bab 1 peta minda

13
1 REAKSI PENDUDUK EKONOMI DASAR PEMERINTAHAN SOSIAL 1. PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN KEDATANGAN JEPUN POLITIK

Upload: cikgurosle

Post on 01-Jan-2016

587 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Peta Minda

1

REAKSI PENDUDUK

EKONOMI DASAR PEMERINTAHAN

SOSIAL

1. PENDUDUKAN JEPUN DI

NEGARA KITA

PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN KESAN PEMERINTAHAN TENTERA

JEPUN

KEDATANGAN JEPUN POLITIK

Page 2: Bab 1 Peta Minda

2

SLOGAN

Jepun telah menggunakan propaganda untuk

mempengaruhi penduduk Negara Asia Tenggara sebelum

menyerang Asia Tenggara.

Slogan “Asia Untuk Orang Asia”, “Semangat Asia” dan

Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”

merupakan strategi yang berkesan sehingga kehadiran

tentera Jepun tidak dianggap sebagai penjajah baru

menggantikan British.

PERLUASAN KUASA JEPUN

pertambahan penduduk menyebabkan tanah pertanian berkurangan.

Jepun memerlukan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan

getah.

Memerlukan pasaran baru bagi memasarkan hasil perindustriannya.

KEMARAAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera

Jepun secara serentak mendarat di Thailand (Singgora dan

Pattani) dan Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941.

Tentera Jepun berpecah kepada dua, satu pasukan mara ke

Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui

persisiran pantai barat, manakala pasukan yang mendarat di

Kota Bharu mara ke selatan menyusur negeri-negeri pantai

timur.

Di Sarawak, tentera Jepun mendarat dari pangkalan tenteranya

di Cam Ranh (Vietnam), pasukan pertama mara ke Kuching

kemudian ke Sibu, manakala pasukan kedua mara ke Sabah

melalui Labuan kemudian ke Sandakan.

KEDATANGAN JEPUN

PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

Pemerintahan Jepun di Tanah

Melayu bercorak Ketenteraan.

KEBANGKITAN JEPUN (MAHARAJA MIKADO

MEIJI)

Kebangkitan Jepun bermula dengan pemerintahan

Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868.

Meiji telah menggerakkan pemulihan yang

menekankan permodenan dan perindustrian

dengan menjadikan Negara barat sebagai model.

Oleh kerana China mempunyai banyak bahan

mentah, ia menjadi sasaran awal perluasan kuasa

Jepun.

Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun

1905, mengangkat Jepun sebagai kuasa besar.

Page 3: Bab 1 Peta Minda

3

CARA KEMARAAN JEPUN

Menggunakan Bot

Tentera Jepun

menggunakan bot

menurunkan

tenteranya di kawasan

kapal yang tidak dapat

berlabuh.

Kemusnahan akibat Peperangan 1. Peperangan telah membawa kepada kemusnahan prasarana, sumber

ekonomi dan bangunan.

2. British telah menggunakan taktik “Bumi Hangus “ sebelum

berundur dengan memusnahkan jambatan, jalan raya, ladang-ladang

dan kawasan perlombongan, tujuannya untuk melengah-lengahkan

kemaraan tentera Jepun.

3. Di Sarawak, British melaksanakan taktik “Bumi Hangus” dengan

membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-

dokumen kerajaan.

4. Kemusnahan akibat peperangan di Tanah Melayu telah turut

memusnahkan impian Jepun untuk menguasai bahan mentah di

Negara kita.

Perjuangan Laftenan Adnan

Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan

telah mengetuai pasukannya bermati-matian

mempertahankan tanah air.

Beliau akhirnya gugur semasa mempertahankan

tanah air di Bukit Gap, Singapura.

Sepuluh minggu selepas Jepun mendarat, seluruh

Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke

tangan Jepun.

Kereta Kebal

Menggunakan kereta kebal

penggempur memaksa tentera

British berundur. Tentera

Jepun juga menggunakan

kereta kebal kecil dan ringan

yang lebih mudah

dikendalikan.

Kapal Terbang

Menggunakan kapal

terbang untuk

menyerang tentera

British, di samping

memberi perlindungan

kepada tentera darat

Jepun.

Basikal

Tentera Jepun

menggunakan basikal

mempercepatkan

pergerakan mereka

tanpa disedari oleh

pihak British.

Page 4: Bab 1 Peta Minda

4

Faktor Kejayaan Jepun mengalahkan

Brtish di Tanah Melayu

Perancangan Awal

Gunakan Propaganda

Menjalankan risikan

Kelengkapan Perang Tentera

Kapal terbang pejuang

moden

Gunakan kereta kebal

Pakatan Jepun – Thailand

Thailand memberi laluan

mendaratkan tenteranya.

Jepun janji serahkan NMU

kepada Thailand

Kelemahan Tentera

British

Tidak bersedia

Kurang latihan

Askar India ubah

sikap

Tumpuan

pertahanan di

Singapura

Taktik Serangan Jepun

Memusnahkan Pearl

Habour pengkalan utama

tentera Amerika di Asia

Pasifik

Tumpukan serangan dari

utara

Semangat Tentera Jepun

Berjuang untuk kemegahan

Rela mati demi Maharaja

Berpengalaman terlibat dalam

Perang China –Jepun

Peranan KMM

Membantu sebarkan propaganda

Jepun.

Memberi maklumat risikan

Menjadi penunjuk arah semasa

kemaraan Jepun

Page 5: Bab 1 Peta Minda

5

ketenteraan

Mengamalkan pemerintahan tentera di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak..

Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)

Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan)

Pentadiran Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan di bawah

satu pentadbiran pusat diketuai oleh pengarah Agung di

Singapura

Di bawah pentadbiran pusat diikuti oleh pentadbiran wilayah

yang terdiri daripada negeri-negeri.

Pentadbiran Wilayah diketuai oleh gabenor Wilayah..

Negeri-negeri Melayu Utara

Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu

diserahkan kepada Negara Thailand menghargai

kerjasama Negara tersebut kepada Jepun

Dasar Pemerintahan Jepun

Digabungkan di bawah satu unit pentadbiran pusat iaitu

pentadbiran Borneo Utara.

Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral beribu

pejabat di Kuching.

Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah

Sabah dibahagikan kepada dua wilayah.

Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah.

Sabah, Sarawak dan Brunei

Page 6: Bab 1 Peta Minda

6

Orang Melayu

Dilayan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka

Orang Cina

Dilayan dengan kasar kerana menyokong Negara

China dalam perang China Jepun.

Orang India

Dilayan baik kerana inginkan kerjasama mereka

mengahalau British di India

Dasar yang diperkenalkan bertujuan untuk mencapai matlamat penjajahan mereka.

Penduduk tidak boleh menyuarakan pendapat mereka.

Kebajikan penduduk tidak dijaga.

Dasar yang diperkenalkan mempunyai muslihat yang tertentu.

Apabila hampir kalah, barulah dasar yang lebih bermanfaat diperkenalkan untuk mendapatkan

sokongan rakyat apabila British kembali semula.

DASAR POLITIK

Kedudukan Sultan

Bukan pemerintah negeri.

Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat melayu

Diberi elaun sama semasa pemerintahan British

Status Tanah Melayu

Menjadi tanah jajahan

Majlis Agama Islam

Ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.

PENJEPUNAN DAN SOSIAL

Pengaruh Barat dan China

Menutup sekolah Inggeris dan Cina untuk menghapuskan pengaruh

mereka.

Kesetiaan terhadap Jepun

Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun.

Kamigayo Lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan setiap pagi di sekolah

Penggalakan budaya Jepun

Nippon-Go menjadi bahasa pengantar di sekolah

Cuti berdasarkan hari-hari perayaan Jepun

Dasar Pentadbiran Jepun

EKONOMI

Eksploitasi Ekonomi

Ekonomi dimajukan untuk menampung perbelanjaan perang

dan kegiatan industri Jepun.

Mata Wang

Diperkenalkan (Wang Pokok Pisang)

Pengenalan ekonomi kawalan

Mengiatkan ekonomi sara diri untuk makanan harian.

Catuan makanan untuk menampung kekurangan makanan

Layanan istimewa kepada Syarikat Jepun (kaisha)

Page 7: Bab 1 Peta Minda

7

Orang Melayu

Tidak menentang dan ada sebahagian mengalu-alukan

kedatangan..

Mereka terpengaruh dengan slogan Jepun..

Mereka diberi layanan baik oleh Jepun.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim

Yaakob mengadakan pakatan sulit dengan harapan akan diberi

kemerdekaan oleh Jepun.

Sokongan tidak kekal kerana dasar ketenteraan Jepun

menyusahkan rakyat.

Slogan hanya untuk kepentingan mereka dan Tanah Melayu tidak

diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan, sebaliknya menjadi

tanah jajahan.

Negeri-negeri Melayu Utara pula diserahkan kepada Thailand.

Pada awal pendudukan Jepun, kedudukan Raja-Raja Melayu

tidak diiktiraf.

KMM juga diharamkan oleh Jepun.

Orang Cina

Dipengaruhi oleh Perang China-Jepun 1937.

Kebanyakan mereka terlibat dalam gerakan anti

Jepun.

Mereka memulaukan barangan Jepun dan memungut

derma untuk membantu Negara China.

Ada pemuda Cina kembali ke Negara China untuk

menyertai peperangan.

Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, Orang

Cina dilayan kasar dan ada yang dibunuh.

Ada orang Cina menyokong Jepun untuk

kepentingan perniagaan

Reaksi Penduduk

Mendapat layanan baik kerana Jepun memerlukan

sokongan mengusir British di India.

Jepun mempengaruhi orang Inida supaya bekerjasama

dengan mereka mengusir British.

Jepun telah mendorong penubuhan Liga Kemerdekaan

India, sebahagian besar orang Inida menyertainya.

Orang India

Page 8: Bab 1 Peta Minda

8

Berikutan tindakan kejam

Jepun maka muncullah gerakan

anti Jepun.

Bergerak secara gerila dan ada

yang mendapat sokongan British

Gerila Kinabalu

Dipimpin oleh Albert Kwok.

Melancarkan pemberontakan

“Double Tenth” menentang Jepun-

gagal.

Pasukan Gerila Datu Mustapha

Menjalankan gerakan penentangan

di Kudat

Force 136

Ditubuhkan oleh tentera Bersekutu di

Pahang, Johor dan Kedah.

Anggotanya mendapat latihan tentera

bersekutu di Sri Lanka

MPAJA

Ditubuhkan oleh PKM

Bekerjasama dengan British

mendapat bantuan kewangan,

senjata dan latihan ketenteraan.

Menggunakan taktik perang gerila

Pasukan Wataniah Pahang

Pemerintah Kehormatnya Sultan

Pahang.

Pasukan Wataniah Pahang diketuai

oleh Yeop Mahidin.

Askar Melayu Setia (AMS)

Melancarkan perang gerila.

Bekerjasama dengan Force 136.

Pasukan Gerila di Sandakan

Menjalankan gerakan penentangan

di Sandakan

Penentangan di persisir pantai Sarawak

Menjalankan gerakan membantu

tentera bersekutu mengusir tentera

Jepun di sarawak

Page 9: Bab 1 Peta Minda

9

Menjelang 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah kalah, Jepun enggan.

Pada 6 Ogos 1945, tentera Bersekutu telah menggugurkan bom atom di Hroshima.

Pada 9 Ogos 1945, bom atom digugurkan di Nagasaki.

Pada 15 Ogos 1945, Jeneral Seishiro Itagaki menyerah kalah kepada tentera

Bersekutu tanpa syarat.

Pada 10 September, pemerintah tentera Jepun ke-37 di Borneo Masao Baba

menyerah kalah di Surrender point, Labuan

Kesan Politik

Pendudukan Jepun telah menyemarakkan

semangat kebangsaan di kalangan

penduduk tempatan.

Slogan “Asia Untuk Orang Asia” berjaya

mempengaruhi penduduk tempatan untuk

menolak penjajahan.

Kegiatan Politik di Tanah Melayu diawasi.

Kebebasan bersuara disekat

Akhbar yang mencurigakan Jepun

diharamkan.

KMM juga diharamkan oleh Jepun pada

tahun 1942.

Semangat Kebangsaan semasa Jepun

mempunyai haluan berbeza mengikut

kaum.

Orang India berusaha untuk

memerdekakan India.

Orang Cina anti Jepun, menubuhkan

MPAJA dan bekerjasama dengan Force

136.

MPAJA dikenali dengan nama tentera

“Bintang Tiga” melambang tiga kaum

utama di Tanah Melayu

Bagi mengatasi kekurangan pegawai

awam, Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo

(Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk

melibatkan orang Melayu dalam

pentadbiran.

Antara yang terlibat (pegawai daerah)

i. Abang Haji Openg

ii. Kapten Mohd Salleh Haji

Sulaiman

Leftenan Kolonel PETA

i. Ibrahim Haji Yaakob

Dr Burhanuddin Alhelmy dilantik

sebagai Penasihat Kebudayaan dan adat

Istiadat Melayu

Datok Onn dilantik Pengawal makanan

Negeri Johor

Kesan Pemerintahan Tentera Jepun

Apabila menerima tekanan tentera

Bersekutu, Jepun memberi

kelonggaran kepada pertubuhan

politik seperti KMM.

Tanah Melayu dijanjikan

kemerdekaan bersama-sama

Indonesia.

KRIS ditubuhkan untuk mencapai

matlamat tersebut

Page 10: Bab 1 Peta Minda

10

Kesan Ekonomi Semasa

Pendudukan Jepun

Penderitaan hidup menyebabkan

penduduk menjadi kreatif dan banyak

menghasilkan bahan ciptaan baru

Kasut getah daripada getah keping,

kain daripada benang nanas telah

dihasilkan

Perusahaan tradisional seperti

membuat minyak kelapa, gula kelapa

dan rokok daun dihidupkan semula.

Ubat-ubatan tradisonal juga turut

menjadi penting.

Sebahagian besar penduduk sengsara.

Barang-barang keperluan sukar

diperoleh dan harga yang tinggi.

Ekonomi Tanah Melayu merosot.

Gaji pegawai kerajaan dikurangkan.

Kadar pengangguran meningkat.

Perdagangan antarabangsa terhenti

kerana sekatan ekonomi.

Kawalan kawasan menyebabkan

bahan mentah tidak dapat dieksport.

Ekonomi kawalan hanya

menguntungkan Jepun dan bukan

rakyat.

Amalan rasuah, menyorok barang

dan pasaran gelap meluas.

Inflasi berlaku kerana mata wang

Jepun dicetak tanpa kawalan.

Untuk mengatasi kekurangan makanan

Jepun telah mengenakan catuan.

Kad catuan diedarkan untuk

memastikan setiap keluarga mendapat

makanan seperti yang ditetapkan oleh

Jepun.

Ubi kayu dan keledek menjadi

makanan gantian.

Ada penduduk Bandar berpindah ke

luar Bandar untuk mencari kehidupan

yang lebih baik.

Page 11: Bab 1 Peta Minda

11

Kesan Sosial Semasa

Pendudukan Jepun

RUMUSAN

Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam

semua aspek kehidupan masyarakat di Negara kita.

Slogan Jepun hanyalah sekadar untuk mendapatkan

sokongan penduduk tempatan dan mencapai hasrat

mereka.

Semangat nasionalisme semakin berkembang di kalangan

rakyat tetapi berpaksi kepada Negara asal mereka.

Peperangan menyebabkan penduduk dalam

ketakutan

Perintah berkurung dan sekatan perjalanan

telah dikenakan.

Perasaan mencurigai antara satu sama lain

kerana bimbang dianggap anti Jepun.

Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun.

Kempetai sentiasa mencari sesiapa yang

bersalah.

Hukuman mati dan dera dijalankan di

khalayak ramai.

Ramai yang menjadi buruh paksa dan ada

penduduk Tanah Melayu menjadi buruh

paksa membina Jalan Kereta Api Maut di

sempadan Thailand-Burma.

Kemudahan kesihatan terjejas

teruk akibat peperangan.

Wabak penyakit merebak

disebakan kekurangan zat

makanan.

Kebuluran berleluasa dan bekalan

ubatan sukar diperoleh kerana

tidak dapat diimport.

Keadaan menjadi semakin buruk

apabila Jepun merampas ubat-

ubatan untuk kegunaan sendiri.

Page 12: Bab 1 Peta Minda

12

1.1 Pemerintahan tentera Jepun

1.1.1 Kedatangan Tentera Jepun

1. Maklumat di atas berkaitan perang antara Jepun dan Rusia. Apakah kesan kejayaan Jepun

mengalahkan Rusia? ( m/s 3)

A. kebangkitan semangat kebangsaan

B. perkembangan parti politik radikal

C. kemunculan fahaman politik sederhana

D. ia dianggap sebagai sebuah kuasa besar

2. Gambar di atas adalah Maharaja Jepun yang Memerintah dari tahun 1868 hingga tahun

1912. Sumbangan Meiji ke atas Jepun ialah (m/s 3)

A. Melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara

B. Melakukan pemulihan dengan menumpukan kepada permodenan

C. Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh masa sepuluh tahun

D. Menyeru rakyat Jepun berperang untuk membebaskan Asia

3. Mengapakah Jepun mewajibkan rakyat di Tanah Melayu mempelajari bahasa Jepun?

(m/s 7)

A. rakyat mudah berkomunikasi dengan Jepun

B. menyemaikan semangat cinta kepada Negara

C. menghapuskan pengaruh barat di Tanah Melayu

D. rakyat boleh berbahasa Jepun dan membantu pentadbiran Jepun

4. British melancarkan gerakan di atas semasa kemaraan Jepun di Borneo pada tahun 1942.

X dan Y ialah (m/s 10) klon 1999

I. Memusnahkan lombong bijih timah.

II. Memusnahkan dokumen kerajaan.

III. Membakar telaga minyak

IV. Memusnahkan ladang getah.

Dasar Bumi Hangus

X

Y

Perang Rusia-Jepun 1904-1905

Gambar Maharaja

Mikado Meiji

Page 13: Bab 1 Peta Minda

13