bab 2 membuat longkang 4segi

15
Bab 2 Latar Belakang Syarikat 2.1 Pengenalan Perfect Hallmark Sdn. Bhd (PHSB) adalah sebuah syarikat pembinaan yang ditubuhkan oleh Mr. Kim Wah bagi pembinaan Bandar Utama Gua Musang sebagai kontraktor utama. Surat Kuasa (letter award) yang memberi kebenaran kepada PHSB telah diberikan oleh pihak pemaju iaitu Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan di Bandar Utama Gua Musang sebagai kontraktor utama. Penubuhan PHSB adalah idea asal Mr. Ong Kim Wah yang mahu membina sebuah bandar yang sesuai untuk semua peringkat golongan termasuk golongan berpendapatan rendah. Mr. Ong Kim Wah telah menubuhkan Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd

Upload: ikram-azman

Post on 10-Feb-2015

253 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 membuat longkang 4segi

Bab 2 Latar Belakang Syarikat

2.1 Pengenalan

Perfect Hallmark Sdn. Bhd (PHSB) adalah sebuah syarikat pembinaan yang

ditubuhkan oleh Mr. Kim Wah bagi pembinaan Bandar Utama Gua Musang sebagai

kontraktor utama. Surat Kuasa (letter award) yang memberi kebenaran kepada PHSB

telah diberikan oleh pihak pemaju iaitu Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd bagi

menjalankan kerja-kerja pembinaan di Bandar Utama Gua Musang sebagai

kontraktor utama.

Penubuhan PHSB adalah idea asal Mr. Ong Kim Wah yang mahu membina

sebuah bandar yang sesuai untuk semua peringkat golongan termasuk golongan

berpendapatan rendah. Mr. Ong Kim Wah telah menubuhkan Bandar Utama Gua

Musang Sdn Bhd (BUGM Sdn Bhd) sebagai pihak dan menubuhkan Perfect

Hallmark Sdn Bhd sebagai kontraktor utama bagi projek tersebut.

Page 2: Bab 2 membuat longkang 4segi

Barisan pentadbir PHSB dan BUGM Sdn Bhd telah mempunyai

pendedahan meluas mengenai bidang pembinaan sebelum menubuhkan PHSB

dan BUGM Sdn Bhd. PHSB serta BUGM Sdn Bhd mempunyai enam ahli

lembaga pengarah yang bertindak sebagai tonggak utama bagi pembinaan

bercampur yang melibatkan kawasan seluas 161.73 ekar.

Selain daripada itu, barisan peneraju PHSB yang diketui oleh pengarah urusan

iaitu Mr. Liong Wei Tang serta pengurus projek Mr. James Ong Eng Chai juga

mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang meluas dalam bidang pembinaan.

Page 3: Bab 2 membuat longkang 4segi

2.1 Profil syarikat

PERFECT HALLMARK

2.1.1 Sejarah penubuhan

Perfect Hallmark Sdn. Bhd (PHSB) telah ditubuhkan bersama-sama

dengan penubuhan BUGM Sdn Bhd. Penubuhan PHSB lebih menjurus

kepada bidang pembinaan manakala Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd

bertindak sebagai pihak pemaju bagi projek pembinaan yang melibatkan tiga

frasa utama yang dijangka mengambil masa sepuluh tahun yang terletak di

No.1 site office perumahan ladang ann lin lee, jalan Gua Musang-K.Krai,

18300 Gua Musang, Kelantan.

Antara objektif utama pembinaan bercampur ini adalah untuk

membangunkan sesebuah kawasan secara teratur, untuk membantu

membekalkan dan meningkatkan unit rumah bagi memenuhi kehendak

setempat. Tambahan lagi, pembinaan ini juga bertujuan untuk

mempekenalkan konsep yang serdehana, menyenangkan dan menjimatkan

dalam membekalkan perhidmatan yang yang bagus dan berkesan.

Page 4: Bab 2 membuat longkang 4segi

2.1.2 Maklumat kerjasama

PERFECT HALLMARK

Nama Syarikat : PERFECT HALLMARK SDN BHD

No pendaftaran syarikat : 861558V

Status syarikat : Non-bumiputra

Tarikh penubuhan : 23 Jun 2009

Alamat syarikat : No. 41, tingkat 2, Jalan Dato Haji

Hassan, 86000 Kluang,

Johor Darul Takzim

No. Tel : 07-7722944

No. Fax : 07-7736726

Bank : 1. Maybank

2. Public Bank

3. CIMB Bank

Legal advisor : 1. Shobana Linda & Partners

2. Gan & Zul

3. Faaiz & Norilham

Paid up capital : RM 1,000,000.00

Authority capital : RM 1,000,000.00

Shareholder : 1. Mr Ong Kim Wah

2. Mr Tan Tiam Poh

3. Mr. Lim Poh Ling

4. Mr Low Tak Liang

Page 5: Bab 2 membuat longkang 4segi

5. Mr Ma Tien Leong

6. Mr Loh Liew Mao

Registrations : Construction Industry Development

Board (CIDB)

0120091105-JH126561

Gred 7

B04 - Kerja Am Bangunan

CE21 - Kerja-Kerja Am Kejuruteraan

Awam

Page 6: Bab 2 membuat longkang 4segi

2.1.3 Carta Organisasi Syarikat PERFECT HALLMARK

Rajah 2.1. Carta organisasi syarikatSumber: progress report PHSB no. 6

Board of Directors

Management Team

Contract, Project & Procurement Dept. (HQ)

Managing Director (Ong Kim Wah)

Project Planning & Costing

General Manager(Liong Wei Tang)

Project Manager (James Ong Eng Chai)

HSO (Azhar)

Safety SupervisorAzman

AfiqAtan

ClerkSuhaila

QSSiti Fatimah

ConsultantShah ArchitectZL Consultant

Jurukur HartamasPerunding IMSIZ Environment

EnGeoMBI Consult

Asst. QSWan Siti Noor

Earthwork

Site AgentPang Giok Kiong

Sr. Site SupervisorSamsul SaniSite Supervisor

Ong Yu Chai

Design CoordinatorAnuar Khalib

DraughtsmanRidwan

Design TrainerNor Zaida

Land SurveyorAbu Bakar

Asst. Land Surveyor

Suhail

Sr. Site Supervisor

IbrahimSite Supervisor

Ismailfong

Site EngineerYapaizul

Site SupervisorFadliHalim

Page 7: Bab 2 membuat longkang 4segi

3 Senarai Projek

Secara amnya tiada sejarah pembinaan lampau bagi PHSB kerana PHSB baru

ditubuhkan pada 23 jun 2009 khas untuk pembinaan bercampur di Bandar Utama

Gua Musang. Pembinaan ini melibatkan lima jenis rumah dan bangunan komersial.

Antara jenis-jenis pembinaan yang sedang dijalankan oleh PHSB adalah seperti

berikut;

3.1 Rumah Teres 20’x70’.

Pembinaan rumah teres sebanyak 263 unit yang melibatkan 24 blok

telah mula dibina pada 7 september 2011 dan dijangka siap pada 22 march

2013. Projek pembinaan 263 unit Rumah Teres 20’ x 70’ ini menelan kos

sebanyak RM 9,103,354.42 dan secara keseluruhannya, pembinaan rumah

teres ini telah menjangkau 65% pembinaan.

Gambar 2.1 Rumah Teres 20’x70’, Gua Musang.

Page 8: Bab 2 membuat longkang 4segi

3.2 Rumah Teres 24’x75’

Rumah teres sebanyak 48 unit yang melibatkan 4 blok utama telah

dimulakan pada 1 Julai 2012 dan dijangka siap pada 30 March 2013. Projek

pembinaan 48 unit ini menelan kos sebanyak RM 7,549,564.50 dan secara

keseluruhannya projek ini telah menjangkau peratusan siap sebanyak 25 %.

Gambar 2.2 Rumah Teres 24’x75’, Gua Musang.

3.3 Rumah Teres Dua Tingkat 24’x75’

Rumah teres dua tingkat yang melibatkan 22 unit telah menjangkau

69% pembinaan ini telah mula dibina pada 1 November 2011 dan dijangka

siap dibina pada Mac 2013. Pembinaan Rumah Teres Dua tingkat ini menelan

belanja sebanyak RM 3,774,782.25.

Gambar 2.3 Rumah Teres Dua Tingkat 24’x75’, Gua Musang.

Page 9: Bab 2 membuat longkang 4segi

3.4 Rumah Berkembar Setingkat 35’x80’

Pembinaan rumah berkembar setingkat atau lebih dikenali sebagai

Semi-D melibatkan 96 unit didalam 48 blok membabitkan kos pembinaan

sebanyak RM 8,346,000.19. Pembinaan ini telah mula dibina pada 1 Ogos

2011 dan dijangka siap pada Mac 2013 dengan progress pembinaan telah

melepasi 71% pembinaannya.

Gambar 2.4 Rumah berkembar setingkat, Gua Musang.

3.5 Rumah Berkembar Dua Tingkat 40’x85’

Rumah berkembar dua tingkat sebanyak tiga blok dengan 6 unit ini

telah mula dibina dari 1 November 2011 dan dijangka siap pada Februari

2013 dengan peratus pembinaan sebanyak 43.5 %.

Gambar 2.5 Rumah Berkembar Dua Tingkat, Gua Musang.

Page 10: Bab 2 membuat longkang 4segi

Pembinaan bangunan perumahan ini melibatkan 685 unit yang melibatkan

kawasan seluas 28.80 hektar tanah. Selain daripada itu juga, tanah banglo seluas

80’x140’ juga disediakan dengan pelbagai jenis dan rekabentuk rumah bergantung

kepada kehendak pembeli untuk memilih rekabentuk atau mencipta rekabentuk

bergantung kepada citarasa mereka.

3.6 Pembinaan Rumah Kedai dan Pejabat Dua tingkat

Pembinaan melibatkan 86 unit yang membabitkan 8 blok Rumah

Kedai Dan pejabat ini melibatkan kos pembinaan sebanyak RM

12,782,338.16.

Gambar 2.6 Rumah Kedai dan Pejabat, Gua Musang.

Pembinaan bangunan komersial seperti pembinaan Rumah Kedai dan

Pejabat Dua Tingkat, Hotel, Tanah kormesial dan Pasaraya turut dibina.

Jumlah bangunan kormersial yang dibina bergantung kepada keperluan dan

pembangunan kawasan setempat terutamanya di daerah Gua Musang.

Pembangunan pembangunan kormersial ini akan dapat meningkatkan dan

memperbaharui lagi daerah Gua Musang selaras dengan pembangunan

semasa.

Page 11: Bab 2 membuat longkang 4segi

Selain daripada pembinaan kawasan perumahan dan bangunan

kormersial, kawasan seluas 16 hektar tanah telah dikhususkan untuk tujuan

pembinaan bangunan sekolah dan kolej sains. Pembinaan sekolah dan kolej

ini akan dapat menampung keperluan pendidikan di daerah Gua Musang yang

semakin meningkat.

Secara keseluruhannya, pembangunan bagi frasa satu Projek Bandar

Utama Gua Musang yang melibatkan pelbagai jenis pembangunan untuk

kemudahan semua penduduk di daerah Gua Musang menggunakan kawasan

seluas 81.43 hektar tanah. Pembinaan frasa satu ini juga dikenali sebagai

rumah contoh bagi pembinaan frasa kedua dan frasa ketiga.

Page 12: Bab 2 membuat longkang 4segi

4 Ringkasan Pembangunan bagi Frasa Satu

Pembangunan frasa satu melibatkan kemudahan komuniti dan kemudahan

umum melibatkan kawasan seluas 97.43 ekar tanah bagi memudahkan pengguna

menjalankan beribadat dan mempelajari ilmu. Seluas 18.3 ekar tanah digunakan

untuk pembinaan masjid (1.5 ekar), dewan rakyat (0.8 ekar), sekolah rendah (6 ekar)

dan kolej sains tahfiz melibatkan kawasan seluas 10 ekar.

Selain untuk kemudahan umum, kawasan seluas 10.02 ekar digunakan untuk

kemudahan elaktrik dan sistem kumbahan supaya bekalan elektrik dan sistem

kumbahan dapat sampai dan akan memudahkan pengguna. 0.86 ekar kawasan telah

digunakan untuk pengagihan elaktrik dari stesen janakuasa hingga ke kawasan

perumahan. Manakala, kawasan seluas 9.16 ekar telah digunakan bagi

membangunkan sistem kumbahan yang melibatkan tangki rawatan, tangki air, logi

rawatan kumbahan dan sistem pam.

Bagi memudahkan pengguna menggunakan masa mereka dengan perkara

berfaedah kawasan seluas 11.52 ekar telah dibangunkan sebagai kawasan terbuka dan

4.29 ekar lagi telah dibangunkan sebagai kawasan aktiviti masa lapang. Bagi

menjamin keselamatan penduduk, kawasan seluas 3.48 ekar telah dibina zon buffer

(buffer zone).

Untuk memudahkan sistem pengaliran berjalan dengan lancar tanpa

permasalahan, 1.36 ekar tanah telah digunakan bagi membina sistem perparitan dari

setiap rumah sehingga sampai ke kolam rawatan. 48.46 ekar tanah digunakan bagi

membina rangkaian jalan untuk memudahkan pengguna menjalankan aktiviti harian

mereka.

Page 13: Bab 2 membuat longkang 4segi

32.53%

35.07%

6.40%

2.93%

13.60%

0.80%8.67%

RUMAH(HOUSE)

SSLCSST 20'X70'SST 24'X75'DSTSSSDDSSDBangalow Vacant Land

Rajah 2.1. Peratusan Jumlah Pembangunan bagi perumahan

Sumber: Progress report PHSB no.6

Rajah 2.1 menunjukkan jumlah peratusan pembangunan bagi pembinaan

bangunan perumahan yang dijalankan di Bandar Utama Gua Musang bagi frasa satu.

Secara keseluruhannya, jumlah rumah yang bagi projek ini adalah sebanyak 685 unit

tidak termasuk 8.67% atau 65 unit tanah banglo.

Page 14: Bab 2 membuat longkang 4segi

93.47%

4.35%1.09% 1.09%

BANGUNAN KOMERSIAL

DSSOShowroomBusiness lotHotel lot

Rajah 2.2 Peratusan Jumlah Pembangunan bagi bangunan komersial

Sumber: Progress report PHSB no.6

Rajah 2.2 Menunjukkan peratusan bangunan komersial yang melibatkan

pelbagai jeniskegunaan bangunan komersial. 86 unit Rumah kedai dan Pejabat dua

tingkat diwakili oleh 93.47% menerusi 8 blok rumah kedai dan pejabat dua tingkat.