bab 1 _ pendahuluan (2)

Upload: hafiz-nurahim

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    1/8

    1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 PENGENALAN

    Air merupakan sumber alam semula jadi yang dikurniakan oleh Tuhan

    untuk memenuhi keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia, haiwan

    mahupun tumbuhan. Kegunaannya juga amat meluas dari segi domestik penghasilan

    barangan industri, bekalan penjana sumber tenaga elektrik dan tidak ketinggalan untuk

    perkhidmatan pengguna sejagat. Tanpa air, manusia tidak dapat hidup seperti hari ini.

    Hal ini demikian air merupakan bahan yang terpenting selepas oksigen dalam memenuhi

    keperluan setiap manusia sepanjang hayatnya.

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    2/8

    2

    Fakta yang telah didapati menyatakan bahawa 75 peratus daripada

    permukaan bumi dilitupi air. Kebanyakan kawasan yang berada di atas permukaan bumi,

    air yang sedia ada lebih cepat digunakan berbanding air yang boleh digantikan. Negara-

    negara di Asia Barat mengalami ancaman terbesar terhadap tekanan air. Lebih 90

    peratus penduduk di kawasan negara-negara Asia Barat mengalami tekanan air yang

    tertinggi. Pertambahan populasi penduduk menyebabkan permintaan air semakin

    meningkat dan ianya tidak dapat ditampung sepenuhnya oleh lembangan sungai di

    beberapa kawasan pada masa akan datang. (Hillary Mayell, 5 Jun 2003)

    Di Malaysia terutamanya, permintaan air semakin meningkat masa ke

    semasa. Keadaan cuaca di Malaysia yang semakin tidak menentu juga akan

    meningkatkan tahap kemerosotan sumber air bersih untuk disalurkan kepada pengguna.

    Paras air di beberapa sungai dan empangan di Malaysia telah mengalami penyusutan

    pada awal tahun 2010 ekoran musim kemarau. Pelbagai langkah yang diambil oleh

    pihak kerajaan seperti mencatu penggunaan air akibat kemerosotan paras air tersebut.

    (Utusan Malaysia, 17 Februari 2010).

    Pengurusan air sangat penting bagi memastikan permintaan bekalan

    mencukupi untuk pelbagai kegunaan terutama pertanian, perindustrian dan domestik.

    Jumlah keperluan air negara dijangka meningkat lebih 60 peratus dalam tempoh 50

    tahun lagi iaitu daripada 11,000 juta meter padu pada 2000 kepada 18,000 juta meter

    padu pada 2050.

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    3/8

    3

    Melihatkan kepada isu yang berlaku di negara kita sejak belakangan ini,

    pihak yang terlibat seharusnya perlu mencari alternatif yang baru bagi menyelesaikan

    isu-isu ini. Lantaran itu, pengenalan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah jawapan

    kepada persoalan isu-isu yang sedang melanda negara kita pada ketika ini. Penggunaaan

    sistem ini atau lebih dikenali sebagai SPAH merupakan salah satu alternatif baru bagi

    menggantikan sumber air domestik sedia ada. Sistem ini juga merupakan salah satu cara

    pengumpulan air hujan untuk kegunaan harian bagi kegunaan air domestik.

    1.2 PENYATA MASALAH

    Ramai antara kita tidak terfikir bahawa negara ini boleh mengalami

    kekurangan air kerana sememangnya negara ini menerima air hujan yang amat lebat dan

    air hujan yang telah dirawat dapat pula dibekalkan ke rumah, kedai dan pejabat dengan

    kadar yang cukup murah.

    Kelantan merupakan antara negeri yang menerima pertambahan air kesan

    daripada hujan berterusan yang akhirnya membawa kepada banjir. Hal ini dapat

    dibuktikan melalui kejadian banjir yang melanda Pasir Mas pada 3 Januari 2012 kesan

    daripada hujan yang turun secara berterusan. Ia juga berpunca daripada ketidakupayaan

    sistem saliran air dalam menampung jumlah air hujan yang banyak secara mendadak

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    4/8

    4

    sehingga membawa kepada limpahan air dari Sungai Golok. (Laporan Banjir Kelantan

    JPS)

    Berdasarkan pemetaan Sistem Ramalan Banjir Berasas Hujan Atmosfera

    (AMRFF) dan Radar Bukaan Interferometrik Sintetik (IFSAR), Jabatan Pengairan dan

    Saliran (JPS) menjangkakan 24,314,41 kilometer persegi kawasan berisiko banjir di

    Kelantan menerima banjir lebih teruk disebabkan limpahan air berlebihan daripada

    sungai dan kawasan tadahan hujan. (Berita Harian, 1 Oktober 2012)

    Rajah 1.1 : Purata hujan bulanan (Sumber: Berita Harian, 1 Oktober 2012)

    Secara umum, penyimpanan air hujan menerusi konsep penuaian air

    hujan masih gagal dilakukan secara lestari dalam kalangan masyarakat di negara ini,

    sedangkan penerimaan taburan hujan sepanjang tahun berada pada tahap tinggi. Air

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    5/8

    5

    hujan sepatutnya digunakan secara optimum bagi mengurangkan penggunaan air

    dirawat. Ia menjimatkan kos rawatan air dalam tempoh jangka panjang serta sebagai

    persediaan menghadapi saat kecemasan seperti kemarau.

    Oleh itu, pengurusan air sangat penting bagi memastikan permintaan

    bekalan air yang mencukupi untuk tujuan pelbagai kegunaan terutama pada sektor

    pertanian, perindustrian dan domestik. Jumlah keperluan air negara dijangka meningkat

    lebih 60 peratus dalam tempoh 50 tahun lagi iaitu daripada 11,000 juta meter padu pada

    tahun 2000 kepada 18,000 juta meter padu pada tahun 2050 yang akan datang.

    (NAHRIM)

    Malangnya, kesedaran orang ramai termasuk pemilik bangunan untuk

    melakukan penuaian hujan belum lagi menjadi amalan berbanding di negara maju yang

    sesetengahnya menjadikan ianya sebagai syarat yang wajib kepada pemaju bagi

    menyediakan kawasan tangki khas untuk digunakan bagi menuai air hujan di dalam

    projek pembangunan atau perumahan.

    Di Kelantan, mungkin ada pro dan kontra jika pemaju perumahan

    dikenakan syarat untuk membina tangki khas menyimpan air. Sudah pasti harga rumah

    menjadi lebih mahal. Namun, untuk tempoh jangka masa yang panjang, ia memberi

    manfaat terhadap penjagaan alam sekitar serta mengurangkan kemungkinan berlaku

    banjir.

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    6/8

    6

    1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini dijalankan bagi memperolehi manfaat jangka masa panjang

    daripada pelbagai aspek. Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut:

    i. Sebagai usaha dalam menggalakkan penduduk di negeri Kelantanmenggunakan sistem penuaian air hujan bagi menggantikan sumber air

    domestik sedia ada pada masa akan datang

    ii. Sebagai sumber rujukan kepada umum dalam penggunaan kaedahpengumpulan air hujan yang masih belum meluas di negara ini termasuk

    negeri Kelantan.

    iii. Memberi kepentingan masa panjang terutamanya dapat mengurangkanpenggunaan air yang dirawat serta menjimatkan kadar kos rawatan air untuk

    tempoh jangka panjang.

    iv. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Kelantan mengenaipenggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam mengawal risiko

    banjir yang kerap melanda negeri Kelantan sebelum ini kesan daripada hujan

    lebat secara berterusan.

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    7/8

    7

    1.4 OBJEKTIF KAJIAN

    Matlamat kajian dijalankan untuk melihat dengan mendalam penerimaan

    Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam kalangan pemaju dan kontraktor di kawasan

    yang terpilih terhadap aplikasi sistem Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam sektor

    pembinaan di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pemahaman

    mengenai konsep yang digunakan dalam industri pembinaan mengenai konsep yang

    digunakan dalam sistem Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

    Bagi memenuhi matlamat kajian tentang penerimaan pemaju terhadap

    penggunaan komponen Ssistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam pembinaan

    bangunan, beberapa objektif yang berikut telah dikenalpasti dan ditetapkan. Antaranya ;-

    i. Mengenalpasti Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) yang digunakan.ii. Mengenalpasti kaedah-kaedah pembinaan Sistem Penuaian Air Hujan

    (SPAH).

    iii. Mengkaji kos yang diperlukan dalam pembinaan Sistem Penuaian Air Hujan(SPAH) ini.

  • 7/28/2019 Bab 1 _ Pendahuluan (2)

    8/8

    8

    1.5 SKOP KAJIAN

    Kajian melibatkan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ini dijalankan di

    Pasir Puteh, Kelantan dimana lokasi berkaitan kajian ini bertempat di Bangunan Jabatan

    Pengairan & Saliran (JPS) Jajahan Pasir Puteh, Kelantan seperti yang ditunjukkan dalam

    Rajah 1.4 dibawah.

    Rajah 1.2 : Bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh, Kelantan