sektor perkhidmatan - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/sektor - perkhidmatan.pdf · jadual 2:...

17
JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS) SEKTOR PERKHIDMATAN BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 W.P. PUTRAJAYA Tel: 03-8886 5460 Fax: 03-8889 2355 E-mail:[email protected] Laman Web Jabatan: jpp.mohr.gov.my Laman Web PLWS: www.plws.gov.my Facebook: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Upload: others

Post on 07-Feb-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI

PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)

SEKTOR PERKHIDMATAN

BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP)JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62530 W.P. PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5460 Fax: 03-8889 2355E-mail:[email protected]

Laman Web Jabatan: jpp.mohr.gov.myLaman Web PLWS: www.plws.gov.my

Facebook: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Page 2: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1. Penghargaan 3

2. Pengenalan 4

3. Daftar Istilah 5

4. Ciri-ciri Utama PLWS 6

5. Model-Model PLWS 7

6. Elemen-Elemen PLWS 9

7. Industri-Industri Di Bawah Sektor Perkhidmatan 10

8. Perlaksanaan PLWS Di Dalam Industri Perhotelan 11

9. Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti Bagi Pekerja Hotel 12

10. Penutup 16

Page 3: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

3

PENGHARGAAN

Penerbitan buku ini adalah hasil daripada program attachment yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di beberapa buah syarikat yang terpilih. Pihak JPPM ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang terlibat bagi menghasilkan buku panduan ini. Diharapkan penerbitan buku ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

Page 4: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

4

PENGENALAN

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti atau Productivity Linked Wage System (PLWS) adalah satu sistem untuk mewujudkan kaitan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing syarikat dan seterusnya daya saing Negara. Ia akan memberi manfaat kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja sama ada yang berkesatuan atau tidak berkesatuan.

Selaras dengan polisi kerajaan iaitu menggalakkan pelaksanaan PLWS di semua industri di Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia telah dan akan mengambil langkah-langkah untuk mempromosikan PLWS secara lebih meluas melalui aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel, dialog, lawatan harmoni, penyediaan garis panduan dan lain-lain.

Pengkelasan sektor perkhidmatan di dalam buku panduan PLWS ini adalah menggunapakai konsep daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Klasifikasi industri dibuat berdasarkan aktiviti utama, Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC) 2000 dan selaras dengan Klasifikasi Perindustrian Standard Antarabangsa.

Page 5: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

5

DAFTAR ISTILAH

Gaji pokok Bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi unit masa kerja yang telah dilakukan, tidak termasuk premium, elaun-elaun dan lain-lain faedah tambahan.

Upah Apa-apa bayaran tunai yang dibayar kepada pekerja di atas kerja yang dilakukannya.

Pendapatan Jumlah bayaran yang diperolehi termasuk gaji pokok,upah, kerja lebih masa, insentif, lain-lain faedah tambahan seperti makanan, pakaian dan hostel.

Produktiviti Daya pengeluaran serta satu pencapaian terhadap hasil kerja yang dilakukan.

Bonus Bayaran tunai yang dibayar sebagai imbuhan tambahan kepada pekerja di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat.

Service Points Mata ganjaran yang ditetapkan oleh pihak hotel/bar/restoran sebagai kaedah pembahagian ke atas service charge yang terkumpul.

Page 6: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

6

CIRI-CIRI UTAMA PLWS

Ciri-ciri utama PLWS adalah seperti berikut :

a. Upah hendaklah merangkumi kombinasi pendapatan bulanan atau lain-lain bayaran yang kerap, kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan atau lain-lain bayaran tunai kepada pekerja;

b. Upah hendaklah mengandungi komponen tetap, termasuk gaji pokok dan komponen tambahan dalam bentuk bayaran boleh ubah;

c. Contoh ciri-ciri terpenting dalam komponen tetap dan boleh ubah adalah seperti berikut :

Komponen Tetap

• Gaji pokok• Kenaikan gaji tahunan• Bonus kontraktual (di mana berkaitan)

Komponen Boleh Ubah

• Kenaikan gaji tahunan berdasarkan kepada peningkatan produktiviti atau berdasarkan formula pengagihan keuntungan

d. Perubahan gaji pokok perlu mengambilkira faktor-faktor seperti kos sara hidup;

e. Komponen tetap hendaklah menggambarkan nilai kerja dan bayaran kenaikan gaji tahunan adalah sebagai pengiktirafan terhadap tempoh perkhidmatan dan pengalaman para pekerja; dan

f. Komponen bolehubah boleh ditentukan dengan mengaitkannya kepada produktiviti dan prestasi individu, kumpulan kerja atau organisasi. Petunjuk-petunjuk yang digunakan hendaklah telus dan dapat diukur serta pertimbangan juga hendaklah diberikan berdasarkan kepada situasi semasa.

Page 7: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

7

MODEL-MODEL PLWS

PLWS boleh diasaskan kepada model-model seperti berikut :

a. Model Berasaskan Keuntungan Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; • Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Komponen bolehubah pula terdiri daripada :

• Bayaran bonus - Komponen ini berdasarkan kepada keuntungan syarikat. Formula pengagihan keuntungan hendaklah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan kesatuan serta dijelaskan dalam perjanjian kolektif atau melalui rundingan bagi syarikat yang tidak berkesatuan.

• Insentif upah - Komponen ini akan dibayar apabila keuntungan yang diperolehi melebihi suatu tahap keuntungan yang ditetapkan (threshold level). Tahap atau nilai keuntungan ini boleh dikira berdasarkan pulangan ke atas pelaburan dan juga purata keuntungan yang diperolehi dalam beberapa tahun yang lepas.

b. Model Berasaskan Produktiviti

Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; • Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Page 8: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

8

Komponen boleh ubah bagi model produktiviti adalah seperti berikut:

• Pihak pengurusan dan pekerja / wakil pekerja akan berunding mengenai bayaran insentif yang sesuai berdasarkan peningkatan produktiviti bagi tahun berkenaan;

• Insentif upah bagi sesuatu tahun hendaklah sepadan dengan peningkatan produktiviti;

• Kenaikan gaji tahunan yang dibayar berdasarkan produktiviti bolehubah yang berkala;

• Bayaran produktiviti yang berubah bergantung kepada prestasi syarikat. Jika prestasi merosot dengan ketara mungkin bayaran bolehubah tidak akan dibayar;

• Pada peringkat permulaan, satu formula atau persefahaman perlu diwujudkan untuk membuat pelarasan bagi bayaran produktiviti bolehubah;

• Syarikat-syarikat yang tidak mempunyai petunjuk-petunjuk produktivitinya sendiri boleh menggunakan petunjuk industri atau produktiviti Negara atau petunjuk pertumbuhan ekonomi Negara sebagai panduan bagi menentukan pelarasan gaji bagi tahun berkenaan; dan

• Petunjuk-petunjuk produktiviti yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada nilai ditambah setiap pekerja atau kaedah-kaedah lain.

Page 9: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

9

c. Model Gabungan

Model ini adalah gabungan Model Keuntungan dan Model Produktiviti. Contohnya, di dalam komponen boleh ubah iaitu bonus yang dibayar bergantung kepada produktiviti pekerja dan keuntungan syarikat.

ELEMEN – ELEMEN PLWS Berikut adalah di antara elemen-elemen PLWS yang digunapakai:

i. Bonus Bukan Kontraktual; - Sistem bonus fleksibel yang ditentukan berdasarkan keuntungan syarikat / prestasi pekerja atau kedua-duanya.

ii. Kenaikan Gaji Berasaskan Prestasi; - Kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerja

iii. Bonus Berasaskan Tahap Keuntungan Yang Dicapai; - Pemberian bonus bergantung kepada tahap keuntungan yang dicapai oleh syarikat (threshold level).

iv. Kombinasi Bonus Kontraktual dan Bukan Kontraktual - Kombinasi kedua-dua bonus ini bergantung kepada keuntungan syarikat dan/ataupun prestasi pekerja;

v. Pencapaian Individu / Kumpulan - Insentif diberikan bergantung kepada prestasi pekerja / kumpulan yang dilihat dari segi :

Kuantiti; Kualiti; dan penggunaan masa oleh pekerja / kumpulan dalam sesuatu

proses pengeluaran;

Page 10: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

10

vi. Service Charge - Service Charge yang dikenakan kepada pelanggan akan diagihkan kepada pekerja berdasarkan point system yang ditetapkan. Biasanya diamalkan di sektor perhotelan;

vii. Insentif Kedatangan - Insentif diberikan berdasarkan rekod kehadiran pekerja;

viii. Elaun Kemahiran - Elaun diberikan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas; dan

ix. Lain-lain insentif yang diberikan mengikut kesesuaian sesebuah syarikat.

Sumber : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

INDUSTRI-INDUSTRI DI BAWAH SEKTOR PERKHIDMATAN

Terdapat enam kumpulan industri yang berasingan di bawah sektor perkhidmatan seperti berikut:

i. Perkhidmatan Pendidikan (Sektor Swasta)ii. Perkhidmatan Kesihatan (Sektor Swasta)iii. Perkhidmatan Profesional (Sektor Swasta)iv. Perkhidmatan Terpilih (Sektor Swasta)v. Perkhidmatan Pengangkutan & Komunikasivi. Perkhidmatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Buku ini mengambil contoh industri perhotelan yang termasuk di dalam kategori Sektor Perkhidmatan Terpilih (Sektor Swasta), sebagai industri yang telah melaksanakan PLWS.

Berdasarkan laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2008 yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), bilangan majikan di sektor perkhidmatan adalah sebanyak 247,736 (72.5%) yang merangkumi seramai 1,828,323 orang pekerja.

Page 11: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

11

PELAKSANAAN PLWS DI DALAM INDUSTRI PERHOTELAN

Berikut adalah contoh struktur upah yang terdapat di dalam Sektor Perhotelan;

Struktur Upah dalam Sektor PerhotelanKomponen Tetap (KT);

• Gaji Asas;• Kenaikan Gaji Tahunan.Komponen Bolehubah (KB);

• Service Points; • Bonus Tahunan;• Elaun-elaun lain.

• Komponen Boleh Ubah (KB)

i. Service Points kebiasaannya ditentukan berdasarkan kepada tempoh lama bekerja, pengalaman pekerja atau prestasi pekerja.

ii. Bonus tahunan adalah berdasarkan prestasi pekerja. Markah prestasi pekerja dikira berasaskan wajaran, contohnya 20% bagi setiap aspek berikut:

• Sikap bertanggung jawab • Kehadiran dan ketepatan masa• Kerjasama • Pengetahuan dan hasil nilai kerja/khidmat yang diberi• Kualiti dan kuantiti kerja

Berasaskan julat markah prestasi daripada pengiraan di atas, maka status pencapaian dan gred pekerja akan ditentukan. Kemudiannya, barulah ditentukan jumlah service points dan bonus tahunan pekerja seperti berikut:

Page 12: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

12

• Nilai Service Points Bulanan

• Bilangan service points tidak berubah mengikut bulan.

• Nilai bagi setiap service point (nilai service points bulanan) diperoleh melalui hasil pembahagian di antara jumlah bayaran untuk service charge yang terkumpul dari pelanggan hotel untuk tempoh sebulan dengan jumlah service points kesemua pekerja.

Contohnya, jumlah service charge terkumpul adalah sebanyak RM10,000 dan 90% (RM9,000) daripadanya akan diagihkan kepada pekerja yang layak. Jika service points terkumpul untuk kesemua pekerja yang layak adalah sebanyak 90 points, maka nilai setiap service points untuk bulan berkenaan adalah sebanyak RM100 (RM9,000/90).

• Bonus Tahunan

• Bonus tahunan adalah berdasarkan kepada Markah Prestasi Tahunan, iaitu purata dari markah-markah prestasi yang dibuat pada setiap bulan pada tahun berkenaan.

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti Bagi Pekerja Hotel

Produktiviti pekerja hotel adalah sangat bergantung kepada kerja secara berpasukan. Elemen yang mempengaruhi gaji mereka adalah komponen berubah yang terdiri daripada nilai service points dan juga bonus tahunan. Kedua-dua elemen ini bergantung kepada keuntungan yang diperolehi melalui peningkatan bilangan pelanggan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kutipan service charge. Peningkatan ini adalah berdasarkan kepada kepuasan pelanggan terhadap :

Page 13: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

13

i. layanan yang diberikan oleh pekerja hotel di semua bahagian;ii. hidangan yang dihidangkan; daniii. kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh pihak hotel.

Sebagai contohnya gaji seorang penyambut tetamu adalah berkait rapat dengan semangat kerja berpasukan dan prestasi keseluruhan hotel.

Contoh Pengiraan: Kategori Pekerjaan Penyambut Tetamu

i. Komponen Tetap

i. Gaji pokok = RM 302.00 sebulan

ii. Kenaikan Gaji Tahunan = RM34.00 setahun (Kadar kenaikan ditetapkan oleh majikan berdasarkan CA atau Kontrak Perkhidmatan)

ii. Komponen Berubah

i. Nilai Service Points Bulanan Contoh Pengiraan;

a. Nilai Mata = 2.0*• Nilai khidmat bulanan;

= 2 x RM100.00 = RM 200.00/bulan

* Service points pekerja ini bergantung kepada tempoh lama bekerja, pengalaman pekerja atau prestasi pekerja.

Page 14: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

14

ii. Bonus Tahunan

Bil Bulan Markah Prestasi (%)1 Januari 602 Februari 653 Mac 654 April 705 Mei 706 Jun 707 Julai 758 Ogos 709 September 70

10 Oktober 7511 November 7512 Disember 80

Jumlah 845

Jadual 1 : Status Pencapaian Pekerja

Purata Prestasi Tahunan = Jumlah Prestasi Bulanan 12 = 845 12

= 70*

* Rujuk Jadual 2 untuk pembayaran bonus.

Page 15: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

15

Markah Prestasi

Status Pencapaian Pekerja Gred

Bonus(x bulan

gaji asas)< 35 Tidak memuaskan 1 0.00

35-49 Lemah 2 0.2550-74 Memuaskan 3 0.5075-90 Baik 4 0.75

91-100 Cemerlang 5 1.00

Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi.

Merujuk kepada Jadual 2, purata markah prestasi tahunan yang diperolehi oleh pekerja ini ialah 70%, maka bonus tahunan ialah 0.50 bulan daripada gaji pokok (RM302) adalah sebanyak RM151.00 pada tahun berkenaan.

iii. Jumlah Upah Keseluruhan

= (Gaji asas + Nilai Service Points Bulanan) + Kenaikan Gaji Tahunan* + Bonus Tahunan

= (RM302.00 + RM 200.00) + RM34.00* + RM151.00

Jumlah Upah = RM 687.00

Page 16: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

16

PENUTUP

Sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti merupakan suatu sistem yang boleh membawa manfaat bersama kepada pihak majikan dan para pekerja. Sekiranya sistem ini dapat diamalkan, bukan sahaja pekerjaan akan terjamin, malahan ganjaran kepada pekerja, prestasi syarikat dan pencapaian ekonomi Negara akan meningkat. Sistem ini juga boleh menjamin suasana perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan.

Kejayaan pelaksanaan sistem upah ini amat bergantung kepada komitmen pihak pengurusan dan sambutan serta kerjasama dari pihak pekerja. Komunikasi dua hala berasaskan penilaian yang adil dengan kriteria yang telus serta usaha gigih berterusan pihak berkuasa boleh memastikan kejayaan pelaksanaan sistem upah ini secara meluas.

Page 17: SEKTOR PERKHIDMATAN - 103.8.145.138103.8.145.138/files/pdf/SEKTOR - Perkhidmatan.pdf · Jadual 2: Kadar pembayaran bonus berdasarkan markah prestasi. Merujuk kepada Jadual 2, purata

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

17