bab 2 pengurusan risiko

Upload: atiah-ahmad

Post on 05-Jul-2018

732 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    1/35

    Book Manuscript

    Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans (2nd edition)

    Hendon Redzuan & Rubayah Yakob

    Bab 2

    PENGURUSAN RISIKO

    Objektif Pembelajaran

    Selepas mempelajari bab ini, anda patut boleh:

      Menerangkan langkah-langkah dalam proses pengurusan risiko

     

    Menerangkan semua teknik kawalan risiko dan pembiayaan risiko

      Menerangkan kaedah untuk mengenalpasti risiko

      Membeza dan menerangkan semua kaedah penilaian risiko

      Membincangkan kaedah untuk memilih teknik pengurusan risiko yang

    sesuai.

    isiko yang dihadapi oleh organisasi perlu diuruskan bagi mengelak organisasi

    daripada mengalami kerugian tenat yang bukan saja boleh menjejaskan aset

    dan perolehan, malahan boleh menyebabkan kebankrapan. Terdapat satu

    pendekatan sistematik untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh individu

    atau organisasi bagi meminimumkan kesan kewangan akibat sesuatu kerugian

    yang berlaku. Kaedah ini dipanggil pengurusan risiko.

    Pengurusan risiko merupakan satu pendekatan saintifik kepada masalah

    risiko tulen. Objektifnya adalah untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko

    tulen yang dihadapi oleh individu dan firma perniagaan. Walaupun istilah

    R

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    2/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  2

    pengurusan risiko merupakan fenomena yang baru, namun sebenarnya ia sudah

    dipraktikkan seawal pemeradaban lagi. Di negara kita, konsep pengurusan risiko

    masih lagi diperingkat infancy.  Kebanyakan organisasi masih tidak begitumemahami konsep ini, walaupun mereka sebenarnya telah melaksanakan

    pengurusan risiko dalam organisasi mereka. Kebanyakan organisasi beranggapan

    bahawa pengurusan risiko adalah sama dengan insurans. Pengurusan risiko tidak

    sepatutnya dikelirukan dengan pengurusan insurans. Pengurusan risiko

    merangkumi konsep yang lebih meluas dengan melibatkan berbagai-bagai teknik

    untuk mengendalikan pendedahan kerugian. Insurans adalah salah satu daripada

    teknik yang boleh dilaksanakan, tetapi bukanlah satu-satunya teknik

    menguruskan risiko.

    Walaupun boleh dilakukan oleh individu, pengurusan risiko lazimnya

    dilaksanakan oleh organisasi, terutamanya sektor pembuatan, pengangkutan danpembinaan. Biasanya dalam sesebuah organisasi yang besar, pelaksanaan proses

    ini menjadi tanggungjawab jabatan pengurusan risiko yang diketuai oleh

    pengurus risiko (risk manager). 

    Definisi Pengurusan Risiko

    Pengurusan risiko boleh ditakrifkan sebagai satu proses mengenalpasti

     pendedahan kerugian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi dan memilih teknik

    yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan tersebut. Program pengurusan risiko adalah pendekatan sistematik untuk

    menguruskan risiko tulen yang dihadapi oleh organisasi, dengan meramal

    kerugian luar kawal yang mungkin berlaku dan mereka-bentuk serta

    melaksanakan prosedur yang sesuai dengan tujuan meminimumkan bilangan

    kerugian atau kesan kewangan daripada kerugian yang berlaku. Program ini

    melibatkan proses pengenalpastiani pendedahan kerugian yang dihadapi oleh

    organisasi dan pemilihan teknik yang paling sesuai untuk mengendalikan

    pendedahan-pendedahan kerugian yang boleh menjejaskan aset dan perolehan

    organisasi.

    Objektif Pengurusan Risiko

    Sebelum program pengurusan risiko dilaksanakan, organisasi perlu perlu

    memutus dan menentukan dengan tepat apakah yang diharapkan oleh organisasi

    untuk dicapai melalui program pengurusan risiko yang akan dilaksanakannya.

    Objektif ini akan menjadi garis panduan utama kepada pengurus risiko dan

    pasukannya dalam melaksanakan tugas mereka.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    3/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  3

    Objektif utama rancangan pengurusan risiko bagi kebanyakan organisasi

    adalah ketahanan (survival), iaitu keupayaan organisasi untuk bertahan daripada

    kerugian serta memastikan organisasi boleh meneruskan operasi selepas sesuatukerugian berlaku. Objektif ini merujuk kepada pengelakan terhadap kerugian

    katastrofi yang boleh menyebabkan organisasi bankrup atau terhalang daripada

    menjalankan fungsinya. Seterusnya, ketahanan juga bermaksud memelihara

    keberkesanan operasi demi memastikan organisasi tidak terhalang daripada

    mencapai matlamatnya oleh risiko tulen atau kerugian yang timbul daripada

    risiko tersebut. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi disaman oleh pengguna,

    organsisasi diharapkan masih boleh meneruskan perniagaan walaupun mungkin

    terpaksa membayar sejumlah pampasan yang besar kepada pengguna tersebut.

    Atau katalah sebuah organisasi mengalami kebakaran yang mungkin

    memusnahkan sebahagian besar premisnya. Melalui proses pengurusan risiko,kesan kebakaran boleh diminimumkan, dengan itu operasi syarikat masih boleh

    diteruskan .

    Selain objektif ketahanan yang paling utama, banyak lagi objektif lain

    program pengurusan risiko yang boleh dipilih oleh sesebuah organisasi. Pada

    umumnya, objektif pengurusan risiko boleh dikategorikan sebagai objektif

    sebelum kerugian ( pre-loss) dan objektif selepas kerugian ( post-loss). Objektif-

    objektif yang disarankan adalah seperti yang berikut.

    Objektif Sebelum Kerugian:

    (1) Ekonomi

    Objektif ini bermaksud sesebuah organisasi perlu membuat persediaan

    untuk menghadapi kerugian berpotensi secara yang paling ekonomik.

    Persediaan ini melibatkan analisis kos program keselamatan, premium

    insurans dan kos untuk pelbagai teknik mengendalikan kerugian. Objektif

    ekonomi juga bertujuan memastikan keberkesanan penggunaan sumber

    secara yang paling optima.

    (2) Pengurangan Kebimbangan

    Pendedahan kerugian boleh menyebabkan kebimbangan kepada pihak

    pengurusan dan juga pengurus risiko. Misalnya, ancaman tuntutan

    mahkamah daripada pengguna akibat produk rosak, ataupun kemungkinan

    berlakunya bencana alam seperti gempa bumi atau taufan yang boleh

    menyebabkan kemusnahan teruk terhadap premis perniagaan. Program

    pengurusan risiko diharapkan dapat mengurangkan kebimbangan yang

    wujud supaya semua pihak dapat melakukan tugas dalam keadaan tenteram

    dan yakin.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    4/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  4

    (3) Memenuhi Obligasi Undang-undang

    Undang-undang menghendaki sesebuah firma melindungi pekerja daripada

    kecederaan atau kematian akibat tugas dengan memastikan tempat bekerjaadalah selamat dan selesa, peralatan dan material yang digunakan juga

    adalah selamat dan berfungsi dengan baik, pakaian keselamatan khas

    disediakan bagi bidang tugas yang berisiko tinggi. Selain itu, firma juga

    dikehendaki memasang peralatan keselamatan, misalnya alat pencegahan

    kebakaran, membuang bahan buangan berbahaya seperti toksid secara

    selamat, dan meletakkan label pada produk secara yang wajar. Kesemua ini

    adalah antara obligasi undang-undang yang perlu dipenuhi oleh firma

    sebelum berlakunya kerugian.

    Objektif Selepas Kerugian:

    (1) Ketahanan

    Seperti yang telah dibincangkan, ketahanan bermaksud selepas berlakunya

    kerugian, firma boleh menyambung operasinya walaupun mungkin

    sebahagian sahaja, dalam tempoh masa yang wajar.

    (2) Penerusan Operasi

    Bagi sesetengah jenis perniagaan, keupayaan untuk meneruskan operasi

    selepas berlaku kerugian sangat penting, supaya pelanggan dapat terusmenerima perkhidmatan yang diperlukan dan tidak berpindah kepada

    pesaing. Organisasi seperti syarikat telefon, bank, dan firma-firma lain yang

    berdaya saing perlu meneruskan operasi selepas berlakunya kerugian bagi

    menjaga kepentingan pelanggan.

    (3) Kestabilan Perolehan

    Perolehan per sher perlu dipelihara bagi menjaga kepentingan pemegang

    saham. Hal ini boleh dicapai jika organisasi meneruskan operasi selepas

    kerugian berlaku walaupun mungkin terpaksa menimbulkan belanja

    tambahan yang besar kerana organisasi mungkin terpaksa beroperasi di

    lokasi yang lain atau menyewa mesin untuk operasi.

    (4) Pertumbuhan Berterusan

    Sesebuah firma boleh tumbuh melalui pengeluaran produk dan pasaran

    baru, atau melalui pemerolehan (acquisition) atau percantuman (merger). 

    Oleh itu, pengurus risiko perlu mempertimbangkan kesan kerugian atas

    keupayaan organisasi untuk tumbuh. Untuk terus tumbuh, firma misalnya

    perlu berupaya mengeluarkan produk baru walaupun menghadapi sesuatu

    kerugian.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    5/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  5

    (5) Tanggungjawab Sosial

    Objektif ini bertujuan meminimumkan kesan kerugian terhadap orang lain

    dan juga masyarakat. Kerugian yang tenat yang dialami oleh organisasi bolehmemberi kesan buruk kepada pekerja, pembekal, penghutang dan

    pengguna pada amnya. Oleh itu, perancangan perlu dibuat supaya walaupun

    kerugian tenat dialami oleh organisasi, namun hubungan awam yang baik

    dapat dipelihara.

    Apabila objektif-objektif program pengurusan risiko firma sudah dikenal pasti,

    mereka patut diakui secara formal dalam polisi pengurusan risiko korporat

    (corporate risk management policy). Dokumen ini memberikan garis panduan

    untuk mencapai program pengurusan risiko yang berkesan dan konsisten dengan

    memberikan maklumat terperinci mengenai matlamat program yang hendakdilaksanakan dan cara pelaksanaannya.

    Proses Pengurusan Risiko

    Proses pengurusan risiko melibatkan lima langkah yang perlu dilaksanakan oleh

    organisasi dalam menguruskan risiko yang dihadapinya. Langkah-langkah dalam

    proses pengurangan risiko adalah seperti berikut:

    1. Mengenal pasti risiko Mengenalpasti sebanyak mungkin pendedahan kerugian dan kerugian

    berpotensi yang dihadapi oleh organisasi

    2. Menilai risiko 

    Mengukur dan menganalisa pendedahan kerugian, dan menganggarkan

    kekerapan serta saiz kerugian berpotensi yang dihadapi oleh organisasi.

    3. Memilih teknik-teknik pengurusan risiko yang sesuai 

    Mempertimbangkan teknik-teknik pengurusan risiko yang boleh

    dilaksanakan dan memilih gabungan teknik yang paling sesuai untukmenguruskan pendedahan kerugian.

    4. Melaksana teknik-teknik yang dipilih 

    Melaksanakan program pengurusan risiko berdasarkan gabungan kaedah

    yang telah dipertimbangkan dan dipilih.

    5. Memantau dan mengkaji semula program pengurusan risiko 

    Memantau dan menilai hasil pelaksanaan, mengkaji semula program

    pengurusan risiko yang dilaksanakan.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    6/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  6

    Setiap langkah dalam proses pengurusan risiko akan dibincangkan dengan

    mendalam dalam bab ini. Proses pengurusan risiko boleh digambarkan sepertidalam Paparan 2.1 berikut.

    Pengenalpastian Risiko

    Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan risiko, risiko itu perlu

    dikenal pasti terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, pengurus risiko perlu benar-benar

    mengenali organisasinya dan memahami kesemua aspek yang berkaitan dengan

    operasinya. Dalam proses ini, pengurus risiko perlu cuba mengenal pasti seberapa

    banyak risiko yang boleh dihadapi oleh organisasinya, sama ada yang melibatkan

    pendedahan kerugian yang besar mahupun yang kecil. Proses ini sememangnya

    agak sukar, kerana ia perlu dijalankan secara berterusan dan bukanlah satu

    perkara mudah untuk mengetahui kesemua risiko yang dihadapi. Sesetengah

     jenis risiko mungkin dihadapi oleh sebahagian besar organisasi, manakala

    sesetengah yang lain adalah unik kepada organisasi tertentu kerana setiap

    organisasi mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi fungsi dan operasi.

    Pemantauan dan kajian semula program pengurusan risiko

    Pelaksanaan teknik yang dipilih

    Pemilihan teknik yang sesuai untuk menguruskan risiko

    Penilaian Risiko

    Pengenalpastian Risiko

    PROSES PENGURUSAN RISIKO

     Paparan 2.1

    Lan kah-lan kah Dalam Proses Pen urusan Risiko

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    7/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  7

    Pendedahan Kerugian Yang Lazim Bagi Kebanyakan Organisasi

    Antara pendedahan kerugian yang lazim dihadapi oleh kebanyakan organisasiadalah seperti berikut:

    1. Pendedahan Kerugian Harta

     Bangunan, loji, struktur

     Perabot, peralatan, bekalan

     Peralatan pemprosesan data elektronik, software komputer

     Akaun boleh terima, kertas berharga, rekod

     Kenderaan milik firma

    2. Pendedahan Kerugian Liabiliti Liabiliti produk

     Pencemaran alam sekitar

     Diskriminasi terhadap pekerja, pemecatan salah (wrongful

    dismissal) 

     Liabiliti awam

     Liabiliti pemilik tanah dan premis

     Liabiliti majikan

     Liabiliti profesional

     Liabiliti salah amalan

     

    Liabiliti pemilik kenderaan

    3. Pendedahan Kerugian Pendapatan Perniagaan

     Kehilangan pendapatan akibat kerugian

     Perbelanjaan berterusan selepas kerugian

     Perbelanjaan tambahan

     Kerugian pendapatan perniagaan kontinjen

    4. Pendedahan Kerugian Sumber Manusia

     Kematian atau hilang upaya pekerja mahir

     

    Persaraan atau pengangguran

     Kecederaan industri

     Penyakit pekerjaan (occupational disease)

    5. Pendedahan Kerugian Jenayah

     Rompakan, kecurian

     Sikap tidak amanah pekerja

     Penipuan dan penggelapan wang

     Pendedahan jenayah internet dan komputer

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    8/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  8

    6. Pendedahan Kerugian Faedah Pekerja

     Kegagalan memenuhi peraturan kerajaan

     

    Pendedahan pelan insurans kumpulan hayat, kesihatan danpersaraan

     Kegagalan membayar faedah yang dijanjikan.

    7. Pendedahan Kerugian Asing

     Keganasan

     Risiko mata wang asing

     Risiko politik

    Sumber Maklumat Untuk Mengenalpasti Risiko

    Langkah pertama dalam pengenalpastian risiko ialah untuk cuba mendapatkan

    sebanyak maklumat yang boleh mengenai organisasi, matlamat, fungsi dan

    operasinya. Kefahaman yang mendalam mengenai organisasi serta operasinya, di

    samping penggunaan sumber maklumat yang sesuai untuk mengenalpasti risiko

    boleh menjamin pendedahan risiko yang penting tidak terlepas daripada

    perhatian pengurus risiko. Antara sumber maklumat yang boleh digunakan adalah

    soal selidik analisa risiko (risk analysis questionnaires), senarai semak

    pendedahan (exposure checklists) dan penyata kewangan (financial statements). 

    Selain daripada itu, sumber-sumber lain yang boleh membantu pengurus risikomengecam pendedahan risiko yang dihadapi oleh organisasi adalahcarta aliran

    (flow charts), pemeriksaan fizikal ( physical inspection  atau site-inspection),

    pengalaman kerugian lampau (historical loss data), komunikasi dengan jabatan-

     jabatan lain dan analisa rekod serta dokumen.

    (a) Soal Selidik Analisa Risiko

    Soal selidik analisa risiko memerlukan pengurus risiko untuk menjawab pelbagai

    soalan yang boleh membantu untuk mengenal pasti pendedahan-pendedahnkerugian yang besar dan kecil. Biasanya soal selidik ini mengemukakan soalan-

    soalan yang mendalam dan bersifat  penetrating, yakni jawapan yang diberikan

    akan memberi penunjuk kepada kehadiran hazad dan keadaan yang boleh

    menimbulkan risiko. Soal selidik analisa risiko biasanya direka untuk mengenal

    pasti risiko yang boleh diinsuranskan dan juga yang tidak boleh diinsuranskan.

    (b) Senarai Semak Pendedahan

    Senarai semak yang tersedia boleh diperoleh dari konsultan pengurusan risiko

    dan syarikat insurans. Senarai semak pendedahan  biasanya menyenaraikan

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    9/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  9

    pelbagai sumber kerugian berpotensi, dari kemusnahan aset fizikal dan tidak

    ketara (intangible) hinggalah kepada liabiliti undang-undang. Oleh kerana

    senarai kerugian yang dinyatakan dalam senarai tersebut adalah umum, makapengurus risiko yang menggunakan senarai ini perlu meneliti setiap kerugian

    berpotensi yang di senaraikan dan mempertimbangkan sama ada kerugian

    tersebut relevan dengan organisasinya. Bagi setiap butiran yang disenaraikan, dia

    perlu menjawab soalan berikut “Adakah sumber kerugian berpotensi ini boleh

    dihadapi oleh organisasi saya?”. Dengan menjawab soalan ini, proses

    penyingkiran (elimination) dapat dilakukan terhadap pendedahan yang tidak

    berkaitan dengan organisasi pengurus risiko tersebut dan akhirnya pengurus

    risiko akan dapat mengumpul kesemua pendedahan yang relevan kepada

    organisasinya.

    (c) Penyata Kewangan

    Analisa penyata kewangan syarikat banyak boleh membantu dalam proses

    pengenalpastian risiko. Contoh kunci kira-kira Syarikat Ceria Beauty diberikan di

    bawah. Senarai aset dalam kunci kira-kira misalnya, boleh memberi ingatan

    kepada pengurus risiko mengenai aset-aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika tidak,

    ia mungkin boleh terlepas daripada perhatian pengurus risiko.

    Pengurus risiko boleh menganalisis setiap butiran yang dinyatakan dalam

    penyata kewangan dan cuba menganalisis risiko berpotensi yang dihadapinya.

    Sebagai contoh, pengurus risiko boleh mengkaji butiran akaun belum terima.Antara kerugian berpotensi yang boleh dihadapi di bawah butiran ini ialah

    kegagalan memungut akaun daripada pembeli yang enggan membayar, atau

    daripada pembeli yang meninggal dunia, atau daripada pembeli yang mengalami

    kemerosotan kesihatan, atau daripada yang mengalami kemerosotan perniagaan

    akibat peril yang menimpa seperti kemalangan atau kebakaran premis. Boleh jadi

     juga berlaku kemusnahan terhadap rekod-rekod akaun belum terima  yang

    mengakibatkan hutang tidak dapat dikutip sepenuhnya daripada penghutang-

    penghutang.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    10/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  10

    Syarikat Ceria Beauty

    Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2014

     Asset semasa

    Tunai

    Pelaburan jangka pendek

    Akaun belum terima

    Inventori

    Liabiliti semasa 

    Akaun belum bayar

    Cukai

    Liabiliti jangka panjang 

    Bon

     Aset tetap Tanah

    Kilang & peralatan

    Modal dan lebihan Saham modal

    Rezab

    Untung tertahan

    (d) Carta Aliran

    Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat syarikat adalah

    melalui carta aliran. Carta aliran operasi dalaman menggambarkan sesebuah

    firma itu sebagai satu unit pemprosesan. Melalui carta ini, apa-apa kontingensiyang boleh mengganggu kelicinan proses boleh dikenal pasti.

    Di bawah kaedah ini, carta aliran sesebuah organisasi diteliti dan bagi setiap

    peringkat aliran, kerugian berpotensi dikenal pasti. Kaedah carta aliran biasanya

    berguna kepada organisasi perniagaan dalam mengenal pasti sumber risiko

    dalam proses pengeluaran produk. Soalan berikut boleh ditanya dalam proses

    mengenal pasti kerugian “Apakah peristiwa atau kejadian yang boleh menganggu

    kesinambungan aliran proses pengeluaran daripada peringkat bahan mentah

    sehingga peringkat barang siap?”.

    Contoh carta aliran ringkas bagi sebuah kilang pemasangan kereta

    ditunjukkan di bawah ini. Misalnya, apakah langkah keselamatan yang diambil

    keatas bahagian dan bahan sewaktu pemunggahan dilakukan dalam Peringkat 1?

    Di manakah cat dan bahan solven disimpan bagi aktiviti Peringkat ke-2? Adakah

    langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil untuk melindungi bahan-bahan

    ini daripada kebakaran? Adakah lantai dibersihkan dan dipastikan bebas daripada

    sebarang pelincir? Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk

    melindungi pekerja di sepanjang peringkat proses pengeluaran? Adakah apa-apa

    bahaya yang boleh mengancam penyimpanan produk siap? Pelbagai lagi soalan

    boleh ditanyakan oleh pengurus risiko. Hanya melalui pemeriksaan rapi terhadap

    keseluruhan proses pengeluaran dapat memberikan gambaran penuh

    pendedahan kerugian yang dihadapi.

     Paparan 2.2

    Contoh Penyata Kewangan Bagi Pengenalpastian Risiko

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    11/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  11

    (e) Pemeriksaan Fizikal

    Pemeriksaan fizikal keatas premis dan operasi organisasi dapat mengenalpastipelbagai pendedahan kerugian. Maklumat kerugian berpotensi yang penting

    boleh diperolehi melalui pemeriksaan tapak atau pemeriksaan bahagian-

    bahagian di dalam ppremis perniagaan. Pengurus risiko boleh meneliti situasi di

    tempat-tempat berkenaan. Perbincangan dengan penyelia di sesuatu bahagian

    boleh membantu mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai

    operasi bahagian tersebut dan seterusnya mengenal pasti kerugian berpotensi

    yang di hadapinya.

    (f) Data Kerugian lampau

    Pengalaman kerugian yang pernah dialami oleh sesebuah organisasi amat

    berguna untuk membantu pengurus risiko mengenalpasti kerugian berpotensi

    yang dihadapi oleh organisasinya. Jika organisasi pernah mengalami sesuatu

    kerugian, misalnya kebakaran, maka adalah jelas bahagian tanpa program

    pengurusan risiko yang efektif, kerugian yang sama mungkin boleh berlaku lagi

    dimasa depan. Pengalaman kerugian lampau organisasi lain yang operasinya

    serupa juga boleh membantu untuk mengenalpasti kerugian berpotensi yang

    mungkin berlaku.

    Peringkat 1

    Bahan danbahagian

    dihantar ke kilangmemproses

    Peringkat 2

    Mengecat,memproses dan

    mengering

    Peringkat 3

    Pemasanganbahagian di main

    assembly floor 

    Peringkat 4

    Ujian produk siap

    Peringkat 5

    Penyimpananproduk siap di

    gudang.

     Paparan 2.3

    Contoh Carta Aliran Proses Pengeluaran Sebuah Syarikat

    Pemasan an Kereta

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    12/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  12

    Data kerugian lampau juga boleh membantu pengurus risiko menentukan

    skop dan tahap kerugian yang mungkin dialami oleh sesebuah organisasinya.

    Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi pernah mengalami kebakaran, kerugianyang jelas adalah kerosakan  kepada bangunan dan harta dalam bangunan

    tersebut. Tetapi terdapat juga kerosakan lain yang perlu diambil kira, misalnya

    kerosakan akibat air dan asap, kerosakan hartabenda atau kecederaan kepada

    pekerja atau pelanggan, kehilangan perniagaan atau kehilangan pelanggan

    sewaktu pembaikan dijalankan kepada premis perniagaan dan kehilangan kekal

    pelanggan kepada pesaing. Data kerugian lampau boleh membantu pengurus

    risiko mengenalpasti berbagai kerugian langsung atau tidak langsung akibat

    daripada sesuatu peril yang berlaku.

    (g) Interaksi Dengan Jabatan Lain

    Komunikasi antara jabatan boleh memberi kesedaran kepada semua pihak yang

    terlibat mengenai kehadiran risiko. Dan keduanya, ia dapat membantu pengurus

    risiko mengetahui perkara yang sedang berlaku di organisasinya. Penyelia dan

    pekerja di setiap jabatan lebih mahir mengenai risiko yang dihadapi di jabatan

    masing-masing, oleh itu input daripada mereka sangat penting bagi membantu

    proses pengenalpstian risiko. Selain membantu mengenalpasti risiko, penyelia

    setiap jabatan juga boleh memberitahu pengurus risiko jika terdapat sebarang

    perubahan dalam aktiviti, proses, harta, produk atau perkhidmatan yang

    berkaitan dengan jabatannya. Maklumat ini boleh membantu pengurus risiko

    mengenal pasti risiko baru yang mungkin timbul daripada perubahan yang

    berlaku.

    (h) Analisa Rekod dan Dokumen

    Sejarah organisasi dan operasi semasanya dikandung di dalam berbagai-bagai

    rekod. Rekod-rekod ini merupakan asas sumber maklumat yang diperlukan untuk

    analisa risiko dan pengenalpastian pendedahan. Dokumen utama yang dianalisis

    biasanya adalah penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan

    dan kunci kira-kira seperti yang telah dibincangkan diatas. Dokumen dan rekod

    lain yang boleh digunakan adalah pajakan, jadual aset, rekod inventori, laporan

    penilaian dan persetujuan jual-beli. Kesemua dokumen ini mengandungi banyak

    maklumat mengenai sejarah organisasi, operasi, kedudukan kewangan , risiko dan

    kerugian berpotensi yang dihadapi.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    13/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  13

    Penilaian Risiko

    Selepas risiko dikenalpasti, langkah seterusnya melibatkan proses untuk menilaiatau mengukur risiko yang dihadapi oleh organisasi. Adalah penting untuk

    mengukur serta menilai pendedahan kerugian supaya ianya boleh diuruskan

    dengan baik. Dua aspek risiko dan pendedahan kerugian perlu diteliti, iaitu

    kekerapan kerugian (loss frequency) dan ketenatan kerugian (loss severity).

    (1) Kekerapan kerugian  merujuk kepada bilangan kerugian yang mungkin

    berlaku dalam tempoh masa tertentu, atau kebarangkalian berlakunya

    sesuatu kerugian dalam tempoh masa tersebut.

    (2)  Ketenatan kerugian merujuk kepada saiz kerugian yang mungkin berlakudalam tempoh tertentu.

    Proses penilaian risiko melibatkan anggaran kekerapan dan ketenatan kerugian

    yang mungkin berlaku.

    Ukuran Ketenatan Kerugian

    Walaupun pengurus risiko perlu menimbangkan kedua-dua kekerapan dan

    ketenatan kerugian, namun ketenatan kerugian patut diberikan lebih perhatiankerana satu kerugian katastrofi yang berlaku mungkin boleh memusnahkan terus

    sesebuah firma perniagaan. Oleh itu, bagi setiap kerugian berpotensi, pengurus

    risiko perlu menganggarkan dua ukuran ketenatan, iaitu kerugian maksimum

    munasabah  (maximum possible loss)  dan kerugian maksimum mungkin 

    (probable maximum loss). 

    (a)  Kerugian maksimum munasabah  adalah kerugian paling besar yang

    boleh berlaku kepada organisasi di sepanjang kewujudannya, di bawah

    kombinasi keadaan yang paling teruk.

    (b)  Kerugian maksimum mungkin  merujuk kepada kerugian paling besar

    yang mungkin dihadapi oleh organisasi, di bawah keadaan biasa.

    Sebagai contoh, katalah sebuah bangunan 10 tingkat bernilai RM10 juta.

    Kebarangkalian untuk bangunan tersebut musnah sepenuhnya akibat kebakaran

    boleh dikatakan hampir sifar. Hal ini kerana bangunan tersebut dilengkapi dengan

    alat pencegahan kebakaran seperti penggera kebakaran, pengesan asap dan

    sistem perenjis air. Sistem pencegahan kebakaran disambungkan ke balai bomba

    berdekatan, jadi sebarang aktiviti kepada alat pencegahan akan dikesan oleh

    pihak bomba yang akan memberikan respons dengan segera. Katalah berlaku

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    14/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  14

    kegagalan tenaga (power failure)  yang menyebabkan semua alat pencegahan

    tidak berfungsi. Sistem sokongan (back up system) yang sepatutnya membantu

    alat pencegahan berfungsi sewaktu ketiadaan tenaga mengalami masalahteknikal yang menjadikannya tidak berfungsi.

    Katalah kebakaran berlaku akibat litar pintar sewaktu tenaga mengalami

    masalah. Bomba mungkin dapat dihubungi melalui telefon oleh orangramai,

    tetapi pada masa yang sama berlaku gangguan bekalan air yang teruk di seluruh

    kawasan berhampiran yang menyebabkan bomba tidak dapat memadamkan api

    dengan air. Di bawah kombinasi keadaan paling teruk seperti yang digambarkan,

    kemungkinan bangunan tadi untuk musnah sepenuhnya akibat kebakaran bukan

    lagi hampir sifar. Oleh itu, bagi contoh ini, kerugian maksimum munasabah bagi

    kerosakan fizikal bangunan adalah RM10 juta.

    Namun, dalam keadaan biasa, alat pencegahan kebakaran masih berfungsi dibawah sistem sokongan jika berlaku kegagalan tenaga. Pasukan bomba juga

    berupaya untuk membantu mengawal kebakaran. Oleh itu, pengurus risiko

    menganggarkan jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar hanya 40 peratus

    daripada bangunan itu akan musnah. Jadi, kerugian maksimum mungkin  keatas

    bangunan tersebut akibat peril kebakaran adalah RM4 juta.

    Unit Kerugian

    Satu lagi ukuran ketenatan kerugian dipanggil unit kerugian  (loss unit). Unit

    kerugian merujuk kepada jumlah semua kerugian kewangan yang bolehditimbulkan oleh sesuatu kejadian tertentu. Jumlah ini termasuk kerugian

    langsung harta, kerugian turutan, kehilangan pendapatan, kerugian diri dan

    kerugian liabiliti akibat berlakunya sesuatu kejadian, contohnya kebakaran atau

    bencana alam. Untuk menentukan nilai unit kerugian, kerugian maksimum

    munasabah bagi setiap pendedahan perlu dikira terlebih dahulu. Dan kemudian,

    kerugian maksimum munasabah bagi semua pendedahan dijumlahkan untuk

    memperoleh nilai unit kerugian. Organisasi mungkin boleh menanggung kerugian

    maksimum munasabah daripada mana-mana satu pendedahan, tetapi tiada

     jaminan kerugian akan hanya berlaku secara individu. Unit kerugian adalah cara

    untuk memberi peringatan kepada pihak pengurusan mengenai potensi kerugian

    katastrofi yang boleh dihadapi oleh organisasinya di bawah keadaan yang paling

    teruk, iaitu jika beberapa kerugian yang tenat berlaku serentak.

    Penilaian Risiko Menggunakan Penarafan

    Setelah pengurus risiko menganggarkan kekerapan dan ketenatan kerugian bagi

    setiap jenis pendedahan kerugian, pendedahan-pendedahan ini boleh dibariskan

    berdasarkan kepentingan relatifnya. Sebagai contoh, pendedahan kerugian yang

    boleh menyebabkan firma menjadi bankrap adalah jauh lebih penting untuk

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    15/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  15

    ditangani di dalam program pengurusan risiko berbanding dengan pendedahan

    dengan kerugian berpotensi yang rendah.

    Satu kaedah penilaian yang biasa digunakan adalah penarafan risikoberdasarkan tahap kegentingannya (ranking of risk based on criticality ).

    Sesetengah risiko bersifat kritikal dan perlu diuruskan secepat mungkin sebelum

    menjadi terlalu merugikan. Aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam

    membentuk kriteria penarafan ialah ketenatan kerugian berpotensi dan

    kekerapan atau kebarangkalian kerugian berpotensi. Dua penarafan keutamaan 

    ( priority ranking) boleh dibentuk, satu berasaskan kepada ketenatan dan satu lagi

    berasaskan kekerapan kerugian atau kebarangkalian berlakunya kerugian.

    (a) Penarafan Keutamaan Berdasarkan Ketenatan

    Di bawah penarafan keutamaan, kriteria utama yang digunakan memberi

    tumpuan kepada kesan kewangan yang ditimbulkan oleh risiko. Oleh itu,

    penarafan ini biasanya dibentuk berdasarkan ketenatan kerugian berpotensi.

    Memandangkan julat saiz kerugian yang boleh berlaku amat besar, maka

    sangatlah wajar risiko dan pendedahan ditarafkan berdasarkan kegentingannya.

    Sesetengah risiko mungkin mengakibatkan ketenatan kerugian yang tinggi yang

    boleh menjejaskan syarikat, oleh itu ia memerlukan perhatian segera berbanding

    dengan risiko yang lain.

    Kategori penarafan keutamaan berdasarkan ketenatan yang biasa digunakan

    dalam industri insurans digambarkan seperti di bawah ini.

    (i) Risiko kritikal   (critical risks) 

    - semua pendedahan terhadap kerugian yang magnitudnya boleh

    menyebabkan kebankrapan.

    (ii) Risiko penting  (important risks)

     –  semua pendedahan dengan kerugian berpotensi yang mungkin tidak

    menyebabkan kebankrapan, tetapi menyebabkan firma perlu

    mendapatkan sumber dana daripada luar, misalnya melalui

    pinjaman, untuk meneruskan operasi.

    (iii) Risiko tidak penting (unimportant risks)

     – semua pendedahan yang kerugiannya boleh dibiayai oleh aset atau

    pendapatan semasa tanpa menimbulkan beban kewangan yang

    keterlaluan.

    Pengagihan pendedahan kerugian ke dalam salah satu kategori penarafan di atas

    memerlukan pengurus risiko menganggarkan amaun kerugian berpotensi yang

    boleh ditimbulkan oleh pendedahan tersebut.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    16/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  16

    Sebagai contoh, risiko tuntutan liabiliti yang dihadapi oleh sesebuah firma

    merupakan risiko kritikal. Hal ini sedemikian kerana risiko ini boleh membawa

    kepada kerugian yang tidak terhad amaunnya. Risiko kebakaran misalnya adalahrisiko penting. Kebakaran boleh membawa kepada gangguan operasi yang boleh

    menyebabkan kehilangan pendapatan kepada firma. Risiko bahan mentah rosak

    sebelum diproses merupakan contoh risiko tidak penting.

    (b) Penarafan Keutamaan Berdasarkan Kekerapan

    Walaupun ketenatan kerugian merupakan faktor utama dalam penilaian risiko,

    faktor kekerapan atau kebarangkalian kerugian perlu juga diberi perhatian,

    terutamanya untuk membezakan kalangan pendedahan yang mempunyai

    ketenatan berpotensi yang hampir serupa. Jika perkara-perkara lain ditetapkan,pendedahan yang bercirikan kekerapan yang tinggi wajar diberi lebih perhatian

    berbanding pendedahan dengan kekerapan yang rendah.

    Kriteria pengkelasan penarafan berdasarkan kekerapan yang sering

    digunakan adalah seperti berikut:

    (i) Hampir kosong  (almost nil) 

     – pada pendapat pengurus risiko, kejadian / peril / kerugian mungkin

    tidak akan berlaku.

    (ii) Sedikit   (slight) 

     – kejadian mungkin boleh berlaku, namun ia belum pernah berlaku dan

    dijangka tidak berlaku pada masa depan.

    (iii) Sederhana  (moderate) 

     – kejadian pernah berlaku sekali sekala pada masa lepas, dan dijangka

    akan berlaku dimasa depan.

    (iv)  Pasti   (definite) 

     –  kejadian memang sering berlaku dimasa lepas dan dijangka akan

    berlaku lagi pada masa depan.

    Sebagai contoh, risiko kemusnahan bangunan dan premis akibat ribut salji

    mempunyai kebarangkalian hampir kosong untuk berlaku di negara kita. Risiko

    gempa bumi berlaku di negara kita mempunyai kebarangkalian sedikit. Risiko

    tuntutan liabiliti pengguna bagi sebuah organisasi mungkin dalam kategori

    sederhana dan risiko kerosakan fizikal kepada kereta dan lori milik organisasi

    adalah dalam kategori pasti.

    Selain kaedah penarafan, risiko boleh juga diukur menggunakan taburan

    kebarangkalian statistik dan analisis kuantitatif. Sebenarnya kaedah ini adalah

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    17/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  17

    kaedah yang lebih tepat untuk mengukur kekerapan dan ketenatan pendedahan

    kerugian. Bagi pembaca yang berminat, topik ini dibincangkan secara ringkas di

    dalam Appendiks 2.1 diakhir bab ini. Pengurus risiko perlu menganggarkan kekerapan dan ketenatan kerugian

    bagi melihat kepentingan relatifnya seperti yang telah dibincangkan di atas. Dan

    lagi, kekerapan dan ketenatan setiap pendedahan kerugian perlu dianggarkan

    supaya pengurus risiko boleh memilih teknik-teknik pengurusan risiko yang paling

    sesuai untuk menangani setiap pendedahan kerugian. Teknik-teknik ini akan

    dibincangkan di bawah ini.

    Teknik Pengurusan Risiko

    Proses pengurusan risiko menangani risiko dengan mereka-bentuk dan

    melaksanakan prosedur yang meminimumkan kerugian atau kesan kewangan

    akibat pendedahan kerugian yang timbul. Prosedur ini dipanggil teknik atau

    kaedah pengurusan risiko.

    Teknik-teknik untuk menangani risiko boleh dikelaskan kepada dua

    pendekatan, iaitu pendekatan kawalan risiko  (risk control)  dan pembiayaan

    risiko  (risk financing).

    (1)  Kawalan risiko merujuk kepada teknik-teknik yang mengurangkan kekerapan

    dan ketenatan kerugian. 

    (2)  Pembiayaanr risiko merujuk kepada teknik-teknik yang menyediakan

    peruntukan bagi menampung kerugian.

    Kawalan Risiko

    Seperti yang dinyatakan di atas, kawalan risiko menggambarkan teknik atau

    kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk mengurangkan kekerapan atau

    ketenatan kerugian. Kawalan risiko memberi fokus kepada meminimumkan risiko

    kerugian yang dihadapi oleh organisasi. Teknik kawalan risiko yang utama terdiri

    daripada

    (a)  Pengelakan risiko

    (b)  Pencegahan kerugian

    (c)  Pengurangan kerugian

    Kesemua teknik kawalan risiko akan dibincangkan satu persatu di bawah ini.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    18/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  18

    (a) Pengelakan Risiko

    Pengelakan (avoidance)  bermaksud firma tidak akan terlibat dengan pendedahankerugian tertentu, dan andainya sudah terlibat, pendedahan kerugian tersebut

    akan ditinggalkan. 

    Secara teknikalnya, pengelakan berlaku bila keputusan dibuat untuk

    menghalang risiko daripada wujud langsung. Risiko perlu dielakkan andainya

    organisasi enggan menerimanya. Sesebuah organisasi boleh mengelak daripada

    terlibat dengan sesuatu risiko dengan cara tidak terlibat langsung dengan aktiviti-

    aktiviti yang berisiko, atau memberhentikan (abandon) aktiviti berisiko yang

    sedang dilaksanakan.

    Contoh pengelakan risiko oleh firma perniagaan adalah keputusan untuk

    tidak mengeluarkan sesuatu produk tertentu yang mungkin memberikan kesanberbahaya kepada pengguna. Jika produk tersebut telah dikeluarkan,

    pengeluarannya dihentikan. Keputusan ini diambil kerana wujudnya risiko liabiliti

    tuntutan pengguna andainya pengguna mendapat kecederaan daripada

    penggunaan produk tersebut. Satu lagi contoh, katalah Bank Amanah sedang

    dalam perundingan untuk bergabung dengan Bank Tawakal yang sedang

    mengalami masalah kewangan yang tenat. Amanah boleh mengelakkan diri

    daripada terlibat dengan risiko masalah kewangan Tawakal dengan cara

    membatalkan rancangan penggabungan.

    Pengelakan risiko patut digunakan andainya kerugian yang mungkin berlaku

    berpotensi menuju kearah katastrofi, dan juga risiko yang wujud tidak bolehdikurangkan atau dipindahkan. Biasanya keadaan ini wujud bagi risiko yang

    mempunyai kekerapan dan ketenatan kerugian yang tinggi. Sebagai contoh,

    tuntutan liabiliti daripada pengguna yang mengalami kecederaan akibat

    penggunaan sesuatu produk boleh jadi banyak bilangannya dan besar amaun

    setiap satunya. Walau bagaimana pun, teknik ini biasanya digunakan sebagai

    langkah terakhir, hanya apabila tiada alternatif lain yang sesuai digunakan. Untuk

    memajukan diri dan perniagaan, risiko perlu diambil. Jika pengelakan digunakan

    secara ekstensif, ada kemungkinan sesebuah firma akan gagal mencapai

    objektifnya. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengeluar yang dinamik dan inovatif

    perlu bersedia mengeluarkan produk baru. Mereka tidak sepatutnya sentiasa

    mengelak daripada risiko produk liabiliti kerana jika itu berlaku, syarikat akan

    kehilangan daya saing.

    (b) Pencegahan Kerugian

    Pencegahan kerugian (loss prevention)  merujuk kepada langkah-langkah yang

    boleh mengurangkan kekerapan berlakunya sesuatu kerugian.

    Program pencegahan kerugian menumpukan kepada usaha untuk mencegah

    kerugian daripada berlaku. Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    19/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  19

    mengurangkan kebarangkalian atau kekerapan berlakunya kerugian. Pencegahan

    kerugian bertujuan mengurangkan bilangan atau kekerapan kerugian yang

    berlaku.Sebagai contoh, untuk mencegah kebakaran di sebuah premis perniagaan,

    pemiliknya boleh memasang beberapa alat pencegah kebakaran seperti alat

    pengesan asap dan dinding kalis api. Untuk mencegah pekerja daripada mendapat

    kemalangan di tempat kerja, pihak pengurusan boleh memastikan tempat bekerja

    adalah selamat, pencahayaan yang cukup, lantai yang tidak licin, mesin-mesin

    yang berfungsi dengan sempurna, tanda-tanda amaran di tempat-tempat

    tertentu yang memerlukan pekerja lebih berhati-hati, bahan-bahan kimia dan

    radiasi yang disimpan dengan cermat dan lain-lain lagi. Kaedah yang boleh

    mengurangkan kemalangan kenderaan antaranya adalah latihan untuk pemandu,

    toleransi sifar terhadap penggunaan alkohol dan dadah semasa memandu,penguatkuasaan undang-undang keselamatan jalanraya yang ketat.

    Kaedah pencegahan patut dilaksanakan selagi kos pelaksanaan lebih rendah

    daripada faedah yang akan diperoleh. Keadaan ini sesuai bagi kerugian

    berpotensi dengan kekerapan tinggi dan ketenatan rendah, contohnya

    kemalangan pekerja di tapak pembinaan.

    (c) Pengurangan Kerugian

    Pengurangan kerugian (loss reduction)  merujuk kepada langkah-langkah untukmengurangkan ketenatan kerugian selepas ia berlaku.

    Kadangkala, walaupun aktiviti pencegahan telah dilakukan, kerugian masih

     juga berlaku. Oleh itu, program kawalan kerugian boleh dilaksanakan dengan

    tujuan meminimumkan ketenatan dan kesan kewangan daripada kerugian yang

    benar-benar berlaku. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan

    ketenatan kerugian berpotensi.

    Sebagai contoh, bagi mengurangkan kesan kebakaran, syarikat boleh

    memasang beberapa peralatan seperti perenjis air automatik, alat pemadam api

    dan penggera kebakaran pada premisnya. Untuk mengurangkan kesan

    kemalangan jalanraya, pemandu kereta perlu memasang tali pinggang keledar,manakala pemandu motosikal menggunakan topi keledar. Di tempat kerja,

    contohnya di kilang pengeluaran atau tapak pembinaan, pekerja perlulah

    mengenakan pakaian yang sesuai, misalnya memakai topi keselamatan, sarung

    tangan, kasut boot dan lain-lain.

    Sesetengah aktiviti pencegahan kerugian juga merupakan aktiviti

    pengurangan kerugian. Katalah berlaku kemalangan ke atas seorang pemandu

    yang memakai tali pinggang keledar. Jika kemalangan itu melibatkan hentakan

    yang tidak begitu kuat, penggunaan tali keledar mungkin boleh mencegah

    pemandu daripada mendapat kecederaan. Jika hentakan yang berlaku adalah

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    20/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  20

    kuat, pemandu mungkin akan cedera, tetapi tali keledar itu boleh menghalang

    daripada kecederaan yang lebih serius.

    Di samping kaedah pengurangan kerugian, terdapat beberapa kaedah lainyang boleh digunakan untuk mengawal ketenatan kerugian yang berlaku. Mereka

    terdiri daripada kaedah pengasingan (segregation) dan penyelamatan (salvage).

    Pengasingan

    Pengasingan atau penyebaran aset boleh menghadkan ketenatan berpotensi

    kerugian yang berlaku. Sebagai contoh, sebuah firma menyimpan barangan

    siapnya sebelum diekspot di dalam tiga buah gudang yang terletak di lokasi yang

    berbeza. Jika salah sebuah gudang terbakar, kerosakan terhad pada barangan

    yang diletakkan di gudang yang tersebut sahaja. Andainya firma ini menyimpan

    kesemua barang siapnya di dalam satu gudang sahaja, maka ketenatan kerugianyang dialami pastinya akan lebih besar kalau berlaku kebakaran di gudang yang

    tersebut.

    Penyelamatan

    Operasi penyelamatan selepas berlakunya kerugian boleh mengurangkan kos

    kerugian. Sebagai contoh, jika berlaku kebakaran sesebuah rumah, mungkin ada

    antara perabut atau perkakas yang terselamat. Maka barang yang tidak musnah

    harus dipindahkan ke tempat lain yang selamat untuk mengelakkan barangan itu

    daripada rosak akibat pendedahan kepada cuaca atau akibat peril tertentu seperti

    kecurian.

    Pembiayaan Risiko

    Pembiayaan risiko merupakan teknik-teknik yang menyediakan peruntukan bagi

    pembayaran kerugian selepas ia berlaku. Teknik-teknik ini memberi fokus kepada

    persediaan yang dibuat bagi memastikan adanya dana yang mencukupi untuk

    menampung kerugian yang benar-benar berlaku. Pembiayaan risiko

    menumpukan kepada penyediaan dan penggunaan dana untuk menghadapi

    kerugian yang ditimbulkan oleh risiko yang masih wujud selepas teknik kawalanrisiko dijalankan.

    Teknik pembiayaan risiko yang utama adalah:

    (a)  Bendungan

    (b)  Pindahan bukan-insurans

    (c)  Pindahan insurans

    Kaedah-kaedah pembiayaan risiko akan dibincangkan satu persatu seperti

    berikut.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    21/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  21

    (a) Bendungan Risiko

    Bendungan (retention)  bermaksud organisasi akan menanggung ataumembendung sebahagian atau keseluruhan daripada kerugian yang berlaku

    daripada sesuatu pendedahan kerugian.

    Di bawah kaedah ini, risiko akan ditanggung sendiri oleh organisasi. Risiko

    kerugian tidak dielak, tidak dicegah, juga tidak dikurangkan. Jika berlaku kerugian,

    kos kerugian akan dibiayai menggunakan dana yang ada. Kaedah ini sebenarnya

    merupakan kaedah utama menguruskan risiko bagi kebanyakan organisasi

    perniagaan. Organisasi perniagaan menghadapi risiko yang tidak terhad

    bilangannya. Dalam kebanyakan kes, tiada apa yang dilakukan untuk

    menguruskan risiko tersebut. Ini bermaksud risiko tersebut dibendung oleh

    organisasi. Namun sebenarnya kaedah bendungan hanya sesuai untuk kerugianberpotensi dengan kekerapan dan ketenatan yang rendah.

    Kaedah bendungan boleh berbentuk aktif atau pasif. Bendungan aktif  

    bermaksud bendungan yang dirancang, iaitu pengurus risiko telah

    mempertimbangkan kaedah-kaedah pengurusan risiko yang ada dan

    memutuskan untuk membendung sesuatu risiko tertentu. Bendungan aktif

    bermaksud kaedah ini dilakukan secara disedari (conscious) dan sengaja. Mana-

    mana risiko yang dengan sengaja tidak dielak, tidak dicegah atau tidak dipindah

    maka ianya akan dibendung. Misalnya kerugian kecil akibat pencopetan

    (shoplifting) yang biasa berlaku di gedung membeli belah selalunya ditanggung

    sendiri oleh pihak pengurusan gedung terbabit.Bendungan pasif   pula adalah bendungan yang tidak dirancang. Ia boleh

    terjadi jika organisasi tidak menyedari bahawa ia terdedah kepada sesuatu risiko,

    atau anggaran kekerapan atau magnitud kerugian lebih kecil daripada yang

    sepatutnya. Sebagai contoh, sebelum kejadian tsunami di Pulau Pinang pada

    Disember 2004, organisasi di sekitar tempat kejadian mungkin tidak menyangka

    bahawa mereka terdedah kepada peril tsunami. Bendungan ini berlaku tanpa

    disedari atau tanpa sengaja. Ia biasanya melibatkan risiko yang tidak dikenalpasti.

    Kerugian yang dibendung tanpa dirancang boleh dibiayai menggunakan dana

    yang ada.

    Satu lagi pengkelasan bendungan adalah antara bendungan bertabung 

    ( funded retention) dengan bendungan tidak bertabung  (unfunded retention).

    Dalam program bendungan bertabung, firma memperuntukkan aset untuk

    menampung kerugian yang dibendung jika ia berlaku. Aset ini biasanya dipegang

    dalam instrumen yang mudah dicairkan. Sesengah firma pula mempunyai

    program bendungan yang disertakan dengan peruntukan belanjawan untuk

    membiayai kerugian yang dibendung.

    Selain itu, sesetengah firma yang besar menggunakan pelan insurans-sendiri 

    dan syarikat insurans kaptif   untuk membiayai dan menguruskan risiko yang

    dibendung.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    22/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  22

    Insurans-Sendiri

    Insurans sendiri (self-insurance) adalah satu program yang boleh dilaksanakanoleh organisasi untuk membiayai kerugian yang dibendung. Ia melibatkan

    perancangan kewangan untuk menampung kerugian berpotensi yang biasanya

    tidak dapat dipastikan saiz dan kekerapannya. Di bawah program ini, organisasi

    melakukan fungsi-fungsi tertentu syarikat insurans terhadap kerugian yang

    dibendung itu. Antaranya ialah membuat ramalan saiz dan kekerapan kerugian

    yang mungkin, menyediakan dana bagi membiayai kerugian yang berlaku dan

    mengendalikan tuntutan yang berkaitan dengan kerugian yang dibendung itu.

    Melalui program ini, pindahan risiko dan agihan kos kerugian berlaku di dalam

    organisasi sendiri.

    Elemen yang perlu ada pada organisasi yang hendak menjalankan program

    ini adalah:

      Kewujudan sekumpulan pendedahan yang cukup besar yang terdedah kepada

    risiko kerugian yang hendak dibendung. Ini bagi membolehkan ramalan yang

    baik terhadap kerugian dapat dibuat. Rekod-rekod kerugian lepas juga perlu

    ada bagi membantu anggaran kerugian dibuat.

      Organisasi mestilah mempunyai keupayaan untuk menyediakan dana bagi

    menampung kerugian terjangka.

      Organisasi perlu bersedia melaksanakan keperluan rancangan insurans-

    sendiri, antaranya ialah pelaburan dana, penyimpanan rekod, pengurusan

    tuntutan, aktiviti pencegahan kerugian dan analisa pendedahan kerugian.

    Sebagai contoh, sebuah hospital swasta boleh membentuk program

    insurans-sendiri bagi membendung risiko liabiliti profesional, iaitu apabila pesakit

    menyaman hospital atas alasan kecuaian yang dilakukan oleh pakar perubatan

    atau sebab-sebab lain.

    Syarikat Insurans Kaptif

    Selain pelan insurans sendiri seperti yang diterangkan di atas, terdapat satu lagi

    kaedah insurans sendiri yang melibatkan penubuhan sebuah anak syarikat yang

    dipanggil syarikat insurans kaptif (captive insurer). 

    Syarikat kaptif ditubuhkan dan dimiliki oleh sebuah syarikat induk. Tujuan

    syarikat kaptif ditubuhkan adalah untuk mengeluarkan perlindungan insurans

    kepada syarikat induknya. Risiko syarikat induk yang dipindahkan kepada kaptif

    tersebut boleh ditanggung sepenuhnya oleh kaptif, atau boleh di reinsuranskan

    sebahagiannya di dalam pasaran reinsurans. Syarikat kaptif sangat popular di

    negara-negara seperti Amerika dan England, yang tujuan utama penubuhannya

    ialah untuk memberikan perlindungan bagi sesetengah jenis insurans yang sukar

    diperoleh, misalnya insurans liabiliti. Selain berupaya menginsuranskan risiko

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    23/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  23

    syarikat induknya, perbelanjaan pentadbiran syarikat kaptif mendapat

    pengecualian cukai. Dan lagi, pembelian insurans daripada syarikat insurans

    melibatkan kos melepas (opportunity cost) kerana premium perlu dibayar terlebihdahulu. Melalui pembentukan kaptif, syarikat induk boleh menggunakan dana

    secara lebih produktif sehinggalah kerugian timbul.

    (b) Pindahan Bukan Insurans

    Pindahan risiko bukan insurans melibatkan proses pemindahan risiko kepada

    pihak lain, sama ada syarikat insurans atau bukan syarikat insurans. Berbeza

    dengan pindahan insurans, risiko tidak dikurangkan melalui proses pindahan itu.

    Satu contoh pindahan risiko bukan insurans adalah proses lindung nilai

    (hedging),  yakni individu mengelak daripada risiko perubahan harga dalamsesuatu aset dengan membeli atau menjual satu aset lain yang harganya berubah

    dalam arah yang mengimbangkannya. Lindung nilai adalah satu teknik untuk

    memindahkan risiko turun naik harga yang tidak menyenangkan kepada

    spekulator dengan membeli dan menjual kontrak depan di bursa teratur,

    misalnya di Bursa Derivatif Malaysia. Sebagai contoh, pasaran depan telah

    dibentuk untuk membolehkan peladang melindungi diri mereka daripada

    perubahan harga tanaman dari waktu menanam hingga waktu menuai.

    Seseorang peladang boleh menjual kontrak depan, yang sebenarnya merupakan

     janji untuk menghantar pesanan pada harga tetap di masa depan. Jika nilai

    tanaman peladang merosot, nilai kontrak depan akan meningkat untukmengimbangi kerugian yang dialami.

    Pindahan risiko boleh juga berbentuk aturan berkontrak, contohnya hold-

    harmless agreement . Di bawah persetujuan ini, seorang individu secara sukarela

    bersetuju untuk menanggung kemungkinan kerugian seorang yang lain. Sebagai

    contoh, seorang penyewa bersetuju untuk bertanggungjawab atas kerosakan

    yang dialami oleh premis yang disewanya seperti yang dinyatakan di bawah terma

    pajakan (lease). Contoh lain, katalah Syarikat Biskut Tweety meminta Syarikat

    Jalan Tom&Jerry membina jalan raya menghubungkan premisnya dengan jalan

    besar. Tom&Jerry bersedia untuk melaksanakan pembinaan hanya jika Tweety

    bersetuju untuk menanggung liabiliti jika Tom&Jerry disaman oleh pihak lainakibat pembinaan jalan tersebut. Dalam kes ini, risiko liabiliti yang sepatutnya

    ditanggung oleh Tom&Jerry dipindahkan kepada Tweety.

    Risiko boleh juga dipindahkan kepada syarikat insurans, tetapi pindahan ini

    dipanggil pindahan bukan insurans jika ia tidak memenuhi ciri insurans, iaitu risiko

    tidak dikurangkan. Seperti yang akan kita lihat dalam bab seterusnya, salah satu

    ciri insurans adalah pengurangan risiko yang boleh dicapai melalui pengunaan

    Hukum Bilangan Besar. Namun hukum ini hanya boleh diaplikasikan jika terdapat

    bilangan pendedahan yang besar.

    Misalnya, seorang pembeli gaun Puteri Diana mungkin mahu

    menginsuranskan koleksinya. Ia boleh membeli perlindungan insurans dari

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    24/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  24

    syarikat insurans. Walau pun insurer boleh menawarkan perlindungan, tetapi

    oleh kerana bilangan pendedahan adalah kecil, hukum bilangan besar tidak dapat

    digunakan, dan dengan itu risiko tidak dikurangkan. Contoh lain ialah modelterkemuka seperti Claudia Schiffer yang menginsuranskan anggota badannya dan

    pemain bolasepak Wayne Rooney yang menginsuranskan kakinya. Sekali lagi,

    walaupun perlindungan insurans diberikan oleh syarikat insurans, tetapi risiko

    tidak dikurangkan. Oleh itu, pindahan risiko ini dikatakan pindahan bukan

    insurans.

    (c) Pindahan Insurans

    Pembelian insurans merupakan teknik pengurusan risiko yang paling utama dandilaksanakan dengan meluas oleh organisasi perniagaan. Sistem insurans

    melibatkan pemindahan risiko dan kesan kewangan akibat kerugian yang

    dihadapi oleh organisasi atau individu kepada syarikat insurans. Kontrak insurans

    dibentuk di antara syarikat insurans, dikenali juga sebagai insurer, dengan

    pembeli insurans, atau insured. Di bawah kontrak insurans, insurer memberi

     jaminan untuk membayar ganti rugi bagi kerugian yang dilindungi, sebagai

    balasan kepada bayaran premium yang dibuat oleh insured.. Intipati insurans

    adalah perkongsian kerugian (loss sharing) dan pengurangan risiko (risk

    reduction).

    Perkongsian kerugian

    Sistem insurans membolehkan syarikat insurans meramalkan kerugian yang

    berpotensi dialaminya. Berdasarkan kerugian yang dijangka, kos untuk

    menampung kerugian diagih-agihkan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan

    insurans secara adil dan saksama melalui kutipan premium. Oleh itu, ahli-ahli

    kumpulan yang besar bilangannya sama-sama berkongsi kerugian dengan

    menyumbang untuk membentuk dana bagi membayar ganti rugi kepada

    beberapa ahli kumpulan yang ditimpa bencana yang diinsuranskan.

    Pengurangan risiko

    Bilangan pendedahan yang besar yang terdedah kepada risiko tertentu

    dikumpulkan. Kerugian terjangka kemudiannya dianggarkan. Berdasarkan

    hukum bilangan besar , semakin besar bilangan pendedahan yang diperhatikan,

    semakin hampir jumlah kerugian sebenar kepada jumlah kerugian terjangka. Oleh

    itu, semakin besar pendedahan, anggaran kerugian sebenar semakin tepat. Jika

    anggaran kerugian semakin tepat, maka ketidakpastian terhadap kerugian

    semakin berkurangan. Hal ini sedemikian kerana insurer dapat menjangkakan

     jumlah kerugian yang akan berlaku, dan dengan itu dapat menyediakan dana yang

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    25/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  25

    mencukupi untuk membiayai kerugian tersebut. Apabila ketidakpastian

    berkurangan, maka risiko juga berkurangan. (Ingat bahawa risiko merujuk

    kepada ketidakpastian terhadap kerugian.) Hukum bilangan besar akandibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab akan datang.

    Ringkasan Teknik Pengurusan Risiko

    Kesemua teknik pengurusan risiko yang telah dibincangkan di atas boleh

    digambarkan seperti dalam Paparan 2.4 berikut.

    TEKNIK PENGURUSAN RISIKO

    Kawalan Risiko

    Pengelakan

    PencegahanKerugian

    PenguranganKerugian

    Pembiayaan Risiko

    Bendungan

    Pindahan BukanInsurans

    Insurance

     Paparan 2.4

    Teknik Pen urusan Risiko

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    26/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  26

    Pemilihan Teknik Pengurusan Risiko

    Selepas risiko dikenalpasti dan dinilai, langkah seterusnya adalah

    mempertimbangkan semua alternatif yang boleh digunakan untuk menangani

    risiko yang wujud dan seterusnya memilih kaedah yang paling sesuai untuk

    dilaksanakan.

    Pemilihan kaedah melibatkan pembuatan keputusan mengenai teknik mana

    yang akan digunakan bagi menguruskan sesuatu risiko. Bagi sesetengah

    organisasi, polisi pengurusan risiko korporatnya memberikan garis panduan

    mengenai kriteria yang boleh digunakan dalam memilih teknik yang paling sesuai.

    Dalam memutuskan mengenai teknik yang patut digunakan terhadap risiko

    tertentu, pengurus risiko patut mempertimbangkan saiz kerugian berpotensi,

    kebarangkalian ia berlaku, objektif dan visi organisasi, jumlah dana yang

    diperuntukan bagi program pengurusan risiko, dan yang terpenting ialah

    kebijaksanaan dan pertimbangan pengurus risiko itu sendiri. Faedah yang boleh

    diperolehi dan kos yang ditimbulkan oleh setiap teknik yang dipertimbangkan

    perlu dianggarkan. Dan kemudian, berdasarkan maklumat terbaik yang diperoleh

    dan berpandukan polisi pengurusan risiko korporat syarikat, keputusan boleh

    dibuat mengenai teknik yang patut dipilih untuk dilaksanakan bagi setiap risiko.

    Lazimnya, gabungan beberapa teknik dijalankan serentak bagi sesuatu risiko.

    Dua contoh berikut menunjukkan gabungan beberapa teknik pengurusan risiko

    yang dipilih bagi menangani risiko kebakaran dan risiko kemalangan pekerja yang

    dihadapi oleh sebuah organisasi.

    Contoh 1: Risiko kebakaran premis perniagaan

      Pasangkan alat pengesan asap (pencegahan kerugian)

      Pasang alat perenjis automatik (pengurangan kerugian)

      Beli insurans kebakaran berjumlah RM500,000 dengan had bendungan

    RM10,000 (insurans dan bendungan).

    Contoh 2: Risiko kemalangan pekerja di tapak pembinaan bangunan

      Pastikan tapak pembinaan adalah selamat serta mematuhi Occupational

    Safety & Health Act . Pastikan pekerja memakai pakaian keselamatan sewaktu

    bekerja. (pencegahan dan pengurangan kerugian)

      Beli insurans pampasan pekerja yang melindungi pekerja yang cedera atau

    meninggal sewaktu bekerja (insurans)

      Sediakan dana yang akan membayar pampasan kepada keluarga pekerja yang

    meninggal sewaktu diluar tugas (insurans sendiri atau bendungan)

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    27/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  27

    Pada umumnya, pengurus risiko boleh menjadikan Matriks Pengurusan Risiko 

    seperti dalam Paparan 2.5 sebagai panduan asas bagi memilih teknik yang sesuai.Walau bagaimanapun, pertimbangan yang saksama serta pengalaman pengurus

    risiko memainkan peranan penting dalam proses pemilihan teknik pengurusan

    risiko.

    KekerapanKerugian

    KetenatanKerugian

    Teknik Pengurusan Risiko YangSesuai

    Rendah Rendah Bendungan

    Tinggi RendahPencegahan Kerugian dan

    Bendungan

    Rendah Tinggi Insurans

    Tinggi Tinggi Pengelakan

    Di samping kepakaran dan pertimbangan pengurus risiko dalam memilih teknik

    yang sesuai, terdapat kaedah matematik yang boleh digunakan untuk membantu

    pengurus risiko membuat keputusan. Namun kaedah matematik ini agak teknikal

    dan di luar skop buku ini.

    Pelaksanaan Teknik Yang Dipilih

    Selepas pemilihan dibuat, pengurus risiko perlu menghebahkan maklumat

    berkaitan kaedah yang dipilih dan cara pelaksanaannya kepada pihak yangterbabit supaya tindakan lanjutan dapat diambil. Jika keputusan dibuat untuk

    membendung risiko tertentu, maka prosedur pentadbiran yang sewajarnya perlu

    dilaksanakan bagi penyediaan dana untuk membiayai kerugian yang berlaku. Jika

    kaedah pencegahan dipilih misalnya, maka program pencegahan kerugian yang

    sesuai perlu dibentuk dan dilaksanakan. Keputusan untuk memindahkan risiko

    kepada syarikat insurans perlu diikuti dengan pemilihan polisi yang sesuai dan

    pemilihan syarikat insurans yang efisien dan reliable.

     Paparan 2.5

    Matriks Pengurusan Risiko

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    28/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  28

    Penilaian Dan Kajian Semula Program Pengurusan

    RisikoLangkah ini sangat penting untuk memastikan keberkesanan program yang

    dilaksanakan. Ini adalah kerana risiko yang dihadapi oleh organisasi boleh

    berubah. Teknik yang sesuai digunakan tahun lalu mungkin tidak lagi sesuai untuk

    tahun ini kerana risiko yang berubah. Dan lagi, kesilapan didalam memilih teknik

     juga boleh berlaku. Sesuatu kaedah yang telah dipilih untuk menguruskan

    sesuatu risiko mungkin bukan merupakan kaedah yang terbaik untuk digunakan.

    Penilaian dan kajian semula membolehkan pengurus risiko mengkaji keputusan

    dan mengesan sebarang kesilapan yang telah dibuat.

    Kajian semula program boleh dilakukan oleh pengurus risiko denganmengulangi setiap langkah dalam proses pengurusan risiko untuk menentukan

    sama ada keputusan lepas masih lagi sesuai dengan keadaan semasa dan adakah

    keputusan telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Untuk itu, pengurus risiko perlu

    mengkaji semula objektif program, mengulangi proses pengenalpastian, menilai

    semula risiko yang telah dikenal pasti, dan mengesahkan kesesuaian teknik yang

    telah dipilih. Akhir sekali, pelaksanaan teknik yang dipilih perlu dipantau untuk

    memastikan keberkesanan dan kejayaan program pengurusan risiko yang

    dilaksanakan.

    Evolusi Proses Pengurusan Risiko

    Secara tradisinya, program pengurusan risiko yang dijalankan oleh organisasi

    adalah terhad kepada menangani risiko tulen seperti risiko harta, risiko liabiliti

    dan risiko pekerja. Namun demikian, sejak kebelakangan ini, banyak organisasi

    perniagaan mula meluaskan skop pengurusan risiko dengan mengambilkira risiko

    kewangan spekulatif disamping risiko tulen. Pengurusan risiko kewangan

    (financial risk management)  merujuk kepada pengenalpastian, analisis dan

    kaedah untuk menangani risiko kewangan spekulatif. Risiko-risiko ini antaranya

    termasuk risiko kadar faedah, risiko harga komoditi dan risiko kadar pertukaran

    mata wang.Didorong oleh kejayaan pengurusan risiko kewangan, banyak organisasi telah

    mengembangkan program pengurusan risiko mereka untuk merangkumi lebih

    banyak risiko yang dihadapi oleh organisasi. Evolusi kepada proses pengurusan

    risiko menyebabkan organisasi mula mempertimbangkan bukan saja risiko tulen,

    malahan semua risiko yang dihadapi oleh organisasi untuk diuruskan dalam satu

    program pengurusan risiko. Program pengurusan risiko yang menguruskan semua

    risiko yang dihadapi oleh organisasi dipanggil pengurusan risiko enterprais 

    (enterprise risk management) atau ERM. Pengurusan risiko enterprais adalah

    program pengurusan risiko yang komprehensif yang menangani risiko tulen, risiko

    spekulatif, risiko strategik, risiko operasi, risiko kewangan dan lain-lain risiko yang

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    29/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  29

    dihadapi oleh organisasi. Dengan menggabungkan semua risiko utama dalam satu

    program pengurusan risiko bersepadu, firma perniagaan boleh mengimbangi

    risiko terhadap satu sama lain. Hasilnya, risiko keseluruhan yang dihadapi olehfirma boleh dikurangkan. Program pengurusan risiko enterprais juga dikenali

    sebagai  pengurusan risiko korporat (corporate risk management)  atau

    pengurusan risiko bersepadu (integrated risk management). 

    Rujukan

    1. Black, K. & Skipper, H.D. 2000. Life and Health Insurance. 13th  edition.

    Prentice-Hall, New Jersey, USA.

    2. Dorfman, M. S. & Cather, D. A. 2013. Introduction to Risk Management &

    Insurance. 10th edition. Pearson Education Limited. New Jersey, USA.

    3.  Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip

    Pengurusan Risiko dan Insurans. Pearson Prentice-Hall. Kuala Lumpur.

    4. Redja, G. E. & McNamara, M. J. 2014. Principles of Risk Management &

    Insurance. 12th

     edition. Pearson Education Limited. Global Edition.

    5. Vaughan, E.J & Vaughan, T. 2003. Fundamentals of Risk and Insurance. 9th 

    edition. John Wiley & Sons, Inc, USA.

    6. Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful: The 21st Century

    Insurance Innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    30/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  30

    Appendiks 2.1

    Penilaian Risiko: Kaedah Taburan Kebarangkalian Statistik

    Di bawah kaedah ini, pengurus risiko akan cuba menganggar taburan kekerapan

    dan kebarangkalian. Taburan kekerapan merujuk kepada bilangan kerugian

    setahun daripada pendedahan tertentu, manakala taburan ketenatan merujuk

    kepada taburan nilai ringgit yang hilang apabila kerugian berlaku. Selalunya,

    matlamat pengurus risiko adalah untuk menggabungkan kedua-dua taburan ini

    untuk mendapat taburan jumlah kerugian tahunan. Taburan jumlah kerugian

    bergantung kepada bilangan kerugian dan ketenatan setiap kerugian yang

    berlaku. Pengetahuan mengenai ketiga-tiga taburan ini berguna dalam

    membantu pengurus risiko membuat pemilihan teknik pengurusan risiko yangsesuai. Seperti yang akan kita lihat, pembentukan taburan kerugian bukanlah

    satu perkara mudah. Banyak andaian yang perlu dibuat di sepanjang proses

    pemerolehan. Oleh yang demikian, hasil yang diperoleh perlu diinterpretasi

    dengan berhati-hati.

    Model Kebarangkalian Untuk Pengurusan Risiko

    Pengurus risiko selalunya berminat kepada tiga pemboleh ubah rawak (random

    variables)  yang menggambarkan sifat risiko yang dihadapi oleh sesebuah

    organisasi. Pemboleh ubah rawak ini adalah bilangan kerugian, nilai ringgit mana-mana satu kerugian, dan jumlah nilai ringgit bagi semua kerugian.

    Dalam buku ini kita akan gunakan pemboleh ubah rawak N, L dan T seperti

    berikut:

    (a) N  mewakili bilangan kerugian  yang akan berlaku dalam tempoh masa

    tertentu, biasanya satu tahun.

    (b) L mewakili nilai ringgit bagi mana-mana satu kerugian yang berlaku

    (c) T  mewakili  jumlah nilai ringgit  bagi semua kerugian yang berlaku dalamtempoh tertentu, biasanya satu tahun.

    Pemboleh ubah N  berkait dengan kekerapan kerugian, manakala L  berkaitan

    dengan ketenatan kerugian. Jika L1 mewakili ketenatan bagi kerugian pertama

    yang berlaku dalam tahun tertentu, L2 mewakili ketenatan bagi kerugian kedua

    yang berlaku dalam tahun tersebut dan seterusnya, maka

    T = L1 + L2 + L3 + … + LN 

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    31/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  31

    Dua model yang berguna untuk menggambarkan ciri kekerapan kerugian

    adalah taburan binomial dan taburan Poisson. Kedua-duanya akan dibincangkan

    di bawah nanti. Untuk menggunakan model-model ini, beberapa paremeter akandianggarkan menggunakan data lepas. Model yang disarankan untuk

    menggambarkan sifat ketenatan kerugian adalah taburan normal, lognormal,

    exponential dan Pareto. Oleh kerana kekompleksan model-model ini, hanya

    taburan normal akan dibincangkan secara ringkas dalam bab ini.

    Model Binomial

    Taburan Binomial pada amnya digunakan sebagai model untuk menggambarkan

     jumlah bilangan kerugian yang mungkin berlaku daripada sejumlah pendedahan

    terhadap kerugian, dengan kebarangkalian P mana-mana satu pendedahan akanmengalami kerugian dalam tempoh masa satu tahun. Model ini boleh digunakan

    bila kita mempunyai bilangan pendedahan tertentu yang diwakili oleh n. Model

    ini mengandaikan bahawa setiap pendedahan boleh mengalami 1 kerugian sahaja

    atau 0 kerugian dalam sesuatu tahun. Dan lagi, setiap pendedahan mempunyai

    kebarangkalian P yang sama untuk menjana kerugian. Setiap pendedahan

    dianggapkan tidak bersandar (independent) antara satu sama lain.

    Di bawah andaian yang dinyatakan, fungsi taburan kebarangkalian binomial 

    bagi jumlah bilangan kerugian yang mungkin di alami di berikan oleh formula

    berikut:

    P(N=x) = .  n    px (1-p)n-x 

    x (n-x)  x = 0,1,2,3,...,n

    dimana,

    N = Pemboleh ubah rawak yang mewakili bilangan kerugian

    x = Bilangan kerugian yang mungkin berlaku dalam sesuatu tahun

    n = Bilangan pendedahan kerugian

    p = Kebarangkalian kerugian yang dijanakan oleh setiap pendedahan.

    Nilai terjangka bilangan kerugian diwakili oleh E[N] = np dan variasi bilangan

    kerugian diwakili oleh Var [N] = np (1-p ). Bagi menggunakan model Binomial,

    parameter p perlu dianggarkan, biasanya dengan cara melihat pengalaman lepas

    yang dialami oleh pendedahan-pendedahan yang sedang dinilai dan pendedahan

    lain yang homogeneous.

    Sebagai contoh, katalah terdapat 100 buah rumah yang diinsuranskan di

    bawah insurans kebakaran oleh Insurer ABC. Anggapkan setiap rumah

    mempunyai kebarangkalian p yang sama untuk terbakar sekali dalam tahun yang

    akan datang, dan kebarangkalian 1-p untuk tidak terbakar. Katalah berdasarkan

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    32/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  32

    rekod kebakaran lepas, dianggarkan nilai p = 0.0001. Oleh kerana terdapat 100

    buah rumah, maka n = 100. Sekarang kita boleh membuat pengiraan berikut:

    Kebarangkalian tiada kerugian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan:

    P(N=0) = .  100    (0.0001)0 (0.9999)100 = 0.990049

    0 100 

    Kebarangkalian jumlah bilangan kerugian adalah 1:

    P(N=1) = .  100    (0.0001)1 (0.9999)99 = 0.009901

    1 99 

    Kebarangkalian jumlah bilangan kerugian adalah 2:

    P(N=2) = .  100    (0.0001)2 (0.9999)98 = 0.000049

    2 98 

    Nilai terjangka bagi bilangan rumah yang akan terbakar adalah np = 100(0.0001)

    = 0.01 dan variasi di bawah model ini adalah np(1-p) = 100(0.0001)(0.9999) =

    0.009999.

    Model Poisson

    Taburan kebarangkalian Poisson digunakan untuk menganggarkann

    kebarangkalian sesebuah organisasi akan mengalami bilangan kerugian tertentu

    dalam tempoh masa satu tahun. Model ini boleh diaplikasikan jika kita

    mengambil kira bahawa setiap detik masa yang berlalu merupakan pendedahan

    kepada kerugian. Ini bermakna, di bawah model ini, kerugian boleh berlaku pada

    setiap ketika atau detik masa. Oleh itu, organisasi menghadapi pendedahan

    kerugian yang tidak terhad bilangannya dalam sesuatu tahun. Di bawah model

    Poisson, tempoh masa antara kerugian dikatakan mempunyai sifat “memoryless”.

    Ini bermaksud, jumlah masa yang akan berlalu sebelum kerugian akan datang

    berlaku tidak bergantung kepada jumlah masa yang telah berlalu selepas kerugian

    yang lepas berlaku.

    Jika kita menganggapkan setiap detik masa yang berlalu mempunyai

    kebarangkalian yang sama untuk menjana kerugian, dan setiap detik tidak

    bersandar antara satu dengan lain, maka taburan kebarangkalian Poisson bagi

    bilangan kerugian yang boleh berlaku dalam tempoh masa tertentu dinyatakan

    oleh formula berikut:

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    33/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  33

    P(N=x) = e-  x

    x! x = 0,1,2,....

    di mana,

    N = Pemboleh ubah rawak yang mewakili bilangan kerugian

      = Purata kerugian yang dialami dalam sesuatu tahun (dianggarkan

    daripada pengalaman kerugian lepas)

    Nilai terjangka diwakili oleh E[N] =  dan sisihan piawai diwakili oleh SD[N] = .

    Sebagai contoh, katalah untuk tempoh lima tahun yang lepas, sebuahsyarikat pengeluaran telah mengalami 1 kerugian liabiliti pengguna pada tahun

    pertama, 2 kerugian pada tahun ke-2, 0 kerugian dalam tahun ke-3, 1 kerugian

    dalam tahun ke-4 dan 0 kerugian dalam tahun ke-5. Mula-mula kita perlu

    menganggarkan nilai terjangka bilangan kerugian yang diwakili oleh E[N] = .

    Berdasarkan data diatas, = (1+2+0+1+0)/5 = 0.8. Sekarang kita boleh membuat

    pengiraan berikut:

    Kebarangkalian tiada kerugian berlaku dalam tempoh yang ditentukan:

    P(N=0) = e

    -0.8

    0.8

    0

    = 0.4493

     

    0!

    Kebarangkalian bilangan kerugian yang berlaku adalah 1:

    P(N=1) = e-0.8 0.81 = 0.0359 

    1!

    Kebarangkalian bilangan kerugian adalah 2:

    P(N=2) = e-0.8 0.82 = 0.0014. 

    2!

    Anda boleh cuba mengira sendiri kebarangkalian bagi bilangan kerugian

    seterusnya.

    Model Normal

    Taburan kebarangkalian Normal boleh digunakan untuk menganggarkan

    ketenatan kerugian. Ia boleh digunakan untuk menganggar kebarangkalian nilai

    ringgit kerugian  dalam sesuatu tahun akan menyamai atau melebihi amaun

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    34/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  34

    tertentu. Nilai ringgit kerugian merujuk kepada saiz kewangan kerugian yang

    berlaku. Katalah pemboleh ubah rawak L mewakili nilai ringgit (saiz) kerugian dan

    ia merupakan pemboleh ubah yang tidak bersandar (independent).  Jika Lmempunyai taburan normal dengan min  dan varians 2, maka kebarangkalian L

    menyamai atau melebihi sesuatu nilai boleh dianggarkan menggunakan  fungsi

    densiti kebarangkalian  bagi taburan normal. (Sila rujuk buku statistik bagi fungsi

    ini). Anggaran kebarangkalian menggunakan fungsi ini memang rumit, kerana ia

    akan melibatkan proses pengamiran (integration).

    Namun demikian, pakar statistik telah menyediakan cara yang lebih mudah

    untuk menggunakan taburan normal, iaitu melalui taburan normal piawai

    (standard normal). Pemboleh ubah normal piawai mempunyai min 0 dan varians

    1. Andainya kita hendak mengira Kebarangkalian (L > nilai tertentu), maka kita

    boleh merujuk kepada Jadual Taburan Normal Piawai. Jadual ini boleh didapatidaripada buku-buku statistiks. Untuk menggunakan jadual ini, kita perlu menukar

    pemboleh ubah normal kepada pemboleh ubah normal piawai.

    Katalah X  adalah pemboleh ubah normal dengan min dan sisihan piawai .

    Dan katalah Z adalah pemboleh ubah normal piawai dengan min 0 dan sisihan

    piawai 1.

    Maka,

    z = x -

    Sebagai contoh, andaikan Syarikat Herba Raya mempunyai pengalaman kerugian

    berkaitan kecederaan industri yang bertaburan normal, dengan min RM30,000

    dan sisihan piawai RM15,000. Sila jawab soalan berikut:

    (1) Katalah kerugian akibat kemalangan industri sebanyak RM70,000 atau lebih

    setahun dianggapkan sebagai kerugian kewangan yang tenat. Apakah

    kebarangkalian syarikat ini akan mengalami kerugian tenat dalam sesuatu

    tahun?

    Penyelesaian:

    Katalah X mewakili saiz kerugian bertaburan normal dan Z mewakili saiz kerugian

    bertaburan normal piawai. Maka,

    X = 70,000

    Z = 70,000 - 30,000 = 2.67

    15,000

    Kebarangkalian (X > 70,000) = Kebarangkalian (Z > 2.67)

    = 0 .0038.

  • 8/16/2019 Bab 2 Pengurusan Risiko

    35/35

    BAB 2 • PENGURUSAN RISIKO  35

    Nilai kebarangkalian di atas diperoleh daripada jadual taburan normal piawai.

    (2) Apakah kebarangkalian saiz kerugian yang akan dialami dalam tahun ini

    berada dalam lingkungan 1 sisihan piawai?

    Penyelesaian:

    Kebarangkalian (X berada diantara    

      Kebarangkalian  X  

      Kebarangkalian (-1