bab 1 pengenalan 1.1 pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). transmission. ... shaft...

31
2 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Aci pemacu atau lebih dikenali sebagai drive shaft merupakan satu komponen pada kenderaan yang berfungsi sebagai sistem penghantaran kuasa atau sistem pemacu bagi menggerakkan kenderaan. Ianya merupakan komponen yang bersambung di antara enjin dan tayar di dalam kenderaan. Sistem penghantaran atau sistem pemacu ialah suatu siri rangkaian penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan kenderaan. Terdiri daripada clutch, gear box, proppeller shaft, universal joint, diffrential unit dan drive shaft untuk menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. 1.2 Ciri- Ciri dan Penghantaran Kuasa Penghantaran kuasa boleh dikenali dengan beberapa ciri yang terdapat padanya iaitu seperti boleh menyambung dan memutuskan aliran kuasa daripada transmission box ke roda kenderaan. Ianya juga digunakan sebagai alat bagi menambah dan mengurangkan daya kilas serta kelajuan kenderaan.

Upload: vuongque

Post on 03-Mar-2019

312 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Aci pemacu atau lebih dikenali sebagai drive shaft merupakan satu komponen

pada kenderaan yang berfungsi sebagai sistem penghantaran kuasa atau sistem

pemacu bagi menggerakkan kenderaan. Ianya merupakan komponen yang

bersambung di antara enjin dan tayar di dalam kenderaan.

Sistem penghantaran atau sistem pemacu ialah suatu siri rangkaian

penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan kenderaan. Terdiri daripada clutch,

gear box, proppeller shaft, universal joint, diffrential unit dan drive shaft untuk

menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission.

1.2 Ciri- Ciri dan Penghantaran Kuasa

Penghantaran kuasa boleh dikenali dengan beberapa ciri yang terdapat

padanya iaitu seperti boleh menyambung dan memutuskan aliran kuasa daripada

transmission box ke roda kenderaan. Ianya juga digunakan sebagai alat bagi

menambah dan mengurangkan daya kilas serta kelajuan kenderaan.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

3

Ianya juga boleh membezakan aliran kuasa antara roda kiri dan kanan semasa

membelok bagi mengimbangi kenderaan.

Peralatan yang bakal direkabentuk dan diberi inovasi diberi nama sebagai

Coupling remover. Peralatan ini dicipta bertujuan untuk menanggalkan Constant

velocity joint atau lebih dikenali sebagai Cv joint. Cv joint terletak diantara tayar dan

drive shaft serta diantara transmission box ke drive shaft. Cv joint merupakan sejenis

mekanisme yang menghubungkan dua peralatan yang berputar iaitu roda kenderaan.

Coupling remover merupakan satu alatan yang diperlukan bagi

memudahkan kerja-kerja menanggalkan cv joint pada drive shaft yang biasa

dilakukan dengan cara ketukan dengan menggunakan tukul.

Mencipta peralatan ini merupakan satu projek yang menarik minat penyelidik

untuk melakukannya kerana penyelidik yakin ianya merupakan satu projek yang

dapat membantu kerja-kerja membaikpulih atau menukar coupling drive shaft

dengan lebih efisen.

Dengan adanya peralatan ini penyelidik beranggapan agar kerja

membaikpulih menjadi lebih mudah dan juga dapat mengelakkan kerosakan pada cv

joint dan bearing pada drive shaft.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

4

Gambarajah dibawah merupakan pepasangan yang terdapat didalam sebatang

drive shaft. Sebelum perlaksanaan projek ini, penyelidik melakukan analisa terhadap

setiap komponen bagi memastikan alat yang direka dapat berfungsi dengan baik.

1.Outer joint

2.Clamp

3.Gaiter

4.Clamp

5.Circlip

6.Shaft

7.Gaiter

8. Inner joint

9.Flinger

10. Circlip

Rajah 1.1 : Komponen Drive Shaft

Rajah 1.2 : Gambaran kedudukan drive shaft pada kenderaan

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

5

1.3 Penyataan masalah

Seorang mekanik yang bekerja di sebuah pusat servis kenderaan mempunyai

masalah ketika menukar coupling drive shaft kenderaan jika menggunakan kaedah

ketukan. Masalah pertama yang mungkin timbul ialah kerosakan pada coupling drive

shaft dan bearing.

Kos yang tinggi perlu ditanggung oleh pengguna sekiranya coupling drive

shaft dan bearing rosak semasa kerja menanggalkan cv joint dilakukan.

Berkemungkinan kerosakan yang sedikit pada permulaan yang masih boleh

diperbaiki tidak dapat diteruskan dan pengguna perlu menukar keseluruhan drive

shaft bagi membaikpulih kenderaan.

Keselamatan pekerja juga perlu dititikberatkan semasa kerja menukul

bahagian coupling dilakukan. Pekerja terdedah dengan bunyi ketukan yang

berfrekuansi tinggi high pitch yang boleh mendatangkan masalah pada pendengaran

pekerja. Semasa ketukan juga boleh berlakunya flying object iaitu serpihan daripada

ketukan besi pada drive shaft boleh melukakan anggota badan atau memasuki mata.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

6

1.4 Objektif

1. Merekabentuk dan inovasi peralatan sediaada yang membolehkan cv

joint dikeluarkan tanpa diketuk.

2. Fabrikasi ‘Coupling Remover’ untuk mengeluarkan cv joint tanpa

diketuk.

3. Menguji keupayaan peralatan ini untuk mengeluarkan cv joint.

1.5 Skop Projek

Skop boleh ditakrifkan sebagai satu had atau keupayaan alat dalam

melakukan sesuatu kerja. Skop juga berperanan untuk menjaga keselamatan

pengguna dan memanjangkan jangka hayat alat itu sendiri. Antara skop dalam projek

ini adalah :

Digunakan hanya pada shaft kenderaan berdiameter mimimun

30mm – 35mm yang telah dikeluarkan daripada kenderaan /

transmission box.

Hanya boleh digunakan untuk membuka CV Joint.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

7

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur merupakan satu proses kajian ilmiah dan kajian terdahulu yang

dijalankan terhadap sesuatu produk yang sedia ada tetapi memerlukan

pengubahsuaian atau penambahbaikan bagi mengatasi masalah pada produk tersebut

dan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dari yang sedia ada. Kajian yang

dijalankan adalah seperti mengkaji elemen-elemen yang digunakan dan bahan-bahan

serta prosedur kerja yang dijalankan. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk

mengetahui produk yang dihasilkan ini mampu memenuhi kehendak dan keselesaan

pengguna.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

8

Kajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian

serta kajian keatas produk tersebut. Selain itu juga, kajian juga boleh dilakukan

dengan mengumpul maklumat berkaitan produk tersebut melalui pelbagai sumber

seperti melayari internet, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan juga majalah

majalah. Pelbagai bentuk maklumat diperolehi dan dikumpul untuk dianalisis bagi

memastikan maklumat yang diperolehi tepat dan menepati kehendak produk yang

ingin dihasilkan.

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

9

2.2 Pengenalan Kedudukan Drive Shaft Pada Kenderaan

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Drive Shaft yang berada di bawah

pada kenderaan. Drive Shaft menghubungkan di antara tayar kenderaan dan kotak

gear. Berfungsi menghantar kuasa dari enjin kepada kotak gear terus kepada tayar

dan diterjemahkan dengan pergerakan kereta ketika bergerak. Apabila berlaku

kerosakan pada komponen ini ianya perlu dikeluarkan dan diganti dengan alat ganti

yang baru. Dengan adanya projek Drive Shaft Coupling Remover dapat membantu

dalam proses-proses penggantian alat ganti yang baru pada komponen itu.

Rajah 2.1 Kedudukan Drive Shaft Pada Kenderaan

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

10

Rajah 2.2 Kedudukan Drive Shaft Pada Engine/ Transaxle Side

2.3 Jenis-Jenis Drive Shaft

2.3.1 Hotchkiss Drive

Merupakan jenis yang digunakan pada banyak kenderaan. Pada jenis

ini, drive shaft dilengkapi dengan external shaft dan universal joint. External

shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint

dipasang pada masing-masing hujungnya. Sebuah Hotchkiss drive boleh

dilengkapi dengan coil spring, pada saat penggunaan coil spring, digunakan

sebuah control arms untuk mengatur pergerakan dari rear drive axle.

Seringkali juga dijumpai penggunaan dua buah drive shaft pada kenderaaan

yang berukuran panjang, yang disertai dengan penggunaan universal joint

ketiga di antara dua bahagian shaft dan sebuah center bearing.

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

11

Rajah 2.3 Bahagian-bahagian Hotchkiss Drive

Rajah 2.4 Kedudukan Hothckiss Drive dengan Coil Spring

2.3.1 Torque Tube

Digunakan pada kenderaan yang mempunyai sistem independent rear

suspension danrear-mounted transaxle, seperti Corvette dan kereta-kereta

buatan Jepun yang mempunyai sistem RWD. Torque tube berhubung dengan

kedua-dua hujung, sehingga rotating inner drive shafts tidak perlu

menggunakan universal joint, kerana kedudukan transaxle tidak pernah

berubah terhadap lokasi mesin.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

12

Rajah 2.5 Torque Tube

2.3.2 Flexible Drive Shaft

Jenis ini sangat jarang digunakan. Drive shaft yang digunakan berupa

kabel keluli yang fleksibel, yang sama dengan kabel speedometer bersaiz

besar. Pada jenis ini tidak digunakan universal joint antara mesin dengan

rear-mounted transaxle. Kenderaan yang menggunakan drive shaft jenis ini

antara lain Pontiac Tempest tahun pembuatan 1961-1963.

2.3.3 Front Wheel Drive (AWD)

Pada kenderaan berjenis front wheel drive (FWD), drive shaft

berfungsi untuk mengantarkan kuasa secara langsung, dari differential

menuju roda depan. Drive shaft berbentuk sebuah aci, dimana terdiri dari

inner stub yang dihubungkan dengan differential side gear dan outer stub

yang dihubungkan dengan aci roda depan. Sebagai media pemindahan kuasa

digunakan constant velocity universal joint.

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

13

Rajah 2.6 Front Wheel Drive (AWD)

2.3.3 Rear Wheel Drive (RWD)

Drive shaft / Propeller shaft pada kenderaan berjenis rear wheel drive

(RWD) biasanya berbentuk sebuah tabung hollow, yang menghantar kuasa

secara langsung dari penghantaran ke final drive. Terdapat dua buah slip yoke

yang dikimpal pada kedua drive shaft untuk menyambung dengan universal

joint. Universal joint bahagian belakang bersambung pada flanged yoke yang

dihubungkan dengan sebuah kompenan bebibir pada final drive pinion.

Sementara itu, pada bahagian depan bahagian dalam berhubung dengan slip

yoke, yang dihubungkan pada aci keluaran penghantaran, dan bahagian luar

bersambung pada slip yoke menuju extension housing penghantaran.

Sehingga slip yoke dapat bergerak secara tegak lurus terhadap aci dengan

pelbagai sudut suspensi.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

14

2.4 Kerosakan Yang Berlaku Pada Drive Shaft Kenderaan

Rajah di bawah menunjukkan kerosakan yang kebiasaannya berlaku pada

Drive Shaft kenderaan seperti getah penutup pecah, gegaran semasa memandu,

gegaran atau bunyi bising ketika membelok adalah berpuncanya. Kerosakan ini

memerlukan alat ganti baru di tukar bagi mengelakkan perkara buruk berlaku semasa

pemanduan. Getah berfungsi untuk mengekalkan gris atau minyak pelincir kepada

Cv Joint supaya pergerakan sentiasa lancar. Sekiranya getah itu pecah gris atau

minyak pilincir itu akan terkeluar dan menyebabkan pasir atau bendasing akan

masuk pada sendi Drive Shaft dan menyebabkan kerosakan terjadi. Bearing pada

Drive Shaft juga lama-kelamaan akan haus dan perlu ditukar. Setiap pergerakan akan

menghasilkan geseran yang kuat mempengaruhi ketahanan sesuatu Drive Shaft itu.

Rajah 2.7 Cv Joint Yang Perlu Ditukar Pada Kenderaan

Page 14: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

15

Rajah 2.8 Getah Pada Cv Joint Yang Perlu Ditukar Pada

Kenderaan

Rajah 2.9 Cv Joint Yang Telah Dibuka Pada Kenderaan

Rajah 2.10 Permukaan Cv Joint Yang Rosak Ketukan

Dugunakan Semasa Proses Membuka Cv Joint

Page 15: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

16

2.5 Perbezaan Menggunakan Kaedah Ketukan Dengan Menggunakan

Coupling Remover

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan menggunakan kaedah ketukan dengan

menggunakan Coupling Remover di mana terdapat beberapa kebaikan yang di

tambahbaik dalam penghasilan projek ini pada kerja-kerja membuka Drive Shaft ada

kenderaan pada masa kini. Apabila komponen Drive Shaft perlu di buka terutamanya

Cv Joint formen akan mengetuk permukaan muka Cv Joint dan akan menyebabkan

permukaan akan rosak walaupon ianya dapat dikeluarkan. Ianya juga merbahayakan

pekerja kerana apabila ketukan dilakukan Cv Joint itu tadi akan tercabut dari shaft

dan terjatuh yang mane mungkin akan mengenai kaki pekerja sekiranya tidak

berhati-hati atau bersedia. Dengan adanya projek ini dapat membantu mengeluarkan

atau membuka Cv Joint dengan lebih selamat dan sistematik berbanding kaedah

ketukan yang selama ini dipraktikkan oleh formen atau pekerja bengkel kereta.

Kerosakan pada permukaan Cv Joint dapat dihalusi dengan kaedah serta keselamatan

pekerja lebih terjamin.

Page 16: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

17

Jadual 2.1 Jadual Perbezaan Menggunakan Kaedah Ketukan Dengan

Menggunakan Coupling Remover.

Kaedah menggunakan Tukul

Coupling Remover

merosakkan komponen pada

drive shaft.

Membahayakan keselamatan

mekanik

Digunakan secara ketukkan

Kerja tidak bersistematik

Mengelakkan kerosakkan

pada komponen drive shaft.

Keselamatan mekanik lebih

terjamin.

Digunakan secara tolakan

Kerja lebih bersistematik

2.6 Kajian Bahan

Pengujian bahan ditakrifkan sebagai satu peringkat atau bahagian dalam

aktiviti kejuruteraan untuk memilih bahan yang sesuai sepanjang hayat

penggunaannya. Hampir semua produk baru akan melalui satu jujukan aktiviti yang

melibatkan rekabentuk, pemilihan bahan, farbikasi dan kemungkinan diubah suai.

Dalam kajian ini terdapat satu bahan yang dipertimbangkan dalam menghasilkan

kerangka drive shaft remover iaitu keluli dari jenis high tensile steel dan jack

hidraulik botol.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

18

2.6.1 High Tensile Steel

Pemilihan keluli jenis high tensile steel ini sangat bertepatan kerana keluli

ini lebih kukuh dan kuat. Keluli ini juga mudah untuk di kimpal. Selain itu,

keluli yang digunakan ini juga tahan lasak.

Rajah 2.11 High Tensile Steel

2.6.1 Perbandingan High Tensile Steel Dengan Stainless Steel

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bahan yang telah di pilih

dengan satu jenis bahan yang lain bagi mendapatkan hasil yang lebih efisen

dan mampu menghasilkan mutu atau kualiti bagi projek ini. Perbandingan ini

di antara High Tensile Steel dengan Stainless Steel supaya dapat menentukan

bahan yang tahan lasak, tahan beban, serta sesuai untuk dijadikan bahan

projek. Aspek kos juga di pertimbangkan bagi mengurangkan kos

penghasilan projek tetapi aspek ketahanan dan kualiti tetap dititikberatkan di

atas kos yang telah di pilih.

Page 18: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

19

Jadual 2.2 Perbandingan High Tensile Steel dengan Stainless Steel

Bahan

Kebaikan

Keburukan

High Tensile

Steel

Harga murah

Mudah

didapati

Mudah

dilarik dan

ditebuk

Tahan lasak

Berat

Mudah

berkarat

Stainless Steel

Lebih ringan

Tidak

berkarat

Mudah

didapati

Harga

mahal

Sangat

lembut

Memerlukan

kepakaran

dalam

membuat

kimpalan

Page 19: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

20

2.7 Jenis-Jenis Jek

2.7.1 Jek buaya

Kebanyakan bengkel kenderaan sekarang menggunakan saiz yang kecil

sehingga boleh dibawa di kenderaan.Kelebihan penggunaan crocodile jack atau

jek buaya berbanding yang lain adalah lebih mudah digunakan kerana senang

menggerakkannya ke arah posisi yang diinginkan, disamping itu masa yang

diperlukan untuk mengangkat kenderaan lebih cepat dan selamat Berputar diatas

empat roda, terdapat sebuah pam minyak yang toraknya digerakkan oleh tuas

panjang. Tuas tersebut boleh juga dipakai untuk mendorong atau menarik jek.

Jek hidraulik yang berbentuk menyerupai mulut buaya ini mempunyai sisi

praktikal penggunaan yang cukup tinggi. Dengan titik tumpu jek pipih serta

disertai roda kecil, menjadikan ia boleh digunakan pada kereta yang mempunyai

pembersihan tanah rendah sekalipun. Selain itu sistem hidraulik menjadikan kerja

menjadi semakin mudah tanpa perlu mengeluarkan banyak tenaga.

Akan tetapi pada saat digunakan, sebaiknya anda harus memperhatikan titik

tumpu yang tepat. Hujung tumpuan jek yang umumnya berbentuk lingkaran serta

bergerigi, perlu diletakkan dalam tempat berbeza pada jek standard. Hal ini

penting, mengelakkan kerosakan badan akibat tidak sesuainya hujung jek

terhadap titik tumpuan di badan kereta.

Page 20: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

21

Rajah 2.12 Jek Buaya

2.7.2 Jek Botol

Jek ini disebut bottle jack kerana bentuknya seperti botol. Fungsi

bottle jack sama seperti crocodile jack, iaitu untuk mengangkat kenderaan

pada ketinggian tertentu untuk boleh melakukan pembaikan pada bahagian

bawah kenderaan. Perbezaannya adalah penggunaan bottle jack boleh

dimasukkan kedalam kenderaan sebagai kelengkapan utama kenderaan yang

mutlak diperlukan untuk menukar tayar sewaktu ban kempes / bocor.Untuk

mengangkat sebuah kenderaan, dongkrak harus diletakkan tegak lurus pada

torak pengangkatnya supaya jangan sampai bengkok.

a) Prinsip kerja Jek botol

Kedudukan naik untuk mengangkat kenderaan harus diputar tutup

pengalir pembalik minyak dengan batang pam yang juga berfungsi

sebagai kunci, sesudah torak pengangkat pada kedudukan yang rendah.

Selepas itu, batang pam digeserkan naik turun, di mana pam mengapit

Page 21: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

22

minyak dari bilik persediaan ke bawah torak pengangkat. Bila dipam terus

pada kedudukan yang tinggi katup pengaman kecil bekerja.Kedudukan

turun: Kenderaan diturunkan dengan cara memutar skru ke kiri hingga ¾

pusingan memakai batang pam, di mana injap pengalir

Rajah 2.13 Jek Botol

2.7.3 Jek gunting

Kekuatan jek gunting, ini mempunyai daya angkat berkisar 1.5 - 2 tan.

Mekanisme kerja dari jek ini, akan mengangkat kenderaan ketika batang skru

diputar. secara beransur-ansur bahagian dari sisi jek akan meninggi kerana

ditarik oleh skru. Untuk memutar skru, biasanya menggunakan tongkat

panjang berupa engkol ataupun boleh menggunakan kunci pembuka roda

kenderaan.

Page 22: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

23

Rajah 2.14 Jek Gunting

2.8 Jenis-Jenis Apit

2.8.1 Ragum Meja

Terdapat pada meja kerja kayu dan logam.Ragum meja dilapik

dengan kayu pada rahangnya. Ragum meja logam pula dilapik dengan logam

lembut untuk menjaga permukaan kerja.Kegunaan utama ragum meja ialah

untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.

Rajah 2.15 Ragum Meja

Page 23: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

24

2.8.2 Apit G dan apit F.

Apit G dan apit F diperbuat daripada bahan keluli. Saiz apit G dan

apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

Kegunaan apit G dan apit F adalah untuk memegang kayu atau logam ketika

proses mengglukan dua kepingan untuk digerudi, dipahat atau digergaji. Apit

digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi

permukaan benda kerja.

Rajah 2.16 Apit G dan Apit F

2.8.3 Apit Panjang.

Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6

meter, 1.2 meter,1.5 meter dan 1.8 meter. Ia digunakan untuk proses

pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak

dicantum atau diglukan.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

25

Rajah 2.17 Apit Panjang

2.8.4 Apit Rencong

Diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan. Fungsinya

ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggan

rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan

kerangka gambar.

Rajah 2.18 Apit Rencong

Page 25: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

26

2.9 Jenis- Jenis Paip

2.9.1 Paip Bergalvani

Paip bergalvani biasanya boleh dilihat pada meter air. Paip ini

warnanya silver. Paip jenis ini tahan lama akan tetapi akan menjadi karat di

dalam dan menyebabkan paip tersumbat.Harganya juga lebih mahal

berbanding paip lain. Paip jenis ini mempunyai ulir luar untuk menyambung

antara paip.

Rajah 2.19 Paip Bergalvani

2.9.2 Cast Iron Paip

Cast Iron juga merupakan paip besi dan perlu menggunakan welding

rod untuk cast iron. Paip ini biasanya tebal lebih kurang space.Sama seperti

paip bergalvani sambungan antara paip spigot-end. Sekiranya dipotong,

hendaklah menggunakan Long Collar atau Coupling Joint,jika mengimpal

ianya mudah retak. Paip jenis ini jarang digunakan pada masa sekarang

kerana tidak tahan hentakan.Boleh pecah sekiranya terdapat hentakan.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

27

Rajah 2.20 Cast Iron Paip

2.10 Jenis-Jenis Engsel

2.10.1 Engsel Kupu-kupu

Engsel ini bentuknya tipis dan bahannya yang dibuat dari logam besi

dan tembaga. Engsel ini biasanya dipakai untuk beban yang tidak terlalu berat

misalnya untuk jendela, lemari, loker, peti dan sebagainya. Engsel ini

mempunyai beberapa ukuran mulai dari 1,5 inch, 2 inch, 2,5 inch, 3 inch, dan

4 inch.

Rajah 2.21 Engsel Kupu-kupu

Page 27: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

28

2.10.2 Engsel Panel

Engsel ini bentuknya seperti engsel kupu-kupu ianya lebih tebal

dan lebih kukuh dan engsel ini biasa dipakai untuk beban yang lebih berat.

Engsel ini digunakan untuk pintu panel (pintu yang terbuat dari kayu).

Engsel ini mempunyai beberapa ukuran ada yang 3 inch, 4 inch, 5 inch dan 6

inch. Untuk jendela biasanya memakai ukuran 3 inch.

Rajah 2.22 Engsel Panel

2.10.3 Engsel Patrom / H

Engsel ini berfungsi untuk Pintu yang bebannya tidak terlalu berat.

Dengan menggunakan engsel ini pintu biasa dicabut dan dipasang kembali

dengan mudah.

Rajah 2.23 Engsel Patrom/ H

Page 28: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

29

2.10.4 Engsel Sendok

Engsel ini bentuknya seperti sendok. Engsel ini biasanya dipakai

untuk pintu almari, peti dan kabinet. Engsel ini mempunyai 2 model iaitu

model lurus dan model bengkok. berikut adalah perbedaan dari keduanya:

Rajah 2.24 Engsel Sendok

2.10.5 Engsel Koboi

Engsel koboi berguna untuk mengayunkan daun pintu dengan

jangkauan gerak pintu yang penuh dan berfungsi untuk menutup pintu dengan

menggunakan tekanan per di dalam. Engsel ini dapat disesuaikan untuk

berbagai gaya (tegangan) penutupan dan dapat dipasang pada pintu tanpa

ditakik.

Rajah 2.25 Engsel Koboi

Page 29: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

30

2.10.6 Engsel Gudang

Engsel ini biasanya digunakan pada pintu kayu gudang. Engsel ini

mempunyai bentuk yang panjang dan mengecil. Untuk beban pintu yang

lebih berat engsel ini harus dipasang berjejari sesuai dengan beratnya daun

pintu.

Rajah 2.26 Engsel Gudang

2.11 Jenis-Jenis Skru

2.11.1 Socket Button Head

Allen diperbuat daripada Keluli tahan karat. Biasa untuk kegunaan

perkakasan umum .Dirawat dengan keluli aloi haba yang tinggi.Saduran

Chrome gred 8 .Gred 8 adalah lebih kuat daripada gred 5, dan boleh jumpa

dalam aplikasi automotif. Zink aloi keluli bersalut untuk ketahanan kakisan

sederhana.

Rajah 2.27 Socket Button Head

Page 30: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

31

2.11.2 Socket Cap

Socket cap mempunyai kepala silinder kecil dengan sisi menegak

tinggi. Pemacu Allen enam ceruk belah bahagian untuk digunakan dengan

perengkuh allen .Keluli tahan karat untuk kegunaan perkakasan umum .Gred

316 keluli tahan karat,sesuai di air garam dan klorin.Harga lebih mahal

dibandingkan Socket Button Head.Zink aloi keluli bersalut untuk ketahanan

kakisan sederhana.

Rajah 2.28 Socket Cap

2.11.3 Flange Nuts Serrated

Nat yang dibuat sekali dengan washer yang bergerigi untuk

menentang longgar. Keluli tahan karat dan biasa untuk kegunaan perkakasan

umum .keluli karbon rendah dan zink bersalut untuk ketahanan kakisan

sederhana.Zink bersalut gred 5.

Rajah 2.29 Flange Nuts Serranted

Page 31: BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan menggerakkan roda kenderaan (wheel). Transmission. ... shaft tersebut boleh berjumlah satu ataupun dua buah, dimana universal joint dipasang pada masing-masing

32

2.11.4 Hex Nuts and bolts

Keluli tahan karat yang untuk kegunaan perkakasan umum.Keluli

tahan karat gred 316.Sesuai di dalam air garam dan klorin persekitaran. Zink

keluli bersalut.Keluli karbon rendah untuk kegunaan umum. Zink bersalut

untuk ketahanan kakisan sederhana.Zink bersalut gred 5 keluli.Kebiasaan

guna diaplikasi Automotif.

Rajah 2.30 Hex Nuts and bolts

2.11.5 Partial Thread

Ia juga dipanggil bolt Frame. Kepala hex enam digunakan dengan

spanar. Zink bersalut gred 5.Kebiasaan dijumpai dalam aplikasi automotif.

Zink bersalut untuk ketahanan kakisan sederhana.

Rajah 2.31 Partial Thread