202 meter persegi) dan bangunan binaan khas (353,926 meter persegi).

Pembinaan rumah kediaman di Negeri Sealangor adalah tertumpu di empat daerah utama, iaitu Petaling (32.9%), Klang (17%), Hulu Langat (13.8% ) dan Gombak (13.9% ). Rumah jenis Rumah Jenis 2-3 tingkat masih mendominasi iaitu sebanyak 24.9%, manakala Kondominium/Appartment menyumbang sebanyak 21.2% dan tumpuannya ialah di Daerah

Page 19: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 19

Petaling. Aktiviti kerja-kerja pembinaan ini telah melimpah ke aktiviti kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan jalan, longkang dan kerja-kerja lanskap. Kawasan yang sedang mengalami pembinaan yang aktif merangkumi projek SP Setia di Jalan Meru Klang, Kawasan Bukit Raja Klang, Taman Aman Klang, Perumahan Botanik di Klang, Kawasan Nusa Rhu Shah Alam, Kawasan Perumahan Puncak Alam dan Puncak Perdana, Kota Damansara, Damansara Utara, Saujana Putra, Pinggiran Putra, Selngor Science Park 2, Dengkel Sepang serta beberapa kawasan di sekitar Puchong dan Rawang

Sektor kecil kediaman kekal aktif seiring dengan perkembangan sektor kecil bukan kediaman terus berkembang. Aktiviti sektor kecil kejuruteraan awam telah menjadi sedikit perlahan dalam tempoh akhir 2009 hingga pertengahan 2010, disebabkan sebahagiannya, oleh kekurangan bilangan dan nilai kontrak infrastruktur seperti kerja-kerja infrastruktur di kawasan kediaman atau perumahan, kerja-kerja penggantian dan pemasangan infrastruktur fiber optik.

Pertumbuhan sektor kecil bukan kediamanadalah dipacu oleh pembinaan bangunan komersial, khususnya kedai dan pejabat binaan khas. Pembinaan pejabat binaan khas berkembang dengan kadar penghunian kekal tinggi pada 79.8%, mencerminkan sentimen perniagaan yang kukuh. Permintaan untuk ruang niaga di kompleks membeli belah masih kukuh dengan kadar purata penghunian pada paras 85.8% ( Jan-Mac 2010:81.2%), mencerminkan keyakinan peruncit terhadap perbelanjaan pengguna. Pembinaan hartanah riadah terus meningkat seiring dengan pertumbuhan sektor pelancongan. Kadar purata penghunian hotel bertaraf tiga hingga lima bintang kekal pada 58.5%( 2010:54.0%) ekoran ketibaan pelancong yang berterusan.

Tumpuan aktiviti binaan khas ini adalah di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya-Puchong dan Subang Jaya (MPSJ) dan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya-Petaling Jaya (MBPJ).Aktiviti pembinaan bagi sektor Kompleks Perniagaan di Negeri Selangor, pada tig bulan pertama tahun 2011telah melibatkan sekitar keluasan 210,202 meter persegi.Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Shah Alam-Subang Jaya-Sunway, dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Di dalam segmen pejabat binaan khas terdapat sekitar 306,150 meter persegi keluasan bangunan yang sedang dalam pembinaan pada tempoh tiga bulan pertama 2011.Kawasan tumpuan ialah Kelana Jaya, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Sektor Perkhidmatan

Nilai ditambah sektor perkhidmatan dianggarkan berkembang 5.7% di tahun 2011 (2010: 7.3%),

disokong aktiviti berkaitan perdagangan dan penggunaan. Selaras dengan unjuran prestasi yang sederhana dalam semua sektor kecilnya, sektor perkhidmatan dianggar meningkat dengan merangkumi 56.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011 (2010: 56.5%). Pengeluaran kumpulan perkhidmatan perantaraan dijangka meningkat 3.2% (2010: 10.6%), dipacu oleh aktiviti-aktiviti komunikasi, kewangan dan insurans. Sementara itu,

Jadual 2.21 Selangor: Penggunaan Air dan Hasil Kutipan 2000 – 2011

Tahun Penggunaan (Juta

Meter Padu) Kutipan (RM Juta)

2001 653.2 644.25

2002 685.1 807.11

2003 724.5 850.0

2004 791.4 976.3

2005 838.0 1071.2

2006 873.1 1,156.6

2007 908.4 1368.7

2008 940.1 1,375.1

2009 967.4 1,424.5

2010 1,002.8 1,479.9

2011* 1057.9 1,637.7

Sumber: Syarikat Bekalan Air Selangor *Anggaran UPEN Selangor

Page 20: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 20

kumpulan perkhidmatan akhir dianggarkan berkembang 3.5% (2010: 6.4%),disokong oleh sektor kecil perdagangan borong dan runcit, penginapan dan restoran.

Utiliti

Permintaan terhadap elektrik dan air adalah selari dengan jumlah penduduk, taraf hidup penduduk, keaktifan sektor pembuatan serta kegiatan sektor-sektor kecil perkhidmatan seperti perhotelan, restoren, peruncitan, dan pergudangan. Berdasarkan kadar pertumbuhan sektor-sektor kecil ini nilai ditambah bagi sektor utiliti pada tahun 2010 dianggarkan meningkat9.8% (2009: 3.4%).Berdasarkan Laporan Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Kedua 2011, industri ini menunjukan prospek perniagaan yang positif. Ia ditunjukan oleh imbangan bersih positif yang dicatatkan oleh semua pembolehubah, diantaranya ialah jumlah pengeluaran (38.5%), hasil kasar (50%) dan jumlah tempahan (50%).

Air

Air merupakan bahan keperluan kehidupan seharian, selain menjadi bahan input kepada beberapa industri dalam sektor pembuatan. Pertambahan penduduk yang tinggi bagi negeri Selangor telah diikuti dengan permintaan air bersih yang tinggi.

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 mencatatkan bahawa 99.1% rumah kediaman di negeri Selangor mempunyai bekalan air paip yang dirawat. Ini bermakna hampir keseluruhan penduduk negeri Selangor menikmati air bersih. Data dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menunjukkan bahawa penggunaan air bersih di negeri Selangor pada tahun 2009 ialah 967.4 juta meter padu. Berdasarkan permintaan air perkapita bagi penduduk negeri Selangor adala dalam lingkungan 400 – 500 liter sehari maka adalah dianggarkan bahawa penggunaan bagi tahun 2011 anggaran penggunaan air dijangka meningkat kepada 1057.9 juta meter padu dari 1027.1 juta meter padu pada tahun 2010.iaitu peningkatan pada kadar 3.9%, manakala hasil kutipan adalah meningkat menjadi RM 1637 juta dari RM1,479.9 juta pada tahun 2010. Walau bagaimanapun jumlah penggunaan adalah lebih rendah daripada jumlah yang dihasilkan, ini disebabkan oleh kehilangan semasa penghantaran (kebocoran), kecurian, terkurang bacaan dan penggunaan bomba dan sebagainya. Kadar air NRW (Non-Revenue Water), iaitu kuantiti air yang “hilang” adalah melebihi 42.0%. Pengguna utama air bersih di negeri Selangor ialah sektor kediaman (52.0%), manakala sektor perdagangan dan perindustrian dianggarkan menggunakan 48.0%.

Page 21: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 21

Elektrik

Penggunaan tenaga elektrik lazimnya meningkat dengan peningkatan jumlah kediaman di bandar dan luar bandar, peningkatan aktiviti perdagangan serta penambahan penggunaan di sektor perindustrian. Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 telah mendapati bahawa 99.2% rumah kediaman di Selangor mendapat bekalan elektrik. Sektor perindustrian adalah pengguna utama tenaga elektrik di negeri Selangor.

Hasil kutipan penjualan elektrik di negeri Selangor bagi tahun 2011 dianggar meningkat 8.6% berbanding dengan tahun 2010, hasil dari peningkatan penggunaan keseluruhan sebanyak 3.6% (2010: 9.3%). Peningkatan ini adalah menyeluruh di semua sektor penggunaan. Pada tahun 2009 penggunaan elektrik oleh sektor perindustrian mengalami penurunan sebanyak 16.3%, ekoran daripada penurunan aktiviti di sektor perindustrian. Pemulihan ekonomi secara keseluruhan yang dialami pada tahun 2010 mengakibatkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik 11.1% dan seterusnya peningkatan pada tahun 2011. Peningkatan kutipan hasil dijangka lebih tinggi untuk tahun 2011 dan setersnya kerana kenaikan tarif letrik yang baru dikuatkuasakan pada Jun 2011.

Jadual 2.22 Negeri Selangor: Anggaran Penggunaan Elektrik dan Hasil ( 2006-2011)

Kuantiti dan Nilai Penggunaan bagi tahun

2006 2007 2008 2009 2010 2011*

Kediaman

Kuantiti (Juta KwH)

3,229.8 3,502.4 3,621.5 3,956 4,363.3 4,698.12

Nilai (RM Juta) 789.1 882.2 985.4 1,132.3 1,250.4 1,416.38

Perdagangan

Kuantiti (Juta KwH)

5,407.8 6167.4 5,977.5 6,660.4 7,245.2 7,792.9

Nilai (RM Juta) 1,583.7 1,839.1 2,169.1 2,511.3 2,783.5 3,245.2

Perindustrian

Kuantiti (Juta KwH)

11,726.7 12,255.7 13,484.5 11,197.8 12,505.9 12,554.1

Nilai (RM Juta) 2,660.1 2,909.6 3,350.5 3,228.9 3543.8 3,881.2

Lampu Awam

Kuantiti (Juta KwH)

178.3 196.6 203.1 188.8 182.5 191.1

Nilai (RM Juta) 28.2 21.9 36.9 38.7 38.5 44.8

Keseluruhan

Kuantiti (Juta KwH)

20,545.1 22,122.2 23,316.7 22,003.2 24,296.9 25,236.2

Nilai (RM Juta) 5,061.5 5,664.0 6,541.6 6,905.2 7,671.2 8,587.6

Sumber: TNB Selangor Nota: Jumlah Keseluruhan Termasuk Kuantiti dan Nilai Penggunaan bagi Sektor Kecil Lombong

(*}: Anggaran UPEN Selangor

Perdagangan Borong Dan Runcit, Penginapan Dan Restoran.

Laporan Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Kedua 2011, menunjukan bahawa industri ini mempunyai prospek perniagaan yang positif. Ia ditunjukan oleh imbangan bersih positif yang dicatatkan oleh semua pembolehubah, diantaranya,peningkatan hasil kasar (11.5%) dan pengambilan pekerja baru (19.0%).

Page 22: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 22

Perbelanjaan pengguna yang kukuh, aktiviti ekonomi dalam negeri yang cergas serta pengenalan kepada konsep peruncitan yang kreatif dan inovatif menyokong pertumbuhanperdagangan runcit. Penjualan runcit juga telah mendapat manfaat daripada peningkatan jumlah pelancong asing dan dengan ketibaan lebih ramai pelancong yang mempunyai kuasa berbelanja tinggi, terutamanya dari Asia Barat dan Eropah. Pada tahun 2010, setiap pelancong dianggarkan berbelanja sekitar RM2,296 untuk membeli belah di kawasan Lembah Kelang.Pada tahun 2011 perbelanjaan setiap pelancong dijangka meningkat berdasarkan peningkatan jumlah pelancong yang tiba di Malaysia amnya dan Negeri Selangor khasnya, iaitu di dalam lingkungan 5.9% berdasarkan pemulihan ekonomi dunia dan seratau.

Perdagangan Borong dan Runcit

Aktiviti perniagaan borong dan runcit memainkan peranan penting di dalam penawaran barangan pengguna. Prestasi yang baik di dalam kedua-dua aktiviti ini menjadi salah satu indikator suasana ekonomi dalam negeri dan negara. Pertumbuhan sektor ini digambarkan oleh peningkatan penunjuk keyakinan, iaitu sebanyak 9.8% pada suku tahun pertama 2011 dan 11.0% pada suku tahun kedua 2011. Peningkatan tahap keyakinan pengguna secara langsung memberi impak positif keatas pertumbuhan hasil kasar sektor kecil ini. Laporan Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan Bagi Suku Tahun Kedua 2011mencatatkan jangkaan bahawa hasil kasar yang bakal diperolehi oleh industri borong meningkat sebanyak 17.1% pada suku kedua tahun 2011. Ini telah meningkat dari 1.4% pada suku pertama 2011.

Liberalisasi industri peruncitan yang membolehkan pasar raya besar (hypermarkets) milik asing beroperasidi Malaysia telah meningkatkan pertumbuhan industri ini. Pasar raya besar milik asing seperti TESCO, Carrefour, Giant, JUSCO, 1 Utama, IKEA, Econsave dan lain-lain sudah menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Industri ini telah dapat menarik pelanggan dengan konsep serba lengkap, moden, selesa dan harga yang berpatutan. Pada masa ini, terdapat syarikat-syarikat hypermarket milik asing yang mengendalikan pasar raya di beberapa kawasan pertumbuhan baru seperti di Ampang, Subang Jaya, Mutiara Damasara, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Kemuning, Klang, Rawang, Sri Kembangan, Kuala Selangor, Klang dan Shah Alam.

Page 23: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 23

Kewujudan 47 ( 2010: 45 buah) pusat membeli belah dengan keluasan 1.513 juta meter persegi dan kadar penghunian 86.9%; 25 arked (2010: 24) dengankeluasan lantai sekitar 160 ribu meter persegi (2010: 152 ribu meter persegi ) dan kadar penghunian 63.7 % ( 2010: 68.9%), serta 24 buah hypermarket (2010: 22 buah) dengan keluasan lantai 825 ribu meter persegi (2010:832 ribu meter persegi) dan kadar penghunian 97.1% (2009: 96.4%) menggambarkan kenyakinan peniaga tentang peningkatan kuasa beli dan sentimen pengguna terhadap kestabilan ekonomi negeri secara keseluruhannya.

Jadual 2.23 Selangor Penawaran Ruang dan Kadar Penghunian Bagi 2006-2011

Pusat Membeli Belah Arked Hipermarket

Jum Ruang m.p.

Kadar Huni

%

Jum Ruang m.p.

Kadar Huni %

Jum Ruang m.p.

Kadar Huni %

2006 (Suku 1) 1,131,269 87.7 130,002 73.4 346,856 99.0

2006 (Suku 4) 1,158,396 86.4 130,002 73.4 584,539 97.8

2007 (Suku 1) 1,158,396 86.4 130,002 73.4 584,539 97.8

2007 (Suku 4) 1,190,231 87.8 142,456 75.4 588,430 97.7

2008( Suku 1) 1,271,101 88.7 151,134 75.7 593,686 97.6

2008 (Suku 4) 1,260,976 88.7 143,025 76.6 593,686 97.6

2009 ( Suku 1) 1,463,194 87.2 152,688 69.8 715,166 97.1

2009 (Suku 4) 1,480,245 87.0 155,345 68.1 809,615 98.5

2010 (Suku 1) 1,480,245 86.2 155,345 67.9 832,029 95.8

2010 ( Suku 4) 1,513,392 86.9 160,839 65.8 82,5025 97.0

2011 ( Suku 1) 1,513,392 85.8 160,839 63.7 825,025 97.1

Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Malaysia

Page 24: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 24

Keaktifan perniagaan runcit di negeri Selangor dapat dilihat melalui beberapa ukuran, di antaranya, hasil jualan pasar tani. Terdapat pasar tani yang dikendalikan oleh FAMA di 50 lokasi di seluruh negeri Selangor. Berdasarkan rekod jualan pasar tani yang terdapat di beberapa lokai di Negeri Selangor, jumlah jualan bulanan pada tahun 2009 dianggarkan sebanyak RM 6.71 juta setiap bulan. Pada tahun 2010, jumlah kutipan setiap bulan meningkat kepada RM 8.65 juta. Manakala pada tahun 2011 jualan bulanan dianggarkan sebanyak RM RM 7.125 juta. Berdasarkan laporan Penyiasatan Perniagaan Suku Tahun Kedua 2011, secara keseluruhan, kegiatan peruncitan menampakan perubahan yang positif. Kecenderungan hasil kasar masa hadapan menampakan pertumbuhan yang positif di suku pertama dan kedua 2011 ( 13.7% dan 3.8% setiap satu). Penunjuk Keyakinan bagi sektor kecil peruncitan juga memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 2.4% pada suku kedua 2011 berbanding dengan -2.6%di suku pertama 2011.

Pelancongan

Negeri Selangor mempunyai pusat-pusat pelancongan yang aktif di sepanjang tahun. Ini termasuklah kawasan perkelahan air terjun di daerah Hulu Selangor dan Hulu Langat (eco-tourism), Sunway Lagoon, Zoo Negara, The Mines Wonderland, Muzium Negeri, Wet World Shah Alam, Taman Kelip-Kelip Kuala Selangor, Zoo Negara,Taman Alam Kuala Selangor dan Taman Botanik Negara Shah Alam, EnapDesadi setiap daerah, kemudahan Sukan permotoran F1 di Sepang dan kuil Batu Caves.

Industri pelancongan terus mengekalkan kedudukannya sebagai penyumbang tukaran asing yang kedua terbesar. Negeri Selangor mempunyai infrastruktur yang terbaik serta pusat membeli belah yang bertaraf antarabangsa seperti Subang Parade, Sunway Pyramid, The Curve, Jusco yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berbelanja. Berdasarkan laporan Profile 2009 terbitan Tourism Malaysia, pelancong-pelancong memperuntukan sebahagian besar perbelanjaan mereka, iaitu 28.3%, kepada pembelian pakaian, makanan, kraf, kasut dan buku. Kemudahan Hospital Pakar yang banyak tertumpu di sekitar Lembah Klang sedikit sebanyak memberi impak positif kepada program atau produk pelancongan kesihatan.

Bilangan pelancong yang menyewa hotel di Negeri Selangor dijangka meningkat sebanyak 13.0% pada tahun 2011, berbanding dengan penguncupan 8.7% di tahun 2010. Peningkatan bilangan

Page 25: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 25

penghuni hotel pada tahun 2011 berbanding tahun 2010berkait rapat dengan pemulihan ekonomi dunia.

Jadual 2.24 Selangor: Jumlah Pelancong 2003 - 2011

Tahun Pelancong Tempatan

Pelancong Asing

Jumlah

2003 2,024,989 1,708,258 3,733,247

2004 1,794,530 1,290,680 3,085,210

2005 2,355,613 1,603,186 3,958,799

2006 1,626,445 1,505,614 3,132,059

2007 2,021,491 1,783,343 3,804,834

2008 1,879,702 2,075,735 3,955,437

2009 938,212 1,901,017 2,839,229

2010 968,201 1,622,222 2,590,423

2011* 1,020,158 1,908,300 2,928,458

Sumber: Tourism Selangor. *Anggaran UPEN Selangor

Secara keseluruhanya ketibaan pelancong di Malaysia pada Suku Kedua 2010 telah meningkat sebanyak 6.4% berbanding Suku Pertama tahun 2010. Bilangan pelancong pada tempoh ini adalah lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun 2009. Pada Suku Kedua 2010 bilangan pelancong ialah 6.11 juta (suku pertama 2010: 5.74 juta). Peratus pelancong dari Singapura adalah yang tertinggi, iaitu 51.6%, dikuti oleh Indonesia (8.6%) dan Thailand (6.0%).

Hotel dan Restoren

Bilangan hotel di negeri Selangor pada tahun 2011 berjumlah 106 dengan jumlah bilik yang tersedia berjumlah 13,362. Tumpuan lokasi hotel-hotel adalah di sekitar Lembah Klang. Keaktifan perniagaan restoren di negeri Selangor berkait rapat dengan tabiat penduduk yang gemar makan di luar, jumlah penduduk yang berumur 20-35 tahun, serta tahap pendapatan isirumah.Kewujudan “food court” di pusat membeli belah serta kewujudan restoren-restoren baru merancakkan aktiviti perniagaan restoren.Juga, gerai-gerai tidak kekal di kawasan perumahan baru menyumbang kepada peningkatan nilai ditambah sektor kecil restoren. Bilangan restoren yang direkodkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2006 melebihi 9,010 buah. Bilangan restoren sudah semestinya bertambah pada tahun 2010 dengan kewujudan kawasan perumahan dan kawasan komplek perniagaan baru.

Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah3 menunjukkan bahawa penggunaan bulanan purata isi rumah Malaysia ialah RM1,953, berbanding RM1,631 di tahun 1998/1999. Ini merupakan peningkatan sebanyak 19.7%. Peratus perbelanjaan setiap isi rumah untuk makan di luar adalah 10.9% daripada perbelanjaan bulanan. Ianya adalah rendah berbanding 12.8% pada 1998/1999 dan 12.5% pada penyiasatan 1993/1994. Peratus perbelanjaan minum di luar rumah juga telah meningkat dari 1.6% kepada 1.6% dan 1.5% pada tempoh yang sama. Di samping bilangan restoran yang banyak di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), bilangan

3Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2004/2005, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Page 26: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 26

penjaja dan peniaga pasar malam yang aktif berjumlah, masing-masing, sekitar 35,100 dan 25,500. Keadaan ini memberikan impak kepada pendapatan peniaga dan pola perbelanjaan isirumah negeri Selangor.

Jadual 2.25 Negeri Selangor: Kadar Penghunian Hotel 3-5 Bintang Mengikut Kawasan, 2010 dan 2011

KAWASAN

Kadar Penghunian Dalam Tempoh

Perbezaan

2010S1 2011S1

Petaling Jaya

67.6 59.6 8.0

Shah Alam 40.4 46.7 6.3

Kajang 32.2 39.8 7.6

Sepang 73.7 69.5 4.2

Keseluruhan 54.0 58.2 4.2

Sumber: Bahagian Penyelidikan Pelancongan Malaysia

Bilangan pelancong asing secara kasarnya mempengaruhi kadar penghunian hotel di Lembah Klang. Kadar penghunian hotel dijangka meningkat menjelang akhir tahun 2010 dengan ketibaan pengunjung daripada negera-negara Timur Tengah, Eropah dan Asia yang telah mula menjadikan Malaysia sebagai pilihan destinasi mereka. Bilangan pelancong dari Negara Asean (Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei), Negara China dan Taiwan dan Asia Barat telah meningkat setiap bulan di tahun 2010. Berdasarkan Profile 2009 terbitanTourism Malaysia, pelancong membelanjakan sebanyak 31.1% dari perbelanjaan mereka untuk penginapan manakala perbelanjaan untuk makanan adalah sebanyak 17.4%. Secara tidak langsung industri perhotelan memperolehi manfaat daripada pelancongan. Laporan Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, mencatatkan bahawa pengusaha hotel menjangkakan peningkatan hasil hotel dengan kadar 48.6% pada suku tahun kedua tahun 2011.Keaktifan sektor perhotelan boleh diukur melalui kadar penghunian hotel secara keseluruhan dan keaktifan sektor runcitan hotel (makanan dan minuman). Kadar penghunian hotel-hotel 3 hingga 5 bintang meningkat dari 50.2% pada suku pertama 2010 kepada 58.2% pada suku pertama 2011. Kadar penghunian hotel dibeberapa lokaliti di negeri selangor adalah seperti di Jadual 2.21.

Perbandingan jumlah pelancong yang tiba melalui pintu-pintu masuk utama dengan kadar penghunian hotel di Selangor mendapati bahawa setiap satunya memberikan gambaran yang berbeza. Adalah didapati bahawa pelancong-pelancong telah memilih hotel-hotel yang terletak di Kuala Lumpur sebagai pilihan mereka. Ini berdasarkan kepada kadar penghunian hotel di Kuala Lumpur yang mencecah 62.4% pada 2009. Pilihan pelancong untuk tinggal di Kuala Lumpur berkait rapat dengan aktiviti peruncitan yang banyak terdapat di Kuala Lumpur.Secara keseluruhannya, industri ini menunjukan prospek perniagaan yang positif. Ia ditunjukan oleh imbangan bersih positif yang dicatatkan oleh semua pembolehubah, diantaranya jumlah permintaan (20.0%), purata bayaran bilik hotel (40%), hasil kasar (48.6%). Penunjuk keyakinan bagi industri ini ialah -1.9%.

Page 27: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 27

Pengangkutan, Penyimpanan Dan Komunikasi

Pertumbuhan dalam pengangkutan, penyimpanan dan komunikasididorong terutamanya oleh peningkatan perdagangan dan aktiviti berkaitan perjalanan serta perkembangan berterusan industri telekomunikasi. Semua aktiviti jenis pengangkutan dijangka meningkat berikutanpeningkatan kekerapan penerbangan, tambahan rangkaian dan destinasi, penambahbaikan infrastruktur pengangkutan khususnya pelabuhan dan jalan raya serta pertambahan kapasiti muatan berikutan pertumbuhan pesat aktiviti pelancongan dan perdagangan. Kemunculan perkhidmatan berkaitan pembuatan yang baru seperti ibu pejabat operasi (OHq), pusat logistik dan pengedaran serantau (Regional Distribution and Logistics Center) serta pusat perolehan antarabangsa (International Procurement Center) terus menyokong pertumbuhan sektor ini.

Perkhidmatan nilaitambah (value-added services) yang diperkenalkan oleh pengendali pelabuhan, termasuk mengembangkan distriparks dan kemudahan sokongan, infrastruktur pelabuhan yang lebih bersepadu, perkhidmatan yang komprehensif dan ketibaan kapal dari syarikat perkapalan utama dunia telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan keseluruhan aktiviti pelabuhan. Westport, misalnya, telah menubuhkan perkhidmatan kapal tunda dan pemalimannya sendiri untuk pengendalian kapal bagi memendekkan masa menunggu. Begitu juga, Northport telah menubuhkan Pusat Transit Kenderaan yang memberi perkhidmatan sebagai hub pengedaran kenderaan bagi rantau ASEAN4.

Pengangkutan Jalan Raya

Negeri Selangor mempunyai rangkaian jalan raya yang terbaik di Malaysia.Ini memberikan impak yang besar kepada perkhidmatan pengangkutan awam dan swasta. Negeri Selangor adalah negeri yang mempunyai lingkaran “expressway” yang terbanyak di Malaysia, di samping rangkaian jalan-jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan yang dibina oleh majlis-majlis tempatan. Kesempurnaan jalan raya yang jumlah panjangnya sekitar 16,371 kilometer yang tersedia di seluruh Negeri Selangor menjadikan bilangan kenderaan di jalan raya, yang terdiri

4Laporan pengangkutan maritim oleh United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAO) pada 2004 meletak Pelabuhan Kelang sebagai pelabuhan ke-12 terbesar di dunia dari segi jumlah kendalian kontena (juta TEU)

Page 28: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 28

dari kenderaan tempatan atau kenderaan yang “passing-through”, di negeri Selangor sentiasa bertambah setiap tahun.

Sejumlah 14.5 juta perjalanan yang dibuat setiap hari ke pelbagai destinasi di mana 72.0% daripadanya dilakukan oleh penghuni bandar-bandarutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Gombak, Ampang, Kajang dan sekitarnya. Sejumlah 105,787 kenderaan baru berdaftar di negeri Selangor pada tahun 2010. Sehingga suku peratama tahun tahun 2011, sejumlah 28,332 kenderaan baru telah didaftarkan atau dianggarkan 113,228 kenderaan akan di daftarkan pada tahun 2011. Peningkatan ini merupakan salah satu indikator pemulihan ekonomi dinegeri ini telah berlaku. Jumlah kenderaan yang berdaftar di negeri Selangor sehingga suku pertama 2011 adalah 2,290,257 unit. Pertambahan permintaan terhadap kenderaan persendirian adalah disebabkan oleh pertambahan pendapatan boleh guna dan kepercayaan bahawa kenderaan persendirian merupakan kemestian bagi setiap keluarga.

Keaktifan pengangkutan jalanraya adalah limpahan dari keaktifan sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan-perkhidmatan lain. Keaktifan sektor ini juga memberi impak kepada lain-lain sektor seperti perkhidmatan merawat dan memperbaiki kenderaan, insurans dan kewangan. Bilangan pengguna jalan raya telah bertambah seiring dengan pertambahan bilangan kereta baru dan bilangan kereta terpakai yang menggunakan jalanraya5. Adalah dianggarkan bahawa jumlah pengguna jalan raya telah meningkat dari tahun ke tahun. Jangkaan ini adalah didasarkan kepada taraf kemudahan jalan raya di negeri Selangor yang bertambah baik, kadar pemilikan kenderaan persendirian yang bertambah dan tahap perkhidmatan pengangkutan awam yang relatif rendah.

Impak aktiviti pengangkutan bas (bas ekspres dan bas berperingkat - atau stage buses) ke atas pertumbuhan sektor pengangkutan negeri adalah kecil. Ini adalah disebabkan keanjalan permintaan terhadap pelaburan di dalam perkhidmatan ini adalah rendah6. Kelembapan sambutan terhadap perkhidmatan bas berperingkat adalah kerana tahap keselesaan yang rendah yang terdapat di dalam kemudahan pengangkutan bas berperingkat, walaupun 5Adalah dipati bahawa 78.5% daripada pendapatan JPJ negeri Selangor disumbangkan oleh Lesen Kereta Motor. 6Peningkatan di dalam permintaan (jumlah penumpang) yang boleh diharapkan dari pelaburan baru di dalam sektor ini adalah kecil.

Page 29: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 29

penambahbaikan sering dipertingkatkan dari masa kemasa, seperti penambahbaikan perkhidmatan bas Rapid KL Sdn Bhd. Faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan “park-n-ride”7, kesesakan lalulintas, kekurangan kemudahan sokongan di kawasan luar bandar dan kurang “privacy dan flexibility” berbanding kereta persendirian menjadikan perkhidmatan bas berperingkat tidak menarik, terutama sekali bagi penduduk Lembah Kelang.

.

Pengangkutan Laut

Pertumbuhan sektor kecil pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi berkait rapat dengan kemajuan infrastruktur, kerancakan ekonomi negara dan tahap pendapatan pengguna. Keaktifan sektor kecil pengangkutan dapat dilihat dari keaktifan aktiviti pengangkutan darat, laut dan udara. Program yang dimulakan oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mengembangkan sektor kecil perkapalan tempatan dan perkhidmatan pelabuhan telah menyumbang kepada peningkatan aktiviti pemunggahan kargo dan kapasiti pengendalian kargo Pelabuhan Klang.

Pelabuhan Klang (Westport dan Northport) merupakan pintu masuk utama jalan laut yang tersedia di negeri Selangor. Pelabuhan Klang, yang merupakan pelabuhan terbesar di Malaysia dan menduduki tempat ke 13 di dunia dari aspek pengendalian Kontena. Keupayaan pengendalian kontena meningkat terus kepada 7.11 juta TEUs pada tahun 2007 dan kepada 8.0 juta TEU pada tahun 2008 iaitu peningkatan sebanyak 11.2%. Tetapi, disebabkan oleh kegawatan ekonomi pengendalian kargo menurun kepada 7.309 juta TEUs. Pada tahun 2010 bilangan kontena yang dikendalikan meningkat menjadi 8.87 juta TEUs, manakala pada tahun 2011 penggenadalaian kargo dijangka meningkat kepada 9.1 juta TEUs.

Selain itu Pelabuhan Klang juga telah menggendalikan hampir 99.9 juta tan (Fwt) kargo pada tahun 2004 dan terus meningkat ke 121.7 juta tan (Fwt) pada tahun 2006 (2005:109.6 juta tan) dan terus meningkat kepada 135.5 juta tan pada tahun 2007 dan terus meningkat kepada 152.2 juta pada tahun 2008. Walau bagaimana pun kargo yang dikendalikan oleh Pelabuhan Klang

7Kemudahan “park-n-ride” ialah kemudahan dalam mana penumpang bas dapat meletak kenderaan persendirian dengan selamat dan selesa di terminal bas untuk membolehkan mereka menggunakan bas untuk ke destinasi yang dipilih dengan yakin dan selesa.

Page 30: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 30

menurun menjadi 137.6 juta pada tahun 2009 akibat daripada kegawatan ekonomi global. Oleh kerana kegawatan ekonomi sedikit pulih pada tahun 2010, jumlah kargo yang dikendalikan dijangka meningkat kepada 170.8 juta. Pada tahun 2011 jumlah kargo yang dikendalikan terus meningkat, peningkatan ini adalah berdasarkan keupayaan pengendalian kontena yang meningkat di Pelabuhan Westport dan Pelabuhan Utara disamping perluasan kerjasama dengan pelabuhan-pelabuhan di China, Afrika, Eropah.

Jadual 2.26 Pelabuhan Kelang: Jumlah Kontena dan Kargo Yang Dikendalikan dan Bilangan Kapal Yang Menggunakan Pelabuhan, 2001-2011

Jumlah Kontena Yang Dikendali

(TEU)

Jumlah Kargo Yang Dikendalikan (‘000 Fwt) Bilangan Kapal Yang

Menggunakan Pelabuhan Untuk Import Untuk Eksport Jumlah

2001 3,759,512 40,487 29,663 70,150 14,207

2002 4,533,212 49,154 33,088 82,242 15,313

2003 4,841,235 52,583 36,305 88,888 16,251

2004 5,243,593 58,583 41,068 99,911 15,150

2005 5,543,527 63,035 46,622 109,657 15,050

2006 6,326,295 65,468 56,237 121,705 16,404

2007 7,118,714 72,784 62,730 135,514 17,149

2008 7,973,579 82,005 70,343 152,348 16,864

2009 7,309,779 72,353 65,262 137,615 16,116

2010 8,871,745 89,350 79,208 168,558 17,940

2011* 9,069,316 91,057 82,583 173,640 18,480

Sumber: Lembaga Pelabuhan Kelang (*) Anggaran UPEN

Keaktifan pelabuhan-pelabuhan Northport dan Westport adalah hasil dari keyakinan dan penggunaan pelabuhan oleh syarikat-syarikat perkapalan besar dunia seperti OOCL Shenzhen

Page 31: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 31

dan P&O Nedlloyd Houtman di dalam rangkaian perkhidmatannya. Disamping itu kejayaan pihak Nortport dan Westport menarik minat perkhidmatan perkapalan baru yang beroperasi dengan pelabuhan-pelabuhan di Eropah, Asia Barat, Kawasan Teluk, India, Timur Jauh dan Pelabuhan Barat Amarika, Amerika Selatan, New Zealand, dan Afrika juga telah meningkatkan keaktifan Pelabuhan Kelang. Sebagai sebahagian daripada pelan induk, pembangunan Pelabuhan Klang juga termasuk kawasan pembesaran dan kepelbagaian guna Southpoint Pelabuhan Utara yang kelak akan dikenali sebagai ’harbour city” Teras utama kepada pembangunan ini adalah tertumpu kepada bahagian perindustrian yang melibatkan pengeluaran yang besar.

Jadual 2.27 Jumlah Kargo Yang Dikendali di Pelabuhan Kelang 2000 – 2011 (’000Fwt )

Tahun

Jumlah Kargo Yang dikendalikan Mengikut Jenis

JUMLAH Pukal Kering Pukal Cecair Kargo Am Kontena

2000 6,477 4,710 5,993 48,097 65,277

2001 7,102 4,687 5,523 52,837 70,149

2002 8,093 5,280 5,629 63,269 82,271

2003 8,175 5,628 6,546 68,539 88,888

2004 7,707 5,733 8,179 78,292 99,911

2005 8,649 5,291 7,998 87,729 109,659

2006 8,499 5,652 7,879 99,974 122,005

2007 7,642 5,443 9,048 113,372 135,515

2008 7,193 5,932 8,587 130,836 152,348

2009 4,947 5,778 7,691 119,276 137,693

2010 8,788 6,384 8,574 147,081 170,828

2011* 7,568 6,278 9,340 150,376 173,562

Sumber: Lembaga Pelabuhan Kelang. (*) Anggaran UPEN NegeriSelangor

Bilangan kapal yang tiba dan menggunakan perkhidmatan Pelabuhan Klang8 telah meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2008 bilangan kapal yang singgah dan menggunakan perkhidmatan Pelabuhan Klang telah merosot menjadi 16,864 buah daripada 17,149 buah di tahun sebelumnya. Pada tahun 2009, akibat kegawatan ekonomi dunia, bilangan kapal yang menggunakan perkhidmatan Pelabuhan Klang telah menurun ke 16,116 buah. Walau bagaimana, menjelang akhir 2010 bilangan kapal yang menggunakan khidmat tersebut mencecah 17,910 buah dan menjelang akhir tahun 2011, bilangan kapal yang menggunakan Pelabuhan Klang dianggarkan 17,698.Jumlah kargo yang dikendalikan oleh Lembaga Pelabuhan Klang juga mengalami peningkatan pada tahun 2010 dan dijangka mengalami peningkatan pada 2011, seperti yang di pamerkan di Jadual 2.23, mencerminkan pemulihan kegawatan ekonomi dunia.

Pengangkutan Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah pintu masuk utama ke Kuala Lumpur dan Malaysia. Perkhidmatan KLIA telah menjana berbagai perkhidmatan hiliran yang beroperasi di Selangor dan Kuala Lumpur. Ini merangkumi perkhidmatan agen pengangkutan udara ( Air Cargo ), penyimpanan, pengangkutan darat seperti teksi, bus dan kereta api. Jelas

8Data rujukan dari Lembaga Pelabuhan Klang

Page 32: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 32

bahawa keaktifan aktiviti KLIA dan Lapangan Terbang Subang (LTS) memberi kesan kepada pertumbuhan nilai ditambah sektor pengangkutan di Selangor. Sebarang analisissektorpengangkutan Selangor perlu mengambil kira keaktifan aktiviti perkhidmatan KLIA dan Lapangan Terbang Subang (LTS).Kesan hiliran aktiviti operasi KLIA dan LTS dapat di ukur melalui pengiraan nilai ditambah sektor-sektor perkhidmatan hiliran pengangkutan udara seperti agensi pelancongan, aktiviti perhotelan dan sebagainya. Aktiviti agensi-agensi yang berkaitan dengan pengangkutan udara yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan KLIA memberi kesan ke atas pertumbuhan ditambah sektor berkenaan di Negeri Selangor.

Bilangan penumpang yang diuruskan oleh KLIA meningkat setiap tahun. Pada tahun 2009 bilangan tersebut mencecah angka 29.398 juta. Pada tahun 2010 bilangan penumpang KLIA dijangka meningkat kepada 33.718 juta.Bagi tahun 2011 bilangan penumpang yang akan dikendalikan mencecah 35.27 juta. Dalam tempoh yang sama bilangan penumpang yang diuruskan di Lapangan Terbang Subang meningkat dari 84 ribu di tahun 2006 kepada 96 ribu di tahun 2007 dan 308 ribu di tahun 2008. Bilangan tersebut dianggar mencecah 820 ribu pada tahun 2009 dan 1.12 juta di tahun 2010 dan dijangka mencecah 1.16 juta pada tahun 2011. Peningkatan ini adalah hasil, di antaranya, daripada penurunan tambang penerbangan domestik dan serantau oleh syarikat MAS, Air Asia, Firefly dan penambahan destinasi baru oleh syarikat tempatan dan luar negeri.

Peningkatan jumlah penumpang berkait rapat dengan jumlah pergerakan pesawat yang diuruskan di KLIA da LTS. Jumlah pergerakan pesawat perdagangan yang dikendalikan oleh KLIA bertambah daripada 209,681 di tahun 2008 kepada 225,251 di tahun 2009. Ianyameningkat menjadi 244,179 di tahun 2010 dan meningkat menjadi 258,980 pesawat. Pergerakan pesawat di LTS juga menunjukan peningkatan dari 11,448 di tahun 2008 kepada 19,897 di tahun 2009. Pada tahun 2010 LTS dijangka mengendalikan sejumlah 24,509 pergerakan pesawat. Pada tahun 2011 bilangan pergerakan pesawat yang dikendalikan di LTS menjadi 28,524 pesawat.

Jumlah kargo yang di kendalikan oleh KLIA bertambah menjadi 649.1juta pada tahun 2008 berbanding 644.1 juta tan metrik pada tahun 2007. Di tahun 2009 jumlah kargo yang dikendalikan menurun menjadi 584.558 juta tan metrik, penurunanakibat daripada kelembapan ekonomi global. Walau bagaimanapun jumlah kargo yang diuruskan pada tahun 2o10 berjumlah 674.9 juta tan metrik, sehaluan dengan pemulihan ekonomi dunia, walaubagaimana pun pada tahun 2011 jumlah kargo yang dikendalikan merosot kepada 636.3 jut tan.Di LTS kargo yang dikendalikan meningkat dari 18.472 juta tan metrik pada tahun 2008 kepada 18.535 juta tan metrik pada tahun 2009. Pada tahun 2010 LTS dijangka mengendalikan 19.8 juta tan metrik dan pada tahun 2011 jumlah kargo yang dikendalikan 19.1 juta sahaja.

Laporan Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan Suku Tahun Kedua 2011 menunjukkan bahawa industri ini mempunyai prospek perniagaan yang amat memuaskan. Ia ditunjukkan

Jadual 2.28 Kadar Penembusan dan Bilangan Pengguna Kemudahan Komunikasi Pada

Pertengahan Tahun 2010 dan 2011

Perkhidmatan

Peratus Penembusan dan Bilangan pada

Pertengahan Tahun

2010 2011

Penembusan Telefon Celular

119.2 121.0

Penembusan Talian Tetap 42.3 42.6

Pelanggan Internet (‘000) 513.6 659.6

Bilangan Hotspot 2,849 3,044

Penembusan Broadband 67.3 70.1

Sumber: Bank Data Negeri dan Daerah, Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 dan SKMM

Page 33: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 33

oleh imbangan bersih yang dicatatkan oleh semua pemboleh ubah, diantaranya purata harga jualan ( 30.0%), bilangan pekerja yang stabil dan hasil kasar (54.5%). Penunjuk keyakinan bagi industri ini berada pada tahap 32.8%.

Telekomunikasi

Permintaan bagi perkhidmatan telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada permintaan perkhidmatan talian tetap. Berdasarkan kepada peningkatan jumlah penduduk, harga set telefon mudahalih yang mampumilik serta perkhidmatan yang inovatif oleh pembekal,permintaan untuk talian dianggar akan bertambah di antara 25% hingga 30% setahun di tahun-tahun kehadapan. Melihat kadar “penetration rate” bagi setiap 100 penduduk yang telah dikeluarkan oleh MCMC, Negeri Selangor didapati telah berjaya mencapai kadar 76.1% pada tahun 2007 berbanding dengan 76.3% di tahun 2006. Adalah dijangkakan bahawa kadar “penetration rate” meningkatkepada 96.4% pada tahun 2008 dan 104.3% pada tahun 2009 dan tahun-tahun seterusnya-tahun berikutnya, berdasarkan peningkatan bilangan pengguna telefon mudah alih dikalangan remaja. Negeri Selangor mempunyai bilangan penguna telefon mudah alih yang tertinggi di Malaysia. Pada 2009 peratus penggunaan telefon mudah alih di Negeri Selangor adalah tertinggi pada taha 19.1% berbanding dengan 2008 penggunaan berada pada tahap 22.0%, berbanding 22.1% di tahun 2007 dan 21.7% di tahun 2006. Pesaing yang terhampir ialah Negeri Johor dengan12.6% ( 2009), 13.9%(2008) dan 13.5% di tahun 2007.

.

Permintaan terhadap kemudahan internet adalah berkait rapat dengan bilangan komputer peribadi yang dimiliki dan kos kemudahan yang ditawarkan oleh pembekal internet. Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa tahap purata penggunaan internet bagi setiap isirumah pada tahun 2009 ialah 2.75 orang, manakala pada 2008 ialah 2.26 orang setiap isirumah, meningkat daripada 2.51 orang setiap isirumah pada tahun 2006. Adalah dianggarkan bahawa “penetration rate” bagi pengguna jalur lebar pada suku pertama 2011 ialah 70.1, meningkat dari tahun 2010 ( 67.3% ), 2009 ( 49.1%), 2008 ( 33.2%). Kadar penggunaan internet di Negeri Selangor telah meningkat menjadi 27.0% pada tahun 2009 meningkat dari 2008 ( 26.1% ). Kadar penggunaan inidijangka akan bertambah pada tahun 2010 berdasarkan peningkatan di dalam bilangan pemilik komputer dan peningkatan penggunaan internet oleh pelajar-pelajar IPT dan pengguna awam. Kadar penembusan dan penggunaan ini adalah yang tertinggi di Malaysia. Keaktifan penggunaan aplikasi ICT boleh diukur berdasarkan bilangan “HOTSPOT”

Page 34: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 34

yang terdapat di Negeri Selangor. Pada tahun suku pertama 2011 tedapat 3,044 lokasi Hotspot berbanding dengan 2,849 lokasi pada tahun 2010.

Pertumbuhan tinggi dalam penggunaan perkhidmatan sistem pra-bayar telefon bimbit adalah terhasil dari perubahan budaya komunikasi generasi muda yang telah menjadikan penggunaan perkhidmatan pesanan mesej pendek (SMS) sebagai sebahagian penting daripada kehidupan harian mereka.Ini memberi kesan positif terhadap pertumbuhan nilai ditambah sektor komunikasi. Ciri-ciri intrinsik ini dengan pengenalan penggunaan baru dan inovatif yang kerap serta harga yang lebih murah dan sejajar dengan gaya hidup terkini terus meningkatkan popularity telefon sebagai alat komunikasi. Kadar caj yang kompetitif bagi talian pasca bayar dan prabayar serta perkhidmatan pesanan pendek (SMS), aplikasi multimedia dan penggunaan SMS yang inovatif dan meluas telah menggalakkan penggunaan telefon mudah alih. Industri komunikasi meramalkanbahawa jumlah permintaan akan berkembang positif sebanyak 46.2% dengan penunjuk keyakinan 30.8%.

Penyimpanan dan Penghantaran

Keaktifan sesebuah ekonomi terbuka lazimnya dapat dilihat melalui keaktifan perkhidmatan logistik (pergudangan, pengangkutan, dan pengedaran). Keaktifan perkhidmatan pergudangan (warehousing) di negeri Selangor dicerminkan oleh jumlah kemudahan pergudangan yang tersedia. Pada 2007 sejumlah 62 syarikat sedang aktif dalam perniagaan penyediaan “warehousing” di negeri Selangor.Sebahagian besar dari syarikat-syarikat ini adalah penyedia gudang persendirian manakala selebihnya mengusahakan gudang untuk kegunaan awam. Dalam sektor kecil “freight forwarding” jumlah syarikat yang aktif yang berdaftar dan beroperasi di Negeri Selangor pada tahun 2008 ialah 381 buah, manakala syarikat perkhidmatan Courier yang beroperasi di negeri Selangor berjumlah 41 buah, termasuk Pos Laju.

Kewangan, Insurans, Hartanah Dan Perkhidmatan Perniagaan

Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan dianggarkan tumbuh pada kadar 5.2% bagi tahun 2011 (2010: 10.5%). Perbandingan pertumbuhan diantara semua sektor kecil yang terdapat di dalam sektor perkhidmatan, sektor kecil ini menduduki ranking pertama dari segi kadar pertumbuhan tahunan dan tempat ketiga dari segi nilai ditambah. Pertumbuhan sektor ini di pengaruhi oleh persepsi terhadap situasi ekonomi negara dan strategi kerajaan untuk menghadapi ketidaktentuan (uncertainties) seperti kenaikan harga minyak yang berterusan, kegelisahan rakyat terhadap dasar automatif negara, ketidaktentuan dalam keperluan untuk “build-and-sell” bagi pemaju-pemaju perumahan, pemansuhan property gain tax bagi pembeli/penjual hartanah serta pengurangan subsidi minyak.

Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaandisokong oleh aktiviti

Jadual 2.29 Ruang Penyimpanan di Pelabuhan Kelang 2008

Bilangan dan Luas Bagi Setiap Kategori

Bil. Luas

(Meter Persegi)

Konvensional Gudang Transit

6

33,656

Gudang 14 354,313

Lapangan Terbuka

10 188,098

JUMLAH 30 576,067

Kontena CFS

7

73,592

Padang Kontena (Container Yard)

3 150

Sumber: Lembaga Pelabuhan Kelang

Page 35: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 35

pinjaman bank, insurans dan perkhidmatan perniagaan. Aktiviti pinjaman bank kekal kukuh didorong oleh perbelanjaan penggunaan yang mantap serta pengembangan aktiviti pelaburan swasta yang berterusan dengan jumlah nilai pinjaman yang diluluskan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.3% bagi tempoh Jan-Mei 2011. Premium insurans meningkat secara mendadak, dirangsang oleh permintaan pengguna yang kukuh terhadap produk insurans hayat berkaitan pelaburan dan endowmen. Premium insurans konvensional meningkat 9.3% ( 2009:5.2%) manakala premium takaful meningkat 25.2% ( 2009:50.6%).

Perniagaan Hartanah

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, seperti konsep build-then- sellserta pemansuhan property gain tax menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan boleh guna. Ini telah menghasilkan pertumbuhan positif di dalam sektor hartanah, terutamanya dalam sektor kediaman. Pertumbuhan dijangka disokong oleh permintaan asas yang kukuh bagi unit kediaman, terutama terhadap perumahan mampu milik dan perumahan konvensional di lokasi terpilih dengan kebolehsampaian yang baik. Suasana kadar faedah yang rendah dengan institusi kewangan menawarkan pakej pinjaman perumahan yang berdaya saing dengan keperluan margin yang rendah dan tempoh pembayaran yang lebih panjang serta “flexible” telah menjana permintaan tambahan. Taburan transakasi hartanah bagi Negeri Selangor sepanjang tahun 2007 hingga suku pertama 2009 adalah seperti di Jadual 2.26.

Jadual 2.30 Peratus dan Nilai transaksi Hartanah 2007-2010

Kediaman Perniagaan Industri Pertanian Tanah

Pembangunan Nilai Jumlah

(RM juta)

2007

Suku 1 50.9% 12.3% 15.3% 6.4% 15% 5,057.09

Suku 4 60.4% 14.4% 16.0% 2.4% 6.9% 6,810.58)

2008

Suku 1 56.8% 21.2% 13.3% 3.4% 5.3% 7,326.92

Suku 4 58.3% 17.7% 14.0% 3.5% 6.4% 5,577.13

2009 Suku 1 65.6% 15.8% 10.8% 2.1% 5.6% 6,567.08

Suku 4 78.2% 8,8% 3.8% 6.0% 3.3% 8,861.07

2010 Suku 1 76.7% 9.4% 3.1% 7.4% 3,4$ 8,121.23

Suku 4 77.3% 10.1% 3.7% 5.9% 3.0% 10,511.36

2011 Suku 1 76.4% 9.5% 4.1% 6.6% 3.3% 9,405.65

Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaia dan Pengurusan Harta, Malaysia

Keaktifan sektor hartanah dapat dilihat melalui jumlah pinjaman yang ditawarkan oleh sistem perbankan untuk semua sektor. Pada tempoh 2011, pihak perbankan dijangka meluluskan jumlah pinjaman sebanayak RM 29,380juta berbanding dengan RM 24,426 juta pada tahun 2010. Ini merupakan penguncupan sebanyak 20.3%

Page 36: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 36

Kewangan dan Insuran

Keaktifan sektor kecil insuran berkait rapat dengan aktiviti dan kesedaran pengguna tentang keperluan tabungan kecemasan, seperti tabungan kesihatan, tabungan kebakaran, tabungan pendidikan, tabungan keluarga dan pelbagai produk insuran yang lain. Pihak kerajaan telah pun mewajibkan kakitangan kerajaan membeli polisi insuran dari pelbagai produk yang telah ditawarkan, terutama polisi insuran kesihatan, pendidikan dan keluarga atau insuran hayat.Perkembangan ini secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan dan nilai ditambah syarikat-syarikat insuran. Sehingga akhir tahun 2010 terdapat 132 lesen yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan bilangan agen berdaftar seramai 122,399 orang dan jumlah premium sebanyak RM 31,923.9 juta. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 9.2%berbanding tahun 2009. Dalam tempoh yang sama Bank Negara telah mengeluarkan 9 lesen Takaful yang telah menghasilkan pendapatansebanyak RM4.406 bilion iaitu peningkatan sebanyak 25%.

Kemudahan pinjaman yang di sediakan oleh bank dan institusi kewangan secara keseluruhanya telah melonjakkan keuntungan sektor kewangan melebihi jangkaan asal mereka. Sepanjang tempoh 5 bulan pertama tahun 2011 jumlah pinjaman yang telah di keluarkan oleh sistem perbankan ialah sebanyak RM 315,142.9 juta meningkat dari RM 302,911 juta pada tempoh yang sama tahun 2010. Peningkatan aktiviti yang stabil di pasaran saham sepanjang tahun 2010 dan 2011 sedikit sebanyak telah menyokong sumbangan positif sektor ini. Dalam tempoh 5 bulan pertama tahun tersebut pinjaman untuk sektor isi rumah adalah tertinggi (34.9%), diikuti oleh sektor perkilangan ( 21.7%) dan sektor borong dan runcit, hotel dan restoren ( 16.75%).

.

Berdasarkan Laporan Penyiasatan Kecenderongan Perniagaan Suku Tahun Kedua 2011, hasil kasar industri kewangan dinagkameningkat sebanyak 37.5%, jumlah deposit bertambah sebanyak 42.9%, pinjaman dan pendahuluan meningkat sebanyak 33.3%. Secara keseluruhanya penunjuk keyakinan sektor ini meningkat sebanyak 29.3%.

Firma-firma insuran menjangkakan peningkatan hasil kasar 81.8%, kecenderongan masa depan meningkat 55.6% menjelang akhir tahun 2010 dan penunjuk kenyakinan meningkat ke tahap 31.3% menjelang akhir tahun.

Page 37: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 37

Perkhidmatan Perniagaan

Perkhidmatan akitek, kejuruteraan, juruukur, peguam, dan akauntan boleh dianggap sebagai pengantara di dalam keseluruhan proses pembangunan. Sumbangan perkhidmatan ini amat besar dari segi kemahiran, sumbangan gunatenaga, output dan nilai ditambah. Walau bagaimanapun keaktifan sektor kecil ini berkait rapat dengan keaktifan keseluruhan ekonomi. Berdasarkan Laporan Banci Perkhidmatan Professional (Sektor Swasta) terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia 2006, di negeri Selangor terdapat 595 orang penguam dengan nilai ditambah berjumlah RM 181.886 juta, Akauntan (352, RM 155.875 juta), Arketik (271, RM 140.837 juta), Kejuruteraan (493, RM 742.7 juta), Jurukur (181, RM 180.515 juta) dan Ejen Hartanah ( 130, RM 57.448 juta). Secara logiknya bilangan dan nilai ini dijangka meningkat seiring keaktifan sektor ekonomi keseluruhan.

Keaktifan sektor kecil perkhidmatan perniagaan boleh diukur dengan pelbagai cara; kadar penghuniaan premis perniagaan boleh dijadikan kayu pengukur. Kadar penghunian bagi bangunan binaan khas di negeri Selangor pada suku pertama tahun 2011 telah mencapai 79.8% meningkat daripada 78.6 % pada suku keempat tahun 2010. Disamping itu keaktifan jualbeli hartanah juga boleh digunakan sebagai kayu pengukur kepada sumbangan sektor kecil ini kerana ia memerlukan perkhidmatan yang intergrated.Pada sukupertama tahun 2011 nilai transaksi jualan hartanah telah meningkat menjadi RM 9405.65 dari RM 8,121.23 juta pada tempoh yang sama tahun 2010. Ini merupakan pertambahansebanyak 15.8%. Dari segi bilangan harta yang terlibat di dalam transaksi, pada tempoh yang sama pula didapati bahawa bilangan transaksi telah meningkat dari 20,940 unit pada suku tahun peratama tahun 2011 kepada 22,048unit pada tempoh yang sama tahun 2010.

Perkhidmatan Kerajaan

Dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi negeri, penglibatan sektor kerajaan amatlah penting.Perkhidmatan kerajaan menjadi peneraju kepada aktiviti ekonomi negeri disamping pemantau kepada perlaksanaan dasar ekonomi negeri secara keseluruhan. Oleh itu perkhidmatan yang berkualiti dan berterusan perlu disediakan agar ekonomi negeri dapat dijana dengan sempurna dan terbaik.

Selain daripada jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, negeri selangor merupakan tempat terletaknya beberapa institusi pendidikan tinggi awam yang besar, politeknik, kolej komuniti, institusi-institusi latihan perguruan, institusi penyelidikan awam, hospital-hospital kerajaan yang besar, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang menggaji sekitar55,220 orang guru. Sehubungan dengan itu negeri Selangor menjadai tumpuan lebih kurang 150,000, orang pelajar IPTyang mendapatkan kemudahan pembiayaan kewangan PTPTN, yang secara tidak langsung bertindak sebagai pengguna dan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Page 38: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 38

Sumber utama pertumbuhan di sektor ini ialah perbelanjaan emolumen yang lebih tinggi, peningkatan emolumen bagi kakitangan awam termasuk polis dan tentera, elaun bagi anggota perkhidmatan awam serta bayaran kepada golongan profesional dan perkhidmatan teknikal.Perbelanjaan kerajaan dijangka meningkatkan tahap perkhidmatan terutamanya melalui perluasan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan sosial.

Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain

Sektor ini merangkumi semua perkhidmatan yang tidak termasuk di dalam mana-mana sektor perkhidmatan yang tersenarai di tempat lain. Perkhidmatan yang termasuk di dalam kategori ini ialah, di antaranya, kolej/universit swasta, perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan klinik swasta, hospital swasta, klinik veterinar swasta, mekanik kereta dan bengkel baik pulih jentera, kedai perkhidmatan dobi, kedai gunting rambut/salon kecantikan, pusat hiburan, pawagam, studio gambar, sekolah tusyen, dan sekolah memandu.

Mengikut Banci Ekonomi (Kesihatan) pada tahun 2006 terdapat 1,080 organisasi perkhidmatan kesihatan/perubatan di Negeri Selangor dengan Daerah Petaling menjadi tumpuan sebagai tempat untuk menjalankan perkhidmatan ini. Usaha yang berterusan dalam mempromosikan pelancongan kesihatan dan pendidikan telah memberi manfaat yang ketara kepada sektor ini.Keaktifan sektor kecil ini sebahagiannya disumbangkan oleh peningkatan di dalam permintaan terhadap penjagaan kesihatan di Selangor, iaitu di kalangan penduduk yang amat peka dengan tahap dan mutu kesihatan. Pada tahun 2010 hospital swasta yang berjumlah 24 buah dan 1,360 klinik swasta menawarkan pelbagai perkhidmatan yang sentiasa dipertingkatkan dengan harga yang kompetitit serta perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti. Sektor ini dijangka terus berkembang dan menjana pertukaran asing pada 2011. Usaha yang berterusan dalam mempromosikan pelancongan kesihatan dan pendidikan telah memberi manfaat yang ketara kepada sektor ini.

Termasuk di dalam sektor ini juga ialah semua jenis perkhidmatan pendidikan seperti tadika, sekolah rendah dan menengah swasta dan IPTS.Ini telah memberi nilai ditambah sebanyak RM 1,538.730 juta, mengikut banci yang dibuat pada tahun 2007. Nilai ini telah meningkat apabila terdapat 117 buah kolej dan unversiti swasta di negeri selangor pada tahun 2011dengan anggaran pelajar sekitar 190,000 orang. Nilai tambah tersebut memberi kesan pendarab (multiplier effect) kepada sektor-sektor kecil yang lain. Negeri Selangor merupakan negeri yang mempunyai bilangan IPTS yang terbanyak di Malaysia dengan yang

agak besar. Ini termasuk MSU, KDU, KBU, Sunway College, Prima College, Metropolitan College, UNISEL, INSPEN, SEGI College, Nottingham Universiti, Inti College, Binary College, APIIT, Masterskill, Medina International University dan beberapa Specialist College.

Walau pun sumbangannya kepada KDNK negeri adalah kecil, sektor ini memainkan peranan penting di dalam memberikan perkhidmatan sokongan kepada sektor ekonomi yang lain. Keaktifan sektor lain akan memberikan sumbangan yang positif keatas sektor perkhidmatan

Page 39: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 39

ini. Sebahagian besar daripada pertumbuhan sektor ini disumbangkan oleh peningkatan permintaan terhadap penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pendidikan swasta.

Pada asasnya, sektor ini merupakan pembekal perkhidmatan yang membantu keselesaan hidup seluruh ekonomi negeri.Keaktifan sektor lain lazimnya memberikan sumbangan yang positif kepada sektor ini. Oleh kerana sumbangan sektor ini kepada gunatenaga negeri adalah agak besar sementara aktiviti organisasi-organisasi yang bergiat di dalam sektor ini kebanyakan dipantau/kawalselia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) maka keaktifan pihak PBT secara tidak langsung menyumbang ke arah pertumbuhan

sektor ini.

2.2. RUMUSAN

Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi negeri Selangor di tahun 2011 dari aspek nilai output sektor-sektor berkenaan dengan lebih terperinci daripada yang telah diperihalkan di Bab 1. Ukuran yang digunakan untuk memperihalkan output ialah nilai output kasar dan pertumbuhan nilai ditambah.

Pengeluaran dan nilai ditambah ekonomi Negeri Selangor dianggarkan terus meningkat walaupun berhadapan dengan prestasi ekonomi luar yang agak sederhana. Pertumbuhan yang sederhana ini adalah selaras dengan situasi eksport yang sederhana berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro yang berlarutan serta gangguan kepada rantaian bekalan akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Pertumbuhan sederhana ini juga dibantu oleh perbelanjaan pengguna yang mapan yang diperkukuh oleh aktiviti pelaburan yang sederhana. Perbelanjaan pengguna dianggarkan mencatat pertumbuhan dengan disokong oleh peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan pekerjaan yang stabil. Pelaburan swasta dijangka terus kukuh dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pelaburan yang berterusan dalam industri yang berkaitan dengan teknologi, perkhidmatan dan berasaskan sumber. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka berterusan dengan pelaksanaan beberapa inisiatif utama Kerajaan seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas serta perkhidmatan. Perbelanjaan awam dijangka terus menyokong aktiviti ekonomi. Pertumbuhan sederhana ini juga adalah kesan daripada asas pertumbuhan yang agak tinggi di tahun 2010, iaitu 10.8%. KDNK Negeri Selangor dianggar berkembang pada kadar 5.9% pada 2011 (2010: 10.8%).

Dari sudut pengeluaran, semua sektor kecuali perlombongan dan kuari dianggarkan mencatat pertumbuhan yang positif. Seiring dengan penggunaan swasta yang teguh, sektor perkhidmatan diunjurkan berkembang kukuh dengan prestasi yang menggalakkan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, kewangan dan insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta komunikasi. Di dalam sektor pembuatan, walaupun output barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan kelengkapan pengangkutan merosot dalam

Page 40: BAB 2 PRESTASI SEKTOR-SEKTOR EKONOMI NEGERI …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_2.… · Bab ini memperihalkan prestasi sektor-sektor pengeluaran ekonomi

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/20122

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 2 - 40

tempoh separuh pertama 2011, pengeluaran pembuatan dijangka merekodkan pertumbuhan positif hasil sokongan output industri berkaitan pembinaan dan berasaskan sumber. Sementara itu, sektor pertanian yang merosot dalam tempoh suku pertama 2011, dijangka kembali cergas dalam tempoh separuh kedua 2011 dipacu oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit dan getah serta komoditi makanan. Sektor pembinaan dianggarkan tumbuh dengan disokong oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi bagi segmen kediaman dan projek kejuruteraan awam yang rancak dalam tempoh separuh kedua 2011.