DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
BAB 1PENGENALAN
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009
OBJEKTIF
Membincangkan tentang
konsep data dan maklumat
Membincangkan tentang kebaikan dan kelemahan Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Membincangkan tentang pendekatan pangkalan data
Membuat perbandingan sistem pangkalan data dengan sistem pemprosesan fail
Mengenali peranan dalam persekitaran pangkalan data
(1)
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
1.1 Pengenalan
Data dan Maklumat
Data ialah koleksi fakta mentah yang tidak diproses, iaitu teks, nombor, imej, audio dan
video.
Maklumat ialah data yang disusun, bermakna dan berguna kepada 1 / 2 orang
Contoh : bila data seperti kod kursus, jam kredit kursus dan gred disusun dalam bentuk
laporan, maka pelajar tersebut mempunyai maklumat.
Komputer memproses data untuk menghasilkan maklumat.
Pengguna (User) – seseorang yang berkomunikasi dengan komputer / menggunakan
maklumat yang dihasilkan.
Perkakasan (Hardware) – elektrik, elektronik, dan kelengkapan mekanikal yang
melengkapkan computer.
Perisian (Software) – siri arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk
melaksanakan tugas.
Tanpa perisian, kebanyakkan perkakasan tidak berguna.
Perkakasan perlu arahan dari perisian untuk proses data ke dalam maklumat.
1.2 Sistem Pemprosesan Fail
Sebelum komputer digunakan rekod-rekod disimpan di dalam fail-fail elektronik
yang berasingan.
Terdapat beberapa kelemahan seperti :
o Perulangan Data – data yang tidak berpusat boleh menimbulkan
perulangan data yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya:
Lewahan Data – menyebabkan pembaziran ruang simpanan dan
masa masukan data. Ia juga boleh menimbulkan masalah yang
lebih besar, iaitu ketakselarasan data
Ketakselarasan Data – apabila data yang sama disimpan dalam
beberapa fail yang berbeza, boleh menyebabkan kesilapan apabila
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009
MenerimaData
ProsesMaklumat
Penyimpanan
(2)
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
nilai data dalam satu fail diubah tetapi nilainya dalam fail yang lain
tidak diubah dalam proses kemaskini.
Kawalan Data yang Lemah – sukar untuk menguatkuasakan satu
piawaian untuk data
o Pengasingan data – jika data disimpan secara berasingan adalah sukar
untuk mencapai maklumat yang memerlukan gabungan dua atau lebih fail.
o Kebergantungan/Kebersandaran Format Data – Struktur storan dan
format fail ditakrifkan dalam kod atur cara penggunaan. Jika format fail
diubah, atur cara penggunaan juga perlu diubah atau ditulis semula.
o Ketakserasian fail – Format fail yang diproses oleh satu bahasa
pengaturcaraan adalah berlainan daripdad format fail yang diproses oleh
satu bahasa pengaturcaraan
o Kurang perkongsian data – data yang disimpan tidak dikongsi
menyebabkan pengguna tidak dapat melihat perkaitan di antara data dalam
bentuk yang mudah difahami.
o Kurang anjal
1.3 Pendekatan Pangkalan Data
Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan dalam konsep fail, pendekatan pangkalan data
telah dihasilkan berdasarkan dua asas utama:
o Pangkalan Data
o Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
1.3.1 Pangkalan Data
Pangkalan data merupakan kumpulan data yang disimpan di dalam format piawai
tertentu, direka bentuk untuk dikongsi oleh pelbagai pengguna.
1.3.2 Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) merupakan sistem perisian yang
membolehkan pengguna menakrif, mencipta, menyelenggara dan mengawal capaian
pangkalan data.
(3)
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
1.3.3 Komponen dalam Persekitaran Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Terdapat lima komponen penting dalam persekitaran sistem pengurusan pangkalan
data:
1. Perkakasan - merupakan komponen fizikal sesuatu sistem komputer yang
digunakan untuk memasukkan, memproses dan menyimpan data. Terdiri
daripada peranti input,peranti output,unit sistem dan peranti-peranti yang lain
yang dikawal oleh perisian
2. Perisian - juga dikenali sebagai program/aturcara yang dilaksanakan oleh
komputer . Merupakan langkah demi langkah yang memberitahu komputer
bagaimana melaksanakan tugas.
3. Data – fakta mentah yang belum diproses . Ia boleh didapati dalam bentuk
kertas, elektronik atau bentuk lain yang akan diproses oleh komputer. Data
mengandungi fakta dan angka mentah yang diproses kepada maklumat.Data
mentah yang disimpan di dalam fail yang dijanakan kepada maklumat.
4. Tatacara(prosedur) – juga dikenali sebagai peraturan atau arahan yang
dikenakan bagi mengawasi reka bentuk dan penggunaan dalam sistem
pangkalan data
5. Orang – terbahagi kepada lima:
1.4 Peranan dalam Persekitaran Pangkalan Data
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 (4)
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
Pentadbir Data – bertanggungjawab dalam pengurusan perancangan data dalam
sesebuah organisasi
Pentadbir Pangkalan Data – bertanggungjawab dalam merekabentuk dan
menyelenggara pangkalan data daripada peringkat perancangan hinggalah kepada
implementasi fizikalnya
Perekabentuk Pangkalan Data – bertanggungjawab dalam merekabentuk model
logikal dan seterusnya membangunkan pangkalan data fizikal.
Pembangun Aplikasi – bertanggungjawab menulis aturcara bagi melaksanakan
fungsi-fungsi tertentu dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data mengikut
spesifikasi/kehendak yang diberi oleh Pentadbir Pangkalan Data dan Pengguna
Pengguna Akhir – terdiri dari
Pengguna yang kurang mahir – pengguna yang berinteraksi dengan sistem
berdasarkan pertanyaan menu
Pengguna yang mahir – pengguna yang cekap berinteraksi dengan sistem dan
perlaksanaan sesuatu sistem
1.5 Kebaikan dan Kelemahan dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Kebaikan
Mengawal keberulangan data kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi.
Data lebih selaras dan konsisten
Lebih maklumat dapat dihasilkan daripada jumlah data yang sama.
Perkongsian data di antara individu atau jabatan kerana data dimiliki oleh organisasi
dan bukan individu atau jabatan tertentu.
Integriti data lebih baik.
Keselamatan data yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan dan penyulitan
Piawaian data dapat dilaksanakan disebabkan konsep perkongsian dan pengendalian
data berpusat.
Lebih ekonomi dari segi aspek tenaga manusia, storan dan kos.
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 (5)
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
Pengurangan konflik di antara pengguna kerana data terletak di bawah pengurusan
DBA
Kesediaan data yang lebih baik disebabkan DBMS menyediakan kemudahan
pertanyaan dan penjanaan laporan yang mudah
Produktiviti yang lebih tinggi
Khidmat baik pulih dan sokongan yang lebih baik
Keserentakan yang lebih baik
Keburukan
Kekompleksan proses pembangunan sistem
Saiz DBMS agak besar dan melibatkan storan yang banyak
Kos pembinaan DBMS dan penyediaan perkakasan lain adalah tinggi
Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa kepada
sistem pangkalan data adalah tinggi
Kesan kegagalan adalah tinggi kerana pengguna dan aplikasi amat bergantung
kepada DBMS.
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009 (6)
DDC 2483: PANGKALAN DATA Bab 1 Pengenalan Pangkalan Data
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Data dan Maklumat?
2. Untuk menukarkan data kepada maklumat, beberapa kendalian perlu dibuat terhadap
data, nyatakan kendalian-kendalian tersebut dan terangkan bagaimana ia menukarkan
data kepada maklumat.
3. Berikan tiga kelemahan sistem pemprosesan fail.
4. Berikan dua contoh sistem pangkalan data yang anda ketahui?
5. Jelaskan lima komponen dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data.
6. Bincangkan peranan bagi individu berikut dalam Persekitaran Pangkalan Data:
a. Pentadbir Pangkalan Data:
b. Pengguna Akhir:
7. Jelaskan konsep ”Hak Kuasa” dalam fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data. Berikan
contoh.
8. Nyatakan dua kebaikan Sistem Pengurusan Pangkalan Data
9. Nyatakan dua kelemahan Sistem Pengurusan Pangkalan Data
10. Mengapakah kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem fail biasa
kepada sistem pangkalan data adalah tinggi dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data?
Bincangkan.
Disediakan oleh NHI JPSK Sem II 2008/2009
Latihan Ulangkaji :Bab 1 – Pengenalan Pangkalan Data
(7)