bab 1 nota ringkas

14
BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI MAKSUD EKONOMI Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Kata Kunci: - sumber ekonomi yang terhad - kehendak manusia yang tidak terhad Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran 1. Terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan. **(BTMU) 2. Buruh manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. 3. Tanah sumber semula jadi yang terdapat di bumi dan di lautan. 4. Modal alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses pengeluaran. 5. Usahawan individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. ** BTMU hanya untuk memudahkan ingatan, jangan tulis BTMU dalam peperiksaan. Sila tuliskan buruh. tanah, modal, dan usahawan. Kata Kunci: 1. Buruh tenaga fizikal dan mental 2. Tanah sumber semulajadi 3. Modal alat ciptaan manusia 4. Usahawan menggabungkan sumber-sumber ekonomi Kehendak Manusia Keinginan manusia untuk memiliki barang dan perkhidmatan. 1

Upload: leyu-zi-yeu

Post on 19-Jun-2015

185.723 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Ringkas Bab 1 Ekonomi Asas

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Nota Ringkas

BAB 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

MAKSUD EKONOMI

Ekonomi ialah ilmu mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi

yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

Kata Kunci:

- sumber ekonomi yang terhad

- kehendak manusia yang tidak terhad

Sumber Ekonomi / Faktor Pengeluaran

1. Terdiri daripada buruh, tanah, modal, dan usahawan. **(BTMU)

2. Buruh – manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses

pengeluaran barang dan perkhidmatan.

3. Tanah – sumber semula jadi yang terdapat di bumi dan di lautan.

4. Modal – alat ciptaan manusia yang digunakan untuk melicinkan proses

pengeluaran.

5. Usahawan – individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi untuk

mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

** BTMU hanya untuk memudahkan ingatan, jangan tulis BTMU dalam

peperiksaan. Sila tuliskan buruh. tanah, modal, dan usahawan.

Kata Kunci:

1. Buruh – tenaga fizikal dan mental

2. Tanah – sumber semulajadi

3. Modal – alat ciptaan manusia

4. Usahawan – menggabungkan sumber-sumber ekonomi

Kehendak Manusia

Keinginan manusia untuk memiliki barang dan perkhidmatan.

1

Page 2: Bab 1 Nota Ringkas

UNIT EKONOMI / PELAKU EKONOMI

1. Terdiri daripada isi rumah, firma, dan kerajaan.

2. Isi rumah – individu, sekumpulan individu ataupun sekeluarga yang tinggal

bersama dan membuat keputusan ekonomi bersama.

3. Firma – organisasi yang merancang penggunaan sumber ekonomi yang terhad

untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

4. Kerajaan – pemerintah sesebuah negara.

Kata Kunci:

1. Isi rumah – tinggal bersama – membuat keputusan ekonomi bersama

2. Firma – merancang penggunaan sumber ekonomi – keluarkan barang dan

perkhidmatan

3. Kerajaan - pemerintah

MASALAH EKONOMI

1. Terdiri daripada kekurangan, pilihan, kos lepas.

2. Masalah kekurangan berlaku disebabkan sumber ekonomi yang terhad manakala

kehendak manusia tidak terhad.

3. Manusia terpaksa membuat pilihan.

4. Pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan menjadi kos lepas.

Isi Rumah Firma Kerajaan

Kekurangan Pendapatan Sumber ekonomi Pendapatan negara

Pilihan Memaksimumkan

kepuasan

Memaksimumkan

keuntungan

Memaksimumkan

kebajikan

masyarakat

Kos Lepas Barang dan

perkhidmatan

kedua terbaik yang

terpaksa dilepaskan

Keluaran / Output

kedua terbaik yang

terpaksa dilepaskan

Projek

pembangunan

kedua terbaik yang

terpaksa dilepaskan

2

Page 3: Bab 1 Nota Ringkas

JENIS BARANG

1. Terdiri daripada barang percuma, barang awam dan barang ekonomi.

2. Boleh dibandingkan dari segi berikut:

Ciri-ciri Barang Percuma Barang Awam Barang Ekonomi

Pengeluar Tuhan / Semulajadi Kerajaan Firma / Swasta

Penawaran Tidak Terhad Terhad Terhad

Kos Lepas Tidak Wujud Wujud Wujud

Bayaran Tidak Perlu Tidak Perlu Perlu

Pengecualian Tidak Ada Tidak Ada Ada

Contoh Air Hujan, Udara,

Cahaya Matahari

Stesen Bas, Lampu

Jalan, Jalan Raya

Baju, Kereta, Pen,

Telefon Bimbit

MASALAH ASAS EKONOMI

1. Apa yang hendak dikeluarkan

- Penentuan jenis barang yang hendak dikeluarkan

- Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran

2. Berapa yang hendak dikeluarkan

- Penentuan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan

- Diselesaikan berdasarkan permintaan pasaran

3. Bagaimana hendak dikeluarkan

- Penentuan kaedah / teknik pengeluaran (intensif buruh atau intensif modal)

- Ditentukan berdasarkan kos minimum atau kecekapan maksimum

4. Untuk siapa hendak dikeluarkan

- Penentuan sasaran pengguna / corak agihan barang dan

perkhidmatan

- Diselesaikan berdasarkan corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat

3

Page 4: Bab 1 Nota Ringkas

CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI

Ciri-ciri Kapitalis Perancangan Pusat Campuran Islam

Milikan Sumber Isi rumah dan firma bebas

memiliki sumber.

Kerajaan sahaja yang

memiliki sumber.

Isi rumah dan firma bebas

memiliki sumber dengan

kawalan undang-undang

kerajaan.

Tuhan memiliki sumber.

Manusia menjadi

pemegang amanah sahaja.

Pilihan Isi rumah dan firma bebas

membuat pilihan.

Kerajaan sahaja yang

membuat pilihan.

Isi rumah dan firma bebas

membuat pilihan dengan

kawalan undang-undang

kerajaan.

Isi rumah dan firma bebas

membuat pilihan yang

halal dengan kawalan

hukum syarak oleh

kerajaan.

Pembuat Keputusan Isi rumah dan firma bebas

membuat keputusan.

Kerajaan sahaja yang

membuat keputusan.

Isi rumah dan firma bebas

membuat keputusan

dengan kawalan undang-

undang kerajaan.

Isi rumah dan firma bebas

membuat keputusan yang

halal dengan kawalan

hukum syarak oleh

kerajaan.

4

Page 5: Bab 1 Nota Ringkas

Penentuan Harga Harga ditentukan oleh

mekanisme harga.

Kerajaan sahaja yang

menentukan harga.

Harga ditentukan oleh

mekanisme harga dengan

kawalan undang-undang

kerajaan.

Harga ditentukan oleh

mekanisme harga dengan

kawalan hukum syarak

oleh kerajaan.

Persaingan Isi rumah dan firma bebas

bersaing.

Tidak wujud persaingan. Isi rumah dan firma bebas

bersaing dengan kawalan

undang-undang kerajaan.

Isi rumah dan firma bebas

bersaing secara adil dan

saksama dengan kawalan

hukum syarak oleh

kerajaan.

Motif Isi rumah bermotifkan

kepuasan maksimum.

Firma bermotifkan

keuntungan maksimum.

Kerajaan bermotifkan

kebajikan masyarakat

maksimum.

Isi rumah bermotifkan

kepuasan maksimum.

Firma bermotifkan

keuntungan maksimum.

Kerajaan bermotifkan

kebajikan masyarakat

maksimum.

Mendapat keredhaan

Tuhan di dunia dan di

akhirat.

5

Page 6: Bab 1 Nota Ringkas

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI OLEH SISTEM EKONOMI

Masalah Asas Ekonomi Kapitalis Perancangan Pusat Campuran IslamApa yang hendak dikeluarkan

- pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.

- kerajaan menentukan jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.

- pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut kuasa permintaan pasaran.

- kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.

- pengeluar bebas menentukan pengeluaran barang dan perkhidmatan yang halal.

- kerajaan mengeluarkan barang awam yang tidak dikeluarkan oleh swasta.

Berapa yang hendak dikeluarkan

- diselesaikan melalui mekanisme harga.

- kerajaan menentukan kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan masyarakat.

- diselesaikan melalui mekanisme harga.

- kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.

- diselesaikan melalui mekanisme harga.

- kerajaan menyediakan barang dan perkhidamtan yang tidak cukup di pasaran.

6

Page 7: Bab 1 Nota Ringkas

Bagaimana hendak keluarkan

- pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

- kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan kebajikan masyarakat.

- biasanya intensif buruh dipilih untuk mengurangkan kadar pengangguran.

- pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap dan meminimumkan kos untuk memaksimumkan keuntungan.

- pengeluar bebas memilih teknik pengeluaran sama ada intensif buruh atau intensif modal yang mana paling cekap.

- kerajaan campur tangan untuk memastikan pengeluar tidak mengabaikan kesan luaran negatif.

Untuk siapa dikeluarkan - diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat.

- kebajikan masyarakat tidak diutamakan.

- barang dan perkhidmatan diagihkan secara samarata kepada rakyat.

- biasanya sistem catuan akan digunakan.

- diselesaikan melalui corak agihan pendapatan / kuasa beli masyarakat.

- kerajaan menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.

- diselesaikan melalui corak agihan pendapatan.

- melalui sistem zakat, golongan kaya akan membantu golongan miskin.

- kerajaan juga menyediakan barang awam untuk semua lapisan masyarakat.

7

Page 8: Bab 1 Nota Ringkas

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS

1. Pilihan yang banyakPengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang dikehendaki. Pengeluar pula bebas mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna. Maka pengguna mempunyai banyak pilihan.

2. Daya usaha dan kadar kecekapan yang tinggiFirma bermotifkan keuntungan maksimum. Jadi penggunaan sumber akan menjadi cekap untuk mengelakkan pembaziran. Ini menyebabkan daya usaha dan kadar kecekpan menjadi tinggi.

3. Kemajuan teknologiUntuk memaksimumkan untung, firma akan meningkatkan inovasi teknologi supaya kos pengeluaran diminimumkan. Ini akan menggalakkan kemajuan teknologi.

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS

1. Kebajikan sosial diabaikanAgihan barang dan perkhidmatan hanya untuk golongan berpendapatan tinggi sahaja. Golongan berpendapatan rendah tidak dapat menikmati barang dan perkhidmatan yang baik dan cukup.

2. Barang awam tidak disediakanTidak ada campur tangan menyebabkan barang awam tidak disediakan. Barang-barang yang menguntungkan sahaja disediakan.

3. Wujud kos sosialUntuk memaksimumkan keuntungan, firma tidak mengambil kira kesan negatif yang akan wujud. Contohnya pencemaran.

4. Agihan pendapatan yang tidak setaraGolongan berpendapatan tinggi menikmati banyak barang dan perkhidmatan. Manakala golongan berpendapatan rendah tidak mampu menikmati banyak barang dan perkhidmatan.

8

Page 9: Bab 1 Nota Ringkas

KEBAIKAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1. Mengutamakan kebajikan masyarakatKerajaan bermotifkan kebajikan masyarakat maksimum. Kerajaan hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat.

2. Peruntukan sumber ekonomi yang lebih cekapPeruntukan sumber ekonomi akan dirancang sebelum sesuatu projek dijalankan. Ini dapat meminimumkan kos sosial yang mungkin berlaku.

3. Agihan pendapatan yang lebih adilSemua barang dan perkhidmatan diagihkan secara sama rata. Ini menyebabkan jurang pendapatan tidak ada atau sangat kecil.

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1. Masyarakat tidak mempunyai kebebasanSemua pilihan dan keputusan dibuat oleh kerajaan. Masyarakat tidak ada kebebasan untuk membuat apa-apa pilihan dan keputusan.

2. Tingkat kecekapan yang rendahDisebabkan tidak wujud persaingan, perkembangan teknologi amat rendah menyebabkan produktiviti juga rendah.

3. Mewujudkan birokrasiSemua keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan. Ini menimbulkan masalah ketidakcekapan, pembaziran sumber dan kelewatan melaksanakan projek kerana wujudnya birokrasi yang bertingkat-tingkat.

9