bab 1 pengenalan 1.1 pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( som dan mohd...

12
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit bagi memantapkan lagi sistem pendidikan Negara. Adalah diharapkan hasilnya nanti semua rakyat dapat menikmati dan berkongsi sama kemakmuran negara. Justeru itu para graduan lepasan universiti dapat dan dengan mudah mencari pekerjaan selepas keluar universiti nanti. Namun sekarang permintaan dan harapan dari sektor pekerjaan terutamanya industri adalah tinggi. Mereka mengharapkan graduan atau pencari-pencari pekerjaan sedia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang yang mereka akan disertai. Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad menyatakan Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga. Bagi menempuh perjalanan yang akan kita tentukan untuk generasi kedua, piawai baru perlu ditetapkan dan kejayaan perlu dicapai. Kenyataan Dr. Mahathir ini merupakan amanat yang penting bagi semua masyarakat di Malaysia terutama bagi generasi baru. Hal ini berikutan ucapkan beliau yang menyatakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, apa yang penting ialah semua warganegaranya menggunakan sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni minda dan bukan di antara dua bahu iaitu kekuatan atau apa juga yang berada di antara dua tapak kaki iaitu sember semula jadi.( Som & Mohd Dhalan, 1998).

Upload: trandieu

Post on 14-May-2018

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit bagi

memantapkan lagi sistem pendidikan Negara. Adalah diharapkan hasilnya nanti

semua rakyat dapat menikmati dan berkongsi sama kemakmuran negara. Justeru itu

para graduan lepasan universiti dapat dan dengan mudah mencari pekerjaan selepas

keluar universiti nanti. Namun sekarang permintaan dan harapan dari sektor

pekerjaan terutamanya industri adalah tinggi. Mereka mengharapkan graduan atau

pencari-pencari pekerjaan sedia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang

yang mereka akan disertai.

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad

menyatakan Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia

ketiga. Bagi menempuh perjalanan yang akan kita tentukan untuk generasi kedua,

piawai baru perlu ditetapkan dan kejayaan perlu dicapai. Kenyataan Dr. Mahathir ini

merupakan amanat yang penting bagi semua masyarakat di Malaysia terutama bagi

generasi baru. Hal ini berikutan ucapkan beliau yang menyatakan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara maju, apa yang penting ialah semua warganegaranya

menggunakan sepenuhnya apa yang terdapat di antara dua telinga yakni minda dan

bukan di antara dua bahu iaitu kekuatan atau apa juga yang berada di antara dua

tapak kaki iaitu sember semula jadi.( Som & Mohd Dhalan, 1998).

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

Dengan perkembangan maju di sektor perindustrian, lebih ramai tenaga

mahir diperlukan untuk menjalankan berbagai pekerjaan. Tenaga mahir yang

berkualiti dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan teknikal dan kejuruteraan.

Sistem pendidikan tersebut, yang berteraskan sains dan teknologi, akan menjamin

hasrat pemimpin dan rakyat untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara

perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020. Walau bagaimanapun, perubahan

yang berlaku dalam sektor pekerjaan sepatutnya membuat pendidikan teknikal dan

kejuruteraan turut berubah. Ianya untuk mencapai tahap yang sama dan seiring

dengan perubahan teknologi semasa dan terkini.

Justeru itu, bagi mencapai hasrat Wawasan 2020, segala urusan berkaitan

dengan pendidikan mestilah menjurus ke arah melahirkan insan yang seimbang dari

segi rohani, emosi, intelek dan jasmani seperti yang terdapat di dalam isi kandung

falsafah Pendidikan Negara (FPN) . Memang tidak dinafikan bahawa kejayaan dan

kemajuan sesebuah negara amat bergantung pada rakyat yang dapat menggunakan

kebijaksanaan dan mindanya, seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana menteri

Brazil, Luis Alberto Machado:

‘The level of development a country is determind, in considerable part, by the

level; of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998).

1.2 Latar belakang masalah

Setiap tahun beribu-ribu pelajar menamatkan alam pengajian semada di

universiti mahupun di sekolah. Mereka tamat pengajian atas dua sebab, semada gagal

atau telah lulus pengajian mereka yang lalu. Mereka seterusnya akan bertebaran

untuk memasuki pasaran buruh Negara.

Keperluan guna tenaga kejuruteraan dan teknikal yang semakin meningkat

telah memaksa institusi-institusi pendidikan dan latihan kejuruteraan dan teknikal

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

mencari jalan untuk menambah bilangan graduan yang telah dihasilkan. Dalam usaha

untuk menambah dan mempelbagaikan jenis graduan yang dikeluarkan, beberapa

pihak termasuk ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik telah menyarankan supaya

institusi-institusi berkenaan melonggarkan syarat-syarat kemasukan ke kursus-kursus

kejuruteraan. Mereka juga menyarankan agar mengurangkan mata pelajaran

berbentuk teori tetapi meningkatkan tumpuan pada mata pelajaran bercorak

kemahiran dan praktikal menurut Syed Abdul Kader Aljunid (1993).

Kegiatan perindustrian yang memerlukan kecekapan kemahiran, teknikal dan

pengurusan tertentu, bukanlah suatu bidang kegiatan tradisi di Malaysia. Kegiatan

perindustrian ini datang secara melimpah ke Malaysia dari luar negara. Kedudukan

sebegini mengejutkan sistem pendidikan negara dan pemikiran aliran pendidikan

teknik dan vokasional pada masa hadapan, kita wajar memberi perhitungan ke atas

kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan vokasional yang

ada. Sejauh manakah kedudukan semasa program latihan dapat menepati keperluan

perindustrian negara.

Datuk Seri Musa Mohammad sebagai Menteri Pendidikan memberi komen

berkenaan kebanyakan aduan mengenai mutu para graduan tempatan. Datuk Musa

berkata pihak universiti perlu meningkat kurikulum,terutamanya dalam bidang

kejuteraan dan kursus-kursus teknikal kerana para graduan hari ini perlu lebih

berpengetahuan dalam bidang-bidang yang mereka ceburi.

(The Star. 8 Julai 2003 ).

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn pula menyatakan bahawa

pihak Universiti Tempatan perlu mengkaji semula kurikulum untuk melahirkan para

graduan yang boleh dipasarkan. Tambahnya lagi bahawa kurikulum universiti

sepatutnya perlu memenuhi kehendak pihak majikan bagi meningkat kemahiran para

graduan yang akan memenuhi sektor pekerjaan apabila mereka telah tamat pengajian

masing-masing.( The Star , 30 June 2003 ).

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

1.3 Pernyataan masalah

Bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran, Kementerian Sumber

Manusia telah menyediakan latihan dan program melatih semula para pekerja untuk

bagi meningkat mutu kerja mereka. Datuk Dr. Fong Chan Onn menambah, atas-atas

sebab ini kerajaan telah memberi tumpuan bagi pembangunan sumber manusia,

bertujuan menghasilkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Program-program baru

juga telah direka untuk memenuhi permintaan industri masa kini.

( The Star , 2 July 2003).

Oleh itu Pengkaji ingin meninjau Persepsi pelajar-pelajar 4SPH (PKPG)

terhadap keperluan kemahiran penggunaan peralatan di dalam bengkel logam di

Fakulti Pendidikan. Kemahiran penggunaan peralatan di dalam bengkel logam

adalah penting semasa pelajar-pelajar ini menjalan aktiviti-aktiviti atau bagi

menyiapkan kerja kursus dan juga projek bagi mata pelajaran yang diikuti.

Kemahiran-kemahiran yang di peroleh semasa melakukan aktiviti ini penting untuk

mereka bagi mengajar kepada anak-anak murid mereka setelah kembali ke sekolah

nanti. Kita sering dengar dunia tanpa sempadan. Pembangunan dan Perubahan

teknologi yang begitu pesat secara tidak langsung tahap-tahap keperluan bengkel

juga tentunya juga berubah.

1.4 Objektif Kajian

Berdasar masalah ini objektif yang ingin pengkaji capai melalui kajian ini ialah

seperti berikut:

i. Untuk mengenal pasti kemahiran penggunaan peralatan tangan di

bengkel logam memenuhi keperluan industri.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

ii. Mengenal pasti penggunaan peralatan mesin-mesin oleh pelajar-pelajar

di bengkel logam dalam mata pelajaran komponen Kemahiran Hidup.

iii. Mengenal pasti kemahiran pelajar terhadap kaedah menyenggaraan

peralatan di bengkel logam Kemahiran Hidup yang terdapat dalam

komponen Kemahiran Hidup.

iv. Mengenal pasti pengamalan keselamatan mengguna peralatan dilakukan

di dalam bengkel logam.

v. Mengenal pasti kurikulum di dalam bengkel logam memenuhi keperluan

industri.

1.5 Persoalan kajian

i. Apakah pelajar-pelajar berkemahiran terhadap penggunaan peralatan

tangan di bengkel logam.

ii. Apakah pelajar-pelajar berkemahiran penggunaan peralatan mesin-

mesin di bengkel logam.

iii. Apakah kebolehan kemahiran menyenggaraan peralatan oleh pelajar-

pelajar di bengkel logam.

iv. Apakah pelajar-pelajar boleh mengguna peralatan bengkel dengan

selamat.

v. Apakah pandangan pelajar-pelajar terhadap kurikulum yang diajar di

bengkel logam.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Kementerian Pendidikan

Kajian ini di rasa penting kerana kita sedang menuju ke arah negara maju

sesuai dengan hasrat wawasan 2020. Malaysia kini mengorak langkah sebagai

salah sebuah negara perindustrian. Maklumat yang diperoleh hasil kajian ini

akan dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam kementerian pendidikan dan

institusi pendidikan bagi meningkat tindakan yang sewajarnya bagi meningkat

mutu pendidikan.

1.6.2 Pihak Industri.

Melalui kajian ini di harapkan kita akan dapat mengetahui sejauh manakah

penerimaan pihak industri memenuhi keperluan industri. Melalui kajian ini, jenis

dan bentuk latihan kemahiran yang diperlukan agar tidak berlaku pembaziran

dalam melatih pelajar-pelajar.

1.6.3 Pelajar.

Untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar, melalui kemahiran-

kemahiran yang mereka telah terima semasa menjalankan aktiviti-aktiviti

menyiapkan projek dan kerja kursus yang mereka ikuti di dalam bengkel logam

di Fakulti Pendidikan .

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

1.7 Batasan kajian

Kajian ini dilakukan adalah bagi melihat keperluan kemahiran penggunaan

peralatan bengkel Kemahiran Hidup (Bengkel Logam ) memenuhi keperluan

industri. Pelajar-pelajar yang di kaji ialah pelajar-pelajar PKPG SESI 2001/2001

Kemahiran Hidup UTM kerana mereka juga adalah guru-guru yang pernah mengajar

dan menggunakan bengkel Kemahiran Hidup (Bengkel Logam ) di sekolah dan juga

bengkel Kemahiran Hidup (Bengkel Logam ) Universiti Teknologi Malaysia.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini membawa pengertian

tersendiri. Definisi yang dibuat adalah merujuk maksud dalam konteks kajian ini

sahaja bagi memudahkan pembaca memahami istilah tersebut agar tidak keliru atau

salah tanggapan dengan istilah umum.

1.8.1 Kemahiran Hidup Bersepadu.

Kemahiran Hidup Bersepadu adalah kemahiran asas berfungsi yang

dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan bertindak mengendali hidup dengan

cara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa

berubah. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang kenal faham teknologi ,

kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat yakin diri, kreatif, inovatif dan produktif

dan boleh berinteraksi dengan baik.( Pusat Perkembangan Kurikulum , 1989 ).

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

1.8.2 Kemahiran Manupulatif.

Kemahiran Manupulatif membekal pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran praktis dalam bidang teknologi. Tujuannya ialah untuk membolehkan

pelajar berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang berorientasi teknologi

khususnya di tempat tinggal dan tempat kerja kelak. Komponen ini merangkumi

teknik operasi alat peralatan elektro mekanikal yang mudah, teknologi bahan aspek

dan kuantitatif. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ialah kerja buat sendiri

yang mudah berkaitan dengan binaan, pemasangan, penyenggaraan, baik pulih ,

unsur-unsur pengurusan diri dan perkebunan. Aspek pengiraan kos digabung jalin

dalam pembinaan projek. ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1989 ).

1.8.3 Industri

Industri bermaksud perusahaan secara besar-besaran untuk membuat

( menghasilkan, mengeluarkan ) barang-barang dalam konteks ini bermaksud kilang

atau bengkel yang berkaitan dengan kerja logam. (Kamus Dewan 1991).

1.8.4 Penyenggaraan.

Satu aktiviti khusus (Zulkepli Hj Muhamad, 1997) segala bentuk aktiviti yang

dilakukan bertujuan untuk memastikan sesebuah peralatan, mesin dan bangunan itu

sentiasa berada dalam keadaan yang membolehkan ia diguna dengan baik dan

berkesan (Yahya Abdul Hamid, 1998 ). Aktiviti yang dilakukan untuk memastikan

kelengkapan berada dalam keadaan beroperasi dengan baik. Penyenggaraan dan

pembaikan dapat menambah jangka hayat sesuatu kelengkapan kerana kerosakan

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

yang lebih buruk dapat dihindari mengenai sesuatu alat senggara seperti mengelola

dan mengurus.

1.8.5 Bengkel Logam

Perkataan ‘ bengkel’ adalah sebuah bangunan yang mempunyai kawasan di

mana mesin dan alat tangan ditempatkan untuk melakukan kerja termasuk bahan

kayu atau logam, mesin dan sebagainya. ( Pusat Perkembangan Kurikulum , 1989 ).

Kamus Dewan (1986). Adalah tempat membaiki kereta, kilang besi atau termasuk

ahli pertukangan kerja. Di dalam kajian bengkel yang dimaksudkan oleh pengkaji

adalah sebuah bangunan di mana terdapat barang –barang di dalam dilengkapi

dengan alat tangan dan mesin yang digunakan dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu.

1.8.6 Kemahiran.

Kamus Dewan (2002) menyatakan, kemahiran adalah berasal dari perkataan

mahir, yang bermaksud kecekapan atau kepandaian. Dalam kajian ini kemahiran

adalah kecekapan yang perlu ada pada individu untuk menjalankan tugasnya

berdasarkan kepada ilmu kepakaran yang sedia ada.

1.8.7 Kurikulum

Menurut Razali Arof (1991) , kurikulum bererti segala jenis pembelajaran

(konsep, kemahiran dan sebagainya) yang telah dirancang oleh sesuatu pihak dan

dipelajari oleh pelajar.Ini menunjukkan bahawa kurikulum adalah sesuatu yang

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

dirancang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

kalangan pelajar.

Egan, dalam Mohd. Salleh (1996), menyatakan bahawa kurikulum ialah isi

kandungan untuk dipelajari dan diperluaskan untuk memasuki konsep, kaedah atau

metodologi pengajaran.

1.8.8 Peralatan

Peralatan bermaksud boleh terdapat dalam bentuk kelengkapan boleh ubah

atau tetap, mesin, radas, perkakas, kit atau satu set barangan memenuhi syarat-syarat

berikut.

i. ianya mengekalkan rupa dan bentuk asal walaupun telah

digunakan.

ii. Ia nya tidak berbentuk habis guna, sekiranya bahagian

tertentunya rosak atau telah haus diguna maka bahagian yang

haus atau rosak itu sahaja yang diganti.

iii. Ia berbentuk pelaburan yang dianggap sebagai harta modal.

iv. Tidak hilang identitinya walaupun dipadu dengan bahagian-

bahagian atau unit yang digabungkan.

( Pusat Perkembangan Kurikulum , 1989 ).

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

1.8.9 Mesin

Suatu kelengkapan untuk membekalkan kuasa, mempunyai bahagian-

bahagian bergerak dan tetap, setiap bahagian dengan fungsi tertentu.( Pusat

Perkembangan Kurikulum , 1989 ).

1.8.10 Alatan Tangan

Alat-alat kelengkapan yang diguna untuk membantu dan memudahkan

sesuatu kerja yang mengguna tangan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum , 1989 ).

1.9 Penutup

Sebagai kesimpulan, penulisan dalam Bab 1 ini menekankan kepada, latar

belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan

kajian, definisi istilah dan penutup yang dapat menerangkan untuk bab seterusnya.

Keperluan peralatan bengkel merupakan salah satu aspek yang penting dalam

membentuk dan menghasilkan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan negara di

sektor perindustrian. Bagi sistem pendidikan di negara kita pula, para graduan perlu

memainkan peranan yang penting dengan cara mengguna kemahiran yang ada

semasa mereka bekerja nanti.

Justeru itu, kajian ini perlu untuk meninjau keperluan kemahiran penggunaan

peralatan di bengkel logam, Bengkel Kemahiran Hidup untuk memenuhi keperluan

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan - fp.utm.my...... of its people intelligence ( Som dan Mohd Dahalan. 1998). ... kedudukan dan asas-asas kewujudan program latihan teknik dan ... kurikulum

industri selari dengan aspirasi negara. Keperluan kemahiran ini sangat penting

supaya segala pengajaran dan pembelajaran kemahiran di bengkel logam dapat

dibawa semasa mereka atau pelajar sama ada guru atau pun sesiapa sahaja yang

berpeluang mengguna bengkel-bengkel logam khususnya atau amnya bengkel

Kemahiran Hidup.