bab 1 sejarah permasalahan rumah kos rendah

4
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya Bab 1 Sejarah rumah pangsa kos rendah Kuala Lumpur telah mengalami perkembangan ekonomi yang baik sejak lepas merdeka. Sejajar dengan itu, telah berlakunya banyak migrasi penduduk dari luar bandar ke ibukota ini untuk mencari rezeki. Pada mulanya kawasan perumahan untuk penduduk di Kuala Lumpur adalah rumah teres. Apabila nilai tanah semakin tinggi, tambahan pula permintaan rumah kediaman yang mendesak, system perumahan secara vertical atau secara pangsa menjadi jalan penyelesaian terbaik. Sejarah rumah pangsa kos rendah yang pertama dibina di Kuala Lumpur bermula dengan Rumah Pangsa Melati yang terletak di persimpangan di Jalan Shaw/ Jalan Loke Yew pada tahun 1958. Rumah pangsa satu blok Sembilan tingkat ini memounyai 220 unit rumah dengan dua bilik tidur setiap unit dan juga mempunyai 12 unit kedai di tingkat bawah 1 Nabi Muhammad (s.a.w) menyifatkan rumah sebagai tempat yang mempunyai ‘privacy’ sebagai masjid, sebagai tempat melayani tetamu dan bermasyarakat, tempat menyambut kelahiran, tempat perkahwinan dan akhir sekali tempat persiapan mayat sebelum dikebumikan. Definasi rumah kos rendah menurut CIDB ialah rumah- rumah yang dijual dengan 1 Berita Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mac 2005 m.s 4 4

Upload: nizam-hajizan

Post on 11-Apr-2017

233 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 sejarah permasalahan rumah kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya

Bab 1

Sejarah rumah pangsa kos rendah

Kuala Lumpur telah mengalami perkembangan ekonomi yang baik sejak lepas

merdeka. Sejajar dengan itu, telah berlakunya banyak migrasi penduduk dari luar bandar

ke ibukota ini untuk mencari rezeki. Pada mulanya kawasan perumahan untuk penduduk

di Kuala Lumpur adalah rumah teres. Apabila nilai tanah semakin tinggi, tambahan pula

permintaan rumah kediaman yang mendesak, system perumahan secara vertical atau

secara pangsa menjadi jalan penyelesaian terbaik.

Sejarah rumah pangsa kos rendah yang pertama dibina di Kuala Lumpur bermula

dengan Rumah Pangsa Melati yang terletak di persimpangan di Jalan Shaw/ Jalan Loke

Yew pada tahun 1958. Rumah pangsa satu blok Sembilan tingkat ini memounyai 220 unit

rumah dengan dua bilik tidur setiap unit dan juga mempunyai 12 unit kedai di tingkat

bawah1

Nabi Muhammad (s.a.w) menyifatkan rumah sebagai tempat yang mempunyai

‘privacy’ sebagai masjid, sebagai tempat melayani tetamu dan bermasyarakat, tempat

menyambut kelahiran, tempat perkahwinan dan akhir sekali tempat persiapan mayat

sebelum dikebumikan.

Definasi rumah kos rendah menurut CIDB ialah rumah-rumah yang dijual dengan

harga tidak melebihi RM 25,000.00 seunit atau pun apa-apa harga yang akan

ditentukan oleh kerajaan dari masa ke semasa khusus untuk golongan berpendapatan

rendah. Antara cirri-ciri rumah kos rendah ialah sekurang-kurangnya mempunyai tiga

bilik tidur, mempunyai keluasan lantai tidak kurang dari 60m persegi yang diukur

mengikut garis tengah dinding luar dan tidak termasuk ruang anjung dan serambi, ruang

tamu dan ruang makan, dapur, bilik mandi dan tandas.

Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengeluarkan standard

piawaian perumahan kos rendah bagi mememastikan pembangunan perumahan kos

rendah yang lebih sempurna dan komprehensif. Piawaian ini dapat memberikan kesan

terhadap usaha-usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan alam

persekitaran terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Piawaian tersebut

terbahagi kepada dua bahagian iaitu, standard perancangan dan standard rekabentuk.

1 Berita Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Mac 2005 m.s 4

4

Page 2: Bab 1 sejarah permasalahan rumah kos rendah

Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya

Terdapat dua jenis iaitu rumah jenis teres dan rumah jenis pangsa. Rumah kos

rendah jenis teres biasanya dibina di kawasan luar bandar dimana harga tanah di kawasan

tersebut masih rendah dan dapat menampung harga yang telah ditetapkan kerajaan.

Manakala rumah pangsa kos rendah jenis pangsa pula lebih sesuai di kawasan bandar

kerana dengan kawasan tanah yang agak terhad, banyak unit rumah pangsa jenis ini dapat

dibina. Tambahan pula, sekarang ini sedang berlangsung kempen setinggan sifar oleh

kerajaan Selangor, maka permintaan rumah pangsa kos rendah jenis ini menjadi semakin

tinggi.

Nurizan Yahya (2006) dari Universiti Putra Malaysia mengatakan pada tahap

perancangan dan pelaksanaan, penekanan diberikan pada harga rumah yang

membayangkan bilangan, jenis reka bentuk, saiz dan kualiti rumah tersebut. Perkara

pokok yang diambil kira ialah harga atau kemampuan penghuni untuk membayar dan

rumah dibina di atas asas tersebut. Namun begitu rumah sebagai keperluan asasi, perlu

direka bentuk dan dibina dengan mengambil kira kelangsungan dan menghormati cara

hidup penghuninya.

1.0 Kajian mengenai permasalahan

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, terdapat dua permasalaan utama yang

dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah pangsa kos rendah di lembah Kelang iaitu

pertama, masalah berkaitan dengan kemasyarakatan dan budaya. Masalah kedua ialah

masalah dari segi perancangan dan senibina.

Permasalahan berkaitan dengan kemasyarakatan dan budaya boleh dibahagikan

kepada masalah melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan, masalah melakukan aktiviti-

aktiviti kemasyarakatan, masalah sosial, keselamatan, kesihatan dan budaya. Manakala

permasalahan dari segi perancangan dan senibina pula ialah dari segi mutu kerja,

ketahanan dan kualiti, keselamatan, persekitaran rumah, rekabentuk dan perancangan,

penyediaan pelbagai kemudahan

5