bab 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/bab 1... · web viewkebaikan mengawal...

9
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data BAB 1 PENGENALAN Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 OBJEKTIF Membincangkan tentang konsep data Membincangkan tentang kebaikan dan kelemahan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Membincangkan tentang pendekatan pangkalan data Membuat perbandingan sistem pangkalan data dengan sistem pemprosesan fail Mengenali peranan dalam persekitaran pangkalan data (1)

Upload: hanhi

Post on 21-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

BAB 1PENGENALAN

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009

OBJEKTIF

Membincangkan tentang

konsep data dan maklumat

Membincangkan tentang kebaikan dan kelemahan Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Membincangkan tentang pendekatan pangkalan data

Membuat perbandingan sistem pangkalan data dengan sistem pemprosesan fail

Mengenali peranan dalam persekitaran pangkalan data

(1)

Page 2: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

1.1 Pengenalan

Data dan Maklumat

Data ialah koleksi fakta mentah yang tidak diproses, iaitu teks, nombor, imej, audio dan

video.

Maklumat ialah data yang disusun, bermakna dan berguna kepada 1 / 2 orang

Contoh : bila data seperti kod kursus, jam kredit kursus dan gred disusun dalam bentuk

laporan, maka pelajar tersebut mempunyai maklumat.

Komputer memproses data untuk menghasilkan maklumat.

Pengguna (User) – seseorang yang berkomunikasi dengan komputer / menggunakan

maklumat yang dihasilkan.

Perkakasan (Hardware) – elektrik, elektronik, dan kelengkapan mekanikal yang

melengkapkan computer.

Perisian (Software) – siri arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk

melaksanakan tugas.

Tanpa perisian, kebanyakkan perkakasan tidak berguna.

Perkakasan perlu arahan dari perisian untuk proses data ke dalam maklumat.

1.2 Sistem Pemprosesan Fail

Sebelum komputer digunakan rekod-rekod disimpan di dalam fail-fail elektronik

yang berasingan.

Terdapat beberapa kelemahan seperti :

o Perulangan Data – data yang tidak berpusat boleh menimbulkan

perulangan data yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya:

Lewahan Data – menyebabkan pembaziran ruang simpanan dan

masa masukan data. Ia juga boleh menimbulkan masalah yang

lebih besar, iaitu ketakselarasan data

Ketakselarasan Data – apabila data yang sama disimpan dalam

beberapa fail yang berbeza, boleh menyebabkan kesilapan apabila

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009

MenerimaData

ProsesMaklumat

Penyimpanan

(2)

Page 3: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

nilai data dalam satu fail diubah tetapi nilainya dalam fail yang lain

tidak diubah dalam proses kemaskini.

Kawalan Data yang Lemah – sukar untuk menguatkuasakan satu

piawaian untuk data

o Pengasingan data – jika data disimpan secara berasingan adalah sukar

untuk mencapai maklumat yang memerlukan gabungan dua atau lebih fail.

o Kebergantungan/Kebersandaran Format Data – Struktur storan dan

format fail ditakrifkan dalam kod atur cara penggunaan. Jika format fail

diubah, atur cara penggunaan juga perlu diubah atau ditulis semula.

o Ketakserasian fail – Format fail yang diproses oleh satu bahasa

pengaturcaraan adalah berlainan daripdad format fail yang diproses oleh

satu bahasa pengaturcaraan

o Kurang perkongsian data – data yang disimpan tidak dikongsi

menyebabkan pengguna tidak dapat melihat perkaitan di antara data dalam

bentuk yang mudah difahami.

o Kurang anjal

1.3 Pendekatan Pangkalan Data

Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan dalam konsep fail, pendekatan pangkalan data

telah dihasilkan berdasarkan dua asas utama:

o Pangkalan Data

o Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

1.3.1 Pangkalan Data

Pangkalan data merupakan kumpulan data yang disimpan di dalam format piawai

tertentu, direka bentuk untuk dikongsi oleh pelbagai pengguna.

1.3.2 Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) merupakan sistem perisian yang

membolehkan pengguna menakrif, mencipta, menyelenggara dan mengawal capaian

pangkalan data.

(3)

Page 4: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

1.3.3 Komponen dalam Persekitaran Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Terdapat lima komponen penting dalam persekitaran sistem pengurusan pangkalan

data:

1. Perkakasan - merupakan komponen fizikal sesuatu sistem komputer yang

digunakan untuk memasukkan, memproses dan menyimpan data. Terdiri

daripada peranti input,peranti output,unit sistem dan peranti-peranti yang lain

yang dikawal oleh perisian

2. Perisian - juga dikenali sebagai program/aturcara yang dilaksanakan oleh

komputer . Merupakan langkah demi langkah yang memberitahu komputer

bagaimana melaksanakan tugas.

3. Data – fakta mentah yang belum diproses . Ia boleh didapati dalam bentuk

kertas, elektronik atau bentuk lain yang akan diproses oleh komputer. Data

mengandungi fakta dan angka mentah yang diproses kepada maklumat.Data

mentah yang disimpan di dalam fail yang dijanakan kepada maklumat.

4. Tatacara(prosedur) – juga dikenali sebagai peraturan atau arahan yang

dikenakan bagi mengawasi reka bentuk dan penggunaan dalam sistem

pangkalan data

5. Orang – terbahagi kepada lima:

1.4 Peranan dalam Persekitaran Pangkalan Data

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 (4)

Page 5: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

Pentadbir Data – bertanggungjawab dalam pengurusan perancangan data dalam

sesebuah organisasi

Pentadbir Pangkalan Data – bertanggungjawab dalam merekabentuk dan

menyelenggara pangkalan data daripada peringkat perancangan hinggalah kepada

implementasi fizikalnya

Perekabentuk Pangkalan Data – bertanggungjawab dalam merekabentuk model

logikal dan seterusnya membangunkan pangkalan data fizikal.

Pembangun Aplikasi – bertanggungjawab menulis aturcara bagi melaksanakan

fungsi-fungsi tertentu dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data mengikut

spesifikasi/kehendak yang diberi oleh Pentadbir Pangkalan Data dan Pengguna

Pengguna Akhir – terdiri dari

Pengguna yang kurang mahir – pengguna yang berinteraksi dengan sistem

berdasarkan pertanyaan menu

Pengguna yang mahir – pengguna yang cekap berinteraksi dengan sistem dan

perlaksanaan sesuatu sistem

1.5 Kebaikan dan Kelemahan dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Kebaikan

Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi.

Data lebih selaras dan konsisten

Lebih maklumat dapat dihasilkan daripada jumlah data yang sama.

Perkongsian data di antara individu atau jabatan kerana data dimiliki oleh organisasi

dan bukan individu atau jabatan tertentu.

Integriti data lebih baik.

Keselamatan data yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan dan penyulitan

Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan pengendalian

data berpusat.

Lebih ekonomi dari segi aspek tenaga manusia, storan dan kos.

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 (5)

Page 6: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

Pengurangan konflik di antara pengguna kerana data terletak di bawah pengurusan

DBA

Kesediaan data yang lebih baik disebabkan DBMS menyediakan kemudahan

pertanyaan dan penjanaan laporan yang mudah

Produktiviti yang lebih tinggi

Khidmat baik pulih dan sokongan yang lebih baik

Keserentakan yang lebih baik

Keburukan

Kekompleksan proses pembangunan sistem

Saiz DBMS agak besar dan melibatkan storan yang banyak

Kos pembinaan DBMS dan penyediaan perkakasan lain adalah tinggi

Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada

sistem pangkalan data adalah tinggi

Kesan kegagalan adalah tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung

kepada DBMS.

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 (6)

Page 7: BAB 1memberfiles.freewebs.com/28/13/60531328/documents/BAB 1... · Web viewKebaikan Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi. Data lebih selaras dan

DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Data dan Maklumat?

2. Untuk menukarkan data kepada maklumat, beberapa kendalian perlu dibuat terhadap

data, nyatakan kendalian-kendalian tersebut dan terangkan bagaimana ia menukarkan

data kepada maklumat.

3. Berikan tiga kelemahan sistem pemprosesan fail.

4. Berikan dua contoh sistem pangkalan data yang anda ketahui?

5. Jelaskan lima komponen dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data.

6. Bincangkan peranan bagi individu berikut dalam Persekitaran Pangkalan Data:

a. Pentadbir Pangkalan Data:

b. Pengguna Akhir:

7. Jelaskan konsep ”Hak Kuasa” dalam fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data. Berikan

contoh.

8. Nyatakan dua kebaikan Sistem Pengurusan Pangkalan Data

9. Nyatakan dua kelemahan Sistem Pengurusan Pangkalan Data

10. Mengapakah kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa

kepada sistem pangkalan data adalah tinggi dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data?

Bincangkan.

Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009

Latihan Ulangkaji :Bab 1 – Pengenalan Pangkalan Data

(7)